Vous êtes sur la page 1sur 8

TAJUK : QABIL DAN HABIL

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH

Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru, kawan-kawan seterusnya hadirin yang dikasihi sekalian.

Salam ukhuwah hamba hulurkan

Memperkasakan ummah jadi bualan

Kisah manusia pertama hamba garapkan

Untuk didendang pada taulan

Qabil dan Habil merupakan golongan manusia pertama yang diciptakan oleh Allah
swt sebagai makhluk di muka bumi ini. Mereka berdua merupakan anak kepada
pasangan pertama manusia iaitu Nabi Adam dan Ibu Hawa. Qabil dapat
diistilahkan sebagai seorang yang tamak, kedekut dan bakhil manakala Habil pula
berpewatakan seorang yang baik hati dan dermawan. Mereka masing-masing
mempunyai pekerjaan sebagai petani dan penternak yang berjaya.

Sebagaimana Allah berfirman:

@?$#ur Nkn=t r't6tR o_/$# tPy#u *


Dan bacakanlah (Wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua .27
,orang anak Adam (Habil dan Qabil)

Sidang hadirin sekalian,

Program Pertama yang dilancarkan oleh kerajaan Malaysia pada awal tahun ini
amatlah tepat bagi membimbing kanak-kanak yang berkemahiran dalam bidang
tertentu diberi perhatian yang sepatutnya.

Allah telah menganugerahkan ke atas manusia nikmat untuk hidup berpasangan,


tetapi ia hendaklah berlandaskan syariat yang telah ditentukan olehNya.

Sebagaimana firman Allah SWT:

b)ur Lz wr& (#q)? 4uKtGu9$#


(#qs3R$$s $tB z>$s N3s9 z`iB !$|iY9$#
) 4o_WtB y]n=Our yt/ur

3. Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim
(apabila kamu berkahwin Dengan mereka), maka berkahwinlah Dengan sesiapa
Yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat.
Untuk mengembangkan zuriat dalam keluarga Nabi Adam, Allah telah
mensyariatkan kepada Nabi Adam supaya menjodohkan Qabil dan Habil dengan
saudara kembar perempuannya. Di dalam syariat Nabi Adam, tidak boleh
dijodohkan bagi saudara kembar sesama kembarnya. Oleh itu, Nabi Adam telah
menjodohkan Qabil dengan Labuda manakala Habil dengan Iqlima. Namun
keputusan tersebut ditentang dan dibantah oleh Qabil sementara Habil
menerimanya dengan hati yang tenang dan tawaduk.

Sidang hadirin sekalian,

Pada zaman moden kini, kita sering kali terdengar di sana sini isu pembuangan
bayi di merata-rata tempat di Media Massa dan media cetak, di samping itu
kempen-kempen jauhi zina juga rancak dianjurkan oleh pihak tertentu untuk
memberi penerangan kepada golongan remaja tentang hukuman pengharaman zina
dalam islam.

Setelah Nabi Adam dibelenggu masalah sedemikian rupa, Allah telah memerintah
Nabi Adam supaya menyuruh kedua anaknya iaitu Qabil dan Habil supaya
melakukan korban masing-masing. Qabil melaksanakan korban dengan cara yang
tidak ikhlas kerana Allah tetapi hanya mengikut hawa nafsu semata-mata.
Sebaliknya Habil penuh dengan keihklasan hatinya dalam melaksanakan korban
kerana Allah serta ketaatan kepada ayahnya.

Korban Qabil hanya nafsu diri


Korban Habil seiklhlas hati

Korban Qabil Allah murkai

Korban Habil diterima Ilahi

Firman Allah swt :

) $t/s% $ZR$t/% @m6)Fs `B $yJdtnr&


#$Ns9ur @6s)tF z`B yzFy

Iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk


mendampingkan diri kepada Allah). lalu diterima korban salah seorang di
antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari Yang lain (Qabil).

Sidang hadirin sekalian,

Keikhlasan rakyat dunia membantu mangsa gempa bumi di Haiti awal tahun ini,
sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dipikul oleh mereka yang ditimpa
bencana.
Maka Nabi Adam memutuskan bahawa Habil yang mendapat Iglima berpandukan
penerimaan korban oleh Allah swt. Qabil menyimpan dendam dan perasaan tidak
puas hati terhadap saudaranya Habil dan berhasrat untuk membunuhnya. Ditambah
pula domba hasutan syaitan lalu terlaksana pembunuhan pertama di dunia oleh
Qabil. Tetapi setelah dilaksanakan hukuman tersebut timbul dalam hatinya rasa
menyesal yang mendalam. Pepatah melayu ada menyebut:

Sesal dahulu pendapatan

Sesal kemudian tidak berguna

Sebagaimana firman Allah swt :

Mtqss ms9 mtR @Fs% mzr&


&s#tGs)s yxt6r's z`B s:$#

30. Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh


saudaranya, lalu ia membunuhnya. oleh itu menjadilah Dia dari golongan orang-
orang Yang rugi.
Sidang hadirin sekalian,

Bermulanya daripada peristiwa tersebut, semakin hari semakin banyak kita


mendengar jenayah bunuh yang berleluasa di sana sini. Di negara kita sendiri baru-
baru ini kita dikejutkan dengan pembunuhan yang amat tragis melibatkan seorang
pemuda yang membunuh kedua orang tua dan adik kandungnya.

Setelah Qabil membunuh Habil, maka Qabil kebinggungan bagaimana cara untuk
menguruskan mayat saudaranya itu. Di waktu ia dibelenggu kebinggungan itu,
Allah memperlihatkan 2 ekor burung berkelahi dan terbunuh salah seekor
daripadanya. Maka dengan izin Allah diperlihatkan burung yang hidup itu
menggali lubang lalu menanam bangkai burung yang telah mati.

Melalui kejadian tersebut, Qabil pun menyelesaikan pengurusan mayat saudaranya


itu. Dengan rasa penyesalan yang teramat di atas perbuatan itu, Qabil bertaubat
kepada Allah swt di atas apa yang berlaku.

Hal ini telah ditegaskan oleh Allah dalam firmanNya :

y]yt7s !$# $\/#{ ]ys7t F{$#


mt9 y#x. uq nouqy mzr& 4
31. Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-
ngorek di bumi supaya, diperlihatkan kepada (Qabil) Bagaimana cara menimbus
mayat saudaranya.

Sidang hadirin sekalian,

Pada hari ini, sistem pengurusan jenazah telah dipermudahkan dan dimodenkan
contohnya penyediaan tempat pengurusan jenazah yang membolehkan kerja-kerja
pengurusan dapat disegerakan dan lebih sempurna selagi tidak bertentangan
dengan agama Islam.

Demikian riwayat Qabil dan Habil yang digarapkan oleh Allah dalam al-Quran
untuk dijadikan tauladan dan nasihat supaya diambil iktibar oleh kita semua.

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Berdasarkan kisah tadi dapatlah kita simpulankan :

1) Anak adalah anugerah Allah kepada kita untuk dibimbing ke jalan yang benar.

2) Pensyariatan perkahwinan oleh Allah kepada manusia untuk mengembangkan


keturunan.

3) Ikhlas dalam melaksanakan sesuatu perkara, jangan mengharapkan balasan


semata-mata.
4) Permuapakatan dalam kehidupan menjamin kebahagian hidup, perbalahan
hanya membawa kepada kemusnahan.

5) Segera bertaubat kepada Allah sekiranya melakukan kesalahan.

Sekian terima kasih..

Vous aimerez peut-être aussi