Vous êtes sur la page 1sur 22

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENOLAK DENGAN

MENGUMPUL SEMULA

K.ARIVINTTHAN A/L KRISHNAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian

daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Matematik Sekolah Rendah

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

JOHOR BAHRU

JUN 2018
PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada

pandangan saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk

tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan

Kepujian Matematik Pendidikan Rendah

Tandatangan :

Nama Penyelia : PN.KET LEE LIAN

Tarikh : ..
HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :

Nama Penulis : K.ARIVINTTHAN KRISHNAN

Tarikh : ..
DEDIKASI

Teristimewaan buat Ibu Bapa Tercinta

Krishnan @ Kaliani terima kasih tidak terhingga atas jasa dan pengorbanan serta
restu dan doa yang tidak pernah putus daripada mereka sesungguhnya segala
jasa dan pengorbanan mereka tidak dapat dinilai dan dibayar sehingga ke akhir
hayatSemoga Tuhan merahmati dan memberkati mereka.

Adik Beradik Tersayang

Kalian merupakan penyeri hidupku, Semoga kejayaan dan kecemerlangan akan


terus bersama kalian dalam mencapai matlamat hidup Semoga kita semua
berada dalam keberkatan-Nya.

Pensyarah Penyelia, Pensyarah-Pensyarah dan Sahabat-Sahabat Seperjuangan

Terima kasih atas segala bimbingan, tunjuk ajar dan pengkongsian ilmu daripada
kalian semua sehingga diri ini mencapai kejayaan Kenangan bersama kalian
tidak akan pernah dilupakan.

Terima kasih juga atas segala dorongan dan sokongan yang kalian semua
berikan. Sesungguhnya kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama. Semoga
Tuhan sentiasa meredhai hidup kita semua

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu pengkaji rasa bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Esa atas limpah
dan kurnianya, pengkaji dapat menyiapkan kajian ini. Salam penghargaan dan ucapan
terima kasih yang tidak terhingga kepada Pensyarah Penyelia, Puan Ket Lee Lian kerana
telah memberi bimbingan serta berkongsi pandangan dalam proses menyiapkan kajian ini.

Pengkaji juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kudua ibu bapa yang sedia
berkorban untuk menemani anakanda-anakanda sepanjang proses menghasilkan kajian ini.

Setulus penghargaan ditujukan kepada pihak Sekolah Kebangsaan Taman Anggerik


2 serta murid-murid Tahun Tiga Intelek amat dihargai. Ribuan penghargaan juga kepada
pensyarah-pensyarah Jabatan Matematik IPGKTI dan rakan seperjuangan dari Matematik
Ambilan Jun 2014 yang banyak menyalurkan maklumat dan pendapat berkenaan kajian ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada pihak yang menghulurkan bantuan secara


langsung dalam melaksanakan kajian ini. Akhir kalam, terima kasih ditujukan kepada semua
individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi membantu dalam
penghasilan penyelidikan tindakan ini. Sesungguhnya hanya Tuhan yang dapat membalas
jasa baik kalian.

ABSTRAK

Penolakan merupakan salah satu operasi asas dalam matematik dan penguasaannya
dalam kalangan murid agak membimbangkan. Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran
menolak dengan mengumpul semula bagi murid tahun 3. Kajian ini menggunakan kaedah
_______________ yang dilakukan di Sekolah Kebangsaan Taman Anggerik 2, Johor Bahru,
Johor. Kajian melibatkan murid 3 Intelek. Seramai 5 orang peserta kajian yang telah dikenal
pasti selepas analisis tinjauan awal dilakukan. Instrument yang digunakan adalah
menyemak buku latihan serta ujian Pra dan ujian Pos. Data-data yang diperolehi dianalisis
dalam bentuk analisis deskriptif menggunakan peratus. Dapatan kajian menunjukkan
Kaedah ______________ ini berjaya meingkatkan penguasaan kemahiran menolak dengan
mengumpul semula dalam kalangan peserta kajian dengan menunjukkan peningkatan
peratus selepas selesai sesi rawatan. Diharapkan penggunaan kaedah ini dapat memberi
manfaat kepada guru-guru untuk meningkatkan kemahiran murid-murid dalam penolakan
dengan mengumpul semula.

ABSTRACT

Subtraction is one of the basic operations in mathematics and its mastery among student is
quite worrying. Therefore, this study is aimed to increase the year 3 pupils subtraction skills
proficiency using________ method. This study was conducted at Sekolah Kebangsaan
Taman Anggerik 2, Johor Bahru, Johor and involving the pupils in year 3 Intelek. This study
used an action research design which involved 6 respondents that have trouble with
mastering the skills of subtraction and grouping. The instruments used were pre and post
tests and analysis of written documents. These data were analysed in the form of descriptive
analysis using frequency counts and percentages. The percentages showed, the
_________________ method successfully increased the mastery in subtraction with
regrouping skills among the respondents involved with the findings showed a remarkable
percentages increase after the intervention sessions. Respondents were also able to answer
questions using the ___________ method really well and this is supported based on the
intervention that were conducted. Hopefully this ___________ method can be as an
alternative to teacher to teach to the pupil in aiding them to master the subtraction and
regrouping skill.

KANDUNGAN

MUKA SURAT
JUDUL
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN PENGAKUAN
DEDIKASI V
PENGHARGAAN V
ABSTRAK V
ABSTRACT V
KANDUNGAN V
SENARAI JADUAL X
SENARAI RAJAH X
SENARAI LAMPIRAN X

1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu
1.2 Fokus Kajian
1.2.1 Tinjauan Awal
1.3 Objektif dan Soalan Kajian
1.3.1 Objektif Kajian
1.3.2 Soalan Kajian

2 TINJAUAN LITERATUR

3 METADOLOGI
3.0 Kumpulan Sasaran
3.1 Tindakan Yang Dicadangkan
3.1.1 Perancangan Pelan Tindakan
3.2 Perancangan Cara Pengumpulan Data
3.2.1 Analisis Dokumen
3.2.2 Ujian Pra dan Ujian Pos
3.3 Perancangan Cara Menganalisi Data
3.3.1 Analisis Data Kualitatif

4 ANALISIS DAN INTERPRESTASI


4.0 Analisis dan Interprestasi Data
4.1 Ujian Pra dan Pos

5 KESIMPULAN DAN RUMUSAN


5.0 Kesimpulan dan Refleksi
5.1 Cadangan Kajian Seterusnya

SENARAI RUJUKAN

LAMPIRAN
SENARAI JADUAL

Jadual Muka Surat


1 Skala Gred Akademik
2 Perbandingan ujian sebelum dan selepas intervensi
3 Analisis perbandingan ujian peserta kajian 1
4 Analisis perbandingan ujian peserta kajian 2
5 Analisis perbandingan ujian peserta kajian 3
6 Analisis perbandingan ujian peserta kajian 4
7 Analisis perbandingan ujian peserta kajian 5
SENARAI RAJAH

Rajah Muka Surat


1 Carta aliran model kajian tindakan Kemmis dan Mc

Taggart
2 Graf perbandingan pencapaian sebelum dan selepas

intervensi
SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN
A Ujian Pra
B Ujian Pos
BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

pendidikan merupakan tulang belakang kepada sesebuah Negara. Pendidik mampu


mengubah negara kepada tahap yang lebih baik dari segi peningkatan ekonomi, budaya,
politik, sosial dan sebagainya. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) secara berterusan
menyemak kurikulum bagi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah melengkapkan
murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi cabaran semasa dan
masa hadapan (Draf Dasar KSSR Matematik KPM, 2011). Matematik merupakan satu
subjek teras dalam kurikulum pendidikan negara kita. Sejak tahun 1957 hingga 2013,
perkembangan pendidikan negara kita jelas dilihat melalui pelaksanaan beberapa kurikulum
yang kini semakin menjurus ke arah kemodenan, dimana keperluan abad ke-21 perlu
dipenuhi. Walaubagaimanapun, pertanyaan telah diajukan oleh mantan Timbalan Perdana
Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin (2011);

Di manakah kedudukan sistem pendidikan kita berbanding negara lain? Adakah apa
yang kita anggap baik sebenarnya cukup baik?

Menurut Programme for International Student Assessment (PISA) yang dijalankan


oleh Organization for Economic Cooperation and Development (OECD) pada tahun 2012,
keputusan penilaian dalam subjek matematik murid negara kita adalah 421, iaitu lebih
rendah daripada keputusan purata bagi 65 buah negara iaitu dengan keputusan 491.
Keadaan ini jelas menunjukkan kemerosotan prestasi matematik murid negara kit ajika
dibandingkan dengan keputasan Trends in International Mathematics and Science Study
(TIMSS) pada tahun 1999 yang menunjukkan skor purata murid yang mengatasi purata
antarabangsa dalam Matematik dan Sains. Keadaan yang membimbangkan ini telah
menjadi satu dorongan kepada keperluan untuk membentuk suatu strategi penilaian dan
pemulihan yang dapat mengatasi masalah kemerosotan matematik yang berlaku di negara
kita.

Menjadi tugasnya kepada para pendidik untuk mengubah masa depan pendidikan
matematik di Malaysia.Kecemerlangan pendidikan tidak mungkin berlaku, kecuali guru-guru
mempunyai keyakinan penuh terhadap matematik serta perubahan pengajaran dan
pembelajaran (Noraini 1994). Konsep pembelajaran matematik merupakan satu proses
konstruktif di mana pelajar membina dan membentuk ilmu dalam bidang matematik dengan
mengaitkan ilmu atau konsep yang baru diperolehi dengan ilmu atau konsep yang sedia ada
pada mereka(Abdul Razak bin Idris & Nor Asmah binti Salleh, 2011). Kegagalan dalam
menguasai subjek ini diperingkat awal akan mendatangkan kesan yang negatif kepada
pembelajaran diperingkat yang lebih tinggi.

Struktur pendidikan matematik sekolah rendah di negara kita dibahagikan kepada


dua iaitu Tahap Satu dan Tahap Dua yang mempunyai tujuan tertentu. Tahap Satu bertujuan
membina kefahaman, kemahiran matematik dan aplikasi asas. Tahap Dua pula, bertujuan
membina kefahaman, kemahiran matematik dan aplikasi yang lebih kompleks di kalangan
murid supaya dapat digunakan dalam menangani cabaran dalam kehidupan seharian
secara berkesan (Draf Dasar KSSR Matematik KPM, 2011). Kita perlu mengaji semula dan
menggunakan pendekatan yang lebih berkesan dalam mengajar kanak-kanak asas
pemikiran tentang matematik dari peringkat awal persekolahan. Menurut Abu Hassan
Kassim dan Meor Ibrahim Kamaruddin (2006) pendekatan pengajaran membawa maksud
cara bagaimana sesuatu bahan atau aktiviti pelajaran disampaikan berdasarkan kepada
objektif pengajaran.

Dalam pendidikan matematik, penguasaan operasi asas iaitu operasi tambah, tolak,
darab dan bahagi amat penting. Sebagaimana kita sedia maklum, murid-murid Tahap Satu
merupakan murid yang belum mencapai penguasaan sepenuhnya dalam kemahiran asas
matematik (Draf Dasar KSSR Matematik KPM, 2011). Matematik di peringkat sekolah
rendah adalh satu matapelajaran asas yang menegaskan kepada penguasaan bahasa
matematik, kefahaman konsep, penguasaan kemahiran mengira, menaakul dan kemahiran
menyelesaikan masalah serta penerapan nilai-nilai murni (Draf Dasar KSSR Matematik
KPM, 2011).

Penolakan merupakan salah satu operasi asas dalam matematik yang merupakan
suatu kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh murid-murid sekolah rendah.
Penolakan terbahagi kepada dua bentuk iaitu penokan tanpa mengumpul semula dan
penolakan dengan mengumpul semula. Objektif pembelajaran menyatakan bahawa bagi
penolakan dengan mengumpul semula, murid-murid perlu mendapatkan pemahaman
penolakan sebagai, mengambil atau perbezaan antara dua kumpulan objek.

Menurut Margaret M. Flores (2009), murid-murid mengalami kesulitan dalam


mempelajari matematik apabila mereka gagal memahami cara penyelesaian soalan
penolakan dengan mengumpul semula. Pada masa yang sama, apabila guru menggunakan
cara pengajaran tradisional, murid-murid mungkin tidak dapat memperolehi pemahaman
yang betul tentang konsep yang dipelajari. Mohd Sapiyan Baba dan Thanaletchumi
Darmalingam (2003), mendakwa bahawa kaedah tradisional dalam proses pengajaran
mengabaikan pemahaman murid-murid dimana ianya hanay menekankan pada kaedah
penghafalan dan pengaplikasian formula tanpa sebarang penjelasan.

Ekoran daripada itu, para pendidik dapat memikirkan cara yang ideal bagi membantu
murid memahami dan mempelajari sesuatu tajuk dalam pembelajaran. Kaedah yang dicipta
perlulah mampu menarik minat mereka untuk mempelajari tajuk tersebut. Hasil kajian tidak
hanya berjaya menyelesaikan masalah kefahaman murid sebaliknya dapat mencipta
sesuatu kaedah yang baru bagi menambah kepelbagaian dan menyelesaikan masalah
matematik.

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu

Pengkaji telah menjalani praktikumm fasa satu di salah sebuah Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil di daerah Pasir Gudang pada tahun 2016 selama tiga bulan. Pengkaji
telah diberi tugas untuk mengajar kelas tahun 3 Varunan. Kelas ini merupakan kelas
pertengahan dan murid-muridnya sangat aktif. Sesi pengajaran dan pembelajaran pertama
pengkaji bermula dengan tajuk penambahan dalam lingkungan 10000 iaitu mereka cerita
operasi penambahan. Pengkaji memerhati didapati semua murid dapat melakukan operasi
penambahan dengan baik. Setelah seminggu berlalu, pengkaji mula mengajar tajuk
penolakan dalam lingkungan 10000.

Pengkaji didapati bahawa terdapat 5 orang murid kelas tersebut tidak dapat
menjawab latihan menolak dengan mengumpul semula dalam bentuk lazim yang diberikan
dengan betul. Pengkaji mendapati kesemua 5 orang murid ini, melakukan pelbagai jenis
kesilapan dalam proses menolak tersebut menyebabkan mereka gagal mendapatkan
jawapan yang betul.

Kaedah alternative

merupakan salah satu cara terbaik bagi membantu murid dalam subjek matematik. Namun
pengkaji terfikir satu kaedah yang lebih mudah dan murah yang boleh digunakan. Kaedah
yang digunakan ialah menolak dengan mengumpul semula menggunakan
______________. Kaedah ini memperjelaskan konsep asas menolak dan nilai digiti
menggunakan bahan maujud. Murid tidak lagi keliru dengan nilai nombor dan mereka akan
lebih yakin untuk menyelesaikan operasi tolak yang melibatkan kemahiran mengumpul
semula. Selain itu, murid juga merasa seronok dan berminat untuk mempelajari ilmu
matematik.
1.2 FOKUS KAJIAN

Merujuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), ada empat bidang


pembelajaran iaitu Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Algebra
serta Statistik dan Kebarangkalian. Dalam ke empat-empat bidang ini ada melibatkan empat
jenis operasi iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Operasi tambah merupakan operasi
yang paling mudah. Masalah mula timbul dalam operasi tolak. Murid-murid sering keliru
dalam bahagian operasi penolakan dengan pengumpulan semula.

Penguasaan kemahiran asas matematik merupakan suatu aspek yang sangat


penting bagi seseorang murid. Kemahiran matematik diperlukan untuk menyelesaikan
pelbagai masalah dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang sedemikian, kemahiran asas
matematik sangat diperlukan bagi seseorang individu supaya mereka dapat menjalani
kehidupan yang lebih terancang dan sempurna. Jadi, pengkaji telah memilih untuk membuat
kajian yang berfokuskan kepada penolakan dengan mengumpul semula dengan
menggunakan kaedah ___________________.

Bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid, pengkaji telah mengesan
beberapa punca kelemahan murid melalui pemerhatian, semakan buku dan ujian diagnostik.
Jadi, kajian ini memberi fokus terhadap cara terbaik untuk membantu responden untuk
menguasai menjawab soalan menolak dengan mengumpul semula, mengurangkan
kekeliruan terhadap pengumpulan semula serta prosedur penyelesaian bagi mendapatkan
jawapan yang betul dan tepat, malah dengan lebih cepat. Oleh itu, teknik dan kaedah yang
bersesuain serta mudah difahami diperkenalkan bagi membantu responden.

Menurut Mok Soon Sang (2001), peringkat operasi konkrit berlaku pada kanak-kanak
berusia dari 7 hingga 11. Keadaan ini amatlah bertepatan dengan usia responden yang
berusia 9 tahun. Pada peringkat usia tersebut, kanak-kanak dikatakan telah mempunyai
kebolehan untuk berfikir secara logik, namun kebolehan ini hanya dicapai sekiranya mereka
dalam keadaan yang terdapat bahan konkrit ataupun bahan maujud. Selain itu, mereka juga
berkemampuan untuk membayangkan benda-benda maujud tadi ke dalam bentuk abstrak
ini dinamakan kemahiran aritmatik. Di samping, kemahiran mengira yang melibatkan daya
pemikiran dan kreativiti yang tinggi, ianya juga memerlukan kefahaman konsep dengan
tepat dan menyeluruh (Nik Aziz, 1992). Oleh itu, bagi mewujudkan pembelajaran yang
bermakna, pengkaji telah memilih kaedah __________. Penggunaan bahan bantu mengajar
perlu dipelbagaikan dengan kaedah dan teknik mengajar agar pengajaran dapat dijalankan
dengan berkesan, menarik, menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan
pembelajaran yang lebih menyeronokkan (Mok Soon Sang, 2009).
1.2.1 Tinjauan awal

Pengkaji hanya akan mengfokuskan kajian ini kepada masalah penolakan yang melibatkan
pengumpulan semula. Menurut Zulhadi dan Safiah (2013) murid yang tidak menguasai
penolakan dengan mengumpul semula tidak berupaya untuk menjawab soalan yang
melibatkan kemahiran penolakan dengan mengumpul semula. Dapatan daripada kajian
mereka menunjukkan bahawa murid yang tidak menguasai kemahiran penolakan dengan
mengumpul semula merupakan murid yang tidak menunjukkan minat dalam matematik,
sering melakukan kesilapan dan kecuaian semasa mengira serta menunjukkan pendangan
yang negative terhadap subjek matematik.

Daripada apa yang pengkaji perhatikan, lima orang murid Tahun 3 Varunan ini tidak
dapat melakukan operasi menolak apabila melibatkan nombor yang melebihi sepuluh.
Sepatutnya, apabila nombor nilai yang lebih kecil tidak dapat menolak nombor nilai yang
lebih besar. Contohnya nilai tempat sa perlu mengumpul semula pada nilai tempat puluh.
Namun selepas kita mengumpul semula, nombor yang asal akan menjadi besar bila
ditambah nombor sepuluh. Ini menyebabkan murid-murid tidak dapat melakukan operasi
tolak kerana bagi mereka jari mungkin mempunyai sepuluh bilangan sahaja dan mereka
banyak bergantung kepada pengiraan yang menggunakan bahan konkrit. Mereka tidak
dapat menggunakan kaedah mengingat dan kaedah imiginasi lain. Oleh kerana terdapat
kesilapan yang ketara dalam penolakan nombor yang melibatkan pengumpulan semula,
pengkaji telah memikirkan satu kaedah yang berkonsepkan bahan konkrit iaitu kaedah
menolak dengan menggunakan _________________.

1.3 Objektif Kajian / Soalan Kajian

1.3.1 Objektif Kajian

Melalui kajian yang dijalankan, pengaji berharap bahawa murid dapat mencapai objektif-
objektif tersebut:

. Objektif Umum

Meningkatkan penguasaan murid tahun 3 dalam operasi tolak mengumpul semula


dengan menggunakan kaedah ____________.
. Objektif Khusus

Menguji keberkesanan kaedah _______________ dalam operasi tolak mengumpul


semula.
Meningkatkan keupayaan murid menolak dengan mengumpul semula dengan
menggunakan kaedah _____________.

1.3.2 Soalan Kajian

Antara soalan-soalan yang telah diperolehi sepanjang kajian tersebut dijalankan adalah
seperti yang berikut:

Adakah kaedah _________________ benar-benar efektif terhadap murid-murid yang


lemah dalam menolak dengan mengumpul semula.
Adakah kaedah ___________________ dapat membantu murid-murid yang tidak
memahami nilai tempat dan nilai digit dalam menolak mengumpul semula?
BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.0 Tinjauan Literatur

Menurut Sukri Berawi (2006), matematik adalah satu matapelajaran yang isi
pengetahuannya mempunyai hierarki tertentu, Pembinaan asas yang kukuh dan mencukupi
sangat penting dalam strategi pengajaraan dan pembelajaraan. Murid perlu diajar bahasa
matematik yang kukuh di mana pelajar benar-benar memahami pengertian simbol dan
rumus-rumus dalam matematik. Beliau juga mengatakan bahawa, penggunaan bahan
maujud merupakan satu pilihan alternatif dan inovatif di dalam pengajaraan dan
pembelajaraan kemahiran operasi asas di tahap satu. Pelajar tahap satu boleh berinteraksi
dan berasa lebih seronok dengan bahan maujud yang digunakan.

Kemahiran menolak merupakan salah satu kemahiran asas yang perlu dipelajari oleh
murid dalam mata pelajaran matematik. Penguasaan murid-murid terhadap kemahiran ini
amat penting kerana murid memerlukan kemahiran ini untuk bergerak kepada kemahiran-
kemahiran lain dalam matematik. Pengkaji telah merujuk kepada bahan-bahan literatur
untuk mencari kaedah yang paling sesuai untuk menangani masalah murid dalam menolak
dengan mengumpul semula.

Penguasaan operasi penolakan dengan pengumpulan semula sangat


menitikberatkan murid-murid untuk menguasai fakta asas tolak. Sekiranya fakta asas murid-
murid lemah, maka kemahiran menolak dengan mengumpul semula akan terganggu, malah
ianya akan turut mempengaruhi pencapaian murid pada topik matematik yang lain. Definisi
fakta asas tolak ialah kombinasi nombor-nombor mudah yang terdiri dari 0 hingga 9 yang
perlu ditolak daripada nombor yang lebih besar (Booker et.al, 2004).

Menurut (Nur Baiti Azera, 2012), murid-murid dapat menyatakan jawapan atau
penyelesaian bagi sesuatu pengiraan apabila disoal secara verbal dan kelompok. Namun
begitu, apabila disoal secara individu, individu tersebut tidak dapat menyatakan jawapan dan
menerangkan langkah-langkah yang sepatutnya bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang
diberi.

Menurut artikel kajian tindakan Ngan Jia Ing (2008), penyelidik mendapati kelemahan
murid dalam sunjek matematik adalah disebabkan mereka tidak dapat menguasai fakta
asas penolakan dengan baik. Murid yang tidak dapat menjelaskan proses mengumpul
semula adalah disebabkan mereka tidak menyedari konsep asas tolak. Ini menunjukkan
murid yang lemah tidak dapat membezakan operasi tolak. Menurut Aileen Ducan (1996)
dalam kajiannya menyatakan murid seringkali mengalami masalah proses mengumpul
semula. Mereka tidak mengenalpasti proses yang perlu dilakukan sehingga mereka tidak
dapat menyelesaikan masalah tolak dengan mengumpul semula kerana mereka tidak mahir
dalam proses mengumpul semula. Maka dapat disimpulkan daripada kenyataan itu, murid
tidak dapat menyelesaikan masalah tolak dengan mengumpul semula kerana mereka
kurang mahir dalam proses mengumpul semula. Murid memerlukan strategi berbeza bagi
menguasai sesuatu kemahiran matematik. Hal ini dapat disokong dengan kenyataan Margo
Dil dan Elizabeth Winstorm (2010) yang menyatakan murid tidak terbatas dengan satu
kaedah dan strategi sahaja, mereka memerlukan kaedah dan strategi berbeza bagi
memastikan mereka dapat memahami kandungan isi pembelajaran yang mereka pelajari.

Menurut Chieng (2011) dalam kajiannya ada menyatakan murid kehilangan minat
untuk menyelesaikan soalan yang disediakan sekiranya nilai yang digunakan untuk menolak
lebih daripada 10. Mereka berpendapat bahawa soalan tersebut terlalu susah untuk mereka.
Tanggapan negatif ini biasanya wujud apabila murid tidak dapat menguasai konsep asas
nombor iaitu nilai tempat bagi sesuatu nombor. Apabila murid tidak mampu menggunakan
nilai tempat dengan betul, ini akan menyebabkan mereka menghadapi kesukaran apabila
menjawab soalan tolak dengan mengumpul semula kerana ianya melibatkan pertukaran
nilai tempat.

Merujuk kepada Nadia Fasha (2010), bahan manipulatif adalah sangat membantu
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran terutamanya apabila melibatkan pemahaman
suatu konsep matematik yang baru. Ini kerana bahan manipulatif boleh digunakan secara
khusus dalam menjelaskan konsep matematik yang bersifat abstrak di samping membantu
murid-murid menjawab soalan matematik dengan mengoptimumkan penggunaan bahan
manipulatif tersebut.

Secara kesimpulannya, adalah jelas dilihat bahawa penggunaan bahan manipulatif


seperti ________________ boleh membantu mengatasi masalah menolak dengan
menumpul semula. Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa penggunaan bahan tersebut
dalam memberi pemahaman tentang konsep menolak dengan mengumpul semula dengan
efektif dan mudah terhadap murid-murid yang tidak mengusai konsep menolak dengan
mengumpul semula.
BAB 3

METODOLOGI

3.0 Kaedah Kajian


3.1 Kumpulan Sasaran

Pada peringkat permulaan, pengkaji telah memilih kelas 3 Intelek sebagai sasaran. Kelas 3
Intelek merupakan kelas yang dalam kategori kelas sederhana dan pencapaian murid dalam
kelas tersebut adalah tidak seimbang. Untuk memilih responden bagi kajian tersebut,
pengkaji telah menjalankan ujian diagnostic terhadap murid-murid dalam bidang menolak.
Berdasarkan daripada ujian tersebut seramai 5 orang murid didapati mempunyai masalah
dalam menolak dengan mengumpul semula. Murid-murid ini telah dinama sebagai
Responden A, Responden B, Responden C, Responden D dan Responden E.

Bagi memastikan kesilapan-kesilapan tersebut bukannya kesilapan yang disebabkan


oleh kecuaian, pengkaji telah menjalankan ujian diagnostic yang kedua dengan
menggunakan lembaran ujian diagnostic yang sama bagi kelima-lima murid itu sahaja.
Selepas membuat pemilihan responden, pengkaji telah menjalankan analisis dokumen, iaitu
hasil kerja murid dalam buku latihan. Analisis ini adalah untuk mencari punca utama
masalah ini berlaku.

3.2 Tindakan Yang Dicadangkan

3.2.1 Perancangan Pelan Tindakan

Model Stephen Kemmisdan Mc Taggart (1988) telah dipilih sebagai model penyelidikan
tindakan dalam kajian ini. Berdasarkan model ini, terdapat empat langkah yang penting
seperti mana yang ditunjukkan Rajah 1 di bawah itu:
Membuat
Tinjauan
Awal

Mereflek Model Kajian Merancang


Semula Tindakan Tindakan
Kemis dan
Taggart

Melaksanak
an
Tindakan
Dan
Pemerhatia
n

Rajah 1 : Carta aliran model kajian tindakan Kemmis dan Mc Taggart.

) Membuat tinjauan awal


) Merancang tindakan
) Melaksana tindakan dan pemerhatian
V) Mereflek semula

Melalui tinjauan awal yang telah dibuat membuat analisis dokumen bagi mengenalpasti
jenis-jenis kesalahan yang dilakukan oleh peserta kajian. Dokumen yang dianalisis adalah
daripada lembaran ujian diagnostik dan buku latihan. Hal ini bagi memastikan peserta kajian
yang dipilih adalah bersesuaian dengan masalah yang hendak di kaji. Selain itu, pengkaji
telah menjalankan ujian diagnostik lalu telah mengenalpastikan murid-murid yang membuat
salah dalam penolakan dengan mengumpul semula. Seterusnya, pengkaji telah
menjalankan ujian diagnostik yang kedua dengan menggunakan lembaran ujian diagnostik
yang sama bagi memastikan murid-murid tidak melakukan kesilapan dari segi aspek
kecuaian.
Untuk mengatasi sesuatu masalah, satu kaedah yang berupa satu siri tindakan guru
yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka masa
pendek perlu dijalankan (Mok Soon Sang, 2002). Justeru itu, pengkaji telah mengambil
keputusan untuk menggunakan kaedah ____________ dalam pengajaran menolak
dengan mengumpul semula. Berikut adalah langkah-langkah penggunaan
_____________:
3.3 Perancangan Cara Pengumpulan Data
Dalam usaha memperolehi data-data yang telah dihasilkan melalui kajian yang telah
dijalankan, instrument-instrumen tertentu perlulah digunakan untuk mengumpul segala data
yang diperoleh. Intstrumen-instrumen berikut merupakan antara alat kajian yang telah dipilih
oleh pengkaji dalam kajian tersebut:

3.3.1 Analisi dokumen

Menurut Sudawan (2005), dokumen merupakan segala bahan tertulis termasuk filem. Analisi
data merupakan instrument yang telah dipilih oleh pengkaji untuk digunakan dalam kajian
tersebut. Terdapat juga pelbagai jenis dokumen yang boleh digunakan untuk memperoleh
data termasuklah surat, memorandum, laporan tertulis, minit mesyuarat dan sebagainya.
(Sukardi, 2005). Dalam kajian ini, pengkaji telah merujuk pada dokumen-dokumen seperti
latihan buku tulis responden dan lembaran kerja berbentuk latihan.

3.3.2 Ujian Pra dan Ujuan Pos

Dalam kajian ini, pengkaji telah melaksanakan Ujian Pra yang telah dilaksanakan sebelum
mulanya intervensi. Ujian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengusaan serta
kelemahan yang terdapat pada responden kajian khususnya dalam topik kajian, iaitu
menolak dengan mengumpul semula.

Manakala Ujian Pos merupakan ujian yang dilaksanakan sebaik sahaja buat
intervensi tamat. Seperti Ujian Pra, Ujian Pos juga amatlah penting untuk memberi
maklumat kepada pengkaji sama intervensi tersebut berkesan atau tamat. Berpandukan
Ujian Pos, keberkesanan kaedah intervensi terhadap responden dapat dikenal pasti. Oleh
yang demikian, jelaslah bahawa kedua-dua ujian tersebut merupakan instrument
pengumpulan data yang tidak boleh diabaikan untuk memperoleh data daripada kajian.

3.4 Perancangan Cara Menganalisis Data

3.4.1 Analisis Data Kualitatif

Data-data kualitatif bermaksud data yang bersifat subjektif yang biasanya diperoleh melalui
perbualan, temu bual dan pemerhatian. Untuk menganalisis data kualitatif, beberapa
analisis data telah digunakan oleh pengkaji. Pemilihan cara mengumpul data berbeza-beza
bagi menunjukkan kesahihan data yang dikumpul. Pengkaji menggunakan cara
pemerhatian, menyemak buku latihan dan instrument ujian Pra dan Ujian Pos.

Vous aimerez peut-être aussi