Vous êtes sur la page 1sur 10

SULIT

PJK
OKT
1
jam

SEKOLAH AGAMA MENENGAH TANJONG KARANG

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014


TINGKATAN 1

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 50 soalan.

2 Jawab semua soalan.

3. Jawab dengan menghitamkan ruangan yang betul pada kertas jawapan.

4. Bagi setiap soalan hitamkan satu ruangan sahaja.

5. Sekiranya anda hendak menukarkan jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak

1
1. Aktiviti mendagu dapat membina kekuatan otot di bahagian tangan dan

A bahu
B kaki
C leher
D pinggang

2. Berikan dua contoh aktiviti yang dapat membina kekuatan otot.

A Mendagu dan tekan tubi


B Lompat dekam dan lompat ketingting
C Bangkit tubi dan lompat jauh berdiri
D Naik turun bangku dan lari pecut 30 meter

3. Naik turun bangku adalah satu aktiviti yang sesuai untuk kekuatan otot kaki.
Apakah aktiviti yang sesuai untuk meningkatkan kekuatan otot tangan?

A Tekan tubi
B Bangkit tubi
C Ayun tangan
D Jangkauan melunjur

4. Seseorang yang aktif dalam kegiatan fizikal mempunyai tahap kelenturan yang
baik. Antara yang berikut, aktiviti manakah tidak dapat membantu membina
kelenturan?

A Aktiviti angkat tumit untuk bahagian kaki


B Aktiviti kilas pinggang untuk kelenturan abdomen dan pinggang
C Aktiviti jangkauan melunjur untuk bahagian pinggang dan belakang badan
D Aktiviti bengkok sisi untuk bahagian abdomen, belakang badan, dan
bahagian kaki

5. Cikgu Ahmad telah mengarahkan pelajar dalam kelas Pendidikan Jasmani untuk
melakukan aktiviti naik turun bangku selama 10 minit tanpa henti. Pada pendapat
anda apakah yang akan terjadi kepada pelajar tersebut?

A Pelajar akan berasa seronok


B Pelajar akan bertambah mahir
C Pelajar akan mengalami kecederaan otot
D Pelajar berpuas hati dengan pencapaiannya

6. Kemampuan jantung dan sistem salur darah membekalkan oksigen kepada otot
secara berterusan semasa melakukan aktiviti juga dikenali sebagai

A kekuatan otot
B daya tahan otot
C komposisi badan
D daya tahan kardiovaskular

2
7. Semasa melakukan aktiviti daya tahan kardiovaskular, organ manakah yang
membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan?

A Ginjal
B Hidung
C Jantung
D Paru-paru

8. Ahli sukan selalu mengamalkan aktiviti memanaskan badan ________ melakukan


aktiviti.

A sebelum
B semasa
C selepas
D sepanjang

9. Senamrobik ialah satu aktiviti yang mampu untuk meningkatkan

A kuasa
B kekuatan otot
C daya tahan otot
D daya tahan kardiovaskular

10. Berikut adalah aktiviti yang berkaitan dengan daya tahan kardiovaskular.

A Berenang
B Lari pecut
C Lompat tinggi
D Lempar cakera

Soalan 11 berdasarkan Rajah 1


Menggunakan kedua-dua belah tangan
Hantaran ini cepat dan tepat
Hantaran ini dilakukan pada jarak yang dekat
Rajah 1
11. Namakan jenis hantaran di atas.

A Lantun
B Aras bahu
C Aras dada
D Aras kepala

12. Berikut adalah kemahiran dalam permainan bola jaring kecuali

A hantaran aras dada


B hantaran aras bahu
C hantaran aras kepala
D hantaran aras lengan
3
13. Tempoh perlawanan bagi permainan bola jaring mengandungi empat sukuan yang
setiap satunya

A 15 minit
B 20 minit
C 25 minit
D 35 minit

14. Berikut adalah faktor-faktor yang menentukan kekuatan pukulan dalam permainan
pingpong kecuali

A berat badan
B ayun tangan
C kilasan badan
D pergerakan pergelangan tangan

15. Ahmadi hendak meningkatkan kemahiran smesy pingpong. Apakah prinsip latihan
yang sesuai digunakan?

A Latih tubi
B Spesifikasi
C Revesibiliti
D Ansur maju

16. Pemain bola sepak berada dalam kedudukan ofsaid jika

A bola melintasi garisan gol


B bola disentuh oleh pemain lain sebelum bola dijaringkan
C cuba mendapatkan keuntungan dengan berada dalam kedudukan tersebut
D pasukan bertahan melakukan kesalahan dalam kawasan penaltinya sendiri

17. Dalam satu perlawanan bola sepak, setiap pasukan diwakili oleh ________ semasa
sepak mula hendak dilakukan.

A 8 orang pemain
B 10 orang pemain
C 11 orang pemain
D 12 orang pemain

18. Dalam permainan bola sepak, menjaring menggunakan kepala memerlukan


kemahiran

A menahan
B menanduk
C menendang
D mengelecek

4
19. Kad kuning akan diberikan jika

I melakukan tindakan berbahaya


II mematuhi undang undang permainan
III memegang atau menyentuh bola dengan sengaja
IV menendang bola selepas tiupan wisel kerana kesalahan yang
dilakukan dengan sengaja

A I dan II
B I dan III
C I, II dan III
D I, II, III dan IV

20. Gimnastik artistik terdiri daripada tiga aktiviti utama iaitu

A imbangan, kepantasan dan kekuatan


B imbangan, ketangkasan dan lombol
C imbangan, daya tahan otot dan kuasa
D imbangan, ketangkasan dan daya tahan otot

21. Kesan rasuah dalam sukan terhadap negara ialah

A mutu kesukanan negara semakin meningkat


B menaikkan nama dan masa depan ahli sukan
C maruah pasukan dan imej negara akan tercemar
D ahli sukan dianggap mempunyai semangat kesukanan yang tulen

22. Butiran berikut perlu dalam pengurusan alatan sukan

I Jadual giliran bertugas


II Rekod keluar masuk
III Pengasingan alatan sukan yang rosak
IV Peraturan meminjam alatan sukan

A I dan III
B II dan III
C I, II dan III
D I, II, III dan IV

23. Berikan contoh amalan tidak jujur dalam sukan.

A Mengikut peraturan permainan


B Mengamalkan semangat kesukanan
C Memasukkan pemain yang layak sahaja
D Memasukkan pemain yang tidak layak bertanding

5
24. Pengurusan sukan bermaksud

A memberikan tugasan yang sesuai


B merekod peralatan sukan dengan betul
C memastikan peralatan disimpan dengan baik
D menguruskan agihan sumber yang berkaitan secara berkesan

25. Berikut adalah badan-badan atau persatuan yang bertanggungjawab terhadap


pengendalian sukan olahraga, kecuali

A MSN
B KOAM
C MSSM
D MSSN

26. Apakah tindakan yang perlu dilakukan bagi memastikan alatan sukan yang
diperbuat daripada logam tidak mudah berkarat?

A menyimpannya di tempat lembap


B tidak mementingkan aspek kebersihan
C menyimpannya di tempat yang tertutup
D memastikan semua peralatan berada dalam keadaan kering

27. Nyatakan faedah menyimpan alatan sukan mengikut saiz dan bentuk.

A Menjimatkan ruang
B Mudah untuk dilupuskan
C Memastikan peralatan selamat
D Memudahkan penjumlahan alatan

28. Malnutrisi merupakan masalah pengambilan zat makanan yang tidak mencukupi.
Apakah kesan daripada malnutrisi?

A Gaut
B Kegemukan
C Mudah pitam
D Darah tinggi

29. Penyakit skurvi adalah disebabkan oleh kekurangan

A vitamin A
B vitamin B
C vitamin C
D vitamin D

6
30. Antara berikut, manakah langkah yang boleh mengatasi masalah malnutrisi?

A Mengamalkan pemakanan yang seimbang


B Menjalankan aktiviti-aktiviti kecergasan kardiovaskular
C Makan sekenyang-kenyangnya setiap kali bersarapan
D Menjalani pemeriksaan doktor setiap kali menghadapi gastrik

31. Sekiranya anda mendapat sebarang penyakit, anda hendaklah mendapatkan


rawatan daripada

A doktor
B ibu bapa
C jururawat
D Persatuan Bulan Sabit Merah

32. Manakah yang berikut merupakan faktor malnutrisi?

A Kekayaan
B Budaya hidup
C Makanan seimbang
D Tahap kesihatan yang rendah

33. Kemiskinan dan kekurangan sumber makanan boleh menyebabkan masalah


malnutrisi kepada penduduk sesebuah negara. Pada pendapat anda, negara
manakah yang mungkin menghadapi masalah ini?

A Sudan
B Kanada
C Malaysia
D New Zealand

34. Berikut merupakan faktor yang menjadi punca kepada konflik, kecuali

A perbezaan nilai
B cuaca terlalu panas
C perbezaan pendapat
D penceraian ibu bapa

35. Manakah antara berikut benar mengenai punca berlakunya stres?

I kematian ahli keluarga


II terlalu bimbang atau takut
III pertelingkahan dalam keluarga
IV tekanan menghadapi peperiksaan

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I, II, III, dan IV
7
36. Dalam bidang perubatan, dadah merupakan bahan untuk menghasilkan ubat.
Antara berikut yang manakah bukan jenis dadah?

A Morfin
B Kodien
C Sulfur
D Candu

37. Antara berikut yang manakah bukan merupakan kesan penyalahgunaan dadah.

A Tersisih daripada masyarakat


B Menjadi sampah masyarakat
C Tidak mendapat kawan yang ramai
D Mendapat pengiktirafan masyarakat

38. Di Malaysia beberapa akta yang berkaitan dengan pengawalan dadah telah digubal
dan dikuatkuasakan. Berikut adalah jenis-jenis akta yang diwujudkan kecuali

A Akta Racun 1952.


B Akta Kanun Jenayah 1953.
C Akta Dadah Berbahaya 1952.
D Akta Penagih Dadah (rawatan dan pemulihan 1983).

39. Berapakah umur seseorang yang boleh dianggap sebagai warga emas?

A 30 tahun
B 40 tahun
C 50 tahun
D 60 tahun

40. Amanda dilahirkan kerdil. Dia dianggap sebagai warga

A tua
B kerdil
C cacat
D istimewa

41. Apakah maksud perkahwinan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan.

A Budaya
B Perjanjian
C Persandingan
D Ikatan yang sah

8
42. Apakah langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah keruntuhan institusi
kekeluargaan?

A Bapa memarahi anak jika berkelakuan kurang sopan


B Menghalang anak-anak bergaul dengan alam sekitar
C Mementingkan kecemerlangan akademik semata-mata
D Ibu bapa sentiasa mendalami ilmu kekeluargaan dalam penyelesaian
masalah

43. Ketiadaan kesefahaman merupakan isu kekeluargaan yang sering diperkatakan.


Apakah kesan daripada masalah tersebut?

A Hubungan kekeluargaan terjejas


B Melahirkan warga yang penyayang
C Mewujudkan anak-anak yang berjaya
D Mengeratkan kemesraan dalam keluarga

44. Akta Perlindungan Pengguna 1999 memberi hak kepada pengguna kecuali

A hak mendapat pendidikan pengguna


B hak menetapkan harga barangan di pasaran
C hak bersuara secara individu atau perwakilan
D keselamatan, proses pengeluaran dan perkhidmatan yang boleh
membahayakan kesihatan

45. Peranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ialah

I mengawal cetak rompak


II membuat pemeriksaan tanda harga barang kawalan
III menetapkan dan mengawal harga barangan keperluan
IV memastikan peniaga mendapat perkhidmatan yang sewajarnya

A I dan II
B I dan III
C I, II dan III
D I, II, III dan IV

46. Encik Rozi membeli sebuah komputer. Malangnya komputer itu didapati rosak.
Encik Rozi meminta peniaga tersebut memulangkan semula wangnya tetapi
mereka enggan. Encik Rozi boleh membuat aduan kepada

A FOMCA
B Kementerian Dalam Negeri
C Tribunal Tuntutan Pengguna
D Lembaga Hasil Dalam Negeri

9
47. Pertolongan cemas bermaksud

A membantu mangsa
B menjaga harta benda mangsa
C membawa mangsa ke hospital
D tindakan awal dan segera sementara menanti ketibaan ambulans

48. Pernafasan mulut ke mulut Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) diberikan kepada


mangsa?

A Patah
B Lemas
C Melecet
D Terseliuh

49. Pertolongan cemas amat berguna dalam situasi berikut

A kematian
B kemalangan
C perkahwinan
D kenduri-kendara

50. Pernyataan manakah yang betul dalam cara melakukan prosedur pertolongan
cemas.

A Bahaya gerak balas saluran pernafasan bernafas peredaran darah


B Gerak balas saluran pernafasan bernafas peredaran darah bahaya
C Bahaya saluran pernafasan gerak balas bernafas peredaran darah
D Gerak balas bahaya saluran pernafasan bernafas peredaran darah

SOALAN TAMAT

10

Vous aimerez peut-être aussi