Vous êtes sur la page 1sur 24

AKTIVITI-AKTIVITI

SEPANJANG TAHUN PPKI


SKBTS BAGI TAHUN 2016

MAJLIS PERPISAHAN

CIKGU MUHAMMAD DZARFAN BIN KAMAR BAHRIN


Majlis perpisahan ini telah diadakan pada bulan Januari.Tujuan
majlis diadakan bagi mengenang jasa baik cikgu Dzarfan
sepanjang tempoh beliau berkhidmat di SKBTS. Harapan dan doa
kami semua warga PPKI SKBTS agar beliau terus hebat mendidik
anak-anak PPKI dan meneruskan kerjaya di tempat baru dengan
jayanya. Segala jasa baik dan pengorbanan yang telah
dicurahkan tidak mungkin dapat kami lupakan sampai bila-
bila.Jasamu dan dirimu akan tetap dikenang selamanya.

Sejarah perkhidmatan guru;

En. Dzarfan bin Kamar Bahrin (Januari 2004 Januari 2016)

KEM PINTAR JAWI ( 24 FEBRUARI 2016)


Pada bulan Februari, Kem Pintar Jawi telah berjaya dilaksanakan di
sekolah.Kem ini telah melibatkan 34 orang murid PPKI SKBTS
sendiri.Terdapat banyak aktiviti yang telah dijalankan antaranya ialah Belon
Beracun, Puzzle, Poster Jawi, Mewarna Jawi, dan Kolaj Jawi.Kesemua aktiviti
ini dipertandingkan mengikut tahap rendah, sederhana dan tinggi.Ternyata
penglibatan murid sangat memberangsangkan apatah lagi hadiah disediakan
kepada semua para pemenang untuk tahap rendah, sederhana dan tinggi.

CERAMAH AUTISME DALAM KALANGAN


MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS (8 MAC 2016)

Pada tahun 2016 ini, dengan sokongan dan dorongan yang kuat oleh
Program Pendidikan Khas Integrasi, Ibu bapa, Guru Besar dan juga guru-guru
serta PPM, maka Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan
Bandar Tasik Selatan julung kalinya menjemput penceramah dari Pusat
PERMATA Kurnia, Cik Nur Farhanim binti Haniffa yang telah menyampaikan
ceramah berkaitan murid-murid Autisme dalam Pendidikan Khas. Ceramah
ini telah diadakan pada tarikh 8 Mac 2016, bertempat di bilik mesyuarat Sk
Bandar Tasik Selatan.Ceramah ini terbuka kepada guru-guru PPKI di
beberapa sekolah yang berdekatan dan ibu bapa murid-murid berkeperluan
khas Sk Bandar Tasik Selatan.Kehadiran peserta adalah seramai 45
orang.Ceramah ini telah diuruskan oleh Cikgu Nurul Ain binti Hasan selaku
penyelaras projek

TERAPI AUDIO VISUAL FASA 1 (9 MAC 2016)

Terapi audio visual merupakan terapi yang diadakan pada setiap tahun.Pada
tahun ini, terapi audio visual telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
Murid-murid telah dibawa ke MBO CINEMAS di Viva Homes. Murid-murid
telah dibawa untuk menjalani terapi audio dengan menonton wayang yang
bertajuk Boboboy The Movie. Tempoh tayangan filem adalah selama 1
jam 40 minit sahaja.Murid-murid sangat seronok kerana telah mendapat
bertih jagung dan air mineral sepanjang menonton wayang.Sepanjang di
dalam panggung wayang, guru-guru sentiasa memantau dan menemani
murid-murid menonton wayang bersama-sama agar keselamatan murid
terjaga.Terapi ini adalah dibawah kelolaan Cikgu Norasyikin binti Abdullah.

MINGGU BUDI BAHASA DAN JIWA BANGSA (11 15 APRIL


2016)

Minggu budi bahasa dan jiwa bangsa pada tahun ini telah berjaya
dilaksanakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.Terdapat banyak aktiviti
menarik sepanjang minggu budi bahasa ini dijalankan.Antara aktivitinya
ialah kuiz, token budi bahasa, Action Song, menghasilkan buku skrap, dan
membuat poster.Murid-murid sangat gembira dan memberikan kerjasama
yang baik sepanjang menjalankan aktiviti terutamanya aktiviti menghasilkan
buku skrap, membuat poster dan persembahkan nyanyian mengikut
kumpulan yang telah ditetapkan.Ternyata program ini telah berjaya
menghasilkan murid-murid yang berbudi bahasa.Penyelaras projek untuk
minggu budi bahasa ini ialah Cikgu Siti Aisyah Ilyan binti Bahri.

MINGGU MARI GEMBIRA MARI BELAJAR 3M (17, 18 dan 19


MEI 2016)
Minggu mari gembira mari belajar telah dikendalikan oleh Tuan Norehan
selaku guru penyelaras projek dibantu oleh guru-guru dan PPM. Terdapat
pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya ialah aktiviti memasak untuk
matapelajaran Matematik. Aktiviti seperti Treasure Hunt, Spell It Right,
Movie Time, Lets Dance dan Reading is Fun pula untuk mata pelajaran
Bahasa Inggeris. Aktiviti lain seperti menghasilkan buku skrap pula adalah
dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Kesemua aktiviti-aktiviti yang
dijalankan telah menarik minat murid-murid untuk melibatkan diri. Semoga
program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PPKI (19 MEI 2016)

Pada bulan Mei, majlis sambutan hari guru telah berjaya dilaksanakan.Majlis
ini telah diuruskan oleh pembantu pengurusan murid (PPM) sebagai salah
satu projek mereka untuk tahun ini.Program ini telah dimulakan dengan
aktiviti senamrobik kanak-kanak PPKI bersama para guru dan PPM.Suasana
bertambah meriah dengan aktiviti Music Chair.Music Chair kali ini boleh
dimainkan oleh ibu bapa dengan para guru, para guru dengan PPM dan anak-
anak PPKI sesama mereka.Seterusnya aktiviti diteruskan pula dengan
perarakan guru.Guru Besar telah bersama-sama kami ketika perarakan
dijalankan.Seterusnya aktiviti persembahan para guru iaitu persembahan
boria dan dikir barat.Para guru telah berlatih untuk persembahan ini
seminggu sebelum majlis dijalankan.Akhirnya majlis di akhiri dengan
pertukaran hadiah antara guru, anugerah guru, cabutan nombor bertuah dan
pemberian hadiah murid kepada guru.Semua guru, ibu bapa, PPM dan anak-
anak menjamu selera dengan jamuan makan sebelum majlis bersurai.

PROJEK TIE DYE (25 MEI 2016)

Pada tahun ini, satu ilmu dan kemahiran baru yang sangat berharga buat
murid-murid dan semua guru apabila projek Tie Dye telah berjaya
dilaksanakan.Murid-murid telah didedahkan dengan ilmu menghasilkan corak
berwarna pada baju Tshirt.Aktiviti dimulakan dengan pembahagian baju
tshirt mengikut saiz murid.Seterusnya murid-murid merendam Tshirt ke
dalam soda ash.Murid-murid telah dibahagikan dalam kumpulan untuk
aktiviti Tie Dye ini dibantu oleh guru-guru dalam kumpulan masing-
masing.Setelah itu, murid-murid menjemur Tshirt di bawah sinaran matahari.
Setelah seminggu dan Tshirt tersebut telah kering sepenuhnya, kanak-kanak
melakukan aktiviti colour fixing untuk baju-baju tersebut. Walaupun colour
fixing memerlukan masa yang agak lama, namun hasilnya sangat
memuaskan hati.

THE GARAGE SALE [ 24JUN(FASA 1)&, 2 OGOS 2016 (FASA 2)]

Program garage sale ini adalah dibawah kelolaan Cikgu Noryati binti
Ngah.Aktiviti garage sale ini bermula dengan pengumpulan barangan jualan
daripada para guru, ibu bapa dan orang sekeliling yang ingin
menyumbangkan pakaian, barangan terpakai, kasut dan
sebagainya.Sebelum aktiviti dijalankan, promosi dan iklan telah
dilaksanakan.Setelah semua barangan terpakai dan pakaian dapat
dikumpulkan, proses merekod dan melabel harga jualan dilakukan bersama-
sama.Akhir sekali, aktiviti jualan dan lelongan pakaian dan barangan
terpakai dilaksanakan.Keseluruhan aktiviti berjalan dengan lancar.

MAJLIS KHATAM AL- QURAN (30 JUN 2016)

Majlis khatam Al-Quran dikelolai oleh Ustazah Norainor Mustapha Kamal. Sesi
pembacaan Al-Quran oleh murid dan guru pada setiap hari waktu rehat.
Selain itu, penerangan dibuat oleh guru yang bertugas tentang konsep
khatam Al-Quran.Bacaan surah bermula daripada surah Ad-Dhuha sehingga
surah Al-Fatihah oleh guru-guru dan murid secara individu.Akhir majlis
dengan penyampaian cenderamata kepada semua murid yang telah khatam
Al-Quran.

MAJLIS IFTAR (BERBUKA PUASA) PPKI (30 JUN 2016)

Majlis berbuka puasa ini dijalankan setiap tahun. Ibu bapa juga turut
dijemput untuk berbuka puasa bersama-sama.Seperti biasa, majlis ini
menjadi lebih meriah apabila ibu bapa yang hadir turut membawa juadah
berbuka puasa dari rumah. Majlis dimulakan dengan berbuka puasa dengan
kurma dan kuih seterusnya semua akan solat maghrib berjemaah bersama-
sama. Sebelum pulang, semua tetamu yang hadir berbuka puasa dengan
hidangan makanan yang telah tersedia.
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PPKI 2016 (15 JULAI 2016)Majlis ini
dilaksanakan oleh Cikgu Norasyikin binti Abdullah.Pada sebelah pagi, murid
membuat ketupat gergasi dalam kumpulan yang telah
ditetapkan.Seterusnya, pertandingan baju tercantik untuk murid lelaki dan
perempuan dijalankan.Kanak-kanak PPKI sangat gembira dan ceria dengan
memakai pakaian hari raya.Mereka memperagakan pakaian masing-
masing.Ibu bapa dan para guru turut ketawa dengan telatah mereka yang
mencuit hati semasa memperagakan pakaian tersebut.Persembahan
ditamatkan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.Seterusnya
pemberian duit raya kepada semua murid.Setelah itu, murid-murid, ibu bapa
dan para guru menjamu selera dengan juadah yang tersedia.

PROGRAM TERAPI SOSIAL KE KIDZANIA KUALA LUMPUR (28 JULAI


2016)

Pada tahun ini , terapi sosial adalah dibaah kelolaan Cikgu Syahirul Razafli
binti Mat Zin. Program ini dimulakan dengan sarapan pagi di kantin
sekolah.Seterusnya muid-murid menaiki bas ke Kidzania dengan guru
pengiring.Setelah semua tiba, semua murid berkumpul di dalam
Kidzania.Sebelum semua murid mencuba semua kerjaya yang ada di dalam
Kidzania, sesi bergambar telah dilaksanakan sebagai tanda kenangan pernah
ke Kidzania.Setelah semua murid selesai mencuba pekerjaan contohnya,
pekerjaan sebagai bomba, polis, posmen, doktor, peguam dan sebagainya,
mereka telah dikumpulkan di satu tempat untuk makan tengahari. Lebih
kurang jam 3.00 petang, kami pun bertolak pulang dengan menaiki bas yang
disewa.

SAMBUTAN HARI JADI FASA 1 (29 JULAI 2016)

Pada tahun ini, projek sambutan hari jadi telah diketuai oleh Cikgu Nadasofa
binti Rafiai.Majlis ini telah diadakan di sekolah SK Bandar Tasik Selatan.Majlis
ini telah dimulakan dengan ucapan Puan Zaiton binti Yahaya selaku GPK
Pendidikan Khas.Seterusnya penyampaian hadiah kepada para murid yang
menyambut hari jadi dari bulan Januari hingga Jun. Penyampaian hadiah
kepada guru-guru yang menyambut hari jadi pada bulan Januari hingga Jun
turut diberikan.Selepas selesai sesi penyampaian hadiah, sesi memotong kek
dilaksanakan.Akhir sekali, majlis ditamatkan dengan menjamu selera dengan
makanan dan minuman yang telah disediakan.

TERAPI AUDIO VISUAL FASA 2 ( 8 SEPTEMBER 2016 )

Terapi audio visual merupakan terapi yang diadakan pada setiap tahun.Pada
tahun ini, terapi audio visual telah berjaya dilaksanakan dengan
jayanya.Cikgu Norasyikin bini Abdullah telah menjadi pengurus projek untuk
program terapi audio pada tahun ini.Murid-murid telah dibawa ke GSC di Mid
Valley.Murid-murid telah dibawa untuk menjalani terapi audio dengan
menonton wayang yang bertajuk Finding Dory.Tempoh tayangan filem
adalah selama 1 jam 15 minit sahaja.Murid-murid sangat seronok kerana
telah mendapat bertih jagung dan air mineral sepanjang menonton
wayang.Sepanjang di dalam panggung wayang, guru-guru sentiasa
memantau dan menemani murid-murid menonton wayang bersama-sama
agar keselamatan murid terjaga.

KEM BESTARI SOLAT (27 OGOS 2016)

Kem Bestari Solat ini dikelolai oleh Cikgu Norainor binti Mustapha
Kamal.Program dimulakan dengan menonton tayangan video tentang
solat.Seterusnya murid-murid bersoal jawab dengan guru tentang video
yang telah dilihat.Seterusnya, sesi penerangan berkaitan perlakuan dalam
solat disampaikan oleh Cikgu Norainor sendiri.Selepas itu, aktiviti
memadankan gambar dan penyataan perlakuan dalam solat
dilaksanakan.Walaupun kehadiran murid agak tidak memberangsagkan
namun kem tetap berjalan dengan lancar.

MINGGU PENDIDIKAN KHAS ( 29 OGOS 2 SEPTEMBER 2016)

Minggu pendidikan khas melibatkan semua murid, guru, dan ppm yang
berada di sekolah. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan
antaranya jualan ABC, jualan jagung manis, jualan popia gulung, aktiviti
mencuci kereta, permainan lontar dart, permainan golf, permainan music
chair , permainan rebut gula-gula untuk tahap rendah, cari gula-gula dalam
tepung untuk tahap sederhana dan tinggi serta sukaneka antara sekolah
yang berhampiran dengan SK Bandar Tasik Selatan. Aktiviti-aktiviti yang
telah dilaksanakan telah menarik ramai minat muid-murid disamping dapat
mengumpul dana buat PPKI.

BENGKEL PENGURUSAN DIRI PPKI ( 4 OKTOBER 2016)

Bengkel dimulakan dengan taklimat dan pembahagian kumpulan dibuat oleh


penyelaras projek iaitu Puan Nor Syuhada binti Mohd Yusof.Aktiviti yang
pertama dimulakan dengan aktiviti senam robik. Selesai senam robik, aktiviti
yang kedua dijalankan iaitu aktiviti mengetip.Pada pukul 9.00 pagi semua
murid, guru dan PPM menjamu selera di kantin.Aktiviti seterusnya ialah
mencuci pakaian, cara menyidai baju dan pakaian, memberus gigi, cara
mencuci tangan dengan betul, aktiviti merapikan diri termasuklah cara
menyikat rambut, memakai pakaian dengan kemas, memakai bedak, cara
melipat tudung dengan cara yang betul, melipat baju, memasang cadar, dan
mengemas katil. Aktiviti dalaman pula termasuklah aktiviti membuat puzzle
bagi Tahap Tinggi dan Tahap Sederhana, memadankan dan mewarnakan
objek yang sama bagi Tahap Rendah. Seterusnya pada pukul 12.40
tengahari, semua aktiviti telah selesai dijalankan. Maka dengan
penyampaian hadiah dan cenderahati berakhirlah aktiviti-aktiviti Bengkel
Pengurusan Diri PPKI 2016 dijalankan.

PROGRAM TERAPI SOSIAL KE TAMAN BURUNG KUALA LUMPUR


DAN TUGU NEGARA ( 5 OKTOBER 2016)

Program terapi sosial ini adalah dibawah kelolaan Cikgu Siti Asah bt
Abd.Khani. Terapi ini telah diadakan di Taman Burung, Kuala Lumpur.Murid-
murid telah di bawa ke Taman Burung dengan menaiki bas yang telah
disewa. Murid-murid telah dibahagikan kepada lima kumpulan bersama-
sama guru dan PPM yang telah ditugaskan. Murid-murid sangat gembira
apabila dapat melihat pelbagai jenis burung yang ada di taman. Setelah itu,
semua guru, PPM dan murid-murid makan tengahari di ruang dataran di
taman burung.

PERKHEMAHAN PPKI (14 OKTOBER 2016)

Perkhemahan PPKI pada kali ini diketuai oleh Cikgu Syahirul Razafli bin Mat
Zin. Perkhemahan ini telah mengambil masa selama sehari sahaja yang
mana bertempat di Sk Bandar Tasik Selatan. Sebelum mendirikan khemah,
Cikgu Syahirul selaku penyelaras projek telah menyampaikan taklimat
ringkas berkaitan dengan tentatif. Selesai solat jumaat, murid-murid telah
makan tengahari bersama para guru. Antara aktiviti yang telah dijalankan
semasa perkhemahan ialah pertandingan menyediakan sandwich dan
tressure hunt di sebelah petang. Pada malamnya aktiviti BBQ bersama para
guru. Sebelum pulang, murid-murid telah mengemas alatan perkhemahan.
Ibu bapa telah menjemput murid-murid pada malam itu. Ternyata, murid-
murid sangat gembira kerana telah mendapat pengalaman berkhemah di
sekolah.

MAJLIS GRADUASI DAN JAMUAN AKHIR TAHUN PPKI (5 NOVEMBER


2016)

Majlis graduasi dan jamuan akhir tahun pada kali ini telah diuruskan oleh
Cikgu Siti Aisah bt Abd. Khani dan Cikgu Nurul Ain binti Hasan.Majlis ini telah
digabungkan dan diadakan di Yeob Place, Ampang. Majlis ini merupakan
majlis untuk meraikan tiga orang murid yang akan melangkah ke Sekolah
Menengah pada tahun 2017. Majlis jamuan akhir tahun pada kali ini
bertemakan Kesultanan Melayu.Semua guru, ibu bapa dan murid-murid PPKI
sangat sporting dengan memakai pakaian mengikut tema.Majlis turut
dihiburkan dengan persembahan tayangan murid-murid yang bergraduasi
dan persembahan daripada kumpulan Wisya Wisyi Busker.Cabutan bertuah
sebanyak 40 cabutan turut dilaksanakan dan telah diselang selikan dengan
persembahan nyanyian.Semua hadirin telah mendapat hadiah dan doorgift
sebagai kenang-kenangan daripada majlis ini.Majlis diakhiri dengan jamuan
makan dan sesi bergambar.

PROGRAM TEAM BUILDING PPKI (8 NOVEMBER 2016 )

Pada jam 8.15 pagi taklimat dan pembahagian kumpulan telah disampaikan
oleh penyelaras projek iaitu Cikgu Nor Syuhada binti Mohd Yusof. Aktiviti
dimulakan dengan aktiviti Belon Amanah. Aktiviti Belon Amanah berakhir
pada pukul 8.45 pagi. Selepas itu, semua murid, guru dan PPM telah
bersarapan pagi di kantin.Seterusnya, pada pukul 9.20 pagi Puan Nor
Syuhada selaku penyelaras projek memberikan penerangan cara memasak
secara survival. Bahan-bahan memasak diedarkan kepada semua mengikut
kumpulan.Pada pukul 9.45 pagi, aktiviti memasak berjalan dengan lancar.
Murid memberikan kerjasama dengan baik dengan bantuan dari guru dan
PPM. Selepas itu, pukul 11.30 pagi, aktiviti memasak selesai, semua ahli
kumpulan bertungkus lumus pula menghias hidangan makan tengahari yang
berkonsepkan makan didalam hutan.Selesai sahaja markah pertandingan
menghias hidangan makanan tengahari diambil, maka aktiviti makan
tengahari pun bermula. Semua murid, guru dan PPM makan yang
berkonsepkan survival.Aktiviti yang seterusnya ialah mencuci messtin dan
perkakasan alatan yang digunakan semasa aktiviti memasak.Aktiviti yang
terakhir ialah penyampaian hadiah bagi kumpulan yang mendapat markah
yang tertinggi. Akhir sekali aktiviti bergotong royong membersihkan kawasan
memasak, dewan terbuka sekolah dan kawasan sekitarnya.

MAJLIS SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK DAN MAJLIS HARI LAHIR


FASA 2
(14 NOVEMBER 2016)

Majlis sambutan hari kanak-kanak pada tahun ini telah dikelolai oleh Cikgu
Siti Aisyah Ilyani bt Bahri manakala hari lahir fasa 2 pula diketuai oleh Cikgu
Nadasofa binti Rafaiai. Majlis ini telah digabungkan sekali dalam satu
majlis.Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian daripada Guru Besar, En.
Ahmad Muzir bin Abd Halim. Seterusnya nyanyian dan acara memotong kek
hari lahir.Setelah itu, murid-murid PPKI diberikan peluang untuk bermain
aktiviti Supa Dupa yang telah dipasang di hadapan garaj kereta PPKI.Bukan
sekadar itu, murid-murid PPKI turut dihiburkan dengan persembahan
daripada badut. Setelah berhibur, kanak-kanak rehat dan menjamu selera
dengan makanan dan minuman yang telah di sponsor. Majlis penyampaian
hadiah dan sesi bergambar merupakan acara penutup kepada majlis ini.

Vous aimerez peut-être aussi