Vous êtes sur la page 1sur 28

1 PENDAHULUAN

Islam melalui syariahnya telah menetapkan sesuatu perbuatan tidak


berdiri sendiri sebaliknya mengandungi kesan-kesan atau natijah kepada
perkara yang lain.Syariah merupakan undang-undang yang disyariatkan
oleh Allah SWT kepada makhluk-Nya melalui Al-Quran dan As-Sunnah.
Dewasa ini, manusia semakin bijak mengatur hidup dengan segala
kemudahan dan kebebasan yang ada. Namun, ini tidak sesekali bermakna
hukum syariah boleh diabaikan atau dipermudahkan semata-mata ingin
mengikut acuan semasa. Ini kerana syariah itu sendiri telah lengkap
malah meliputi segala aspek sama ada duniawi mahupun ukhrawi.
Walau bagaimanapun akhir-akhir ini, terdapat golongan yang
mempertikaikan kerelevanan syariah Islam dalam memelihara
kesejahteraan manusia pada zaman ini. Padahal, adalah amat tidak wajar
bagi manusia mempertikaikan hukum syariahkerana jelas segala hukum
tersebut datangnya daripada Allah Yang Maha Mengetahui segala apa
yang diciptakan-Nya berbanding dengan hukum danundang-undang
ciptaan manusia. Tambahan pula, undang-undang syariahdiasaskan atas
prinsip menghasilkan maslahah (kebaikan) dan menolak
mafsadah(keburukan). Ia meliputi segala aspek yang berkaitan dengan
hubungan antaramanusia dengan penciptanya, manusia dengan manusia,
dan juga manusia denganalam sekeliling. Pengharaman arak merupakan
salah satu perkara yang terkandung dalam hukum syariah dan Allah SWT
pastinya mempunyai sebab-sebab tertentu dalam mengharamkannya
demi kesejahteraan umat manusia.
Pengharaman arak pada mulanya adalah halal , tetapi Allah telah
mengharapakan meminumnya dengan tiga peringkat. Hal ini dilakukan
berperingkat adalah disebabkan pada zaman jahiliyyah arak merupakan
minuman harian mereka yang menjadi tabiat selepas makan. Hal ini
dengan cara berperingkat dalam proses pengharaman arak boleh
memudahkan seseorang meninggalkan daripada meminum arak.
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang Dia lakukan.

1
2 TAKRIF ARAK

Menurut mohd said ishak(2000) Arak diambil dari kata khamara -


yakhmuru atau yakhmiru - khamara, yang secara bahasa bereti tertutup,
terhalang, tatau tersembunyi. Sedangkan pengertian secara istilah,
terdapat perbezaan pendapat ulama fiqh dalam mendefinisikan minuman
keras. Jumhur ulama fiqh menyatakan bahawa minuman keras adalah
setiap minuman yang di dalamnya terdapat zat yang memabukkan, baik
minuman itu dinamakan khamar atau bukan, terbuat daripada anggur
atau bukan. Apabila minuman seperti ini diminum oleh seseorang muslim,
maka ia boleh dikenakan hukuman hudud kerana meminum minuman
keras. Akan tetapi ulama Hanafiyyah berpendapat hukuman hudud akan
dikenakan apabila sesorang meminum minuman keras yang diperbuat
daripada perahan anggur. Menurut mereka, khamar ini sama ada diminum
sedikit atau banyak tetap dikenakan hukuman hudud berasakan jarimah
syurb al-khamr, menurut mereka, adalah cecair yang terhasil daripada :

i Perahan anggur yang diendapkan hingga membuih dan menjadi


zat yang memabukkan

ii Perahan anggur yang dimasak hingga menggelegak sampai dua


pertiga zat asli anggur tersebut hilang, dan akhirnya menjadi zat
yang memabukkan.

iii Perahan kurma dan anggur kering yang diendapkan hingga


membuih dan menjadi zat yang memabukkan.

Ketiga-tiga cairan inilah yang dimaksudkan oleh Hanafiyyah dengan


al-khamr, yang apabila diminum dikenakan hukuman hadd.

Dari kedua-dua pengertian diatas , pengertian khamar yang


dikemukakan oelh jumhur ulama lebih tepat untuk zaman moden, kerana
minuman keras pada saat ini bukan hanya dihasilkan daripada perahan
anggur dan kurma, bahkan dibuat dari segala jenis buah-buahan dan

2
tumbuh-tumbuhan. Oleh sebabitu, kriteriayang paling tepat dalam
merumuskan khamar ini adalah setiap cecair yang mengandungi zat yang
memabukkan.

3 PENDAPAT ULAMA TENTANG ARAK

Terdapat perselisihan pendapat yang terdiri daripada dua golongan


berkaitan dengan maksud arak iaitu;

Golongan Pertama dan Hujahnya

Golongan ini adalah mazhab Hanafi, terdiri daripada Ibrahim al-


Nakha`i, Sufiyan al Thawri, Ibn Abi Laila, Syuraik, Ibn Shubrumah, dan
kebanyakan ulama Basrah. Mereka menyatakan arak adalah perahan
anggur mentah yang dimasak atau diperam sehingga hilang buihnya dan
menjadikannya memabukkan.

Imam Abu Hanifah menegaskan bahawa sesuatu minuman boleh


dinamakan sebagai arak (khamr) apabila perahan anggur berkenaan telah
diperam atau dimasak sehingga ianya dilihat bergelora dan berbuih
seolah-olah mendidih dan buih tersebut kemudiannya hilang. Ini adalah
pendapat pertama yang diutarakan dalam mazhab Hanafi. Manakala
pandangan kedua bagi mazhab Hanafi pula ialah yang diutarakan oleh al-
Sahiban iaitu Muhammad Hassan al-Shaibani dan Abu Yusuf al-Kufi
berpendapat arak ialah apabila perahan anggur itu mendidih sahaja dan
tidak semestinya sampai tahap berbuih dan sehingga hilang buih. Hilang
buih tidak disyaratkan oleh Abu Yusuf al-Kufi dan Muhammad Hassan al-
Shaibani. Ini adalah pendapat paling rajih disisi mazhab Hanafi.

Perbezaan pendapat antara kedua-dua tokoh ini hanya berkisar


kepada masalah berbuih atau tidak. Imam Abu Hanifah mensyaratkan
minuman tersebut perlu berbuih untuk dikira sebagai arak kerana mabuk
itu tidak akan terjadi kecuali apabila ia berbuih dan bergelora. Manakala
pendapat daripada Sahiban tidak mensyaratkan berbuih untuk dikira
sebagai arak. Ibn Sidah berkata, arak dihasilkan daripada anggur, tetapi

3
arak yang dihasil selain anggur atau sesuatu yang memabukkan
dinamakan arak secara majazi.

Antara hujah bagi Imam Abu Hanifah dan golongan pengikut


mazhab Hanafi yang menguatkan pendapat mereka di atas adalah seperti
berikut: Firman Allah SWT:







Maksudnya: Dan dari buah kurma dan anggur, kamu buat minuman
yang memabukkan dan rezeki yang baik. Sesunggguhnya pada yang
demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang
yang memikirkan. (Surah al-Nahl ayat 67).

Ayat ini menjelaskan hakikat yang berlaku pada ketika itu, mereka
membuat arak daripada buah kurma dan anggur, bukannya menerangkan
arak itu halal. Ayat ini juga merupakan semata-mata pengantar untuk
mengharamkan arak selepas ini.

Golongan Kedua dan Hujahnya

Golongan kedua ini menyatakan arak ( ) merangkumi setiap


sesuatu yang memabukkan seseorang individu, sedikit atau banyak sama
ada berbentuk pepejal atau cecair, di masak atau tidak dimasak.
Golongan ini terdiri daripada daripada jumhur, termasuk pengikut mazhab
Zahiri ahli Hijaz, jumhur Muhadithin dan pendapat lemah di sisi mazhab
Hanafi. Oleh itu, penggunaan istilah arak tidak hanya terbatas kepada
perahan anggur sahaja, tetapi ia meliputi semua minuman yang
memabukkan termasuk perahan daripada buah kurma, madu, gandum,
barli dan sebagainya.

4
Bagi pengikut mazhab Hanbali, ahli Madinah, seluruh Hijaz, ahli
Hadis mengatakan bahawa arak merupakan sesuatu yang memabukkan
sedikit atau banyak sama ada dihasil daripada anggur atau kurma atau
gandum, atau jagung dan lain-lain. Arak pada hakikatnya adalah sesuatu
yang di hasilkan daripada anggur, dan majaz pada selain darinya.
Hakikatnya arak itu semua jenis yang memabukkan. Pendapat pengikut
mazhab Maliki pula, menyatakan arak adalah sesuatu yang dibuat
daripada perahan anggur, dan hasilnya sangat disukai dan digemari oleh
orang ramai.

Saidina Umar al-Khatab berpendapat arak dihasilkan daripada lima


bahan iaitu anggur, kurma, gandum, barli dan madu. Sabib bin `Ali al-
Hasiri memperluaskan maksud arak tidak hanya setakat lima bahan
sahaja tetapi mendefinisikan arak sebagai setiap yang memabukkan sama
ada bersumberkan daripada buah-buahan seperti anggur, tamar, dhabib
(kismis) atau bijirin seperti gandum, barli, jagung, madu dan sebagainya
sama ada di masak dengan api atau tidak. Ia juga menyamai pendapat
jumhur.

Antara hujah jumhur berdasarkan hadis-hadis sahih yang


menetapkan bahawa setiap yang memabukkan itu arak kerana ia
menutup akal fikiran adalah seperti berikut:

i. Hadis riwayat Ibn Umar

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: Daripada Ibn `Umar r. a. berkata: Aku mendengar Saidina


`Umar r.a ketika beliau berada di atas mimbar Rasulullah SAW berkata:
Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya telah datang pengharaman arak
dan ianya daripada lima perkara iaitu anggur, kurma, madu, gandum dan
barli. Dan arak itu adalah suatu minuman yang menutup akal fikiran.

5
Hadis ini dijelas di dalam bab arak daripada anggur dan selainnya.
Ia menjelaskan pengharaman arak tidak hanya terhad kepada yang
dibuat daripada buah-buahan atau biji-bijirin tertentu sahaja, tetapi `illah
dalam masalah pengharaman ini ialah memabukkan kesan daripada
minuman tersebut. Oleh itu, semua jenis minuman yang boleh
merosakkan akal fikiran dan kewarasan individu, maka ia dikategorikan
sebagai arak yang diharamkan.

ii. Hadis riwayat al-Nu`man Basyir

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: Daripada al-Nu`man Basyir berkata, Rasulullah SAW


bersabda: Sesungguhnya arak itu dibuat daripada anggur, sesungguhnya
arak itu dibuat daripada kurma, sesungguhnya arak itu dibuat daripada
madu, sesungguhnya arak itu dibuat daripada gandum dan sesungguhnya
arak itu dibuat daripada barli.

Berdasarkan hadis di atas, al-Khattabi berkata, Rasulullah SAW


menjelaskan bahawa arak dihasilkan daripada anggur, kurma, madu,
gandum dan barli. Hadis ini menunjukan bahawa bahan untuk
menghasilkan arak tidak hanya terhad kepada lima jenis sumber sahaja.

4 PROSES PENGHARAMAN ARAK

4.1 SUMBER AL-QURAN

Merujuk kepada sejarah pengharaman arak dalam Islam, didapati


pengharamannya dilakukan secara berperingkat-peringkat sebelum ianya
diharamkan sepenuhnya. Pengharaman arak secara berperingkat-
peringkat bertujuan memelihara maslahat umat pada masa tersebut di
mana ketika itu minuman arak telah menjadi adat dan minuman tradisi

6
masyarakat Arab Jahiliyyah yang sukar untuk ditinggalkan secara
sekaligus. Jika pengharamannya dilakukan secara drastik, kemungkinan
umat Islam pada masa itu tidak dapat mentaati larangan Allah SWT dan
maqasid pengharamannya tidak dapat dicapai.

Daripada sumber Al-Quran, arak diharamkan dalam tiga peringkat.


Pada peringkat pertama, Al-Quran telah membicarakan tentang
keburukan arak melebihi faedahnya. Walaupun begitu, dengan turunnya
ayat yang menyatakan hal tersebut, para sahabat yang warak sudah
mula meninggalkannya. Menurut Abu Salah Muhammad Uthman El-
muhammady(1992) para sahabat banyak bertanya kepada Rasulullah
SAW tentang arak dan ini disebutkan dalam firman Allah SWT:

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai


arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula
beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar
daripada manfaatnya.(Surah Al-Baqarah: Ayat 219)

Dalam ayat ini menerangkan tentang arak dan judi, arak atau khamr
secara harfiahnya difahamkan sebagai bermaksud air anggur yang

7
diperamkan sampai menjadi arak. Secara ringkasnya adalah
menerangkan bahawa minuman keras atau arak mungkin ada
kebaikannya tetapi keburukannya lebih tinggi dan melampau daripada
kebaikan arak tersebut sebagai contoh yang disebut dalam ayat tersebut
mengenai dosa.

Sesungguhnya judi dan meminum arak adalah dosa yang


melibatkan diri sendiri dan masyarakat. Dan dosa- dosa tersebut boleh
merosakkan kita dalam kehidupan seharian juga dosa itu boleh membawa
kepada kemudarakat akhirat kelak, dan juga dari segi hidup rohani kita
pada masa akan datang.

Menurut Abu Salah Muhammad Uthman El-muhammady(1992),


Melalui firman Allah SWT dalam ayat 219, Surah Al-Baqarah ini juga,
sesetengah ulama berhujah dengan ayat (Katakanlah, pada kedua-dua
ada dosa besar) untuk menunjukkan pengharaman arak. Dalam Surah Al-
Araf, ayat 33, Allah SWT berfirman:

Maksudnya: "Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji,


baik yang nampak ataupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa,
melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan)
mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan

8
hujjah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah
apa yang tidak kamu ketahui."

Merujuk kalimah yang bermaksud dosa itu dalam ayat 219, Surah
Al Baqarah, terdapat dua pendapat iaitu:

i. Dosa itu ialah perbuatan yang dilakukan setelah ia diharamkan dan


manfaat pula ialah yang dilakukan sebelum diharamkan.
ii. Dosa itu ialah apabila mereka meminumnya maka mereka menjadi
mabuk, lalu mereka sanggup mencaci maki, mencederakan dan
membunuh.

Pendapat yang paling shahih, kalimah dosa itu boleh diertikan


kepada kedua-dua pendapat tersebut. Manakala kalimah (dan ada pula
beberapa manfaat bagi manusia). Terdapat tiga pendapat tentang ayat
ini:

i. Manfaat itu bermaksud keuntungan daripada perniagaannya.


ii. Keseronokan dan kelazatan.
iii. Sekumpulan ahli bidaah mengatakan: Ia mempunyai manfaat
untuk tubuh badan iaitu dapat mengekalkan kesihatan atau
menyembuhkan penyakit, kerana ia berperanan menguatkan
perut dan saluran darah pada urat. Seterusnya ia sampai ke
organ-organ dalaman yang utama, mengeringkan
kelembapan serta menghadamkan makanan yang keras
sekaligus melembutkannya.

Selain itu turun juga ayat yang menerangkan tentang keburukan


meminum arak melalui surah Al-Maidah ayat 90 hingga 91. Firman Allah :

Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya khamar, judi,


berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah
perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-
perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. (Q.S. Al-Maidah :
90): Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak
menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran
(meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari
mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari
mengerjakan pekerjaan itu). (Q.S. Al-Maidah : 91)

Dalam ayat ini Allah menerangkan bahawa kita disuruh untuk


mentaati perintah-perintah Allah dan jangan pula mengikuti jejak tahyul
iaitu jejak langkah syaitan yang mana Allah membenci orang yang
mengikut jejak langkah syaitan atau mencari keseronokan yang tidak
sepatutnya dalam minuman keras. Bagi sesetengan orang, mungkin ada
terdapat kesukaan smentara atau kegembiraan dalam perkara-perkara ini,
tetapi itu bukanlah jalan untuk mencapai kejayaan atau jalan ketaqwaan.

Bukan itu sahaja dalam ayat ini juga menerangkan sekiranya kamu
mengikuti jejak langkah syaitan, kamu akan jauh dan menghalangi kamu

10
daripada mengingati Allah sebagai contoh menghalangi kamu daripada
melakukan ibadah kepada Allah seperti mendirikan solat.

Al-Hasan berkata: Arak diharamkan dengan ayat ini (Surah Al-


Baqarah: ayat 219). Sekumpulan ulama mengatakan: Arak diharamkan
dengan ayat 90 dan 91 dari Surah Al-Maidah. Paling shahih adalah
pendapat yang mengatakan arak diharamkan melalui penurunan ayat 90
dan 91 pada Surah Al-Maidah.

Oleh sebab Allah SWT menyebutkan dosa itu sebagai haram dan
sifat arak itu pula dikaitkan dengan dosa, maka pastilah ayat ini
mengharamkan arak.

Jelaslah, ayat Al-Quran di atas hanya menunjukkan keburukan


minum arak jika dilihat dari sudut sosial dan individu. Selain itu, ayat ini
juga menjelaskan kepada manusia bahawa mudarat yang terdapat di
dalam arak lebih banyak daripada manfaatnya. Dengan penjelasan ini
maka sebahagian sahabat mula berhenti minum arak memandangkan
ianya mengandungi dosa. Namun ketika ayat ini diturunkan, arak masih
belum diharamkan. Oleh itu, masih terdapat sebahagian daripada
masyarakat yang masih belum menjauhkan diri daripada arak. Golongan
seperti ini telah memberi alasan bahawa mereka meminum arak hanya
untuk mengambil manfaatnya sahaja kerana Al-Quran masih mengakui
bahawa arak juga ada manfaatnya dan bukannya untuk melakukan dosa.

Menurut M. Ash-Shabuni(2002) pada peringkat kedua, ayat Al-


Quran diturunkan menyebut tentang pengharaman meminum arak pada
waktu tertentu iaitu ketika hendak melakukan ibadah solat. Hal ini kerana
ada sahabat yang sembahyang dalam keadaan mabuk hingga
menyebabkan salah bacaannya, sebagaimana firman Allah SWT dalam
Surah An-Nisa: Ayat 43:




11













Maksudnya :Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang


kamu dalam Keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu
ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam Keadaan
junub[301], terkecuali sekedar berlalu saja, hingga kamu mandi. dan jika
kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air
atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat
air, Maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah
mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pema'af lagi Maha
Pengampun.

Ayat ini diturunkan berikutan peristiwa suatu waktu dahulu. At


Turmudzi meriwayatkan dari Ali Ibnu Abi Thalib ra bahawasanya ia berkata
: pada suatu hari ketika Abdul Rahman bin Auf mengadakan kenduri dan
mengundang para sahabat termasuklah Saidina Ali bin Abi Talib. Semua

12
tetamu telah dihidangkan dengan minuman arak dan ketika masuk waktu
Maghrib, Saidina Ali r.a telah mengimamkan solat dan telah membaca
surah al-Kafirun ayat 1 hingga 3 dalam keadaan mabuk, lantas tanpa
sedar telah mengubah makna ayat tersebut iaitu, Katakan wahai orang-
orang kafir, aku akan menyembah apa yang kamu sembah dan kami telah
pun menyembah apa yang kamu sembah. Berkata At-Tarmizi ini adalah
Hadits yang hasan lagi sahih

Berkata Al-Fakhrurrazi: maka mereka tidak minum lagi pada waktu-


waktu solat.setelah sembahyang isya baru mereka minum, sehingga
mereka tidak solat pada waktu subuh melainkan mabuk mereka telah
hilang. Kemudian turunlah wahyu yang mengharamkan khamar secara
mutlak, iaitu ayat dalam surah al-maidah ayat 90-91.

Begitu juga dengan peristiwa di mana seorang lelaki Ansar bernama


Utban bin Malik telah mengadakan jamuan yang dihadiri oleh kaum Ansar
dan Muhajirin. Jamuan yang menghidangkan arak sebagai minuman itu
telah menyebabkan seorang lelaki Muhajirin iaitu Saad bin Abi Waqas
mabuk sambil bersyair memuji-muji kaumnya dan menghina serta
mencaci kaum Ansar. Mendengar cacian itu, seorang lelaki Ansar terus
memukulnya sehingga berdarah dan seterusnya menyebabkan keadaan
menjadi huru-hara.

Pada peringkat yang ketiga, arak diharamkan sepenuhnya


sebagaimana ditegaskan melalui firman Allah SWT dalam Surah Al-
Maidah, ayat 90 dan 91:

13








Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya


(meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib
dengan panah[434], adalah Termasuk perbuatan syaitan.Maka jauhilah
perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat
keberuntungan.Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak
menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran
(meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari
mengingat Allah dan sembahyang; Maka berhentilah kamu (dari
mengerjakan pekerjaan itu).

Berdasarkan kepada ayat tersebut, jelas menunjukkan kepada kita


bahawa hukum meminum arak itu adalah haram. Kalimah
di dalam ayat 90 surah al-Maidah adalah fiil amar yang
merupakan ayat perintah daripada Allah supaya umat Islam wajib
meninggalkan arak. Oleh itu, para ulama bersepakan bahawa hukum
meminum arak adalah haram melainkan terdapat sebab-sebab lain yang
mengharuskannya.

Bahkan sebelum turunnya ayat ini Umar bin al-Khattab r.a, sudah
mengagak bahawa arak akan diharamkan sekaligus. Oleh kerana itu
beliau sentiasa berdoa yang bermaksud: Ya Allah, berilah penjelasan
tentang arak dengan penjelasan yang cukup. Andainya arak diharamkan

14
sama sekali, mungkin sesetengah sahabat akan merasa keberatan
meninggalkannya memandangkan minuman arak sudah menjadi
kebiasaan dalam kehidupan masyarakat Arab ketika itu.

4.2 SUMBER HADIS

Melalui sumber hadis, terdapat banyak hadis yang berkaitan dengan


pengharaman arak, antara salah satunya adalah penerangan tentang
Rasulullah melaknat 10 golongan yang terlibat dengan arak . Sabda
Rasulullah :

15

Maksudnya : Diriwayatkan drp Anas r.a bahawa rasulallah s.a.w telah


melaknat sepuluh golongan yg terlibat dengan arak ,orang yg memerah
arak,orang yg diminta arak diperah untuknya ,orang yg meminumnya
,orang yg membawanya ,orang yg meminta dibawa arak kepadanya
,orang yg memberi minum arak kepada orang lain ,orang yg menjual arak
,orang yg mendapat hasil drp arak ,orang yg membeli arak ,orang yg
meminta dibelikan arak untuknya (riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)

Penerangan yang lebih terperinci tentang 10 golongan ( dilaknat) yg


terlibat dengan arak yang terdapat di dalam hadis di atas adalah seperti
berikut :

1. Pemerah arak : iaitu pekerja -pekerja yg melakukan kerja pemerahan


buah-buahan seperti anggur yg bertujuan hasil dari perahan anggur itu
akan dijadikan arak . samada mengunakan teknologi moden atau cara
lama. Hasil pekerjaannya ( upah/gaji yg diterima ) adalah haram begitu
juga perbuatannya.

2. Meminta diperahkan arak untuknya : Bermaksud majikan /pengurus


sesebuah syarikat yg mengaji beberapa orang pekerja di kilangnya untuk
bekerja sebagai operator pengeluaran .Maka haramlah pekerjaannya itu.

16
3. Peminum arak : Orang yg meminum arak walaupun setitik /tidak mabuk
/hanya cuba-cuba .perbuatan itu adalah haram

4. Pembawa arak : Ia boleh dimaksudkan sebagai pelayan di sesebuah


restoran/kedai makan /hotel dsb . ataupun boleh juga dimaksudkan
sebagai pemandu lori yg membawa muatan arak dari sesuatu tempat ke
suatu tempat yg lain .Perbuatan itu adalah haram walaupun ia tidak
meminumnya .

5. Meminta dibawakan arak kepadanya bermaksud seseorang yg


membuat pesanan arak samada untuk diminum ataupun di simpan
sebagai koleksi .Maka perbuatan itu adalah haram

6. Memberi minum arak kepada orang lain bermaksud seseorang yg


memberi orang lain minum padahal dia tidak meminumnya cth :
seseorang muslim membelanja minum rakannya non muslim minum arak
di sesebuah restoran. Perbuatan itu adalah haram

7. Penjual arak : Boleh diertikan sebagai tuan kedai /restoran yg menjual


arak kepada pelanggannya walaupun dia tidak meminumnya ,perbuatan
itu juga haram .

8. Orang yg mendapat hasil drp arak : Suatu skop yg lebih luas dan
pelbagai bolehlah dikatakan sebarang aktiviti yg berkaitan dengan arak
adalah haram cth : Pengawal Keselamatan yg mengawal keselamatan
kilang arak dan mendapat gaji drp pengurus kilang tersebut . Maka
perbuatan/gaji itu adalah haram.

17
9. Orang yg membeli arak bermaksud orang yg membeli arak samada
untuk diminum atau tidak . Maka perbuatan itu pun haram

10. Orang yg meminta dibelikan arak untuknya : Bermaksud seseorang yg


meminta seseorang yg lain membelikan arak untuknya kerana sebab yg
tertentu .Cth seorang muslim meminta rakannya non muslim membelikan
arak untuknya ,maka perbuatan muslim itu adalah haram

Selain daripada hadis di atas yang menerangkan tentang 10


golongan yang dilaknat dan ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang
pengharaman arak. Terdapat banyak hadis Rasulullah SAW yang
menyentuh tentang hukum berkaitan pengharaman arak antaranya hadis
berikut :

18
Maksudnya : Telah diceritakan kepada kami Abu al-Rabi dn al- Ataqi dan
Abu Kamil berkata , telah diceritakan kepada kami Hammad bin Zaid ,
telah diceritakan kepada kami Ayyub dari Nafi dari Ibn Umar telah
berkata Rasulullah SAW Semua perkara yang memabukkan adalah
khamar dan setiap khamar adalah haram.Barang siapa yang meminum
khamar di dunia lalu meninggalkan dunia dalam keadaan dia masih
meminumnya dan tidak bertaubat maka dia tidak akan dapat
meminumnya di akhirat kelak ( di syurga).

Hadith tersebut dipetik daripada kitab Sahih Muslim di dalam kitab


minuman, berkaitan dengan bab semua perkara yang memabukkan
adalah khamar dan semua khamar adalah haram.Kandungan hadis ini
adalah berkaitan dengan khamar ( arak).Iaitu setiap perkara ataupun
minuman yang memabukkan adalah khamar dan setiap khamar adalah
dihukumkan sebagai haram.Berdosa bagi sesiapa yang meminumnya
walaupun dengan kadar yang sedikit.

Daripada dalil di atas terdapat dalil lain yang boleh dikaitkan


bahawa diharamkan meminum arak dengan pelbagai sebab antaranya
melalui sabda Rasulullah :





.
: .

Maksudnya :Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Umar ( r.a ) katanya Rasulullah s.a.w

19
telah bersabda : Sesiapa yang meminum arak , maka Allah tidak akan menerima
sembahyangnya ( tidak memberi pahala ) selama 40 hari.Jika sekiranya ia berhenti dan
bertaubat selepasnya maka Allah menerima taubatnya.Jika sekiranya ia berhenti dan
bertaubat selepasnya maka Allah menerima taubatnya.Jika sekiranya ia kembali semula
meminum arak ( setelah taubat yang pertama tadi maka Allah tidak akan menerima
sembahyangnya selama 40 hari pula.Jika ia bertaubat kali yang ketiga ini Allah masih
menerima taubatnya. Adapun jika ia kembali meminum arak semula arak itu buat kali yang
keempat setelah taubatnya yang sebelum dari itu , maka Allah tidak akan menerima
sembahyangnya selama 40 hari pula dan jika ia bertaubat pada masa ini maka taubatnya
tidak akan diterima oleh Allah.Dan ia akan diberi balasan dengan diberi minum air sungai
Khabal.Ditanya Rasulullah s.a.w apakah dia sungai Khabal itu ? Rasulullah s.a.w menjawab
: Sungai Khabal ialah sungai danur ( kekotoran ) dari ahli neraka

Hadis di atas mengandungi erti bahawa peminum arak akan terjejas imannya
sehingga membawa kepada penolakan segala amal ibadatnya dan Allah s.w.t tidak akan
menerima taubat mereka.Seolah-olah sama dengan orang yang mensyirikkan Allah yang juga
tidak diterima akan taubatnya.

Dengan dua keburukan daripada perbuatan minum arak itu maka memang patutlah
hukuman yang akan dijatuhkan ke atas mereka di dunia ini lagi serta haram arak kepada
manusia. Disabit kesalahan peminum arak itu dengan empat puluh kali dera, sepertimana
hadis Rasulullah s.a.w

Maksudnya: Dari Abi Said al-khudri katanya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah
menghukum sebat peminum arak dengan 40 kali sebatan.

20
5.0 HIKMAH PENGHARAMAN ARAK

Menurut Haji Abdul Malik Karim Amrullah(1995) syariat Islam dibina


berdasarkan 5 prinsip asas iaitu menjaga agama, nyawa, keturunan, akal
dan harta. Allah SWT tidak mensyariatkan suatu hukuman kecuali untuk
kemaslahatan dunia, maslahah akhirat atau untuk maslahah kedua-
duanya sebagai limpahan kurniaanNya kepada manusia. Bukanlah
termasuk dalam tanda-tanda limpahan, rahmat, hikmat dan kemudahan
daripada Allah, jika dibebankan manusia dengan kesukaran yang tidak
mempunyai faedah dunia dan akhirat.Terdapat pelbagai hikmah daripada
hukum pengharaman arak ini yang jelasnya adalah satu perbuatan yang
haram dan harus dijauhi dan dihindari tanpa ada sebarang
keraguan.Antara hikmah yang boleh diperolehi daripada hukum
pengharaman arak ini ialah:

5.1 Menjaga Akal


Menurut Haji Abdul Malik Karim Amrullah,(1995) Islam
mengharamkan arak kerana ia memabukkan. Walau bagaimanapun
proses pengharaman ini bukanlah berlaku secara sekaligus, sebaliknya
dilakukan dalam 3 peringkat disebabkan orang arab pada masa itu sudah
biasa dengan hidangan dan minuman yang memabukkan.

Allah Taala telah memberikan dan mengurniakan nikmat yang


terlalu banyak kepada umat manusia. Nikmat yang paling utama ialah
nikmat akal yang menjadikannya berbeza, bahkan menjadikannya lebih
mulia daripada semua makhluk yang lain diatas muka bumi ini.Kehidupan
manusia hanya akan betul mengikut ukuran peribadinya dan kehidupan
sosialnya apabila mengikut ukuran akal, kesempurnaan dan
kekuasaannya.

Minuman yang memabukkan adalah sebagaimana yang kita ketahui


sememangnya menghapuskan nikmat ini dan manusia akan kehilangan
banyak faedah dan hasilnya. Apabila hilang kawalan akal lahirlah
kelemahan jiwa dan berkuasalah syahwat dan hawa nafsu yang liar. Akan

21
timbullah permusuhan dan perbalahan, pergaduhan antara orang Islam
akan merebak dan ikatan persaudaraan dan kasih sayang sesama mereka
akan putus.Tambahan pula arak itu sendiri menghalang daripada
mengingati Allah dan menjauhkan manusia daripada pintu-pintu rahmat
dan punca kurniaan dan kasih sayang-Nya.

Semua ini disebut oleh Allah dalam firman-Nya:

Maksudnya :"Sesungguhnya syaitan itu bermaksud mahu menimbulkan


permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi
serta mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada
mengerjakan sembahyang. Maka mahukah kamu berhenti (dari
melakukan pekerjaan itu)?" (Surah al-Ma'idah ayat 91).

5.2 Menjaga Maruah

Pada asalnya kita wajib beriman dengan apa sahaja yang datang
daripada Allah SWT. Walau bagaimanapun kita boleh mengkaji sebab
akibat sesuatu perkara termasuk hukum pengharaman arak. Secara
mudahnya,arak diharamkan kerana cillah atau sifat yang ada padanya
c
iaitu memabukkan. Sifat atau illah memabukkan ini boleh menutup
kewarasan akal sehingga peminum arak yang cerdik pandai sekalipun

22
apabila mabuk, tidak mustahil boleh berbogel dan berkelakuan tidak
sopan di khalayak ramai. Ia juga boleh menimbulkan bahaya dan mudarat
kepada masyarakat. Tegasnya mabuk yang terdapat pada arak boleh
menghilangkan kewarasan akal fikiran seseorang.

5.3 Menjaga Kesihatan

Selain itu, Objektif pengharaman arak dilihat kepada kesan daripada


arak yang membawa kepada kemudaratan. Pengambilan arak juga akan
menjejaskan kesihatan terutamanya kerosakan hati dan menyebabkan
ketagihan sehingga peminumnya sanggup membelanjakan jumlah wang
yang banyak untuk mendapatkannya. Disini berlaku pemborosan dan
pembaziran sehingga mengabaikan tanggungjawab yang lain.

Antara kesan buruk arak kepada kesihatan ialah apabila arak


diminum dengan banyak , arak mampu merosakkan selaput lendir perut
dan menjadi racun yang meresap masuk dengan cepat kebahagian lain
tubuh manusia , terutama sekali jantung dan buah pinggang.Meminum
arak dengan banyak juga menjadikan seseorang itu sesak nafas yang
membawa kepada alat pernafasan terganggu.Selain itu , juga boleh
membawa kepada kematian mengejut akibat tekanan alkhohol dalam
arak itu yang memberi kesan kepada jantung dan hati.Tambahan pula,
meminumnya ketika perut kosong atau sebelum makan pagi boleh
menyebabkan berlakunya barah atau kanser dalam perut.

5.4 Menjaga Nyawa

Sesungguhnya Islam cukup memuliakan anak adam. Justeru itu,


Islam melarang keras perbuatan membunuh samada membunuh orang
lain mahupun membunuh diri sendiri. Al-Quran menegaskan di dalam
surah Al-Nisa ayat 29.

23






Maksud: dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri.
Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu.
Al-Quran juga menerangkan bahawa anak adam merupakan
khalifah di bumi. Justeru itu Syarak mengharamkan setiap jenayah yang
berlaku terhadap nyawa manusia kerana nyawa manusia adalah milik
Allah yang dipinjamkan kepada manusia.

Antara hikmah lain pengharaman arak adalah kepada individu ,


keluarga , masyarakat , dan negara pula ialah:

Individu

Dapat membentuk keperibadian individu muslim yang sebenar


Membina disiplin diri yang utuh
Menghindarkan diri daripada perkara mungkar dan maksiat

Keluarga

Kebajikan sesebuah keluarga akan lebih terjamin


Ahli keluarga akan mendapat pendidikan dan perhatian keluarga
dengan sempurna
Mewujudkan keluarga yang bahagia
Ekonomi keluarga menjadi kukuh dan mantap.

Masyarakat

Masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman damai dan harmoni


Melahirkan masyarakat berdaya saing
Hubungan antara anggota masyarakat terjalin dengan baik dan
mesra

24
Negara

Pembangunan negara dapat dijalankan secara terancang


Ekonomi negara akan berkembang pesat
Negara aman makmur dan disegani masyarakat luar

Kesimpulannya,Islam telah meletakkan kebersihan sebagai kunci


bagi sahnya ibadat sembahyang. Oleh kerana itu tidak akan diterima
sembahyang seorang muslim sehingga bersih badannya, pakaiannya
bersih dan tempat yang digunakan pun dalam keadaan bersih.
Kebersihandikira sebagai menentukan sahnya sembahyang seseorang itu,
kerana najis yang didapati terdapat pada tubuh badan, pakaian atau
tempat sembahyang boleh menyebabkan sembahyang tidak
sah.Penggunaan alkohol atau arak dalam masakan tidak dibenarkan
dalam Islam. Ini kerana hukum arak adalah haram dan ia tergolong
dalam kategori najis. Larangan ini berdasarkan firman Allah s.w.t:

25


Maksunya:Wahai orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi


dan pemujaan berhala,dan mengundi nasib dengan batang-batang anak
panah, adalah (semuanya)kotor(keji) (rijsun)dari perbuatan
syaitan.Oleh itu hendaklah kamu menjauh supaya kamu
berjaya.Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu
menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan
sebab arak, judi dan mahu memalingkankamudarimengingatiAllahdan
daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu mahukah kamu
berhenti (daripada melakukan perkaraperkara keji dan kotor itu atau
kamu masih berdegil)? (Surah al-Maidah ayat 90-91)

6.0 RUMUSAN

Secara rumusnya, arak merupakan sesuatu minuman yang


mengandungi perkara yang boleh membawa kepada memabukkan tidak
kira ia dibuat daripada bahan apa, sama ada daripada perahan anggur
atau bahan lain. Terdapat beberapa pendapat ulama yang menjelaskan
tentang maksud arak tersebut dan pendapat mereka semuanya

26
menyatakan bahawa arak adalah sesuatu minuman yang boleh
memabukkan. Pada asalnya arak dihalalkan pada suatu ketika tetapi
diharamkan melalui tiga peringkat. Pada peringkat pertama Allah telah
menyatakan dalam surah Al-Baqarah ayat 219 tentang kebaikan dan
keburukan meminum arak tetapi keburukannya lebih besar daripada
kebaikan meminum arak. Hal ini menunjukkan peringkat pemulaan untuk
Allah mengharamkan arak. Pada peringkat kedua Allah telah menurunkan
An-nisa ayat 43 yang menerangkan tentang larangan meminum arak
semasa solat. Ayat ini diturunkan melalui kisah Saidina Ali yang telah
dihidangkan arak oleh Abdul Rahman bin Auf semasa majlis kenduri.
Setelah itu Saidina Ali telah tersalah baca ayat Al-quran semasa Saidina
Ali mengimamkan solat. pada peringkat ketiga Allah telah mengharamkan
meminum arak melalui surah Al-maidah 90-91 yang menyatakan
meminum arak adalah perbuatan syaitan maka jauhilah. Setelah
peringkat ketiga, arak telah diharamkan sepenuhnya maka berdosalah
sesiapa yang meminum arak. Selain itu, melalui hadis juga banyak
menceritakan tentang pengharaman arak malah adalah yang menyebut
10 golongan yang dilaknat oleh Rasulullah yang disabitkan dengan arak
contohnya peminum arak, orang yang membawa arak, orang yang
disuruh membeli arak dan sebagainya. Dalam hadis banyak menegaskan
tentang pengharaman arak dan akibat sabit dengan arak. Oleh itu,
terdapat banyak kesan yang akan berlaku apabila kita terlibat dengan
arak, bukan hanya keburukan pada kita, malah pada keluarga,
masyarakat, negara dan terutamanya pada agama Islam itu sendiri.

7.0 RUJUKAN

27
1. Al-Quran.
2. Hadis.
3. Abu Salah Muhammad Uthman El-muhammady, 1992, Al-Quran
Karim, jilid 1, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur
4. Abu Salah Muhammad Uthman El-muhammady, 1992, Al-Quran
karim, jilid 2, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur
5. Hamka, Haji Abdul Malik Karim Amrullah,1995, Jil.1 Tafsir Al-Azhar,
Pustaka Panjimas, Jakarta
6. Mohd Said Ishak ,Hudud Dalam Fiqh Islam, 2000 ,Utm Skudai.
7. M. Ash-Shabuni,2002, Tafsir ayat-ayat hukum dalam al-quran, jilid 1,
Pustaka Al-Azhar ,Kuala .Lumpur
8. http://www.darulkautsar.net/1915-.
9. https://anizyn.blogspot.my/2012/09/maslahat-di-sebalik-
pengharaman-arak.html.
10. http://studentsrepo.um.edu.my/5173/5/BAB_2-edited_2.pdf
11. http://ulumnabawiahmakh.blogspot.my/2012/02/haramnya-
arak-didalam-islam.html
12. https://halalpractice.wordpress.com/2012/06/11/10-golongan-
dilaknat-kerana-arak-7/

28

Vous aimerez peut-être aussi