Vous êtes sur la page 1sur 2

PENGELASAN HAIWAN Reptilia

Ciri-ciri reptilia:
Mamalia
Ciri-ciri mamalia ialah: 1) berdarah sejuk,
2) bernafas dengan menggunakan peparu,
1) badan dilitupi dengan rambut atau bulu, 3) mempunyai kulit bersisik dan kering,
2) bernafas melalui peparu, 4) melakukan persenyawaan dalam,
3) berdarah panas, 5) bertelur dan telur bercangkerang.
4) melahirkan anak kecuali platipus dan tenggiling yang bertelur, 6) Contoh reptilia ialah ular, cicak, buaya, penyu dan biawak
5) melakukan persenyawaan dalam; anak membesar di dalam
badan ibu sebelum dilahirkan, Burung
6) kebanyakan mamalia hidup di darat; ikan lumba-lumba dan Ciri-ciri burung ialah:
ikan paus hidup di dalam air.
7) Contoh mamalia ialah orang utan, gajah, beruang, kucing, 1) berdarah panas,
lembu dan arnab. 2) bernafas melalui paru-paru,
3) badan dilitupi bulu pelepah,
Ikan 4) melakukan persenyawaan dalam.
Ciri-ciri ikan ialah: 5) telur bercangkerang keras.

1) hidup di dalam air,


2) bernafas melalui insang,
3) melakukan persenyawaan luar,
4)berdarah sejuk,
5) dilitupi kulit bersisik berlendir dan
6) mempunyai telur yang tidak bercangkerang.

Amfibia
Ciri-ciri amfibia ialah:

1) boleh hidup di air dan di darat,


2) bernafas menggunakan insang semasa kecil dan peparu
semasa dewasa,
3) berdarah sejuk,
4) mempunyai kulit yang lembap,
5) melakukan persenyawaan luar,
6) bertelur tanpa cangkerang.
7) Contoh amfibia ialah katak dan kodok.
Haiwan Invertebrata
1) Haiwan invertebrata pula ialah haiwan yang tidak
mempunyai tulang belakang.
2) Invertebrata adalah kumpulan haiwan yang paling banyak
bilangannya di bumi ini.
3) Sesetengah invertebrata mempunyai kulit atau cangkerang
keras bagi melindungi diri seperti ketam dan kumbang.
4) Sesetengah invertebrata berbadan lembut menggunakan
bendalir badannya untuk tujuan sokongan seperti cacing
tanah dan lintah.
5) Pada amnya, invertebrata boleh dikelaskan kepada dua
kumpulan iaitu yang berkaki dan yang tidak berkaki.
6) Contoh haiwan invertebrata yang lain ialah belalang, lipas,
lipan, siput, obor-obor, rama-rama dan kalajengking.

PENGELASAN TUMBUHAN

Tumbuhan Dikotiledon
Ciri-ciri tumbuhan dikotiledon ialah:

1) Daun berurat jejala


2) Biji benih mempunyai dua kotiledon
3) Batang biasanya berkayu
4) Mempunyai sistem akar tunjang
5) Mempunyai empat atau lima ranggi
6) Contoh tumbuhan dikotiledon ialah durian, rambutan, getah
dan lain-lain.

Tumbuhan Monokotiledon
Ciri-ciri tumbuhan monokotiledon ialah:

1) Daun berurat selari


2) Biji benih mempunyai satu kotiledon
3) Batang tidak berkayu (lembut)
4) Mempunyai sistem akar serabut
5) Contoh tumbuhan monokotiledon ialah jagung, rumput, tebu,
pisang, padi, kelapa, orkid dan lain-lain.

Vous aimerez peut-être aussi