Vous êtes sur la page 1sur 6

MAJLIS KONVOKESYEN PRASEKOLAH & MURID TAHUN 6 2016

SK LKTP JENGKA 13 BANDAR JENGKA PAHANG

TARIKH : 22 NOVEMBER 2016


MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN HAJAH NORKAMSIAH

Mengumumkan perarakan masuk para penerima Sijil Tamat Prasekolah dan


Graduat Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Jengka 13 2016didahului oleh adik
Amira Aisyah dan adik Norhasniza membawa dulang berisi Buku Ilmiah simbolik
kepada Ilmu Pengetahuan diikuti oleh anak anak Pra Sekolah sessi 2016 dan
seterusnya murid murid Tahun 6ayuh kita berikatepukan dan sorakan untuk
barisan Pentadbir diketuai oleh Tuan Guru Besar GPK Pentadbiran GPK HEM
dan GPK Kokurikulum. ( Gamelan dimainkan )

Seterusnya Nyanyian Lagu Negaraku dan Negeri Pahang. Untuk itu hadirin
hadirat diminta berdiri.

- Nyanyian Lagu Negaraku dan Negeri Pahang

Hadirin hadirat dipersilakan duduk.


Terima kasih.

Bismillahirrahmanirrahhim

1. Yg Berbahagia, Pn Hajah Norkamsiah bt Abd Wahab


GB SK Jengka 13

2. Yg berusaha, Pn Hjh Jamaiah bt Hj Shamsuddin


GPK Pentadbiran SK JEngka 13

3. Yang dihormati - En Ramli bin Samad GPK HEM


4. - En Sharul Bahari bin Mohd Saaya GPK KOKO
- Barisan guru guru
- Pembesar pembesar Setempat
- AJK PIBG
- Para ibu bapa

5. Yg dikasihi, murid-murid Pra-sekolah yang diraikan, Murid Tahun 6 dan semua


murid SK JEngka 13
Seterusnya, sidang hadirin hadirat warga dewan yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum.
Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah SWT, atas perkenan limpah dan inayahnya
jua dapat kita berhimpun di majlis meraikan anak-anak kita yang kita sayangi
dalam satu majlis yang dinamakan Majlis Anugerah Kecemerlangan &
Konvokesyen Prasekolah & Tahun 6 sesi 2016.

Selamat datang diucapkan kepada semua para jemputan yang hadir terutama
sekali para ibu bapa atas kesudian meluangkan masa ke majlis ini.

Sesungguhnya, keprihatinan tuan-tuan dan puan-puan semua hadir ke majlis ini,


membuktikan kecaknaan dan tautan kasih, kerjasama erat antara kita guru-guru,
ibu bapa dan anak-anak khususnya, dalam menjana kecemerlangan masa depan
anak-anak.

2. Bacaan Doa

Pembuka tirai, sebelum majlis pada pagi ini diteruskan, sama-samalah kita
mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Al-Fadhl Utz Mohd Rasol bin
Omar..Dipersilakan

- BACAAN DOA-
Amin amin ya rabbilalaminTerima kasih diucapkan kepada Utz Mohd Rasol atas
bacaan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis pada pagi ini mendapat keberkatan
dariNya jua. InsyaAllah.

3. Bacan Ayat Suci Al-Quran


Hadirin hadirat yang dimuliakan,
Aturcara pada pagi ini diteruskan lagi dengan mempersilakan adik Danial Irfan bin
Abdullah dan Nur Azlin Fazliana Mohd Khairil dari kelas 5 Wawasan
mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran dari surah al Iqra
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan..

- BACAAN AL-QURAN-

Terima kasih diucapkan kepada anakanda berdua atas bacaan ayat suci Al-Quran
itu tadi.

4. Ucapan Perasmian
Seterusnya dipersilakan Yg Berbahagia Pn Hjh Norkamsiah , GB SKJ13 untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis pada pagi ini. Dengan segala
hormatnya dipersilakan. Seterusnya dipersilakan Pn Jamaiah GPK Pentadbiran,
En Ramli GPK Hal Ehwal Murid dan En Sharul Bahari GPK Kokurikulum
menjemput dan mengiringi Pn Guru Besar untuk kepentasdipersilakan.. Diminta
Tuan Guru Besar untuk memalu Gong yang disediakansebagai simbolik perasmian
majlis pada pagi ini.. ( nabil bersedia dengan letupan dan 4 org murid datang dari
belakang sambil menari lagu Si Pencuri Hati )
Terima kasih diucapkan kepada Tuan GB Pn Hjh Norkamsiah . Dengan paluan
gong sebentar tadi , maka rasmilah sudah Majlis Anugerah Kecemerlangan &
Konvokesyen Prasekolah dan Murid Tahun 6 Sesi 2016.ayuh kita teruskan majlis
kita pada pagi inimajlis dengan rasa rendah hati memohon barisan GPK dan
Tuan Guru Besar untuk terus bearada di atas pentas bagi menyempurnakan majlis
konvokesyen murid murid Pra Sekolah dan Murid Tahun 6.

Mendahului penerima sijil dan hadiah konvcokesyen dipersilakan ( rujuk senarai


Pra Sekolah.panggil semua dan anugerahkan terus hadiah khas ) setrusnya
dipersilakan penerima pertama konvokesyen Murid tahun 6

ADAM SYAHRIZAL BIN SAIFUL NIZAM


AHMAD AMIR AFANDI BIN AHMAD ZAIDI

ANIS INSYIRAH BT MOHD AMINUDDIN

ATIQAH JASMINE BALQIS BT ANUAR

ATIQAH KHAIRUNNISA BINTI MOHD KAHARIZAN

DHANESHWARAN A/L KUMAR

EMY NUR ZUHAIZAT B. MOHD. NOH

ERIKA ELLYANA BINTI AZRI

LOKMAN AZIM BIN MOHAMAD KHAIRI

MUHAMAD SHAMIL ISKANDAR B. MUHAMAD SAHAR

MUHAMMAD FARIS DANIAL B. KHAIRULLIZAM

MUHAMMAD AFIQ IRFAN BIN ZAHARI

MUHAMMAD AMIRUL HAZIQ

MUHAMMAD FIQRI B. ABU HAMIZAN

MUHAMMAD HAFRIZ B. KAMARUZZAMAN

MUHAMMAD HAIKAL HAZIQ B REDZUAN

MUHAMMAD ISKANDAR B ABU SABAR

MUHAMMAD NASRUL AIMAN B. MOHD. NASIR

MUHAMMAD RAIS B. MD. JELANI

MUHAMMAD SHARUL NIZAM BIN ZAIDI

MUHAMMAD SYAHMI SYAZWAN BIN AZAHAR

MUHAMMAD TALHAH BIN MOHD RAZALI

NABIL ARIF FARHAN BIN SHARMAN HARIL

NOR AISHAH BINTI KHAIRUL ANUAR

NOR REHAN BINTI AZMAN

NUR ALISYA IDAYU BT. AZRUL

NUR ASHIQIN BINTI ZULKIFLI

NUR HASANAH BT.MOHAMAD ROSDIN

NURUL AINA NATASYA BT. MOHD HALIMI

RIZ SYAMIMI ALEEYA BINTI RIZAL

ROSYARRINA HAYANI BT ROSMAINI


Setrusnya majlis mempersilakan Pn Hjh Jamaiah untuk menyampaikan tanda hati dan
kenangan buat Pn Hjh Norkamsiah Guru Besar di atas kesudian menyempurnakan majlis
konvokesyen sebentar tadihadirin hadirat sekelian satu tepukan dan sorakan yang
gemuruh buat kesemua barisan kehormat kita.

3. Persembahan Murid SKJ13


bagi memeriahkan lagi majlis kita.
Seterusnya, kita saksikan pula persembahan yang Bertajuk DIA DATANG dari
gabungan murid-murid prasekolah tahun 1 tahun 2 dan tahun 5. Dipersilakan..

- PERSEMBAHAN

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid atas persembahan menarik itu tadi.
Dengan berakhirnya persembahan yang dipimpin oleh Teacher Ramziah bt Ahmad
sebentar tadi majlis kita akan berehat seketika..dan majlis akan bersambung pada
jam ( tengok jambagi 30 minit sahaja )

Zubaidah handle

tuan tuan dan puan puankini saya akan umumkan pula anugerah anugerah khas
SK Jengka 13
anugerah yang pertama Tokoh Sahsiahdipersilakan adik Nur Alisya Idayu bt
Azrul
Tokoh Kokurikulum dipersilakan adik Mohd Talhah bin Mohd Razali
Tokoh Akademik dipersilakan adik Adam Syahrizal bin Saifulnizam

Tuan dan puan


Kini tinggal satu lagi Anugerah khas yang kita sifatkan sebagai Anugerah Khas
Tertinggi SK Jengka 13 yang mana anugerah ini saban tahun menjadi anugerah
yang dinanti nantikansebelum saya umumkan siapakah penerimanya izinkan
saya meriwayatkan biografi penerima..

Dilahirkan pada tanggal 6 Februari 2004 di hospital Tengku Ampuan Rahimah


Klangsangat meminati Bola Sepak sedari kecil dan berazam akan menjadi
pemain bola sepak professional satu hari nanti..walaubagaimanapun juga
menyimpan hasrat untuk bergelar seorang juruterbang atau Mr Pilotyang
menariknya tentang tokoh ini..selain bermain bola sepak beliau juga minat main
telefon bimbitdan permainan bola sepak online tetap menjadi pilihan..ada cerita
lucu disebalik hobinya itu iaitu beliau pernah disakat hantu dan seluruh keluarga
ketawakan beliau
Sebagai anak jati Melayu berketurunan banjar dan beragama Islam beliau sangat
menyanjung tinggi junjungan Nabi Muhammad s.a.w. dan macam biasa Cristiano
Ronaldo juga menjadi mentor dalam karier bola sepaknyanya..memang unik tokoh
kita kali ini.
Sangat disenangi oleh semua rakan beliau dirumah merupakan abang kepada adik
adik dan merupakan anak kedua dari 6 beradik..sudah pasti adik adik menjadi
mangsa tempat beliau bergurau..kadang kadang sampai menangis adik adikdari
sikap beliau dapat kita bayangkan beliau seorang yang ada keperibadian dan
prinsip.

Sebagai ibu bapa Mohd Sahar bin Udin dan Ramlah bt Sidek amat
mengaharapkan agar abang ngah atau abang Sado katanyabuat yang terbaik
dalam hidup.. dan mama n papa sentiasa menyokong apa sahaja minat selagi tidak
melanggar batas agamabagi memenuhi permintaansaya akan putarkan lagu
yang amat diminati beliau bagi mengiringi beliau ke pentas( pasang lagu Charlie
Puth see you again ) ayuh tuan tuan dan puan puan kita berdiri dan berikan
tepukan gemuruh buat MOHD SHAMIL ISKANDAR BIN MOHD SAHAR..

Tahniah diucapkan kepada keempat empat tokoh yang telah mengungguli anugerah
utama SK Jengka 13untuk itu majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada
Pn Guru Besar di atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadei..sebagai
kemuncak majlis anugerah 2016 hari ini marilah sama sama kita redhakan dewan
kita dengan persembahan istimewa dari murid murid tahun 6 yang akjan
meninggalkan SK Jengka 13 3 hari lagisatu tepukan mereka

Dengan berkahir persembahan sebentar tadi amaka berkahirlah majlis anugerah


kecemerlangan & Konvokesyen bagi sessi 2016..semoga berjumpa lagi tahun
hadapan in sha AllahSK J13 akan terus memacu kecemerlangan 2017

Makluman pada ibubapa semua hari ini merupakan hari terakhir sessi
persekolahan bagi Pn guru Besar dan khamis ini pula hari terakhir bagi cikgu
sharuljadi dikesempatan ini saya bagi pihak sekolah dan ibubapa memohon
ampun dan maaf buat cikgu berdua dan semoga cikgu berdua terus Berjaya diluar
sana dan terus mengingati SK Jengka 13..in sha Allah kita berjumpa di majlis
persaraan Tuan Guru Besar kita dan Cikgu Sharul nanti

Vous aimerez peut-être aussi