Vous êtes sur la page 1sur 6

Assalamualaikum salam sejahtera

Pembuka kata lidah bicara

Izinkan saya mulakan acara

Semoga majlis disambut ceria

Yang Berusaha,

_________________,Guru besar SK Gelam Gelam,

Yang dihormati,

__________________,Yg DiPertua PIBG SK Gelam Gelam,

__________________, Pen. Kanan Pentadbiran SK Gelam Gelam,

__________________, PK HEM SKGG,

__________________, PKKK SKGG,

Barisan guru-guru, staff sokongan, & anak-anak didik yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Salam Sehati Sejiwa serta Selamat Datang ke Majlis
Penutupan Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia peringkat SK Gelam Gelam bagi tahun 2016.

Sambutan pada tahun ini merupakan hasil kerjasama antara pihak pentadbir di bawah unit Ko
Kurikulum bersama guru-guru SK Gelam Gelam.

Tarian ngajat menjadi warisan

Ditari oleh si anak muda

Hari Kebangsaan kita raikan

Bersama tema Sehati Sejiwa

Bagi memuliakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama memohon kepada Yang
Maha Esa agar majlis kita pada pagi ini diberkati oleh-Nya.
Kemerdekaan dikecap si anak watan

Patriotisme menyubur di dalam jiwa

Menadah tangan memohon keberkatan

Mendapat restu hidup sejahtera

Dengan ini, majlis dengan sukacitanya ingin mempersilakan al-fadhil Ustaz Amirul Zaki Bin Mad
Saad untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

- Bacaan Doa -

Majlis mengucapkan terima kasih kepada _________________ atas bacaan doa sebentar tadi.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Seperti yang kita semua sedia maklum, majlis kita pada pagi ini adalah bertujuan untuk
meraikan Bulan Kemerdekaan dan juga Hari Malaysia yang telah kita sambut pada 31 Ogos &
16 September. Sepanjang Bulan Kemerdekaan yang telah lalu, sekolah kita telah mengadakan
pelbagai aktiviti berbentuk pertandingan bertemakan nilai patriotisme. Sehubungan dengan itu,
majlis ini juga diadakan untuk meraikan pemenang-pemenang yang telah mengambil bahagian
dalam aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.

Seterusnya, marilah kita mendengar pula amanat yang akan disampaikan oleh guru besar SK
Gelam Gelam.

Pergi ke kota beli selasih,

Sayang si dara buat halwa;

Berilah kata simpulan kasih,

Sulamkan mesra satukan jiwa.


Majlis dengan segala hormatnya menjemput _________________ Guru Besar SK Gelam-
Gelam untuk memberikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

-Ucapan GB-

Ribuan terima kasih diucapkan kepada guru besar atas ucapan yang cukup ringkas & padat
sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan ______________________


Penolong Kanan Ko Kurikulum SK Gelam Gelam selaku penyelaras program bagi
menyampaikan ucapan beliau.

Tuah tersenyum pada Si Teja,

Duduk bersimpuh sambil bersila;

Kain ditenun bersama Reja,

Ucapan penyelaras program dipersila,

Majlis dengan ini mempersilakan

-Ucapan Penyelaras Program-

Daun semulur di pekan sari,

Batang jerami rebah ke bumi;

Madah dihulur sembah diberi,

Kata tetamu hajatnya kami.

Baiklah, bagi menyempurnakan acara kita pada hari ini, majlis dengan sukacitanya ingin
menjemput dan mempersilakan ________________ selaku Yang DiPertua PIBG SK Gelam
Gelam untuk memberikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

-Ucapan Tetamu Kehormat -

Jutaan terima kasih diucapkan kepada _______________atas ucapan perasmian sebentar tadi
Dari Kedah ke Kuala Perlis

Singgah bersantai di tepi jeti

Persembahan pembukaan memeriahkan majlis

Semoga hadirin terhibur di hati.

Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi tirai persembahan akan dimulakan oleh adik
dari tahun.yang akan menyampaikan sebuah cerita
bertajuk

Dipersilakan.

-cerita-

Terima kasih diucapkan kepada adik .. atas penyampaian cerita


sebentar tadi.

Seterusnya, mari kita saksikan pula persembahan deklamasi sajak yang akan dipersembahkan
oleh adik .. dari tahun .............

Dipersilakan.

-sajak-

Terima kasih diucapkan kepada adik .................. atas persembahan yahebat sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian hadiah bagi acara
pertandingan bersempena bulan Kemerdekaan.

Kini, tibalah masa untuk kita mendengarkan keputusan bagi pertandingan-pertandingan yang
telah diadakan sempena sambutan bulan kemerdekaan 2016.

Untuk tujuan itu, majlis dengan berbesar hatinya ingin menjemput dan mempersilakan Yang
DiPertua PIBG SK Gelam Gelam, dengan diiringi Guru Besar SK Gelam Gelam bagi
menyempurnakan upacara penyampaian hadiah.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada .................... dan ........................ atas penyampaian hadiah
sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian, kita telah pun tiba di penghujung majlis.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa penganjur yang telah
bertungkus lumus untuk menjayakan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat SK Gelam
Gelam pada tahun 2016 & juga majlis pada hari ini.

Sebelum tirai majlis dilabuhkan, majlis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua
hadirin atas kerjasama yang telah diberikan.

Saya mewakili jawatankuasa kerja Majlis Sambutan Kemerdekaan 2016 memohon ampun dan
maaf atas segala kekurangan,keterlanjuran kata mahupun tersilap bicara sepanjang majlis
berlangsung.

Semoga sambutan ini akan menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam diri kita terhadap
tanah air yang tercinta.

Tenang-tenang air di kali

Tempat mandian putera dan puteri

Sempurna sudah majlis dirai

Salah dan silap harap dimaafi

Sekian, terima kasih.