Vous êtes sur la page 1sur 3

AKTIVITI BUDAYA

Aktiviti budaya merupakan asas penting dalam sesebuah masyarakat, namun begitu, budaya

juga dapat difahami sebagai tunggak atau penggerak dalam sesuatu kumpulan. Oleh yang

demikian, apakah aktiviti penggerak atau tunggak utama kepada operasi Geraksaraf. Untuk

menggerakkan operasi gerak saraf ini, terdapat beberapa elemen utama yang perlu di titik

beratkan. Antaranya adalah tujuan operasi Geraksaraf dijalankan, program yang dirancang

dengan tindakan dan hasil dengan mengambil kira dari segi strategik, taktikal dan operasi.

Seterusnya, adalah pertimbangan dalam operasi Geraksaraf . Adakah perkara itu munasabah

atau tidak, tepat pada masanya dan juga adakah ianya dapat dicapai. Di dalam operasi Geraksaraf

ini, pertimbangan juga perlu dilihat di dalam bentuk limitasi dan kelebihannya.

Beberapa perkara di atas jelas menunjukkan bagaimana operasi ini di jalankan dan

pelaksanaannya adalah berdasarkan kepada tujuannya dan daripada itu, pengendalian operasi

akan berpecah kepada tiga cabang utama iaitu strategik, taktikal dan operasi. Program operasi

gerak saraf ini akan tidak dapat dilaksanakan jika tiga elemen utama itu tidak wujud. Oleh yang

demikian, dapat dirumuskan bahawa strategik, taktikal dan operasional merupakan aktiviti

utama dan tunggak yang diketengahkan di dalam budaya dalam operasi geraksaraf ini.

Melihat kepada strategik, kuasa nasional adalah sangat penting. Ini kerana kuasa adalah

sangat penting untuk menguasai pemikiran dan tindakan dalam operasi Geraksaraf ini. Antara

kuasa nasional adalah politik, ekonomi, dan ketenteraan di dalam sesebuah negara. Demi untuk

meneruskan keamanan dan keharmonian negara, kedaulatan negara haruslah dipelihara oleh

pihak pertahanan negara terutamanya pada angkatan tentera. Operasi geraksaraf dijalankan

diperingkat strategik adalah untuk menyampaikan maklumat melalui cara diplomasi dan
menakluki pemikiran orang lain untuk bersetuju dengan apa yang disampaikan bagi

mengekalkan keamanan negara dan juga pengaruh negara tersebut. Contoh yang paling dekat

adalah bagaimana Amerika Syarikat sebagai salah satu kuasa veto di dalam Majlis Keselamatan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggunakan pengaruhnya dengan menjalankan operasi

Geraksaraf terhadap negara-negara yang terancam dengan menggunakan cara "humanitarian

intervention" dan bertindak menghantar pasukan pengaman dan menjalankan operasi Geraksaraf.

Melihat kepada taktikal dalam operasi geraksaraf adalah dengan bagaimana operasi dijalankan

dengan kehadiran pihak-pihak yang bertanggungjawab yang dikhususkan dalam menjalankan

operasi geraksaraf ini. Pelbagai operasi atau misi dapat di implimentasikan sepanjang operasi

Geraksaraf dijalankan dengan tujuan menyampaikan maklumat dan juga mempengaruhi

masyarakat.

Peringkat operasional dan taktikal pula adalah peringkat dimana cara perlaksanaan operasi

Geraksaraf dijalankan. Lazimnya, pihak yang terlibat dalam menjalankan operasi Geraksaraf di

peringkat taktikal dan operasional adalah pihak angkatan tentera. Pihak ini akan

mengimplementasikan misi operasi Geraksaraf di sesebuah kawasan atau di dalam negara itu

sendiri bagi menjaga keselamtan dan mencegah ancaman luar. Angkatan yang menggerakkan

operasi Geraksaraf di perigkat taktikal dan operasional adalah angkatan yang menyokong apa

yang dilaksanakan di peringkat strategik. Di peringkat strategik, keputusan pemimpin dibuat dan

seterusnya misi dijalankan di peringkat taktikal dan operasional seperti yang dirancang oleh

komander misi operasi Geraksaraf.

Secara keseluruhannya, misi dalam menjalankan operasi Geraksaraf berperanan dalam

menjalankan semua instrumen kuasa di peringkat nasional, termasuklah melalui diplomatik

untuk menyampaikan maklumat, strategi ekonomi, serta operasi ketenteraan yang digunakan.
Keperluan kuasa nasional sesebuah negara sentiasa mengandungi dimensi psikologi kerana

instrumen kuasa yang digunakan untuk mempengaruhi keputusan dan akhirnya tingkah laku

pemimpin-pemimpin dunia. Oleh yang demikian, budaya dalam operasi Geraksaraf adalah

kitaran yang digunakan pihak kerajaan untuk mengekal kuasa nasional dengan cara strategik, dan

dijalankan diperingkat operasional dan taktikal untuk mempengaruhi rakyat atau negara jiran

bagi megekalkan keamanan negara dan mengelakkan ancaman luar yang bakal mengganggu

keutamaan negara.

Vous aimerez peut-être aussi