Vous êtes sur la page 1sur 41

1

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 Isi Kandungan 2

2 Biodata Diri 3

3 Halaman Pengakuan 4

4 Penghargaan 5

5 Pengenalan Kepada Kemeja 6

6 Tujuan 9

7 Reka Cipta Stail Pakaian 10

Ilustrasi Teknikal Stail Pakaian(Pandangan


8 14
Hadapan, belakang dan ciri-ciri yang digunakan)

9 Bahan Dan Alatan 20

Ukuran Badan-Menggunakan Borang Ukuran


10 31
Yang Standard

11 Langkah-Langkah Menjahit Mengikut Urutan 35

12 Pengiraan Kos 38

13 Kesimpulan 39

14 Bibliografi 41

15 Lampiran 42

2
3
PENGHARGAAN

Pertama kali iaitu bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurnia-
Nya dapat saya menyiapkan rekod kerja ini. Terima kasih yang tidak terhingga
kepada semua kumpulan yang telah membantu Saya melaksanakan tugasan
projek ini secara langsung atau pun tidak langsung.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Suzana Binti


Mohamed selaku pensyarah mata pelajaran ini atas bimbingan dan tunjuk
ajar beliau kepada kita dan juga bagi semua rakan-rakan saya. Saya ingin
mengucapkan terima kasih atas sokongan dan dorongan mereka sehingga
menyiapkan rekod kerja ini.

Saya juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat


kesilapan dan kekurangan dalam tugasan projek ini. Sesungguhnya, Saya
juga mendapat penghargaan untuk menyelesaikan rekod kerja ini.

Sekian,

Terima kasih

4
PENGENALAN KEPADA KEMEJA

Pakaian merupakan salah satu keperluan asas manusia iaitu berfungsi


sebagai melindungi tubuh dari kepanasan, kesejukan serta ancaman-
ancaman lain. Hiasan diri pula digunakan dan dipakai sebagai pelengkap
kostum dan menyerikan lagi si pemakai. Bagi masyarakat Melayu, pakaian
dan hiasan diri pada asalnya lebih berfungsi sebagai simbol kedudukan dan
kekuasaan seseorang dalam masyarakat. Namun fungsi pakaian dan hiasan
semakin berkembang dan berubah mengikut peredaran zaman. Kini ia lebih
penting sebagai bahan fesyen iaitu sesuatu yang lebih menitikberatkan daya
kreatif penciptanya.

Mendatangi alaf baru yang serba moden dan canggih, reka bentuk
fesyen baju kini divariasikan dengan pelbagai cara yang lebih kreatif untuk
menarik minat kita untuk memakainya, kini kaum adam terutamanya yang
mengutamakan penampilan yang kemas dan bergaya akan lebih cenderung
untuk memilih kemeja dalam pemakaian seharian mereka. Kemeja bukan
hanya sehelai pakaian. Ia mampu memberi impak terhadap penampilan. Ke
pejabat, menghadiri mesyuarat penting mahupun majlis formal. Perlu diingat,
setiap orang mempunyai bentuk tubuh dan personaliti berbeza, dan ini
membuatkan seseorang itu kelihatan berbeza.

Dalam mereka bentuk sehelai kemeja, pelbagai aspek yang penting


perlu kita titikberatkan samada dari segi jenis fabrik yang digunakan, stail
yang mengikut arus fesyen sekarang dan perinciannya. Dalam pembinaan
rekaan sehelai baju kemeja yang kemas dan dapat menarik minat
pemakainya, beberapa aspek penting harus di tekankan seperti kolar, manset
atau cuff , fabric, corak, warna dan juga saiz. Kolar merupakan bahagian
perincian kemeja yang sangat penting kerana ia menentukan keserlahan
wajah ketika memakainya. Sebagai contoh, lelaki berwajah kecil perlu
mengelak memakai kolar lebar kerana kolar saiz tersebut akan
menenggelamkan wajah. Lelaki bermuka besar pula perlu mengelak memakai
kolar narrow yang boleh menampakkan wajah menjadi lebih besar.Biasanya
saiz kolar kemeja antara 14,14 , 15 dan 16 inci. Saiz kolar yang sesuai
bergantung pada dimensi di bawah halkum.

5
Penting untuk kita tahu manset atau cuff pada sehelai kemeja.Terdapat
dua jenis cuff yang biasa dipakai iaitu French cuff dan Barrel cuff. Bagi
kemeja French cuff, memerlukan pemakai menggunakan kafling pelbagai
bentuk yang dimasukkan ke dalam lubang butang pada pergelangan lengan
kemeja. Manakala Barrel cuff telah diletakkan butang pada pergelangan
lengan kemeja. Kemeja jenis ini yang paling biasa di pakai untuk ke pejabat.

Setiap fabrik yang digunakan untuk kemeja menentukan kualitinya dan


dapat mencipta tekstur. Kita perlu tahu memilih fabrik kemeja yang
bersesuaian dengan keadaan cuaca setempat. Fabrik kapas adalah paling
sesuai untuk cuaca panas. Kini fabrik campuran kapas dan fiber sintetik
(polister, rayon dan nilon) semakin popular. Kita juga perlu tahu, setiap fabrik
yang digunakan untuk kemeja menentukan sama ada ia sesuai untuk
pemakaian formal atau tidak. Kapas antara fabrik paling sesuai untuk kemeja
formal. Mengetahui jenis-jenis fabrik ini membolehkan kita membuat pilihan
yang betul sesuai dengan gaya hidup.

Ramai lelaki tidak berani bermain dengan kemeja yang mempunyai


corak. Kemeja bercorak membenarkan kita mencipta stail tersendiri dan
disuaipadankan dengan aksesori tertentu. Kemeja bercorak dengan latar
belakang putih biasanya lebih formal berbanding yang berwarna. Kemeja
dengan corak garisan juga lebih sesuai untuk sesuatu upacara. Manakala
corak kekotak kecil dan renggang akan memberikan kesan lebih bergaya
berbanding dengan corak kekotak yang lain seperti Windowpane dan Pastel.

Pilihan kemeja warna biasa seperti biru dan putih nampak


membosankan. Kita boleh memilih untuk memakai kemeja berwarna seperti
kuning, jingga, merah atau sebagainya. Namun perlu diingat, pilihan warna
lembut atau pastel adalah yang terbaik. Warna sebegini lebih formal
berbanding warna terang yang lebih sesuai untuk pemakaian kasual. Satu
perkara penting juga yang mesti kita tahu adalah pemilihan warna harus
bersesuaian dengan warna kulit dan rambut kita.

6
Perkara penting yang mesti kita tahu dan pastikan sebelum membeli
sehelai kemeja adalah saiznya. Adakah saiz yang anda pilih sepadan dengan
saiz tubuh kita? Adakah ia terlalu kecil atau terlalu besar? Kini terdapat
pelbagai jenis potongan kemeja. Slim fit antara yang semakin popular
berbanding potongan klasik. Untuk mereka yang berbadan besar, pilihlah saiz
yang sepadan. Saiz terlalu besar membuatkan kita kelihatan lebih besar.
Mereka yang agak berotot, slim fit membuatkan kita tampil segak bergaya.

Jadi sekiranya aspek-aspek ini dititik beratkan semasa membuat


kemeja, kita dapat menghasilkan kemeja yang dapat menepati citarasa setiap
penggunanya. Maka perhatian yang sepenuhnya harus diberikan bagi
menghasilkan sehelai kemeja yang menarik, selesa dan sesuai dipakai.

7
TUJUAN

Pakaian merupakan salah satu keperluan asas manusia iaitu berfungsi untuk
melindungi tubuh dari kepanasan, kesejukan serta ancaman-ancaman lain.
Hiasan diri pula digunakan dan dipakai sebagai pelengkap kostum dan
menyerikan lagi si pemakai.

Bagi masyarakat Melayu, pakaian dan hiasan diri pada asalnya lebih
berfungsi sebagai simbol kedudukan dan kekuasaan seseorang dalam
masyarakat. Namun, fungsi pakaian dan hiasan semakin berkembang dan
berubah mengikut peredaran zaman.

8
REKA CIPTA STAIL PAKAIAN

Mereka cipta pakaian memerlukan idea dan daya kreativiti di samping


menerapkan elemen dan prinsip seni reka untuk menghasilkan pakaian yang
tulen dan sesuai dengan bentuk badan. Stail pakaian pula merupakan cara
sesuatu pakaian itu dibuat atau digayakan. Pemilihan stail pakaian kerap
dipengaruhi oleh bentuk badan kerana elemen asas reka bentuk pakaian
seperti corak, warna, tekstur dan rupa fabrik, garisan dan cantuman, garis
leher, dan garis lengan akan menampilkan bentuk badan yang menarik dan
bergaya. Saya telah mereka bentuk pakaian berdasarkan ciri-ciri yang
disebut.

Corak

Corak ialah motif pada fabrik yang beraneka seperti garisan, bunga, bentuk
geometri, genggang, dan lain-lain bertujuan mengenal fabrik. Corak boleh
dihasilkan melalui proses mencetak, menenun, atau mengait fabrik.
Penggunaan perisian CAD (Computer Aided Design) merupakan teknik
moden yang berupaya mempercepatkan proses reka bentuk daripada yang
mudah kepada corak-corak yang lebih kompleks. Pemilihan corak yang
sesuai akan menghasilkan pakaian yang menarik, nilai estetika yang tinggi,
serta memberikan kesan ilusi kepada bentuk badan. Pada rekaan pakaian
saya, saya telah memilih corak garisan-garisan kecil. Walaupun ia
menonjolkan lagi bentuk badan saya yang kurus dan tinggi tetapi tidak begitu
ketara kerana jarak antara garisan memberikan satu ilusi yang berbeza.

Warna

Warna juga boleh memberikan kesan ilusi pada bentuk badan. Terdapat tiga
kategori warna iaitu warna terang, warna lembut, dan warna gelap. Warna
terang ialah hasil daripada warna merah dan kuning yang akan memancarkan
cahaya dan menampakkan seseorang lebih gempal. Warna lembut seperti
biru muda, ungu, hijau muda, dan turqoise sesuai untuk orang yang kurus
kerana warna ini akan menampakkan seseorang lebih gempal. Sementara
warna gelap seperti biru, hijau, dan ungu akan menyerap cahaya dan

9
menampakkan orang yang gempal kelihatan lebih langsing. Pakaian yang
mempunyai satu warna akan memberikan ilusi kelangsingan. Warna gelap
pula jika dipadankan dengan warna lembut akan menampakkan seseorang
kelihatan lebih pendek. Saya memilih fabrik yang dengan kombinasi dua
warna gelap untuk kelihatan lebih yakin.

Tekstur Fabrik

Tekstur fabrik ditentukan oleh jenis gentian, pembinaan, dan kemasan yang
diberikan. Fabrik yang keras atau berluf, berkait atau bertenun timbul akan
menampakkan orang yang kurus kelihatan lebih gempal.

Fabrik yang sederhana tebal seperti korduroi dan denim sesuai untuk
orang berbadan kurus kerana fabrik ini akan menampakkan seseorang itu
kelihatan lebih gempal. Fabrik berkilau akan membalikkan cahaya dan
menampakkan bentuk badan lebih ketara dan fabrik ini lebih sesuai oarang
yang kurus. Untuk pemilihan fabrik, saya memilih jenis kapas untuk
memudahkan proses menjahit dan untuk keselesaan ketika memakainya.

Garisan dan Cantuman

Terdapat tiga jenis garisan dan cantuman yang biasa digunakan untuk
memberikan kesan ilusi kepada bentuk badan, iaitu garisan menegak,
mendatar, dan menyerong. Garisan menegak membahagikan pakaian kepada
kepingan kecil secara menegak.

Garisan mendatar memotong pakaian kepada dua bahagian secara


mendatar seperti garisan empayar dan bahu mendatang. Garisan ini akan
memberikan kesan ilusi rendah dan lebar. Garisan menyerong menampakkan
pemakai kelihatan lebih langsing. Gabungan garisan menegak dan
menyerong jua memberikan kesan ilusi langsing dan lebih tinggi. Gabungan
garisan menyerong dan mendatar akan memberikan kesan ilusi lebih lebar.
Saya menggunakan garisan menegak untuk menampakkan pakaian lebih

10
cantik dan menyerlah tetapi stail yang ringkas.

Garis leher

Garis leher terbahagi kepada lima iaitu bentuk U, bentuk V, bentuk segi
empat, bentuk hati, dan bentuk sampan. Garis leher boleh digantikan dengan
kolar untuk menyesuaikan pelbagai stail pakaian. Kolar boleh dikategorikan
kepada tiga jenis iaitu kolar rata, kolar gulung, dan kolar tegak. Saya telah
memilih kolar rata untuk menampakkan pakaian lebih kemas dan bersahaja
sesuai dengan tema santai.

11
REKA CIPTA PAKAIAN

12
REKA CIPTA PAKAIAN
YANG DIPILIH

13
Ciri Stail Pakaian

i. Menjahit kolar lurus sebagai kemasan garis leher

Definisi
Kolar ialah dua kepingan kain yang dibentuk, dicantumkan dan
kemudian dilekatkan pada garis leher. Kolar ini berbentuk lurus dan
tegak pada bahagian belakang garis leher. Lebar kolar pada bahagian
belakang adalah kira-kira setengah atau kurang daripada setengah
lebar kolar.

Kegunaan kolar

a) Untuk menyeudahkan garis leher pada pakaian


b) Memberi gaya atau stail pada pakaian
c) Sebagai perhiasaqn supaya pakaian kelihatan lebih menarik
d) Memberikan kepanasan kepada pakaian

Ciri-ciri kolar lurus

1. Kolar biasanya mempunyai dua lapisan fabrik


2. Permukaan kolar rata
3. Kolar terletak rata dan kemas di garis leher
4. Bahagian kanan dan kiri kolar hendaklah seimbang
5. Kedua-dua hujung kolar sama lebar
6. Camtuman kelim kolar tidak teratur

14
ii. Lengan padanan rata dijahit pada bahagian lengan dan dipasang
mansit pada hujung lengan

Definisi
Lengan ialah tambahan pakaian dari lubang lengan. Ia boleh
jadi sepotong fabrik yang dicantumkan ke lubang atau pun tambahan
daripada badan. Lengan biasa yang dicantumkan dengan baik
mempunyai ira lurus yang terletak di garis atas lengan. Hujung lengan
boleh disiapkan dengan kelepet, lapik atau kun

Fungsi lengan

a) Melindungi kecacatan lengan


b) Melindungi daripada cuaca panas dan sejuk
c) Menambah keanggunan si pemakai jika sesuai dengan fesyen
dan fabrik
d) Mengekalkan ciri tradisi sesuatu pakaian seperti baju kurung
teluk belangan dan sari

15
iii. Kelepet belah sama lebar dijahit pada bahagian butang dan lubang
butang.

Definisi
Penyudah tepi adalah salah satu proses jahitan. Ia dibuat untuk
melindungi tepi fabrik daripada berjerumbai atau berjurai-jurai.

Jenis jenis penyudah tepi

1. Kelepet
2. Penjuru
3. Lapik
4. Kun
5. Rendah
6. Ikatan pinggang
7. Kasing
8. Jahitan sulaman

16
iv. Kancing yang digunakan dalam blaus ini ialah butang dan lubang
butang.

Definisi
Kancing ialah sejenis alat yang digunakan untuk menutup belah
pada pakaian lelaki dan wanita, artikel dan lain-lain lagi supaya dapat
mengelakkan bentuk asal pakaian atau artikel. Ia juga digunakan
sebagai perhiasan. Kancing-kancing yang dipasang pada pakaian atau
artikel hendaklah dijahit dengan kukuh dan kemas. Pemilihannya
bergantung kepada fesyen dan kesesuaian fabrik.

Tujuan menjahit kancing

1) Mengancingkan belah
2) Sebagai perhiasan
3) Kancing biasanya dilekatkan pada lipat tindih atas dan lipat tindih
bawah belah
4) Cara-cara melekatkan kancing pada pakaian bergantung kepada jenis
kancing yang dipilih

Jenis-jenis kancing

1) Butang katup
2) Butang cangkuk dan kancing
3) Butang cangkuk dan rumah
4) Butang cangkuk dan rumah cangkut bersirat

17
v. Kelim belah kangkung dijahit bagi mencantum bahagian bahu dan
tepi baju.

Definisi

Kelim ialah cantuman dua atau lebih kepingan fabrik untuk memberi
bentuk pada pakaian atau artikel. Kelim yang dijahit mestilah sesuai dengan
pakaian yang hendak dijahit dan lebar kelim mesti sekata di seluruh pakaian.
Pemilihan kelim pada pakaian bergantung kepada jenis fabrik yang
digunakan, kedudukan kelim dan jenis pakaian

Perkara-perkara yang mesti diberikan perhatian semasa menyediakan


kelim

1) Gunakan kelim yang sama untuk seluruh pakaian


2) Kelimperlu dijahit tepat pada garis pemadan untuk mendapatkan
bentuk dan rupa yang elok
3) Lebar kelim yang dijahit mesti seragam iaitu sama lebar pada
keseluruhan pakaian
4) Kelim yang dijahit mesti rata dan kemas
5) Ketegangan jahitan mesti betul dan sesuai supaya hasil kelim tidak
berkedut
6) Pilih jenis kelim yang sesuai dengan pakaian dan jenis fabrik. Kelim
yang rata dan kurang tebal sesuai digunakan untuk fabrik jenis tebal.
Untuk fabrik nipis pula, pilih kelim yang rata dan kemas.

18
BAHAN DAN ALATAN

ALATAN MENGUKUR

ALAT KEGUNAAN PEMILIHAN PENJAGAAN


Mengukur dengan - diperbuat daripada - gulung setelah
tepat ukuran gentian kaca, sintetik digunakan
badan dan fabrik. dan plastik. dengan nombor
- mempunyai yg besar di
penahan logam di sebelah dalam
Pita ukur kedua-dua hujungnya
- tidak memeri, teguh - simpan di
dan tahan dalam kotak
- mempunyai tanda jahitan
ukuran metrik yg
terang dan jelas.

PEMBARIS
SESIKU - Diperbuat daripada - Gantung
- Membuat garisan kayu atau plastik. pembaris atau
bersudut tepat dan simpan ditempat
garisan lurus pada - Mempunyai ukuran yang rata.
pola atau fabrik. yang terang dan
- Bahagian tepat di kedua-dua
melengkung bahagian dalam unit
digunakan untuk metrik.

Pembaris sesiku & membentuk garis

pembaris leher dan lubang

melengkung lengan.

PEMBARIS - Gantung atau


MELENGKUNG - Diperbuat daripada simpan di tempat
- Membentuk garis kayu atau plastik. yang sesuai.
melengkung
seperti garis leher,

19
keruk lengan, - Ukuran metrik yang
rusuk blaus, rusuk jelas.
skirt dan kaki
seluar semasa
mendraf pola.
- Mengukur dan - Diperbuat daripada - Gantung atau
menanda garisan kayu atau plastik. simpan di tempat
lurus di kertas yang sesuai.
pola. - Tepinya licin, rata
dan lurus.
- Mengukur fabrik.
- Mempunyai ukuran
yg tepat dalam unit
metrik.
Pembaris lurus

20
ALATAN MEMOTONG

ALAT KEGUNAAN PEMILIHAN PENJAGAAN


- Menggunting - Diperbuat - Elakkan
fabrik. daripada keluli daripada
tahan karat. terjatuh.

-Pilih yang - Digunakan


tajam. untuk
menggunting
Gunting fabrik
-Skru tidak fabrik sahaja.
longgar.
- Simpan di
- Pemegang dalam sarung
yang selepas
melengkung. digunakan.

- Minyakkan
sendi gunting
jika perlu.

- Khas untuk -Sederhana - Elakkan


menggunting besar. daripada
kertas. terjatuh.
- Panjang 15 - Minyakkan
17 cm. sendinya.
- Asingkan dari
gunting fabrik.
- Simpan di
Gunting kertas
kotak jahitan
atau tempat
yang sesuai.

21
- Untuk - Mempunyai - Simpan di
menggunting mata yang anjal dalam sarung.
benang jahitan. dan tajam.
- Sapu dengan
minyak apabila
Sniper perlu.
- Untuk - Panjangnya - Elakkan
membuka jahitan lebih kurang 8 daripada
yang tersilap cm. terjatuh.

- Menebuk - Mempunyai - Tutup dengan


lubang butang. mata yang penutup.
Penetas
diperbuat
daripada keluli
yang tidak
berkarat.

- Mempunyai
penutup

22
ALATAN MENANDA

ALAT KEGUNAAN PEMILIHAN PENJAGAAN


- Menandakan - Pilih kapur - Simpan di
garis pemadan yang tidak dalam bekas
pada fabrik. mudah pecah. supaya tidak
mudah pecah.
- Memindahkan - Pilih warna
garis tanda pola yang sesuai
pada fabrik. dengan fabrik
Kapur tukang jahit

- Kapur yang
dibuat
daripada lilin
tidak sesuai
untuk fabrik
sintetik.
- Memindahkan - Diperbuat - Simpan di
tanda dan daripada keluli antara fabrik
garisan pola berkilat tebal supaya
pada fabrik. supaya tidak matanya tidak
berkarat. rosak

Roda surih
- Pilih roda - Simpan di
surih mengikut kotak jahitan.
jenis fabrik.
- Elakkan
- Mudah daripada
bergerak terjatuh.
apabila
ditolak.

23
- Digunakan - Pilih warna - Simpan di
bersama roda yang sesuai dalam sampul
surih atau pensil dengan fabrik. khas setelah
tajam untuk digunakan.
memindahkan
Kertas karbon tanda pola ke - Jangan lipat
fabrik. kertas karbon.

- Memindahkan
motif sulaman ke
fabrik.

- Menanda - Terdapat - Jangan asah


garisan pemadan dalam terlalu tajam.
pada fabrik. pelbagai
warna. - Elakkan
- Membuat dan daripada
memindahkan - Boleh terjatuh.
tanda pola. ditajamkan
Pensil tukang jahit
dengan - Simpan
- Menanda garis pengasah dalam kotak
gunting pada pensil. jahitan.
fabrik.
- Jangan
- Gunakan biarkan ia
garisan yang tumpul.
halus supaya
tidak kotor.

24
- Untuk - Pilih peniti - Gunakan dgn
menyemat pola yang tajam cermat dan
pada fabrik dan supaya tidak jimat.
kepingan fabrik. merosakkan
fabrik. - Tabur tepung
- Digunakan ubi atau bedak
dalam kerja- - Pilih yang talkum

Jarum peniti kerja mengacu panjang dan didalam kotak


pakaian. halus untuk peniti supaya
fabrik tebal tidak berkarat.
dan
panjangnya - Alaskan
2.5 cm 4.5 kotak dengan
cm. kain flannel
untuk
- Pilih peniti menyerap
yang pendek lembapan
untuk kertas. supaya peniti
tidak berkarat.

25
ALATAN MENJAHIT

ALAT KEGUNAAN PEMILIHAN PENYIMPANAN


- Untuk jahitan - Bermutu dan - Elak daripada
biasa seperti tajam berkarat dan
menjahit jelujur dan simpan di dalam
menyembat kelepet. - Pelbagai saiz bekas jarum.
mengikut - Jangan
- Sesuai untuk kegunaan. mencampurkan
Jarum tangan
semua jenis fabrik. jarum baru dengan
Jenis tajam (sharps)
- Jahitan biasa 7- jarum terpakai.
9.
- Untuk menjahit - Nombor 9-11 - Pasang jarum
jahitan mesin untuk fabrik nipis. dengan betul.
- Nombor 13
untuk fabrik - Jangan tarik fabrik
sederhana. ketika menjahit.
- Nombor 14-18
untuk fabrik tebal. - Simpan di dalam
- Pilih jenis sampul yang
bermutu dan disediakan.
Jarum mesin
tidak mudah
patah. - Elakkan dari
- Pilih jarum yang menyimpan di
sesuai dengan dalam kotak peniti.
fabrik
- Pilih saiz jarum
yang sesuai
dengan benang
dan fabrik.

MESIN JAHIT

ALAT KEGUNAAN PEMILIHAN PENYIMPANAN


- Menjahit - Mengikut - Letakkan di atas

26
lurus. keperluan meja yang sesuai
tukang jahit. dengan ketinggian
- Menjahit dan jauh dari
sulam. - Mempunyai pancaran
penutup. matahari. Meja
- Menjahit perlu rata dan
butang. - Dibekalkan kukuh supaya

Mesin jahit mudah alih dengan buku jahitan mesin


- Menjahit panduan. elok.
lubang
butang. - Mempunyai - Pusingkan
alat pengawal tombol pengawal
- Menjahit kelajuan. ke kedudukan O,
zip. tutup suis dan
- Mempunyai tanggalkan palam
- Menjahit lampu. jika tidak
kelepet menggunakannya
gulung. - Pilih jenama .
yang
- Menjahit mempunyai - Cabut tapak
ropol. perkhidmatan pengawal.
selepas
membeli. - Turunkan tapak
penekan jahitan.
- Pilih jenis
mesin yang - Pusingkan roda
alat gantinya imbang sehingga
mudah jarum berada di
didapati. kedudukan paling
rendah sebelum
menyimpan
- Mengemas tepi - Untuk - Pastikan minyak
kelim dan menjimatkan mencukupi dalam
kelepet. perbelanjaan, bekas minyak

27
pilih mesin dwi untuk perjalanan
- Menjahit hiasan fungsi. dan
seperti penyelenggaraan
mengemas tepi - Menjahit dan mesin.
tudung dan tepi menghias.
ropol. - Buang habuk
- Menjahit dan fabrik dan
Mesin jahit
- Menjahit dan mengemas benang setiap
pengemas tepi
mengemas tepi serentak. kali selepas
kelim seperti digunakan.
menjahit kemeja - Pilih jenis
T jenama yang - Gunakan berus
mempunyai halus untuk
perkhidmatan membersih
selepas membeli. bahagian dalam
badan mesin.
- Pilih jenis mesin
yang alat - Gantikan pisau
gantinya mudah pemotong apabila
didapati. tumpul supaya
tidak merosakkan
- Dibekalkan fabrik.
dengan buku
panduan.

28
ALATAN MENEKAN

ALAT KEGUNAAN PEMILIHAN PENYIMPANAN


- Menekan dan - Pilih yang - Elakkan daripada
menyeterika sederhana berat. terjatuh.
setiap proses
pada semua - Mempunyai - Ikut panduan
peringkat jahitan kawalan pelaras penggunaan.
Seterika
supaya kemas suhu.
dan rata. - Bersihkan tapak
seterika apabila
- Mudah diguna perlu.
dan dijaga
- Biarkan sejuk
- Pilih yang ada sebelum disimpan.
dua cara
penggunaan, iaitu
kering dan wap.
- Memudahkan - Pilih ketinggian - Simpan selepas
semua proses bangku yang digunakan.
menyeterika dan sesuai.
menekan. - Jangan
- Permukaan bod meletakkan seterika
dilapik dengan yang terlalu panas
Bod seterika fabrik yang tahan di atas bod.
panas.

- Pilih yang kukuh


dan stabil.

UKURAN BADAN-MENGGUNAKAN BORANG UKURAN YANG


STANDARD

BORANG UKURAN BADAN (LELAKI)

29
NAMA: TAN CHEE ONN

NO. K/P: 930116-03-5055

Bil Bahagian Badan Ukuran Lakaran Fesyen/Contoh Fabrik


. (cm)
A Garis Melintang
1 Leher 34
2 Dada 81
3 Pinggang 78
4 Punggung 88
5 Bahu 38
6 Bidang Hadapan 37
7 Bidang belakang 40 Pandangan Hadapan

8 Keliling hujung lengan 28.5


9 Keliling lutut 38
10 Buka kaki seluar 25
B Garis Menegak
11 Garisan tengah belakang 41.5
12 Labuh baju 72
13 Labuh seluar 101
Pandangan Belakang
14 Labuh punggung 19.5
15 Labuh lengan 27
16 Kelengkang 64
17 Kelim sebelah dalam seluar 70

CARA MENGUKUR BADAN

BAHAGIAN GAMBAR RUJUKAN

30
Leher

Dada

Pinggang

Punggung

Bahu

Bidang hadapan

31
Bidang belakang

Keliling hujung lengan

Keliling lutut

Buka kaki seluar

Garisan tengah belakang

Labuh baju

32
Labuh seluar

Labuh punggung

Labuh lengan

Kelengkang

Kelim sebelah dalam seluar

33
LANGKAH-LANGKAH MENJAHIT MENGIKUT URUTAN

LANGKAH HURAIAN

Memotong Fabrik 1. Dengan menggunakan gunting fabrik,


gunting tepat di tepi pola dengan
menggunakan kuak yang panjang.
2. Gunting kepingan pola yang besar
dahulu diikuti yang kecil.
3. Semasa menggunting, pastikan fabrik
sentiasa terletak di atas permukaan
kerja dengan gunting menyentuh
permukaan.
4. Gunting tanda pemadan menghala ke
luar.
5. Gunting kesemua pola dalam satu masa
6. Elakkan daripada memusing pola dan
fabrik semasa menggunting.

Memindah tanda pola pada 1. Pindahkan tanda pola sebelum


fabric menanggalkan pola pada fabrik.
2. Antara pola yang perlu dipindahkan
ialah :
- Garis pemadan / basi kelim
- Lisu pemadan
- Garis kelepet
- Lubang butang

Tanda pola dipindahkan - Kertas karbon dan roda surih


dengan menggunakan - Kapur tukang jahit
- Jelujur kasar
- Jarum peniti

34
LANGKAH-LANGKAH MENJAHIT BAJU KEMEJA

LANGKAH HURAIAN

Jahit kelim di bahu dengan 1. Temukan SL badan hadapan dan badan


kelim belah kangkung belakang. Jahit mesindi garisan
pemadan bahu kanan dan bahu kiri.
2. Buka dan tekan kelim

Menyedia belah kelepet sama 1. Sediakan lapik dalam lembut sesuai


lebar. dengan lebar kelepet
2. Tekan di SD kelepet.
3. Kemaskan tepi kelepet dengan jahit mesin
kemas tepi.
4. Kemaskan penjuru kelepet.

Menjahit kelim rusuk dengan 1. Temukan SL badan hadapan dan badan


kelim belah kangkung belakang
2. Jahit mesin di GP rusuk kanan dan
rusuk kiri
3. Buka dan tekan kelim

Menyedia dan mencantum Langkah 1 menyedia lengan


lengan 1. Jahit mesin 0.5 cm di atas dan di bawah
garis pemadan kepala lengan.
2. Temukan SL lengan berhadapan
3. Sematkan dengan peniti dan jahit mesin
di GP kelim lengan kanan dan kiri.
4. Buka dan tekan kelim

Langkah 2 mencantum lengan ke lubang


lengan
1. Temukan SL lengan dengan SL kemeja
2. Temukan GTL dengan garisan bahu
3. Temukan kelim lengan dengan kelim
rusuk kemeja
4. Seratakan lengan ke lubang lengan
5. Sematkan dengan peniti dan jahit mesin
di GP lubang lengan kemeja

35
Menyedia dan menetapkan Langkah 1 menyedia kelepet
kelepet lurus 1. Lipat fabrik di garisan kelepet
2. Sematkan dengan peniti

Langkah 2 menetapkan kelepet


1. Jahit mesin atau silang pangkah
2. Tekan dengan seterika

Menjahit butang dan lubang


butang

Menekan dengan seterika

36
PENGIRAAN KOS

Pengiraan kos projek sehelai kemeja

Kos bahan

Bil Alatan / Bahan Kuantiti Kos seunit (RM) Kos (RM)


1. Fabrik kapas 2 meter 5.20/meter 10.40
2. Benang jahit 1 buku 0.80/buku 0.80
3. Lapik dalam meter 3.60/meter 0.90
4. Butang 5 biji 1.90/10 biji 0.95
5. Kertas minyak 2 helai 1.00/helai 2.00
6. Jahitan lubang butang 5 lubang 0.40/lubang 2.00
Jumlah (RM) 17.05

Kos upah

Jumlah pekerja Masa Kos sejam Kos


Seorang 6 jam RM 1.50 RM 9.00
Jumlah RM 9.00

Kos sampingan

Perkara Kuantiti Kos seunit Kos (RM)


Jahit kemas 1 helai baju kemeja RM 2.00 RM 2.00
Jumlah RM 2.00

Kos projek = kos bahan + kos upah + kos sampingan


= RM17.05 + RM9.00 + RM2.00
= RM 28.05
Jumlah kos projek = RM 26.05

KESIMPULAN (REFLEKSI)

Pada pendapat saya, saya amat berterima kasih kepada pensyarah saya bagi
mata pelajaran RBT3106-Reka Bentuk Pakaian iaitu Puan Suzana Binti
Mohamed kerana telah memberi tunjuk ajar dan cara-cara menghasilkan baju
kemeja yang saya sendiri membuatnya.

37
Sebelum memasuki kuliah yang cukup istimewa ini, saya tidak mahir
dalam menjahit baju. Apabila saya memakai kemeja yang saya dibeli di
pasaraya, saya juga membuat siasat ataupun kajian tentang cara menjahit
dalam segi jahit tepi, memasang lengan dan kolar. Inilah yang saya sangat
menarik perhatian dalam cara menjahit kemeja ini.

Dalam perjalanan membuat baju kemeja ini, masa sangat panjang


kalau berbanding masa yang dijahit oleh tukang jahit yang professional.
Apabila saya menjahit kolar baju kemeja ini, proses ini cukup susah dan ingin
mengambil masa yang panjang untuk menyempurnakannya. Walaupun
permukaan kolar tidak begitu rata, pensyarah saya telah memberi idea iaitu
menekan kain kolar dengan melalui seterika. Bagi bahagian lengan pula juga
susah kerana saya perlulah berhati-hati untuk menjahit lengannya dengan
menggunakan mesin jahit mudah alih.

Selepas saya menyempurnakan tugasan baju kemeja ini, saya juga


terdapat banyak manfaat dalam tugasan tersebut. Sebagai bakal guru RBT
perlulah mengetahui cara menjahit asas untuk memudahkan mengajar anak-
anak murid mereka pada masa depan. Selain itu, saya telah membuat imbas
kembali kepada pekerjaan tukang jahit amat cermat dan rajin. Oleh kerana
kos upah sangat rendah, tukang jahit pun sering menghasilkan baju dengan
cantik kepada mereka supaya dapat memberi manusia untuk memakai.

Selain membuat baju kemeja, saya juga perlulah membuat rekod kerja
bagi tugasan baju kemeja ini. Oleh kerana masa sangat sempit dalam
pendekatan cuti penggal tahun dan tugasan Pengalaman Berasaskan
Sekolah(PBS), saya perluah menyediakan jadual masa untuk meluang masa
menghasilkan rekod kerja ini. Apabila mengalami masalah, saya juga
membuat penyoalan dengan pensyarah saya dan kawan saya dengan secara
kolaboratif. Saya juga banyak mencari maklumat tentang rekod kerja tugasan
dalam Internet dan penyediaan buku-buku ilmiah.

Akhirnya, saya telah menyiapkan rekod kerja ini dan juga dapat
mencapai objektif-objektif bagi mendokumentasi rekod kerja ini. Saya amat
berterima kasih kepada semua individu atau kumpulan telah memberi
sokongan dan hasil pembelajaran kemahiran ini.

38
39
BIBLIOGRAFI

aznawati Abd. Aziz, L. A. (2002). Bahan sumber Pembelajaran Pengajian


Pakaian Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Teknikal,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Esa, S. A. (2003). Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Blue-


T Communicatins Sdn. Bhd.

Jamil, H. F. (2011). Teknologi Jahitan Asas. Besut: Unknown.

Onn, T. C. (2013, 01 23). Cara Memilik Fabrik. (P. Suzana, Interviewer)

Shulman, A. (2014, 02 01). Spring Fashion. The Vogue. New York City, New
York, US: Conde Nast Publications.

Unknown. (2010, 04 02). How to Sew. Retrieved 13 2014, 2014, from How To
Sew`: http://www.instructables.com/id/How-to-Sew./

Unknown. (2010, 04 01). Pakaian & Jahitan -.:MyERT. Retrieved 03 13, 2014,
from Usahasama BTPN & JPN Selangor:
http://www.myert.net/v3/content/view/69/113/

Unknown. (2011, 08 01). Spring Style. Glam Lelaki. Kuala Lumpur, Malaysia:
Glam Pulisher Sdn. Bhd.

Unknown. (2013, 08 25). infosantai. Retrieved 03 13, 2014, from infosantai:


http://infosantai2.blogspot.com/2013/07/warna-sesuai-untuk-lelaki.html

Wong Siew Fong, F. B. (2002). Ekonomi Rumah Tangga. Batu Pahat: Zeti
Enterprise.

40
LAMPIRAN

41

Vous aimerez peut-être aussi