Vous êtes sur la page 1sur 34

1.

0 PENGENALAN

Perang Inggeris-China I merupakan beberapa siri peperangan antara pihak British dengan
kerajaan China (1839-1842). Perang Inggeris-China I ini juga dikenali sebagai Perang Candu
I. Siri peperangan ini melibatkan serangan British terhadap pelabuhan Kowloon, Chuenpi,
Tinghai dan serangan pihak China terhadap kapal Charlie. Selain daripada serangan
berdasarkan ketenteraan, perang ini juga mencabar ketahanan psikologi dan kebijaksanaan
kedua-dua belah pihak untuk terus mempertahankan pendirian mereka.

Pertengahan abad ke-19, China mula diasak oleh imperialisme Barat. Pelbagai insiden
telah berlaku antara China dan Barat sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati, tuntutan hak
dan kemarahan kepada pihak China. China menganggap negara mereka sebagai pusat dunia
atau Middle Kingdom yang mempunyai tamadun yang tinggi dan tidak menghiraukan
tuntutan negara Barat yang dianggap sebagai barbarian (tidak bertamadun). Perdagangan
antara China dan Barat lebih memihak kepada China. Oleh kerana China mengamalkan
ekonomi sara diri dan mengikut kemampuan diri, maka pasaran British termasuk
memperkenalkan barangan tekstil gagal menembusi pasaran China. 1 British mencari alternatif
lain iaitu dengan memperkenalkan candu.2 Bagi pihak Syarikat Hindia Timur British (SHTB),
aktiviti mengeksport candu dianggap sebagai alternatif untuk mengubah ketidakstabilan
perdagangan antara Barat dan China.3

Semasa pemerintahan Ratu Victoria, British dilihat sebagai pengeksport dadah terbesar di
dunia. Penyeludupan candu ke China pada tahun 1830-an merupakan satu keuntungan besar
pada pihak British. Fakta ini merupakan butiran sejarah perdagangan candu yang sering
dilupakan, disentuh sedikit atau diabaikan sama sekali. Baru-baru ini, Profesor Denise Judd
dalam tulisannya Empire, tidak langsung membincangkan sifat peristiwa candu, sebab-sebab
pengenalan dan peperangan candu di China. Manakala dalam Cambridge Illustrated History
of the British Empire hanya mempunyai beberapa perenggan dan menyentuh sedikit

1 Hu Sheng (1991). From The Opium War to The May Fourth Movement. Beijing: Foreign
Languages Press. Hlm. 33-32.

2 Glenn Melancon (2003). British China Policy and the Opium Crisis: Balancing Drugs, Violence
and National Honour 1833-1840. Burlington: Ashgate Publishing Limited, Hampshire. Hlm. 65.

3 Davis Steeds and Ian Nish (1977). China, Japan and 19th Century Bratain. Dublin: Irish University
Press. Hlm. 22.

1
mengenai candu. Aktiviti perdagangan candu ini sewajarnya diberi perhatian yang lebih4 dan
disokong oleh kata-kata John K. Fairbanks bahawa ia merupakan, "jenayah yang paling lama
yang berterusan dan sistematik antarabangsa zaman moden".5

Aktiviti perdagangan candu adalah amat penting kepada Imperialisme British pada
masa ini. Penyeludupan candu merupakan defisit perdagangan British yang besar dengan
China dan aktiviti ini adalah "pusat perdagangan British di Timur". 6 Menjelang akhir tahun
1830-an perdagangan candu sudah menular dan adalah kekal sebagai, "perdagangan komoditi
yang paling berharga di dunia abad ke-19".7 Menjelang akhir tahun 1830-an, dua pertiga
perdagangan luar negara yang dijalankan oleh British dengan China adalah candu. Terdapat
pelbagai faktor yang membawa kepada terjadinya perang candu dan peperangan ini memberi
kesan yang mendalam kepada China dari pelbagai aspek.

2.0SEJARAH LATAR BELAKANG BERLAKUNYA PERANG INGGERIS-CHINA I

Perang Inggeris-China I yang juga dikenali sebagai Perang Candu I merupakan peristiwa
penting kepada sejarah negeri China. Peperangan ini dianggap sebagai titik peralihan yang
memisahkan sejarah China lama dan baru. Oleh itu, untuk menjadikan sejarah latar belakang
ini lebih jelas maka kami akan menghuraikan sejarah awal tamadun China terlebih dahulu
sehingga tercetusnya Perang Candu I tersebut.

Sejarah hubungan kuasa-kuasa Barat dengan Negara China telah terjalin sebelum
abad ke-18 lagi.8 Hubungan ini telah diperkuatkan dan memperkayakan Tamadun China. Hal
ini terbukti apabila sekitar abad ke-16 pedagang Portugis telah sampai ke negara China dan
berjaya membuka pintu perdagangan dengan China disertai dengan kejayaan mendirikan
4 Dennis Judd (1996). Empire. London: Harper Collin.

5 John K. Fairbanks (1992). The Cambridge History of China Volume 10 Part 1. Cambridge
Universiti Press. Hlm. 213.

6 Jack Gray (1990). Rebellion and Revolutions: China from the 1800s to the 1980s. Oxford
University Press. Hlm. 27.

7 Frederic Wakeman (1951). The Canton Trade and the Opium War. Cambridge University Press.
Hlm. 172.

8Abdullah Zakaria Ghazali. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur (1800-
1963). Selangor: Fajar Bakti sdn. bhd. Hlm. 497.

2
kilang-kilang dagang di Canton hingga ke Ningpo.9 Selepas itu hubungan dagang ini turut
dijalankan oleh kuasa-kuasa Barat yang lain seperti Belanda dan Sepanyol. Selain itu, para
pedagang Denmark dan Sweden (1732), Perancis (1736) dan Amerika Syarikat (1784) juga
mula kelihatan di Canton.10 Pada era kehadiran pedagang-pedagang Barat ini di China,
tamadun ini berada di bawah pemerintahan Dinasti Ming (1368-1644). Namun keadaan mula
berubah apabila Dinasti Ming mula mengalami kemerosotan akibat daripada kebangkitan
orang Manchu yang menjadi ancaman kepada pemerintah pada waktu tersebut.

Sejarah awal menyatakan bahawa orang Manchu merupakan penduduk yang mendiami
kawasan Sungai Songhua dan sekitar Sungai Heilong di bahagian timur laut China. Mereka
asalnya hidup secara nomad, namun keadaan berubah dengan kemunculan Nurhaci (1559
-1626). Nurhaci telah berusaha menyatukan orang Manchu dengan jayanya pada tahun 1616,
dan mengisytiharkan dirinya sebagai maharaja. Beliau telah mendirikan kerajaan baru lain
yang dinamakan sebagai Dinasti Chin. Pemerintah Dinasti Chin kelihatan sangat agresif
untuk bersaing dengan kerajaan Ming. Oleh itu, pemerintahan Dinasti Chin telah meniru
corak pentadbiran kerajaan Ming dan menukar nama kerajaannya kepada Ching.11

Pada tahun 1644, Li Tzu-cheng yang menjalankan pemberontakan telah berjaya menawan
bandar Peking, sebelum sempat Wu San-kei (suruhan maharaja Ming) sampai untuk
menghalang pemberontakan tersebut dan keadaan ini menyebabkan Maharaja Ming
mengambil keputusan menggantung diri. Keadaan bertambah genting apabila Wu San-kei
telah memohon pertolongan dari tentera Manchu. Kesanggupan Jeneral Wu San-kei
membenarkan tentera Ching masuk ke China untuk menghapuskan pemberontak telah
menjadi sebaliknya di mana Dorgan (pemerintah Dinasti Ching) telah mengambil alih
kerajaan Ming dan seterusnya mendirikan dinasti baru di China iaitu Dinasti Ching.

Pada waktu tersebut kehadiran orang Barat di China bukan sahaja untuk berdagang
tetapi juga menyebarkan agama Kristian dan pada awalnya ia disambut baik oleh pemerintah
China. Namun keadaan mula berubah apabila maharaja China mula fikir kemungkinan agama
ini menjadi ancaman kepada kekuasaannya. Ini kerana orang-orang Kristian Katolik

9 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm. 2.

10 Ibid .Hlm. 2.

11 Ibid. Hlm. 3.

3
menganggap Pope di Rom sebagai kuasa yang teragung di dunia bertentangan dengan konsep
Maharaja China bahawa ianya adalah Anak Syurga dan tidak ada sesiapa melebihinya. 12
Oleh itu, golongan paderi ini telah dipaksa keluar dari China.

Kemerosotan pengaruh ajaran Kristian di China tidak memberi kesan yang mendalam
kepada hubungan Barat dengan China pada peringkat awal. Hal ini kerana perkara yang
paling penting dalam mempengaruhi hubungan Barat dan China adalah perdagangan. Walau
bagaimanapun, hubungan negara China dengan Barat dalam konteks perdagangan dijalankan
dalam suasana yang merumitkan pada pandangan saudagar-saudagar Barat kerana China
mengamalkan dasar perdagangan tertutup. Hal ini kerana kepentingan perdagangan bagi
kedua-dua pihak berlainan. Misalnya, secara tradisi orang Cina menyifatkan negara China
sebagai Middle Kingdom (Kerajaan Tengah).13 Tanggapan ini berdasarkan pendapat Kung Fu-
Tze yang menyatakan bahawa Negara China adalah pusat peradaban dunia dan segala yang
datang daripada luar tidak mempunyai peradaban (barbarian).14

Oleh itu, negara China mengamalkan ekonomi sara diri. Berdasarkan sifat ekonominya yang
mementingkan pertanian maka China mengakui bahawa negaranya adalah mampu diri dan
dapat membekalkan apa sahaja keperluan harian kepada penduduknya. Dengan kata lain
ekonomi China adalah suatu bentuk ekonomi sara diri bagi memenuhi keperluan harian
penduduknya untuk hidup.15 Masyarakat Cina menganggap barang dagangan yang dibawa
oleh Barat tidak bernilai dan hanya dianggap mainan. Kerajaan China juga menganggap
usaha mereka memberi kelonggaran perdagangan sebagai tanda simpati dan memberi peluang
kepada pedagang Barat untuk mendapatkan barangan daripada China. Oleh itu, Kerajaan
China juga tidak ragu-ragu menghapuskan perdagangan luar jika terdapat tindak-tanduk
saudagar-saudagar Barat yang kurang sopan.

12 Jessy, J. S. (1978). Sejarah China dan Jepun. (Ghazali Basri, Sunting). Kuala Lumpur: Academe
Art & Printing Service. Sdn. Bhd. Hlm. 5.

13 Abdullah Zakaria Ghazali. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur (1800-
1963). Hlm. 498.

14 Ibid.

15 John, K. F., Edwin, O. R. dan Albert. M. C. (1989). East Asia Tradition and Transformation.
Boston: Houghton Mifflin Co. Hlm. 440.

4
Ini telah menyebabkan kerajaan China mengambil tindakan dan melancarkan dasar
pintu tertutup. Tindakan ini menjadi nyata apabila Kerajaan Manchu mengadakan peraturan
ketat dan menyakitkan hati pedagang-pedagang Barat terutamanya yang berada di Canton.
Contohnya, pada tahun 1735 Maharaja Chien Lung telah mengeluarkan lapan peraturan yang
melarang saudagar Barat berdagang di mana-mana pelabuhan kecuali di Canton. 16 Antara
peraturan tersebut termasuklah:

I. Semua kapal perang asing tidak dibenarkan masuk ke Bogue.


II. Isteri orang asing dan senjata api tidak dibenarkan masuk ke kilang-kilang.
III. Semua kilang asing tidak dibenarkan mengambil orang Cina sebagai pekerja
bergaji.
IV. Pedagang asing tidak dibenarkan mengadakan hubungan perdagangan dengan
pegawai-pegawai Cina kecuali melalui Co-hong, iaitu sekumpulan wakil
perdagangan yang sah oleh kerajaan Negara China.
V. Semua hubungan antara pedagang asing dan kerajaan China haruslah melalui
Co-hong.
VI. Para pedagang hanya dibenarkan tinggal di Canton pada musim perdagangan,
iaitu musim sejuk dan selepas musim perdagangan mereka tidak dibenarkan
tinggal di Canton. Mereka hendaklah ke Macau walaupun kapal-kapal mereka
masih mempunyai muatan serta isteri dan anak mereka ditinggalkan di sana.
VII. Semua orang asing tidak dibenarkan menggunakan sungai dengan bebas.
Mereka hanya boleh melawat Flower Garden dalam kumpulan 10 orang atau
kurang sebanyak tiga kali sebulan dan tidak dibenarkan melawat tempat-
tempat lain.
VIII. Orang asing tidak dibenarkan mempelajari bahasa Cina.

Ketegasan pemerintah China telah memberi kesulitan dan impak yang besar kepada
pedagang-pedagang asing. Oleh itu, sekatan-sekatan dan kesulitan akibat tindakan kerajaan
China terhadap perdagangan negara-negara Barat menyebabkan mereka meningkatkan usaha
untuk mempengaruhi kerajaan Manchu mengubah sikap mereka. Ditambah pula rasa tidak
puas hati para pedagang dengan tindakan sesetengah pegawai China yang cuba mengambil
kesempatan memeras mereka. Di samping itu, berlakunya Revolusi Industri di Eropah
khususnya di England pada abad ke-17 telah menyebabkan ramai pedagang Barat mendesak
kerajaan China untuk membuka perdagangan yang luas. Namun keadaan ini telah

16 Abdullah Zakaria Ghazali. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur (1800-
1963). Hlm. 498-499.

5
mencetuskan perbalahan di antara mereka kerana Negara China tidak ingin mengadakan
hubungan diplomatik atas persamaan taraf dengan menganggap Barat bertaraf rendah.

Mulai tahun 1757, pedagang asing hanya dibenarkan berdagang di Canton. Walaupun
kerajaan Barat lain seperti British telah menghantar beberapa perutusan untuk memperbaiki
kedudukan para pedagang di Canton namun perutusan ini ditolak atas sebab yang tidak
munasabah. Oleh itu, keadaan ini telah menyebabkan negara-negara Barat (Britain, Amerika
Syarikat dan Perancis) akhirnya terpaksa menggunakan kekerasan bagi menghapuskan Dasar
Tutup Pintu China ini. Bermula dari aspek perdagangan di mana, saudagar-saudagar asing
terutamanya pihak Inggeris mengalami kerugian kerana sistem perdagangan di China lebih
kepada satu hala. Saudagar-saudagar Barat memerlukan barangan daripada China seperti teh
dan sutera malangnya masyarakat Cina pula bersikap konservatif dan tidak mahu membeli
barang dagangan asing. Ini menyebabkan wang perak Inggeris mengalir masuk berlebihan ke
China. Oleh itu, untuk mengatasi kerugian dan mendapatkan semula wang perak tersebut
pihak Inggeris terpaksa mengambil tindakan. Mereka mendapati bahawa perdagangan candu
adalah tindakan yang paling sesuai dan boleh memberi keuntungan kepada mereka. 17
Perdagangan candu ini bukan sahaja dijalankan oleh Syarikat Hindia Timur malah saudagar
Inggeris persendirian dan negara-negara Barat yang lain.

Sebaliknya, China menganggap candu merupakan masalah besar kepada mereka


kerana candu telah merosakkan moral serta kesihatan orang China serta secara tidak langsung
telah menjatuhkan ekonomi negeri China kerana banyak mata wang perak mengalir keluar
kerana pihak Inggeris telah mengenakan syarat semua pembelian candu hendaklah dibayar
dalam wang perak.18 Oleh itu, untuk menghapuskan perdagangan candu ini kerajaan China
telah melantik Lin Tze Hsu sebagai Pesuruhjaya Tinggi China di Canton.

3.0PESURUHJAYA LIN TSE HSU

Pada 31 Disember 1838, Maharaja Tao Kuang telah melantik Lin Tse-hsu, dari Ho-kuan,
Fukien sebagai pesuruhjaya anti candu di Canton.19 Lin Tse-hsu seorang yang tegas dan

17 Maswari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi
Publishing. Sdn. Bhd. Hlm. 29.

18 Ibid. Hlm.29.

19 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Hlm. 22.

6
prihatin terhadap masalah negara. Beliau pernah menulis surat kepada Ratu Victoria untuk
memaklumkan bahawa pengimportan candu adalah kegiatan haram serta memberi kesan
negatif kepada masyarakat dan menyatakan sepatutnya pihak Inggeris berasa malu dengan
tindakan yang mereka lakukan.20 Oleh itu, pada bulan Mac 1839, Lin telah tiba di Canton
sebagai pesuruhjaya imperialis pada waktu tersebut.21

Langkah pertama yang beliau lakukan ialah mengarahkan semua saudagar-saudagar


asing dan orang Cina tempatan menyerahkan candu-candu yang ada pada mereka tanpa
bertangguh. Arahan ini dikeluarkan pada 18 Mac 1939. Orang asing juga diminta untuk
menandatangani ikrar supaya tidak terlibat dalam aktiviti tersebut lagi. Sebagai ganti, Lin
Tse-hsu memberi ganti sebanyak lima kati teh bagi setiap peti yang telah diserahkan
kepadanya.22 Walaupun tarikh penyerahan candu tamat pada 21 Mac 1839 namun hanya
sebilangan kecil sahaja candu yang diserahkan kepada pihak berkuasa China. Lin mendapati
bahawa usaha tersebut gagal disebabkan atas sikap pihak Inggeris. Beliau telah mengarahkan
supaya hubungan dagangan dengan Inggeris dihentikan. Bekalan-bekalan yang diperlukan
pihak Inggeris disekat dan tentera China diarahkan untuk mengawal kilang-kilang tersebut.

Desakan Lin menyebabkan timbulnya kebimbangan pada pihak Inggeris. Pada 17


Mac 1839, Kapten Charles Elliot telah mengarahkan supaya kesemua candu diserahkan
kepada pihak kerajaan China.23 Jumlah candu yang dirampas daripada pihak British dan
Amerika adalah kira-kira 1.15 juta kilogram. Lin telah memusnahkan kesemua candu ini di
hadapan orang awam di pantai Humen.24 Walaupun Kapten Elliot telah bersetuju untuk
menyerahkan candu-candu tersebut kepada pihak China namun beliau enggan
menandatangani surat akuan yang diarahkan oleh Lin yang mahukan Barat tidak membawa
20 Grasso, J., Corrin, J. dan Kort, M. (1997). Modernization and revolution in China. New York: M.
E. Sharpe, Inc. Hlm. 37.

21 McAleavy, H. (1967). The modern History of China. New York: Publishers III Fourth Avenue.
Hlm. 46.

22 Immanuel Hsu. (1995). The rise of Modern China. Oxford: Oxford University Press. Hlm. 180-
181.

23 Maswari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun moden 1800-1955. Hlm. 30.

24 Hu Sheng. (1991). From the Opium War to the may fourth movement (Dun, J. Li., Terjemah).
Beijing: Foreign Language Press. Hlm. 43.

7
masuk candu ke China. Beliau enggan berbuat demikian kerana sukar untuk mengawasi
saudagar-saudagar persendirian. Kapten Charles Elliot juga telah membawa utusan
Setiausaha Luar untuk menuntut negara China membayar ganti rugi terhadap candu yang
telah dimusnahkan namun tindakan ini gagal.

Keengganan Kapten Elliot menyebabkan perhubungan antara beliau dan Lin menjadi
semakin genting. Sikap permusuhan antara Inggeris dan China memuncak pada 7 Julai 1839
apabila seorang China telah dibunuh dalam satu pergaduhan di Jianshazui, Kowloon yang
dilakukan oleh sekumpulan kelasi Inggeris yang sedang mabuk.25 Berikutan daripada
pembunuhan tersebut, Pesuruhjaya Lin menuntut supaya pesalah yang melakukan
pembunuhan diserahkan dengan segera kepada pihak berkuasa China bagi melaksanakan
hukuman.26 Walau bagaimanapun, Kapten Elliot enggan berbuat demikian kerana beliau takut
peristiwa kapal Lady Huges dan Teraanova berulang kembali. Penolakan in telah
menyebabkan Lin bertindak agresif dengan menyekat penjualan barang makanan dan
keperluan kepada pihak Inggeris di Macao. Beliau telah meminta kerjasama daripada pihak
Portugis untuk menghalau Inggeris dari negara tersebut.

Peperangan antara pihak Inggeris dan China tidak dapat dielakkan lagi. Satu
pertempuran berlaku apabila pada 3 November 1839, kapal perang Inggeris bernama HMS
Volvage telah menembak kapal Royal Saxon yang juga milik pihak Inggeris. Kapal HMS
tidak bersetuju dengan tindakan Elliot yang melarang diadakan hubungan perdagangan
dengan China dan mereka sebaliknya meneruskan hubungan perdagangan dengan pihak
China. Oleh itu, kapal perang China pimpinan laksamana Kuan bertindak untuk membantu
Royal Saxon dengan cara menembak kapal perang HMS Volvage. Oleh itu, peristiwa ini
menunjukkan bahawa peperangan telah bermula di antara pihak Inggeris dan China.

4.0FAKTOR-FAKTOR PERANG INGGERIS-CHINA 1

i. Masalah candu

China mengamalkan ekonomi sara diri dan menganggap aspek perdagangan sebagai sesuatu
yang hina. Apabila China mengamalkan prinsip ekonomi sara diri, maka ini menunjukkan
bahawa negara tersebut tidak memerlukan barangan import. China telah mengeksport
25 Ibid. Hlm. 44.

26 Elleman, B. A. (2001). Modern Chinese Warfare. London: Routledge 11 New Fetter Lane. Hlm.
17.

8
barangan-barangan mereka seperti teh, sutera, dan tembikar kepada negara Barat kerana
mereka memerlukan barangan tersebut untuk memenuhi permintaan pasaran. Perkara ini
adalah lanjutan daripada Revolusi Perindustrian yang di kecapi oleh pihak Barat itu sendiri.
Perdagangan antara China dan Barat tidak seimbang27 dan mendatangkan masalah kepada
pihak Barat kerana mereka menjalankan prinsip perdagangan bebas, sedangkan China pula
hanya menjalankan perdagangan satu hala.

Syarikat Hindia Timur yang memegang monopoli perdagangan British di Canton akhirnya
mendapat idea untuk mencapai imbangan dagangan yang lebih saksama melalui perdagangan
candu. Pada awalnya, British mengimport candu ke negara China dengan kuantiti yang
sedikit. Selain itu, mereka menggunakan alasan lain iaitu candu berfungsi sebagai ubat. 28
Kuantiti candu yang diimport semakin meningkat setiap tahun. Pada tahun 1800, candu yang
digunakan adalah sebanyak 4 000 peti, dan meningkat kepada 4 500 peti candu pada tahun
1810. Pada tahun 1820 pula adalah sebanyak 10 000 peti candu dan tahun 1830 ialah 16 000
peti candu. Sebelum tahun 1835, penggunaan candu adalah sebanyak 18 712 peti candu dan
terus meningkat kepada 30 000 peti candu pada tahun 1839. 29 Peningkatan penggunaan candu
berjaya membuatkan Barat berasa lega kerana melalui perdagangan candu, mereka
memperoleh keuntungan yang sangat banyak.

Namun, peningkatan penggunaan candu menimbulkan pelbagai masalah kepada rakyat China
dari segi politik, ekonomi dan juga sosial. Jika dilihat dari segi politik, China terpaksa akur
dengan perdagangan yang dijalankan oleh Barat sehingga menyebabkan berlakunya
ketidakcekapan dan penyelewengan dalam pentadbiran. Perkara tersebut adalah disebabkan
ramai pegawai kerajaan China menjadi penagih candu. Melalui aspek ekonomi pula, China
mengalami kerugian yang banyak kerana terlalu banyak mengimport candu. Pengimportan
candu tersebut menyebabkan nilai import Candu melebihi nilai eksport barang-barang lain.
Masalah yang paling besar adalah apabila berlakunya masalah sosial yang sangat berleluasa
dari aspek kesihatan dan keruntuhan akhlak dalam kalangan penagih candu.
27 Geoffrey Jones (2000). Merchants to multinationals: British trading companies in the nineteenth
and twentieth centuries. Oxford: Universiti Press. Hlm. 31-32.

28 Henry McAleavy (1967). The modern history of China. New York: United States of America.
Hlm. 43-44.

29 R.S Chaurasia (2004). History of modern China. New Delhi: Atlantic Publishers and distributors.
Hlm. 61.

9
Oleh itu, bagi mengatasi masalah-masalah tersebut, sebuah dekri menentang
penggunaan candu berjaya dikeluarkan oleh Maharaja Tao Kuang. Beliau telah menaiki
takhta pada tahun 1821 dan merupakan cucu kepada Maharaja Chien Lung. Maharaja Tao
Kuang akhirnya mencadangkan untuk melantik seseorang bagi menguatkuasakan undang-
undang berkaitan candu dan beliau telah meminta pendapat daripada gabenor-gabenor.30
Tindakan maharaja China menunjukkan bahawa beliau bersungguh-sungguh dan sanggup
melakukan apa-apa sahaja demi menyelamatkan rakyat dan negaranya.

Pada 10 Mac 1839, seorang wizurai iaitu Lin Tse Hsu tiba di Canton sebagai Pesuruhjaya
Tinggi China. Beliau dipertanggungjawabkan untuk menghentikan perdagangan candu sekali
gus ingin menyekat penggunaan candu dalam kalangan rakyatnya. Lin terlalu memandang
rendah terhadap kuasa tentera British dan beliau tidak menghargai kedudukan British dalam
perdagangan candu. Sebuah etika mengenai keburukan moral melalui candu pernah
dikeluarkannya namun tidak memberi kesan yang mendalam. Walau bagaimanapun, beliau
tidak berputus asa untuk mengarahkan pedagang-pedagang asing menghentikan perdagangan
dan penyeludupan candu. Tindakan Lin tidak diambil peduli oleh seorang superintenden
British di Canton iaitu Charles Elliot. 31

Pada bulan April dan May 1839, pedagang British dan Amerika telah menyerahkan
20283 peti candu dan 200 guni candu untuk dimusnahkan di luar Canton. Lin terus-menerus
cuba menyekat perdagangan candu. Walau bagaimanapun, British tidak berdiam diri sehingga
pada 1 Oktober 1839, British telah mengisytiharkan perang ke atas China. 32 Oleh itu, jelas
bahawa pihak Inggeris menggunakan perdagangan candu untuk menembusi dasar isolasi
pihak China sehingga berlakunya Perang Candu 1. Sesungguhnya candu menjadi faktor
utama pihak Inggeris mengisytiharkan peperangan demi menjaga kepentingan peribadi pihak
Inggeris itu sendiri.

ii. Hubungan diplomatik

30 Ibid. Hlm. 45-46.

31 June Grasso, Jay Corrin & Micheal Kort (1997). Modernization and revolution in China. England:
M.E. Sharpe. Hlm. 37- 40.

32 Ibid.Hlm. 37-40.

10
Keengganan China untuk mewujudkan hubungan diplomatik turut menjadi faktor kepada
berlakunya Perang Inggeris-China 1. China enggan mengadakan sebarang hubungan
diplomatik kerana menganggap negaranya sebagai sebuah negara Middle Kingdom iaitu
negara yang bertamadun. British pula telah dianggap sebagai barbarian iaitu tidak
bertamadun dan kedatangan British seolah-olah mahu mendapatkan perlindungan dari
negaranya yang mempunyai order dunia. Walau bagaimanapun, kemasukan kuasa British
memaksa China mengubah persepsi mereka sebagai negara Middle Kingdom.33 British tidak
bersetuju dengan prinsip negara China kerana British menggunakan konsep persamaan taraf
seperti yang terkandung melalui Perjanjian Westphalia 1648.

Kemasukan pihak British dalam negara China berlaku apabila British menghantar utusan-
utusannya untuk membuat rundingan agar dapat mewujudkan hubungan diplomatik. Antara
utusan yang dihantar ke nagara China ialah Lord Macartney (1793), Lord Amherst (1816),
dan John Napier (1834).34 Semua utusan ini gagal memenuhi matlamat mereka disebabkan
oleh beberapa perkara. Sebagai contoh, keengganan Lord Amherst untuk melakukan adat
menyembah raja atau dikenali sebagai kow tow telah menyebabkan utusan ini menghadapi
masalah.35 British tidak mahu mengamalkan adat ini kerana adat ini seolah-olah menjatuhkan
maruah mereka di hadapan negara China. Hubungan diplomatik juga tidak dapat diwujudkan
apabila British hanya dibenarkan berdagang di pelabuhan Canton sahaja dengan syarat
mengikut musim-musim tertentu. Selain itu, ditambah pula apabila pedagang British yang
ingin mengadakan hubungan secara langsung dengan kerajaan China perlu melalui sebuah
badan iaitu Co-hong yang telah ditubuhkan pada tahun 1720.36

Cara lain yang telah British lakukan untuk mewujudkan hubungan diplomatik ialah dengan
melantik penguasa perdagangan bagi menjaga kepentingan perdagangan mereka. Antara
penguasa perdagangan yang pernah dilantik ialah Lord Napier pada Mac 1834, L.V. Davies

33 Yongnian Zheng (1999). Discovering Chinese nationalism in China: Modernization, identity, and
international relations. United Kingdom: University of Cambridge. Hlm. 15-17.

34 J. Foord (1913). Journal of the American Asiatic association, volume 13. American Asiatic
Association. Hlm. 300.

35 Suffian Mansor (2009). Sejarah China moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm. 11.

36 Hosea Ballou Morse (1966). The gilds of China with an account of the gild merchant or Co Hong
of Conton. Taipei: Cheng-wen Publications. Hlm. 65-68.

11
pada tahun 1835, dan GeorgeBest Robinson. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga penguasa
perdagangan tersebut gagal mencapai matlamat pihak British yang ingin mewujudkan
hubungan diplomatik dengan kerajaan China. Kerajaan China tidak pernah menganggap
hubungan diplomatik dengan British begitu penting dan disebabkan itu juga China tetap
dengan pendirian mereka untuk menyekat kebebasan pihak British di negaranya. Kegagalan
L. V. Davies menyebabkan beliau digantikan dengan Charles Elliot.

Charles Elliot enggan menandatangani surat akuan untuk tidak membawa masuk
candu ke China walaupun beliau telah bersetuju menyerahkan 20 283 peti candu kepada
kerajaan China.37 Peristiwa tersebut menjadi isu perdebatan yang hangat di England dan
Charles Elliot telah mendesak kerajaan British agar menyerang kerajaan China. Maka,
jelaslah bahawa masalah hubungan politik menyebabkan berlakunya peperangan antara
China dan British pada 1 Oktober 1839.

iii. Masalah perdagangan

Konsep perdagangan pihak China menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekonomi


bagi pihak Barat. Dasar kerajaan Barat yang mengamalkan konsep perdagangan bebas tidak
dipersetujui secara keseluruhan oleh kerajaan China. China hanya membuka ruang
perdagangan yang kecil untuk Barat disebabkan masyarakat China menganggap bidang
perdagangan berada pada kelas bawahan.38 Mereka berpendapat bidang ekonomi hanya
berteraskan pertanian, bukannya perdagangan. Ruang perdagangan yang diberikan kepada
Barat hanya sebagai tanda simpati kerajaan China.

Prinsip perdagangan yang ditetapkan oleh China mendatangkan masalah kepada pihak
Barat kerana Barat perlu menghadapi desakan Revolusi Perindustrian. Oleh itu, masalah
perdagangan ini wujud melalui sekatan-sekatan perdagangan yang dikenakan oleh pihak
China. Antara sekatan tersebut ialah pedagang asing tidak dibenarkan berdagang sesuka hati
mereka dan mereka perlu berurusan melalui Co-hong. Co-hong telah ditubuhkan pada tahun
1720, dan sebelum ini dikenali sebagai Hoppo.39 Melalui sekatan Co-hong, pedagang Barat

37 Suffian Mansor (2009). Sejarah China moden. Hlm. 24.

38 Ibid. Hlm. 7.

39 Hosea Ballou Morse (1966). The gilds of China with an account of the gild merchant or Co Hong
of Conton. Hlm. 66.

12
terpaksa melalui sistem perdagangan yang menyusahkan. Barat mengalami kerugian yang
banyak apabila dikenakan cukai yang tinggi dan ditambah pula dengan masalah defisit.40

Kerajaan China menyediakan sebuah pelabuhan sahaja untuk pedagang asing


berdagang iaitu pelabuhan Canton. Pedagang Barat juga hanya dibenarkan menetap di
pelabuhan dari bulan September hingga Mac sahaja. Pada bulan-bulan lain, mereka perlu
keluar dari pelabuhan tersebut dan tidak boleh berada di mana-mana kawasan dalam negara
China. Tambahan lagi, pedagang asing terpaksa berhadapan dengan peraturan-peraturan lain
seperti semua nakhoda kapal perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu dengan pihak
berkuasa China di Macao. Pedagang asing yang ingin membuat hubungan langsung dengan
rakyat Cina mesti diawasi dahulu41 agar tiada sebarang muslihat digunakan. Peraturan-
peraturan yang dikenakan oleh kerajaan China telah menyekat kebebasan kehidupan
pedagang asing dan yang paling penting ialah kebebasan perdagangan. Oleh itu,
sememangnya masalah perdagangan yang wujud ini menyebabkan British terpaksa
mengisytiharkan Perang Inggeris-China 1.

iv. Sistem keadilan / perundangan

Beberapa perbezaan yang jelas kelihatan dalam sistem keadilan atau sistem perundangan
yang diamalkan oleh pihak kerajaan China dan kerajaan Barat. Perbezaan tersebut antaranya
ialah mengenai tafsiran undang-undang.42 Menurut undang-undang yang ditetapkan oleh
China, seseorang yang dituduh bersalah akan terus dianggap bersalah sehingga wujud bukti
yang dapat menyelamatkan individu tersebut. Undang-undang tersebut sangat berbeza dengan
undang-undang Barat yang tidak akan menganggap seseorang itu bersalah tanpa wujud
sebarang bukti. Amalan undang-undang pihak China menunjukkan negaranya tidak
mempedulikan aspek keadilan.

Ciri-ciri berperikemanusiaan juga tidak dapat ditonjolkan oleh pihak kerajaan China
kerana seseorang yang bersalah akan dihukum berdasarkan doktrin tanggungjawab
berkumpulan. Sebagai contoh, hukuman berdasarkan doktrin tanggungjawab berkumpulan
telah dilakukan terhadap individu yang berada di dalam kapal dagang British iaitu Lady
40 R.S Chaurasia (2004). History of modern China. Hlm. 60.

41 Suffian Mansor (2009). Sejarah China moden. Hlm. 12-13.

42 Ibid. Hlm. 13-15.

13
Hughes. Individu tersebut telah mengeluarkan tembakan dengan alasan untuk memberitahu
bahawa kapalnya baru tiba di pelabuhan. 43 Secara tidak sengaja, tembakan tersebut
menyebabkan dua orang warga China mati dan pihak penguasa China telah mengenakan
pelbagai tindakan sebagai hukuman. Antara hukumannya ialah, pedagang-pedagang British
tidak dibenarkan berdagang di mana-mana pelabuhan kerajaan China. Tindakan tersebut jelas
memperlihatkan hanya disebabkan seseorang yang bersalah, seluruh kumpulannya juga akan
dianggap bersalah dan akan dihukum sehingga bukti dijumpai.

Pihak Barat pula amat tidak bersetuju dengan amalan undang-undang yang diamalkan
oleh kerajaan China kerana Barat sendiri lebih menekankan undang-undang melalui konsep
individu.44 Hal ini bermakna, pendirian Barat dan China mengenai aspek perundangan atau
kehakiman sangat berbeza. Barat sangat tidak menyenangi terhadap cara dan pelaksanaan
undang-undang pihak penguasa China walaupun pada peringkat awalnya, pedagang Barat
yang bersalah hanya perlu membayar denda dengan menggunakan wang. Terdapat banyak
masalah yang terpaksa dihadapi oleh pihak Barat sehingga menyebabkan Barat juga terpaksa
mengisytiharkan perang ke atas China pada tahun 1849.

v. Penyebaran agama Kristian

Faktor lain yang menyebabkan berlakunya Perang Inggeris-China 1 ialah penyebaran agama
Kristian. Pihak Barat bukan sahaja menjalankan aspek perdagangan, malah mereka juga ingin
menyebarkan agama Kristian di benua Asia. Hal ini adalah lanjutan daripada perkembangan
agama tersebut di benua Eropah. Ajaran agama Kristian di China ini telah bermula sejak
tahun 1293 lagi dengan kedatangan Paderi Franciscans sebagai gerakan mubaligh Kristian
yang awal. Pada tahun 1552 pula, Paderi Xavier telah tiba di Kwangtung dan merupakan
paderi Jesuit pertama yang datang ke China. Walau bagaimanapun, beliau tidak sempat
menyebarkan agama Kristian kepada penduduk di China.45

Selepas itu, paderi Jesuit yang seterusnya telah datang ke China dan antaranya ialah Matteo
Ricci. Sasaran asal Ricci adalah untuk menetap di bandaraya utama yang sangat sesuai untuk

43 Ibid.

44 Ibid.

45 Ibid. Hlm. 4-6.

14
para mubaligh.46 Ricci dan pengikutnya membawa masuk budaya baru dan aspek sains
kepunyaan Barat ke China seperti bidang astronomi, kalendar, dan matematik. Budaya agama
Kristian dapat diterima oleh masyarakat China apabila mubaligh-mubaligh berjaya
menyesuaikan ajaran Kristian dengan mempelajari adat-adat tempatan itu terlebih dahulu.
Mubaligh tersebut telah mempelajari budaya, bahasa, dan memahami ajaran Confucianism
yang sangat terkenal di China. Mereka semua berjaya mempelajari ajaran Confucianism,
namun mereka tidak memahami makna-makna tentang ajaran tersebut secara mendalam.47

Mubaligh Ricci dan Michele Ruggieri pernah memasuki Istana Maharaja di Peking pada
tahun 1602 serta telah mendapat layanan yang sangat baik sebagai utusan ufti. Perkara ini
secara tidak langsung mempengaruhi beberapa pembesar tempatan seperti Setiausaha
Tertinggi iaitu ShenYi-kuan dan Presiden Upacara iaitu Feng ChI terhadap agama Kristian.
Kejayaan mubaligh Kristian meyakinkan masyarakat tempatan menyebabkan bilangan
penganut ajaran ini semakin lama semakin meningkat. Pada tahun 1604, penganut Kristian
hanya seramai seribu orang dan telah bertambah kepada lima ribu orang pada tahun 1615.
Bilangan tersebut semakin meningkat kepada 13 000 orang pada tahun 1617 dan pada tahun
1636 pula adalah sebanyak 38 200.48 Walaupun jumlah penganut Kristian semakin meningkat,
namun terdapat banyak tentangan daripada kaum sarjana China yang tetap mempertahankan
lagi ajaran Confucianism.

Tentangan terhadap penyebaran ajaran Kristian telah dijalankan oleh Shen Chih dan beliau
telah berjaya mempengaruhi pihak istana agar menangkap dan menghukum mubaligh-
mubaligh Kristian. Walau bagaimanapun, Shen Chih telah disingkirkan pada tahun 1621 dan
memberi peluang kepada penyebaran ajaran Kristian semula. Kegemilangan ajaran Kristian
tidak kekal lama. Mubaligh Jesuit telah menyeleweng apabila mereka tidak mengkritik ajaran
Confucianism yang diamalkan masyarakat tempatan dan gagal menjalankan peraturan gereja.
Perkara tersebut secara tidak langsung menyebabkan persatuan Jesuit dibubarkan pada tahun
1773 dan Maharaja Yeng-cheng melarang mubaligh Kristian menyebarkan ajaran Kristian itu

46 Daniel H. Bays (2012). A new history of Christianity in China. United Kingdom: Blacwell
Publishing. Hlm. 25-26.

47 Ibid.

48 Wolfgang Franke (1967). China and the West. Columbia: University of South Carolina Press.
Hlm. 35.

15
lagi.49 Mubaligh Kristian telah ditangkap kerana melanggar arahan Maharaja dan terdapat
juga yang dihukum bunuh. Malah terdapat juga penganut Kristian yang telah ditahan dan
diseksa oleh masyarakat tempatan. Hal ini menyebabkan Barat berasa sangat marah.

Oleh itu, jelaslah bahawa masalah candu, hubungan diplomatik, masalah perdagangan, sistem
perundangan, dan pengaruh agama Kristian telah menyebabkan berlakunya Perang Inggeris-
China 1 pada 1 Oktober 1839.

5.0 PROSES-PROSES PERANG INGGERIS-CHINA I

Ekoran meletusnya pertempuran di antara pihak Inggeris dan China, maka pada 31 Januari
1840, secara rasminya kerajaan Inggeris di India telah mengisytiharkan perang ke atas negeri
China atas dasar sikap bongkak pemerintahnya. Pada bulan Jun 1840 angkatan tentera
Inggeris tiba bersama 20 buah kapal perang, 28 buah kapal pengangkut dengan membawa
tentera yang berjumlah 4000 orang yang diketuai oleh Laksamana George Elliot telah
mendarat di Hong Kong dan melancarkan serangan ke atas pelabuhan Canton. 50 Canton
dikuasai bertujuan untuk dijadikan pangkalan kepada pihak Inggeris untuk menyerang ke
Utara China.

Pada bulan Julai 1840, Pulau Zhoushan (Chusan) di Teluk hangzhou telah ditawan dan
dijadikan sebagai pangkalan sementara dan untuk menjamin keselamatan pangkalan ini maka
pihak Inggeris telah bertindak mengepung dan menduduki tanah besar Ningbo (Ningpo). 51
Kejayaan pihak Inggeris telah mengejutkan pesuruhjaya Lin dan ini menjejaskan imej beliau.
Oleh itu, Lin Tse-shu dipersalahkan dengan apa yang telah berlaku. Keadaan ini telah
menyebabkan beliau telah dijatuhkan dan dibuang daripada jawatannya. 52 Tempat beliau telah
digantikan oleh gabenor agung Pesuruhjaya Chi San (Qishan).

Pihak British telah memaksa Chi San menandatangani Konvensyen Chuenpi. 53


Mengikut konvensyen tersebut telah dinyatakan bahawa:

49 Suffian Mansor (2009). Sejarah China moden. Hlm. 4-6.

50 Jessy, J. S. (1978). Sejarah China dan Jepun. (Ghazali Basri, Sunting). Hlm. 15.

51 Gray, J. (1990). Rebellions and revolutions: China from the 1800s to the 1980s. New York:
Oxford University Press Inc. Hlm. 44.

52 Ibid. Hlm. 45.

16
I. Hong Kong diserahkan kepada pihak Inggeris.
II. China diminta membayar ganti rugi peperangan sebanyak $6 juta kepada pihak
Inggeris.
III. Canton dibuka semula kepada pedagang asing khususnya pedagang Inggeris.

Walau bagaimanapun, konvensyen ini gagal mencapai kata sepakat di antara pihak Inggeris
dan Kerajaan China. Kerajaan China menganggap perjanjian ini tidak sah kerana tidak
mendapat persetujuan kerajaan Manchu terlebih dahulu. Keadaan ini telah menyebabkan Chi
San dilucutkan jawatannya.

Penolakan perjanjian tersebut telah menyebabkan pihak Inggeris terpaksa melancarkan


serangan seterusnya ke atas negara China. Ketika kedua-dua pihak menunjukkan tanda-tanda
untuk berdamai, orang-orang Cina telah menyerang Inggeris secara mengejut pada Mei 1841.
Keadaan ini telah menyebabkan pihak Inggeris membatalkan niat mereka untuk berundur dari
negeri China. Oleh itu, pada Ogos 1841 Sir Henry Pottinger telah mendapat kuasa penuh dan
menggantikan tempat Elliot, beliau telah menuju ke China untuk melancarkan serangan. 54
Tentera Inggeris telah berjaya menawan bandar pelabuhan Amoy, Tianghai dan Ningbo dalam
bulan Oktober serta dengan adanya bantuan daripada India mereka juga telah berjaya
menawan bandar pelabuhan Shanghai pada Jun 1842.55

Kemaraan Inggeris telah menimbulkan kebimbangan kepada kerajaan China. Oleh itu,
kerajaan China telah mengarahkan Chi Ying untuk berunding dengan pihak Inggeris. Namun,
ditolak keras oleh Sir Henry Pottingger kecuali beliau benar-benar diberi kuasa yang penuh
sebagai wakil kerajaan Manchu untuk menjalankan rundingan tersebut. Sementara menunggu
jawapan dari kerajaan China, tentera Inggeris telah mara dan menyerang Nanking pada 9
Ogos 1842. Akhirnya kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan perjanjian perdamaian.
Pada 29 Ogos 1842, perjanjian Nanking telah ditandatangani antara wakil Cina dan
Pottingger sebagai wakil Inggeris di atas kapal perang Inggeris Cornwallis.56

53 Jessy, J. S. (1978). Sejarah China dan Jepun. Hlm. 16.

54 Gray, J. (1990). Rebellions and revolutions: China from the 1800s to the 1980s. Hlm. 46.

55 Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun moden 1800-1955. Hlm. 33.

56 Ibid.

17
Oleh itu, dalam sejarah China, dasar pintu tertutup dan pintu terbuka sering mendominasi
hubungan antara kerajaan China dengan kuasa luar. Misalnya, sebelum Negara China
melaksanakan dasar pintu tertutup, mereka juga telah melaksanakan dasar pintu terbuka.
Walau bagaimanapun, ia kemudiannya mengetatkan hubungan tersebut terutamanya sekitar
abad ke-18 dan awal abad ke-19 atas sebab-sebab yang tertentu. Namun atas desakan yang
dilakukan oleh pihak asing telah menyebabkan mereka terpaksa mengamalkan dasar pintu
terbuka kepada kuasa-kuasa luar. Ini bermakna dasar pintu terbuka yang diamalkan oleh
negara China bukanlah satu dasar yang sengaja dibuat oleh kerajaannya, sebaliknya ia
berlaku atas kesan daripada kekalahan yang dialaminya dalam beberapa siri peperangan yang
bermula dengan perang Inggeris-China I.

6.0 KRONOLOGI PROSES BERLAKUNYA PERANG INGGERIS-CHINA 1:

JANGKA MASA PERKARA

Abad ke-16 Pedagang Barat mula menjalankan kegiatan perdagangan di


China serta mendirikan kilang-kilang di Canton. Antaranya
adalah pedagang dari Portugis, Amerika Syarikat, Denmark,
dan Sweden.

Tahun 1616 Nurhaci (orang manchu) mengisytiharkan dirinya sebagai


maharaja dan seterusnya beliau telah mendirikan kerajaan baru
lain yang dinamakan sebagai Dinasti Chin. Menjadi pesaing
kepada kerajaan Ming.

Tahun 1644 Li Tzu-cheng yang menjalankan pemberontakan telah berjaya


menawan bandar Peking, maharaja Ming gantung diri. Jeneral
Wu San-kei membenarkan tentera Ching masuk ke China
untuk menghapuskan. Kerajaan Manchu telah merampas takhta
Ming dan mendirikan kerajaan baru yang dinamakan sebagai
kerajaan Ching.

Tahun 1735 Maharaja China iaitu, Chien Lung telah mengeluarkan lapan
peraturan yang melarang saudagar Barat berdagang dimana-
mana pelabuhan kecuali di Canton.

18
Pertengahan abad Bagi mengatasi kerugian akibat dari sistem perdagangan
ke-18 bersifat sehala maka pihak Barat telah membawa masuk candu
secara besar-besaran ke China sebagai barang dagangan dan
memberi keuntungan kepada mereka.

31 Disember 1838 Maharaja Tao Kuang telah melantik Lin Tse-hsu sebagai
pesuruhjaya di Canton bagi menghapuskan kemasukkan candu.

JANGKA MASA PERKARA

Mac 1839 Pesuruhjaya Lin mengeluarkan perintah supaya candu


diserahkan kepadanya. Candu yang diserahkan oleh orang
awam dan saudagar pedagang barat telah dimusnahkan secara
besar-besaran di Humen.

7 Julai 1839 Peristiwa pembunuhan di Kowloon: seorang masyarakat Cina


mati dalam pergaduhan bersama kelasi kapal pihak Inggeris.
Berlaku perbalahan antara pihak Inggeris dan China akibat
perkara tersebut. China dengan bantuan Portugis menghalau
Inggeris keluar dari negara tersebut.

3 November 1839 Kapal perang Inggeris HMS Volvage telah menembak kapal
Royal Saxon yang juga milik Inggeris, kerana tidak berpuas hati
dengan tindakan Inggeris yang melarang mereka berdagang
dengan pihak China. Kapal perang China pimpinan Laksamana
Kuan telah membantu Kapal Royal dan membedil kapal HMS.

31 januari 1840 Pihak Inggeris secara rasmi mengisytiharkan perang terhadap


China.

Jun 1840 Angkatan tentera Inggeris berjumlah 4000 orang yang diketuai
oleh Laksamana George Elliot telah mendarat di Hong Kong
dan melancarkan serangan ke atas pelabuhan Canton.

19
Ogos 1841 Ogos Pihak Inggeris berjaya menawan pelabuhan Amoy, Tianghai,
1842 Ningbo,Shanghai dan Nanking.

29 Ogos 1842 Perjanjian Nanking ditandatangani antara pihak Inggeris


(Pottinger) bersama pihak Cina (Chi Ying).

7.0 KESAN PERANG INGGERIS-CHINA 1

i. Menjatuhkan Imej Negara China

Peperangan ini telah menjejaskan imej negara China sebagai Middle Kingdom dan
bertamadun tinggi. Kekalahan negara China di tangan kuasa Inggeris yang dianggapnya
sebagai barbarian (tidak bertamadun) telah menghapuskan kepercayaan dan mengurangkan
keyakinan masyarakat China terhadap kekuatan peradaban yang dimiliki oleh negara
tersebut. Peperangan ini juga telah mendedahkan kelemahan Dinasti Manchu dan sekali gus
menandakan bermulanya kejatuhan Dinasti Manchu. Kelemahan Dinasti Manchu semakin
jelas kelihatan apabila China sekali lagi tewas dalam Perang Inggeris-China Kedua (1856-
1860) dan dikalahkan oleh Jepun dalam Perang China-Jepun (1894-1895). Kelemahan
Dinasti Manchu akhirnya telah membawa kepada kebangkitan golongan elit untuk
menggulingkan Dinasti Manchu dengan melancarkan Revolusi China pada tahun 1911.

ii. Perjanjian dengan kuasa barat

Bagi menyelesaikan Perang Inggeris-China 1 ini kedua-dua pihak iaitu Inggeris dan China
telah bersetuju bagi mengadakan perdamaian dan dengan itu pada 29 Ogos 1842 57, sebuah
perjanjian telah ditandatangani antara wakil Cina dan Pottinger sebagai wakil Inggeris di atas
kepal perang Inggeris Cornwallis. Perjanjian ini di kenali sebagai Perjanjian Nanking. Antara
syarat- syarat Perjanjian Nanking58 ialah:

1. Kerajaan Cina telah menyerahkan Hong Kong kepada Inggeris.

57 Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden . Kula Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm.
25.

58 Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Adabi
Publishing. Sdn. Bhd. Hlm. 33.

20
2. Kerajaan Cina bersetuju membayar ganti rugi sebanyak $21 juta perak. $6 juta bagi
ganti rugi candu yang dimusnahkan, $3 juta bagi membayar hutang Co Hong kepada
Inggeris dan $12 juta untuk perbelanjaan perang.
3. Lima pelabuhan iaitu Amoy, Canton, Foo-Chow, Ningpo dan Shanghai dibuka untuk
perdagangan dan saudagar-saudagar asing dibenarkan tinggal tetap. Mereka juga
diberi hak melantik konsul mereka di tiap-tiap pelabuhan tersebut.
4. Monopoli perdagangan oleh sekumpulan saudagar-saudagar Cina dimansuhkan.
Sistem Co Hong dihapuskan dan perdagangan yang dijalankan dengan negeri China
adalah atas prinsip sama rata.
5. Cukai tarif yang sederhana dan serupa di kenakan ke atas eksport dan import.
Peraturan-peraturan akan dirangka kemudian. Cukai tidak boleh ditambah kecuali
dengan persetujuan bersama.
6. Persamaan taraf dalam mengadakan hubungan rasmi.

Perjanjian Nanking yang telah dipersetujui ini telah mencabar kewibawaan China,
apatah lagi syarat perjanjian ini menyebelahi pihak Inggeris. Ia secara jelas membuktikan
kelemahan negara China. Perjanjian ini juga telah menyebabkan negara China sebagai negara
yang bersifat semi-kolonial. Perjanjian Nanking yang dipersetujui ini telah menandakan
permulaan kepada termeterainya perjanjian-perjanjian lain antara China dengan kuasa-kuasa
barat. Perjanjian tambahan dengan pihak Inggeris ini dikenali sebagai Perjanjian Bogue59.
Perjanjian ini ditandatangani antara Sir Henry Pottinger dengan Ki Ying dan Illip Po pada 18
Oktober 1843. Antara perkara yang disentuh dalam perjanjian ini ialah : 60

1. Berkenaan penetapan tarif perdagangan.


2. Membenarkan konsul British mengenakan undang-undangnya sendiri ke atas warga
negara British (hak wilayah asingan).
3. Perjanjian ini juga memberikan status most favored nation dalam berdagang dengan
China; memberi hak kepada British jika negara lain diberi hak yang tambahan.

Perjanjian Nanking dan Perjanjian Bogue ini telah menjadi pelopor kepada perjanjian-
perjanjian yang di buat antara negara China dan negara barat lain. Kali ini Caleb Cushing
wakil kerajaan Amerika Syarikat menandatangani Perjanjian Wang Hsia pada 3 Julai 1844 61.
Ianya memberikan Amerika Syarikat semua hak yang diberikan kepada British tetapi ianya

59 Perjanjian Bogue juga dikenali sebagai Perjanjian Hu Men Chai.

60 Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden . Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm
26.

21
berbeza dengan Perjanjian Nanking, di mana Amerika Syarikat mencegah warganegaranya
daripada terlibat dengan perniagaan candu. Selain itu Amerika juga tidak akan memberi
perlindungan terhadap mereka yang membuat demikian dan memberi kebenaran kepada
pihak berkuasa China untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pedagang candu
tersebut. Perjanjian Whampoa pula ditandatangani pada 24 Oktober 1844 antara China
dengan Perancis yang diwakili oleh Theodore de Lagrini. Perjanjian tersebut memberi
keistimewaan kepada Perancis seperti yang dinikmati oleh British dan Amerika. Di samping
itu, Perancis dibenarkan menyebarkan agama Kristian serta mendirikan gereja di pelabuhan-
pelabuhan perjanjian. Seterusnya, kuasa-kuasa Barat yang lain juga cuba mendapat habuan
yang sama seperti Sweden, Norway (1847), Rusia (1858), Jerman (1861), Denmark, Belanda
(1863), Sepanyol (1864), Belgium (1865), Itali (1866) dan Austria- Hungary (1869).62

iii. Penamatan Dasar Isolasi

Sebelum terjadinya Perang Inggeris-China 1 ini, China telah mengamalkan dasar


memencilkan diri (isolasi), mereka enggan membuka negaranya kepada mana-mana kuasa
luar. Hal ini kerana ekonomi negara China bersifat sara diri dan mampu diri untuk
membekalkan apa sahaja keperluan harian penduduknya tanpa bergantung dengan negara
lain. Dengan kata lain sistem ekonomi China adalah berbentuk sara diri bagi memenuhi
keperluan penduduknya untuk hidup.63 Maka mereka mengamalkan dasar isolasi. Namun,
secara langsung, selepas semua perjanjian dengan kuasa asing telah di tandatangani,
perjanjian tersebut telah mengubah dasar China yang sebelumnya tertutup kepada dasar
terbuka.64 Oleh yang demikian, China terpaksa menamatkan dasar isolasi (pemencilan diri)
yang diamalkan sejak berkurun lamanya. Sejak itu bermulanya pelaksanaan dasar buka pintu
dan perhubungan politik, ekonomi dan undang-undang kepada orang-orang asing yang

61 Immanuel Hsu (1995). The Rise of Modern China. 5th ed. Oxford: Oxford University Press. Hlm
657.

62 John K. Fairbank, Edwin O.Reischauer & Albert M. Craig (1989). East Asia Tradition &
Transformation. Rev. ed. Boston: Houghton Mifflin Company. Hlm. 957.

63 Stanley Karnow (1973). Mao and China: From Revolution to Revolution. London: Macmillan
Ltd. Hlm. 195.

64 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohamed Dali, Azhar mad Daros dan Suffian Mansor
(2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Shah Alam: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd. Hlm. 500.

22
kebanyakannya terdiri daripada pedagang. Ekonomi China bukan sahaja terbuka malah ianya
terdedah kepada pengaruh asing malah politiknya juga turut menjadi perhatian kuasa asing.

iv. Persamaan Taraf

Semua perjanjian yang termeterai antara China dengan kuasa asing telah menandakan
permulaan wujudnya hubungan negara China dengan kuasa asing. Bentuk hubungan yang
berdasarkan persamaan taraf antara negara China dan Barat telah di akui. Kuasa Inggeris
telah menjadi pelopor kepada hubungan luar negara China. Buat pertama kalinya China telah
membuka pintu negaranya dan menjalinkan hubungan diplomatik dengan kuasa-kuasa barat
atas dasar persamaan taraf dalam hubungannya dengan kuasa-kuasa barat. Sebelum Perang
Candu, orang-orang Cina menganggap negeri China sebagai Middle Kingdom atau Chung
Koa yang lebih bertamadun. Orang-orang asing pula digelar Barbarian iaitu orang yang
tidak bertamadun. Justeru kuasa barat perlu tunduk di bawah kuasanya.

v. Tidak menyelesaikan masalah

Perjanjian Nanking hanya menamatkan peperangan antara British dengan China tetapi tidak
menyelesaikan masalah dalam hubungan antara mereka. Perjanjian yang termeterai telah
menyemai perasaan tidak puas hati di kalangan orang Cina terutamanya. 65 Mereka
merasakan terlalu banyak keistimewaan yang diberikan kepada orang-orang asing. Hubungan
antara mereka tetap runcing sehingga mengakibatkan perang yang kedua pada 1856-1860
yang dikenali sebagai Perang Candu Kedua atau Perang Arrow.

vi. Hak Wilayah Asingan

Kesan daripada perang dan perjanjian yang di tandatangani telah membawa kepada
pemberian hak wilayah asingan ke atas kuasa-kuasa barat di China. Hak wilayah asingan
menunjukkan bahawa undang-undang China tidak diterima pakai oleh orang asing. 66 Sebagai
contohnya konsul British dibenarkan untuk mengenakan undang-undangnya sendiri ke atas
warganegara British. Selain itu juga, British dibenarkan menubuhkan konsul di kelima-lima

65 Joginder Singh Jessy (1978). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian Store Sdn.
Bhd. Hlm. 20.

66 Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden . Kula Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm..
26.

23
pelabuhan perjanjian tersebut dan mengendalikan urusan, perdagangan, kepentingan dan
harta mereka di negara China.67 Begitu juga dengan negara Amerika Syarikat yang
memperolehi haknya untuk mengadili kes-kes yang membabitkan rakyatnya yang berada di
negara China. Perkara ini dilihat sebagai mencabul kedaulatan undang-undang negara China.

7.7Merugikan China

Perjanjian Nanking yang ditandatangani pada 29 Ogos 1842 amat merugikan pihak China.
China bukan sahaja terpaksa menyerahkan Hong Kong kepada British, malah China
dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak 21 juta taels kepada British, iaitu 12 juta taels
untuk ganti rugi peperangan, 6 juta taels untuk ganti rugi ke atas candu yang dimusnahkan
oleh pihak China dan 3 juta taels bagi hutang co hong kepada pedagang-pedagang British.
Selain itu, China juga terpaksa membuka lima pelabuhannya iaitu Canton, Amoy, Foochow,
Ningpo dan Shanghai kepada pedagang asing.68 Pembukaan pelabuhan ini telah menjejaskan
ekonomi negara China. Negara China telah mengalami perubahan ekonomi yang ketara
daripada ekonomi sara diri yang bersifat tradisional kepada sistem ekonomi moden. Negara
China telah terlibat secara serius dalam aktiviti perdagangan antarabangsa yang melibatkan
orang-orang cina.

vii. Menguntungkan British

Perjanjian Nanking amat menguntungkan British. Pembukaan pelabuhan baru, meningkatkan


eksport teh kepada 100 juta.69 Begitu juga dengan kemasukan candu, perdagangan candu
telah meningkat walaupun pada orang-orang cina ia telah diharamkan. Di samping itu, pihak
British bukan sahaja mendapat Hong Kong, malah dibayar ganti rugi sebanyak 21 juta taels.
Pada masa yang sama, pedagang-pedagang British juga dibenarkan berdagang sepanjang
tahun di pelabuhan-pelabuhan yang dibuka untuk pedagang asing iaitu Amoy, Foochow,
Canton, Ningpo dan Shanghai. China juga menjadi pasaran kepada barangan keluaran
industri barat serta tempat untuk mendapatkan bahan mentah terutamanya teh dan sutera.

67 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohamed Dali, Azhar mad Daros dan Suffian Mansor
(2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia imur 1800-1963. Shah Alam: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd. Hlm. 500.

68 Shirley Ye Sheng dan Eric H. Shaw (2007). The Evil Trade that opened China to The West. Hlm.
196.

69 Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Adabi
Publishing. Sdn. Bhd. Hlm. 35.

24
viii. Penghapusan Co Hong

Perjanjian Nanking telah menamatkan sistem monopoli co hong 70 dalam perdagangan asing.
Pedagang-pedagang asing bebas menjalankan perdagangan secara langsung dengan pihak
China. Sebelum Perang Candu 1, pedagang-pedagang asing terpaksa berdagang melalui co
hong yang mempunyai kuasa penuh dalam perdagangan asing seperti memberi kebenaran
berdagang, menetapkan cukai dan sebagainya. Hal ini menyebabkan ekonomi China terjejas
kerana kehilangan kuasa monopoli dalam perdagangan.

ix. Kemasukan Candu Meningkat

Perdagangan candu semakin meningkat selepas peperangan ini kerana di dalam Perjanjian
Nanking tidak menyentuh soal candu. Akibatnya candu terus di bawa masuk dengan kadar
yang banyak. Candu telah memenuhi pasaran negara China secara meluas. Buktinya pada
tahun 1858 jumlah import candu ke negara China telah meningkat kepada tiga kali ganda
(300%). Kemasukan candu telah menyebabkan berlakunya ketidakcekapan dalam
pentadbiran, rasuah serta penyelewengan kerana ramai pegawai kerajaan telah menjadi
penagih candu. Selain itu, timbul masalah kesihatan dan keruntuhan akhlak kerana rakyat
China telah menjadi penagih candu. Desakan China supaya British menghentikan
perdagangan candu dan keengganan British untuk mematuhi arahan China telah
meruncingkan hubungan antara mereka.

x. Imbangan Perdagangan Negatif

Kemasukan candu secara berterusan menyebabkan China mengalami imbangan perdagangan


yang tidak stabil. Banyak wang perak mengalir keluar. Pengaliran mata wang perak adalah
disebabkan pihak Inggeris telah mengenakan syarat semua pembelian candu hendaklah di
bayar dalam wang perak.71 Nilai import candu72 telah melebihi nilai eksport barang-barang

70 Co hong ialah Kesatuan Saudagar Cina yang ditubuhkan untuk mengendalikan perdagangan dan
mengawal kegiatan orang asing.

71 Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Adabi
Publishing. Sdn. Bhd. Hlm. 29.

72 Jumlah import candu di China1800-1820 = 4500 peti candu


1820-1830= 10 000 peti candu

25
lain. Bermakna perbelanjaan melebihi hasil pendapatan negara. Keadaan ini sudah tentu
memberi bebanan ekonomi kepada negara China. Negara China terus mengalami imbangan
perdagangan yang negatif.73 Selain candu, pasaran negara China turut di banjiri barang-
barang Barat yang seringkali mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat
kerana harganya yang murah di samping kualitinya yang tinggi berbanding barangan buatan
tempatan. Selain itu, cukai bagi barangan Barat juga rendah kerana hak istimewa Barat dalam
perdagangan. Kesannya barangan tempatan tidak laku dan tidak mampu bersaing dengan
barangan buatan barat. Keadaan ini telah membawa kepada kemerosotan industri tempatan
dan pengusaha tempatan menjadi bankrap, dan pekerja menghadapi pengangguran. Industri
tempatan terpaksa di tutup terutamanya perusahaan kain dan logam. Akibatnya hasil
pendapatan negara merosot dan imbangan perdagangan menjadi negatif.

xi. Pengaruh Barat

Pembukaan pelabuhan China kepada orang asing telah mengakibatkan kemasukan pengaruh
barat. Ramai rakyat China terutamanya golongan muda di pelabuhan-pelabuhan perjanjian
telah terpengaruh dengan budaya barat. Paling jelas ialah berlaku penyebaran agama Kristian
secara meluas di negara China. Ramai masyarakat Cina telah di Kristiankan oleh mubaligh
Inggeris dan Perancis. Selain itu, kerajaan cina memberi kebenaran kepada pengembang
agama Kristian menjalankan kegiatan agama serta mendapat perlindungan.74 Mubaligh-
mubaligh Kristian di beri kebenaran menyebarkan agama Kristian di pelabuhan perjanjian
serta mereka bebas bergerak ke mana saja meskipun tanpa pas serta mengembangkan aktiviti
mereka dengan mendirikan gereja-gereja dan sekolah-sekolah untuk pengikutnya yang kian
bertambah. Kemasukan agama Kristian menyebabkan kemerosotan kebudayaan, adat resam
dan agama mereka yang berasaskan ajaran Confucius, Taoisme dan agama Buddha.

Pengenalan sistem perhubungan barat turut menjejaskan pendapatan sebahagian


penduduk yang terlibat dengan pengangkutan tradisional seperti kereta kuda dan tongkang.

1838-1839 =40 000 peti candu

73 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohamed Dali, Azhar mad Daros dan Suffian Mansor.
(2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia imur 1800-1963. Shah Alam: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd. Hlm. 500.

74 Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Adabi Publishing.
Sdn. Bhd. Hlm 34.

26
Kemerosotan industri tempatan dan pengenalan sistem pengangkutan moden seperti jalan
raya dan kereta api menyebabkan ramai penduduk kehilangan pekerjaan. Keadaan ini telah
meningkatkan kadar pengangguran di negara China.

8.0FAKTOR-FARTOR KEMENANGAN BRITISH

i. Perbezaan kekuatan ketenteraan

Faktor pertama yang membawa kepada kemenangan pihak British dalam Perang Candu I
ialah perbezaan dari segi kekuatan ketenteraan daripada kedua-dua belah pihak. Dalam
konteks ini, pihak British mempunyai kelebihan dari segi kekuatan ketenteraan dalam
menentang kerajaan China. Kekuatan ketenteraan British terletak pada kehebatan kapal
perang, senjata api, dan kaedah yang diaplikasikan oleh pihak mereka untuk melatih tentera.
Wei Yuan sendiri mengakui kekuatan ketenteraan British dalam Penyata Polisi Pertahanan
Maritim China 1842.75

Kapal perang yang digunakan oleh pihak British pada abad ke-19 merupakan hasil
daripada perkembangan revolusi perindustrian yang berlaku di Eropah pada pertengahan
abad-18. Penciptaan enjin stim akhirnya telah membawa kepada penciptaan Nemesis76, kapal
perang yang digunakan pihak British sewaktu Perang Candu I dan Perang Candu II. Kapal
perang ini diperbuat daripada besi dan mempunyai keluasan 5,336 kaki persegi (184 kaki x
29 kaki). Kapal ini dilengkapi dengan dua enjin stim dengan 44 inci silinder dan 4-kaki
strok.77 Hall, iaitu salah seorang daripada kapten yang pernah mengetuai kapal ini
menganggarkan kuasa kuda bagi Nemesis ialah 120hp.78 Kapal perang ini bukan saja mampu
bergerak tanpa perlu bergantung dengan kuasa angin mahupun ombak laut, malah turut
dilengkapi dengan senjata perang seperti pelancar roket dan senapang corvette. 79 Hal yang

75 Teng, S. Y., Fairbank, J. K., Sun, E. Z., Fao, C. et al. (1967). Chinas Response To The West: A
Documentary Survey 1839 1923. New York: Atheneum. Hlm. 34.

76 Landow, G. P., & Allingham, P. V. (2006, Jun). The Nemesis Great Britains Secret Weapon In The Opium
Wars, 1839 60. Diperoleh pada Mac 21, 2012, dari
http://www.victorianweb.org/history/empire/opiumwars/nemesis.html.

77 Ibid.

78Ibid.

79 Ibid.

27
berbeza pula berlaku pada pihak China. Mereka memang mempunyai armada perang mereka
sendiri. Namun, perbezaan dari segi teknologi yang begitu antara kedua-dua belah pihak ini
telah menyebabkan pihak China tidak mampu menyaingi kehebatan Nemesis. Hal ini dapat
dibuktikan apabila Pesuruhjaya Lin akhirnya membeli sebuah kapal British, Cambridge80,
dalam usaha mereka untuk melawan pihak British dengan memanipulasikan kekuatan British
itu sendiri pada awal tahun 1841. Oleh itu, fungsi kapal perang Cambridge adalah sebagai
kapal perang untuk latihan ketenteraan dan model pembinaan kapal perang China yang lain.

Namun begitu, membeli kapal perang British dan membina kapal perang China yang
lain berdasarkan model Cambridge sahaja tidak cukup untuk menewaskan British yang
teknologi ketenteraannya yang sudah jauh mendahului masyarakat Eropah yang lain.
Buktinya, pada 21 Mei 1841, tujuh puluh satu kapal perang China telah dimusnahkan oleh
pihak British dengan menggunakan Nemesis untuk membalas serangan yang dimulakan oleh
pihak China di perairan Canton.81 Peperangan tersebut akhirnya dimenangi oleh pihak British
apabila tentera mereka berjaya melepasi kubu yang melindungi pelabuhan tersebut. Akhirnya,
pihak China membuat rundingan untuk membayar pampasan sebanyak 6 juta untuk
menyelamatkan Canton daripada ditawan oleh pihak British.82

Pihak China bukan saja jauh ketinggalan dari segi teknologi kapal perang, malah dari aspek
teknologi senjata peperangan. Masyarakat China memang terkenal dengan penciptaan serbuk
peluru pada tahun 1275, namun, senjata perang yang digunakan pada tahun 1936 sedikit
berbeza berbanding tahun sebelumnya.83 Pada sekitar abad ke-17 dan 18, kerajaan China
sudah mempunyai meriam canggih untuk maharaja, namun, meriam ini digunakan secara
berterusan tanpa diperbuat model yang baru sehinggakan meriam ini menjadi lebih berbahaya
kepada penembaknya daripada pihak musuh.84 Selain itu, kelemahan ini menjadi lebih ketara

80Waley, A. (1958). The Opium War Through Chinese Eyes. London: George Allen & Unwin LTD.
Hlm. 87.

81 Fairbank, J. K. The Cambridge History Of China: Late Ching, 1800-1911, Part I. Vol. 10.
Cambridge: Cambridge University Press. Hlm. 202.

82 Ibid.

83 Collis, M. Foreign Mud. London: Faber and Faber Limited. Hlm. 187.

84 Ibid.

28
sewaktu pihak British menyerang Tinghai pada 5 Julai 1840. Lord Jocelyn dalam jurnalnya,
Months with The Chinese Expedition, menyatakan bahawa serangan yang dilakukan oleh
pihak British ke atas pelabuhan tersebut hanya berlangsung 9 minit. Apabila pihak British
berlabuh di Tinghai, mereka melihat beberapa mayat tentera China bergelimpangan di tepi
pantai berserta dengan busur, anak panah, tombak dan senapang.85 Peperangan tersebut
digambarkan oleh Arthur Waley seperti ketika serangan bom atom ke atas Hiroshima untuk
menunjukkan ketidakupayaan tentera China untuk melawan serangan daripada pihak British
pada ketika itu. Hal ini membuktikan bahawa pihak China tidak mungkin dapat mengalahkan
pihak British bermula tercetusnya Perang Candu I lagi.

Selain itu, kelemahan sistem ketenteraan China sewaktu Perang Candu I adalah
disebabkan oleh keadaan pemerintahan pihak China pada ketika itu. China sebelum tahun
1821 terlibat dengan perang saudara dan pemberontakan daripada puak Miao dan White
Lotus Society.86 Keadaan pemerintahan China yang mempunyai masalah dalaman ini telah
menyebabkan jumlah tentera China meningkat sehingga 660,000 orang. 87 Namun, setelah
tampuk pemerintahan Dinasti Ching diambil alih oleh Maharaja Tao Kuang pada 1821,
jumlah tentera China telah menurun kepada 618,000 orang dan angka ini menurun kepada
585,000 orang pada tahun 1851.88 Penurunan angka tentera China ini berlaku disebabkan oleh
keadaan China pada ketika itu yang aman tanpa sebarang masalah dalaman.

Keadaan yang aman ini telah menyebabkan masyarakat China menjadi leka dan tidak
lagi mementingkan aspek ketenteraan. Buktinya, seorang mubaligh dalam jurnalnya, de
rigueur, menyatakan bahawa tentera yang mengawal Canton pada sekitar 1830-an kelihatan
seperti tentera pameran.89 Dalam erti kata lain, pandangan mubaligh tersebut pada tentera
China ialah seperti pekerja buruh yang hanya memakai seluar dan hanya dilengkapi dengan

85 Ibid.

86 Powell, R. L. (1955). The Rise Of Chinese Military Power 1895 1912. New Jersey: Princeton
University Press. Hlm. 13.

87 Ibid.

88Ibid.

89 Collis, M. Foreign Mud. London: Faber and Faber Limited. Hlm. 187.

29
kipas tangan dan cemeti.90 Mubaligh tersebut juga menyatakan bahawa tentera-tentera
tersebut kelihatan tidak bersedia dan tidak bermaya.91 Apabila tentera-tentera ini memakai
uniform dengan ideograf keberanian di bahagian dada dan belakang, mereka kelihatan kurang
meyakinkan.92 Pedang yang digunakan oleh mereka juga berkarat sehingga sukar untuk
dikeluarkan daripada sarungnya.93 Golongan ini adalah tentera tetap dan bilangan mereka
juga adalah sedikit.94 Apabila berlaku darurat dan kerajaan memerlukan bilangan tentera yang
ramai, rakyat biasa seperti penggembala lembu, penjahit baju dan pembuat kasut akan
diambil sebagai askar sokongan.95 Keadaan yang sama juga terjadi pada angkatan tentera laut
China. Menurut mubaligh itu, tentera laut China teramat lemah sehingga beliau juga tidak
mempunyai penerangan yang boleh digunakan untuk menggambarkan kelemahan mereka.
Penyataan mubaligh tersebut sudah cukup untuk menyatakan keadaan tentera China pada
ketika itu yang terlalu lemah dan dalam kemerosotan. Dengan keadaan yang sedemikian rupa,
tidak hairanlah jika pihak British dengan mudah dapat mengalahkan pihak China dalam
Perang Candu I.

ii. Kegagalan mengeksploitasi keadaan

Faktor kedua yang membawa kepada kemenangan pihak British dalam Perang Candu I ialah
kesilapan pihak China yang tidak bijak menggunakan peluang yang ada untuk mengalahkan
British. Dalam Polisi Pertahanan Maritim China 1841 yang ditulis oleh Wei Yuan, beliau ada
menyatakan strategi untuk mengalahkan British dengan memanipulasikan hubungan antara
kuasa-kuasa Barat yang berdagang di China. Penyataan beliau ini adalah berdasarkan
pandangan Yo Fei iaitu menggunakan kekuatan ketenteraan untuk menyerang lanun-lanun
adalah sukar; adalah lebih mudah menggunakan lanun-lanun untuk menyerang lanun-lanun

90Ibid.

91Ibid.

92 Ibid.

93Ibid.

94Ibid.

95 Ibid. Hlm 188.

30
yang lain.96 Oleh itu, Wei Yuan berpendapat bahawa untuk mengetahui kelemahan British,
mereka haruslah mengenali keadaan dan geografi British terlebih dahulu. 97 Beliau akhirnya
mendapati bahawa pihak British takut kepada tiga kuasa asing yang lain iaitu Rusia, Perancis
dan Amerika.98

Hubungan British dan Rusia adalah renggang disebabkan oleh tindakan British
menyerang Rusia pada 1691. Namun, serangan British itu gagal dan mereka akhirnya
berundur lalu menumpukan perhatian terhadap India.99 Sejak 1644, Perancis telah
mempunyai koloninya di bahagian utara Amerika. 100 Kawasan ini telah dibangunkan oleh
Perancis dengan membina bandar-bandar, pekan-pekan kecil, pasar-pasar dan pelabuhan. 101
Akhirnya, Perancis telah kehilangan kawasan tersebut setelah kemasukan British. 102 Oleh itu,
Perancis merupakan musuh kepada British. Setelah British menduduki utara Amerika, mereka
mengenakan cukai yang tinggi terhadap penduduk Amerika dan akhirnya tindakan British itu
telah menyebabkan tiga belas bahagian Amerika memberontak dan meminta bantuan
daripada Perancis.103 Akhirnya, British memohon untuk berdamai dengan Amerika apabila
Amerika berjaya memotong jaringan bekalan ketenteraan British. 104 British kemudiannya
mengundur diri dan tidak akan menawan wilayah-wilayah di Amerika.105 Wei Yuan

96 Teng, S. Y., Fairbank, J. K., Sun, E. Z., Fao, C. et al. (1967). Chinas Response To The West: A
Documentary Survey 1839 1923. New York: Atheneum. Hlm. 31.

97 Ibid.

98 Ibid.

99 Ibid. Hlm. 32.

100 Ibid.

101 Ibid.

102 Ibid.

103 Ibid.

104 Ibid. Hlm 33.

105 Ibid.

31
berpendapat bahawa masalah antara British dengan kuasa-kuasa asing ini harus
dimanipulasikan untuk mengalahkan mereka.

Namun begitu, pihak China tidak bijak menggunakan peluang ini untuk mengalahkan
pihak British. Buktinya, apabila wakil Amerika di Canton untuk menjadi pengantara antara
pihak British dan China pada 1840, pihak China secara tidak sengaja telah mencederakan
beberapa rakyat Amerika sewaktu mereka menyerang kilang-kilang British. 106 Kejadian itu
akhirnya telah menyebabkan Amerika menarik diri daripada menjadi pengantara pihak China
untuk berunding dengan pihak British.107 Pihak China juga sekali lagi melakukan kesilapan
dengan tidak menggunakan dengan sebaik-baiknya peluang yang ditawarkan oleh pihak
Perancis apabila mereka menawarkan diri untuk berunding dengan pihak British bagi pihak
China108. Hal ini berlaku disebabkan oleh masalah pemerintahan China yang bersifat
birokratik dan perasaan prejudis China terhadap niat Perancis itu sendiri. 109 Kesilapan-
kesilapan ini berlaku disebabkan mentaliti dan sentimen masyarakat China terhadap
masyarakat Barat secara umumnya. Dengan menganggap kesemua masyarakat Barat sebagai
barbarian, pihak China telah mengabaikan peluang-peluang yang ada sedangkan mereka
berpeluang untuk memanipulasikan kuasa-kuasa Barat untuk kepentingan kerajaannya.
Dapatlah dikatakan bahawa pemerintah China pada ketika itu tidak dapat berfikir dengan jauh
untuk melihat peluang-peluang yang ada dan akhirnya kalah di tangan British.

iii. Kekurangan maklumat mengenai pihak lawan

Faktor lain yang membawa kepada kemenangan pihak British ialah kekurangan dalam
memberikan maklumat akan serangan British ke atas China. Pada 21 Jun 1840, 20 kapal
perang British yang membawa 4 ribu tentera British dan India telah berlabuh di Canton. 110
Pada mulanya, Pesuruhjaya Lin beranggapan bahawa pihak British berniat untuk menyerang

106 Ibid.

107 Ibid.

108 Ibid.

109 Ibid.

110 Waley, A. (1958). The Opium War Through Chinese Eyes. London: George Allen & Unwin LTD.
Hlm. 103.

32
Canton. Namun begitu, kapal-kapal perang tersebut telah berlayar menuju ke bahagian utara
China pada 24 Jun 1840.111 Pesuruhjaya Lin pun beranggapan bahawa kapal-kapal perang
British tersebut berundur apabila menyedari akan sistem pertahanan yang telah beliau
lakukan di Canton.112 Hakikatnya, kapal-kapal tersebut telah menuju ke bahagian utara dan
menyerang Tinghai. Sungguhpun beliau berjaya memberikan peringatan kepada pelabuhan
tersebut untuk mengambil langkah berjaga-jaga, namun, beliau tidak memaklumkan ciri-ciri
kapal-kapal perang tersebut sehinggakan penduduk China yang mendiami Tinghai
menganggap kapal-kapal tersebut merupakan kapal-kapal yang datang untuk berdagang di
sana.113 Akhirnya, Tinghai jatuh ke tangan British. Kesilapan kecil yang dilakukan oleh
Pesuruhjaya Lin ini telah membawa impak yang besar kerana salah satu daripada pelabuhan
penting di China turut menjadi milik British.

9.0KESIMPULAN

Kesimpulannya, Perang Inggeris-China I ini telah dimenangi oleh pihak British.


Kemenangan British ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang merupakan kelemahan
daripada kerajaan China itu sendiri. British memperoleh kemenangan dalam peperangan ini
bukan hanya disebabkan oleh perbezaan teknologi ketenteraan semata-mata. Kelemahan
yang terdapat dalam sistem pemerintahan dan ketenteraan China juga merupakan antara
faktor-faktor yang menyumbang kepada kemenangan British. Kekalahan China dalam
peperangan ini turut memberi kesan dari pelbagai aspek terutamanya ekonomi, politik dan
perundangan. China terpaksa menerima pengaruh Barat dan lama kelamaan dasar tutup pintu
yang dijalankan oleh China semakin sukar untuk dipertahankan.

Namun, penyelesaian dalam Perang Inggeris-China I ini tidak kekal lama. Rasa tidak
puas hati rakyat China terhadap Barat akhirnya membawa kepada Perang Inggeris-China II.
Selain menghadapi ancaman dan tekanan kuasa Barat, kerajaan China juga berdepan dengan
tekanan dan masalah dalaman yang perlu ditangani. Pemberontakan yang berlaku pada abad
ke-19 memberi kesan besar ke atas negara China. Dari segi fizikalnya, China telah

111Ibid.

112 Ibid.

113 Ibid. Hlm 108-109.

33
mengalami kemusnahan yang besar. Perang Inggeris-China I dianggap sebagai titik
peralihan yang memisahkan negara China lama dan yang baru.

34

Vous aimerez peut-être aussi