Vous êtes sur la page 1sur 23

1.

0 PENGENALAN
Tamadun China merupakan antara tamadun yang terawal dalam

peradaban dunia. Tamadun ini menyamai tamadun tua yang lain

seperti tamadun India, tamadun Mesopotamia dan tamadun Mesir.

Tamadun China yang dibina dan diperkembangkan sejak dari zaman

Hwang Ho lagi berada pada kedudukan antara Sungai Kuning dan Yang

Tze. Kejayaan umat manusia pada hari ini juga adalah bergantung

pada kemakmuran dan sumbangan tamadun China yang membawa

kegemilangan dalam pelbagai bidang seperti pentadbiran, falsafah

dan sains teknologi sejak ribuan tahun dahulu. Masyarakat China

purba boleh terbahagi kepada dua jenis kebudayaan iaitu Yangshao

dan Lungshan. Masyarakat Yangshao terletak di pergunungan utara

dan barat manakala masyarakat Lungshan di daratan timur China. 1

Tamadun China boleh dibahagikan kepada tahap pembinaan,

perkembangan, peralihan dan pemodenan. Tahap pembinaan dimulai

oleh dinasti Xia, Shang, Chou dan Chin yang menekankan dasar politik

monarki. Tahap perkembangan pula diteruskan oleh wangsa Han, Sui

dan Tang. Wangsa Han dikatakan zaman keemasan bagi tamadun

1 Suffian Mansor, Tamadun China, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,
2003, hlm. 18.

1
China kerana telah mempunyai sistem pemerintahan yang baik

sebelum diteruskan oleh wangsa Tang. Zaman peralihan

memperlihatkan cubaan orang gasar menakluk China manakala

zaman pemodenan pula sebagai tahap pencerobohan kuasa asing di

China dan pengekalan negara China seperti yang kekal pada hari ini.
Penulisan ini akan membincangkan mengenai konsep pusingan

wangsa dalam perkembangan sejarah China tradisional. Bahagian

kedua pula akan membincangkan mengenai bagaimana proses

pusingan wangsa tersebut dapat menjelaskan kemunculan,

perkembangan dan keruntuhan sesebuah wangsa itu. Wangsa China

yang akan diberi fokus dalam penulisan ini ialah wangsa Chin.
2.0 KONSEP PUSINGAN WANGSA
Pusingan wangsa dalam sejarah China tradisional merupakan

satu gagasan sejarah yang biasa ditemui oleh para pengkaji apabila

mengkaji hubungan setiap wangsa China. Pusingan wangsa boleh

dirumuskan sebagai setiap kerajaan yang berkuasa di China akan

melalui proses yang berulang merangkumi kelahiran, perkembangan,

kegemilangan dan kejatuhan lalu diganti oleh kerajaan baru yang akan

melalui proses yang sama juga.2 Perkara tersebut melahirkan

2 Abdul Rahman Haji Ismail, China Pensejarahan dan Pembinaan Tamadun, Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2001, hlm. 42.

2
tanggapan bahawa pemerintahan manusia itu akan melalui proses

senasib dengan pemerintahan terdahulu jika sesebuah pemerintahan

itu mengulangi kesilapan yang sama seperti kerajaan sebelumnya.

Konsep kitaran dinasti ini merupakan satu konsep yang sinonim

dengan politik China yang mesti difahami oleh ahli sejarah yang

mengkaji tamadun China.3 Masyarakat China secara umumnya sudah

mengetahui bahawa sesuatu kerajaan itu tidak akan kekal selama-

lamanya dan mengharapkan kerajaan yang memerintah pada masa itu

akan melakukan kebaikan supaya tidak mendatangkan kemungkaran

Tien. Sebagai contoh, wangsa Chin yang dikatakan melakukan

kekerasan kepada rakyatnya telah mendatangkan kemungkaran Tien

yang menyebabkan kuasa pemerintah ketika itu dirampas oleh wangsa

selepasnya iaitu Han.


Jangka hayat sesebuah wangsa sebenarnya juga ada

dipengaruhi oleh pelbagai faktor penggerak. Terdapat ahli sejarah

yang mengatakan bahawa kejatuhan sesebuah kerajaan itu

disebabkan unsur penaung yang menjadi pembentuk peribadinya itu

sudah tamat tempoh kekuasaannya. Unsur penaung itu terdiri

3
Frederic Wakeman, Jr. The Fall of Imperial China, London : Collier Macmillan,
1975, hlm. 55.

3
daripada lima unsur seperti tanah, api, logam, air dan kayu. Walau

bagaimanapun, hakikatnya kita tidak boleh menafikan faktor

penggerak seperti peribadi, pentadbiran, ekonomi dan ancaman luar.

Pertama iaitu faktor peribadi. Kegemilangan sesebuah dinasti

dikatakan berpunca daripada sikap moral pemerintah dan begitu

sebaliknya. Pengasas wangsa ini selalu dikaitkan dengan sifat terpuji

dan alam ghaib iaitu mandat dari Tuhan. Jika pemerintah wangsa itu

lalai dalam pentadbiran dan berlaku perkara terlarang dalam sistem

politik maka kerajaan itu akan kucar-kacir. Sebagai contoh, kejayaan

pengasas Chou menewaskan wangsa Shang dikaitkan dengan

kehilangan mandat dari syurga oleh pemerintah wangsa Shang.

Seseorang pemerintah akan mendapat mandat syurga jika dirinya

dipenuhi dengan kewajaran moral.4


Selain itu ialah faktor pentadbiran. Pemerintah yang baik akan

berjaya memerintah negara dengan baik manakala pemerintah yang

mempunyai sikap negatif akan memporak-perandakan negara. Amalan

rasuah, rakyat ditindas dan pembangunan terabai akan menyebabkan

golongan bawahan akan melakukan rusuhan kerana tidak berpuas

hati. Golongan rakyat sememangnya mahukan pelaksanaan

4
Frederic Wakeman, Jr. The Fall of Imperial China, hlm. 56.

4
tanggungjawab sosial kerajaan kepada rakyat. Jika diabaikan oleh

pemerintah pusat, maka akan muncul golongan pemimpin sama ada di

pinggir bandar mahupun daerah menuntut keadilan dan berani untuk

mempersendakan kepimpinan kerajaan pusat. Oleh itu, kecerdikan

dalam kepimpinan amatlah penting dalam sesebuah pemerintahan

kerana sekurang-kurangnya dapat meletakkan pemerintahannya

bukan antara yang teruk dalam tamadun China walaupun kita

mengetahui bahawa sesebuah wangsa tidak akan kekal selama-

lamanya.5 Seterusnya ialah faktor ancaman luar. Ketenteraan yang

hebat merupakan satu elemen yang penting dalam kewibawaan

sesebuah negara kerana sesebuah wangsa itu sentiasa menjadi

pemerhatian oleh puak gasar di bahagian utara dan barat China. Oleh

itu, perluasan empayar oleh wangsa China merupakan satu perkara

yang biasa. Contoh ialah Maharaja Shih Huang Ti yang telah

meluaskan empayar dan menyatukan politik China. Saat penaklukan

orang cina ke atas orang gasar juga dikatakan saat bermulanya

kemampuan orang gasar menandingi orang cina.6 Penaklukan mereka

terhadap orang gasar sebenarnya mendekatkan lagi orang gasar

5
Frederic Wakeman, Jr. The Fall of Imperial China, hlm. 58.

5
terhadap pemikiran, budaya dan seni orang cina. Perkembangan ini

sekali gus telah meningkatkan kemampuan mereka untuk menakluk

kerajaan orang cina. Sebagai contoh, kejayaan wangsa orang Monggol

iaitu Yuan menewaskan wangsa Sung.


Pusingan wangsa boleh dijelaskan sebagai jangka hayat yang

hanya mengikuti putaran roda. Namun begitu, ada sebahagian sarjana

yang berpendapat pusingan wangsa tidak dapat menjelaskan sejarah

China secara keseluruhan kerana tiada satu had tempoh khusus bagi

setiap wangsa. Ada wangsa yang berusia ratusan tahun dan ada

wangsa yang hanya mampu bertahan beberapa tahun sahaja.

Pusingan wangsa boleh terbahagi kepada tiga iaitu berusia panjang,

berusia pendek tetapi meninggalkan kesan yang mendalam dan

pusingan wangsa berusia pendek yang tidak menghasilkan sesuatu

sejarah. Walaupun pusingan wangsa dikatakan mempunyai kelemahan

tertentu, konsep ini tetap boleh digunakan untuk mengkaji secara

khusus hayat sesuatu wangsa dan bukannya kajian secara menyeluruh

sejarah China.

3.0 KEMUNCULAN, PERKEMBANGAN DAN KEJATUHAN


3.1 KEMUNCULAN DINASTI CHIN

6
Abdul Rahman Haji Ismail, China Pensejarahan dan Pembinaan Tamadun, hlm.
53.

6
Kelemahan pemerintah wangsa Chou telah membuka peluang

kepada pembukaan wangsa Chin pada 221 S.M. Pada peringkat awal

Zhou, kerajaan pusat dapat mengawal golongan pembesar dan wilayah

mereka walaupun golongan ini diberi kebebasan mengumpul kekayaan

dan kekuatan. Namun begitu, kepercayaan yang diberi telah dikhianati

oleh ketua wilayah untuk menakluk kerajaan pusat. Hal ini

menyebabkan perpecahan dalaman berlaku apabila kuasa mandat

syurga tidak dihormati lagi. Pembunuhan raja Chou barat terakhir telah

memulakan era Zhou timur yang terbahagi kepada zaman musim

bunga dan zaman negeri-negeri berperang. Zaman negeri-negeri

berperang khususnya telah memunculkan tujuh negeri terkuat iaitu

ChI, Chu, Yen, Han, Chao, Wei dan Chin. 7 Negeri Chin terletak di

barat laut China dan penduduk asal Chin ialah orang gasar namun

secara beransur-ansur telah menjadi orang cina disebabkan

mengamalkan budaya masyarakat cina kuno. Negeri Chin melalui Tuan

Hsiang sentiasa berusaha meningkatkan taraf negeri apabila memberi

perlindungan pada ibu negeri Chou yang diserang oleh puak Jung yang

sebenarnya memberi manfaat pada negeri Chin yang dinaikkan taraf

7
Suffian Mansor, Tamadun China, hlm. 38.

7
untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan negeri lain. 8 Sebelum

menjadi sebuah wangsa yang kuat di China, negeri Chin sudah pun

menunjukkan usaha untuk menyatupadukan politik China melalui

usaha Shang Yang yang melakukan pembaharuan dari segi geografi

dengan menakluk bahagian barat Sungai Kuning dan melakukan

pelbagai pembaharuan dari segi sosial seperti pemusatan kuasa

kerajaan, penghapusan pemilikan tanah secara warisan, pelaksanaan

undang-undang yang tegas dan memberi keutamaan kepada bahagian

ketenteraan.
Apabila menceritakan mengenai kemunculan wangsa Chin, kita

tidak boleh melupakan jasa Raja Cheng yang berperanan besar dalam

sejarah tamadun China. Beliau telah memegang jawatan raja pada

tahun 238 S.M sambil dibantu oleh negarawan Legalisme iaitu Li Ssu

sebagai penasihat Diraja. Jika kawasan selatan dan barat China telah

ditawan sebelum itu, Raja Cheng berperanan pula meneruskan dasar

penyatuan China dengan kempen penaklukan di kawasan timur China

dengan menawan kerajaan Chi pada 221 S.M. Perubahan pertama

dilakukan oleh Raja Cheng ialah pemakaian gelaran dari raja kepada

Maharaja. Hal ini kerana gelaran maharaja menunjukkan beliau

8
Suffian Mansor, Tamadun China, hlm. 57.

8
seorang yang paling berkuasa berbanding raja-raja yang lain. Raja

Cheng menggelarkan dirinya sebagai Shih-Huang Ti (Rujuk Lampiran 1)

yang bermaksud First August Emperor.9 Definisi First August Emperor

ini juga menjadi persoalan sama ada nama itu ada kaitan dengan bulan

ogos atau gelaran Augustus iaitu Maharaja pertama empayar Rom.

Mengikut perspektif ahli sejarah, August bermaksud permulaan dan

tujuan Maharaja Shih Huang Ti menggunakan gelaran itu untuk

menunjukkan bahawa beliau ialah Maharaja pertama dalam sejarah

China seperti Julius Caeser dalam tamadun Rom. Ti juga bermaksud

dewa yang berkuasa dan pemimpin yang harus dipuja. Bagi Shih-

Huang Ti, kemerosotan wangsa sebelumnya yang menyebabkan juga

gelaran wang turut merosot perlu diganti dengan gelaran baru agar

keagungan wangsa Chin akan jelas dilihat.


3.2 PERKEMBANGAN DINASTI CHIN
Perkembangan ini akan meliputi aspek politik, ekonomi,

ketenteraan dan kebudayaan. Pertama dari segi politik, Shih Huang Ti

atas nasihat Li Ssu telah mewujudkan satu sistem pemerintahan secara

berpusat bagi mengukuhkan kuasa pemerintahan. Hal ini bermaksud

sistem feudal telah diketepikan seperti mana wangsa sebelum ini.

9
Denis Twitchett & Michael Loewe, The Cambrige of History China Volume 1 The
Chin and Han Empires, New
York : Cambridge University, 1986, hlm. 53.

9
Kewujudan sistem pentadbiran yang baik seperti penubuhan jabatan

hal ehwal korban dan agama, istana, keselamatan dan kereta kuda

bagi kegunaan maharaja juga telah melicinkan pemerintahan. 10 Ciri

yang penting dalam era Chin ialah golongan bangsawan telah

diketepikan dan mementingkan golongan tentera dalam pentadbiran

bagi mengelakkan kebangkitan menentang kerajaan daripada

golongan bangsawan. Shih Huang Ti telah membahagikan empayar

kepada beberapa wilayah yang dijaga oleh pegawai wilayah dan

wilayah tersebut akan dipecahkan lagi kepada beberapa daerah yang

diperintah oleh hakim. Pegawai wilayah dan hakim perlu sentiasa

menghantar laporan dari semasa ke semasa kepada kerajaan pusat

bagi mengelakkan penyelewengan. Perkara penting yang terjadi

semasa perkembangan Chin juga ialah pelaksanaan ideologi

Legalisme dalam pemerintahan. Amalan perundangan di Chin bukan

sahaja merangkumi jenayah tetapi juga berkenaan cukai, kerahan

tenaga, aktiviti pertanian dan sebagainya. Legalisme mempunyai

tanggapan bahawa manusia bersifat jahat dan mementingkan diri

sendiri sejak lahiriah lagi dan manusia itu akan sentiasa dicurigai

10

Suffian Mansor, Tamadun China, hlm. 61.

10
malah beranggapan bahawa undang-undang yang ketat merupakan

jalan penyelesaian bagi menjamin kestabilan negara. 11 Pengaruh

Legalisme begitu kuat dalam jiwa Shih Huang Ti di mana beliau telah

menjalankan dasar pengharaman penyebaran falsafah lain seperti

Konfucianisme. Peristiwa pembakaran buku yang dilaksanakan oleh

Shih Huang Ti membuatkan golongan intelektual beranggapan

tindakan tersebut telah mencabuli hak intelek mereka. Hanya buku

berkepentingan sahaja seperti perubatan, pertanian dan rekod-rekod

lama tidak dimusnahkan. Shih Huang Ti juga melaksanakan hukuman

bunuh kepada pengikut Konfucianisme supaya golongan ini tidak akan

menyebarkan idea-idea penentangan kepada kerajaan pusat. Li Ssu

pernah menyatakan bahawa pengharaman falsafah selain hukum

undang-undang merupakan satu tindak balas yang beranggapan

perkara tersebut mampu memberi bahaya kepada negara.12


Selain itu, perkembangan Chin juga merangkumi aspek

pertahanan dan ketenteraan iaitu pembinaan tembok besar China

(Rujuk Lampiran 2). Pembinaan tembok besar China ini dimulakan oleh

Shih Huang Ti sepanjang 5 kilometer sebelum disambung pada wangsa

11

Abdul Rahman Haji Ismail, Aliran Kanun Dan Kekerasan Pemerintah di China
dalam Qasim Ahmad (peny.),
Kekerasan Dalam Sejarah : Masyarakat dan Pemerintah, Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993,
hlm. 245.

11
Ming sepanjang 6.5 kilometer. Ancaman orang gasar khususnya di

bahagian utara China dan perlindungan keselamatan jalan

perhubungan oleh pedagang antara sebab mengapa benteng ini

dibina. Pengaruh Legalisme seperti yang telah dikatakan merangkumi

kerahan tenaga rakyat dan hal ini jelas dilihat dalam pembinaan

tembok besar China. Seramai 300 000 tentera dan 500 000 rakyat

telah dikerah untuk menjalankan tugas tersebut. Mengikut Legalisme,

rakyat hendaklah sentiasa dilemahkan dengan cara mengalirkan

kekuatan dan kekayaan mereka kepada kepentingan negara.13

Pembinaan tembok besar China juga meninggalkan sejarah

12

Denis Twitchett & Michael Loewe, The Cambrige of History China Volume 1 The
Chin and Han Empires, hlm.
73.

13

Abdul Rahman Haji Ismail, Aliran Kanun Dan Kekerasan Pemerintah di China,
hlm. 249.

12
pengorbanan hidup rakyat jelata yang ditindas dan dipaksa menjadi

buruh tanpa dibayar upah oleh pemerintah. Kematian juga banyak

berlaku semasa proses pembinaan sehingga tembok ini turut digelar

sebagai perkuburan terpanjang di dunia.


Selain itu ialah sumbangan dalam bidang kebudayaan.

Pembinaan patung tentera terracotta (Rujuk Lampiran 3) juga

membuktikan kemahiran masyarakat Chin dalam seni bina. Menurut

sejarawan Sima Qian, makan ini mula dibina sekitar 246 S.M ketika usia

Shih Huang Ti berumur 13 tahun.14 Tujuan pembinaan makam ini ialah

Shih Huang Ti mahukan kehidupan yang abadi yang memimpin

kerajaan di dunia dan akhirat juga. Oleh sebab itu, beliau telah

mengarahkan pembinaan sebuah istana sebagai pusat pentadbiran,

tentera, pegawai kerajaan dan pasukan berkuda yang hanya

menggunakan sumber tanah liat sahaja. Pembuatan patung manusia

ini yang mempunyai perbezaan dari segi rupa dan sebagainya

menunjukkan kemahiran mengukir yang tinggi dalam kalangan

masyarakat Chin. Hal ini menunjukkan salah satu perkembangan

dalam wangsa Chin yang masih kekal sehingga kini dan boleh dilihat.

Seterusnya ialah perkembangan bahasa dan sistem tulisan. Setelah

14

Ray Huang, China A Macro History, London : M.E Sharpe, 1997, hlm. 32.

13
dapat menyatukan negeri-negeri di China, Shih Huang Ti sedar akan

perlunya menyeragamkan sistem tulisan dan bahasa supaya menjadi

satu sebagai pengekalan identiti masyarakat China. Masyarakat China

sebelum zaman Chin telah menggunakan tulisan cina kuno di atas

kulit kura-kura dan tulang binatang yang mampu memberi makna

tertentu seperti ramalan nasib dan sebagainya. Perkembangan sistem

tulisan pada zaman Chin juga telah menjadikannya lebih sempurna

berbanding gambaran objek sebagai simbol makna. Bahasa Mandarin

juga telah dijadikan sebagai bahasa utama masyarakat cina oleh Shih

Huang Ti dengan tujuan menyatukan masyarakat China yang berpecah

belah seperti pada zaman negeri-negeri yang berperang. Keseragaman

bahasa berperanan untuk melicinkan hal pentadbiran, pendidikan dan

perkara rasmi negara.15


Selain itu ialah aspek ekonomi. Pertanian menjadi satu elemen

ekonomi yang penting pada masa itu. Rakyat telah digalakkan untuk

memaksimakan pengeluaran melalui pertanian dan penternakan.

Sesiapa yang didapati malas untuk bekerja akan dijadikan hamba oleh

kerajaan. Kerajaan Chin juga menggalakkan pembukaan tanah oleh

imigran luar dan menghapuskan sistem pemilikan tanah secara

15

Suffian Mansor, Tamadun China, hlm. 75.

14
warisan. Sumbangan terpenting ialah keseragaman unit ukuran, mata

wang dan pasak pada roda gerabak.16 Pembaharuan ini bertujuan

untuk mengawal masyarakat China keseluruhannya dan mewujudkan

perpaduan secara tidak langsung. Shih Huang Ti turut membina sistem

jalan raya kebangsaan secara besar-besaran. Tujuan ialah

memudahkan perhubungan antara kerajaan dengan rakyat,

kepentingan ekonomi dan ketenteraan. Ukuran panjang jalan secara

kasar semasa era Chin ialah 6 800 kilometer dan dikatakan lebih

panjang berbanding jalan di Rom iaitu 5984 kilometer. 17 Walau

bagaimanapun, bermulanya abad ketiga dan seterusnya, sistem jalan

16

Suffian Mansor, Tamadun China, hlm. 62.

17

Denis Twitchett & Michael Loewe, The Cambrige of History China volume 1 The
Chin and Han Empires, hlm.
61.

15
raya darat di China mengalami kemerosotan disebabkan kemajuan

pengangkutan air dan perdagangan.


3.3 KERUNTUHAN DINASTI CHIN
Kematian pengasas kerajaan Chin yakni Shih Huang Ti pada

210 S.M merupakan detik-detik terakhir kemerosotan wangsa Chin.

Umur Shih Huang Ti pada masa tersebut ialah 49 tahun dan kematian

itu dirahsiakan oleh penasihatnya Li Ssu sehinggalah tiba di ibu kota

Hsien Yang. Mayatnya disimpan di bawah tanah bersama-sama ribuan

patung tentera Terracotta. Bukan sahaja patung tentera tetapi turut

mengandungi patung kuda, pedati dan istana yang melambangkan

kerajaan Shih Huang Ti di alam kematian.


Kemerosotan wangsa Chin ini juga dikaitkan dengan faktor

moral pemerintah semasa era Shih Huang Ti dan selepasnya.

Penindasan Shih Huang Ti terhadap rakyat jelata sehingga

menyebabkan jumlah kematian yang tinggi semasa pembinaan tembok

besar China, patung Terracotta dan sebagainya tidak boleh dilupakan

dengan mudah.18 Pekerja yang mengukir patung tentera Terracotta

juga dibunuh dengan serta-merta bagi mengelakkan rahsia mengenai

makam itu dibocorkan. Selain itu, berlaku juga kemerosotan moral di

18

Denis Twitchett & Michael Loewe, The Cambrige of History China Volume 1 The
Chin and Han Empires, hlm.
85.

16
kalangan penasihat maharaja iaitu Li Ssu dan Chao Kao kerana cubaan

untuk membunuh dan menyingkirkan Fu-Su iaitu anak sulung Shih

Huang Ti daripada menjadi pengganti maharaja disebabkan beliau

dilihat kurang bersungguh-sungguh mengamalkan Legalisme dan

melantik Hu-hai. Sikap tamak juga melanda diri Chao Kao apabila

membunuh Li Ssu dan mengambil alih jawatan Canselor pada 207 S.M.

Moral negatif Chao Kao itu ditambah lagi dengan rancangan rampasan

kuasa terhadap Hu-hai sebelum maharaja kedua itu membunuh diri

dan melantik cucu Shih Huang Ti iaitu Tzu Ying sebagai maharaja

ketiga. Namun begitu, Tzu Ying tidak diberi gelaran maharaja tetapi

hanya sebagai wang yang menyebabkan beliau bertindak membunuh

Chao Kao untuk membalas dendam.


Kemerosotan wangsa Chin juga dikaitkan dengan intelektual

pemerintah Chin. Hal ini kerana sifat maharaja pertama dan kedua

yang dianggap mementingkan diri, enggan menerima nasihat dan

enggan berubah selepas melakukan kesalahan. 19 Tzu Ying dianggap

sebagai lemah dan hanya berdiri sendiri sebelum realiti kejatuhan

Chin. Shih Huang Ti dianggap sebagai seorang yang kejam dan

19

Denis Twitchett & Michael Loewe, The Cambrige of History China Volume 1 The
Chin and Han Empires, hlm.
86.

17
penindas kerana dasarnya yang mementingkan perluasan wilayah dan

penyatuan politik. Hu-hai pula dianggap sebagai seorang yang kurang

moral dan intelektual kerana bergantung pada Chao Kao dan

membenarkan pelaksanaan pembunuhan Li-Ssu. Tzu Ying pula

dianggap sebagai maharaja yang lemah namun keberaniannya

membunuh Chao Khao dianggap sebagai memenuhi kebenaran pada

masa itu. Kelemahan pemerintah selepas era Shih Huang Ti dikatakan

antara penyebab utama kejatuhan wangsa Chin.


Seterusnya ialah keadaan sosial juga menjadi penyebab kejatuhan

wangsa Chin. Keadaan petani yang semakin terdesak menyebabkan

golongan ini terpaksa memberontak untuk kali pertama yang

dimulakan oleh Chen Sheng pada 209 S.M namun gagal. Hakikat perlu

kita tahu bahawa golongan ini sudah tertekan sejak di bawah Shih

Huang Ti di mana kerajaan pusat mengawal gerak geri rakyat dan

kadangkala petani juga dipaksa menjadi buruh paksa. Selepas

kematian Shih Huang Ti, golongan ini semakin tertekan disebabkan

berlaku pergolakan dalaman istana. Pemerintahan yang tidak

munasabah menyebabkan ada sebahagian golongan ini melarikan diri

ke hutan dan menjadi pemberontak. Golongan yang terdesak dan

marah akan situasi ini telah membentuk satu pakatan dan mengambil

bahagian dalam pemberontakan apabila berlaku banyak masalah

18
dalam kerajaan sejurus kematian Shih Huang Ti. 20 Pemberontakan

seterusnya yang diketuai oleh Liu Pang meruntuhkan dinasti Chin yang

bertahan selama 15 tahun sahaja.

4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya ialah setiap wangsa China akan melalui proses

pusingan wangsa yang dianggap sebagai satu roda yang akan sentiasa

berpusing. Kemunculan sesuatu wangsa itu akan dianggap sebagai ciri-

ciri kebaikan pemerintah dan pemberian mandat dari syurga manakala

kejatuhan wangsa sering dikaitkan dengan kemerosotan moral

pemerintah dan penarikan mandat dari syurga. Chin antara wangsa

yang hanya mampu memerintah tidak lama iaitu setakat 15 tahun

sahaja berbanding wangsa selepasnya iaitu wangsa Han selama 422

tahun.
Perbandingan antara dua wangsa ini tidak bererti wangsa Chin

merupakan sebuah pemerintahan yang gagal. Melihat kepada kejayaan

wangsa Han, sebenarnya pemerintah wangsa Han telah mengambil

iktibar dan pengajaran daripada wangsa Chin. Sebagai contoh, wangsa

Han menyedari akan beberapa kelemahan dalam wangsa Chin dan

tidak mengulanginya lagi atau mengisi kelompongan kelemahan itu

20

Denis Twitchett & Michael Loewe, The Cambrige of History China Volume 1 The
Chin and Han Empires, hlm.
88.

19
seperti pengaruh Legalisme ditukarkan kepada Konfucianisme.

Walaupun pengaruh Legalisme memberi kesan positif dalam

pengawalan fizikal namun sebaliknya memberi kesan negatif juga

kepada pemerintahan negara. Kekejaman dan keganasan wangsa Chin

telah membawa keruntuhan wangsa Chin dan ketakutan yang dialami

oleh rakyat Cina terhadap pengaruh Legalisme menyebabkan

pemerintahan Chin telah ditolak.21 Selain itu, wangsa Chin juga telah

memberi satu pengaruh yang besar kepada negara China sekarang

seperti penyatuan dari segi politik, bahasa, sistem tulisan dan binaan

sejarah Tembok Besar China yang memberi keuntungan dari segi

pelancongan. Akhir kata, sejarah Chin diibaratkan sebagai cerminan

kelemahan sebelum wangsa Han memperbaikinya dan memajukan diri

ke hadapan sehingga digelar zaman keemasan China yang dimulai

dengan Liu Pang atau gelarannya iaitu Maharaja Kao Tsu.


5.0 SUMBER RUJUKAN

Abdul Rahman Haji Ismail. 2001. China Pensejarahan dan Pembinaan


Tamadun. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

21

Wing Tsit Chan, A Source Book In Chinese Philosophy, New Jersey : Princeton
University Press, 1963, hlm.
251.

20
Abdul Rahman Haji Ismail. 1993. Aliran Kanun Dan Kekerasan
Pemerintah di China
dalam Qasim Ahmad (peny.), Kekerasan Dalam Sejarah :
Masyarakat dan
Pemerintah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Huang Ray. 1997. China A Macro History. London : M.E Sharpe.

Suffian Mansor. 2003. Tamadun China. Kuala Lumpur Dewan Bahasa

dan Pustaka.
Twitchett Denis & Loewe Michael. The Cambrige of History China
volume 1 The Chin
and Han Empires. New York : Cambridge University.

Jr. Wakeman Frederic. 1975. The Fall of Imperial China, London : Collier

Macmillan.
Wing Tsit Chan. 1963. A Source Book In Chinese Philosophy. New Jersey
: Princeton
University.

21
6.0 LAMPIRAN

Lampiran 1 : Shih Huang Ti

Lampiran 2 : Tembok Besar China

22
Lampiran 3 : Patung tentera Terracotta

23

Vous aimerez peut-être aussi