Vous êtes sur la page 1sur 1

Tarikh : Hari : Rabu

Kelas : Tahun 5 Bil Murid : 40 orang

Waktu : 0900-1000 Tempoh : 60 minit

Subjek : Tajuk : Nombor Bulat Hingga 1 000 000


Matematik

S/K : 1.1 Mengetahui nilai nombor


S/P : (i) Menamakan nilai tempat dan nilai digit bagi sebarang nombor.
(ii) Mencerakinkan sebarang nombor mengikut nilai tempat dan nilai digit
Objektif : Pada akhir pembelajaran ini murid berupaya :
Kumpulan A : Menamakan 8 daripada 10 nilai tempat dan nilai digit bagi sebarang
nombor berdasarkan lembaran kerja disediakan.
Kumpulan B : Menamakan 6 daripada 10 nilai tempat dan nilai digit bagi sebarang
nombor berdasarkan lembaran kerja disediakan.
Kumpulan C : Menamakan 5 daripada 10 nilai tempat dan nilai digit bagi sebarang
nombor berdasarkan lembaran kerja disediakan.
EMK : Kreativiti dan Inovasi Keusahawanan Bahasa Nilai Murni
Pendidikan Alam Sekitar Sains dan Teknologi TMK Patriotisme

ABM : lembaran kerja, kad nilai tempat, kad nombor 0 hingga 9, buku teks
Penilaian : Tahap Penguasaan 1 2 3 4 5 6
PdP Lembaran kerja Pemerhatian Lisan Tugasan Hasil kerja
Kuiz Projek Latihan bertulis Lain-lain ______________
Aktiviti 1. Murid-murid menyebut semua nilai tempat yang dipelajari tahun sebelum ini. Dan
murid yang tahu akan memberitahu kepada kelas bahawa tahun ini belajar nilai
tempat ratus ribu iaitu sehingga sejuta.
2. Murid-murid diminta menulis satu nombor satu digit pada kertas A4. Pilih 0
hingga 9.
3. Nilai tempat ditulis oleh sekumpulan murid 6 orang iaitu sa, puluh, ratus, ribu,
puluh ribu dan ratus ribu. Setiap nilai tempat mewakili bidang tanah yang akan
dibeli oleh murid yang ada nombor satu digit masing-masing.
4. Sebelum mereka pilih untuk beli guru akan bacakan syarat untuk dijawab.
Contohnya, Anda mempunyai nilai wang sebanyak Nilai Ratus sahaja. Murid diuji
pengetahuan nilai tempat. Murid ini sepatutnya boleh buat 3 pilihan iaitu ratus,
puluh dan sa sahaja.
5. Aktiviti di atas diteruskan dengan murid-murid lain dengan soalan pelbagai
sebelum boleh memiliki tanah tersebut. Murid-murid lain juga akan memberi
respon terhadap soalan diajukan guru.
6. Latihan- Lembaran kerja
7. Penutup
Refleksi :

Vous aimerez peut-être aussi