Vous êtes sur la page 1sur 14

ASAL USUL

Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori
mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang
dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai
dua liang selari.

Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui
pedagang-pedagang Arab. Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka
memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Kanak-kanak di
Kepulauan Carribean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui
perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia,
congkak dikenali dengan nama Congklak, dan di Filipina ialah Sungka.

Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak
yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan
mengorek lubang di dalam tanah.

Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia. Congkak begitu popular dan diminati
sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai lelaman web di internet. Dalam lelaman-
lelaman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di
seluruh dunia. Terdapat juga permainan congkak dalam telefon bimbit hari ini.

CARA BERMAIN:

Congkak hanya boleh dimainkan oleh 2 dua orang sahaja pada sepanjang masa. Kedua-dua
mereka akan berhadapan dengan satu sama lain, dengan papan congkak tersebut diletakkan di
tengah. Mulanya, kedua dua pemain akan mencapai semua biji yang terdapat di salah satu
lubang yang berderetan di depan masing-masing. Setiap lubang mempunyai 7 biji pada waktu
permulaannya, tetapi akan berbeza setelah permainan tersebut mula.

Kemudian, genggaman biji itu dilepaskan satu demi satu pada setiap lubang, mengikut daerah
ke kiri. Lubang besar yang terdapat di dua-dua hujung papan congkak itu dipanggil rumah.
Setiap pemain akan memilih rumah mereka sebelum mula bermain. Sedang mereka
melepaskan satu demi satu biji itu, mereka juga akan letakkan satu di rumah masing-masing.

Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam lubang kosong
di kawasan sendiri atau pesaing dan pemain hendaklah berhenti, Pemain itu boleh menembak
lubang lawan yang setentang dengan lubangnya iaitu mengaut kesemua biji (jika ada) di dalam
kampung tersebut dan meletakkannya di rumah mereka.

Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga kesemua bijinya sudah habis
diletakkan. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan
permainan dengan mengambil biji yang masih ada di mana-mana deret sendiri. Sekiranya biji
yang terakhir itu jatuh di lubang kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan
pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. Kadangkalanya, apabila
salah satu daripada pemain sudah pun kalah, yang pemenang itu mengambil kesemua biji-biji
yang masih berada di semua lubang dan ia akan dimasukkan ke dalam rumahnya.
Pemenangnya adalah dia yang telah mendapat lebih biji.
PAPAN CONGKAK:

Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat daripada batang pokok
kayu besar yang diukir seperti perahu. Di sebelah hujungnya diukir bentuk kepala pelbagai
haiwan seperti burung manakala di bahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran
Melayu. Lubang sebesar 9sm. garis pusat dan 7 sentimeter. dalam ditebuk atas permukaan
papan tersebut. Sekiranya permainan congkak di tanah, lubang digali dan kemudian diletak
tempurung kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah.

Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain yang disebut
kampung. Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan dalam dinamakan
rumah. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau
sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan buah congkak sama banyak.
Latar Belakang

Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana
yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai
oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang
selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan.Dari Timur Tengah,
permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab.Di
Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini
merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu.

Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke


sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di
Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, di Filipina, sungka.

Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak
yang berukir mewah, sementara dikalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek
lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia. Ia begitu popular dan
diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman web di internet.

Dalam laman-laman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan
bangsa di seluruh dunia. Kita juga dapat bermain congkak secara terus dengan mereka.Ini
disebabkan permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak
mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.

Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan
congkak boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris
yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali
sebagai 'rumah'.

Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil
buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung'
menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di
lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung
sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti dilubang
yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap
pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan
mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah
akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan
permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu
lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.

Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang
sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di
sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".
Cara membuat permainan

Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga
papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan
si tukang pembuat congkak.
Cara membuat congkak:

1. Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong mengikut kepanjangan papan congkak
yang bergantung kepada lubang rumah yang dihasilkan kelak.

2. Kayu yang masih buah dibelah dua bahagian. Hanya satu bahagian sahaja yang
diperlukan dalam membuat congkak.

3. Setelah dibelah, gergaji digunakan untuk mengerat lebihan kayu yang tidak terpakai.
Parang atau pahat digunakan untuk melicinkan batang kayu tersebut.

4. Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang. Lubang-lubang ditebuk dalam dua
baris dan dinamakan kampung yang mempunyai jumlah bilangan tertentu.

5. Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai rumah.

6. Pahat bermata halus digunakan untuk melicinkan lubang tersebut. Ini penting supaya
tidak menggelikan jari-jari pemain sewaktu bermain.

7. Setelah siap, papan tersebut akan diukir dengan pelbagai hiasan seperti bentuk tumbuh-
tumbuhan, kosmos, geometri dan sebagainya.

8. Papan congkak divarniskan dengan warna perang kekuningan, perang kemerahan, perang
atau hitam.

Congkak juga dihasilkan daripada logam ataupun tanah di kawasan pendalaman. Tempurung
kelapa digunakan supaya tangan tidak kotor terkena tanah.
Peraturan permainan

1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan
kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan
buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri
hingga ke rumah dan kampung lawan.

2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung
kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu
jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang
setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung
tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.

3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya
buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan
mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah
terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja
dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.

4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada
dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.

5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah
congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung
ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya
hingga pihak lawan mengaku kalah.

Perbezaan peraturan

Walaupun permainan congkak kelihatan sama dengan permainan lain yang berasaskan lubang
dan buah seperti Manchala dan Sungka, terdapat beberapa perbezaan dari segi peraturan.
Perbezaan utama ialah semasa permulaan permainan di mana permainan congkak bermula
serentak antara kedua-dua pemain. Pengagihan buah dalam permainan congkak juga bergerak
mengikut arah jam berbanding dengan permainan lain yang bergerak secara melawan arah jam.
Congkak
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, cari

Untuk filem, sila lihat Congkak (filem).

Congkak yang digunakan oleh kaum bangsawan di Malaysia

Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti
dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau
lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli.

Cara untuk bermain.

Permainan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang pemain dalam satu masa. Pemain
akan duduk secara bertentangan dan kampung akan diisi dengan buah congkak yang
mempunyai bilangan buah yang sama. Jika dalam pertandingan, pengadil akan dipanggil untuk
mengadili pertandingan. Pemain akan memulakan permainan dengan cara bermain serentak.
Pemain boleh mengambil buah dari mana-mana lubang dan akan memasukkannya satu demi satu
ke dalam kampung dan rumah. Jika buah yang terakhir dimasukkan ke dalam lubang yang
berisi atau dimasukkan dalam rumah, pemain boleh meneruskan permainan untuk pusingan
yang kedua tetapi jika sebaliknya, pemain akan berhenti dan menunggu pihak lawan
menghabiskan buahnya.

Tetapi dulu, ada juga boleh main 4 orang (suka-suka) kiranya satu line tuh doa orang lah yang
main, kiranya ada seorang menjadi mastermind untuk rancang strategi ataupun bergilir-gilir.

Tidak perlu sebarang undian untuk mendapatkan hak memulakan permainan. Permainan
dijalankan serentak. Siapa lebih cekap, dia boleh bergerak mendahului lawannya. Pemain boleh
memulakan permainan dari mana-mana lubang yang dia suka. Jika ada 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan 7
lubang misalnya, maka ada tujuh buah dalam setiap lubang.

Jadi, jumlah buah yang diperlukan adalah 77=49. Maka ambil semua buah dalam lubang yang
disukai dan lakukan pergerakkan ikut arah pusingan jam. Semasa bergerak, mesti masukkan satu
buah ke dalam setiap lubang yang dilalui dan lubang ibu (lubang besar dihujung). Hanya satu
lubang ibu sahaja bagi setiap pemain iaitu lubang ibu dihujung, di sebelah kiri pemain sahaja.

Strategi bermain.

Permain congkak perlu berfikir, menyusun strategi dan membuat congakkan. Siapa pandai math
nie kira advantage lah. Ia memerlukan kecekapan. Biasanya orang yang selalu main congkak
akan lebih tahu taktik dan mahir. Jadinya, tidak hairanlah jika ada yang sanggup menghabiskan
berjam-jam untuk berlatih seorang diri (haha, akulah tuh) untuk mengkaji pergerakan buah
sehingga formula rahsia untuk menjadi juara tersimpul dalam mindanya. Strategi ini bakal
digunakan untuk mengalahkan lawan dalam perlawanan yang seterusnya. Jika 1st games kalah.

Di akhir permainan hanya tinggal beberapa biji buah di dalam lubang masing-masing. Pemain-
pemain dikehendaki menjalankan buah itu mengikut susunan lubang iaitu bermula dari lubang
yang berisi buah yang di kanan sekali hingga di hujung dekat lubang ibu secara serentak menuju
ke lubang ibu masing-masing. Sesiapa yang habis dahulu buah di dalam lubangnya, dia dikira
kalah namun:

Terdapat dua kaedah untuk menentukan pemenang iaitu:

Pemain yang mempunyai jumlah buah congkak yang banyak.

Menapak iaitu Pemain yang paling lambat memasukkan buah congkak ke dalam
rumah dan biasanya, pemain yang lambat memasukkan buah, mempunyai buah congkak
yang banyak.

Dalam permainanini, semua buah yang berada dalam lubang tersebut akan diambil dan
dimasukkan ke dalam rumah atau kampung
Pergerakkan permainan mati apabila buah yang digerakkannya habis dilubang yang kosong.
Maknanya buah di dalam lubang itu sudah dijalankan sebelumnya. Jika lubang kosong, tempat
pemain mati itu pada baris di hadapan si pemain, maka buah dalam lubang yang bertentang
dengan lubang kosong itu boleh dirampas oleh si pemain dan dimasukkan ke dalam lubang ibu
miliknya.

Ia dipanggil strategi tembak . Iaitu, pemain berjaya menembak jika buah congkak yang terakhir,
dimasukkan ke dalam lubang yang tidak berisi dan terdapat buah di lubang bertentangan yang
berada di barisan pihak lawan.

Takda limit masa.

Permainan congkak dimainkan pada bila-bila masa sahaja. Tak macam main bola sepak, ada
masanya dalam 90 minit siap ada masa tambahan. Begitu juga dengan jangka masa untuk
menghabiskan permainan ini. Permainan akan tamat jika buah congkak dalam lubang salah satu
pihak telah habis tetapi jangka masa permainan akan menjadi singkat sekiranya pemain tidak
mempunyai kepakaran dan kemahiran yang tinggi.

Perbezaan Peraturan.

Walaupun permainan congkak kelihatan sama dengan permainan lain yang berasaskan lubang
dan buah seperti Manchala dan Sungka, terdapat beberapa perbezaan dari segi peraturan.
Perbezaan utama ialah semasa permulaan permainan di mana permainan congkak bermula
serentak antara kedua-dua pemain. Pengagihan buah dalam permainan congkak juga bergerak
mengikut arah jam berbanding dengan permainan lain yang bergerak secara melawan arah jam.

Permainan congkak sebenarnya merupakan satu permainan yang menarik dan menguji daya
pemikiran seseorang khususnya dalam pengiraan. Permainan ini seharusnya tidak boleh
ditinggalkan dan generasi pelapis perlu mengambil alih peranan agar permainan ini tidak
terkubur begitu sahaja.
Isi kandungan

1 Latar belakang

2 Asas permainan

3 Peraturan permainan

o 3.1 Perbezaan peraturan

4 Cara membuat congkak

5 Lain-lain

6 Rujukan

7 Pautan luar

Latar belakang
Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori
mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang
dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai
dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan.

Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui
pedagang-pedagang Arab.

Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini
merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu.[1] Nama "congkak" dipercayai berasal dari
perkataan Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental. Selain orang Melayu,
keturunan peranakan India dan Baba Melaka turut meminati permainan Congkak. [2]

Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke


sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di
Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, di Filipina, sungka.

Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak
yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan
mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia.
Congkak begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman
web di internet. Dalam laman-laman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak
dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia. Terdapat juga permainan congkak dalam talian.

Asas permainan
Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai
kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.

Papan congkak berbentuk bangau menyudu.

Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan
congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima
atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat
lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar
80 cm dan lebanya 18 cm.[3][4]

Dua orang pemain diperlukan dan berkedudukan mengadap satu sama lain. Untuk memulakan
permainan, biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap kampung dengan sama banyak dan
rumah dibiarkan kosong.

Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil
buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung'
menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di
lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung
sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di
lubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati.
Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan
mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah
akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan
permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu
lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.

Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang
sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di
sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".

Peraturan permainan
Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa:[4][5]

1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan


dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-
masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung
dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.

2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan


dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah
berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu
boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu
mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas
membuat satu pusingan.

3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati.


Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh
meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di
mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung
kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan
boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.

4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun


giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan
berpindah kepada pihak lawan.

5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung


dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia
dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada
pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku
kalah.

Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang
memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain
dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah.

Perbezaan peraturan
Walaupun permainan congkak kelihatan sama dengan permainan lain yang berasaskan lubang
dan buah seperti Manchala dan Sungka, terdapat beberapa perbezaan dari segi peraturan.

Perbezaan utama ialah semasa permulaan permainan di mana permainan congkak bermula
serentak antara kedua-dua pemain. Pengagihan buah dalam permainan congkak juga bergerak
mengikut arah jam berbanding dengan permainan lain yang bergerak secara melawan arah jam.

Cara membuat congkak

Congkak plastik moden.

Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga
papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan
si tukang pembuat congkak.

1. Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong mengikut kepanjangan


papan congkak yang bergantung kepada lubang rumah yang dihasilkan
kelak.

2. Kayu yang masih buah dibelah dua bahagian. Hanya satu bahagian sahaja
yang diperlukan dalam membuat congkak.

3. Setelah dibelah, gergaji digunakan untuk mengerat lebihan kayu yang tidak
terpakai. Parang atau pahat digunakan untuk melicinkan batang kayu
tersebut.

4. Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang. Lubang-lubang ditebuk


dalam dua baris dan dinamakan kampung yang mempunyai jumlah bilangan
tertentu.

5. Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai


rumah.

6. Pahat bermata halus digunakan untuk melicinkan lubang tersebut. Ini penting
supaya tidak menggelikan jari-jari pemain sewaktu bermain.
7. Setelah siap, papan tersebut akan diukir dengan pelbagai hiasan seperti
bentuk tumbuh-tumbuhan, kosmos, geometri dan sebagainya.

8. Papan congkak divarniskan dengan warna perang kekuningan, perang


kemerahan, perang atau hitam.

Congkak juga dihasilkan daripada logam ataupun tanah di kawasan pendalaman. Tempurung
kelapa digunakan supaya tangan tidak kotor terkena tanah.

Congkak zaman moden kebanyakkannya diperbuat dengan plastik keras atau kayu mampat, dan
dengan pelbagai jenis rekaan. Congkak juga diubahsuai menjadi mudah alih (portable), dan
boleh dibimbit untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

Buah congkak lazimnya menggunakan biji guli, buah saga, biji plastik, batu kecil, dan biji getah.
Namun demikian, buah congkak tidak mempunyai bentuk yang tetap; apa-apa sahaja yang agak
bulat dan sesuai boleh digunakan

Permainan congkak melibatkan pengiraan. Congkak dipercayai berasal daripada


perkataan congak yang bermaksud kiraan dalam Bahasa Melayu lama. Mereka
yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya
memenangi permainan. Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu
papan congkak dan buah congkak. Papan congkak biasanya diperbuat daripada
pelbagai jenis kayu dan terdapat tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai
'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali
sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm
dan lebarnya 18 cm. Buah congkak pula biasanya menggunakan guli.

Lubang kecil (kampung) dan lubang besar (rumah)

Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak.


Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu
buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing
mengikut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang
kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung
sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia
berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir
berjalan sehingga buahnya mati.
Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah
congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam
lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain
yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan
diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu
lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah
bosan.

Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi rumah dan
kembali ke lubang sebelah pemain, dia boleh mengambil buah di sebelah lubang
bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".

http://tradisional-bib.blogspot.com/2007/03/congkak_22.html

http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/aplikasi/506

http://ms.wikipedia.org/wiki/Congkak

Vous aimerez peut-être aussi