Vous êtes sur la page 1sur 2

Salam

RINGKASAN ILMU TAJWID


1. Setiap huruf hijaiyah mempunyai makhraj (tempat keluar huruf)
2. Setiap huruf hijaiyah mempunyai sifat huruf seperti itba', hamas dll.
3. Setiap huruf atau kalimah al Quran mempunyai hukum bacaan tertentu.
MAKHRAJ HURUF ada lima tempat keluar iaitu
1) Kerongkong (makhraj halki) - ada 6 huruf
2) Lidah (makhraj lisani) - ada 17 huruf
3) Bibir (makhraj shafawi) - ada 2 huruf
4) Rongga Mulut (makhraj jaufi) - ada 3 huruf
5) Hidung (makraj khaisyum) - ghunnah
SIFAT HURUF - ada 17 semuanya
1) Hamas
2) Jahar
3) Syiddah
4) Rakhawah
5) Isti'la'
6) Istifal
7) Itbaq
8) Infitah
9) Izlaq
10) Ishmat
11) Safir
12. Qalqalah
13. Lin
14. Inhiraf
15. Takrir
16. Tafasysyi
17. Istitolah
HUKUM2 BACAAN
1. Hukum bacaan mad (panjang) ada 15 iaitu;
- 2 harakat
*Mad asli
*Mad asli harfi
*Mad silah qasirah
*Mad 'iwadh
*Mad badal
*Mad tamkin
- 4 atau 5 harakat
*Mad Wajib Muttashil
*Mad Jaiz Munfashil
*Mad Shilah Thowilah
- 2, 4, atau 6 harakat
*Mad Aridh Lisukun
*Mad Liin
- 6 harakat
* Mad Lazim Harfi Muthaqqol
* Mad Lazim Harfi Mkhoffaf
* Mad Lazim Kalimi Mukhoffaf
* Mad Lazim Kalimi Muthaqqal
2. Hukum Mim Mati
- Ikhfa' Syafawi
- Idgham Mithlain
- Idzhar Syafawi
Ikhfa Syafawi - Apabila mim mati bertemu dengan huruf 'Ba'
Idgham Mithlain - Apabila mim mati bertemu dengan huruf 'Mim'
Izhar Syafawi - Apabila mim mati bertemu dengan huruf2 lain.
3. Hukum Nun/Mim bersabdu/tasydid
Apabila bertemu dengan Mim atau Nun bertasydid (bersabdu) maka hukum bacaannya WAJIB dengung 2 harakat (Wajibal
Ghunnah)
4. Hukum Bacaan Idgham
Ada 3 iaitu;
i. Idgham Mutamathilain
- Pertemuan dua huruf yang sama makhraj dan sifatnya
- (Contoh: Dal bertemu Dal)
- Cara baca ialah dengan mentasydidkan huruf kedua.
ii. Idgham Mutaqaribain
- Pertemuan dua huruf yang hampir sama makhraj dan berbeda sifat huruf.
- (Contoh: Kaf bertemu Qof)
- Cara membaca idgham mutaqaribain adalah dengan mengabaikan/tidak membaca huruf pertama dan membaca huruf
kedua secara bertasdid
iii. Idgham Mutajanisain
- Pengertian yaitu: pertemuan dua huruf yang berbeda, namun sama makhrajnya.
- Cara membaca idgham mutajanisain adalah dengan mentasydidkan huruf yang ke dua, sehingga huruf pertama diabaikan
atau tidak dibaca.
- Contoh: Pertemuan Mim dan Ba

Hamzah atau dikenali dengan nama Hamzah Qata' mempunyai tanda huruf hamzah kecil yang mempunyai 4 bentuk iaitu;

Hamzah Qata' dan washal


1) Kedudukan hamzah di atas Alif
2) Kedudukan hamzah yang terpisah dari alif
3) Kedudukan hamzah di atas huruf waw
4) Kedudukan hamzah di atas huruf ya
CARA BACA
Hamzah hendaklah dibaca ketika permulaan ayat atau pertengahan ayat sama seperti huruf lain.

HAMZAH WASHAL
Hamzah Washal ialah hamzah tambahan dalam suatu kalimah dimana ia mempunyai tanda kepala shod di atas huruf alif.
Hamzah washal pada asalnya tiada tanda baca, tetapi jika dibaca awal kalimah maka ia mempunyai cara baca seperti
berikut;

1) Jika hamzah washal ada bersama dengan huruf LAM, maka ia dibaca dengan 'A'
Contoh: Al-hamdu, Al-qoriah dll.
2) Jika hamzah washal tidak bersama LAM, dan huruf ketiganya berbaris dhommah, maka ia dibaca 'U'
3) Jika hamzah washal tidak bersama LAM, dan huruf ketiganya berbaris fathah atau kasrah, maka ia dibaca dengan 'I'

Vous aimerez peut-être aussi