Vous êtes sur la page 1sur 10

1

1.0 Pendahuluan

1.1 Pengenalan

Penggunaan teknologi dalam pendidikan pada masa kini Media juga dikenali
sebagai medium penyampaian pengajaran yang bermaksud sesuatu saluran
komunikasi yang membawa maklumat. Maklumat daripada penyampai dapat diterima
oleh penerima dengan cepat dan berkesan. Perbincangan dalam tugasan ini adalah
mengenai penghasilan satu media pengajaran yang menggunakan model-model
teknologi pengajaran dan pembelajaran . Seterusnya, satu penilaian media pengajaran
yang digunakan dalam menyampaikan ilmu-ilmu pelajaran. Media pengajaran yang
telah saya nilai adalah media berbentuk video dalam pengajaran di dalam bilik darjah.
Berdasarkan penilaian itu, saya dapat menilai pelbagai aspek yang boleh membantu
dalam penghasilan media pengajaran.

2.0 Konsep Media Pengajaran

Bidang teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yang


kemudiannya dikenali sebagai media pengajaran. Oleh itu, boleh dikatakan media
pengajaran menjadi pengasas kepada penubuhan bidang teknologi pendidikan. Media
atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin
yang bermaksud perantara. Ia merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat
daripada penyampai kepada penerima. Contoh media termasuklah filem, tv, radio,
rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan pengajar. Media
pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan
daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat meransang fikiran, perasaan,
perhatian, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadi proses pembelajaran.
2

3.0 TUGASAN 1- MANUAL PENGGUNAAN

1. Sebelum memulakan pengajaran di dalam kelas menggunakan media ini , guru


terlebih dahulu akan menekan gambar untuk memainkan lagu.

2. seterusnya tekan untuk memulakan pengajaran.


3

3. Murid akan mempelajari Numeral Number sebelum ke soalan pengukuhan. Tekan


butang untuk ke soalan pengukuhan.
Start

4. Tekan Leve
atau Lev
memulakan pembelajaran.
4

5. Murid akan membuat pemilihan jawapan. Murid akan menekan sama ada butang
st Atau nd butang jika murid memerlukan nota.
1 2

6. Tekan Next sekiranya jawapan betul.


5

7. Tekan Previous sekiranya jawapan adalah salah untuk kembali kepada soalan.

8. Tekan Home untuk kembali kepada muka depan.


6

4.0 Tugasan-2

Instrumen Penilaian Media Pengajaran

1 = Tidak Baik ; 2 = Kurang Baik ; 3 = Memuaskan ; 4 = Baik ; 5 = Sangat Baik

Skor
Bil Perkara
1 2 3 4 5

1 Kejelasan tujuan pelajaran /


2 Pengunaan bahasa yang difahami /
3 Kesesuaian penggunaan bahan dengan /
tajuk
4 Interaksi dengan penerima /
5 Memberi motivasi kepada murid /
6 Memberi kemudahan untuk mudah /
difahami
7 Sistematik, teratur dan jelas /
8 Kejelasan huraian, bahasa (contohnya /
cerita dan kuiz)
9 Konsisten dan seiring dengan tujuan /
pelajaran
10 Kreativiti dalam media pengajaran /
11 Kejelasan media /
12 Kejelasan suara media /
13 Media bergerak (animasi) /
14 Jenis tulisan /
15 Saiz tulisan /
16 Warna tulisan /
17 Kesesuaian warna /
18 Panduan penggunaan media /
19 Gimik pendahuluan /
20 Penggayaan isi kandungan /

4.1 Analisis Penilaian Media Pengajaran


7

Media didefinisikan sebagai pelbagai alatan yang mampu menyampaikan mesej


pengajaran. Pada masa kini, kegunaan media pengajaran amat ditekankan dalam
pengajaran dan pembelajaran masa kini. Penggunaan media merupakan medium
penyebaran ilmu yang digunakan oleh sebab sifatnya yang ringkas, menjimatkan kos
dan mudah digunakan. Berdasarkan penilaian yang media pengajaran yang telah saya
jalankan, terdapat banyak aspek-aspek penilaian yang diambil kira. Penilaian ini adalah
sangat penting untuk menilai tahap kekuatan dan kelemahan serta membantu
menambahbaik media sedia ada tersebut. Dalam membuat penilaian ini saya
menggunakan beberapa model reka bentuk pengajaran sebagai panduan kepada saya
untuk menjalankan penilaian.

Saya telah melakukan pencarian maklumat media pengajaran yang berkaitan di


laman sesawang youtube. Setelah menjumpai media pengajaran yang berkenaan saya
telah melakukan penilaian berdasarkan aspek-aspek yang tertentu. Dengan mengambil
kira pembinaan reka bentuk pengajaran model ASSURE dan ADDIE , secara
keseluruhannya media pengajaran ini agak memuaskan namun terdapat pelbagai
aspek yang perlu diperbaiki seperti, aspek interaksi dengan penerima. Media yang
dinilai adalah berbentuk video pengajaran. Hal ini, menghadkan interaksi antara
pemberi maklumat dan penerima maklumat kerana penerima hanya melihat video
sebagai medium mendapatkan ilmu, sementara tidak ada komunikasi atau interaksi
secara langsung dengan pemberi maklumat.

Penggunaan warna pada media tersebut memuaskan kerana penggunaan warna


yang pelbagai namun penggunaan warna seperti ini kurang sesuai digunakan kepada
murid-murid pendidikan khas lebih-lebih lagi kanak-kanak yang mempunyai masalah
penglihatan. Penggunaan warna yang tidak bersesuaian akan mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran. Namun, tidak dinafikan penggunaan warna yang
pelbagai mampu menarik perhatian kanak-kanak yang normal. Dalam masa yang
sama, penyampaian pengajaran juga berkesan. Oleh yang demikian, media pengajaran
ini haruslah disesuaikan dengan murid, iaitu dengan menyelaraskan penggunaan warna
agar ia bersifat fleksible antara Kanak-kanak khas dan kanak-kanak normal.
8

Selain itu, saiz tulisan yang tidak sesuai kepada kanak-kanak berkeperluan khas.
Tulisan yang menggunakan fon bersaiz kecil meminimumkan pengkihatan mereka. Hal
ini, menyebabkan pengajaran tidak dapat berjalan dengan baik serta isi pembelajaran
tidak dapat disampaikan dengan berkesan. Saiz tulisan haruslah sesuai dengan
keadaan murid. Contohnya, bagi kanak-kanak khas yang mempunyai masalah
penglihatan, di mana penglihatan mereka adalah sangat terhad. Sekiranya saiz tulisan
yang kecil digunakan oleh guru maka proses pembelajaran bagi murid tersebut akan
terganggu sekaligus tidak mencapai objektif pembelajaran pada saat itu.

Namun begitu, media pengajaran ini menampilkan kepelbagaian dengan


menggunakan unsur animasi dalam penyampaian idea. Media ini menggunakan audio
yang sesuai di mana menggunakan audio yang bersifat lembut. Hal ini, tidak dapat
memberi gangguan kepada murid. Selain itu, penggunaan audio juga dapat menarik
perhatian murid terhadap pembelajaran. Animasi video yang dihasilkan sesuai
digunakan terhadap kanak-kanak. Dalam hal ini, penggunaan audio juga penting dalam
penghasilan media yang berkesan untuk digunakan dalam pengajaran. Hal ini, dapat
membantu guru-guru dalam menghasilkan media yang menggunakan unsur audio yang
sesuai.

Secara kesuluruhannya, media pengajaran ini, memberikan penyampaian


pengajaran yang memuaskan. Kepelbagaian unsur-unsur yang digunakan membantu
media ini menarik perhatian murid-murid. Kelemahan-kelemahan media ini harus dibaiki
semula sebagai langkah penghasilan media pengajaran yang lebih baik dan berkesan.
Oleh itu, media pengajaran yang baik mampu menarik perhatian murid-murid di dala
kelas, lebih-lebih lagi pada era globalisasi ini penggunaan media merupakan alat yang
paling mujarab dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran.
9

5.0 Rumusan

Secara kesuluruhannya kerja kursus ini membincangkan mengenai teknologi


dalam pendidikan. Media dalam pengajaran merupakan alatan yang berupaya untuk
menyalurkan mesej-mesej pengajaran dengan mudah dan cepat. Dalam pada itu, satu
penilaian mengenai penggunaan media pengajaran telah dijalankan dalam kerja kursus
ini. Oleh itu, berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan, kita mendapat
pendedahan penggunaan media dalam pengajaran dan bagaimana membentu satu
media yang mampu menyampaikan ilmu dengan berkesan kepada murid. Pelbagai
model yang digunakan dalam kajian ini sebagai panduan kepada saya untuk
menjalankan kerja kursus ini. Oleh itu, di masa akan datang kita mampu membina satu
media pengajaran yang mampu memberi kesan yang baik kepada penyampaian
pengajaran di dalam kelas.
10

6.0 Rujukan

Noriati A. Rasyid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah, Syed Ahmad,Wan Kamaruddin
Wan Hassan. (2009). Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Selangor. Oxford Fajar Sdn. Bhd

Juriah Long. (1998). Inovasi dalam Perkaedahan Pengajaran Bahasa, Sains Sosial dan
Teknologi Maklumat. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Norhashim Abu Samah, Mazenah Youp & Rose Alinda Alias. 1998. Pengajaran
Bantuan Komputer. Skudai:Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Abdul Rahim Mohd Said. 1996. Merekabentuk Teks Pengajaran Secara Efisien dan
Efektif. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Chuang, L.Y. & Cheng, H.Y. 2005. The development of multimedia courseware for
biotechnology. International Journal of the Computer, the Internet and
Management 13(3): 35-44.

Vous aimerez peut-être aussi