Vous êtes sur la page 1sur 28

Isi Kandungan

Soalan Tugasan i

Penghargaan

Pengenalan 3

1.0Isu Yang Dikenalpasti 3


2.0Rancangan Untuk Penambahbaikan 4

Kesimpulan 16

Rujukan 17

Lampiran 18

1
Penghargaan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya


telah diberi ruang, peluang dan kesihatan yang sihat untuk menyiapkan tugasan
kerja kursus Pengajaran Sukatan, Geometri Dan Perwakilan Data (MTES 3182)

Pertama sekali saya ingin merakamkan ribuan dan jutaan terima kasih
kepada pensyarah bimbingan saya, Dr Harizon binti Suffian kerana banyak
menerangkan dengan lebih terperinci mengenai kerja kursus ini. Beliau tidak
pernah jemu untuk menjawab setiap pertanyaan dan inkuiri yang saya ajukan
dalam tempoh pembikinan tugasan ini.

Selain itu, tidak dilupakan sahabat seperjuangan dan rakan sekelas yang
banyak memberi tunjuk ajar secara langsung mahupun tidak langsung serta ibu
bapa di kampung yang sentiasa menyumbang semangat juang yang tinggi untuk
saya menyiapkan tugasan yang diberi dengan bersungguh-sungguh.

Akhirnya, saya dapat menyiapkan tugasan yang diberi dalam tempoh


masa yang telah ditetapkan dengan jayanya. Secara tidak langsung juga, saya
ingin menyatakan ribuan terima kasih kepada pihak Institut Pendidikan Guru
Kampus Ipoh kerana banyak menyediakan kemudahan kepada saya sepanjang
tugasan ini dilaksanakan.

Akhir kata, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf
sekiranya saya ada salah dan silap dalam ulasan sepanjang proses menyiapkan
tugasan kerja kursus ini berlangsung. Saya dengan berbesar hati berharap agar
apa yang dirumuskan menepati kehendak tajuk tugasan yang telah diberi.

Sekian, terima kasih.

2
Pengenalan

Pada 12 Mac 16 Mac 2017 yang lalu, saya telah menjalani Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud 2, Besut,
Terengganu. Berdasarkan tugasan yang diberi, saya dikehendaki untuk
mengenalpasti isu isu dalam pengajaran dan pembelajaran Sukatan, Geometri
dan Perwakilan data dengan penggunaan resos. Saya telah memilih tajuk
Geometri. Semasa di sekolah tersebut, saya telah menemubual seorang guru
cemerlang matematik di sekolah tersebut, Encik Faizal binti Yusoff dan
bertanyakan isu yang dihadapi oleh guru dan murid dalam pengajaran dan
pembelajaran tajuk Geometri. Berdasarkan tugasan ini juga, saya dikehendaki
untuk mencadangkan rancangan baharu untuk penambahbaikan dengan
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

3.0 Isu Yang Dikenalpasti

Berdasarkan hasil temubual tersebut, guru menyatakan bahawa murid sering


melakukan kesilapan dalam mengenal masa dan waktu. Murid dikatakan sering
keliru dengan konsep matematik ini, iaitu jarum panjang menunjukkan minit dan
jarum pendek menunjukkan jam. Perkara ini sering dilihat apabila murid
membaca dan menterjemahkan waktu daripada jam analog. Oleh yang
demikian, saya telah membuat satu lembaran kerja (Lampiran 1) bagi topik Masa
dan Waktu yang diberikan kepada 10 orang murid tahun 1untuk menguji sejauh
mana kebenaran yang diperkatakan oleh guru tersebut. Berdasarkan hasil yang
diperoleh, sudah terbukti bahawa murid masih lagi keliru dengan jarum panjang
dan jarum pendek.

Bukan itu sahaja, penggunaan bahan maujud seperti jam oleh guru sendiri
menyebabkan suasana kelas menjadi pasif dan objekif pengajaran dan
pembelajaran tidak tercapai dalam tahap yang memuaskan (Effandi, Azah dan
Sabri, 2011). Hal ini demikian kerana murid murid tidak melibatkan diri secara
langsung dalam memanipulasikan jam (bahan maujud) dan hanya menerima
input daripada guru. Cadangan yang diberikan oleh guru pembimbing ialah
membina Bahan Bantu Mengajar (BBM), iaitu jam yang bersifat interaktif
kepada setiap kumpulan yang dibentuk. Murid murid akan memanipulasi jam
tersebut mengikut masa digital yang ditunjukkan oleh guru. Hal ini secara tidak

3
langsung dapat membantu murid dalam membina konsep matematik yang
kukuh. Secara tidak langsung, murid yang pandai dapat membimbing murid
yang lemah dalam pembelajaran. Hal ini akan meningkatkan keberkesanan
pembelajaran koperatif dalam kelas dan sekaligus mencapai objektif pengajaran
dan pembelajaran yang telah ditetapkan. Namun demikian, pembinaan Bahan
Bantu Mengajar (BBM) konkrit ini memakan masa yang panjang dan bahan
seperti ini biasanya tidak tahan lama.

Isu yang ketiga juga sering berlaku dalam menambah, menolak, mendarab
serta membahagi masa tanpa dan dengan penukaran unit. Masalah ini sering
dihadapi oleh murid tahun 4 dalam membuat operasi asas terhadap masa. Guru
itu memberitahu bahawa murid sering keliru bahawa terdapat 24 jam dalam
sehari dan 60 minit dalam 1 jam. Apabila diuji (Lampiran 2), murid ini
menjalankan operasi asas terhadap jam dan minit seperti menambah, menolak,
mendarab dan membahagi seperti operasi yang dijalankan keatas nombor bulat.
Mereka tidak dapat membezakan antara jam dan minit lantas membuat
pengiraan seperti kaedah biasa.

4.0 Rancangan Untuk Penambahbaikan

Berdasarkan isu yang yang dikenalpasti, saya telah mencadangkan


rancangan baharu untuk penambahbaikan bagi mengajar topik Masa dan Waktu.
Berdasarkan rancangan ini, saya memilih perisian atas talian, iaitu NLVM
(National Library of Virtual Manipulatives) di bawah kendalian beberapa orang
pakar Matematik, dan pensyarah pensyarah Utah State University, Amerika
Syarikat. Perisian ini banyak mengalami proses kemas kini dan penambahbaikan
dari semasa ke semasa (1999-2014) bertujuan memperbaiki kelemahan yang
wujud dalam sistem tersebut.

Perisian ini merangkumi 4 tunjang utama dalam Matematik Sekolah Rendah,


iaitu Number and Operations, Algebra, Geometry and Measurement, dan Data
Analysis and Probability. Perisian ini sememangnya dapat membantu guru dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Matematik, namun guru haruslah
bijak menyesuaikan aktiviti pembelajaran murid mengikut tahap kebolehan
murid memandangkan kurikulum sekolah rendah di Amerika Syarikat adalah

4
berbeza dengan kurikulum sekolah rendah di Malaysia. Kelebihan perisian ini
ialah guru dapat menggunakannya dengan percuma tanpa memerlukan guru
untuk mendaftar dan ialah sebuah aktiviti pengajaran dan permbelajaran yang
bersifat hands-on sesuai dengan kemahiran pembelajaran abad ke 21.

Berikut merupakan gambar laman utama perisian atas talian NLVM berserta
dengan tunjang tunjang dalam Matematik.

5
Rajah 1 Laman utama NLVM

Klik-kan ikon pada koordinat (Measurement, Year 3-5) memandangkan topik


pengajaran yang saya pilih ialah Masa dan Waktu di bawah tunjang Sukatan dan
Geometri.

6
Gambar di bawah menunjukkan software untuk topik topik tunjang Sukatan dan
Geometri.

7
LANGKAH 1 : Klik-kan pada ikon Time-Analog and Digital Clocks. Gambar di bawahnya menunjukkan software - jam yang
bersifat interaktif di mana murid boleh menggunakannya dalam membuat penerokaan secara bebas.

8
Terdapat beberapa ikon kecil, iaitu back, parent / teacher , dan instructions di bahagian atas sekali perisian tersebut. Guru ataupun ibu bapa
boleh menggunakan perisian ini untuk mengajar anak anak murid berkenaan dengan topik-topik Matematik. Manual penggunaan dipaparkan
dengan jelas apabila kita mengklik-kan ikon parent / teacher seperti di bawah.

9
Ikon di sebelahnya iaitu Instruction menerangkan fungsi sebenarnya perisian ini dan bagaimana perisian ini dapat membantu kita dalam
menyampaikan pengajaran dan pembelajaran topik Masa dan Waktu seperti gambar di bawah.

10
Bukan itu sahaja, penggunaan perisian ini juga boleh menerangkan konsep 1 minit = 60 saat
kerana terdapat jarum saat yang sentiasa bergerak pada permukaan jam dan murid murid
akan lebih faham dengan cara begini berbanding dengan murid-murid bersifat pasif dalam
menerima input yang diberikan oleh guru. Hal ini dapat dilakukan sekiranya kita menepati
ketiga-tiga syarat tersebut, iaitu link clocks, show current time, dan show seconds.

Selain itu, guru juga boleh pilih untuk meniadakan pilihan link clock supaya dapat menguji
kefahaman murid dalam mengenal masa dan waktu kerana masa digital itu tidak akan
berubah apabila guru mengubah kedudukan jarum jam dan minit. Secara tidak langsungnya,
pilihan show current time akan dipadamkan juga. Pilihan show seconds perlu ditiadakan
supaya murid murid tidak keliru dengan jarum saat dan minit.

LANGKAH 2 : Klik-kan kepada ikon yang seterusnya, iaitu Time Match Clocks untuk sesi
seterusnya seperti gambar di bawah.

11
Perisian yang kedua ini adalah dalam bentuk kuiz di mana menguji kefahaman murid dalam
mengenal masa dan waktu setelah guru menyampaikan isi pengajarannya. Berikut
merupakan ilustrasi yang ditunjukkan setelah guru memilih perisian ini.

12
Murid - murid perlu memberi jawapan dengan mengklik arrow buttons untuk memadankan
jam digital dengan jam analog yang diberikan. Kemudiannya klik butang check answer di
bawah untuk menyemak jawapan. Butang New problem ditekan untuk ke soalan yang
seterusnya.

13
LANGKAH 3 : Klikkan pada ikon tersebut untuk mod seterusnya, iaitu Time What Time
Will It Be?

Ubah kedudukan jarum pada jam


kedua ini setelah melaksanakan
pengiraan.

Gambar di atas menunjukkan paparan utama apabila guru klik-kan ikon tersebut
tadi. Perisian ini mengaplikasikan penambahan dan penolakan masa dan waktu,
sebagai contoh murid murid perlu tahu masa sebelum / selepas 20 minit pada jam
yang ditunjukkan. Murid murid diberi peluang untuk menggerakkan kedudukan
jarum pada jam yang kedua. Masa tidak dihadkan supaya murid murid dapat
menjawab soalan dalam keadaan yang selesa. Klik-kan butang check answer untuk
menyemak jawapan manakala butang new problem pula beralih ke soalan
seterusnya.

14
Berdasarkan perisian NLVM yang dicadangkan, terdapat kelebihan dan kelemahan
yang telah saya kenalpasti. Kelebihan yang pertama ialah murid dapat meneroka dan
memahami konsep masa dan waktu sejajar dengan hasrat pendidikan kini yang menjurus ke
arah pembelajaran abad ke 21 yang mana guru hanyalah sebagai pembimbing dan
pemudahcara di dalam bilik darjah. Murid akan menggunakan perisian ini dan dapat
mengenalpasti kesalahan yang dibuat seterusnya dapat mempertingkatkan kemahiran
belajar menggunakan Teknologi dan Maklumat (TMK). Masalah yang mungkin timbul ialah
untuk mendapatkan jaringan internet yang laju serta jumlah komputer yang diperlukan
dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan perisian ini.
Peruntukkan masa yang diberikan juga adalah terhad bagi mengajar topik ini dan sedikit
sebanyak dapat menggangu proses pengajaran. Sebagai langkah untuk menyelesaikan
masalah ini, guru boleh membawa murid ke makmal komputer yang telah disediakan
dimana jumlah komputer yang diperlukan juga adalah mencukupi disamping jaringan
internet yang laju bagi memudahkan murid untuk mengakses perisian atas talian ini. Jika
jaringan internet berada pada tahap yang maksimum, masa yang diperlukan untuk murid
mengakses juga dapat dipendekkan.

15
Secara ringkasnya, perisian ini dapat membantu guru dalam menyampaikan ilmu
pengetahuan dengan lebih berkesan lagi. Setiap perkara di dunia ini mesti mempunyai
kekuatan dan kelemahannya sendiri. Inilah lumrah kehidupan. Justeru, guru haruslah bijak
menggunakan perisian ini dan mengubahsuaikan sedikit mengikut tahap kebolehan murid
dan mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran supaya dapat mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Terimalah ungkapan saya ini.

Fahami matematik secara mendalam adalah lebih bagus daripada hanya tahu
melakukan jalan pengiraan sahaja

Aaron, 2014

(1358 perkataan)

16
Kesimpulan

Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan dan


perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Oleh itu pihak yang terlibat
dalam bidang pendidikan perlu bekerjasama dalam memastikan murid murid
dapat menguasai matematik dengan baik supaya. hasrat untuk menjadi sebuah
negara yang maju dan bersaing di peringkat global tercapai.

Menurut Sharifah Haji Omar (1989) menyatakan pengajaran matematik


disekolah jarang mengambil kira perbezaan individu di kalangan pelajar-pelajar.
Ini mengakibatkan sesetengah pelajar khususnya pelajar yang lemah
menghadapi kesukaran semasa guru memberikan penerangan tentang sesuatu
konsep matematik.Sekiranya kaedah penyampaian guru tidak dapat diterima
oleh murid maka proses pembelajaran tidak akan berjaya. Seterusnya mereka
akan membuat pelbagai andaian dan pemikiran yang tidak betul tentang
matematik.

Masalah kelemahan pelajar dalam penguasaan konsep dan kemahiran


matematik pada peringkat sekolah rendah ini adalah sesuatu yang tidak boleh
dipandang remeh oleh pihak-pihak terlibat dalam sektor pendidikan terutama
sekali guru-guru. Kelemahan dalam penguasaan konsep dan kemahiran
matematik di peringkat sekolah rendah tentunya memberi kesan pula apabila
mereka berada di sekolah menengah sekiranya tidak ditangani dari awal.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab guru-guru untuk berusaha


mencari kaedah, teknik, dan strategi yang sesuai dan menarik agar murid faham
dan tidak menghadapi kesukaran atau miskonsepsi dalam pengajaran dan
pembelajaran geometri. Cabaran-cabaran ini harus ditangani sebaik mungkin
demi memantapkan penguasaan modal insan negara dengan pengetahuan
lengkap dalam bidang sains dan matematik yang menjadi pemangkin kepada
kemajuan sesebuah negara.

17
Rujukan

Effandi Ibrahim, Nor Azah Khalid dan Sabri Ahmad. (2011) Trend Pengajaran Dan
Pembelajaran Matematik Sekolah Rendah. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Sharifah Haji Omar (1984). Kesilapan Dan Masalah Pembelajaran. Selangor:


Oxford Fajar Sdn. Bhd

18
Lampiran 1

Arahan : Lukiskan jarum bagi waktu yang dinyatakan.

Arahan : Lukiskan jarum bagi waktu yang dinyatakan

19
Arahan : Lukiskan jarum bagi waktu yang dinyatakan.

20
Arahan : Lukiskan jarum bagi waktu yang dinyatakan.

21
Arahan : Lukiskan jarum bagi waktu yang dinyatakan.

22
Lampiran 2

Arahan : Selesaikan soalan di bawah

23
Arahan : Selesaikan soalan di bawah

24
Arahan : Selesaikan soalan di bawah

25
Arahan : Selesaikan soalan di bawah

26
Arahan : Selesaikan soalan di bawah

27
Lampiran 3

Rajah 1 Saya bertanya tentang isu - isu yang dihadapi oleh guru dan murid

Rajah 2 Guru menerangkan isu

28

Vous aimerez peut-être aussi