Vous êtes sur la page 1sur 2

PENGELASAN HAIWAN Reptilia

Ciri-ciri reptilia:
Mamalia
Ciri-ciri mamalia ialah: 1) berdarah sejuk,
2) bernafas dengan menggunakan peparu,
1) badan dilitupi dengan rambut atau bulu, 3) mempunyai kulit bersisik dan kering,
2) bernafas melalui peparu, 4) melakukan persenyawaan dalam,
3) berdarah panas, 5) bertelur dan telur bercangkerang.
4) melahirkan anak kecuali platipus dan tenggiling yang bertelur, 6) Contoh reptilia ialah ular, cicak, buaya, penyu dan biawak
5) melakukan persenyawaan dalam; anak membesar di dalam badan ibu sebelum
dilahirkan, Burung
6) kebanyakan mamalia hidup di darat; ikan lumba-lumba dan ikan paus hidup di Ciri-ciri burung ialah:
dalam air.
7) Contoh mamalia ialah orang utan, gajah, beruang, kucing, lembu dan arnab. 1) berdarah panas,
2) bernafas melalui paru-paru,
Ikan 3) badan dilitupi bulu pelepah,
Ciri-ciri ikan ialah: 4) melakukan persenyawaan dalam.
5) telur bercangkerang keras.
1) hidup di dalam air,
2) bernafas melalui insang,
3) melakukan persenyawaan luar,
4)berdarah sejuk,
5) dilitupi kulit bersisik berlendir dan
6) mempunyai telur yang tidak bercangkerang.

Amfibia
Ciri-ciri amfibia ialah:

1) boleh hidup di air dan di darat,


2) bernafas menggunakan insang semasa kecil dan peparu semasa dewasa,
3) berdarah sejuk,
4) mempunyai kulit yang lembap,
5) melakukan persenyawaan luar,
6) bertelur tanpa cangkerang.
7) Contoh amfibia ialah katak dan kodok.
Haiwan Invertebrata

1) Haiwan invertebrata pula ialah haiwan yang tidak mempunyai tulang


belakang.
2) Invertebrata adalah kumpulan haiwan yang paling banyak bilangannya di
bumi ini.
3) Sesetengah invertebrata mempunyai kulit atau cangkerang keras bagi
melindungi diri seperti ketam dan kumbang.
4) Sesetengah invertebrata berbadan lembut menggunakan bendalir
badannya untuk tujuan sokongan seperti cacing tanah dan lintah.
5) Pada amnya, invertebrata boleh dikelaskan kepada dua kumpulan iaitu
yang berkaki dan yang tidak berkaki.
6) Contoh haiwan invertebrata yang lain ialah belalang, lipas, lipan, siput,
obor-obor, rama-rama dan kalajengking.

PENGELASAN TUMBUHAN

Tumbuhan Dikotiledon
Ciri-ciri tumbuhan dikotiledon ialah:

1) Daun berurat jejala


2) Biji benih mempunyai dua kotiledon
3) Batang biasanya berkayu
4) Mempunyai sistem akar tunjang
5) Mempunyai empat atau lima ranggi
6) Contoh tumbuhan dikotiledon ialah durian, rambutan, getah dan lain-lain.

Tumbuhan Monokotiledon
Ciri-ciri tumbuhan monokotiledon ialah:

1) Daun berurat selari


2) Biji benih mempunyai satu kotiledon
3) Batang tidak berkayu (lembut)
4) Mempunyai sistem akar serabut
5) Contoh tumbuhan monokotiledon ialah jagung, rumput, tebu, pisang, padi,
kelapa, orkid dan lain-lain.