Vous êtes sur la page 1sur 21

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEMESTA 6/2017
JANUARI 2017

AMSU5403
ISU-ISU SEMASA AKIDAH DAN PEMIKIRAN ISLAM

PENYALAHGUNAAN NAMA ISLAM


DALAM LAMAN WEB

DI SEDIAKAN UNTUK

DR. RAZALI BIN MUSA

DI SEDIAKAN OLEH

NAMA : NOR IZANI BINTI ABDULLAH

NO.MATRIK : CGS01138925

NO. KAD PENGENALAN : 800819-11-5144


1.0 PENDAHULUAN

Cabaran terhadap agama Islam bermula daripada zaman Rasulullah SAW lagi apabila
kebanyakan pembesar Makkah memilih untuk tidak menerima dakwah baginda SAW. Mereka
bukan sekadar menolak ajaran Islam, bahkan menentangnya secara terbuka. Perjuangan
mengembangkan agama Islam dalam setiap zaman sentiasa berhadapan dengan pelbagai
dugaan dan cabaran, sama ada berbentuk fizikal ataupun mental.

Pada era ini, penggunaan internet adalah medium utama penyampaian maklumat
kepada orang ramai. Ledakan teknologi membolehkan maklumat disebar secara meluas dalam
masa yang pantas. Teknologi ini boleh digunakan untuk kebaikan seperti membina laman-
laman web dakwah dan boleh juga digunakan untuk keburukan seperti membina laman-laman
web yang memuatkan isu-isu untuk mengelirukan umat Islam.

Menurut al-Quwaiiy (Multaqa Ahl al-Hadith), laman-laman web agama Kristian


menguasai 62 peratus daripada jumlah laman-laman web yang membicarakan tentang agama,
sedangkan laman-laman web agama Islam hanya berjumlah sekitar 9 peratus sahaja.

Selain daripada itu, terdapat juga laman-laman web atau blog yang menggunakan nama
Islam bertujuan menyebarkan salah faham terhadap umat Islam. Sebahagian daripada laman-
laman ini dikendalikan oleh umat Islam sendiri, manakala sebahagian lain dimiliki oleh orang
bukan Islam.

1.1 OBJEKTIF KAJIAN

Artikel ini bertujuan meninjau laman-laman web atau blog yang menyalahgunakan nama Islam
dalam alam maya. Penulis akan :

i- Menjelaskan dengan terperinci empat laman web yang menyalahgunakan nama


Islam.
ii- Menyatakan isu-isu yang disalahtafsir serta menjelaskan hujah balas terhadap isu-
isu tersebut.
iii- Membincangkan kesan kandungan laman web terhadap akidah dan pemikiran.
iv- Mencadangkan penyelesaian terhadap penyebaran laman-laman web berkenaan.

1
1.2 METODOLOGI KAJIAN

Penulisan yang dilakukan ini adalah berbentuk kajian kepustakaan iaitu kajian berdasarkan
kepada maklumat dan bahan melalui pembacaan dan membuat rujakan daripada laman-laman
web, buku-buku dan kitab-kitab yang berkaitan dengannya
.

2.0 LAMAN WEB ATAU BLOG YANG MENYALAHGUNAKAN NAMA ISLAM

Tinjauan yang dibuat dalam internet mendapati terdapat banyak laman-laman web atau blog
yang menggunakan nama Islam, namun isi kandungannya bertujuan mengelirukan umat Islam
dengan fakta-fakta yang tidak betul. Penulis mendapati sebahagian besar laman-laman web ini
dapat diakses dengan mudah. Terdapat beberapa laman yang tidak dapat diakses kerana disekat
oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kerana melanggar peruntukan
Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Antara contoh laman web yang disekat
aksesnya adalah Answering-Islam.org.

Penulis memilih untuk menjelaskan dengan terperinci empat laman web yang boleh
diakses dengan bebas di negara kita. Satu daripada laman tersebut berasal daripada Malaysia,
satu daripada Indonesia dan dua lagi daripada Amerika Syarikat. Tiga daripada empat laman
berkenaan menggunakan medium Bahasa Inggeris dan satu daripadanya menggunakan Bahasa
Indonesia.

2
2.1 SISTERSINISLAM.ORG.MY

Sisters In Islam (SIS) adalah satu di antara gerakan feminisme yang memperjuangkan
emansipasi wanita. Ia telah dibentuk dalam tahun 1988 dan didaftarkan secara rasmi sebagai
sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non Governmental Organisation; NGO) pada tahun 1993 di
bawah nama SIS Forum (Malaysia) Berhad. Sungguhpun kemunculan SIS boleh dianggap
baharu berbanding pertubuhan-pertubuhan atau NGO-NGO wanita yang hadir lebih dahulu
sebelumnya, namun SIS sejak awal kemunculannya lagi telah berjaya menjadi sebuah gerakan
feminisme yang paling popular dan terkehadapan di Malaysia.

Laman web rasmi SIS adalah SistersInIslam.org.my. Laman ini boleh diakses dengan
bebas dan menggunakan medium Bahasa Inggeris. Moto yang digunakan adalah Empowering
Voices For Change. Maklumat organisasi serta lokasi pejabat operasi dipamerkan dengan jelas
menunjukkan penggerak SIS tidak berselindung dalam aktiviti mereka. Sejarah penubuhan SIS
juga diterangkan dalam dengan terperinci. Laman web ini juga mudah digunakan menunjukkan
pembinaannya dibuat oleh golongan profesional.

Tinjauan terhadap laman ini mendapati isu utama yang disampaikan mereka adalah isu-
isu berkaitan wanita. Perkara ini adalah jelas kerana asas penubuhannya yang memperjuangkan
wanita. Namun penelitian umum mendapati pandangan-pandangan SIS sangat menyeleweng
daripada ajaran tokoh-tokoh ilmuwan Islam.

3
2.2 ISADANISLAM.COM

IsaDanIslam.com adalah satu daripada beberapa laman web berbahasa Indonesia yang
memberi fokus kepada isu Nabi Isa a.s. Selain daripada laman ini, laman-laman yang hampir
sama adalah IsaDanalFatihah.com, IsaDanalQuran.com, IsaIslamDanKaumWanita.com,
IsaAndIslam.com. Laman web terakhir dibangunkan dalam Bahasa Inggeris dan mempunyai
persamaan yang sangat besar dengan IsaDanIslam.com.

Carian info di whois.net mendapati laman ini mula dibina pada 12 September 2006.
Pemilik laman ini tidak mendedahkan identiti beliau dan tidak memberi sebarang maklumat di
bahagian yang disediakan. Tindakan ini memberi gambaran bahawa pemilik laman ini tidak
bersedia untuk bertanggungjawab ke atas kandungan laman web ini.

Tujuan pembinaan laman web ini menurut pemiliknya adalah untuk menerangkan
berkaitan Nabi Isa a.s. menurut al-Kitab (Bible) dan al-Quran. Beliau mengaku sebagai
pengikut Nabi Isa a.s. dan ingin membicarakan isu ini dari sudut pandangan yang berbeza
mengikut dua agama iaitu Kristian dan Islam.

Penelitian terhadap laman ini mendapati banyak penyelewengan fakta yang


mengelirukan bertujuan menarik pembaca mengiktiraf Nabi Isa seperti kepercayaan agama
Kristian.

4
2.3 ISLAM-WATCH.ORG

Laman web ini dibangunkan oleh sekumpulan orang muslim yang meninggalkan agama Islam
(murtad). Menurut mereka, keputusan meninggalkan Islam dibuat selepas mendapati Islam
bukan agama keamanan seperti yang diwar-warkan. Pemilik laman ini berterus terang
menyatakan bahawa tujuan Islam-Watch.org dibina adalah untuk mempengaruhi 1.4 bilion
umat Islam untuk meninggalkan agama Islam.

Carian di whois.net mendapati laman ini mula dibina pada 12 November 2005. Kali
terakhir maklumat berkaitan laman ini dikemaskini adalah pada 13 Jun 2014. Pemilik laman
ini juga menggunakan nama samaran dan mendakwa bahawa penulis-penulis artikel adalah
berbangsa Amarika Syarikat dan Australia. Namun identiti sebenar serta maklumat berkaitan
pertubuhan ini tidak diberikan. Pemilik laman web ini juga tidak menyatakan alamat, nombor
telefon atau sebarang maklumat untuk menghubungi mereka.

Asas pembinaan laman web ini adalah menyebarkan sentimen anti Islam. Dalam
ruangan artikel, penulis-penulis mempersoalkan pelbagai isu untuk mengelirukan umat Islam.
Di antara isu-isu yang diberi perhatian adalah keganasan, wanita, dakwaan berlakunya
penyelewengan dalam al-Quran dan al-Sunnah, Sirah Rasulullah SAW, perubatan, Sains dan
lain-lain. Isu keganasan paling mendapat perhatian kerana pemilik laman ini mengaitkan
penubuhan laman ini dengan peristiwa 11 September 2001.

5
2.4 ISLAMREVIEW.COM

Laman web ini merupakan satu usaha pendakwah-pendakwah Kristian menyebarkan fahaman
yang salah terhadap Islam. Mereka mendakwa pendakwah-pendakwah Muslim tisak
memberikan maklumat yang benar tentang Islam kepada orang ramai di dunia barat. Oleh itu,
mereka membina laman ini untuk menunjukkan realiti agama Islam kepada dunia barat. Moto
yang mereka gunakan adalah The Pen vs The Sword menggambarkan kesungguhan mereka
menggunakan medium internet untuk mengelirukan umat Islam.

Carian di whois.net mendapati laman ini mula dibina 12 May 1997. Kali terakhir
maklumat berkaitan laman ini dikemaskini adalah pada 15 May 2012. Sama seperti Islam-
Watch.org, pemilik laman ini tidak mendedahkan identiti sebenar, sebaliknya menggunakan
pelbagai nama samaran termasuk nama muslim sebagai penulis. Maklumat penting seperti
alamat, nombor telefon serta email untuk dihubungi juga tidak dinyatakan dalam laman ini.

Tumpuan perbincangan dalam laman ini adalah hampir sama seperti laman web
terdahulu. Di antara isu yang kerap disebut adalah menafikan keaslian al-Quran, sebaliknya
mendakwa al-Quran adalah rekaan Nabi Muhammad SAW. Tinjauan umum dalam laman ini
mendapati kebanyakan artikel ditulis oleh penulis yang sama iaitu Abdullah al Araby, Ahmad
Simon, Ayesya Ahmed dan lain-lain.

6
3.0 ISU-ISU YANG DISALAHTAFSIR

Tinjauan ke atas keempat-empat laman web di atas mendapati satu persamaan yang ketara iaitu
isu-isu yang diutarakan adalah berkaitan dengan wanita, keganasan serta keaslian syariat Islam.
Laman web Sisters In Islam tidak menafikan al-Quran dan al-Sunnah secara mutlak, sebaliknya
mendakwa hukum syariat yang wujud pada hari ini adalah melalui pemikiran manusia iaitu
tokoh-tokoh agama. Laman Isa dan Islam pula cuba mencari titik persamaan di antara dua
agama iaitu Islam dan Kristian. Laman web Islam Watch serta Islam Review dengan jelas tanpa
berselindung mendakwa bahawa sumber ajaran Islam iaitu al-Quran dan al-Sunnah adalah
rekaan Nabi Muhammad SAW dan bukannya wahyu daripada Allah Taala.

Penulis memilih empat isu yang ditimbulkan oleh pemilik laman-laman web ini dan
menjawab hujah mereka berdasarkan penulisan tokoh-tokoh agama.

3.1 POLIGAMI

SistersInIslam.org.my memilih untuk memberi fokus kepada isu-isu yang berkaitan wanita
sesuai dengan asas penubuhan organisasi SIS itu sendiri. Walaupun tujuan asal ini adalah baik
kerana membela hak wanita yang sememangnya selari dengan syariat Islam, namun SIS
memilih untuk berkonfrontasi terhadap para ulama fiqh dengan mendakwa bahawa ijtihad
mereka bersifat manusiawi yang sentiasa terbuka untuk dikaji, dipersoalkan, diperkemas
mahupun ditolak mengikut sebab-sebab tertentu. Kenyataan SIS ini adalah benar jika dirujuk
kepada ijtihad dalam perkara-perkara cabang. Namun selain perkara-perkara cabang, SIS
memilih untuk mempertikaikan dasar-dasar Islam yang telah disepakati oleh tokoh-tokoh
ilmuwan Islam.

Di antara isu yang sentiasa mendapat tempat di kalangan penggerak SIS adalah isu
poligami. Terdapat 27 artikel di ruangan poligami yang merumuskan bahawa poligami
bukanlah norma perkahwinan dalam Islam. Mereka turut melancarkan kempen monogomi.
Mereka turut membidas mana-mana enekmen Kerajaan Negeri yang memihak kepada poligami
seperti Kerajaan Negeri Melaka dan Perlis.

Di antara hujah SIS dalam isu ini adalah mengaitkan ayat 3 daripada Surah al-Nisa
dengan ayat ke 129 daripada Surah yang sama.

7
Dalam ayat ketiga Surah al-Nisa, Allah Taala menerangkan konsep poligami dengan
firmanNya yang bermaksud :

Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-
hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya),
maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga
atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku
adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu
miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat
aniaya

Menurut mereka Allah Taala telah menafikan kemampuan manusia untuk berlaku adil
sesuai dengan maksud firmanNya dalam ayat ke 129 :

Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara


isteri-isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian,
karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu
cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan
jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari
kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang

Kesimpulan hujah mereka adalah Allah Taala mensyaratkan seseorang yang ingin
berpoligami hendaklah berlaku adil. Pada masa yang sama Allah Taala menafikan kemampuan
manusia untuk berlaku adil. Oleh itu, poligami sebenarnya tisak dibenarkan dalam Islam.

Para ilmuwan Islam telah menjawab hujah ini semenjak zaman para sahabat RA lagi.
Ayat ke 129 tersebut diturunkan kerana Rasulullah SAW lebih menyayangi Aisyah RA
berbanding isteri-isteri baginda yang lain. Oleh itu selepas membahagi-bahagikan giliran
bermalam di kalangan isteri-isteri baginda, Rasulullah SAW berdoa : "Ya Allah, inilah usaha
pembahagianku dalam apa yang aku miliki (mampu), maka janganlah Engkau cela aku dalam
apa yang Engkau miliki sedangkan aku tidak memilikinya (Ibnu Kathir : 1988)

Kesimpulannya keadilan dalam poligami terbahagi kepada dua bahagian iaitu :

i. Keadilan zahir seperti keadilan dalam giliran bermalam, nafkah, pemberian,


masa, intereksi dan seumpamanya. Keadilan ini adalah dituntut dalam poligami.

8
Seorang suami yang memilih untuk berpoligami, tetapi gagal berlaku adil dalam
perkara ini menerima ancaman yang keras dalam Islam.
ii. Keadilan batin seperti perasaan kasih sayang. Mengawal perasaan ini adalah
diluar daripada kemampuan manusia seperti yang diterangkan dalam doa
Rasulullah SAW. Seorang suami yang memilih untuk berpoligami tidak dituntut
melaksanakan keadilan dari sudut ini kerana adalah mustahil untuk
melaksanakannya.

3.2 NABI ISA A.S

Sesuai dengan namanya, laman web IsaDanIslam.com memberi tumpuan kepada isu Nabi Isa
AS. Selain laman web ini, terdapat tiga laman web lain mempunyai kandungan yang hampir
sama iaitu IsaDanalFatihah.com, IsaDanalQuran.com dan IsaIslamDanKaumWanita.com.

Isu utama dalam laman web ini adalah cuba membuktikan bahawa Nabi Isa AS bukan
sekadar manusia biasa, bahkan Tuhan yang menjelma menjadi manusia. Penulis dalam laman
web ini turut menggunakan ayat-ayat suci al-Quran untuk dijadikan sebagai hujah menyokong
pandangannya.

Diantara ayat-ayat suci al-Quran yang dijadikan hujah oleh beliau adalah :
i. Maksud firman Allah : Kemudian Malaikat (Jibril) memanggil Zakariya, sedang
ia tengah berdiri melakukan shalat di mihrab (katanya): "Sesungguhnya Allah
menggembirakan kamu dengan kelahiran (seorang puteramu) Yahya, yang
membenarkan kalimat (yang datang) dari Allah, menjadi ikutan, menahan diri
(dari hawa nafsu) dan seorang Nabi termasuk keturunan orang-orang saleh" (Ali
Imran : 39)

ii. Maksud firman Allah: Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas
dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang
benar. Sesungguhnya Al Masih, Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan
(yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam,
dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan
rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga", berhentilah
(dari ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha
Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi
adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah Allah menjadi Pemelihara. (al-Nisa : 171)

iii. Maksud firman Allah : Ia (jibril) berkata: "Sesungguhnya aku ini hanyalah
seorang utusan Tuhanmu, untuk memberimu seorang anak laki-laki yang suci"
(Maryam : 19)

9
iv. Maksud firman Allah : Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah),
maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; dan
barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya
sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami
tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang rasul (al-Isra : 15)

Jawapan bagi hujah mereka di atas adalah maksud kalimah dalam ayat 39 Surah ali
Imran dan ayat 171 Surah al-Nisa adalah perintah Allah Taala kepada Malaikat Jibril AS untuk
disampaikan kepada Maryam. Qatadah pula berpendapat maksud kalimah adalah kata-kata
Allah Taala kun fa kana yang bermaksud : jadilah maka jadilah (al-Tabariy , 1995)

Pemilik laman web berkenaan terkeliru memilih Ayat 171 Surah al-Nisa sebagai hujah
kerana dalam ayat yang sama Allah Taala dengan jelas menyatakan bahawa Nabi Isa AS adalah
utusan Allah dan memberi amaran serta celaan ke atas Ahli Kitab (orang Kristian) yang
melakukan pembohongan dan mendakwa Nabi Isa AS adalah anak Tuhan atau Tuhan yang
menjelma menjadi manusia.

Penggunaan anak lelaki yang suci dalam ayat ke 19 Surah Maryam pula adalah
bermaksud terpelihara daripada dosa atau maksum. Sifat ini terdapat pada semua para Rasul
yang dipilih Allah Taala. Oleh itu, pemilihan ayat ini untuk menyatakan bahawa Nabi Isa
terpelihara daripada dosa adalah benar, namun dakwaan bahawa Nabi Isa mampu menanggung
dosa orang lain kerana baginda tidak berdosa adalah salah kerana bukan baginda seorang sahaja
yang bersifat maksum. Selain daripada itu, para ilmuwan Islam turut menafsirkan makna
zakiyya sebagai Nabi. (al-Syaukaniy , 1991)

3.3 KEGANASAN

Isu utama yang mendapat tempat dalam laman web Watch-Islam.org adalah isu keganasan.
Ruangan artikel dalam laman ini dipenuhi oleh artikel-artikel yang mendakwa Islam sebagai
penaja keganasan dan menyalahkan jihad.

10
Sebagai contoh, artikel bertajuk Found! Peaceful Islam, Bill Warner (2009) membuat
rumusan dengan menyatakan hanya dua peratus keamanan ditawarkan dalam Islam, 28 peratus
berbentuk ancaman dan 70 peratus adalah keganasan iaitu jihad. Beliau membuat rumusan ini
dengan menilai kitab terjemahan Sirah Ibnu Ishaq dengan memanipulasi fakta. Daniel Pipes
(2009) pula mengumpulkan siri-siri keganasan umat Islam terhadap orang Yahudi dalam artikel
yang bertajuk A History of Muslim Terrorist Again Jews In The United States.

Hujah yang diberi di dalam kedua-dua artikel ini terlalu umum dan tidak terperinci. Bill
Warner tidak merujuk kepada buku asal, sebaliknya bergantung kepada buku The Life of
Muhammad tulisan A.Guillaume. Banyak fakta yang diberi tidak menggambarkan sirah
sebenar Rasulullah SAW. Setelah berusaha keras, Daniel Pipes hanya mampu mengumpulkan
sepuluh kejadian terpencil sepanjang 32 tahun. Sebahagian daripada peristiwa tersebut pula
boleh dipertikaikan kerana tidak melibatkan kekerasan dan sekadar ancaman. Jika
dikumpulkan keganasan terhadap umat Islam dalam tempoh tersebut, pasti jumlahnya jauh
melebihi jumlah tersebut. Realitinya di seluruh dunia, umat Islam yang menjadi mangsa
keganasan.

Tujuan disyariatkan jihad adalah untuk mempertahankan akidah islamiah. Umat Islam
tidak disuruh memulakan peperangan, sebaliknya diperintah untuk berdakwah menyebarkan
ajaran Islam. Apabila umat Islam ditindas, Allah Taala mewajibkan mereka untuk berjihad
mempertahankan diri dan akidah mereka.

Di antara ayat-ayat yang menceritakan tujuan berjihad adalah seperti berikut :


i. Firman Allah yang bermaksud : Bulan haram dengan bulan haram, dan pada
sesuatu yang patut dihormati, berlaku hukum qishaash. Oleh sebab itu barangsiapa
yang menyerang kamu, maka seranglah ia, seimbang dengan serangannya
terhadapmu. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah, bahwa Allah beserta
orang-orang yang bertakwa (al-Baqarah : 194)

ii. Firman Allah yang bermaksud : Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik
dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama
dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai
orang-orang yang berlaku adil (al-Mumtahanah : 8)

iii. Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama
dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar,
sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar. Bersabarlah
(hai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan
Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan

11
janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan (al-Nahl
: 126-127)

Penelitian ke atas ayat-ayat ini jelas menunjukkan golongan yang diperangi oleh
Rasulullah SAW adalah golongan yang memerangi baginda terlebih dahulu. Baginda SAW
diperintah untuk membuat kebaikan dan keadilan kepada golongan yang tidak memusuhi
Islam. Bahkan baginda SAW juga diperintah supaya bersabar menghadapi kerenah musuh-
musuh baginda,

3.4 AL-QURAN

Antara isu yang mula-mula diketengahkan oleh orientalis barat adalah al-Quran bukannya
wahyu daripada Allah Taala, sebaliknya rekaan Nabi Muhammad SAW. Walaupun mereka
gagal membuktikan berlakunya pelbagai percanggahan dalam al-Quran seperti yang mereka
dakwa, namun isu ini terus mendapat tempat di kalangan mereka yang ingin mengelirukan
umat Islam.

Laman IslamReview.com contohnya, menggunakan isu keaslian al-Quran untuk


menyebarkan sentimen anti Islam. Salah seorang penulisnya, Ahmad Simon telah menulis
artikel panjang berkaitan al-Quran yang didakwanya sebagai penuh kekurangan. Artikel yang
bertajuk Whats Missing in The Quran merumuskan al-Quran sebagai kitab rekaan yang tidak
mempunyai apa-apa kelebihan. Beliau menyebut al-Quran hanya terdapat dalam Bahasa Arab,
sedangkan Bible terdapat dalam pelbagai bahasa.

Hujah beliau yang menyatakan al-Quran hanya terdapat dalam Bahasa Arab sebenarnya
adalah hujah terkuat membuktikan al-Quran adalah asli dan wahyu daripada Allah Taala.
Apabila kita pergi ke mana sahaja di atas muka bumi ini, kita mendapati umat Islam membaca
kitab yang sama dalam satu bahasa. Selain daripada itu, terdapat ribuan umat Islam yang
menghafal al-Quran dalam setiap zaman. Oleh itu, adalah mustahil ada pihak yang mampu
mengubah ayat-ayat suci al-Quran tanpa disedari oleh penghafal-penghafal al-Quran tersebut.

Menurut Walid Kamal Syukur (t.t), syubhah yang mengatakan al-Quran adalah tidak
asli boleh ditolak dengan hujah-hujah berikut :

12
i. Al-Quran dipindahkan secara mutawatir dalam jumlah yang sangat ramai. Adalah
mustahil berlakunya penyelewengan nas tanpa disedari oleh jumlah yang ramai ini.
ii. Setiap generasi membaca al-Quran dan memindahkannya kepada generasi
berikutnya melalui hafalan dan penulisan.
iii. Umat Islam mengambil berat terhadap al-Quran dengan menafsirkan ayat-ayatnya,
makna perkataannya, sebab-sebab turun, irab, menerangkan hukum-hukum yang
terdapat di dalamnya dan memperincikan jenis-jenis Qiraat padanya.
iv. Al-Quran bukan sahaja menceritakan perkara yang telah berlaku, bahkan turun
menjelaskan sebahagian daripada perkara yang akan berlaku.
v. Al-Quran yang sama dibaca dan dihafal di mana sahaja terdapatnya umat Islam.

Seseorang yang meneliti ayat-ayat suci al-Quran akan menyedari bahawa al-Quran
benar-benar mukjizat yang kekal sepanjang zaman. Usaha pihak orientalis hanya berkesan
terhadap umat Islam tidak lagi mengambil berat terhadap ajaran Islam dan meninggalkan al-
Quran.

4.0 KESAN TERHADAP AKIDAH

Laman-laman web yang menyalahgunakan nama Islam dan memberikan maklumat


mengelirukan memberikan kesan negetif terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara.
Kesan negetif paling ketara adalah dari sudut akidah, kerana akidah adalah tonggak ajaran
Islam.

4.1 KESAN TERHADAP INDIVIDU

Bagi individu yang kurang kuat ajaran agama, laman-laman web seumpama ini adalah sangat
merbahaya. Pengaruh bacaan melalui internet yang boleh di akses bebas membuka ruang
kepada individu untuk mendapatkan maklumat sendiri tanpa dibimbing oleh guru yang
berpengentahuan. Individu muslim yang bergantung kepada internet untuk mendapatkan
maklumat agama boleh terpengaruh dengan mudah apabila melayari laman-laman web ini.

13
Sebagai contoh, apabila seseorang yang kurang berpengentahuan agama melayari
laman web IsaDanIslam.com, beliau boleh terpengaruh dengan idea bahawa Nabi Isa AS
adalah jelmaan Tuhan. Jika beliau menerima dakyah tersebut, imannya boleh terjejas atau
terbatal kerana kepercayaan itu adalah bertentangan dengan dasar agama Islam.

Individu yang melayari laman-laman seperti Watch-Islam.org atau ReviewIslam.com


serta laman-laman seumpamanya boleh terpengaruh dan mempunyai sentimen anti Islam
walaupun dia seorang muslim. Isu-isu yang diperbahaskan seperti keganasan Islam, al-Quran
dan al-Sunnah tidak asli dan lain-lain merupakan isu dasar yang boleh menyebabkan seseorang
individu muslim tergelincir akidahnya.

Isu-isu syariat juga boleh membawa kepada kekeliruan akidah jika tidak diselesaikan
dengan cara yang betul. Sebagai contoh, isu poligami adalah isu syariat yang bukan berasaskan
kepada dasar akidah. Namun membincangkan isu ini tanpa ilmu yang cukup boleh membawa
kepada isu akidah seperti mengharamkan perkara yang dihalalkan oleh Allah. Lebih
membimbangkan jika golongan yang menolak poligami mencela pihak yang mengamalkan
poligami kerana Rasulullah SAW turut berpoligami. Perbuatan seumpama ini secara tidak
langsung membawa kepada isu akidah kerana perbuatan mencela Rasulullah SAW termasuk
dalam isu akidah.

4.2 KESAN TERHADAP KELUARGA

Apabila ada individu yang terjebak dalam pemikiran yang berlawanan dengan akidah, secara
tidak langsung individu tersebut turut menyebabkan kemusnahan kepada institusi keluarga.
Terdapat banyak kes yang berlaku apabila satu keluarga yang mengamalkan ajaran agama
menghadapi konflik apabila salah seorang daripada ahli keluarga tersebut menjadi murtad.
Antara contoh popular dalam isu ini adalah kes Azalina Jailani. Azlina Jailani
dilahirkan pada 8 Januari 1964 sebagai seorang muslim. Pada 21 Februari 1997, Azlina Jailani
memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menukar namanya kepada Lina
Lelani untuk mengahwini seseorang yang beragama Kristian tetapi permohonan itu ditolak
pada 11 Ogos 1997. Pada 15 Mac 1999, dia sekali lagi memohon kepada JPN untuk menukar
namanya kepada Lina Joy dan diluluskan, tetapi permohonan untuk menukar status agama itu
ditolak kerana tidak mendapat pengesahan daripada Mahkamah Syariah atau pihak berkuasa

14
Islam yang lain. Permohonan ketiga dibuat pada 3 Januari 2000 untuk mengeluarkan perkataan
Islam dan nama asal daripada kad pengenalan gantian beliau, namun turut ditolak.

Kes ini menunjukkan individu yang memilih untuk murtad bukan sahaja menjejaskan
dirinya, bahkan turut menjejaskan keluarganya. Pengaruh laman-laman web yang
mengelirukan umat Islam boleh menambahkan jumlah individu muslim yang memilih untuk
murtad.

4.3 KESAN TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

Kesan negetif utama yang dihadapi masyarakat disebabkan oleh kebanjiran laman-laman web
di atas adalah tiadanya batasan atau perbezaan antara norma-norma kehidupan seorang muslim
dan seorang bukan muslim. Pengaruh daripada laman-laman web tersebut dapat dilihat dari
tingkah laku dalam pergaulan dan adab berpakaian.

Sebagai contoh, apabila SIS mempromosikan bahawa hijab bukannya sebahagian


daripada ajaran Islam, maka remaja-remaja akan mudah terpengaruh dan meninggalkan ajaran
Islam sebenar. Isu hijab turut mendapat tempat dalam laman-laman web yang membawa
sentimen anti Islam seperti Islam-Watch.org dan IslamReview.com.

Laman-laman web ini turut mempromosikan idea sekularisme iaitu penolakan kepada
nilai agama dalam kehidupan sosial manusia. Mereka membataskan pemahaman agama kepada
ibadat semata-mata dan menolak pelaksanaan agama dalam kehidupan harian selain ibadat.
Ideologi ini bertentangan dengan dasar Islam yang menyatakan ajaran Islam adalah lengkap
dan Syumul mencakupi semua bidang kehidupan manusia.
Di peringkat negara pula, ideologi yang dibawa SIS ternyata bertentangan dengan
amalan umat Islam sehingga difatwa sebagai sesat oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor pada
17 Julai 2014 (Mufti Selangor, 2014). Fatwa ini telah dicabar di Mahkamah, namun keputusan
memihak kepada Jabatan Mufti Negeri Selangor apabila Mahkamah Tinggi pada 24 Jun 2016
menolak permohonan semakan kehakiman Sisters In Islam (SIS) untuk mencabar fatwa
Selangor yang melabelkan pertubuhan itu sebagai "sesat dan menyeleweng" kerana mahkamah
sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan berhubung isu fatwa. (mstar,
24 Jun 2016)

15
Kemelut mempersoalkan fatwa tidak berhenti, sebaliknya SIS telah membawa isu ini
ke Mahkamah Rayuan dan berjaya untuk membawa kembali kes ke Mahkamah Tinggi (Utusan
Online, 2 Mac 2017).

Jika SIS berjaya mengenepikan fatwa ini, kesan buruk akan berlaku kerana setiap fatwa
yang dikeluarkan oleh Jabatan Fatwa Negeri boleh dicabar di Mahkamah Sivil.

5.0 CADANGAN PENYELESAIAN

Pada era lambakan maklumat hari ini, tindakan menyekat akses kepada laman-laman web yang
mengelirukan umat Islam bukanlah pilihan utama untuk menyelesaikan masalah. Dengan
penguasaan bidang teknologi, seseorang dengan mudah dapat mengakses kandungan laman
yang disekat. Bahkan laman-laman yang disekat lebih menarik perhatian pelayar yang
berpengalaman dalam bidang teknologi.

Antara cadangan penyelesaian kepada masalah ini selain sekatan akses adalah dengan
memperkasakan pendidikan agama, memperluaskan usaha dakwah serta mengoptimumkan
penggunaan laman web yang menjawab isu-isu yang dibawa.

5.1 MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN AGAMA

Pendidikan merupakan senjata utama membendung diri daripada tergelincir dalam isu-isu yang
membabitkan akidah. Oleh itu, langkah pertama yang perlu diambil oleh pihak berkenaan
adalah memperkasakan pendidikan agama di nagara kita,

Tidak dapat dinafikan, pihak kerajaan telah menyediakan pendidikan agama yang agak
baik untuk masyarakat Islam. Pelajar-pelajar muslim berpeluang mempelajari ilmu-ilmu agama
bermula dari tahap pra sekolah lagi. Program jQAF diperkenalkan pada tahun 2005 di peringkat
Sekolah Rendah supaya pelajar mampu menguasai penulisan jawi, pengajian al-Quran, Bahasa
Arab serta fardhu ain. Di peringkat Sekolah Menengah, pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) memperkenalkan Kurikulum Bersepadu Dini dan Kurikulum Bersepadu
Tahfiz untuk Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

16
Namun usaha ini perlu dipertingkatkan untuk membawa pengajian ilmu agama ke arus
perdana. Persepsi masyarakat bahawa pengajian ilmu agama adalah satu tahap di bawah ilmu-
ilmu lain perlu diubah kerana hanya pengetahuan luas dalam bidang agama yang mempu
mengawal seseorang daripada terpengaruh dalam isu-isu yang mengelirukan umat Islam.

5.2 MEMPERLUASKAN USAHA DAKWAH YANG BERTERUSAN

Selain pendidikan formal, usaha dakwah yang berterusan perlu dipergiatkan. Di negara kita,
kerajaan memberi kemudahan kepada usaha berdakwah dengan mewujudkan pelbagai yayasan
seperti Yayasan Dakwah Malaysia (YADIM) dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
(PERKIM). Pihak NGO turut memainkan peranan menyumbang dalam usaha murni ini. Antara
NGO yang memberi fokus kepada usaha dakwah adalah Jemaah Tabligh, Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM) dan lain-lain.

Penulis mencadangkan satu usaha perlu digerakkan untuk mengumpulkan kesemua


pihak dalam satu wadah yang dapat menggembeleng seluruh ruang dan potensi dakwah yang
dimiliki oleh umat islam secara tersusun. Ini tidak bermakna setiap pihak perlu membubarkan
kumpulan masing-masing, sebaliknya menyusun strategi yang lebih baik untuk berhadapan
dengan zaman ledakan teknologi ini.

5.3 MENGOPTIMUMKAN PENGGUNAAN LAMAN WEB

Kemampuan menguasai teknologi adalah satu kelebihan besar pada zaman ini. Denerasi
muda lebih mengutamakan pembacaan melalui internet berbanding cara tradisional melalui
buku-buku. Oleh itu satu usaha tersusun perlu dilaksanakan untuk mewujudkan laman-laman
web yang menerangkan ajaran Islam tulin.

Menurut al-Quwaiiy (Multaqa Ahl al-Hadith), laman-laman web Agama Kristian


menguasai 62 peratus daripada jumlah laman-laman web yang membicarakan tentang agama,
sedangkan laman-laman web Agama Islam hanya berjumlah sekita 9 peratus sahaja.

17
Fakta ini menunjukkan umat Islam perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk
membina laman-laman web yang sesuai kerana budaya membaca telah berubah mutakhir ini.

5.4 MENYEKAT AKSES KEPADA LAMAN TERTENTU

Walaupun dilihat keterlaluan oleh sesetengah pihak, namun langkah menyekat akses kepada
laman web tertentu perlu dilaksanakan sebagai jalan terakhir. Pihak kerajaan melalui
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah bertindak menyekat akses kepada
beberapa laman web kerana melanggar peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998. Di antara laman web yang dikenakan sekatan akses di negara kita adalah
AnsweringIslam.com.

Penulis mencadangkan diwujudkan satu kumpulan pemantau yang bersistematik untuk


membantu pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengenalpasti laman-
laman web yang menghina ajaran Islam secara terang-terangan. Pihak Suruhanjaya seterusnya
membuat keputusan sama ada laman berkenaan wajar dikenakan sekatan atau tidak,

6.0 RUMUSAN

Laman-laman web yang menyalahgunakan nama Islam berlaku secara berleluasa di alam maya.
Tajuk laman-laman ini menggunakan nama Islam, namun isi kandungannya bertujuan
mengelirukan umat Islam dengan fakta-fakta yang tidak betul. Sebahagian besar daripada
laman-laman web ini dapat diakses dengan mudah. Hanya beberapa laman sahaja yang tidak
boleh diakses kerana disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Di antara laman-laman web yang mengelirukan umat Islam adalah


SistersInIslam.org.my yang memberi tumpuan kepada isu-isu wanita. Di antara isu yang sering
mendapat perhatian laman web ini adalah isu poligami dalam Islam. Laman web
IsaDanIslam.com pula memberi tumpuan menarik perhatian umat Islam mengiktiraf Nabi Isa

18
AS sebagai jelmaan Tuhan. Di peringkat antarabangsa, laman-laman seperti Islam-
Watch.org.my dan IslamReview.com menyebarkan sentimen anti Islam dengan memilih isu-
isu seperti mempersoalkan keaslian al-Quran dan al-Sunnah serta isu keganasan dan
mengaitkannya dengan jihad.

Kesan penyelewengan akidah berlaku apabila individu muslim yang tidak mempunyai
pengetahuan agama yang mencakupi melayari laman-laman ini. Kesan ini turut membawa
kepada keruntuhan institusi keluarga apabila berlakunya gejala murtad. Masyarakat dan negara
turut menerima tempias keruntuhan akhlak dan moral serta penyelewengan akidah kerana
pengaruh negetif.

Penulis mencadangkan usaha dibuat untuk memperkasakan pendidikan Islam,


memperluaskan usaha dakwah, mengoptimumkan penggunaan teknologi dan menyekat akses
kepada laman-laman tertentu untuk membendung gejala ini.

19
RUJUKAN

Al-Quran al-Karim

_______. (2007). Kamus Dewan Edisi Empat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ismail ibn Kathir, al-Qurasyiy. (1988). Tafsr al-Qurn alAm. Al-Qhirah : Dar al-adth
Muhammad ibn Jarir, al-Tabariy. (2000). Jmi al-Bayn fi Tawl al-Quran. Beirut :
Muassasah al-Risalah

Muhammad ibn Ali, al-Syaukaniy. (1991). Fath al-Qadr. Beirut : Dr al-Khair


Walid Kamal Syukr. (t.t). Syubht al-Nar aula al-Islm. Beirut : Dr al-Kutub al-Ilmiyyah
Hasrul Hassan
http://www.hasrulhassan.com/2016/07/laman-web-isa-al-fatihah-mengelirukan.html

Isa Dan Islam


http://www.isadanislam.com/

Islam Review
http://islamreview.com/

Islam Watch
http://www.islam-watch.org/IW/aboutus.htm

Jabatan Agama Islam Selangor


http://www.jais.gov.my/sites/default/files/artikel_asas/rnd/2012/julai/KertasKerja_4.pdf

Ketua Pengarah JAKIM Mahu Maklumat Mengelirukan Umat Islam Dihalang Dari Diakses
https://amanz.my/2016124169/

mstar
http://www.mstar.com.my/berita/berita-mahkamah/2016/06/24/tolak-permohonan-sis/

Mufti Selangor
http://www.muftiselangor.gov.my/2016-06-27-08-57-00/fatwa/fatwa-terkini/362-fatwa-
pemikiran-liberalisme-dan-pluralisme-agama

Multaqa Ahl al-Hadith


http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=253744

Sekat laman web pesong akidah


http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/sekat-laman-web-pesong-akidah-1.212495

Sisters In Islam
http://sistersinislam.org.my/

Utusan Online
http://m.utusan.com.my/berita/mahkamah/rayuan-sis-dibenar-1.451295

20

Vous aimerez peut-être aussi