Vous êtes sur la page 1sur 6

FUNGI

VIRUS

PROTOZOA
ALGA

BAKTERIA
MIKROORGANISMA

Mikroorganisma ialah hidupan seni.


Mikroorganisma bermaksud sangat halus dan tidak dapat
dilihat dengan mata kasar, manakala organisma
bermaksud hidupan.
Mikroorganisma ialah hidupan seni yang tidak dapat
dilihat dengan mata kasar. Ia terdapat di sekeliling kita.
Terdapat lima jenis mikroorganisma iaitu :
a) fungi
b) protozoa
c) alga
d) bakteria
e) virus
FUNGI

Fungi adalah yang paling besar dan hidup di dalam tanah,


pada smpah-sarap, di atas organisma lain dan juga pada
makanan. Fungi membiak daripada spora. Cendawan,
kulapuk dan yis adalah contoh-contoh fungi. Sesetengah
fungi seperti kulat boleh dilihat dengan mata kasar.
Manakala yis, mukor dan Penicillium hanya boleh dilihat
menggunakan kanta pembesar dan mikroskop.

PROTOZOA

Protozoa lebih besar daripada virus dan bakteria. Ia hidup


di habitat yang berair seperti kolam, tasik dan sungai.
Protozoa juga ada yang berbahaya dan ada yang tidak
berbahaya.
Demam malaria adalah salah satu penyakit yang
disebabkan oleh sejenis protozoa.
ALGA

Alga adalah hidupan seni yang mempunyai


sifat tumbuhan. Alga membuat makanannya
sendiri melalui proses fotosintesis.

BAKTERIA

Bakteria ialah organisma yang sangat kecil. Bakteria


wujud dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna. Bakteria
terdapat dalam pelbagai persekitaran. Bakteria terdapat di
udara, di dalam air, di permukaan yang boleh disentuh
dan di dalam tubuh manusia.
Ia membiak sangat cepat pada suhu yang sesuai dengan
kehadiran air dan makanan yang mencukupi.
Ia membiak sangat aktif di tempat yang hangat, gelap,
lembap dan kotor.
Kebanyakan bakteria tidak berbahaya dan berguna
kepada manusia.
Namun begitu, sesetengah bakteria menyebabkan
penyakit seperti cirit-birit, sakit kerongkong dan
sebagainya.
Bakteria yang menyebabkan penyakit dikenali sebagai
kuman.
VIRUS

Virus ialah mikroorganisma paling halus daripada


mikroorganisma yang lain.
Virus hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop
elektron.
Virus boleh menjangkiti tumbuhan, haiwan dan bakteria.
Demam selesema adalah disebabkan oleh virus.
Virus bertanggungjawab kepada pelbagai jenis penyakit
berbahaya dan membawa maut.
HIV dan influenza ialah contoh virus.

Yis Penicilllium
Ameoba Paramecium

Fitoplankton

Spirogyra

Bacillus Escherichia coli

HIV Influenza

MUHAMMAD SHAKIR ZUFAYRI BIN HAZNIZAN


6 DISIPLIN
SAINS : MIKROORGANISMA

Vous aimerez peut-être aussi