Vous êtes sur la page 1sur 3

MASYARAKAT PRA SEJARAH

Dato' Sir Onn Jaafar (12


Februari 1895 - 19 Januari 1962)
merupakan pengasas dan
Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (UMNO). Beliau pernah dilantik
sebagai Menteri Besar Johor pada 1
Jun 1947 tetapi beliau telah meletakkan
jawatan tiga tahun kemudian iaitu pada 18
Mei 1950 untuk menumpukan
perhatiannya kepada UMNO.
Kehidupan awal
Dato' Onn Jaafar
Beliau dilahirkan di Batu Pahat, Johor
Darul Takzim serta merupakan anak
kepada Datuk Jaafar bin Haji
Muhammad, Menteri Besar Johor yang
pertama. Seorang kerabat diraja Johor,
beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni
Sultan Abu Bakar sejak kecil, dan
mendapat pendidikan Melayu sebelum
melanjutkan pelajarannya di England.
Beliau pernah menjadi ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa
zaman Pendudukan Jepun, beliau
menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan
Negeri Johor.

Vous aimerez peut-être aussi