Vous êtes sur la page 1sur 2

Apakah NBOS

Cari

Visi Sebuah Negara Berpendapatan Tinggi dan Mengutamakan Kesejahteraan Rakyat

Malaysia kian menghampiri matlamat menjadi negara maju seiring dengan wawasan 2020.
Aspirasi negara bukan sahaja untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi malah
menjadi sebuah negara maju yang rakyatnya hidup sejahtera dan dapat menikmati kemakmuran
ekonomi hasil pembangunan negara. Untuk mencapai aspirasi ini, kerajaan menggunakan
prinsip strategi lautan biru kebangsaan (national blue ocean strategy) atau nbos. nbos
menekankan kepada prinsip impak tinggi, kos rendah, pelaksanaan pantas dan mampan dalam
program-program pembangunan negara.

Strategi Pembangunan Nasional Malaysia (MyNDS)

NBOS merupakan asas kepada Strategi Pembangunan Nasional Malaysia, atau Malaysian
National Development Strategy (MyNDS) yang juga merupakan teras kepada Rancangan
Malaysia Ke-11 (2016 hingga 2020). MyNDS menumpukan kepada pelaksanaan projek
berimpak tinggi secara pantas dengan penekanan kepada capital economy dan ekonomi rakyat
pada kos yang rendah kepada kerajaan. Capital economy menekankan kepada pertumbuhan
KDNK, perniagaan besar, projek berpelaburan fizikal dan pasaran kewangan, manakala ekonomi
rakyat menekankan kepada kesejahteraan rakyat, di antaranya pekerjaan, perniagaan kecil, kos
sara hidup, kesejahteraan keluarga, dan penyertaan sosial.
Di bawah MyNDS, pembentukan strategi didorong oleh kreativiti dan inovasi, dan pelaksanaan
strategi mematuhi prinsip fair process. Dengan mengubah sempadan konvensional yang wujud
dalam organisasi awam dan swasta, kerajaan berupaya meningkatkan potensi dan
menggandakan sumber negara. Kos dapat dikurangkan dengan jalinan kerjasama di antara
kementerian dan agensi kerajaan serta mengagihkan semula secara kreatif sumber yang tidak
digunakan dengan optimum. Ini membolehkan kerajaan mencapai status negara maju
berpendapatan tinggi dan sejahtera.

National Blue Ocean Strategy: Pencapaian Pendapatan Tinggi dan Kesejahteraan Rakyat.

Sidang Kemuncak NBOS merupakan platform strategi yang unik dan dinamik yang melibatkan
semua peringkat kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, serta sektor swasta secara sukarela
untuk membangunkan dan memantau inisiatif yang berimpak tinggi, berkos rendah, boleh
dilaksanakan dengan pantas dan mampan. Sidang Kemuncak NBOS, dilancarkan pada tahun
2009, memastikan jalinan kerjasama di antara kementerian dan agensi kerajaan, dipacu oleh
idea kreatif dan mengiktiraf sumbangan organisasi. Sehingga kini, lebih 90 inisiatif NBOS telah
berjaya dilaksanakan untuk menangani pelbagai isu ekonomi dan sosial. Inisiatif NBOS yang
telah dilaksanakan sejak 2009 membolehkan kerajaan Malaysia mencapai aspirasi menjadi
sebuah negara maju berpendapatan tinggi dan sejahtera.

Vous aimerez peut-être aussi