Vous êtes sur la page 1sur 2

PENGENALAN.

Allah Taala telah meletakkan manusia di tempat yang amat mulia berbanding makhluk
lain.Antara penghormatan yang diberikan kepada manusia di muka bumi ini ialah Allah melantik
manusia sebagai khalifah untuk memakmurkan muka bumi ini.

Penghormatan ini akan hanya dapat direalisasikan apabila seluruh kepentingan manusia dijaga
dan manusia dipelihara daripada perkara yang tidak baik.Namun,ini akan dapat dicapai hanya
apabila lima keperluan asasi manusia iaitu agama,nyawa,akal,keturunan dan harta
dikawal.Semua elemen ini adalah keperluan asasi yang penting untuk kelangsungan hidup
manusia di muka bumi ini.Elemen ini juga penting untuk membantu manusia melaksanakan
tugas yang diamanahkan oleh Allah.

Agama islam didatangkan untuk memelihara semua elemen utama ini,di samping mengelak
sebarang perkara yang tidak baik.Atas dasar ini menurut para ulamak,islam datang untuk
menggarap semua kebaikan dan menghindar semua keburukan.Oleh itu,islam telah
menggariskan pelbagai undang-undang seperti hudud dan tazir yang dikenakan keatas sesiapa
sahaja yang melanggar lima elemen utama tersebut.

Hukum Hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah S.W.T di
dalam Al-Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T yang bukan sahaja tidak
boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh
sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan
oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.Antara
kesalahan yang dikenakan hukuman hudud ialah berzina,qazaf,mencuri,minum
arak,murtad,merompak(hirabah) dan penderhaka(bughat).

Hukum Tazir dari segi bahasa ialah menolak,mencegah atau menghalang.Manakala dari
segi syara adalah sejenis hukuman yang ditetapkan kadarnya atau bentuknya yang dilaksanakan
bagi menunaikan hak-hak Allah dan hak manusia terhadap kesalahan-kesalahan yang selain
hukuman qisas,hudud,diyat dan kifarat.

Kawasan kajian saya meliputi daerah Sungai Petani.Sungai Petani merupakan sebuah Bandar
yang sedang membangun dan menjadi tumpuan penduduk.Oleh itu,ia dapat memudahkan saya
untuk menjalankan kajian kes saya ini dengan meninjau persepsi masyarakat sekitar Sungai
Petani tentang Perlaksanaan Hukum Hudud pada masa kini.

OBJEKTIF KAJIAN.

Kajian saya ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti konsep hudud dan konsep tazir menurut
islam.Selain itu,kajian saya ini bertujuan untuk mengkaji perbezaan antara hukum hudud dan
hukum tazir.

KAEDAH KAJIAN.

Kajian ini menggabungkan tiga kaedah kajian iaitu kajian perpustakaan,kajian lapangan dan
kajian soal selidik.

(i) Kajian Perpustakaan.


Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang hukum hudud
seperti pengertian,hukum,dalil,jenis kesalahan yang dikenakan hukuman
hudud dan cara sabitannya.Dengan itu,saya telah merujuk buku yang bertajuk
Pengantar Fiqhyang ditulis oleh Ustaz Abd.Latif Muda dan Dr.Rosmawati
Ali,untuk mendapatkan maklumat mengenai hukum hudud.

(ii) Kajian Lapangan.


Penulis telah mengadakan temubual dan perbincangan dengan staf Mahkamah
Rendah Syariah Sungai Petani yang terlibat konsep hukum hudud dan cara
perlaksanaannya.
Penulis juga telah mendapatkan maklumat daripada beberapa orang
pendakwah-pendakwah bebas untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang
Hukuman Hudud.
Penulis telah membuat borang soal selidik dan mengedarkan kepada orang
ramai untuk meninjau persepsi masyarakat tentang perlaksanaan hukum
hudud di Malaysia.

Vous aimerez peut-être aussi