Vous êtes sur la page 1sur 3

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2010&dt=0610&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm

rencana
ARKIB : 10/06/2010

Jelajah negara pupuk semangat perpaduan


Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
rencana@utusan.com.my

MEWAKILI kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan masyarakat di negara


ini, golongan belia barangkali adalah kumpulan yang paling tepat untuk
menjayakan sepenuhnya aspirasi yang dibawa menerusi gagasan 1Malaysia.
Datang dari latar belakang agama, kaum, pendidikan dan sosioekonomi yang
pelbagai, kumpulan ini merupakan cerminan kepada gagasan 1Malaysia
yang menekankan perpaduan dan keharmonian hidup di kalangan
masyarakat majmuk negara ini.

Justeru, menjadi keperluan setiap badan yang mewakili golongan belia untuk
menggalakkan penyertaan mereka dalam pelbagai program berbentuk
memperkayakan lagi pengertian terhadap gagasan tersebut. Inisiatif terbaru
yang dilancarkan oleh Pemuda BN iaitu Rally 1Malaysia perlu diberi
perhatian. Ia akan dilancarkan pada Sabtu ini, bermula pukul 12 tengah hari
sehingga 5 petang di Stadium Putra Bukit Jalil. Dijangka kira-kira 15,000 belia
daripada pelbagai latar belakang agama dan kaum menyertainya. Selain
Pemuda BN, ia juga akan disertai oleh pelajar-pelajar universiti serta
kumpulan badan bukan kerajaan (NGO).

Antara pengisian program tersebut ialah amanat yang disampaikan oleh


Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak serta beberapa program berbentuk
kebudayaan dan perpaduan. Pemuda BN turut mengambil peluang untuk
menggembleng suara kutukan warga belia terhadap kekejaman rejim Zionis
berhubung insiden serangan ke atas konvoi kapal kemanusiaan di perairan
Gaza, baru-baru ini. Menjelaskan lebih lanjut, Ketua Pergerakan Pemuda
UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, menerusi program itu, Pemuda BN
berharap dapat menjadi pendukung utama kepada gagasan 1Malaysia dan
membantu kerajaan menyampaikan mesej murni di sebaliknya kepada
generasi muda.
Kaedahnya pula tambah beliau adalah menerusi pendekatan yang lebih
mesra dan dekat dengan jiwa serta minat generasi belia itu sendiri. ''Ia juga
mengambil kira bahawa gagasan 1Malaysia itu memerlukan pendekatan
politik bersepadu dari semua parti komponen dalam BN. Selain memberi
tumpuan terhadap perjuangan dalam kumpulan kecil berasaskan parti
komponen masing-masing, program ini memberi perhatian terhadap
kepentingan yang lebih besar iaitu masyarakat dan negara,' katanya.
Bagaimanapun, timbul persoalan bagaimana penerimaan belia kebanyakan
apatah lagi Rally 1Malaysia merupakan program anjuran Pemuda BN.

Meskipun berulang kali menegaskan bahawa Rally 1Malaysia ini bukanlah


program berbentuk politik, namun identiti Pemuda BN di belakang tabir tidak
dapat dihapuskan. Sedikit sebanyak, ia akan dipolitikkan oleh sesetengah
pihak sekali gus menghalang penyertaan belia secara lebih meluas. Namun
Khairy mempunyai pandangan tegas dalam hal ini. Katanya, program ini
bukan untuk mereka yang tertutup mindanya seperti itu.

Sebaliknya, ia disasarkan kepada belia dengan pemikiran dan sikap terbuka


yang berfikiran melangkaui batasan ideologi politik. Ini kerana jelas Khairy,
program itu mempunyai matlamat yang cukup jelas iaitu menyemai
semangat cintakan negara seperti yang ditekankan oleh gagasan 1Malaysia.
Gagasan itu sendiri tambah Khairy, adalah gagasan yang lebih besar
daripada kepentingan politik kerana ia meliputi semua kelompok
masyarakat. Justeru, tambahnya, sebagai penganjur, Pemuda BN tidak
pernah mensyaratkan hanya belia yang menyokong BN sahaja layak
menyertai program itu.

Tetapi katanya, orang ramai perlu jelas bahawa program ini adalah satu
bentuk perubahan yang dibawa oleh Pemuda BN dalam haluan nasionalisme
yang lebih besar untuk semua rakyat Malaysia. Pemuda BN yang
mencetuskan konsep Rally 1Malaysia ini, mahu menjadi pendukung kepada
idea tersebut. Kita tidak boleh hanya bergantung kepada NGO untuk
menguar-uarkan konsep itu, sedangkan ia dilahirkan oleh Perdana Menteri
yang juga Pengerusi BN. ''Apa yang mahu dilihat pada akhirnya adalah
penyertaan belia pelbagai bangsa, agama dan kefahaman politik dalam
bersama menghayati semangat 1Malaysia," katanya.

Serentak dengan sambutan Rally 1Malaysia itu juga, Pemuda BN akan


melancarkan program susulan iaitu Jelajah One Malaysia (JOM) yang akan
membawa Pemuda BN menjelajah seluruh negara bagi memperkenalkan lagi
konsep 1Malaysia termasuk di kawasan pedalaman menerusi semangat
turun padang. Menerusi program itu, Pemuda BN akan mengajak golongan
belia terbabit dalam aktiviti yang mampu menyatupadukan rakyat dengan
semangat 1Malaysia. Antaranya menerusi program seperti sukan, kesenian,
kebudayaan, kesihatan, gotong-royong dan sebagainya.

Menurut Khairy lagi, JOM akan menjelajah seluruh Malaysia dalam tempoh
setahun untuk melihat sejauh mana keberkesanan dan sambutannya.
''Sekiranya sokongan yang diterima menggalakkan, tidak mustahil program
ini akan diteruskan dalam satu jangka masa yang lebih lama,'' tambahnya.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=2010&dt=0610&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm#ixzz4caZacsJ0
Utusan Melayu (M) Bhd

Vous aimerez peut-être aussi