Vous êtes sur la page 1sur 198

See

discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/271102751

Pelupusan Sisa Pepejal: Kajian Sistem Kitar


Semula Satu Aliran di Pusat Pengajian Sains
Matematik dan Sains Komputer...

Thesis January 2013


DOI: 10.13140/2.1.2561.0562

CITATIONS READS

0 6,426

1 author:

Muhamad Azahar Abas


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
13 PUBLICATIONS 31 CITATIONS

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Muhamad Azahar Abas on 20 January 2015.

The user has requested enhancement of the downloaded file. All in-text references underlined in blue are added to the original document
and are linked to publications on ResearchGate, letting you access and read them immediately.
PELUPUSAN SISA PEPEJAL: KAJIAN SISTEM KITAR SEMULA
SATU ALIRAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK DAN
SAINS KOMPUTER (BANGUNAN G31), UNIVERSITI SAINS
MALAYSIA, PULAU PINANG

Oleh

MUHAMAD AZAHAR BIN ABAS

Tesis yang diserahkan untuk


memenuhi keperluan bagi
Ijazah Sarjana Sains

Januari 2013
PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala

Puji Bagi Allah S.W.T Tuhan Sekalian Alam dan Salam ke atas Junjungan

Besar Nabi Muhammad S.A.W

i
PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Illahi atas limpah kurniaNya, tesis penyelidikan sarjana ini dapat

disempurnakan. Tesis ini hasil kerjasama pelbagai pihak sejak dari mula kajian hingga ke

penghujungnya. Tiada apa yang ingin dibalas melainkan ucapan ribuan terima kasih kepada

mereka yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung. Semoga jasa dan budi baik

yang dihulurkan diberkati dan diredhai Illahi.

Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada penyelia tesis ini iaitu Prof Madya Dr.

Norizan Md. Nor atas tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sepanjang menjalankan kajian dan

menyiapkan tesis ini. Tanpa bimbingan dan dorongan yang beliau berikan tesis ini tidak dapat

disempurnakan dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada para pensyarah dari Pusat Pengajian

Ilmu Kemanusiaan terutamanya dari bahagian Geografi yang telah banyak memberi tunjuk

ajar.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada En. Ihsanul anwar dari Pusat Pengajian Sains

Matematik, dan En. Mohd Redzuan Asmi dari Pusat Pengajian Sains Komputer yang telah

banyak memberikan kerjasama semasa kajian dijalankan. Tanpa kerjasama dan sokongan

yang diberikan, kajian ini sukar untuk dilaksanakan. Akhir sekali khas buat ahli keluarga

yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk menyiapkan tesis ini. Terima kasih

tidak terhingga diucapkan. Terima kasih juga buat sahabat-sahabat perjuangan yang banyak

membantu dalam perkongsian ilmu dan sokongan untuk menyempurnakan kajian dan tesis

ini.

ii
JADUAL KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA


SURAT
PENGHARGAAN i
JADUAL KANDUNGAN iii
SENARAI JADUAL vii
SENARAI RAJAH ix
DAFTAR ISTILAH xi
ABSTRAK xii
ABSTRACT xiii

1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 2
1.3 Isu dan Permasalahan Kajian 3
1.4 Persoalan Kajian 8
1.5 Objektif Kajian 8
1.6 Kerangka Konseptual Kajian 9
1.7 Skop Kajian 12
1.8 Kawasan Kajian 12
1.9 Kepentingan Kajian 13
1.10 Organisasi Tesis 13
1.11 Rumusan 16

2 ULASAN KEPUSTAKAAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Konsep Pembangunan Lestari Dalam Konteks Pengurusan Sisa 18
Pepejal
2.3 Konsep Kampus Lestari Dalam Konteks Pengurusan Sisa Pepejal 26
2.4 Sisa Pepejal 30
2.4.1 Definisi Sisa Pepejal Mengikut Akta 30
2.4.2 Klasifikasi Sisa Pepejal 32
2.4.3 Sisa Pepejal Perbandaran 33
2.4.4 Pengurusan Sisa Pepejal di Peringkat Asia 34
2.4.5 Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia 38
2.4.6 Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu 52
2.4.7 Impak Lambakan Sisa Pepejal yang Tidak Terkawal 54
2.5 Kitar Semula 55
2.5.1 Ringkasan Sejarah dan Evolusi Kitar Semula 55
2.5.2 Istilah Berkaitan Kitar Semula 58
2.5.3 Sistem Kitar Semula 60
2.6 Rumusan 70

iii
3 KAEDAH PENYELIDIKAN DAN KAWASAN KAJIAN
3.1 Pengenalan 71
3.2 Proses Kajian 71
3.2.1 Kajian Awal dan Tinjauan Literatur 73
3.2.2 Pengumpulan Data 73
3.2.3 Analisis Data 76
3.3 Pendekatan dan Reka Bentuk Kajian 79
3.3.1 Kajian Lapangan 80
3.3.2 Kajian Kes 81
3.4 Kaedah Persampelan 82
3.4.1 Persampelan Rawak Berlapis 82
3.4.2 Persampelan Kuota 83
3.5 Instrumen Kajian 84
3.5.1 Analisis Situasi 84
3.5.2 Soal Selidik 85
3.5.3 Pemerhatian Ikut Serta 87
3.6 Pertimbangan Etika Dalam Kajian 88
3.7 Kawasan Kajian 89
3.7.1 Justifikasi Pemilihan Kawasan Kajian 90
3.7.2 Sejarah dan Latar Belakang Kawasan Kajian 92
3.7.3 Populasi Komuniti di Kawasan Kajian 94
3.8 Rumusan 94

4 PELUPUSAN SISA PEPEJAL DI BANGUNAN G31


4.1 Pengenalan 96
4.2 Komposisi Sisa Pepejal yang Dilupuskan di Bangunan G31 97
4.3 Kadar Pelupusan Sisa Pepejal di Bangunan G31 100
4.4 Pola Pelupusan Sisa Pepejal di Bangunan G31 103
4.5 Perbincangan Penemuan Kajian 105
4.6 Rumusan 107

5 RESPONS KOMUNITI TERHADAP PENJAGAAN ALAM


SEKITAR DAN AMALAN KITAR SEMULA
5.1 Pengenalan 108
5.2 Profil Demografi 109
5.3 Kesedaran Terhadap Penjagaan Alam Sekitar 111
5.3.1 Penjimatan Tenaga 111
5.3.2 Pengurusan Sisa Pepejal 112
5.3.3 Pengangkutan 113
5.3.4 Penjimatan Air 114
5.3.5 Tahap Kesedaran Komuniti Terhadap Penjagaan Alam Sekitar 115
5.3.6 Hubungan Sosio-Demografi Dengan Kesedaran Terhadap
Penjagaan Alam Sekitar 115
5.4 Kesedaran Terhadap Kepentingan Amalan Kitar Semula 118
5.4.1 Hubungan Sosio-Demografi Dengan Kesedaran Komuniti
Terhadap Amalan Kitar Semula 119

iv
5.5 Kefahaman Komuniti Terhadap Sistem Kitar Semula 121
5.5.1 Hubungan Sosio-Demografi Dengan Kefahaman Komuniti 122
Terhadap Sistem Kitar Semula
5.6 Penglibatan Responden Terhadap Sistem Kitar Semula Satu Aliran 124
5.6.1 Tahap Penglibatan Terhadap Sistem Kitar Semula Satu Aliran
5.6.2 Hubungan Sosio-Demografi Dengan Penglibatan Terhadap 125
Sistem Kitar Semula Satu Aliran
126
5.7 Perbincangan Penemuan Kajian 128
5.8 Rumusan 132

6 KEBERKESANAN SISTEM KITAR SEMULA SATU ALIRAN


SERTA CABARAN PELAKSANAAN
6.1 Pengenalan 133
6.2 Penerimaan Terhadap Sistem Kitar Semula Satu Aliran 134
6.2.1 Tahap Penerimaan Terhadap Sistem Kitar Semula Satu Aliran 135
6.3 Keberkesanan Sistem Kitar Semula Satu Aliran 136
6.3.1 Tahap Keberkesanan Sistem Kitar Semula Satu Aliran 137
6.4 Kutipan Barangan Kitar Semula 137
6.4.1 Pola Kutipan Barangan Kitar Semula di Bangunan G31 141
6.5 Cabaran Pelaksanaan Sistem Kitar Semula 144
6.5.1 Harga Barangan kitar Semula Tidak Menentu 145
6.5.2 Pencemaran Barangan Kitar Semula 145
6.5.3 Kurang Pengetahuan Terhadap Barangan yang Tidak Boleh 147
Dikitar Semula
6.6 Perbincangan Penemuan Kajian 148
6.7 Rumusan 150

7 KESIMPULAN DAN CADANGAN


7.1 Pengenalan 151
7.2 Penemuan Kajian 151
7.2.1 Potensi Kitar Semula di Bangunan G31 152
7.2.2 Penglibatan Komuniti Terhadap Sistem Kitar Semula Satu 153
Aliran
7.2.3 Keberkesanan Sistem Kitar Semula Satu Aliran 154
7.2.4 Rumusan Penemuan Kajian 154
7.3 Cadangan Kajian Lanjutan 155
7.4 Sumbangan Kajian 156
7.5 Rumusan 157

v
LAMPIRAN 1
(Borang Kajian Soal Selidik)

LAMPIRAN 2
(Jadual Taburan Nilai Chi-Square)

LAMPIRAN 3
(Butiran Sokongan Penyelidikan)

LAMPIRAN 4
(Data Mentah Untuk Berat Sisa Pepejal Dilupuskan)

LAMPIRAN 5
(Data Mentah Untuk Kutipan Barangan Kitar Semula)

vi
SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA

SURAT

2.1 Organisasi Antarabangsa yang Ditubuhkan Berkaitan Sisa 21

2.2 Takrifan Kelestarian Menurut Berberapa Kajian 23

2.3 Prinsip Kampus Lestari Menurut Berberapa Kajian 28

2.4 Sumber Penjanaan Sisa Pepejal Perbandaran 33

2.5 Komposisi Fizikal Sisa Pepejal Perbandaran 34

2.6 Akta Berkaitan Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia 39

2.7 Penjanaan Sisa Pepejal Perbandaran di Pusat Bandar Semenanjung 44

Malaysia

2.8 Komposisi Sisa yang Dijana di Malaysia 45

2.9 Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Alam Flora Sdn. Bhd 47

2.10 Perkhidmatan yang ditawarkan Kualiti Alam Sdn. Bhd 49

2.11 Bilangan Tapak Pelupusan Sampah di Malaysia 51

2.12 Unit Operasi untuk Kemudahan Mendapatkan Semula Bahan Kitar 69

Semula (MRF) dan Fungsi-fungsi

3.1 Program Akademik yang Ditawarkan di Pusat Pengajian Sains 93

Matematik dan Pusat Pengajian Sains Komputer

3.2 Statistik Komuniti Akademik, Komuniti Bukan Akademik, dan 94

Komuniti Pelajar di Bangunan G31

4.1 Kategori Sisa Pepejal yang dijana di Bangunan G31 Pada Bulan 98

September 2012

4.2 Komposisi Sisa Pepejal (%) yang Dilupuskan di Bangunan G31 100

vii
4.3 Berat Sisa Pepejal (kg) yang dijana Mengikut Hari dan Minggu di 102

Bangunan G31

4.4 Kadar Pelupusan Sisa Pepejal di Bangunan G31 Mengikut Kategori 102

5.1 Profil Demografi Responden 109

5.2 Hubungan Sosio-demografi dengan Tahap Kesedaran Responden 117

Terhadap Penjagaan Alam Sekitar

5.3 Hubungan Sosio-demografi dengan Tahap Kesedaran Responden 120

Terhadap Kepentingan Amalan Kitar Semula

5.4 Hubungan Sosio-demografi dengan Kefahaman Terhadap Sistem 123

Kitar Semula

5.5 Min dan Sisihan Piawai Berkenaan Penglibatan Komuniti Terhadap 125

Sistem Kitar Semula Satu Aliran

5.6 Hubungan Sosio-demografi dengan Penglibatan Responden Terhadap 127

Sistem Kitar Semula Satu Aliran

5.7 Hubungan Signifikan Antara Sosio-demografi dengan Kenyataan 130

Responden Berkaitan Tahap Kesedaran dan Tindak Balas Terhadap

Alam Sekitar dan Kitar Semula

6.1 Min dan Sisihan Piawai Berkenaan Penerimaan Komuniti Terhadap 134

Sistem Kitar Semula Satu Aliran

6.2 Min dan Sisihan Piawai Berkenaan Keberkesanan Sistem Kitar 136

Semula Satu Aliran

6.3 Lokasi Peletakan Bekas dan Tong Kitar Semula Satu Aliran di 138

Bangunan G31.

6.4 Kutipan Barangan Kitar Semula dari Bangunan G31 pada 10 139

Disember 2012 hingga 4 Januari 2013

viii
SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA

SURAT

1.1 Kerangka Kerja Konseptual Kajian 11

2.1 Modul Triple Bottom Line 24

2.2 Hubungan Sistem Manusia Dengan Ekosistem 29

2.3 Komposisi Sisa di Negara Berpendapatan Tinggi, Sederhana dan 35

Rendah

2.4 Evolusi Pelan Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia 42

2.5 Hirarki Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia 43

2.6 Simbol Kitar Semula 59

2.7 Operasi Sistem Kitar Semula 61

3.1 Carta Aliran untuk Proses Kajian 72

3.2 Lokasi Bangunan G31 dalam Peta Universiti Sains Malaysia 90

4.1 Peratusan Sisa Pepejal yang dilupuskan Mengikut Kategori di 98

Bangunan G31

4.2 Pola Berat Barangan Kitar Semula yang Dilupuskan di Bangunan G31 103

4.3 Pola Berat Barangan Kitar Semula dan Sampah yang Dilupuskan di 104

Bangunan G31

5.1 Tindak Balas Responden Terhadap Penjimatan Elektrik 111

5.2 Tindak Balas Responden Terhadap Pengurusan Sisa Pepejal 112

5.3 Tindak Balas Responden Terhadap Pengangkutan 113

5.4 Tindak Balas Responden Terhadap Penjimatan Air 114

ix
5.5 Skala Kesedaran Responden Secara Keseluruhan Terhadap Penjagaan 115

Alam Sekitar

5.6 Skala kesedaran Responden Terhadap Kepentingan Amalan Kitar 118

Semula

5.7 Peratusan Responden yang Memahami Sistem Kitar Semula 121

5.8 Skala Penglibatan Responden Terhadap Sistem Kitar Semula Satu 125

Aliran

6.1 Skala Penerimaan Komuniti Terhadap Sistem Kitar Semula 135

6.2 Skala Keberkesanan Sistem Kitar Semula Satu Aliran 137

6.3 Peratusan Kutipan Barangan Kitar Semula Dari Bangunan G31 140

Mengikut Jenis (10 Disember 2012 - 4 Januari 2013).

6.4 Pola Berat Barangan Kitar Semula di Bangunan G31 (10 Disember 142

2012 - 4 Januari 2013)

6.5 Pola Kutipan Barangan Kitar Semula di Pusat Pengajian Sains 143

Komputer (10 Disember 2012 - 4 Januari 2013)

6.6 Pola Kutipan Barangan Kitar Semula di Pusat Pengajian Sains 143

Matematik (10 Disember 2012 - 4 Januari 2013)

6.7 Sistem Rangkaian Pengumpulan Barangan Kitar Semula 146

x
DAFTAR ISTILAH

OPP3 - Outline Perspective Plan 3

ULSF - University Leaders for a Sustainable Future

UNEP - United Nations Environment Programme

USM - Universiti Sains Malaysia

WCED - World Commission on Environment Program

MPPP - Majlis Perbandaran Pulau Pinang

MPSP - Majlis Perbandaran Seberang Perai

3R - Reduce, Reuse, Recycle

MRFs - Material Recovery Facilities

PPSPPA - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

KPKT - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

BBRS - Blue Box Recycling System

OECD - Organisation for Economic Co-operation and Development

UNDP - United Nation Development Programme

UNESCO - United Nations Educational Scientific and Cultural Organization

WRI - World Resources Institute

UN - United Nations

ISWM - Integrated Solid Waste Management

xi
PELUPUSAN SISA PEPEJAL: KAJIAN SISTEM KITAR SEMULA SATU ALIRAN
DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK DAN SAINS KOMPUTER
(BANGUNAN G31), UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG

ABSTRAK

Kebanyakan negara membangun seperti Malaysia menghadapi masalah peningkatan

penjanaan sisa pepejal. Isu ini menjadi cabaran besar kepada pihak berkuasa tempatan. Kitar

semula merupakan pendekatan yang digunakan untuk mengurangkan kuantiti sisa pepejal

yang dilupuskan. Namun, kadar kitar semula di Malaysia masih rendah berbanding negara

jiran. Sistem kitar semula yang mudah dan selesa dapat meningkatkan amalan kitar semula

dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, kajian ini meneroka sistem kitar semula satu aliran

sebagai pendekatan alternatif kepada sistem kitar semula pelbagai aliran di Bangunan G31,

Universiti Sains Malaysia. Objektif kajian adalah i) Mengenal pasti komposisi sisa pepejal

yang dilupuskan di kawasan kajian, ii) Meneliti tahap penglibatan komuniti di kawasan

kajian terhadap sistem kitar semula satu aliran, dan iii) Menilai proses dan mengenal pasti

cabaran pelaksanaan sistem kitar semula satu aliran di kawasan kajian. Pendekatan kajian

yang digunakan adalah kajian lapangan dan kajian kes. Seramai 120 responden dipilih

berdasarkan persampelan rawak berlapis dan persampelan kuota. Dalam kajian ini, data

diperolehi menerusi soal selidik, pemerhatian ikut serta dan kajian lapangan. Penemuan

kajian menunjukkan majoriti sisa pepejal yang dilupuskan di Bangunan G31 berpotensi untuk

dikitar semula. Apabila sistem kitar semula satu aliran dijalankan, tahap penglibatan komuniti

terhadap sistem kitar semula adalah sederhana. Namun, sistem kitar semula satu aliran

menunjukkan keberkesanan berdasarkan kutipan barangan kitar semula yang meningkat

setiap minggu. Selain itu, cabaran pelaksanaan sistem kitar semula satu aliran dikenal pasti

untuk penambah baik program kitar semula pada masa hadapan.

xii
SOLID WASTE DISPOSAL: STUDY ON SINGLE STREAM RECYCLING SYSTEM AT
SCHOOL OF MATHEMATICAL SCIENCES AND COMPUTER SCIENCES
(BUILDING G31), UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG

ABSTRACT

Most of the developing countries such as Malaysia have facing issue of solid waste increment

in the cities and accompanying problems and challenges to the local authorities. The effective

way to reduce solid waste disposal was recycling. Unfortunately, recycling rate in Malaysia

was still left behind compared to neighbouring countries. Recycling system that offers

comfortable and easier to practises can encourage people to practice recycling in their daily

life. This research will explore the single stream recycling system as alternative recycling

system at G31 building, Universiti Sains Malaysia. The research objectives are i) to

recognise the composition of the solid waste disposed at study area, ii) to analyses the

community participation in single stream recycling program, and iii) to evaluate and identify

the single stream recycling process and challenges. The research approaches used in this

study are fieldwork and case studies. Besides that, Random stratified sampling and quota

samplings were used to select 120 respondents among populations. Data were collected by

questionnaires distribution, observation and fieldwork. The results showed most of solid

wastes disposed at G31 building were potentially recyclable. Unfortunately, the level of

community participation toward single stream recycling system was neutral. However, the

weight of the recyclable items collected was increased through weeks and shows the single

stream-recycling system was effective to be practised. Moreover, the challenge of single

stream recycling system was discovered to improve recycling program in the future.

xiii
BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pengurusan sisa pepejal yang cekap penting di dalam pembangunan bandar

lestari. Kadar penjanaan sisa yang semakin meningkat di dalam bandar pada masa

kini menjadi cabaran besar kepada pihak berkuasa tempatan. Kitar semula adalah

pendekatan yang berkesan untuk mengurangkan sisa pepejal yang dilupuskan.

Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak di Malaysia untuk

meningkatkan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Namun,

peratusan masyarakat Malaysia yang mengamalkan kitar semula adalah amat kecil

berbanding masyarakat di negara jiran seperti Singapura dan Thailand. Oleh itu,

bilangan tapak pelupusan sampah di Malaysia semakin bertambah dari tahun ke

tahun untuk menampung kuantiti sisa pepejal yang dijana dari isi rumah, industri,

tapak pembinaan dan institusi pendidikan (sekolah, kolej, universiti). Peningkatan

bilangan tapak pelupusan sampah akan memberi kesan negatif kepada kesejahteraan

alam sekitar, pembangunan sosial dan ekonomi. Sistem dan teknologi kitar semula

yang mudah dan cekap perlu diperkenalkan kepada masyarakat untuk meningkatkan

amalan kitar semula. Sistem kitar semula satu aliran merupakan salah satu kaedah

pengumpulan barangan kitar semula curbside selain sistem kitar semula pelbagai

aliran. Sistem ini telah mula diperkenal dan dilaksanakan di Kanada sejak tahun 1983

dan telah berjaya mengurangkan kuantiti sisa pepejal yang dilupuskan di tapak

pelupusan sampah.

1
1.2 Latar Belakang Kajian

Lambakan sisa pepejal di tapak pelupusan sampah menjadi masalah kepada

pembangunan ekonomi, sosial dan kesejahteraan alam sekitar. Peningkatan kuantiti

sisa pepejal yang dilupuskan dari tahun ke tahun amat membimbangkan pelbagai

pihak. Kitar semula merupakan salah satu inisiatif untuk mengurangkan kuantiti sisa

pepejal yang dilupuskan dengan memproses sisa pepejal menjadi produk baru.

Sehingga kini terdapat banyak sistem kitar semula yang diperkenalkan untuk

memberi kemudahan kepada masyarakat mengamalkannya.

Proses kitar semula pada peringkat pengumpulan memainkan peranan yang

penting untuk menjayakan program kitar semula yang dilaksanakan. Terdapat

pelbagai sistem pengumpulan barangan kitar semula diperkenalkan. Sistem

pengumpulan barangan kitar semula pelbagai aliran lebih banyak digunakan ketika

ini. Namun, sistem pengumpulan ini memberi pelbagai masalah semasa

pelaksanaannya seperti memerlukan kos yang tinggi, ruang yang besar, dan

kekeliruan terhadap sistem. Kajian ini meneroka sistem pengumpulan barangan kitar

semula satu aliran sebagai alternatif untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat

pada sistem kitar semula pelbagai aliran.

2
1.3 Isu dan Permasalahan Kajian

Kerancakan proses urbanisasi, globalisasi dan industrialisasi telah mengheret

separuh daripada populasi masyarakat dunia untuk bermastautin di kawasan bandar.

Menurut United Nation Human Settlements Programme (UN-HABITAT, 2008),

hampir keseluruhan permukaan bumi akan didominasi oleh bandar pada pertengahan

abad ini. Malangnya, keadaan ini telah menyebabkan pelbagai masalah alam sekitar

seperti perubahan iklim, pelbagai pencemaran, dan pengurangan bahan mentah dan

biodiversiti. Sejak itu, isu berkait kelestarian telah mendapat perhatian global dan

tempatan (Barth dan Timm, 2011). Salah satu isu yang mendapat perhatian adalah

isu pengurusan sisa pepejal yang efisien. Isu ini menjadi satu permasalahan yang

kritikal dihadapi oleh kerajaan pusat, pihak berkuasa tempatan, dan komuniti

diperingkat tempatan dan global pada masa kini (World Bank, 1999).

Budaya pengeluaran dan kepenggunaan yang tidak lestari dalam kalangan

masyarakat dunia pada masa kini khususnya di Malaysia telah membawa kepada

kadar penjanaan sisa pepejal yang semakin meningkat secara drastik dari tahun ke

tahun (Agamuthu et al., 2009). Kesannya, berlaku penambahan bilangan tapak

pelupusan sampah yang akan memberi impak yang negatif kepada kesejahteraan

alam sekitar, sosial dan ekonomi. Purata tapak perlupusan sampah di Malaysia hanya

mampu menampung penjanaan sisa pepejal selama 2 tahun. Situasi ini berbeza

dengan tapak pelupusan sampah di barat kerana tapak pelupusan sampah mereka

mampu bertahan selama 5 ke 10 tahun (Agamuthu et al., 2009). Menurut Modul

Pengurusan Sisa Pepejal untuk Pulau Pinang, proses urbanisasi yang pesat berlaku di

3
Pulau Pinang menyebabkan kadar penjanaan sisa pepejal semakin meningkat secara

drastik. Oleh itu, pihak kerajaan dan pihak berkuasa tempatan mengalami masalah

untuk membuka tapak pelupusan sampah yang baru kerana tiada kawasan tanah yang

sesuai (UNDP, 2008). Masalah ini telah menambah beban dan tekanan kepada majlis

perbandaran untuk menguruskan sisa tersebut. Kebanyakan majlis perbandaran telah

memperuntukan lebih 50% daripada pendapatan operasi perbandaran untuk

mengurus sisa pepejal (Lau, 2004).

Menurut laporan United Nations Environment Programme (2012), jumlah

berat sisa pepejal perbandaran di peringkat global telah mencecah 1.84 bilion tan

iaitu meningkat 7% berbanding tahun 2003. Jumlah berat sisa pepejal perbandaran

global ini dijangka akan bertambah dengan kadar kenaikan 7% setahun pada tahun

berikutnya. Oleh itu, isu mengenai pengurusan sisa pepejal yang efisien telah

mendapat perhatian banyak pihak di peringkat global dan tempatan untuk mencapai

masa depan yang lebih baik. Bermula pada tahun 1992, Persidangan Kemuncak

Bumi di Rio Janeiro telah meletakkan cabaran pembangunan yang lestari sebagai

teras utama di dalam pembangunan ekonomi. Hasilnya, program tindakan

antarabangsa yang dikenali sebagai Agenda 21 telah ditubuhkan. Di dalam

Agenda 21 Seksyen 2 bab 21, setiap rangka kerja dan tindakan berkaitan program

sisa hendaklah fokus kepada empat tumpuan utama iaitu pemuliharaan dan

mengurangkan penghasilan sisa, memaksimumkan penggunaan semula sisa dan kitar

semula sisa, mempromosi teknik pelupusan sisa dan rawatan sisa yang mesra alam,

dan meluaskan rangkaian perkhidmatan sisa di seluruh kawasan (United Nations,

1992).

4
Pembentukan Agenda 21 telah memberi impak kepada pentadbir di

kebanyakan negara dalam merancang perubahan dan pelaksanaan program

pengurusan sisa pepejal yang lebih cekap. Sebagai contoh, Kementerian Perumahan

dan Kerajaan Tempatan Malaysia telah melancarkan secara rasmi program kitar

semula di peringkat kebangsaan pada tahun 2000 (PPSPPA, 2012). Selain itu, Akta

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam telah diwartakan pada 30/08/2008

untuk memberi perubahan yang besar kepada pengurusan sisa pepejal di Malaysia.

Namun, kadar kitar semula di Malaysia pada masa kini masih berada di tahap yang

rendah iaitu 5% berbanding negara jiran seperti Thailand dan Singapura (Agamuthu

et al., 2009). Oleh sebab itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah

mensasarkan peningkatan kadar kitar semula di Malaysia menjelang 2020 kepada

22% (Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, 2012). Bagi

mencapai sasaran ini, konsep 3R iaitu Reduce (Pengurangan), Reuse (Penggunaan

Semula), Recycle (Kitar Semula) hendaklah dilaksanakan secara menyeluruh dalam

pengurusan sisa pepejal.

Selain itu, penglibatan pihak berkuasa tempatan (PBT), pertubuhan bukan

kerajaan, industri, dan institusi pendidikan (sekolah, kolej, universiti) dalam

melaksanakan program kitar semula adalah amat penting. Sebagai contoh, Kerajaan

Negeri Pulau Pinang telah mengambil inisiatif membangunkan Bandar Eko. Menurut

ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di dalam Perbincangan Meja

Bulat Pihak Berkepentingan Bandar Eko pada 24/08/2009, sebuah Bandar Eko

hendaklah memenuhi berberapa kriteria seperti kadar kitar semula yang tinggi dan

sisa pepejal yang dijana dimanfaatkan kepada sumber yang berguna. Sehubungan itu,

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bercita-cita untuk menjadikan Pulau

5
Pinang sebagai sebuah hub industri pengeluaran mesra alam yang pertama di

Malaysia dan Asia Terenggara.

Sehubungan itu, merujuk konteks institut pengajian tinggi, terdapat banyak

institut pengajian tinggi (IPT) di dalam dan luar negara yang telah mengambil

inisiatif pelaksanaan program kitar semula di dalam kampus sepanjang tahun.

Sebagai contoh, University of Leeds (United Kingdom), Kansas State University

(Amerika Syarikat) , Autonomous University of Baja California (Mexico), University

of Northen British Columbia (Kanada), Cornel University (Amerika Syarikat),

University of Tokyo (Jepun) Massey University (New Zealand), Universiti Sains

Malaysia (Malaysia), Universiti Kebangsaan Malaysia (Malaysia) dan Universiti

Malaya (Malaysia).

Namun, kebanyakan program kitar semula yang dilaksanakan di institusi

pengajian tinggi tempatan tidak menunjukan hasil yang positif kerana bersifat

sementara (ad-hoc). Terdapat banyak kempen kesedaran telah dilaksanakan di

institusi pengajian tinggi tempatan, namun kadar kitar semula dalam kalangan

komuniti kampus hanya meningkat semasa kempen dijalankan. Walaupun mereka

mengetahui kepentingan amalan kitar semula, namun kadar kitar semula akan

menurun jika tiada kempen yang dilaksanakan. Hal ini disebabkan beberapa faktor,

antaranya adalah tidak mempunyai masa untuk mengamalkan kitar semula, sistem

kitar semula sedia ada yang tidak selesa dan stesen kitar semula tidak diurus dengan

baik (Norizan et al., 2012).

6
Kajian berkaitan kitar semula sisa pepejal sering dijalankan oleh ramai

penyelidik dari perspektif yang berbeza. Namun, kebanyakan kajian mempunyai

matlamat yang sama iaitu menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan

masyarakat dalam pengamalan kitar semula. Terdapat banyak sokongan awam

terhadap kempen kitar semula tetapi kurang dari segi tindakan (Mayfield, 2006).

Sehingga kini, kajian kitar semula daripada perspektif pengoperasian kurang

dilaksanakan di Malaysia. Sebagai contoh, kajian terhadap pelaksanaan operasi kitar

semula yang selesa dan cekap masih kurang dilakukan. Kajian ini meneliti tahap

penerimaan dan penglibatan komuniti IPT terhadap pelaksanaan sistem kitar semula

satu aliran sebagai usaha mengurangkan kuantiti sisa pepejal yang dihantar ke tapak

pelupusan sampah.

Sistem kitar semula satu aliran telah berjaya mengubah persepsi masyarakat

Kanada terhadap amalan kitar semula sejak tahun 1983. Sistem ini telah digunakan

oleh pelbagai negara seperti Amerika Syarikat dan berberapa negara Eropah sebagai

inisiatif untuk mengurangkan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan sampah.

Menurut Kehmeyer et al., (2011), penggunaan sistem kitar semula satu aliran banyak

memberi kelebihan berbanding sistem kitar semula pelbagai aliran. Sistem Kitar

Semula Bekas Biru (Blue Box Recycling System, BBRS) merupakan salah satu

contoh sistem kitar semula satu aliran. Pada tahun 1989, BBRS telah memenangi

Anugerah Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu kerana sumbangan yang

cemerlang dalam menangani pencemaran. Aplikasi konsep kitar semula satu aliran

sebagai sebuah sistem kitar semula yang baru di Malaysia adalah signifikan untuk

menghadapi masalah peningkatan penjanaan sisa pepejal yang tidak terkawal pada

masa kini.

7
1.4 Persoalan Kajian

Beberapa persoalan pokok yang menjadi teras kajian adalah seperti berikut:

i. Apakah komposisi sisa pepejal yang akan dilupuskan di kawasan kajian?

ii. Bagaimanakah penglibatan komuniti di kawasan kajian terhadap pelaksanaan

sistem kitar semula satu aliran?

iii. Bagaimanakah keberkesanan proses dan cabaran pelaksanaan sistem kitar

semula satu aliran di kawasan kajian?

1.5 Objektif Kajian

Berdasarkan persoalan kajian di atas, tiga objektif utama kajian dibentuk:

i. Mengenal pasti komposisi sisa pepejal yang dilupuskan di kawasan kajian

ii. Meneliti tahap penglibatan komuniti di kawasan kajian terhadap pelaksanaan

sistem kitar semula satu aliran

iii. Menilai proses dan mengenal pasti cabaran pelaksanaan sistem kitar semula

satu aliran di kawasan kajian

8
1.6 Kerangka Konseptual Kajian

Kerangka konseptual yang dibentuk dalam kajian ini adalah merupakan hasil

pengubah suaian daripada Cradle-to-Cradle Design yang telah diketengahkan oleh

Braungart et al., (2007). Pendekatan Cradle-to-Cradle memberi perhatian terhadap

pengekalan aliran bahan dalam dua metabolisme iaitu metabolisme biologi dan

metabolisme teknikal. Peningkatan jangka hayat aliran bahan dalam metabolisme

teknikal dapat dicapai melalui penggunaan semula dan kitar semula atau pemulihan

bahan. Oleh itu, sisa pepejal yang berpotensi untuk dipulihkan akan di hantar ke

pusat pemulihan bahan untuk dijadikan produk baru. Keadaan ini merupakan salah

satu inisiatif mengurangkan sisa pepejal yang dilupuskan dan meningkatkan jangka

hayat bahan (Braungart et al., 2007). Dalam konteks kajian ini, sistem kitar semula

satu aliran digunakan untuk mengurangkan penjanaan sisa pepejal di kawasan kajian.

Selain itu, sistem kitar semula satu aliran dapat memberi kemudahan kepada orang

ramai untuk mengitar semula sisa pepejal mereka.

Kerangka konsep kajian yang dibina menjelaskan kitaran hidup bahan yang

lestari (Rajah 1.1). Kitaran hidup bahan yang lestari dapat memberi manfaat kepada

pembangunan ekonomi, alam sekitar dan sosial. Sebagai contoh, syarikat

pengeluaran tidak perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan sumber untuk

menghasilkan produk yang baru kerana bekalan sumber akan diperolehi daripada

pelanggan. Ini bermakna pelanggan tidak akan menjana sisa daripada produk yang

dibeli, sebaliknya dikembalikan semula kepada syarikat pengeluar apabila sudah

rosak dan tidak digunakan lagi. Pencongan sisa pepejal daripada dihantar ke tapak

9
pelupusan sampah dapat memberi impak yang positif kepada kesejahteraan alam

sekitar kerana menghasilkan jejak karbon yang rendah. Pembangunan bandar yang

memberi perhatian terhadap alam sekitar dan persekitarannya merupakan salah satu

kriteria sebuah bandar yang berdaya huni. Namun, untuk mencapai matlamat ini

memerlukan campur tangan menerusi inovasi teknologi seperti inovasi sistem kitar

semula satu aliran dan pusat pemulihan bahan dan perubahan gaya hidup yang lestari

dalam kalangan komuniti (Barth dan Timm, 2011).

Dalam kajian ini, sistem kitar semula satu aliran diaplikasi sebagai satu

pengoperasian sistem kitar semula yang baru kepada komuniti institusi pengajian

tinggi. Komuniti institusi pengajian tinggi merujuk kepada staf akademik, staf bukan

akademik dan pelajar. Kepelbagaian komuniti ini akan membentuk ruang kajian

untuk aplikasi sistem kitar semula satu aliran. Komuniti di institusi pengajian tinggi

berpotensi untuk memahami sebuah sistem yang baru dengan baik kerana

mempunyai latar belakang pendidikan yang baik, prihatin terhadap persekitaran dan

berada di dalam sebuah enklaf yang sentiasa ingin meningkatkan kualiti hidup.

Dalam konteks kajian ini, kitar semula merupakan salah satu insiatif untuk

membentuk sebuah bandar dan komuniti lestari.

10
Rajah 1.1: Kerangka Kerja Konseptual Kajian (disesuaikan dari Cradle-to-cradle
Design: A Strategy for Eco-Effective Product and System, Braungart et al. 2007)

11
1.7 Skop Kajian

Kajian ini bertujuan mengenal pasti komposisi sisa pepejal yang dilupuskan

dan penglibatan komuniti kampus terhadap pelaksanaan sistem kitar semula satu

aliran. Impak pelaksanaan sistem kitar semula satu aliran terhadap komuniti kampus

yang terlibat dijadikan persoalan kajian dalam penyelidikan ini. Operasi kitar semula

yang mudah dan cekap diaplikasi dalam penyelidikan ini untuk pemupukan gaya

hidup lestari dalam kalangan komuniti di kawasan kajian. Pelaksanaan semata-mata

tidak memberi impak yang mendalam kepada komuniti di kawasan kajian. Oleh yang

demikian, publisiti seperti kempen pelaksanaan sistem kitar semula mampu memberi

kefahaman serta memberi kesedaran kepada komuniti di kawasan kajian untuk

terlibat dalam aktiviti kitar semula.

1.8 Kawasan Kajian

Kajian berfokus kepada komuniti yang berada di dalam Pusat Pengajian Sains

Matematik dan Sains Komputer (Bangunan G31), Universiti Sains Malaysia sebagai

unit analisis. Pemilihan pusat pengajian yang berada di kampus induk USM sebagai

unit analisis berdasarkan beberapa pertimbangan agar bersesuaian dengan

penyelidikan ini. Komuniti di Bangunan G31 dipilih kerana memenuhi kriteria

komuniti lestari kerana banyak inisiatif pembangunan lestari yang telah dilaksanakan

di USM sejak tahun 2000. Selain itu, struktur bangunan yang bertingkat dan sistem

12
pengurusan sisa pepejal yang berkluster menjadikan Bangunan G31 sesuai untuk

penyelidikan ini.

1.9 Kepentingan Kajian

Kajian ini meneroka sistem kitar semula satu aliran sebagai alternatif kepada

sistem kitar semula pelbagai aliran. Oleh itu, kajian ini menyumbang kepada

pencambahan ilmu dan pengetahuan terutamanya berkaitan penambah baik sistem

pengumpulan barangan kitar semula. Selain itu, kajian ini menyumbang kepada

pihak yang berkepentingan untuk membuat keputusan untuk melaksanakan program

kitar semula. Penglibatan komuniti terhadap sistem kitar semula satu aliran dapat

menunjukkan keberkesanan sistem kitar semula satu aliran.

1.10 Organisasi Tesis

Kajian ini merangkumi tujuh bab secara keseluruhannya. Bab 1 merujuk

kepada pengenalan kepada kajian. Bab ini menjelaskan isu dan permasalahan kajian

yang menjadi asas kepada pembentukan kajian ini. Dalam bab ini juga objektif kajian

dijelaskan dengan lebih terperinci. Selain itu, kerangka konseptual kajian, skop

kajian, dan kepentingan kajian juga dibincangkan dalam bab ini.

13
Menerusi bab 2, ulasan kepustakaan dibincangkan untuk mengupas isu dan

permasalahan kajian dengan perbincangan berberapa konsep dan definisi. Antaranya

adalah konsep berkaitan pembangunan lestari dalam konteks pengurusan sisa pepejal

dan kitar semula. Isu pengurusan sisa pepejal yang lestari dibincangkan di peringkat

global, wilayah dan tempatan. Kemudian, terdapat juga perbincangan mengenai

kajian empirikal terdahulu berkaitan pelaksanaan program kitar semula. Selain itu,

berberapa sistem kitar semula seperti curbside, pusat drop-off dan pusat buy-back

turut dibincangkan.

Bab 3 menjelaskan kaedah kajian dan kawasan kajian. Kaedah kajian

merujuk kepada kaedah persampelan, kaedah mendapatkan data primer dan

sekunder, dan kaedah menganalisis data. Bab ini juga menjelaskan pendekatan dan

instrumen yang digunakan dalam kajian. Selain itu, justifikasi pemilihan kawasan

kajian, latar belakang kawasan kajian, dan populasi komuniti di kawasan kajian turut

dibincangkan.

Bab 4 membincangkan dapatan kajian untuk menjawab objektif yang

pertama. Kajian lapangan dan analisis situasi digunakan untuk mendapatkan

maklumat berkaitan amalan pengurusan sisa pepejal semasa di kawasan kajian.

Komposisi sisa pepejal yang dilupuskan juga dibincangkan untuk mengetahui potensi

pelaksanaan program kitar semula di kawasan kajian.

14
Menerusi bab 5, taburan demografi responden dibincangkan berdasarkan

maklumat yang diperolehi daripada borang kajian soal selidik. Kemudian, tahap

kesedaran komuniti di kawasan kajian terhadap penjagaan alam sekitar dan

kepentingan amalan kitar semula dibincangkan. Tahap kesedaran ini dinilai

berdasarkan kefahaman berkaitan sistem kitar semula, kaedah kitar semula,

kepentingan amalan kitar semula, dan impak amalan kitar semula terhadap alam

sekitar. Selain itu, tahap penglibatan komuniti terhadap sistem kitar semula satu

aliran turut dibincangkan. Tahap penglibatan komuniti di kawasan kajian dinilai

berdasarkan maklumat daripada borang kajian soal selidik. Penemuan kajian dalam

bab ini dibincangkan untuk menjawab objektif kedua.

Bab 6 membincangkan penemuan kajian untuk menjawab objektif yang

ketiga. Penilaian proses sistem kitar semula satu aliran dilakukan menerusi soal

selidik, pemerhatian ikut serta dan kutipan berat barangan kitar semula. Selain itu,

cabaran pelaksanaan sistem kitar semula satu aliran di kawasan kajian turut

dibincangkan.

Bab 7 merujuk kepada perbincangan kesimpulan, cadangan dan rumusan

kajian dalam menentukan keupayaan dan keberkesanan sistem kitar semula satu

aliran meningkatkan penglibatan komuniti dalam program kitar semula. Dapatan

kajian daripada bab-bab terdahulu membantu penghuraian rumusan akhir

penyelidikan. Cadangan penambah baik sistem kitar semula satu aliran turut

dibincangkan. Selain itu, sumbangan kajian untuk kepentingan pembangunan masa

hadapan dibincangkan menerusi pelbagai aspek yang berkaitan.

15
1.11 Rumusan

Menerusi bab ini, isu dan permasalahan kajian telah dibincangkan dengan

terperinci untuk membentuk persoalan kajian. Berdasarkan persoalan kajian yang

dibentuk, objektif kajian dibentuk. Isu peningkatan bilangan penduduk di bandar

merupakan punca lambakan sisa pepejal yang dilupuskan. Impak lambakan sisa

pepejal yang tidak diuruskan dengan cekap akan menyebabkan pelbagai masalah

kepada pentadbir bandar, kerajaan negeri, kerajaan pusat dan masyarakat. Kitar

semula merupakan pendekatan yang lestari untuk mengurangkan pelupusan sisa

pepejal. Selain itu, skop kajian juga turut dibincangkan dalam bab ini untuk

memudahkan pengkaji memahami perkara yang ingin dikaji.

16
BAB II

ULASAN KEPUSTAKAAN

2.1 Pengenalan

Bab ini lebih berfokus kepada ulasan kepustakaan berkaitan konsep yang

membincangkan kajian-kajian terdahulu oleh para pengkaji. Konsep pembangunan

lestari dalam pengurusan sisa pepejal, konsep kampus lestari dalam pengurusan sisa

pepejal, konsep pengurusan sisa pepejal di peringkat global , asia, dan tempatan, dan

sistem kitar semula dibincangkan dengan meluas. Ulasan dimulakan dengan

berberapa takrifan, konsep, dan ciri berkaitan pembangunan lestari, kampus lestari,

pengurusan sisa pepejal dan kitar semula. Kemudian konsep kitar semula satu aliran

dijelaskan berserta contoh iaitu Sistem Kitar Semula Bekas Biru (Blue Box

Recycling System, BBRS) sebagai sebuah sistem kitar semula alternatif kepada

sistem kitar semula pelbagai aliran. Selain itu, Kemudahan Mendapatkan Semula

Bahan Kitar Semula (Material Recovery Facilities, MRF) turut dibincangkan sebagai

inisiatif untuk meningkatkan lagi kadar kitar semula di peringkat global dan

tempatan.

17
2.2 Konsep Pembangunan Lestari Dalam Konteks Pengurusan Sisa

Pada awal tahun 1942, penandatangani Piagam Atlantika telah dilaksana

bertujuan untuk memudahkan perbincangan berkaitan organisasi sebagai pengganti

kepada kegagalan Liga Negara-Negara. Sebelum perang dunia tamat, pemimpin-

pemimpin dunia telah mula menyediakan perancangan untuk masa depan yang lebih

aman. Menurut Shulman (2011), peperangan dan pertikaian antara negara boleh

diselesaikan dengan perbincangan dan kerjasama. Oleh itu, pembentukan struktur

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah dipersetujui oleh 51 buah negara.

Struktur PBB telah ditandatangan pada 26/06/1945 dan dikuatkuasa pada 24/10/1945

(United Nation, 2010). Dengan itu, PBB menjadi sebagai organisasi antarabangsa

terbesar dengan matlamat menyediakan platform untuk berdialog dan berbincang

berkaitan isu-isu kesengsaraan peperangan. Selepas setengah abad berikutnya, PBB

telah dianggotai oleh pelbagai negara tidak mengira kaya atau miskin dan besar atau

kecil untuk bersama-sama membincangkan dan melontarkan idea pembangunan

ekonomi dan isu-isu berkaitan alam sekitar dan pengurusan sisa pepejal (Shulman,

2011).

Sempena penubuhan PBB, lima tema asas telah dikenal pasti untuk dijadikan

sebagai panduan iaitu Undang-undang Antarabangsa, Keselamatan Antarabangsa,

Pembangunan Ekonomi, Perkembangan Sosial, dan Hak Asasi Manusia. Enam buah

organisasi telah dibentuk di bawah infrastruktur PBB sebagai tenaga penggerak

utama iaitu Majlis Pemegang Amanah, Majlis Keselamatan, Mahkamah Keadilan

Antarabangsa, dan Setiausaha. Setiap Organisasi mempunyai matlamat dan misi

18
yang tersendiri dan sentiasa mengambil perhatian terhadap isu-isu dan keperluan

semasa (United Nations, 2010). Tindakan berkaitan alam sekitar dan pengurusan sisa

mula dibincangkan selepas era peperangan sehingga ke hari ini (Shulman, 2011).

Pada era selepas peperangan (1945-1970), perubahan ekonomi, sosial dan

politik berlaku dengan drastik dikebanyakan negara. Organisasi untuk Kerjasama

Ekonomi dan Pembangunan (Organisation for Economic Co-operation and

Development, OECD) telah dibentuk pada tahun 1960 dengan ahli seramai 20

negara. OECD berfungsi sebagai ruang forum bebas yang demokrasi untuk

perindustrian dalam merancang strategi pembangunan ekonomi dan sosial yang

melibatkan negara-negara membangun. Sehingga kini, 31 negara telah menjadi ahli

untuk memberi perhatian terhadap isu-isu alam sekitar, ekonomi, sosial agar strategi

pembangunan lestari dapat diintegrasi dalam polisi peringkat nasional (Shulman,

2011). Persidangan PBB berkait Perdagangan dan Pembangunan (United Nations

Conferences on Trade and Development, UNCTAD) telah diadakan pada tahun 1964

untuk berhadapan dengan isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan dengan

menyokong negara-negara membangun untuk terlibat dalam perkembangan ekonomi

dunia dan memastikan polisi di peringkat domestik dan nasional tidak bercanggah

dengan konsep pembangunan lestari.

Pada era globalisasi, pembangunan teknologi dan inovasi yang rancak telah

menyebabkan peningkatan globalisasi komersial. Globalisasi komersial telah

memburukkan lagi masalah alam sekitar dan memerlukan penyelesaian di peringkat

global dan tempatan. Oleh itu, Program Alam Sekitar PBB (United Nations

19
Environment Programme, UNEP) dan Kovensyen Basel telah dibentuk untuk

membantu negara-negara terpinggir supaya menjadi sebahagian dari pendorong

pembangunan ekonomi dunia. UNEP dibentuk pada tahun 1972 untuk memudahkan

urusan persetujuan antarabangsa berkait pelaksanaan polisi alam sekitar,

pembangunan polisi berkait alam sekitar, dan mengenal pasti impak alam sekitar

kepada penduduk dunia. Manakala Konvensyen Basel dibentuk pada 1989 dibawah

UNEP untuk melengkapkan jurang yang terdapat diantara mandat sedia ada dengan

pemantauan terhadap aktiviti dagangan dunia agar selaras dengan objektif

kelestarian. Sepanjang 20 tahun kemudiannya, kedua-dua organisasi ini telah

melaksanakan program kesedaran berkaitan alam sekitar secara menyeluruh untuk

kerajaan tempatan, kerajaan nasional, organisasi bukan kerajaan (NGO), industri, dan

orang awam di peringkat global dan tempatan. Pelbagai pergerakan dan strategi

berkaitan pengurusan sisa telah direncana merentasi sempadan dengan memberi

perhatian terhadap pengurangan penjanaan sisa pepejal (Shulman, 2011).

Sehubungan itu, Mesyuarat Stockholm diadakan pada Jun 1972 sebagai

persediaan Persidangan PBB berkenaan Alam Sekitar dan Pembangunan (United

Nations Conference on Evironment and Development, UNCED) merupakan satu titik

permulaan sebuah era yang baru untuk memperkembangkan aktiviti pembangunan

lestari di seluruh dunia. Menurut Shulman (2011), pelbagai organisasi antarabangsa

telah ditubuhkan untuk berhadapan dengan isu berkenaan sisa dan alam sekitar

(Jadual 2.1). Pada Jun 1992, UNCED telah diadakan di Rio Janeiro dengan matlamat

membentuk strategi dan tindakan alternatif yang boleh diguna pakai dalam jangka

masa yang singkat, sederhana dan panjang untuk memastikan integrasi kesejahteraan

alam sekitar, ekonomi dan sosial diambil kira dalam proses pembangunan. Di dalam

20
konteks sisa pepejal, kerangka konseptual telah dibentuk dengan menerokai pelbagai

pendekatan untuk menilai keupayaan potensi sasar berkaitan impak alam sekitar.

Analisis Kitaran Hidup (Life Cycle Assessment, LCA) telah diambil sebagai

pendekatan yang efektif dalam mengenal pasti dan menilai aktiviti yang memberi

impak negatif kepada alam sekitar dan mencari penyelesaian dengan melontarkan

cadangan dan pilihan alternatif yang sesuai (Shulman, 2011).

Jadual 2.1: Organisasi Antarabangsa yang Ditubuhkan Berkaitan Sisa

Organisasi Antarabangsa Matlamat


Persidangan PBB berkenaan Merancang dan membentuk strategi dan pelan
Alam Sekitar dan tindakan untuk menghentikan tindakan yang
Pembangunan (UNCED) memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan
mempromosi pembangunan lestari di seluruh dunia
Organisasi untuk Kerjasama Sebuah pertubuhan di bawah UNCTAD ditubuhkan
Ekonomi dan Pembangunan untuk membantu menghapuskan apa-apa halangan
(OECD) dan memudahkan aktiviti dagangan antara negara-
negara ahli dan bukan ahli, memastikan bahan,
produk, dan apa-apa yang didagangkan tidak
memberi impak negatif kepada alam sekitar dan
manusia
Persidangan PBB berkait Mempromosi dagangan antara negara yang
Perdagangan dan mempunyai perbezaan sistem sosial dan ekonomi,
Pembangunan (UNCTAD) menyediakan pusat untuk aktiviti dagangan dan
pembangunan polisi kerajaan dan kumpulan
ekonomi
Program Alam Sekitar PBB Merupaka pihak berkuasa global dan serantau
(UNEP) berkenaan isu alam sekitar. Dibentuk sebagai badan
penyelaras pembangunan polisi alam sekitar yang
telah dipersetujui dan membawa isu-isu alam sekitar
yang timbul kepada komuniti antarabangsa untuk
tindakan selanjutnya
Kovensyen Basel (di bawah Secara spesifik sebagai sebuah pertubuhan yang
UNEP) mengawal pengerakan sisa berbahaya dan lain-lain
sisa merentasi sempadan dari negara-negara OECD
ke negara-negara bukan OECD. Bertanggugjawab
mengenalpasti produk-produk dan bahan-bahan
yang berbahaya dan boleh menyebabkan kerosakan
kepada negara yang menerima
(Sumber: Shulman, 2011)

21
Pada masa kini, konsep pembangunan lestari telah menjadi sumber inspirasi

terpenting kepada pembangunan pengurusan sisa pepejal yang efektif untuk

meningkatkan kualiti hidup masyarakat dipelbagai negara sama ada di negara

berstatus membangun mahupun negara berstatus maju (Baud et al., 2001).

Kebanyakan ahli akademik dan ahli falsafah daripada latar belakang yang berbeza

mempunyai kefahaman yang tersendiri dalam mengambarkan definisi kelestarian

(Jadual 2.2). Definisi yang paling popular dan sering digunakan oleh para penyelidik

pada masa kini diambil daripada Our Comman Future versi laporan Brudtland 1987

yang disahkan semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Berdasarkan laporan Brudtland, pembangunan lestari merupakan:

pembangunan yang memenuhi keperluan dan kehendak generasi pada masa kini

tanpa menjejaskan keupayaan generasi masa hadapan untuk memenuhi keperluan

mereka (WCED, 1987)

Namun, definisi ini masih lagi umum dan sukar untuk diterjemahkan untuk

menghadapi cabaran pembangunan yang semakin kompleks dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, konsep pembangunan lestari telah diberi perhatian dalam Agenda 21

untuk memberi penjelasan yang lebih baik kepada masyarakat. Menurut Agenda 21,

definisi ini telah dikemukakan oleh National Strategy for Sustainable Development

dengan menjelaskan:

Pembangunan lestari sepatutnya dibina dan diharmonikan dengan pelbagai sektor

melibatkan dasar dan perancangan ekonomi, sosial dan alam sekitar yang

beroperasi di dalam sesebuah negara(OECD, 2006).

22
Jadual 1.2: Takrifan Kelestarian Menurut Berberapa Kajian

Prinsip Kelestarian Penulis Penyataan


Perlindungan dan Wrigley (2006) kelestarian adalah lebih besar dari
peningkatan impak individu, kumpulan atau sebuah negara.
alam sekitar dan Merangkumi skop, skala, permintaan
menyelesaikan penting yang pernah berlaku dengan
masalah yang timbul penyelesaian yang pantas kepada
perlindungan alam sekitar dan lain-lain
masalah yang kompleks
Keadilan kepada Leeuw (2006) hidup dalam keadaan harmoni dengan
sosial, alam sekitar keadaan sosial dan alam semulajadi yang
dan kehidupan berasaskan rasa kesaksamaan dan
manusia keadilan
Menyedari impak Redman kelestarian merupakan kesedaran
tindakan individu (2007) berkenaan hubungan antara dunia dan
kepada alam sekitar implikasi tindakan kita. Mencari
dan mencari penyelesaian melalui pendekatan inovasi,
penyelesaian masalah memperluas pilihan masa depan dengan
mengamalkan penjagaan alam sekitar,
membina institusi tadbir urus yang
sentiasa mempelajari dan menanam nilai
yang menggalakkan keadilan
(Sumber: Olahan Pengkaji, 2012)

PBB dan Local Government for Sustainability telah menjadikan Triple Bottom

Line (TBL) sebagai pendekatan holistik dalam perancangan dan pembangunan

bandar serta komuniti. Merujuk kepada laporan yang bertajuk Livable Cities

(2007), sebuah Bandar Eko hendaklah memenuhi keperluan alam sekitar, ekonomi

dan sosial (Rajah 2.1). Dalam konteks pengurusan sisa pepejal yang cekap,

pembangunan lestari telah diambil sebagai teras pembangunan melalui modul Triple

Bottom Line (TBL). Menurut pelan pengurusan sisa pepejal Peace River Regional

District (2008), TBL hendaklah digunakan untuk membuat keputusan, perancangan

dan dalam pertimbangan pelaksanaan program berkaitan pengurusan sisa pepejal

yang efektif.

23
Rajah 2.1: Modul Triple Bottom Line (Sumber: CGSS, 2009)

Dalam konteks alam sekitar, penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan

sampah perlu dielakan kerana timbunan sisa pepejal di tapak pelupusan sampah akan

memberi impak yang negatif kepada kehidupan sosial masyarakat dan pembangunan

ekonomi. Sistem pengurusan sisa pepejal yang diguna pakai oleh kebanyakan negara

berstatus membangun seperti Malaysia adalah dengan menghantar semua sisa pepejal

ke tapak pelupusan sampah. Peningkatan populasi penduduk di bandar ketika ini

telah menyumbang penjanaan sisa pepejal yang meningkat secara drastik. Kesannya,

pihak pentadbir bandar atau pihak berkuasa tempatan terpaksa membuka tapak

pelupusan yang baru untuk menampung sisa pepejal yang dijana. Pembukaan tapak

perlupusan sampah yang tidak dikawal akan menyebabkan kerosakan kepada alam

sekitar kerana tapak pelupusan sampah salah satu punca berlaku pencemaran air,

pencemaran udara, dan perubahan iklim (Kathiravale dan Yunus, 2008).

24
Merujuk konteks ekonomi, pengurusan sisa pepejal yang cekap mampu

menyumbang kepada kebersihan dan kecantikan bandar. Kesannya, bandar yang

bersih dan cantik mampu menarik kedatangan pelancong asing ke bandar. Namun

terlalu fokus kepada pembangunan ekonomi dan mengabaikan alam sekitar dan

pembangunan sosial adalah tidak wajar. Fenomena peningkatan jumlah sisa pepejal

sangat berkaitan dengan gaya hidup masyarakat dan pembangunan ekonomi.

Penggunaan bahan mentah yang tidak terkawal akan memberi impak yang positif

kepada pembangunan ekonomi dan keperluan masyarakat, namun impak yang

negatif untuk kesejahteraan alam sekitar (Cointreau, 2006). Oleh itu, pengurusan sisa

pepejal yang lestari seperti pelencongan sisa pepejal daripada terus ke tapak

pelupusan sampah adalah sangat penting. Pada masa kini, peluang peniagaan produk

kitar semula telah mendapat perhatian pengguna kerana harga yang murah. Peluang

ini telah diambil dengan sebaiknya oleh negara-negara maju untuk meningkatkan

ekonomi disamping menyediakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang cekap.

Dalam konteks sosial, pengurusan sisa pepejal hendaklah mempunyai matlamat

untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Pengurusan sisa pepejal yang kurang

efektif adalah disebabkan strategi yang dibentuk kurang mantap dan tidak

mengambil kira konsep pembangunan lestari. Kesannya, pelbagai pencemaran

berlaku dengan pembukaan tapak perlupusan sampah yang tidak terkawal

(Kathiravale dan Yunus, 2008; Pandey et al., 2012). Sebagai contoh, sisa organik

yang dibawa ke tapak perlupusan sampah akan membebaskan gas metana.

Kombinasi antara gas metana dengan gas-gas yang lain di tapak pelupusan sampah

sangat berbahaya kepada kesihatan manusia. Manusia akan terdedah kepada penyakit

berkait respiratori seperti penyakit brokhitis, dan serangan asthma (Kampa dan

25
Castanas, 2008). Disamping itu, kerjasama daripada masyarakat adalah sangat

penting untuk mencapai kelestarian dalam pengurusan sisa pepejal. Hal ini kerana,

masyarakat adalah penyumbang kepada penjanaan sisa pepejal yang terbesar.

Maklumat berkaitan pengurusan sisa pepejal yang cekap perlu disampaikan kepada

masyarakat supaya mereka tidak keliru dan mengetahui tanggungjawab mereka.

Menurut Tanaka (2007), sebuah masyarakat yang lestari mengamalkan pengurusan

sisa pepejal yang cekap dan mampu meningkatkan kualiti hidup masyarakat

disekelilingnya.

Modul pembangunan lestari adalah sangat penting untuk dijadikan sebagai

panduan kepada pengurusan sisa pepejal yang cekap. Gabungan yang simfoni antara

ketiga-tiga komponen iaitu alam sekitar, ekonomi dan sosial dalam pengurusan sisa

pepejal merupakan satu kombinasi yang mampan untuk pembangunan bandar lestari.

2.3 Konsep Kampus Lestari Dalam Konteks Pengurusan Sisa Pepejal

Isu kelestarian di kampus telah menyebabkan kebimbangan di peringkat global

(Habib dan Ismaila, 2008). Menurut Sohif et al. (2009), Deklarasi Stockholm telah

dibentuk pada tahun 1972 sebagai paduan asas yang pertama dalam berhadapan

dengan isu kelestarian di institusi pengajian tinggi. Berdasarkan Deklarasi Stockholm

(1972), kebergantungan antara manusia dan alam sekitar penting untuk mencapai

kelestarian dunia (UNESCO, 1972). Sehubungan itu, konsep kelestarian di kampus

telah mula mendapat perhatian universiti-universiti di seluruh dunia pada tahun 1990.

26
Menurut Sohif et al. (2009), lebih daripada 300 universiti dari segenap pelusuk dunia

telah menandatangani Deklarasi Talloiries pada tahun 1990. Universiti Malaya

merupakan satu-satunya universiti di Malaysia yang terlibat dalam menandatangani

deklarasi tersebut (Sohif et al., 2009). Deklarasi Talloiries merupakan sebuah

platform menggabungkan konsep kelestarian dalam pembelajaran, penyelidikan, dan

operasi di institusi pengajian tinggi (UNESCO, 1990; ULSF, 2008).

Berdasarkan Laporan dalam Deklarasi Persidangan Presiden-Presiden di

Universiti Tufts pada tahun 1990, institusi pengajian tinggi berperanan mendidik dan

mengurus institusi masyarakat (ULSF, 2008). Oleh itu, institusi pengajian tinggi

bertanggungjawab memupuk dan meningkatkan kesedaran, pengetahuan, teknologi,

dan inovasi untuk membentuk masa hadapan yang lebih lestari (Clugston dan Calder,

1999). Sehubungan itu, definisi kelestarian yang pelbagai menyebabkan banyak

definisi dan prinsip kampus lestari telah dikemukakan dalam sorotan kajian sebelum

ini (Jadual 2.3). Namun, persoalan yang timbul adalah bagaimana sebuah institusi

pengajian tinggi mampu menerapkan modul kelestarian yang dibentuk dalam realiti

kehidupan yang sebenar yang mempunyai kepelbagaian konflik antara keadilan

sosial, penggunaan teknologi, dan pelaburan ekonomi (Sohif et al., 2009).

27
Jadual 2.3: Prinsip Kampus Lestari Menurut Berberapa Kajian

Prinsip Kampus Lestari Penulis Kenyataan

Meningkatkan sumber, Quaddus dan institusi pengajian tinggi hendaklah


perkembangan ekonomi, Siddique memenuhi keperluan masa kini tanpa
pembangunan sosial dan (2001) menjejaskan keperluan generasi pada
budaya masa hadapan. Oleh itu,
pemuliharaan dan peningkatan
sumber yang merangkumi
perkembangan ekonomi dan
pembangunan sosial dan budaya
Memberi perlindungan Cole (2003) institusi pengajian tinggi
dan meningkatkan bertanggungjawab di peringkat
kesejahteraan dan global dan tempatan untuk memberi
kesihatan manusia dan perlindungan dan meningkatkan
ekosistem kesejahteraan manusia dan
ekosistem
Mengurangkan impak Velazquez et sebuah institusi pengajian tinggi
negatif kepada alam al. (2006) secara keseluruhan hendaklah
sekitar, ekonomi, sosial bersedia menghadapi, terlibat, dan
dan kesihatan di universiti mempromosi kelestarian di peringkat
global dan tempatan untuk
mengurangkan impak negatif kepada
alam sekitar, ekonomi, sosial, dan
kesihatan yang berpunca daripada
penggunaan sumber dalam usaha
memenuhi fungsi pembelajaran,
penyelidikan, berkerjasama dan
membantu masyarakat beranjak ke
arah gaya hidup yang lebih lestari
(Sumber: Olahan Pengkaji, 2012)

Pada asasnya, definisi-definisi kampus lestari yang dikemukakan dalam kajian

sebelum mencadangkan pembangunan yang mampu meningkatkan kualiti hidup

dalam keupayaan kapasiti yang menyokong ekosistem dan berfokus kepada

keseimbangan sosial, ekologi dan ekonomi. Berdasarkan definisi kampus lestari yang

dikemukan, hubungan antara Sistem Manusia dan Ekosistem adalah asas

pembangunan kampus lestari (Rajah 2.2). Menurut Sohif et al. (2009), pengurusan

sisa merupakan salah satu elemen yang penting dalam keseimbangan Ekosistem dan

28
Sistem Manusia. Hubungan antara kesejahteraan manusia dan skala aktiviti manusia

akan memberi impak kepada keutuhan sistem-sistem yang ada. Kelestarian boleh

dikecapai apabila keperluan manusia pada masa kini dipenuhi tanpa menjejaskan

keperluan keperluan generasi akan datang (Quaddus dan Siddique, 2001).

Rajah 2.2: Hubungan Sistem Manusia Dengan Ekosistem (Sumber: Sohif et al.,
2009)

Integrasi pendekatan kelestarian dalam kerangka kerja universiti dan kolej dilihat

sebagai salah satu inisiatif yang serius untuk berhadapan dengan cabaran ekologi dan

sosial pada masa kini dan pada masa hadapan. Menurut Habib dan Ismaila (2008),

pengurangan sisa pepejal yang dilupuskan merupakan salah satu objektif yang perlu

diberi perhatian di bawah komponen penjagaan alam sekitar di institusi pengajian

tinggi. Sehubungan itu, pembentukan program di institusi pengajian tinggi seperti

pemuliharaan sumber dan kitar semula merupakan aspek yang kritikal dan perlu

diberi perhatian untuk mencapai visi berkait kelestarian (Clugston dan Calder, 1999).

29
Oleh itu, anjakan paradigma dalam kalangan komuniti institusi pengajian tinggi amat

penting agar kesedaran mengenai kelestarian dapat dipromosi kepada pelbagai

lapisan masyarakat (Yap Koh Hoe, 2011).

2.4 Sisa Pepejal

Sisa pepejal merupakan sisa yang paling banyak dihasilkan di dalam bandar.

sisa pepejal terdiri daripada pelbagai jenis seperti sisa pepejal perbandaran, sisa

pepejal industri, sisa pepejal pertanian, sisa pepejal pembinaan dan sebagainya

(Pitchel, 2005). Lambakan sisa pepejal yang tidak terkawal akan memberi kesan

negatif kepada pembangunan ekonomi, alam sekitar dan sosial. Oleh itu, pengurusan

sisa pepejal yang cekap amat penting untuk manghadapi lambakan sisa yang semakin

meningkat dari tahun ke tahun (Agamuthu et al., 2009).

2.4.1 Definisi Sisa Pepejal Menurut Akta

Terdapat juga pelbagai definisi undang-undang sisa yang membawa kepada

perbezaan dalam apa yang dianggap sebagai sisa. Secara umumnya, sisa ditakrifkan

sebagai apa-apa bahan yang tidak diingini oleh pemegang dan sengaja dibuang untuk

pelupusan (Lau, 2004). Program Alam Sekitar PBB (UNEP) telah mendefinisikan

sisa pepejal di dalam Agenda 21 sebagai:

30
semua jenis sisa domestik dan tidak berbahaya seperti daripada sisa komersial dan

institusi, sisa jalan raya dan sisa dari tapak pembinaan (United Nations, 1992).

Di dalam Pengaturan Kod Persekutuan Amerika (40 CFR 240.101), sisa

pepejal didefinisikan sebagai:

sampah, bahan buangan, sisa kumbahan dan lain-lain bahan pepejal yang

dilupuskan hasil daripada industri, operasi komersial dan aktiviti komuniti. Tidak

termasuk bahan atau pepejal terlarut pada kumbahan domestik atau punca

pencemaran sumber air seperti lumpur, bahan pepejal terlarut daripada sisa air

industri dan pengairan timbal balik atau lain-lain bahan pencemar air (Pichtel,

2005)

Mengikut Konvensyen Basel pada 1989, sisa didefinisikan sebagai:

bahan atau objek yang dilupuskan atau ingin dilupuskan atau perlu dilupuskan

oleh individu, institusi dan industri dibawah undang-undang nasional (Shulman,

2011).

Manakala, menurut undang-undang Kesatuan Eropah (Arahan 75/442/EEC)

telah mendefinisikan sisa sebagai:

apa-apa bahan atau objek yang pemiliknya ingin membuang atau bercadang atau

dikehendaki untuk membuangnya (Hansen et al., 2002).

31
Di Malaysia, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta

672) telah mendefinisi sisa pepejal sebagai:

apa-apa bahan sekerap, benda lebihan dan produk lain yang tidak diinginkan

kerana patah, haus, tercemar dan lain-lain sebab yang diperlukan oleh pihak

berkuasa untuk dilupuskan (PPSPPA, 2012).

Namun, sebahagian bahan buangan yang dihantar ke tapak pelupusan sampah

sebenarnya mempunyai potensi menjadi sumber yang sangat berharga apabila

dikeluarkan atau dilencongkan daripada aliran sisa (World Bank, 1999).

2.4.2 Klasifikasi Sisa Pepejal

Sisa pepejal yang dihasilkan dari industri pengeluaran diperbuat daripada

pelbagai sumber bahan mentah yang mempunyai ciri-ciri kimia dan fizikal yang

berbeza. Oleh itu, untuk melaksanakan pengurusan sisa dengan kos yang efektif

memerlukan klasifikasi mengikut jenis agar memberi faedah kepada kesejahteraan

masyarakat dan alam sekitar. Beberapa kelas utama sisa iaitu:

Perbandaran Pembinaan
Berbahaya Hospital
Industri Radioaktif
Universal Perlombongan
Pertanian
(Sumber: Pichtel, 2005)

32
2.4.3 Sisa Pepejal Perbandaran

Sisa Pepejal Perbandaran (Municipal Solid Waste, MSW) juga dikenali sebagai

sisa yang dihasilkan di kawasan sekeliling bandar, perumahan, pusat komersial,

institusi dan industri (Jadual 2.4). Oleh itu, sisa perbandaran yang dihasilkan adalah

bersifat heterogenus kerana mengandungi bahan tahan lama dan bahan yang tidak

tahan lama, bungkusan dan bekas, sisa makanan, sisa kebun, dan pelbagai sisa tak

organik (Pitchel, 2005). MSW boleh diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu

sisa organik dan sisa bukan organik (Jadual 2.5). Sisa organik terdiri daripada bahan

buangan tumbuhan dan haiwan. Sisa seperti ini mudah mereput melalui tindak balas

mikrobial tanah yang akan menghasilkan bau yang busuk dan gas berbahaya seperti

metana. Manakala sisa bukan organik adalah selain sisa organik yang akan

mengambil masa yang lama untuk mereput (Pichtel, 2005).

Jadual 2.2: Sumber Penjanaan Sisa Pepejal Perbandaran

Sumber Lokasi Jenis Sisa

Perumahan Sisa makanan, bungkusan makanan, tin,


(rumah berkeluarga atau bujang) botol, surat khabar, pakaian, sisa kebun,
alatan lama
Pusat Komersial Kertas, kotak, sisa makanan, pingan
(bangunan pejabat, restoran, kedai runcit) mangkuk pakai buang, lampin, sisa
kebun, palet kayu
Institusi Kertas, kotak, sisa kafetaria, sisa tandas,
(sekolah, kolej, universiti, hospital, sisa kelas, sisa kebun
penjara)
Industri Kertas, kotak, palet kayu, sisa kafetaria,
(pembungkusan dan pentadbiran; tidak
termasuk sisa pemprosesan)
Bandar Daun kering, kereta lama, sisa tapak
(jalan raya, longkang) pembinaan
(disesuaikan dari Persatuan Franklin, EPA530-R-98-010, 1999)

33
Jadual 2.3: Komposisi Fizikal Sisa Pepejal Perbandaran

Klasifikasi Asas Komposisi Umum Contoh


Sisa Organik Makanan Daging, ayam, sayur-sayuran
Sisa Kebun Daun kering, ranting kayu,
Tekstil/Getah Barangan kulit, baju, karpet
Produk Kertas Suratkhabar, kotak, cawan kertas,
pinggan kertas
Sisa Bukan Plastik Polyethylene terephthalate (1)*, High-
Organik densisty polyethylene (2), Polyvinyl
chloride (3), Low-density polyethylene
(4), Polypropylene (5), Polystyrene
(6), Multilayer Plastic (7)
Gelas Pingan kaca, tingkap kaca, mentol
lampu
Logam Ferus, aluminium, zink, kromium dan
lain-lain logam bukan ferus
* sistem kod plastik, Persatuan Industri Plastik, Inc. (Sumber: Pichtel, 2005)

2.4.4 Pengurusan Sisa Pepejal di Peringkat Asia

Pihak berkuasa tempatan di Asia telah membelanjakan dengan purata 25 billion

dollar Amerika setahun untuk pengurusan sisa pepejal perbandaran. Nilai ini

dijangka akan meningkat dua kali ganda pada tahun 2025. Kadar penjanaan sisa

pepejal dipengaruhi oleh pembangunan sosio-budaya, tahap peningkatan

perindustrian dan perubahan iklim (World Bank, 1999). Mengikut artikel yang

diterbitkan oleh World Bank (1999), komposisi sisa yang dijana oleh setiap negara

berpendapatan rendah, sederhana dan tinggi adalah berbeza (Rajah 2.3).

34
Rajah 2.3: Komposisi Sisa di Negara Berpendapatan Tinggi, Sederhana dan Rendah
(Sumber: World Bank, 1999)

Komposisi sisa yang dihasilkan dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran seperti

lokasi geogafi, standard kehidupan populasi, sumber tenaga, dan kesejahteraan

sesebuah negara. Pada umumnya, negara berpendapatan rendah dan sederhana akan

menjana sisa pepejal berbentuk organik dengan peratusan yang paling tinggi

berbanding sisa-sisa yang lain. Namun, keadaan ini tidak berlaku di China dan India

kerana aliran sisa di negara ini didominasi oleh sisa arang batu (Dalian Environment

and Sanitation Department, 1990). Peratusan sisa bentuk bungkusan yang diperbuat

daripada kertas, kaca dan plastik akan meningkat kerana dipengaruhi tahap

35
kesejahteraan populasi dan urbanisasi di negara berpendapatan tinggi dan sederhana

(World Bank, 1999).

Disamping mengalami perkembangan ekonomi yang pesat, negara-negara

membangun di Asia akan mengalami pertumbuhan bandar yang positif dengan kadar

peningkatan 4% setahun dan corak pertumbuhan ini dijangka akan berterusan untuk

beberapa dekad (World Resources Institute, 1996). Kajian yang telah dijalankan oleh

McGee dan Griffiths (1994), menunjukan migrasi daripada kawasan luar bandar ke

bandar dijangka mencapai 40% sehingga 60% dalam pertumbuhan tahunan populasi

di bandar. Keadaan ini telah berlaku dikebanyakan negara perindustrian seperti

Amerika Syarikat sejak berberapa abad yang lepas. Kadar kepenggunaan di Amerika

Syarikat telah meningkat secara mendadak seiring dengan peningkatan kemajuan

ekonomi.

Di Jepun, corak penjanaan sisa telah meningkat pada tahun 1970, kemudian

menurun pada tahun 1973 disebabkan krisis tenaga. Namun pada lewat tahun 1980,

penjanaan sisa di Jepun kembali meningkat disebabkan kemajuan ekonomi yang

dikecapi. Sejak 1990, kadar penjanaan sisa di Jepun telah mengalami transformasi

disebabkan pelaksanaan polisi pengurangan penjanaan sisa (Japan Waste

Management Association, 1996). Sehubungan itu, China juga mengalami

pertumbuhan populasi dan ekonomi yang mendadak. Kesannya, penjanaan sisa

perbandaran telah meningkat melebihi 10% setiap tahun. Bandar Wuhan dengan

populasi penduduk seramai 6.8 juta mempunyai perindustrian pengeluaran bahan

keperluan seperti elektronik, makanan, pakaian dan farmaseutikal yang sangat

36
berpotensi. Oleh itu, penjanaan sisa perbandaran di sana telah meningkat dari 1.19

juta tan pada tahun 1985 kepada 1.50 juta tan pada tahun 1993 terutamanya

penjanaan sisa berbentuk bungkusan palstik dan kertas (Wei et al., 1997).

Sehubungan itu, perkembangan syarikat-syarikat multi-national corporation

dengan program pasaran global telah menyumbang kepada penjanaan sisa terbesar

dikebanyakan negara Asia. Walau bagaimanapun, syarikat-syarikat multi-national ini

mampu menjadi sekutu yang kuat kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengatasi

masalah pengurusan sisa pepejal. CEMPRE merupakan salah satu bentuk kolabrasi

antara syarikat swasta dengan pihak berkuasa tempatan dalam menangani masalah

pengurusan sisa pepejal di Brazil (World Bank, 1999). Extend Product Responsible

(EPR) merupakan inisiatif syarikat pengeluaran sebagai tanggungjawab untuk

mengurangkan impak negatif produk yang dihasilkan kepada alam sekitar. Kerajaan

Jerman, Belanda dan Sweden telah membentuk sebuah kerangka yang komprehensif

untuk EPR. Kerangka ini dijadikan panduan kepada industri pengeluaran untuk

menggunakan semula dan mengitar semula produk yang dihasilkan. Di Sweden,

perindustrian pengeluaran bateri secara suka rela telah bersetuju untuk

membangunkan program kitar semula untuk bateri nikel cadmium (Davis et al.,

1997).

Sehubungan itu, pelabelan produk mesra alam sekitar telah menyumbang

meningkatkan kesedaran alam sekitar menerusi pertubuhan negara Organisasi untuk

Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (Organisation for Economic Co-operation

and Development, OECD). Program pelabelan produk bertujuan mempromosi

37
produk yang mesra alam disamping meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam

kalangan pengguna. Program ini telah dibentuk dipelbagai negara OECD seperti

Jerman, Kanada, Jepun, Norway, Sweden, Finland, Austria, Portugal dan Perancis

(OECD, 1991). Kajian kualitatif telah dilaksanakan untuk program pelabelan di

Jerman oleh Environmental Data Services, Inc., pada tahun 1988 menunjukan label

mesra alam telah meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan pengguna

untuk membeli barangan mesra alam (World Bank, 1999). Keadaan ini akan

merangsang penghasilan produk yang kurang memberi impak negatif kepada alam

sekitar dan seterusnya mengurangkan penjanan sisa dan pencemaran (OECD, 1991)

2.4.5 Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia

Pengurusan sisa pepejal di Malaysia mempunyai isu dan permasalahan yang

sama seperti yang dihadapai di peringkat antarabangsa. Oleh itu, pelbagai perubahan

insiatif telah dilakukan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan sisa pepejal di

Malaysia. Antara insiatif yang telah dilakukan seperti perubahan dan pembentukan

akta-akta berkaitan pengurusan sisa pepejal yang merangkumi sistem pengumpulan

dan pelupusan sisa pepejal.

38
i) Akta-Akta Berkaitan Sisa Pepejal di Malaysia

Malaysia telah mempunyai perundangan berkaitan pengurusan sisa pepejal

sejak tahun 1974 dan telah dipinda pada tahun 2007 (Jadual 2.6). Pembentukan akta-

akta ini dijadikan panduan utama kepada pembangunan dan pelaksanaan pengurusan

sisa pepejal di Malaysia.

Jadual 2.4: Akta Berkaitan Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia

Akta Tahun

Akta A1312: Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (pindaan) 2007

Akta A1313: Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (pindaan) 2007

Akta 672: Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

Akta 673: Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan 2007

Awam

(Sumber: Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, 2012)

ii) Pelan Tindakan untuk Malaysia Cantik dan Bersih

Pengurusan sisa pepejal di Malaysia diurus oleh pihak berkuasa tempatan tanpa

melibatkan pihak kerajaan pusat (Agamuthu et al., 2011). Pada tahun 1988,

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan bantuan dan

kerjasama Agensi Antarabangsa Jepun (JICA) telah membentuk pelan tindakan

untuk pengurusan sisa pepejal perbandaran yang dikenali sebagai Pelan Tindakan

39
untuk Malaysia Cantik dan Bersih (ABC). Cadangan polisi kebangsaan berkenaan

ABC dibentuk untuk menghasilkan keseragaman sistem sisa pepejal kebangsaan

yang produktif, mesra alam, dan boleh diterima masyarakat pada tahun 2010. Namun

polisi ABC tidak diluluskan secara rasmi oleh Majlis Kebangsaan Kerajaan

Tempatan walaupun telah dijalankan sepenuhnya oleh KPKT menerusi pelaksanaan

program kitar semula pada tahun 1993 hingga tahun 2000. Menurut Agamuthu et al.

(2011), ABC dianggap berjaya kerana digunakan dalam Perancangan Strategik

Kebangsaan untuk Pengurusan Sisa Pepejal pada tahun 2005.

iii) Pelan Strategik Kebangsaan untuk Pengurusan Sisa Pepejal

Pada alaf baru, kerajaan Malaysia telah membangunkan berberapa strategi dan

polisi untuk pelaksanaan pelencongan sisa pepejal di Semenanjung Malaysia, Sabah

dan Sarawak. Dalam Rangka Pelan Perspektif ketiga (2001-2010), pengurusan sisa

pepejal yang komprehensif telah diberi perhatian melalui sistem pelupusan sisa

pepejal yang selamat dan cekap. Selain itu, Pelan Perancangan Strategik Kebangsaan

untuk Pengurusan Sisa Pepejal telah dibentuk pada tahun 2002 dan dilaksanakan di

bawah rancangan Malaysia ke-9 pada tahun 2006 hingga 2010 (Rajah 2.4). Menurut

Agamuthu et al. (2011), skop Pelan Perancangan Strategik Kebangsaan untuk

Pengurusan Sisa Pepejal merangkumi sisa pepejal perbandaran di Semenanjung

Malaysia iaitu sisa pepejal dari isi rumah, institusi, pusat komersial, industri, tapak

pembinaan dan sisa pepejal hasil dari pembersihan awam. Strategi utama Pelan

Perancangan Strategik Kebangsaan untuk Pengurusan Sisa Pepejal adalah untuk

mencapai:

40
pengurusan sisa yang lestari melalui konsep 3R iaitu pengurangan sisa,

penggunaan semula, kitar semula dan menggunakan teknologi, fasiliti dan peralatan

yang menyediakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang komprehensif dan

lestari (Agamuthu et al., 2011).

NSP telah mencadangkan enam strategi sebagai panduan perundangan sisa

pepejal, perancangan infrastruktur dan pengurusan institusi di Malaysia merangkumi

pelan tindakan yang bertindak sebagai Road Map pelaksanaan Pelan Perancangan

Strategik Kebangsaan untuk Pengurusan Sisa Pepejal. Hasilnya, Polisi Pengurusan

Sisa Pepejal Negara telah dibentuk mencapai pengurusan sisa pepejal yang

komprehensif, bersepadu, mampan dan boleh diterima masyarakat (Norizan et al.,

2012).

Akta Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) telah dibentuk pada

17/07/2007 dan digazetkan pada 38/08/2007. Kementerian Perumahan dan Kerajaan

Tempatan (KPKT) telah menubuhkan satu perbadanan yang dikenali sebagai

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan pembersihan Awam (PPSPPA) pada tahun

2008 di bawah Akta 673 sebagai pelengkap menjayakan Dasar Pengurusan Sisa

Pepejal Negara. PPSPPA mempunyai kuasa untuk mentadbir dan menguatkuasa

undang-undang pegurusan sisa pepejal dan pembersihan awam (Akta 672) serta

perkara-perkara yang berkaitan. Oleh itu, pembentukan akta ini dijangka mampu

memberi perubahan yang besar kepada pengurusan sisa pepejal di Malaysia dalam

41
menghadapai cabaran pembangunan bandar lestari pada masa kini (Agamuthu et al.,

2009).

Rajah 2.4: Evolusi Pelan Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia (Zarmadi, 2006)

42
iv) Hirarki Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia

Hirarki pengurusan sampah di Malaysia telah dibentuk dalam Pelan Perancangan

Strategik Nasional untuk Pengurusan Sisa Pepejal pada tahun 2005 (Rajah 2.5).

Hirarki pengurusan sisa pepejal di Malaysia mengunakan konsep 3R (Reduce, Reuse,

Recycle) sebelum sisa di hantar ke pusat rawatan dan akhirnya ke tapak pelupusan

sampah. Namun keadaan diatas tidak berlaku dalam realiti pengurusan sisa di

Malaysia (Norizan et al., 2009).

Pengurangan (Reduce)
jumlah penjanaan sisa pepejal dikurangkan

Guna Semula (Reuse)


memaksimumkan penggunaan semula produk dan barang

Kitar Semula (Recycle)


penghasilkan produk baru dari sisa pepejal tertentu (tin aluminium, produk plastik,
kaca dan besi)

Rawatan
Baki sisa pepejal yang tidak boleh dikitar semula dan diguna semula di hantar ke
pusat rawatan untuk mengecilkan isipadu

Pelupusan
Langkah terakhir selepas keempat-empat kaedah diatas dengan menghantar sisa ke
tapak pelupusan sampah

Rajah 2.5: Hirarki Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia. (Sumber: Hamidi Abdul
Aziz, 2009)

43
v) Penjanaan Sisa Pepejal di Malaysia

Penjanaan sisa pepejal di Malaysia dihasilkan daripada aktiviti manusia seperti

sisa industri, sisa pertanian dan sisa penghasilan tenaga. Perbezaan kesejahteraan,

tahap urbanisasi dan perindustrian merupakan faktor yang menyumbang kepada

penghasilan sisa di setiap negara. Perubahan populasi yang berlaku di bandar telah

menyebabkan peningkatan penjanaan sisa pepejal di Malaysia (Agamuthu et al.,

2009). Menurut Agamuthu et al. (2009), kebanyakan pusat bandar mengalami

peningkatkan drastik dalam penjanaan sisa pepejal terutamanya di Kuala Lumpur,

Klang, dan Georgetown (Jadual 2.7). Komposisi sisa di Malaysia didominasi oleh

sisa organik diikuti sisa kertas, plastik, logam dan kaca pada tahun 1975 hingga 2005

(Jadual 2.8).

Jadual 2.7: Penjanaan Sisa Pepejal Perbandaran di Pusat Bandar Semenanjung


Malaysia

Pusat Bandar Penjanaan Sisa Pepejal (tan/sehari)


1970 1980 1990 2002
Kuala Lumpur 98.9 310.5 586.8 2754.0
Johor Bahru 41.1 99.6 174.8 215.0
Ipoh 22.5 82.7 162.2 208.0
Georgetown 53.4 83.0 137.2 221.0
Klang 18.0 65.0 122.8 478.0
Kuala 8.7 61.8 121.0 137.0
Terengganu
Kota Bharu 9.1 56.5 102.9 129.5
Kuantan 7.1 45.2 85.3 174.0
Seremban 13.4 45.1 85.2 165.0
Melaka 14.4 29.1 46.8 562.0
(Sumber: Agamuthu et al., 2009)

44
Jadual 2.8: Komposisi Sisa yang Dijana di Malaysia (1975-2005)

Komposisi 1975 1980 1985 1990 1995 2000 2005


Sisa
Organik 63.7 54.4 48.3 48.4 45.7 43.2 44.8
Kertas 7.0 8.0 23.6 8.9 9.0 23.7 16.0
Plastik 2.5 0.4 9.4 3.0 3.9 11.2 15.0
Kaca 2.5 0.4 4.0 3.0 3.9 3.2 3.0
Logam 6.4 2.2 5.9 4.6 5.1 4.2 3.3
Lain-lain 8.7 4.3 8.8 32.1 6.4 14.5 17.9
(Sumber: Agamuthu et al., 2009)

vi) Pemungutan Sisa Pepejal di Malaysia

Sistem pemungutan dan peralihan sisa pepejal merupakan operasi yang diguna

pakai di Malaysia dan beberapa negara di Asia. Proses pemungutan berlaku dengan

menggunakan tong-tong yang telah diletakan di lokasi tertentu. Terdapat dua kaedah

pemungutan yang diaplikasi di Malaysia iaitu pemungutan sisa pepejal rumah ke

rumah dan pemungutan sisa pepejal berpusat seperti di pasar, institusi pendidikan

dan perumahan apartment (UNEP, 2012a). Sisa pepejal perbandaran ini adalah di

bawah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT) dan syarikat swasta.

Program penswastaan sebahagian khidmat pengurusan sisa pepejal adalah

bertujuan penambah baikan dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan yang

disediakan. Namun, pihak berkuasa tempatan masih menanggung perbelanjaan

pengurusan sisa pepejal yang tinggi (Lau, 2004). Menurut Program Alam Sekitar

PBB (2012b), kebanyakan negara berstatus membangun membelanjakan lebih

daripada 50% hasil pendapatan perbandaran untuk menguruskan sisa pepejal.

45
Sumber pendapatan perbandaran ini adalah hasil daripada cukai, yuran perkhidmatan

dan subsidi daripada kerajaan pusat (Lau, 2004). Pengurusan yang diberikan oleh

pihak swasta adalah lebih teratur tetapi memerlukan modal yang tinggi. Alam Flora

Sdn. Bhd dan Kualiti Alam Sdn. Bhd merupakan dua contoh syarikat swasta yang

menguruskan sisa pepejal di Malaysia (Lau, 2004).

a) Alam Flora Sdn. Bhd

Alam Flora Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1995 oleh konsortium

HICOM Holding Berhad selepas kerajaan menawarkan penswastaan kontrak

pengurusan sisa pepejal di Malaysia. Syarikat ini telah memberi perkhidmatan

kepada lebih 6.4 juta pelanggan dari berberapa buah negeri di Semenanjung

Malaysia seperti Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Kelantan, Terengganu dan

Putrajaya.

Alam Flora Sdn. Bhd telah mendapat pengiktirafan ISO 14001 sebagai

syarikat yang komited menggunakan pendekatan holistik dalam pengurusan sisa pada

tahun 2004. Alam Flora Sdn. Bhd dengan visi to be leading environmental

management company committed to improving the quality of life menjadi syarikat

pengurusan alam sekitar yang terkehadapan dalam meningkatkan kualiti hidup

masyarakat. Oleh itu, pelbagai perkhidmatan seperti pemungutan dan pembersihan,

pelupusan sisa, kitar semula, dan penyimpanan sisa ditawarkan kepada masyarakat

46
untuk kualiti hidup yang lebih baik (Jadual 2.9). Namun, Alam Flora Sdn, Bhd tidak

menawarkan perkhidmatan untuk pengurusan sisa berbahaya.

Jadual 2.9: Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Alam Flora Sdn. Bhd

Perkhidmatan Butiran

Pemungutan dan i) Perkhidmatan berbayar secara langsung iaitu dibayar terus


Pembersihan oleh pelanggan
Sisa a) Pemungutan sisa tak dijadualkan daripada premis-
premis peniagaan yang tidak ditetapkan oleh pihak
PBT
b) Pemungutan timbunan sisa di kawasan perumahan,
industri, institusi pengajian tinggi yang tidak
ditetapkan oleh pihak PBT
c) Pemungutan sisa di tapak pembinaan
d) Pemunggutan sisa kebun di taman-taman yang tidak
ditetapkan oleh pihak PBT
ii) Perkhidmatan berbayar secara tak langsung iaitu dibayar
oleh pihak berkuasa tempatan (PBT)
a) Pemungutan sisa pepejal di kawasan perumahan,
industri dan institusi pendidikan seperti yang
ditetapkan oleh pihak PBT
b) Membuat pembersihan jalan raya dari sisa pepejal dan
bangkai haiwan di kawasan yang ditetapkan oleh PBT
Kitar Semula i) Perkhidmatan pusat pengumpulan dan pembelian
barangan kitar semula.
a) 91 buah pusat pengumpulan dan pembelian barangan
kitar semula disediakan di Kuala Lumpur, Selangor
dan Pahang.
b) 59 daripadanya merupakan pusat kitar semula
bergerak
ii) Memberi perkhidmatan konsultan untuk program kitar
semula di kawasan perumahan, pejabat, institusi
pendidikan dan industri
Pelupusan Sisa i) Menggunakan kaedah tapak pelupusan sampah
a) 13 tapak pelupusan sampah telah dibina iaitu 10 di
Pahang dan 3 di Selangor
b) Hanya sisa yang diluluskan oleh kementerian alam
sekitar yang diterima di tapak pelupusan ini iaitu:
a. Sisa komersial
b. Sisa pembinaan
c. Sisa dari sungai dan longkang
d. Sisa jalan raya
e. Sisa dari taman
Pengurangan i) Program pendidikan bekaitan mengurangkan penjanaan

47
Sisa sisa di jalankan di beberapa kawasan yang berpotensi
iaitu:
a. Sekolah
b. Institusi pengajian tinggi
c. Premis perniagaan swasta
d. Perumahan
e. Organisasi bukan kerajaan
(Sumber: Alam Flora, 2012)

b) Kualiti Alam Sdn. Bhd

Kualiti Alam Sdn. Bhd merupakan syarikat pengurusan sisa yang

diperbadankan sebagai swasta pada 09/12/1991 dan dimiliki sepenuhnya oleh UEM

World Berhad di bawah bahagian UEM Environment Sdn. Bhd. Pada tahun yang

sama, pusat pengurusan sisa yang pertama dibina di Bukit Nanas, Negeri Sembilan

dengan matlamat sebagai tempat menjalankan analisis sisa, rawatan sisa dan

pelupusan sisa. Hasilnya, Integrated Scheduled Waste Management Facility telah

dibina dan beroperasi di Pusat Pengurusan Sisa Bukit Nanas pada tahun 1996.

Kualiti Alam Sdn. Bhd telah banyak menerima pengiktirafan seperti ISO 9002

dan ISO 4001 pada tahun 2000 dan pada tahun 2007. Selain itu, Kualiti Alam Sdn.

Bhd juga menerima pengiktirafan Bereau Veritas untuk ISO 9001, ISO 14001 dan

OHSAS 18001. Kualiti Alam Sdn. Bhd dengan visi the trusted partner in

environment solution sebagai rakan yang boleh dipercayai dalam penyelesaian

masalah alam sekitar. Oleh itu, pelbagai perkhidmatan telah dibentuk dan ditawarkan

kepada masyarakat seperti pengurusan sisa berbahaya, pemulihan sisa dan kitar

semula, perkhidmtan pembersihan industri dan alam sekitar, dan perkhidmtan

48
pengurusan alam sekitar (Jadual 2.10). Namun, perkhidmatan yang diberikan lebih

berfokus kepada sisa berbahaya yang dihasilkan di industri.

Jadual 2.10: Perkhidmatan yang ditawarkan Kualiti Alam Sdn. Bhd

Perkhidmatan Butiran

Pengurusan Sisa i) Mengklasifikasi sisa berbahaya kepada 4 ciri asas iaitu:


Berbahaya a) Mudah terbakar pada suhu 60 C
b) Menghakis (logam mudah larut, berbahaya
kepada kulit atau mempunyai pH 2 atau pH
12,5)
c) Bahan reaktif (kimia yang tidak stabil atau
memberi reaksi yang berbahaya apabila
bertindak balas dengan air, udara atau lain-lain
bahan-bahan)
d) Bahan toksik (beracun atau boleh menyebabkan
kanser, mutasi atau kematian)
Pengurusan Alam i) Penyediaan fasiliti dan konsultan untuk menjalankan
Sekitar penyelidikan berkaitan sisa seperti:
a) Makmal analitikal
b) Special Waste Treatment and Disposal (SWTD)
c) Wastewater Solution (WWS)
d) Penyediaan fasiliti pengurusan sisa
e) Program pemantauan alam sekitar
Pemulihan Sisa i) Hanya 11 jenis sisa yang dijadualkan yang berpotensi
dan Kitar semula untuk dikitar semula dan dipulihkan seperti:
a) Sisa minyak dan cat
b) Sisa alkali dan asid
c) Sisa logam hidroksida
d) Sisa fotografi
e) Sisa bekas kosong (Plastik dan Logam)
f) Sisa elektronik
Pembersihan i) Perkhidmatan pembersihan industri merangkumi:
Industri dan Alam a) Pelupusan dan pembuangan asbestos
Sekitar b) Pembungkusan dan pengangkutan sisa
berbahaya
c) Pemulihan sisa dan kitar semula
d) Perkhidmatan teknologi pengasingan sisa
e) Perkhidmatan lori vacuum untuk bahan kimia
f) Pembersihan paip, tangki dan saluran yang
tercemar
g) Perkhidmatan konsultan untuk keselamatan,
kesihatan dan alam sekitar di dalam industri
ii) Perkhidmatan pembersihan alam sekitar merangkumi:
a) Pembersihan kolam, tasik dan empangan

49
b) Pembersihan sungai
(Sumber: Kualiti Alam, 2012)

vii) Pelupusan Sisa Pepejal di Malaysia

Secara umumnya, Malaysia telah menguna pakai pelbagai kaedah pelupusan

sisa pepejal seperti tapak pelupusan sampah dan pembakaran. Namun, penggunaan

kaedah tapak pelupusan sampah adalah lebih popular dipraktikkan di Malaysia

berbanding kaedah pembakaran. Namun, kaedah tapak pelupusan sampah merupakan

kaedah menjadi pilihan paling bawah yang digunakan untuk melupuskan sisa

pepejal. Melalui kaedah ini, sisa perlu diasingkan dan dipulihkan berdasarkan ciri-

ciri fizikal, kimia, dan biologikal yang memerlukan kos yang tinggi dan masa yang

panjang (Grodzinska-Jurczak, 2001). Seperti negara membangun yang lain, Malaysia

menggunakan kaedah tapak pelupusan sampah terbuka sebagai konsep pelupusan

sanitari yang tidak melaksanakan teknologi kerana kekangan kewangan (Chong et

al., 2005). Menurut Kementarian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia,

dijangka sebanyak 230 tapak pelupusan sisa masih beroperasi di Malaysia (Jadual

2.11). Menurut Idris et al., (2004), tapak pelupusan sampah boleh diklsifikasikan

berdasarkan proses penguraian atau pereputan yang digunakan iaitu:

1) Tapak pelupusan sampah an-aerobik

2) Tapak pelupusan sampah sanitari an-aerobik tertutup

3) Tapak pelupusan sampah an-aerobik sanitari yang ditambah baik dengan paip

pengumpulan bahan larut resap bawah tanah

4) Tapak pelupusan sampah semi-aerobik dengan kemudahan infrastruktur

pengudaraan dan pengumpulan bahan larut resap

50
5) Tapak pelupusan sampah dengan tekanan pengudaraan

Tapak Pelupusan sampah di Malaysia boleh diklasifikasikan dalam jenis kedua

iaitu tapak pelupusan sampah sanitari tertutup (Abdelnaser, 2008). Menurut

Abdelnaser Omran Ali (2008), tapak pelupusan sampah di Malaysia mempuyai

masalah seperti mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan berpunca daripada

proses penguraian an-aerobik sisa pepejal, masalah lalat dan serangga perosak.

Jadual 2.11: Bilangan Tapak Pelupusan Sampah di Malaysia

Negeri Bilangan Keluasan Sisa Pepejal Bilangan Jangka Hayat


Tapak (hektar) yang tapak (tahun)
Pelupusan Diterima ditutup
Sampah (tan/sehari)
Johor 18 5.6 1082 7 7
Melaka 4 18.5 1065 4 20
Negeri Sembilan 11 10.9 727 1 tiada rekod
Selangor 14 10.6 2285 9 8
Pahang 14 8.7 895 9 8
Terengganu 8 5.6 707 7 13
Kelantan 12 5.6 424 5 12
Perak 19 10.3 1450 4 9
Kedah 10 7.7 893 5 8
Pulau Pinang 2 22.3 1400 0 0
Perlis 1 4.0 100 0 0
Sarawak 36 2.9 1000 5 12
Sabah 20 21.7 851 5 13
Kuala Lumpur 1 12 600 0 0
Labuan 1 12.1 12 0 0
(disesuaikan daripada Abdelnaser, 2008)

51
2.4.6 Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu

Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu (Intergrated Solid Waste Management,

ISWM) merupakan istilah yang diguna pakai oleh pembuat dasar dalam konteks

pengurusan sisa pepejal yang lebih efektif. Di kebanyakan negara, ISWM difahami

sebagai pendekatan bersepadu untuk mengurus sisa perbandaran dengan cara yang

lebih lestari (Memon, 2010). ISWM terdiri daripada berberapa komponen utama iaitu

pencegahan sisa, kitar semula, pengkomposan, dan pelupusan sisa. Sistem ISWM

berfokus kepada pengurusan sisa pepejal yang paling berkesan seperti pelaksanaan

kitar semula agar kualiti hidup masyarakat dipelihara. Pada asasnya, konsep ISWM

dibentuk untuk meningkatkan kecekapan aliran sistem pengurusan sisa pepejal

perbandaran iaitu pengasingan, pengumpulan, pusat pemindahan, rawatan dan

pelupusan. Ojektif sistem ISWM adalah mengurangkan penjanaan sisa untuk

dilupuskan dan memaksimumkan pemulihan tenaga daripada sisa (Memon, 2010).

Pada masa kini, ISWM telah menjadi satu sistem yang sangat penting untuk

koordinasi semua jenis sisa yang dihasilkan dari kawasan perumahan, industri,

komersial, pertanian, dan tapak pembinaan.

Menurut Program Alam Sekitar PBB (UNEP), pelan pelaksanaan ISWM

hendaklah mengandungi dasar untuk dikuat kuasa, teknologi sebagai operasi asas,

dan aktiviti sukarela untuk meningkatkan tahap kesedaran (Memon, 2010). Pusat

Teknologi Alam Sekitar UNEP (2012), telah menerangkan berberapa perkara yang

perlu diambil kira dalam pengurusan sisa pepejal bersepadu iaitu:

52
a) Masalah sistem pengurusan sisa dapat diselesaikan dengan kombinasi

pelbagai aspek

b) Perubahan sistem sisa perlu diselaraskan kerana pengubahsuaian sistem sisa

di sebuah kawasan boleh menganggu sistem sisa di kawasan yang lain

c) Integrasi membolehkan keupayaan atau sumber digunakan sepenuhnya;

kelengkapan untuk ekonomi atau pengurusan infrastruktur selalunya hanya

boleh dicapai apabila semua sisa di seluruh kawasan diuruskan dengan

menggunakan satu sistem

d) Sektor awam dan swasta dilibatkan dalam pembentukan pelan pengurusan

sisa

e) Pelan ISWM dapat membantu dalam mengenal pasti kaedah alternatif yang

berkos rendah

f) Sebahagian aktiviti berkaitan sisa tidak boleh dikendalikan dengan sebarang

bayaran kerana pengurusan sisa boleh menjadi perbelanjaan bersih dan

menunjukan keuntungan. Tanpa pelan ISWM, beberapa aktiviti penghasilan

menjadi "skim off" dan dianggap sebagai menguntungkan, manakala aktiviti-

aktiviti yang berkaitan dengan penyelenggaraan kesihatan dan keselamatan

awam akan terabai jika peruntukan dana tidak mencukupi.

Menurut Tchobanoglous et al., (1993), ISWM merupakan pemilihan dan aplikasi

teknik, teknologi, dan program pengurusan yang sesuai untuk mencapai objektif dan

matlamat pengurusan sisa pepejal yang spesifik. Memahami hubung kait antara

pelbagai aktiviti sisa mampu membentuk pelan ISWM yang mampan. Namun,

merangka pelan sistem pengurusan sisa pepejal yang efektif memerlukan

pertimbangan pelbagai faktor seperti institusi, sosial, peruntukan, ekonomi, teknikal

53
dan alam sekitar. Hal ini kerana, setiap faktor adalah berbeza untuk setiap kawasan

yang berbeza. Oleh itu, pemilihan modul yang sesuai untuk dijadikan panduan adalah

amat pemting. Di dalam konteks Malaysia, pihak berkuasa tempatan memerlukan

rakan kongsi dan sokongan daripada NGO dan pihak swasta untuk melaksanakan

sistem ISWM dalam lingkugan kawasan tertentu seperti di bandar (Memon, 2010).

Selain itu, penglibatan dan sokongan komuniti awam dapat memberi impak yang

besar dalam kejayaan sistem ISWM.

2.4.7 Impak Lambakan Sisa Pepejal yang Tidak Terkawal

Pengurusan sisa pepejal yang tidak cekap akan menyebabkan pelbagai jenis

pencemaran berlaku seperti pencemaran air, udara, dan tanah. Sistem pembuangan

dan pelupusan sisa yang salah akan menyebabkan pencemaran air bawah tanah.

Pembakaran sisa akan menyumbang kepada pencemaran udara. Pembebasan gas

rumah hijau yang berpunca daripada pereputan bahan organik di tapak pelupusan

sampah memberi kesan negatif kepada alam sekitar.

Dalam konteks kesihatan, penyebaran penyakit berjangkit seperti demam

denggi dan Chlorella yang dibawa oleh binatang serangga dan tikus akan berlaku.

Penggunaan air paip yang tercemar untuk aktiviti harian akan menyebabkan

masyarakat lebih terdedah untuk mendapat penyakit. Menurut Perkhidmatan

Kesihatan Awam Amerika, 22 penyakit dikenal pasti berpunca pengurusan sisa

pepejal yang kurang cekap (Hanks, 1967).

54
2.5 Kitar Semula

Kitar Semula merupakan salah satu pendekatan yang berkesan untuk

mengurangkan kuantiti sisa pepejal yang dilupuskan (Pichtel, 2005). Kitar semula

telah diamalkan sejak tiga abad yang lalu. Proses kitar semula telah mengalami

perubahan dan evolusi terutamanya dalam konteks teknologi dan sistem untuk

memudahkan orang ramai mengitar semula sisa pepejal mereka.

2.5.1 Ringkasan Sejarah dan Evolusi Kitar Semula

Aktiviti kitar semula telah mula diamalkan oleh individu dengan mengumpul

barang berharga yang diperolehi daripada timbunan sisa jalanan sejak tahun 1800

(Pichtel, 2005). Manakala program kitar semula yang pertama dilaksanakan adalah di

Baltimore pada tahun 1874, namun program kitar semula tersebut tidak berjaya

(Gerlet, 1999; Vesilind et al., 2002). Semasa perang dunia pertama pada lewat tahun

1800, kebanyakan sisa mentah digunakan oleh petani sebagai bahan makanan

binatang ternakan untuk meningkatan penghasilan makanan untuk manusia. Pada

tahun 1917, sebanyak 35% bandar di seluruh dunia menggunakan bahan mentah

sebagai makanan binatang ternakan. Peratusan bilangan bandar yang melaksanakan

aktiviti ini meningkat kepada 44% pada tahun 1925 dan menurun kepada 39% pada

tahun 1930 (Hering dan Greeley, 1921; Blumerg dan Gottlieb, 1989).

55
Pada tahun 1898, Kemudahan Mendapatkan Semula Bahan Kitar Semula

(Material Recovery Facilities) yang pertama telah dibina di bandar New York.

Fasiliti ini bertujuan untuk memproses sisa yang dijana oleh 116 000 orang

penduduk di bandar New York dan telah berjaya memulihkan sehingga 37%

daripada sisa pepejal yang dijana (Pichtel, 2005). Kemudiannya, Kemudahan

Mendapatkan Semula Bahan Kitar Semula (MRF) telah dibina di Berlin, Hamburg,

dan Munich. Menurut Bilitewski et al. (1997), MRF di berlin mampu memproses

melebihi 275 metrik tan sisa setiap hari. Walaupun MRF yang pertama dibina di

bandar New York, namun negara-negara di Eropah telah mendahului Amerika

Syarikat dalam pelaksanaan kitar semula (Pichtel, 2005). Semasa awal perang dunia

kedua pada tahun 1939, setiap isi rumah yang berada di Jerman dijangka

mengasingkan sisa pepejal seperti kertas, botol, logam, dan lain-lain besi ferus

daripada sisa yang jana di rumah masing-masing (APWA, 1941; Alexender, 1993).

Kesedaran berkaitan penjagaan alam sekitar mula mendapat perhatian

masyarakat dunia pada lewat tahun 1980. Isu-isu seperti ruang yang terhad untuk

pembukaan tapak pelupusan sampah, impak negatif akibat gas rumah hijau, dan ozon

atmosfera semakin menipis menjadi pemangkin kepada peningkatan kesedaran

masyarakat dunia terhadap alam sekitar. Penjanaan sisa pepejal yang meningkat

menyebabkan pembukaan pertambahan tapak pelupusan sampah yang baru.

Akibatnya, kos pengurusan untuk pelupusan sisa pepejal semakin meningkat dan

menarik minat industri, kerajaan dan orang awam untuk mengamalkan kitar semula.

Pelbagai inisiatif komuniti terhadap program kitar semula dilaksanakan untuk

mengurangkan sisa pepejal dihantar ke tapak pelupusan sampah untuk

mengurangkan pembayaran cukai. Oleh itu, banyak pusat pengumpulan bahan kitar

56
semula dan Kemudahan Mendapatkan Semula Bahan Kitar Semula (MRF) dibina

disebabkan desakan orang awam (Pichtel, 2005).

Terdapat dua jenis pendekatan utama dalam pengasingan sisa pepejal

perbandaran untuk dikitar semula iaitu:

a) Pengasingan: merangkumi pengasingan bahan mengikut komponen sisa

pepejal seperti tin aluminiun, kertas, kaca, dan plastik dikutip dan dihantar ke

fasiliti tertentu untuk diproses dan dijual

b) Kemudahan Medapatkan Semula Bahan Kitar Semula (Material

Recovery Facilities): kemudahan ini samada menerima bahan yang

bercampur atau bahan yang telah diasingkan. Bahan kitar semula yang

bercampur akan dihantar ke fasiliti dengan sistem conveyor untuk diasingkan

mengikut jenis dengan menggunakan tangan atau mesin

Kedua-dua pendekatan ini memepunyai perbezaan berkaitan kecekapan operasi,

modal, penggunaan tenaga, kos pekerja, dan faktor-faktor yang lain (Pichtel, 2005).

57
2.5.2 Istilah Berkaitan Kitar Semula

Menurut Pichtel (2005), berberapa istilah berkaitan kitar semula telah disalah

guna. Oleh itu, penerangan istilah berkaitan kitar semula amat penting untuk

mengelakan kekeliruan. Antara istilah berkaitan kitar semula adalah:

a) Pengasingan Sumber: memindahkan bahan yang berpotensi untuk dikitar

semula dari aliran sisa

b) Penggunaan Semula: menggunakan bahan berdasarkan fungsi asal. Sebagai

contoh botol air digunakan semula untuk mengisi air

c) Kitar Semula: menggunakan bahan dalam bentuk yang sama dengan

kegunaan asal. Sebagai contoh surat khabar dijadikan kotak atau surat kabar

yang baru.

d) Sisa kepada Tenaga: Pengubahan sisa pepejal perbandaran (sisa organik)

kepada tenaga melalui pembakaran yang dikawal dengan incinerator. Tenaga

haba yang dihasilkan digunakan kepada tenaga elektrik.

e) Pemulihan Sumber: Pemindahan tenaga dan bahan daripada sisa. Istilah ini

berkait dengan kesemua istilah di atas.

58
Rajah 1.6: Simbol Kitar Semula (Sumber: Pichtel, 2005)

Berdasarkan istilah berkaitan kitar semula, sistem kitar semula boleh

digambarkan seperti Rajah 2.6. Satu anak panah menunjukan pengasingan sumber

dari aliran sisa. Dua anak panah menunjukan simbol pemprosesan bahan kitar semula

kepada produk yang baru. Tiga anak panah menunjukan produk yang dihasilkan dari

proses dijual dan dibeli oleh pengguna dalam pasaran. Sebagai contoh, sisa tin

aluminum dari kawasan perumahan dikutip dan dikumpul dengan menggunakan lori

menunjukkan satu anak panah. Kemudian tin aluminium dijual kepada broker dan

pengedar supaya timbunan tin aluminum ini dapat ditumpatkan sebelum di jual

kepada syarikat yang menyediakan perkhidmatan peleburan. Semasa di tahap

peleburan, bahan tin aluminium dicairkan dan dibentuk kepada bentuk tin aluminum

yang baru sebelum dihantar ke kilang pengeluaran minuman ringan melambangkan

dua anak panah. Akhirnya, tin minumam aluminium yang diperbuat daripada bahan

kitar semula dijual dan dibeli oleh pengguna menunjukkan anak panah ke-3.

59
Ketiga-tiga anak panah ini saling berhubung dan boleh digambarkan seperti

sistem yang berulang kali. Oleh itu, ketiga-tiga anak panah membentuk satu rantaian

sistem yang sangat penting untuk mengurangkan jumlah sisa pepejal dihantar ke

tapak pelupusan sampah. Oleh itu, sisa pepejal tidak boleh dipertimbangkan sebagai

telah dikitar semula jika tidak melalui proses yang melibatkan ketiga-tiga anak panah

(Rajah 2.5). Namun, proses pengasingan bahan kitar semula telah menjadi masalah

kepada industri dan syarikat swasta yang terlibat kerana kos alatan yang tinggi.

Selain itu, harga pasaran bahan kitar semula yang tidak stabil meyebabkan produk

bahan kitar semula menjadi lebih mahal dari produk yang menggunakan bahan

mentah asal. Kesannya, kurang permintaan produk kitar semula daripada pasar raya,

kedai dan pengguna (Pichtel, 2005).

2.5.3 Sistem Kitar Semula

Penyediaan kemudahan sistem kitar semula yang efektif kepada komuniti

sangat penting untuk menggalakan mereka mengamalan kitar semula (Kehmeyer et

al., 2011). Operasi sistem kitar semula bermula dari rumah iaitu pengguna dengan

mengasingkan barangan kitar semula kemudian dikumpul sebelum dipadatkan dan

diproses semula sehingga menjadi produk baru seperti yang digunakan kembali oleh

pengguna dalam Rajah 2.7 (Arena et al., 2003).

60
Rajah 2.7: Operasi Sistem Kitar Semula (disesuaikan dari Arena et al., 2003)

Tong kitar semula merupakan kaedah lazim yang digunakan di peringkat

global dan tempatan. Bahan kitar semula dikumpul mengikut tong yang berlainan

mengikut jenis bahan kitar semula seperti plastik, kertas, dan kaca yang dikenali

sebagai salah satu curbside collection system (Abdelnaser, 2008). Sistem ini boleh

beroperasi melalui tiga kaedah iaitu pengguna mengasingkan barangan kitar semula

sebelum pengumpulan dibuat, pekerja mengasingkan barangan kitar semula semasa

pengumpulan, dan pengasingan barangan kitar semula di Kemudahan Mendapatkan

Semula Bahan Kitar Semula (Material Recovery Facilities). Namun, kaedah ini

memerlukan kos yang tinggi tetapi memberi kemudahan kepada pengguna untuk

menyertai program kitar semula (Kimball et al., 2005). Pada masa kini, terdapat dua

jenis sistem kitar semula berkonsepkan Curbside Collection System iaitu sistem kitar

semula satu aliran dan sistem kitar semula pelbagai aliran (Kehmeyer et al., 2011).

61
Selain itu, kaedah drop-off center juga merupakan kaedah alternatif

pengumpulan bahan kitar semula. Melalui kaedah ini, pengguna atau penduduk

membawa sendiri bahan kitar semula ke pusat pengumpulan dan disimpan di dalam

kontena yang sesuai. Pusat pengumpulan terletak di lokasi yang strategik agar mudah

dicapai komuniti. Dalam konteks pengurusan, kaedah ini memerlukan pengurusan

yang lebih terperinci. Oleh itu, petugas perlu dilantik untuk menguruskan pusat

pengumpulan bahan kitar semula ini (Lund, 1993). Menurut Kimball et al., (2005),

antara tugas pekerja di pusat pengumpulan bahan kitar semula adalah memastikan

pengasingan barangan kitar semula dibuat dengan betul, mengeluarkan bahan yang

tidak boleh dikitar semula dari tempat pengumpulan, memastikan pusat

pengumpulan sentiasa bersih dan membantu mendidik pengguna berkaitan amalan

kitar semula.

Buy-back Center juga merupakan salah satu kaedah pengumpulan bahan kitar

semula yang sama konsep dengan drop-off center, tetapi pusat ini membeli bahan

kitar semula dari pengguna (Kimball et al., 2005). Oleh itu, pengguna perlu

membawa barangan kitar semula ke pusat pengumpulan untuk dijual. Konsep

membeli barangan kitar semula dari pengguna ini mampu meningkatkan penyertaan

dalam kalangan komuniti. Namun, harga barangan kitar semula yang tidak sekata

mengikut jenis menyebabkan pengguna hanya menjual barangan kitar semula

tertentu sahaja. Salah satu contoh yang menggunakan konsep pengumpulan bahan

kitar semula ini adalah bank kitar semula (Norizan et al., 2012).

62
i) Curbside Collection: Sistem Kitar Semula Pelbagai Aliran (Multi Stream)

Sejak tahun 1980, pendekatan sistem kitar semula pelbagai aliran sudah

dikenali ramai dan diguna pakai oleh kebanyakan negara kerana beberapa faktor

seperti mengelakkan bahan kitar semula dari tercemar dan menjimatkan kos

pemprosesan. Sebagai contoh, bahan kitar semula seperti kertas yang mudah rosak

dan tercemar apabila tidak disimpan dan diurus dengan cara yang betul. Pencegahan

pencampuran antara bahan mampu mengekalkan kualiti bahan kitar semula dan

boleh diguna dengan lebih efisien. Kos perbelanjaan pemprosesan bahan kitar semula

bergantung kepada kualiti bahan kitar semula yang dikumpul. Kos untuk

pemprosesan bahan akan rendah apabila kualiti bahan masih dalam keadaan baik

(Kehmeyer, 2011). Menurut Kahmeyer et al. (2011), sistem kitar semula pelbagai

aliran melibatan pengasingan barangan kitar semula kepada beberapa bekas yang

spesifik seperti bekas palstik, kertas dan kaca.

Namun, sistem kitar semula pelbagai aliran masih mempunyai pelbagai

kelemahan. Menurut Norizan et al. (2012), penglibatan masyarakat dalam program

kitar semula berkait dengan tingkah laku dan persepsi masyarakat terhadap program

kitar semula yang dijalankan. Walaupun terdapat banyak kajian telah dilaksanakan

untuk meningkatkan penglibatan masyarakat dalam program kitar semula, namun

penglibatan dalam kalangan masyarakat masih kurang kerana sikap tidak ambil

peduli terhadap kepentingan amalan kitar semula. Kesedaran terhadap amalan kitar

semula masih menjadi persoalan walaupun program kesedaran telah banyak

dijalankan di peringkat global dan tempatan (Norizan et al., 2012). Menurut

63
Kehmeyer et al. (2011), kos penyediaan bekas mengikut jenis bahan yang tinggi

menjadi masalah kepada isi rumah untuk memulakan amalan kitar semula di rumah.

Antara contoh sistem kitar semula pelbagai aliran yang banyak digunakan

dibeberapa negara adalah set kitar semula tiga tong yang mempunyai fungsi yang

berbeza untuk setiap tong mengikut warna. Sistem ini banyak dilaksanakan di

Eropah dan di Asia termasuk Malaysia. Antara warna yang digunakan untuk

membezakan fungsi tong adalah jingga, biru dan coklat. Tong berwarna biru

digunakan untuk mengumpul barangan kertas, kadbod dan kotak, manakala tong

berwarna jingga digunakan untuk mengumpul barangan tin aluminium dan botol

plastik. Tong berwarna coklat digunakan untuk mengumpul barangan kaca (Hamidi

Abdul Hamid, 2009).

ii) Curbside Collection: Sistem Kitar Semula Satu Aliran (Single Stream)

Kitar semula satu aliran merupakan program inovasi yang bermula pada awal

1990 di Amerika Syarikat. Namun, sistem kitar semula satu aliran ini lebih dikenali

sebagai Sistem Kitar Semula Bekas Biru (Blue Box Recycling System, BBRS) di

Kanada sejak 1980. Menurut Wang (2006), banyak perdebatan berlaku antara ahli

akademik dan penyelidik berkaitan kecekapan dan keberkesanan antara sistem kitar

semula satu aliran dan pelbagai aliran. Perbezaan yang ketara antara kedua-dua

sistem ini adalah penggunaan bekas untuk pengumpulan setiap bahan yang boleh

dikitar semula. Sistem kitar semula satu aliran tidak mengaplikasikan langkah

64
pengasingan mengikut jenis bahan dengan hanya menyediakan satu bekas yang boleh

mengumpul semua barangan yang boleh dikitar semula.

Pada asasnya, sistem kitar semula satu aliran diperkenalkan untuk memperbaiki

kelemahan dan masalah yang dihadapai sistem kitar semula pelbagai aliran.

Pengguna tidak perlu lagi bimbang untuk mengasingkan bahan kitar semula

mengikut kepelbagaian jenis. Menurut Wang (2006), petukaran sistem kitar semula

dari pelbagai aliran kepada satu aliran menunjukkan peningkatan penglibatan

masyarakat. Penyediaan bekas pengumpulan bahan kitar semula menjadi lebih

mudah, menjimatkan kos dan menjimatkan ruang. Sebagai contoh, lokasi peletakan

bekas pengumpulan bahan kitar semula boleh diperluaskan kerana hanya satu bekas

diperlukan untuk mengumpul kepelbagaian bahan kitar semula. Kos pengumpulan

bahan kitar semula dapat dikurangkan dengan hanya menggunakan satu trak yang

boleh mengumpul kepelbagaian bahan kitar semula dengan cara manual atau

menggunakan mesin automatik sebelum dihantar ke pusat pengurusan bahan kitar

semula (Kehmeyer et al., 2011).

Sistem Kitar Semula Bekas Biru (Blue Box Recycling System, BBRS)

merupakan salah satu contoh sistem kitar semula satu aliran yang berjaya dilaksana

dengan berjaya di Kanada. Sejak 1960, teknologi pembungkusan pakai buang yang

baru telah dipelbagaikan kerana produk makanan mula diperdagangkan di serata

tempat (Blumberg dan Gottlieb, 1989). Industri pembungkusan moden telah menjadi

antara industri yang paling besar dan kukuh kerana didorong oleh permintaan

pengguna yang mementingkan kesenangan dan keinginan peruncit makanan untuk

65
mengurangkan perkhidmatan pelanggan di kedai-kedai (McRobert, 1994). Terdapat

lambakan penyelidikan dan kajian berkaitan teknologi pembungkusan yang cekap

untuk meningkatkan kualiti produk pembungkusan. Oleh itu, persaingan yang sengit

antara pembuat bungkusan untuk mengekalkan produk masing-masing terutamanya

antara industri bungkusan plastik dan kaca serta pembuatan bekas tin aluminium dan

tinplate.

Namun, produk pembungkusan ini merupakan sumber penjanaan sisa pepejal

yang terbesar. Jumlah produk pembungkusan yang digunakan dan dibuang

meningkat sepanjang tahun di Kanada sejak 1980. Oleh itu, pengawalan undang-

undang di Kanada berkaitan sisa produk pembungkusan di bawah tanggungjawab

kerajaan pusat, kerajaan negeri dan majlis perbandaran (Shrybman dan Lindgren,

1989). Di bawah akta konstitusi 1867, kerajaan pusat mempunyai kuasa untuk

mengawal aktiviti perdagangan di Kanada antara negeri-negeri dan negara lain.

Kerajaan pusat memainkan peranan penting dalam pembentukan Protokol

Pembungkusan Kebangsaan sebagai inisiatif mengurangkan sisa di Kanada dengan

menyediakan sistem operasi kitar semula dan program pelencongan sisa pepejal

(McRobert, 1994).

Inisiatif awal mempromosi pemungutan palbagai bahan kitar semula dengan

kaedah curbside tidak menunjukan hasil yang diharapkan kerana harga bahan kitar

semula yang rendah dan tidak menentu dan terdapat subsidi tersembunyi dengan

penggunaan bahan mentah yang asal. Hanya berberapa inisisatif awal dilihat

menunjukan hasil yang positif seperti bahan yang dihasilkan dari kertas. Syarikat

66
pembuatan kertas swasta menyokong penggunaan bahan kertas terpakai kerana dapat

mengurangkan kos pemprosesan dan penggunaan tenaga (Stauffer, 1989). Pada tahun

1975, penyelidik siasatan pencemaran telah membuat analisis sosio-ekonomi yang

terkandung di dalam laporan yang bertajuk Recycling: Identifying the Barriers.

Menurut laporan tersebut:

kepercayaan kerajaan dan industri yang rapuh untuk melaksanakan program

kitar semula menjadi penghalang terbesar kejayaan (McRobert, 1994)

Pada tahun 1980, Kementerian Alam Sekitar Kanada telah memperkenalkan

dasar menggalakan pengasingan sumber yang boleh dikitar semula dari sistem sisa.

Pelbagai sokongan diberikan seperti peruntukan untuk melaksanakan Program

Pengasingan Sumber di kawasan perumahan. Akhirnya, BBRS telah diperkenalkan

sebagai sistem pengurusan sisa pepejal pada tahun 1981. BBRS mula dilaksanakan

berasaskan konsep Ontario yang dibentuk sendiri dalam kerjasama sekumpulan ahli

alam sekitar, industri minuman dan inovasi. Program BBRS yang pertama

dilaksanakan pada tahun 1983 di bandar Kitchener, Ontario sebagai percubaan yang

diuruskan oleh sebuah kontraktor pengurusan sisa pepejal iaitu Ontario Total

Recycling System Ltd. Sehingga kini, BBRS telah dijadikan sebagai sebahagian

daripada pengurusan sisa pepejal yang utama dalam operasi.

67
iii) Kemudahan Mendapatkan Semula Bahan Kitar Semula (Material

Recovery Facilities, MRF)

Kemudahan Mendapatkan Semula Bahan Kitar Semula (MRF) merupakan

operasi atau sistem kitar semula yang semakin popular pada masa kini. MRF yang

pertama dibina di bandar New York pada tahun 1898. Pada tahun 1991, 40 buah

MRF telah beroperasi dan bilangan MRF semakin bertambah kepada 166 buah pada

tahun 1993. Namun, kadar pertambahan bilangan MRF sedikit merosot pada tahun

1997 (Berenyi, 2001). Sejak 1995, program kutipan barangan kitar semula curbside

menyebabkan MRF dikenali di pelbagai negara terutamanya di kawasan yang

dikenakan pembayaran perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang tinggi. Oleh itu,

kebanyakan syarikat swasta melihat keadaan ini sebagai satu peluang untuk melabur

dalam perniagaan kitar semula. Secara asasnya, MRF mempunyai dua jenis fasiliti

yang menguruskan bahan kitar semula iaitu MRF yang bersih (bahan kitar semula

yang telah diasing) dan MRF yang kotor (bahan kitar semula yang bercampur)

(Pichtel, 2005).

Unit operasi di MRF merangkumi proses saringan, pengasingan bahan kitar

semula dengan magnet, pencarikan, dan klasifikasi udara (Jadual 2.12). Menurut

Tchobanoglous et al. (1993), operasi unit MRF bermatlamat untuk:

1) Mengubah suai ciri-ciri fizikal bahan kitar semula supaya mudah untuk

dipindahkan

2) Memindahkan komponen bahan yang spesifik dan berguna dari aliran sisa

3) Menyingkirkan bahan pencemar dari aliran sisa

68
4) Menyedia dan memproses bahan yang telah diasing untuk kegunaan

seterusnya

Jadual 2.12: Unit Operasi untuk Kemudahan Mendapatkan Semula Bahan Kitar
Semula (MRF) dan Fungsi-fungsi

Unit Operasi Fungsi


Pencarikan Pengurangan saiz bahan
Saringan Pengasingan bahan mengikut saiz
Pengasingan Siklon Pengasingan bahan mudah terbakar dari aliran
udara
Pengasingan Udara Pengasingan bahan mudah terbakar dari aliran
udara
Pengasingan Magnet Pengasingan logam ferus dari bahan campuran
Penumpatan Pemadatan dan perataan bahan
Fasiliti Penimbang Sebagai rekod operasi
Pemindahan
Conveyor belt Pengangkutan semua jenis bahan kitar semula
Picking belt Pengasingan manual bahan
Movable equipment Mengendalian dan pemindahan semua jenis bahan
Pengumpulan dan Simpanan Penyimpanan semua jenis bahan yang telah
dipulih
(Sumber: Tchobanoglous et al., 1993)

Walaupun sistem MRF lebih menggunakan jentera, tenaga pekerja masih

diperlukan. Sebagai contoh, bahan-bahan yang tidak boleh dikitar semula dan

berbahaya seperti cat, racun serangga, dan bateri hanya boleh disingkirkan dari

sistem MRF dengan cara pengasingan manual (Pichtel, 2005).

Di Malaysia, satu majlis menandatangani memorandum persefahaman antara

Tetra Pak (Malaysia) Sdn Bhd, Worldwide Holding Sdn Bhd dan MDS Sdn Bhd

dengan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara berkenaan kemudahan Mendapatkan

Semula Bahan Kitar Semula (MRF) yang pertama pada 12 November 2012,.

Kemudahan ini ditempatkan di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari, Jeram yang
69
dioperasi oleh Worldwide Landfills Sdn. Bhd. MRF dilihat melengkapi pengurusan

sisa pepejal yang bersepadu dimulakan dengan pengasingan sisa dari orang awam

dan disokong dengan kemudahan yang disediakan di tapak pelupusan sampah

(KPKT, 2012). Oleh itu, Kemudahan Mendapatkan Semula Bahan Kitar Semula

(MRF) akan dibina oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara di kesemua

sembilan buah projek membina baru tapak pelupusan sisa pepejal sanitari di

Malaysia (KPKT, 2012).

2.6 Rumusan

Kitar semula merupakan salah satu pengurusan sisa pepejal yang sangat

penting di dalam pembangunan lestari pada masa kini. Kesan daripada lambakan sisa

pepejal terutamanya di bandar banyak memberi impak negatif kepada pembangunan

bandar. Oleh itu, pelbagai inisiatif telah dijalankan di peringkat global, wilayah dan

tempatan untuk meningkatkan amalan kitar semula. Namun, kadar kitar semula di

Malaysia masih rendah berbanding negara jiran. Hal ini disebabkan amalan kitar

semula di Malaysia merupakan aktiviti tidak formal dalam kalangan masyarakat

walaupun telah banyak akta telah dibentuk. Penyediaan kemudahan sistem kitar

semula yang efektif merupakan salah satu kunci kejayaan program kitar semula di

barat. Oleh itu, penyelidikan untuk meningkatkan kecekapan sistem dan teknologi

kitar semula di Malaysia perlu dilakukan dengan lebih meluas untuk memastikan

program kitar semula dapat dijalankan dengan berkesan.

70
BAB III

KAEDAH PENYELIDIKAN DAN KAWASAN KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama membincangkan

pendekatan dan kaedah yang digunakan dalam kajian. Proses penyelidikan

dihuraikan dengan sepenuhnya dalam setiap peringkat bermula dengan tinjauan awal

hingga peringkat menganalisis data. Sehubungan itu, instrumen kajian turut

dibincangkan secara terperinci berkenaan kaedah yang digunakan untuk

mendapatkan maklumat. Di dalam kajian ini data primer diperolehi dengan

menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Manakala terdapat sebahagian

data sekunder diperolehi menerusi ulasan kepustakaan. Perbincangan dalam bahagian

dua berkaitan pemilihan kawasan kajian yang merangkumi justifikasi pemilihan

kawasan kajian, latar belakang dan populasi komuniti di kawasan kajian.

3.2 Proses Kajian

Proses kajian ini merangkumi empat fasa yang menggambarkan aliran kajian.

Fasa yang pertama merujuk kepada kajian awal dan ulasan kepustakaan. Fasa kedua

merujuk kepada pengumpulan data dan maklumat. Fasa ketiga merujuk kepada

analisis data. Manakala fasa keempat merujuk kepada penyediaan laporan akhir.

Rajah 3.1 menunjukan carta aliran kajian ini.

71
Kajian Awal

i) Ulasan Kepustakaan
ii) Mengenalpasti Masalah dan Isu Fasa I
iii) Pembentukan Persoalan Kajian
dan Objektif
iv) Pembentukan Kerangka
Konseptual dan Skop Kajian

Pengumpulan Data

Data Primer Data Sekunder

i) Penimbangan berat i) Rujukan ilmiah


sisa pepejal (Buku, laporan, Fasa II
ii) Penimbangan bahan jurnal dan artikel)
kitar semula ii) Laman Sesawang
iii) Soal Selidik iii) Organisasi berkaitan
iv) Pemerhatian/Pengama
tan

Analisis Data/Hasil Dapatan Kajian Fasa III

Analisis data mengunakan SPSS

Laporan Hasil Kajian Fasa IV

Rajah 3.1: Carta Aliran untuk Proses Kajian

72
3.2.1 Kajian awal dan Ulasan Kepustakaan

Pada fasa ini, penyelidik memfokuskan kepada pengumpulan bahan-bahan

bacaan berkaitan dengan kajian. Tema penyelidikan ditentukan berdasarkan isu yang

menjadi menjadi persoalan kajian. Kajian teorikal dilakukan untuk pemahaman

konsep berkaitan pengurusan sisa pepejal yang lestari sebagai bahan bacaan awal

sebelum memahami konsep sistem kitar semula satu aliran dan pelbagai aliran.

Kajian empirikal dilakukan sebagai rujukan kepada penyelidik untuk mengukuhkan

lagi kefahaman dan mengetahui perkembangan terkini berkaitan tema kajian. Selepas

itu, isu-isu yang berkaitan pengurusan sisa pepejal dan sistem kitar semula dikumpul

dan dikaji berdasarkan pelbagai peringkat iaitu global, wilayah dan tempatan. Selain

itu, analisis situasi diguna untuk mengenal pasti permasalahan di kawasan kajian.

Persoalan kajian dibentuk berdasarkan isu dan permasalahan kajian yang telah

dikenal pasti. Kemudian berberapa objektif kajian dibentuk berdasarkan persoalan

kajian yang dirangka. Kerangka konseptual dirangka berdasarkan tema penyelidikan

untuk menggambarkan secara ringkas konsep keseluruhan kajian.

3.2.2 Pengumpula Data

Prinsip utama pengumpulan data dan maklumat adalah untuk mencapai

objektif kajian (Mohd Majid, 1990). Penyelidik menggunakan pendekatan kuantitatif

dan pendekatan kualitatif untuk memperolehi data dalam kajian ini. Menurut

Robinson (1998), gabungan data kuantitaif dan kualitatif dapat memberi data yang

73
lebih baik. Data yang diperoleh dalan kajian ini terbahagi kepada dua iaitu data

primer dan data sekunder.

i) Data Primer

Menurut Syed Arabi Idid (1992), data primer merupakan data asal yang

diperolehi penyelidik semasa menjalankan kajian dan data tersebut tidak pernah

diperolehi daripada mana-mana kajian sebelum ini. Dalam konteks kajian ini, data

primer diperolehi menerusi pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Data kualitatif tidak

dinyatakan dalam sifat perangkaan, manakala data kuantitatif dinyatakan dalam

bentuk perangkaan. Butir penyataan yang diperoleh dari pendekatan kualitatif adalah

berdasarkan tindak balas komuniti terhadap pelaksanaan sistem kitar semula satu

aliran. Di samping itu, butiran maklumat yang diperolehi daripada pendekatan

kuantitif adalah lebih spesifik berkaitan penglibatan komuniti terhadap sistem kitar

semula satu aliran yang dilaksanakan.

Data kuantitatif diperolehi melalui pengedaran borang kajian soal selidik dan

penimbangan sisa pepejal yang dijana serta bahan kitar semula. Menurut Hopkins

(2008), kajian kuantitatif bertujuan mengukur hubungan antara pemboleh ubah.

Untuk kajian ini, pembolehubah yang digunakan adalah berat bahan kitar semula dan

tindak balas komuniti terhadap sistem kitar semula satu aliran. Hubungan antara

pemboleh ubah boleh dibuktikan dengan statistik seperti chi-square (Hopkins, 2008).

Berat bahan kitar semula ditimbang dengan menggunakan alat penimbang elektronik

74
mudah alih. Manakala tindak balas dan penglibatan komuniti dinilai dengan

pengedaran borang kajian soal selidik kepada responden.

Sehubungan itu, data kualitatif diperolehi melalui pemerhatian turut serta.

Pengkaji memilih untuk berperanan sebagai total-researcher semasa penyelidikan

(Robinson, 1998). Menurut Syed Arabi Idid (1992), kaedah pemerhatian turut serta

dianggap satu kajian penerokaan. Dalam pemerhatian turut serta, pengkaji

mengumpul data dan maklumat menerusi pemerhatian tingkah laku komuniti yang

dikaji tanpa mempengaruhi situasi dan kelakuan biasa komuniti tersebut (Suriati dan

Colonius, 2008).

ii) Data Sekunder

Pengumpulan data sekunder diperolehi daripada buku-buku ilmiah, terbitan

jurnal, kertas seminar dan persidangan, laman sesawang, keratan akhbar, dan risalah-

risalah berkaitan. Penyelidik membuat bacaan daripada bahan-bahan sekunder untuk

memantapkan lagi maklumat dan pemahaman konsep. Kaedah analisis kandungan

dilakukan dengan menyimpan dan merekod segala maklumat yang diperolehi di

dalam fail untuk memudahkan penyelidik merujuk semula data. Merujuk Mohd

Majid Konting (1990), kaedah analisis kandungan dapat mengklasifikasi dokumen

atau data berdasarkan tema atau isu yang telah dikenal pasti berkaitan dengan kajian.

Maklumat atau data daripada sumber sekunder ini amat penting untuk menyokong

dan menguatkan hujah-hujah semasa proses menganalisis data.

75
3.2.3 Analisis Data

Analisis data dilakukan untuk menjawab persoalan kajian dan seterusnya

mencapai ketiga-tiga objektif yang telah dibentuk. Terdapat dua jenis data iaitu data

kuantitatif dan data kualitatif. Oleh itu, setiap data dianalisis dengan menggunakan

kaedah yang berbeza mengikut kesesuian.

i) Analisis Data Kuantitatif

Dalam kajian ini, data kuantitatif diperolehi dari soal selidik dan penimbangan

berat barangan kitar semula. Dua pendekatan statistik digunakan untuk menganalisis

data kuantitatif iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi.

a) Statistik Deskriptif

Statistik deskriptif atau dikenali sebagai statistik perihalan digunakan untuk

meringkaskan data kuantitatif agar mudah difahami (Mohd Majid, 1990). Menurut

Mohd Majid (1990), langkah pertama dalam dalam statistik deskriptif adalah

mengenal pasti pemboleh ubah yang dikaji. Dalam kajian ini berberapa pemboleh

ubah telah dikenalpasti iaitu jantina, umur, bangsa, taraf pendidikan, dan status

perkahwinan. Seterusnya penyusunan data kuantitatif dilakukan menerusi perisisan

komputer iaitu Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 17.0 dan

76
Microsoft Excel versi 2010. Dalam kajian ini, data kuantitatif diperolehi daripada

borang kajian soal selidik. Teknik statistik dalam bentuk frekuensi digunakan untuk

melihat profil demografi responden. Manakala data yang diperolehi daripada uji kaji

lapangan akan direkod dan dianalisa menggunakan Microsoft Excel versi 2010.

Menurut Mohd Salleh dan Zaidatun (2001), kedua-dua perisisan komputer ini mudah

digunakan untuk membuat pelbagai analisis statistik dan pengurusan data.

b) Statistik Inferensi

Menurut Mohd Majid (1990), statistik inferensi digunakan untuk

merumuskan data mentah dengan membuat berberapa pengukuran dan ujian. Dalam

kajian ini, ujian chi-square digunakan untuk mendapatkan perkaitan antara dua

pemboleh ubah. Perbezaan antara kadar digunakan untuk menentukan sama ada

wujud perbezaan bererti antara frenkuensi kategori-kategori yang digunakan untuk

mengelaskan sesuatu pemboleh ubah (Mohd Majid 1990). Sebelum melakukan

analisis chi-square, pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar

ditentukan terlebih dahulu untuk melihat perhubungan antara kedua-dua pemboleh

ubah.

Dalam kajian ini, perhubungan antara berberapa pemboleh ubah dikenal pasti

iaitu pemboleh ubah bersandar merangkumi kesedaran responden terhadap penjagaan

alam sekitar, pengetahuan berkenaan sistem kitar semula, kesedaran terhadap

kepentingan amalan kitar semula, tahap penglibatan terhadap sistem kitar semula

77
satu aliran, dan tahap penerimaan terhadap sistem kitar semula dengan pemboleh

ubah tidak bersandar merangkumi jantina, bangsa, dan taraf pendidikan, status

perkahwinan, jenis perkerjaan, dan pusat pengajian. Pengiraan chi-square dibuat

dengan mengunakan perisian SPSS untuk mendapatkan nilai chi-square. Jika nilai

chi-square yang dihitung lebih besar daripada nilai chi-square yang dijangkakan

seperti jadual di Lampiran 2, hipotesis nol akan ditolak manakala hipotesis alternatif

akan diterima. Ini menunjukkan ada perhubungan bererti antara pemboleh ubah

bersandar dengan tidak bersandar. Oleh itu, pemboleh ubah tidak bersandar adalah

faktor yang boleh menerangkan perbezaan frekuensi pemboleh ubah bersandar di

dalam kalangan komuniti di kawasan kajian.

ii) Analisis Data Kualitatif

Data kualitatif yang diperolehi dianalisis menggunakan cara interpretatif dan

refleksi. Menurut Robinson (1998), kaedah interpretatif memerlukan pertimbangan

makna dan tafsiran di sebalik permerhatian yang telah dibuat. Untuk kajian ini,

pengkaji mempertimbangkan pelbagai tafsiran disebalik pemerhatian terhadap

tingkah laku komuniti semasa penglibatan mereka terhadap pelaksanaan sistem kitar

semula satu aliran. Selain itu, kaedah refleksi digunakan selepas data diperolehi

daripada pemerhatian untuk menghasilkan generalisasi dan interpretasi data (Suriati

dan Colonius, 2008). Disamping itu, maklumat yang diperolehi dari pemerhatian

akan dicatat ke dalam buku nota lapangan kerana maklumat ini penting dan akan

digunakan dalam analisis kandungan. Pendekatan analisis kandungan ini telah

banyak digunakan oleh pengkaji untuk menganalisis data kualitatif (Syarilla, 2011;

78
Merriem, 1998). Menurut Suriati Ghazali dan Colonius Atang (2008), analisis

kandungan adalah proses pengkategorian dan pengelasan maklumat dan data

mengikut tema yang telah dikenal pasti untuk menjawab obejktif kajian.

3.2.4 Laporan Akhir

Data dan maklumat yang telah dianalsis akan diterjemahkan di dalam laporan

akhir. Menurut Tobin dan Begley (2004), kaedah triangulasi boleh meningkatkan

kredibiliti penemuan yang diperolehi daripada kajian. Oleh itu, kaedah triangulasi

digunakan untuk melihat kaitan dan hubungan antara data kualitatif dan kuantitaif

yang telah dianalisis dan dikenal pasti semasa ulasan kepustakaan (Sandelowski,

1995). Selain itu, hujah dalam laporan akhir disokong oleh kajian empirikal. Laporan

akhir ini juga membincangkan proses perjalanan kajian daripada fasa pertama hingga

ke fasa keempat. Cadangan dan kesimpulan akan dibentuk untuk memperhalusi

kajian di masa akan datang.

3.3 Pendekatan dan Reka Bentuk Kajian

Pendekatan kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah pendekatan

penerokaan dan diskriptif. Menurut Syed Arabi Idid (1992), kajian penerokaan

membenarkan pengkaji membuat kajian lebih mendalam. Kajian diskriptif dapat

memberi gambaran dan menerangkan tentang sesuatu fenomena dan keadaan yang

sedang berlaku (Mohd Majid, 1990). Melalui kajian ini, pengkaji akan mengenalpasti

79
komposisi sisa pepejal yang dihasilkan di kawasan kajian. Komposisi sisi pepejal

yang diperolehi akan digunakan sebagai penanda aras untuk potensi sistem kitar

semula satu aliran. Penglibatan dan tindak balas komuniti terhadap pelaksanaan

sistem kitar semula satu aliran akan dikaji. Situasi ini merupakan fenomena dan

keadaaan semasa yang berlaku di kawasan kajian. Proses pelaksanaan sistem akan

dinilai untuk mengenal pasti cabaran dan halangan pelaksanaannya. Oleh itu,

penambah baik sistem kitar semula satu aliran akan dikenal pasti untuk kajian akan

datang. Pendekatan penerokaan dan deskriptif merangkumi beberapa jenis kaedah

seperti kajian lapangan dan kajian kes (Mohd Majid, 1990).

3.3.1 Kajian Lapangan

Kajian tinjauan dan lapangan ini adalah merupakan satu penyelidikan yang

dilakukan dalam keadaan atau situasi yang realistik (Syed Arabi, 1992). Kaedah ini

juga biasanya digunakan untuk mengumpul maklumat mengenai pemboleh ubah-

pemboleh ubah dan hubungan antara setiap pemboleh ubah (Kerlinger, 1973; Mohd

Majid, 1990). Ciri-ciri yang dicerap daripada setiap individu di dalam populasi

dipanggil pemboleh ubah kerana nilainya berbeza daripada individu ke individu yang

lain (Mohd Majid, 1990). Di dalam konteks kajian ini, kajian tinjauan berbentuk

bancian digunakan untuk mendapatkan maklumat dan data berkaitan populasi yang

dikaji.

80
Selain itu, kajian lapangan digunakan untuk meneliti pengurusan sisa pepejal di

kawasan kajian. Komposisi sisa pepejal yang dijana di kawasan kajian akan diaudit

sebelum penentuan lokasi tong kitar semula yang bersesuaian dan strategik

ditentukan. Kemudian, berat barangan kitar semula yang terdapat di dalam tong kitar

semula akan ditimbang dan direkodkan. Corak penjanaan sisa dan berat barangan

kitar semula dipengaruhi oleh pelbagai pemboleh ubah yang boleh dicerap daripada

populasi yang dikaji. Menurut Mohd Majid Konting (1990), kajian tinjauan dapat

mengukur pemboleh ubah yang berkaitan dengan suatu fenomena tanpa menyoal

mengapa pemboleh ubah itu wujud. Dapatan kajian akan dibincangkan di dalam bab

4, bab 5 dan bab 6.

3.3.2 Kajian Kes

Menurut Mohd Majid Konting (1990), kajian kes merupakan penyelidikan

yang dijalankan secara intensif oleh pengkaji ke atas sebuah unit kecil sosial seperti

individu, satu keluarga, satu kampung, satu kelab, satu sekolah atau satu masyarakat.

Untuk kajian ini, kajian secara intensif dijalankan ke atas komuniti yang berada di

Bangunan G31, Universiti Sains Malaysia. Penyelidik akan mengkaji secara

terperinci tindak balas dan tahap penglibatan komuniti terhadap sistem kitar satu

aliran yang dilaksanakan di kawasan kajian (Mohd Majid, 1990). Penekanan kajian

kes adalah pemahaman dan penelitian terhadap perubahan yang berlaku dalam

kalangan komuniti yang dikaji. Dalam konteks kajian ini, penelitian terhadap

perubahan tindak balas komuniti dan tahap penglibatan komuniti yang terlibat akan

81
dilakukan. Perubahan tingkah laku yang berlaku kepada komuniti yang dikaji adalah

disebabkan pelbagai pemboleh ubah yang berkaitan (Mohd Majid, 1990).

3.4 Kaedah Persampelan

Persampelan merupakan strategi penyelidikan yang digunakan oleh pengkaji

untuk mendapatkan maklumat mengenai sebuah populasi daripada sebahagian

individu yang terdiri daripada populasi tersebut. Perkara utama yang perlu diberi

perhatian dalam kaedah persampelan ini adalah responden yang dipilih benar-benar

mewakili populasi keseluruhan kawasan kajian (Mohd Majid, 1990). Merujuk kajian

ini, persampelan dibuat untuk memilih responden dengan pengedaran borang kajian

soal selidik. Kepelbagaian komuniti yang terdapat di kawasan kajian seperti komuniti

pekerja dan komuniti pelajar menyebabkan kaedah pemilihan responden dibuat

mengikut kesesuaian.

3.4.1 Persampelan Rawak Berlapis

Untuk kajian ini, kaedah persampelan rawak berlapis digunakan untuk memilih

responden dalam kalangan staf di dalam Bangunan G31. Komuniti staf tidak seragam

kerana terdiri daripada golongan wanita dan lelaki. Menurut Mohd Majid Konting

(1990), persampelan rawak berlapis sangat sesuai digunakan bagi populasi yang

tidak seragam. Langkah pertama dalam persampelan rawak berlapis adalah

penentuan lapisan yang ingin dikaji. Untuk kajian ini, populasi wanita dan lelaki

82
diasingkan terlebih dahulu kepada kumpulan yang berlainan. Untuk kajian ini,

pengkaji mengambil 40 orang responden daripada populasi staf. Bilangan lelaki dan

wanita yang akan dipilih telah ditetapkan sebanyak 20 orang setiap kumpulan iaitu

20 orang lelaki dan 20 orang wanita. Kemudian, setiap kumpulan akan dicabut secara

kaedah rawak mudah melalui prinsip kebarangkalian. Menerusi kaedah rawak

berlapis ini, ralat persampelan dapat dikurangkan dengan mengurangkan varians bagi

anggaran-anggaran sampel (Mohd Majid, 1990). Setiap individu dalam golongan

wanita dan lelaki di kawasan kajian diberi peluang yang sama untuk dipilih sebagai

responden.

3.4.2 Persampelan Kuota

Persampelan kuota digunakan untuk memilih respoden dalam kalangan pelajar

yang mengunjungi kawasan kajian. Kumpulan pelajar ini terdiri daripada dua

kumpulan besar iaitu lelaki dan wanita. Namun, bilangan pelajar yang tetap

mengunjungi kawasan kajian sukar untuk ditentukan. Seramai 80 orang respoden

iaitu 40 lelaki dan 40 wanita dipilih untuk menjawab borang kajian soal selidik.

Menurut Syed Arabi Idid (1992), persampelan kuota adalah satu kaedah persampelan

berlapis, tetapi pemilihan dalam tiap-tiap kumpulan tidak ditentukan melalui prinsip

kebarangkalian. Persampelan kuota ini sesuai digunakan di dalam kajian ini kerana

faktor masa dan perbelanjaan. Masa yang diperlukan untuk memilih respoden lebih

cepat dengan perbelanjaan yang lebih murah (Syed Arabi, 1992).

83
3.5 Instrumen Kajian

Instrumen kajian membincangkan kaedah yang digunakan semasa menjalankan

kajian secara terperinci. Untuk kajian ini, kaedah analisis situasi, penimbangan berat,

soal selidik, dan pemerhatian ikut serta merupakan instrumen yang digunakan untuk

mendapatkan data dan maklumat yang dikehendaki untuk menjawab objektif kajian.

3.5.1 Analisis Situasi

Untuk kajian ini, analisis situasi digunakan untuk mengetahui amalan

pengurusan sisa pepejal dan corak pelupusan sisa pepejal di kawasan kajian. Analisis

situasi sangat penting untuk memberi input yang berguna kepada penyelidik untuk

mengenal pasti permasalahan di kawasan kajian. Menurut Clarke (2005), pendekatan

analisis situasi dapat membantu pengkaji untuk melihat keadaan semasa di kawasan

kajian sebelum menjalankan penyelidikan. Dalam kajian ini, kajian lapangan

dijalankan untuk memperolehi data berkaitan peratusan komposisi bahan yang boleh

dikitar semula dan bahan yang tidak boleh dikitar semula dalam aliran sisa pepejal.

Alatan yang digunakan semasa kerja lapangan adalah penimbang elektronik

mudah alih dengan ketepatan 0.04 kilogram (kg), plastik sampah, sarung tangan

getah, dan buku log kajian. Peratusan komposisi ini dapat menggambarkan

permasalahan yang ada dalam amalan pengurusan sisa pepejal di kawasan kajian.

Aktiviti kajian lapangan ini dijalankan semas hari berkerja iaitu pada hari isnin

84
hingga jumaat. Peratusan berat sisa pepejal yang dilupuskan boleh dikira dengan

menggunakan persamaan matematik berikut (Armijo et al., 2008):

% Sub-Kategori Sisa Pepejal = Berat Sub-Kategori Sisa Pepejal


X 100
Berat Keseluruhan Sisa Pepejal yang dilupuskan

3.5.2 Soal Selidik

Borang kajian soal selidik diedarkan kepada responden yang dipilih untuk

mendapatkan data dan maklumat daripada responden. Dalam kajian ini, borang

kajian soal selidik telah dibahagikan kepada enam bahagian utama (Rujuk Lampiran

1) iaitu:

1) Bahagian A: soalan berkaitan latar belakang responden seperti jantina, umur,

bangsa, taraf pendidikan, status perkahwinan, jenis perkerjaan, dan pusat

pengajian.

2) Bahagian B: merujuk kepada soalan berkaitan kesedaran responden terhadap

penjagaan alam sekitar.

3) Bahagian C: merujuk kepada soalan berkaitan kesedaran responden terhadap

amalan kitar semula.

4) Bahagian D: merujuk kepada pengetahuan responden berkenaan sistem kitar

semula.

5) Bahagian E: merujuk kepada tindak balas responden terhadap pelaksanaan

sistem kitar semula satu aliran.

6) Bahagian F: merujuk kepada keberkesanan sistem kitar semula satu aliran.

85
Semua data dan maklumat yang diperolehi dari soal selidik ini merupakan

salah satu data primer yang penting untuk kajian. Bahagian A soal selidik

menggunakan soalan tertutup, soalan terbuka dan gabungan soalan tertutup dan

terbuka. Soalan tertutup digunakan untuk memudahkan responden untuk memberi

jawapan yang lebih lengkap dan lebih piawai supaya jawapan yang diberikan dapat

dibandingkan antara satu sama lain (Mohd Majid, 1990; Syed Arabi, 1992). Menurut

Syed Arabi Idid (1992), responden perlu menjawab secara memilih jawapan-jawapan

yang telah disediakan oleh pengkaji untuk soalan tertutup. Responden tidak

dibenarkan memberi jawapan yang lain. Selain itu, satu soalan terbuka digunakan

berkaitan umur responden. Soalan terbuka ini lebih memberi peluang kepada

responden untuk memberikan jawapan yang lebih tepat (Canedo, 1980; Bailey,

1984). Manakala gabungan soalan tertutup dan terbuka digunakan untuk memberi

peluang kepada responden membuat penambahan jawapan yang lain daripada

jawapan yang diberikan (Syed Arabi, 1992).

Selain itu, soalan berbentuk skala likert sesuai digunakan untuk mengukur

sikap, tahap kesedaran, dan penglibatan responden (Mohd Majid, 1990). Penggunaan

skala likert telah dicadangkan untuk meneliti tindak balas individu terhadap sesuatu

aktiviti dengan menggunakan senarai kenyataan berbentuk positif dan negatif (Ary et

al., 1985). Untuk kajian ini, soalan likert digunakan di dalam Bahagian B, Bahagian

C, Bahagian D, Bahagian E, Bahagian F untuk melihat tahap kesedaran responden

terhadap penjagaan alam sekitar, tahap kesedaran responden terhadap amalan kitar

semula, tindak balas responden terhadap sistem kitar semula satu aliran, dan tahap

keberkesanan sistem kitar semula satu aliran yang dilaksanakan.

86
Satu set soalan berkaitan gerak balas responden terhadap sistem kitar semula

satu aliran diberikan di dalam bentuk skala ordinal. Oleh itu, responden akan

menentukan sama ada Tidak Diamalkan (1), Jarang Diamalkan (2), Kadang-kala

Diamalkan (3), Kerap Diamalkan (4), dan Paling Kerap Diamalkan (5) terhadap

kenyataan yang terdapat di dalam soal selidik (Rujuk Lampiran 1). Selain itu,

responden menentukan persetujuan sama ada Sangat Tidak Setuju (1), Tidak Setuju

(2), Setuju (3), dan Sangat Setuju (4) terhadap kenyataan yang dibentuk untuk

mengetahui tahap kesedaran responden terhadap penjagaan alam sekitar dan amalan

kitar semula, tahap penerimaan responden terhadap sistem kitar semula satu aliran

dan tahap keberkesanan sistem kitar semula satu aliran. Markat individu untuk tindak

balas terhadap setiap kenyataan ditentukan dengan penambahan nilai-nilai yang

diperolehi daripada responden (Mohd Majid, 1990).

3.5.3 Pemerhatian Ikut Serta

Kaedah pemerhatian ikut serta merupakan salah satu pendekatan untuk

mendapatkan data kualitatif. Menurut Eyles (1992), pemerhatian ikut serta dapat

menunjukkan keadaan atau situasi yang tidak dapat dihuraikan oleh responden

melalui kata-kata disebabkan oleh batasan seseorang individu itu. Melalui

pemerhatian ikut serta, penyelidik memperolehi data dengan cara menyertai

kehidupan seharian komuniti yang dikaji (Mohd Majid, 1990; Suriati & Colonius,

2008). Dalam kajian ini, penyelidik telah mengambil peranan sebagai total-

researcher dengan memerhatikan sahaja tingkah laku komuniti di kawasan kajian

tanpa mencampurinya tingkah laku tersebut. Setiap tingkah laku komuniti boleh

87
dijadikan sebagai maklumat untuk melihat penglibatan komunti terhadap

pelaksanaan sistem kitar semula satu aliran. Namun, tingkah laku komuniti akan

berubah menjadi lakonan jika menyedari mereka diperhatikan (Mohd Majid, 1990).

Oleh itu, penyelidik berusaha untuk mengelakkan komuniti yang dikaji menyedari

bahawa tingkah laku mereka sedang diperhatikan.

3.6 Pertimbangan Etika dalam Kajian

Ketika merancang sebuah kajian, pertimbangan isu etika adalah sangat penting

untuk dijadikan sebagai panduan untuk menjalankan penyelidikan yang sempurna.

Oleh itu, isu berkaitan etika ini perlu dipertimbangkan semasa diperingkat awal

kajian supaya tidak timbul masalah yang tidak disenangi semasa menjalankan kajian

lapangan. Kerjasama yang baik dan kepercayaan yang kukuh antara pengkaji dan

responden adalah sangat penting untuk mendapatkan data dan maklumat yang sahih

(Suriati, 1999). Oleh itu, pengkaji hendaklah menjaga kerahsiaan maklumat bagi

melindungi individu dan mengekalkan kepercayaan antara pengkaji dan responden.

Menurut Smith (1997), kerahsiaan boleh mengekalkan kepercayaan responden

kepada pengkaji.

Ketika kajian sedang dijalankan, pengkaji hendaklah menggunakan bahasa

yang mudah difahami oleh responden. Di samping itu, pengkaji hendaklah jujur

dengan memperkenalkan diri sambil mempamerkan surat akuan pelajar untuk

menjalankan penyelidikan sebelum menjalankan soal selidik (Suriati, 1999; Azizi,

88
2006). Situasi ini akan memberikan keyakinan dan keselesaan kepada responden

untuk terus disoal selidik. Soalan-soalan yang boleh menimbulkan sensitiviti kepada

responden tidak dimasukkan kerana akan menyebabkan responden rasa tidak selesa

dan terancam.

3.7 Kawasan Kajian

Dalam kajian ini, Bangunan G31 di dalam kampus induk Universiti Sains

Malaysia (USM) telah dipilih sebagai unit analisis. Bangunan G31 dikongsi oleh dua

pusat pengajian iaitu Pusat Pengajian Sains Matematik dan Pusat Pengajian Sains

Komputer. USM mempunyai 26 pusat pengajian dari tiga kampus berbeza iaitu

kampus induk (17 pusat pengajian), kampus kejuruteraan di Nibong Tebal, Pulau

Pinang (enam pusat pengajian) dan kampus kesihatan di Kubang Kerian, Kelantan

(tiga pusat pengajian).

89
Rajah 3.2: Lokasi Bangunan G31 dalam Peta Universiti Sains Malaysia.

Bangunan G31 yang terletak di dalam kampus induk USM, Pulau Pinang.

Lokasinya terletak di sebelah timur laut Pulau Pinang iaitu 9.7 kilometer dari Bandar

Georgetown. Keluasan tapak kampus induk USM meliputi 416.6 hektar. Bangunan

G31 berada berdekatan pintu masuk USM, Sg. Dua dan bersebelahan dengan Masjid

Al-Malik Khalid dan Pusat Pengajian Sains Kimia. Rajah 3.2 menunjukan lokasi

Bangunan G31 di dalam peta kampus induk USM.

3.7.1 Justifikasi Pemilihan Kawasan Kajian

Justifikasi pemilihan kawasan kajian Bangunan G31 dibuat berdasarkan

berberapa pertimbangan. Salah satu daripadanya adalah berada di dalam Universiti

Sains Malaysia yang merupakan universiti yang memberi perhatian yang serius

90
terhadap isu kelestarian. Sehubungan itu, USM telah menjadikan kelestarian sebagai

agenda rasmi universiti. Oleh itu, komuniti USM telah didedahkan dengan pelbagai

insiatif berkaitan pembangunan lestari terutamanya berkaitan amalan gaya hidup

lestari.

Sehubungan itu, terdapat juga faktor lain yang dipertimbangkan seperti struktur

bangunan yang bersesuaian untuk kajian ini. Selain itu, sistem pengurusan sisa yang

berkluster dan lokasi tumpuan orang ramai semasa waktu berkerja juga merupakan

faktor yang dipertimbangkan oleh pengkaji. Kriteria-kriteria ini sangat penting untuk

menjalankan sistem kitar semula satu aliran dan dapat membantu penyelidik untuk

menjalankan penyelidikan lebih efisien. Oleh itu, Bangunan G31 dipilih sebagai unit

analisis kerana memenuhi kriteria seperti di atas iaitu mempunyai struktur bangunan

bertingkat tinggi iaitu lapan tingkat termasuk aras tanah. Merujuk kepada sistem

pengurusan sisa, sisa pepejal yang dijana dari Banguan G31 akan diuruskan

mengikut tingkat oleh pekerja kontrak pembersihan. Bangunan G31 menjadi

tumpuan orang ramai seperti staf USM dan pelajar USM semasa hari kerja kerana

bangunan ini menjadi pusat pentadbiran dan pengurusan berkaitan Pusat Pengajian

Sains Matematik dan Pusat Pengajian Sains Komputer. Selain itu, pengkaji juga turut

mengambil kira pertimbangan tempoh masa penyelidikan yang terhad serta

perbelanjaan yang dibiayai sendiri.

91
3.7.2 Sejarah dan Latar Belakang Kawasan Kajian

Bangunan G31 telah siap dibina pada tahun 1995 selepas pemisahan antara

Pusat Pengajian Sains Matematik dan Pusat Pengajian Sains Komputer. Pada tahun

1974, Pusat Pengajian Sains Komputer masih tidak ditubuhkan lagi dan hanya

Bahagian Sains Komputer telah wujud di bawah kendalian Pusat Pengajian Sains

Matematik. Sehingga hari ini, kedua-dua pusat pengajian ini telah menunjukkan

perkembangan pencapaian dalam bidang akademik yang ditawarkan, penyelidikan

dan khidmat masyarakat.

Pusat Pengajian Sains Matematik merupakan salah sebuah pusat pengajian

yang telah berkembang dalam menawarkan pelbagai program pengajian di peringkat

prasiswazah hingga peringkat siswazah (Jadual 3.1). Visi pusat pengajian ini adalah

untuk menjadi sebuah pusat pengajian yang boleh menarik ramai pelajar cemerlang

dan menghasilkan ahli-ahli matematik berkualiti di peringkat kebangsaan dan

antarabangsa. Manakala misi pusat pengajian ini ialah mencapai kecemerlangan di

dalam Sains Matematik di peringkat antarabangsa melalui menyebaran ilmu,

memberi perhatian terhadap kecemerlangan akademik dan profesionalisme,

membentuk individu yang holistik, dan menyediakan komitmen yang kukuh terhadap

aspirasi masyarakat, visi negara dan aspirasi universal.

92
Jadual 3.1: Program Akademik yang Ditawarkan di Pusat Pengajian Sains
Matematik dan Pusat Pengajian Sains Komputer

Pusat Pengajian Peringkat Program Akademik yang Ditawarkan


Sains Sarjana Muda Sains Matematik
Matematik Sarjana Muda Sains Gunaan Matematik
Prasiswazah a) Pemodelan Matematik,
b) Gunaan Statistik,
c) Penyelidikan Operasi,
d) Matematik & Ekonomi
Mod Kerja Krusus
a) Sarjana Sains Pengajaran
Siswazah Matematik
Mod Campuran (Kerja Kursus &
Penyelidikan)
a) Sarjana Sains Matematik
b) Sarjana Sains Statistik
Mod Penyelidikan (Sarjana & Doktor
Falsafah)
Sains Sarjana Muda Sains Komputer
Komputer a) Kejuruteraan Sistem Maklumat
Prasiswazah b) Sistem Teragih dan Keselamatan
c) Pengkomputeran Multimedia
d) Pengkomputeran Rangkaian
e) Kejuruteraan Perisian
f) Sistem Pintar
Mod Campuran
Siswazah a) Sarjana Sains Komputer
b) Sarjana Sains Teknousahawan
c) Sarjana Sains Informatik
Mod Penyelidikan (Sarjana & Doktor
Falsafah)
(Sumber: Institut Pengajian Siswazah, 2012; Buku Panduan Pelajar Sains USM,
2012)

Pusat Pengajian Sains Komputer juga ada menawarkan pelbagai program

akademik di pelbagai peringkat (Jadual 3.1). Visi yang telah dibentuk adalah ke arah

pengkomputeran yang holistik dan lestari yang diilhamkan untuk kebaikan hari esok.

Misinya pula ialah meyediakan inspirasi pengkomputeran yang holistik dan lestari

untuk pengetahuan dan kecemerlangan di dalam pendidikan dan penyelidikan yang

mampu memupuk individu menyumbang ke arah perubahan negara.

93
3.7.3 Populasi Komuniti di Kawasan Kajian

Populasi komuniti di Bangunan G31 terdiri daripada komuniti staf akademik,

komuniti staf bukan akademik, dan komuniti pelajar yang merangkumi pelajar

prasiswazah dan siswazah (Jadual 3.2). Komuniti akademik terdiri daripada

pensyarah dan ahli penyelidik. Manakala komuniti bukan akademik merangkumi staf

yang terlibat dalam pentadbiran di kawasan kajian.

Jadual 3.2: Statistik Komuniti Akademik, Komuniti Bukan Akademik, dan


Komuniti Pelajar di Bangunan G31

Pusat Pengajian Komuniti Bilangan pada tahun


2012
Staf Akademik 43
Sains Matematik Staf Bukan Akademik 15
Pelajar Prasiswazah 546
Pelajar Siswazah 278
Staf Akademik 42
Sains Komputer Staf Bukan Akademik 30
Pelajar Prasiswazah 482
Pelajar Siswazah 260
Jumlah 1696
(Sumber: Bahagian Sumber Manusia, USM 2012; Seksyen Data dan Rekod Pelajar,
2012)

3.8 Rumusan

Bab ini membincangkan kaedah penyelidikan yang digunakan bermula

daripada peringkat awal kajian hingga ke peringkat analisis data. Kaedah yang

digunakan pengkaji dalam kajian ini merujuk kepada kaedah yang digunakan oleh

penyelidik daripada bidang geografi dan sains sosial untuk melihat interaksi antara

94
manusia dan ruang yang didiami. Perbincangan pada setiap peringkat kaedah

penyelidikan dapat memberi kemudahan kepada penyelidik melihat aliran

penyelidikan. Pada peringkat pertama kajian, pengumpulan data dimulakan dengan

pembacaan buku, terbitan artikel, dan laman sesawang untuk memahami isu dan

permasalahan yang ingin dikaji. Melalui isu-isu yang telah dikenal pasti, penyelidik

akan membentuk berberapa persoalan kajian. Setelah persoalan kajian ditimbulkan,

berberapa objektif kajian dirangka supaya kajian menjadi lebih fokus. Kerangka

konseptual dibentuk untuk menggambarkan konsep keseluruhan kajian secara

ringkas.

Terdapat dua jenis data di dalam kajian ini iaitu data primer dan data sekunder.

Pengumpulan data primer dilakukan melalui pendekatan kuantitatif (pengedaran

borang kajian soal selidik dan penimbangan berat bahan kitar semula) dan kualitatif

(analisis situasi dan pemerhatian ikut serta). Manakala, pengumpulan data sekunder

diperolehi dengan pembacaan buku, artikel, jurnal, dan sebagainya. Data sekunder

ini amat penting untuk menyokong dan menguatkan hujah dalam penemuan kajian.

Selain itu, pemilihan kawasan kajian juga dibincangkan melalui justifikasi kawasan

kajian, latar belakang kawasan kajian dan populasi komuniti di kawasan kajian. Bab

seterusnya akan membincangkan hasil dapatan kajian berdasarkan berberapa analisis.

95
BAB IV

PELUPUSAN SISA PEPEJAL DI BANGUNAN G31

4.1 Pengenalan

Komposisi sisa pepejal yang dilupuskan di Bangunan G31 boleh dikategorikan

kepada bahan yang boleh dikitar semula, bahan yang berpotensi untuk dikitar

semula, dan bahan yang tidak boleh dikitar semula. Dalam bab ini, pendekatan kajian

lapangan dilakukan untuk mengenal pasti komposisi sisa pepejal yang dilupuskan di

Bangunan G31. Sisa pepejal yang telah dikumpul dan sedia untuk dilupuskan akan

ditimbang mengikut komposisi. Mengenal pasti komposisi setiap sisa pepejal yang

dilupuskan amat penting untuk melihat potensi pelaksanaan sistem kitar semula satu

aliran di Bangunan G31. Oleh itu, komposisi sisa pepejal ini dibincangkan dengan

lebih teliti di dalam bab ini. Selain itu, kadar dan pola penjanaan sisa pepejal yang

dilupuskan mengikut kategori juga dibincangkan dengan lebih lanjut di dalam bab

ini. Perbincangan penemuan kajian dalam bab ini untuk menjawab objektif pertama

kajian.

96
4.2 Komposisi Sisa Pepejal Yang dilupuskan di Bangunan G31

Komposisi sisa pepejal yang dilupuskan di Bangunan G31 adalah seperti yang

ditunjukkan di dalam Jadual 4.1. Kategori sisa pepejal yang dijana boleh dibahagikan

kepada 7 kategori utama iaitu kertas dan kadbod, plastik, organik, logam, sisa

elektronik, dan lain-lain. Kategori kertas dan kadbod merujuk kepada kertas putih

dan campuran, surat khabar, majalah dan kotak. Dua jenis plastik telah dikenal pasti

iaitu plastik jenis Polyetelene Terephthalate, PET (botol plastik), High Density

Polyethylene, HDPE (bekas makanan) dan lain-lain jenis plastik seperti plastik bag,

pembalut plastik dan sebagainya. Lain-lain sisa pepejal merujuk kepada sisa pepejal

yang tidak boleh dikitar semula seperti tisu dan polisterina. Semua jenis sisa pepejal

yang dijana di Bangunan G31 telah dikategorikan kepada tiga kelas iaitu kelas

pertama merujuk kepada bahan kitar semula yang diterima oleh vendor kitar semula,

kelas kedua merujuk kepada bahan yang boleh dikitar semula tetapi tidak diterima

oleh vendor kitar semula atas sebab-sebab tertentu dan kelas ketiga merujuk kepada

barangan atau bahan yang tidak boleh dikitar semula.

97
Jadual 4.1: Kategori Sisa Pepejal yang dijana di Bangunan G31 Pada Bulan
September 2012.

Berpotensi
Kategori Sisa Pepejal yang dijana di Bangunan G31 untuk kitar
semula
1 2 3
Kertas/Kadbod Kertas putih, Kertas Campuran, Surat X
Khabar, Majalah, Kadbod/Kotak
Plastik Jenis PET/HDPE X
Lain-lain (Plastik Bag, Pembalut plastik) X
Organik Makanan X
Logam Tin Aluminium X
Sisa elektronik Bateri, Barangan Elektronik X
Lain-lain Tisu, Polistirena X
1=Sisa yang boleh dikitar semula dan boleh dijual kepada vendor, 2= Sisa yang
boleh dikitar semula tetapi tidak boleh dijual kepada vendor, 3=Sisa yang tidak boleh
dikitar semula

Peratusan Sisa Pepejal Mengikut Kategori

27%
39%

34%

Berpotensi untuk dikitar semula Tidak boleh dikitar semula


Boleh dikitar semula

Rajah 4.1: Peratusan Sisa Pepejal yang dilupuskan Mengikut Kategori di Bangunan
G31

98
Berdasarkan Rajah 4.1, sisa pepejal yang dilupuskan di Bangunan G31 terdiri

daripada sisa pepejal yang boleh dikitar semula, berpotensi untuk dikitar semula, dan

tidak boleh dikitar semula. Sebanyak 39% daripada sisa pepejal yang dilupuskan di

Bangunan G31 merupakan barangan yang boleh dikitar semula dan sebanyak 27%

merupakan bahan yang berpotensi untuk dikitar semula (Rajah 4.1). Manakala

sebanyak 34% daripada sisa pepejal yang dilupuskan terdiri daripada bahan yang

tidak boleh dikitar semula. Sisa pepejal yang boleh dikitar semula merujuk kepada

sisa kertas, plastik dan tin aluminium. Bahan yang berpotensi untuk dikitar semula

merujuk kepada sebahagian sisa organik seperti daun kering, ranting, dan sisa

makanan. Manakala bahan yang tidak boleh dikitar semula merujuk kepada tisu,

polisterina, beg plastik, dan pembalut plastik.

Merujuk Jadual 4.2, sisa plastik merupakan barangan kitar semula yang paling

banyak dilupuskan dengan 20.6%. Diikuti dengan kertas 17.2% dan tin aluminium

5%. Sisa plastik yang dilupuskan merujuk kepada botol plastik, bekas makanan, dan

balang plastik. Namun, barangan plastik ini sukar untuk dikitar semula kerana

diperbuat daripada kelas plastik yang berbeza. Setiap kelas yang berbeza

memerlukan operasi yang berbeza untuk dikitar semula. Sebagai contoh, botol

plastik diperbuat daripada Polyethylene Terephthalate (PET) manakala penutupnya

diperbuat daripada High Density Polyethylene (HDPE). Selain itu, sisa pepejal yang

dilupuskan adalah kertas yang merujuk kepada kertas putih, kertas berwarna, kertas

campuran, kotak dan kadbod, kertas yang telah dicarik, majalah, dan surat khabar.

Terdapat variasi sisa kertas berbanding sisa plastik. Hal ini disebabkan operasi yang

dijalankan di dalam bangunan yang lebih berfokus kepada kerja pengurusan dan

99
akademik. Jika Bangunan G31 beroperasi sebagai kafetaria, komposisi sisa sisa

pepejal yang dilupuskan akan berbeza.

Jadual 4.2: Komposisi Sisa Pepejal (%) yang Dilupuskan di Bangunan G31

Kategori Sisa Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4 Purata


Pepejal (%) (%) (%) (%) (%)
Kertas/kadbod 12.9 18.7 18.7 18.5 17.2
Plastik 18 20.9 21 22.5 20.6
Tin 0.5 1.7 1.8 1 5
Aluminium
Sisa Organik 20.1 31.2 27 28 26.6
Lain-lain 48.5 27.5 31.5 30 34.4
Jumlah 100 100 100 100

4.3 Kadar Pelupusan Sisa Pepejal di Bangunan G31.

Merujuk Jadual 4.3, berat sisa pepejal yang dilupuskan semakin meningkat

mengikut minggu. Sebanyak 194.99 kg sisa pepejal yang dijana di Bangunan G31

akan dilupuskan di tapak pelupusan sampah. Pada minggu pertama jumlah berat sisa

pepejal yang dijana adalah 42.63 kg diikuti dengan minggu kedua dengan 42.54 kg.

Jumlah berat sisa pepejal ini terus meningkat pada minggu ketiga dan minggu

keempat dengan 52.96 kg dan 56.86 kg. Berat maksimum sisa pepejal yang

dilupuskan pada bulan September 2012 adalah 12.7 kg, manakala berat minimum

adalah 4.9 kg. Oleh itu, perbezaan berat maksimum dan minimum sisa pepejal yang

dilupuskan adalah 7.8 kg.

100
Merujuk Jadual 4.4, kadar pelupusan sisa pepejal secara keseluruhan adalah

9.75 kg/sehari dengan selang keyakinan 95% dan sisihan piawai 2.3. Kadar

pelupusan sisa plastik agak tinggi iaitu 2.01 kg/sehari. Diikuti dengan kadar

pelupusan sisa kertas iaitu 1.61 kg/sehari dan tin aluminium 0.12 kg/sehari.

Walaupun Bangunan G31 berfungsi sebagai pejabat pengurusan dan akademik, sisa

makanan menunjukkan kuantiti pelupusan yang tinggi dengan kadar 2.65 kg/sehari.

Manakala kadar sisa berbentuk sampah iaitu sisa yang tidak boleh dikitar semula

adalah 3.35 kg/sehari. Namun, penemuan kajian menunjukkan kadar pelupusan

barangan kitar semula seperti kertas, plastik dan tin aluminium adalah lebih tinggi

dengan 3.74 kg/sehari berbanding barangan yang tidak boleh dikitar semula dengan

3.35 kg/sehari. Keadaan ini menunjukkan barangan kitar semula merupakan bahan

yang paling banyak dilupuskan di kawasan kajian.

101
Jadual 4.3: Berat Sisa Pepejal (kg) yang dijana Mengikut Hari dan Minggu di
Bangunan G31

Minggu Tarikh Berat Sisa Jumlah


Pepejal (kg)
3/9/2012 7.53
4/9/2012 12
1 5/9/2012 6.81 42.63 kg
6/9/2012 9.59
7/9/2012 6.7
10/9/2012 6.35
11/9/2012 9.34
2 12/9/2012 10.22 42.54 kg
13/9/2012 11.7
14/9/2012 4.93
17/9/2012 9.45
18/9/2012 9.97
3 19/9/2012 12.25 52.96 kg
20/9/2012 12.59
21/9/2012 8.7
24/9/2012 11.15
25/9/2012 12.43
4 26/9/2012 9.73 56.86 kg
27/9/2012 12.66
28/9/2012 10.89
Jumlah 194.99

Jadual 4.4: Kadar Pelupusan Sisa Pepejal di Bangunan G31 Mengikut Kategori

Jenis Sisa Jumlah Berat (kg) Purata Sisihan Piawai


berat/sehari (kg) ()
Sisa Keseluruhan 194.99 9.7 2.3
Kertas 32.20 1.61 0.61
Plastik 40.23 2.01 0.65
Tin Aluminum 2.45 0.12 0.12
Sisa Makanan 52.97 2.64 1.33
Lain-lain (sampah) 67.14 3.35 1.60

102
4.4 Pola Pelupusan Sisa Pepejal di Bangunan G31.

Pengauditan berat sisa pepejal yang dilupuskan di Bangunan G31 dilakukan

pada hari berkerja iaitu hari isnin hingga jumaat pada bulan September 2012.

Pengauditan sisa pepejal tidak dilakukan pada hari sabtu dan ahad kerana tiada

aktiviti yang berjalan pada hari tersebut. Kuantiti sisa pepejal harian yang dilupuskan

di Bangunan G31 mengalami perubahan yang ketara bermula dari minggu yang

pertama hingga minggu keempat. Hal ini disebabkan perubahan pola harian dalam

penggunaan bahan di Bangunan G31.

3.5

2.5
Berat (kg)

1.5

0.5

0
0 2 4 6 8 10 12 14 16 18
Hari

Kertas/Kadbod Plastik Tin Aluminum

Rajah 4.2: Pola Berat Barangan Kitar Semula yang Dilupuskan di Bangunan G31

Merujuk Rajah 4.2, penggunaan kertas dan plastik semakin meningkat pada

hari ke-10 dan hari ke-11 dipengaruhi aktiviti dari pejabat pengurusan dan bilik

pensyarah. Kertas merupakan bahan utama yang digunakan di pejabat untuk


103
mencetak maklumat dan data penting. Peningkatan kuantiti sisa plastik yang

dilupuskan dipengaruhi trend pembungkusan bahan pada masa kini yang lebih

cenderung menggunakan plastik sebagai bahan utama. Selain itu, pembukaan

semester baru pada pertengahan bulan September 2012 juga telah meyumbang

kepada peningktaan aktiviti di dalam Bangunan G31. Merujuk kepada kuantiti

pelupusan tin aluminium, tiada perubahan yang ketara berlaku pada awal bulan

sehingga peningkatan telah berlaku pada hari ke-10. Perubahan corak penggunaan tin

tidak ketara disebabkan hanya terdapat satu mesin air minuman bertin automatik

yang disediakan di dalam Bangunan G31. Selain itu, terdapat pekerja pembersihan

kontrak yang telah mengasingkan tin aluminium terlebih dahulu daripada aliran sisa

pepejal sebelum dilupuskan.

5
Berat (kg)

0
0 2 4 6 8 10 12 14 16 18
Hari

Barangan Kitar Semula Lain-Lain (Sampah)

Rajah 4.3: Pola Berat Barangan Kitar Semula dan Sampah yang Dilupuskan di
Bangunan G31

104
Merujuk Rajah 4.3, kuantiti pelupusan barangan kitar semula dilihat menurun

pada awal bulan. Tidak banyak sisa pepejal yang boleh dikitar semula dilupuskan

pada awal bulan. Hal ini disebabkan kurang aktiviti yang berlaku di dalam bangunan

G31. Merujuk kepada kuantiti pelupusan bahan yang tidak boleh dikitar semula iaitu

sampah, perubahan pola telah berlaku dengan ketara sepanjang bulan September

(Rajah 4.3). Penjanaan sampah di Bangunan G31 tidak konsistan kerana mengalami

kenaikan dan penurunan pada setiap hari. Hal ini disebabkan, aktiviti harian yang

menghasilkan sampah seperti tisu, plastik beg, dan pembalut plastik di dalam

Bangunan G31 adalah tidak tetap.

4.5 Perbincangan Penemuan Kajian

Corak dan pola penjanaan sisa pepejal di sesebuh kawasan sangat dipengaruhi

oleh fungsinya (Mason et al., 2004). Oleh itu, sisa kertas dan plastik merupakan sisa

pepejal yang paling banyak dilupuskan di Bangunan G31 kerana fungsinya sebagai

pejabat pengurusan dan akademik. Pendekatan yang dapat mengurangkan

penggunaan bahan adalah lebih diutamakan sebelum pendekatan kitar semula

digunakan (Armijo et al., 2008). Menurut Armijo et al., (2008), pendekatan

pengurangan penggunaan bahan ini sangat berkesan untuk mengurangkan pelupusan

sisa yang tidak boleh dikitar semula. Berdasarkan dapatan kajian, kertas mempunyai

potensi yang tinggi untuk dikurangkan di dalam pelupusan sisa pepejal. Hal ini

kerana kebanyakan kertas yang digunakan di Bangunan G31 tidak dicetak pada

kedua-dua belah muka surat. Hanya satu muka surat sahaja yang dicetak atau

digunakan. Penggunaan semula kertas yang hanya dicetak satu muka mampu

105
meningkatkan jangka hayat kertas tersebut sebelum dikitar semula. Setiap sisa kertas

yang dikitar semula mempunyai batasan untuk dikitar semula kerana panjang fiber

kertas akan merosot setiap kali dikitar semula (Pichtel, 2005). Oleh itu, penggunaan

alat bantuan teknologi seperti komputer dan pendrive mampu mengurangkan aktiviti

percetakan kertas (Armijo et al., 2008).

Hasil dapatan kajian kajian menunjukkan majoriti daripada sisa pepejal yang

dilupuskan berpotensi untuk dikitar semula. Oleh itu, pendekatan pengumpulan

barangan kitar semula yang digunakan di kawasan kajian sangat mempengaruhi

penglibatan komuniti (Norizan et al., 2012). Peletakan bekas dan tong untuk

mengumpul barangan kitar semula hendaklah strategik dan mudah dicapai oleh

komuniti (Vicente dan Reis, 2007). Selain itu, sisa organik juga menunjukkan

kuantiti pelupusan yang agak besar iaitu 26%. Sisa organik ini terdiri daripada sisa

kebun dan sisa makanan yang berpotensi untuk dikitar semula dengan kaedah

pengkomposan. Pelbagai kaedah pengkomposan telah diperkenalkan seperti

Takakura Home Method, kaedah pengkomposan timbunan, dan kaedah

pengkomposan berpagar sesuai dilaksanakan (Norizan et al., 2012).

106
4.6 Rumusan

Majoriti sisa pepejal yang dilupuskan dari Bangunan G31 berpotensi untuk

dikitar semula. Peratusan barangan kitar semula terutamanya kertas dan plastik

berpotensi menjadi lebih tinggi jika tiada pencemaran berlaku. Sistem pelupusan sisa

pepejal yang bercampur menyebabkan barangan kitar semula seperti kertas mudah

tercemar dan sukar untuk ditimbang. Terdapat juga inisiatif kitar semula yang

dijalankan oleh pekerja kontrak pembersihan dan sebilangan komuniti di Bangunan

G31. Namun tiada pelaksanaan kitar semula yang khusus dijalankan di bangunan ini.

Amalan kitar semula dalam kalangan komuniti di bangunan ini dilakukan dengan

insiatif individu. Oleh itu, terdapat banyak barangan kitar semula yang dilupuskan

dari bangunan ini. Kitar semula inisiatif yang berkesan untuk mengurangkan kuantiti

sisa pepejal yang dilupuskan. Oleh itu, sistem kitar semula yang berkesan mampu

meningkatkan amalan kitar semula dalam kalangan komuniti..

107
BAB V

RESPON KOMUNITI TERHADAP PENJAGAAN ALAM SEKITAR DAN

AMALAN KITAR SEMULA

5.1 Pengenalan

Respon komuniti terhadap program kitar semula yang disediakan diukur

berdasarkan tahap kesedaran komuniti kepada penjagaan alam sekitar. Tahap

kesedaran komuniti terhadap penjagaan alam sekitar sangat berhubungkait dengan

tingkah laku mereka terhadap amalan kitar semula (Ebreo et al., 1999). Selain itu,

faktor sosio-demografi juga mempengaruhi sikap komuniti terhadap penjagaan alam

sekitar dan amalan kitar semula (Garces et al., 2002). Bab ini akan membincangkan

tahap kesedaran komuniti di Bangunan G31 terhadap penjagaan alam sekitar dan

amalan kitar semula. Selain itu, penglibatan responden terhadap sistem kitar semula

satu aliran turut dibincangkan dalam bab ini. Hubungan antara sosio-demografi dan

tindak balas komuniti terhadap sistem kitar semula satu aliran yang disediakan

diperinci menerusi ujian chi-square. Tindak balas komuniti di kawasan kajian

terhadap sistem kitar semula satu aliran yang disediakan akan menunjukkan

keberkesanan dan penerimaan komuniti terhadap sistem kitar semula satu aliran yang

dilaksanakan.

108
5.2 Profil Demografi

Jumlah responden dalam penyelidikan ini adalah seramai 120 orang. Responden

terdiri daripada komuniti di Bangunan G31, Pusat Pengajian Sains Matematik dan

Sains Komputer. Borang kajian soal selidik akan diedarkan kepada responden untuk

mengenal pasti tahap kesedaran dan penglibatan mereka terhadap sistem kitar semula

satu aliran. Profil demografi dalam kajian ini telah distrukturkan kepada tujuh

kriteria yang merujuk kepada sosio-demografi iaitu jantina, umur, bangsa, taraf

pendidikan, status perkahwinan, jenis perkerjaan, dan pusat pengajian (Jadual 5.1).

Jadual 5.1: Profil Demografi Responden, N= 120

Profil Responden Frekuensi Peratus (%)


Jantina:
Lelaki 56 46.7
Wanita 64 53.3
Umur: min = 28 ( = 12.1)
19 dan ke bawah 10 8.3
20-29 70 58.3
30-39 7 5.8
40-49 21 17.6
50 dan ke atas 12 10.0
Bangsa:
Melayu 86 71.7
Cina 26 21.7
India 8 6.7
Taraf Pendidikan:
Lepasan Siswazah 52 43.3
Prasiswazah 60 50.0
Diploma 5 4.2
STPM 3 2.5
Status Perkahwinan:
Bujang 80 66.7
Berkahwin 40 33.3
Jenis Perkerjaan:
Staf Akademik 30 25.0
Staf Bukan Akademik 10 8.3

109
Pelajar 80 66.7
Pusat Pengajian:
Sains Matematik 60 50.0
Sains Komputer 60 50.0

Majoriti daripada responden terdiri daripada wanita dengan peratusan sebanyak

53.3%, manakala peratusan responden lelaki hanya 46.7% (Jadual 5.1). Perbezaan

peratusan lelaki dan wanita disebabkan majoriti daripada komuniti di Institut

Pengajian Tinggi Awam Malaysia terdiri daripada golongan wanita (Ahmad, 2009).

Sehubungan itu, majoriti daripada responden terdiri daripada golongan remaja yang

berumur 19 tahun hingga 29 tahun. Manakala sebahagian daripada responden terdiri

daripada golongon dewasa yang berumur 30 tahun dan ke atas. Perbezaan yang

ketara antara bilangan responden remaja dan dewasa dipengaruhi oleh bilangan

majoriti komuniti di Bangunan G31 yang terdiri daripada golongan pelajar. Purata

taburan umur responden adalah 28 tahun dengan sisihan piawai yang besar iaitu 12.1.

Disebabkan majoriti responden terdiri daripada golongan pelajar, kebanyakan

responden mempunyai taraf pendidikan diperingkat prasiswazah dan belum

berkahwin.

Sebanyak 25% daripada responden terdiri daripada golongan staf akademik,

manakala hanya 8.3% daripada responden terdiri daripada staf bukan akademik.

Selain itu, Sebanyak 71.7% daripada responden terdiri daripada kaum Melayu,

manakala 21.7% daripada responden kaum Cina dan 6.7% daripada responden terdiri

daripada kaum India (Jadual 5.1). Sebanyak 50% daripada responden terdiri daripada

komuniti Pusat Pengajian Sains Matematik dan sebanyak 50% daripada responden

terdiri daripada komuniti Pusat Pengajian Sains Komputer. Keadaan ini dipengaruhi

110
dengan kaedah persampelan rawak berlapis semasa pengedaran borang kajian soal

selidik.

5.3 Kesedaran Terhadap Penjagaan Alam Sekitar

Kesedaran komuniti di Bangunan G31 diukur menerusi berberapa soalan yang

merangkumi berberapa aspek iaitu penjimatan tenaga, pengurusan sisa pepejal,

pengangkutan, dan penjimatan air. Teknik statistik deskriptif yang digunakan untuk

mengukur kesedaran komuniti di Bangunan G31 adalah teknik peratusan.

5.3.1 Penjimatan Tenaga

120

100
Peratusan (%)

80

60
100 96.7 Setuju
40 84.2
Tidak Setuju
20
0 15.8 3.3
0
Memastikan suis Menggunakan Menyokong
ditutup jika tidak peralatan kempen
digunakan elektrik yang penjimatan
mesra alam elektrik

Rajah 5.1: Tindak Balas Responden Terhadap Penjimatan Elektrik

111
Majoriti daripada responden mempunyai kesedaran terhadap penjimatan

elektrik. Sebanyak 100% daripada responden bersetuju untuk memastikan suis

ditutup jika tidak digunakan (Rajah 5.1). Selain itu, sebanyak 84.2% daripada

responden bersetuju untuk menggunakan peralatan elektrik yang mempunyai label

mesra alam. Hanya sebilangan kecil daripada responden responden tidak bersetuju

menggunakan peralatan elektrik yang mempunyai label mesra alam kerana harga

peralatan elektrik yang berlabel mesra alam adalah lebih mahal berbanding peralatan

elektrik yang tidak berlabel mesra alam. Sebanyak 96.7% daripada responden

bersetuju untuk menyokong kempen penjimatan elektrik yang dianjurkan oleh pihak

universiti dan kerajaan.

5.3.2 Pengurusan Sisa Pepejal

120

100
Peratusan (%)

80

60
96.7 100
40 82.3 Setuju

20 Tidak Setuju
3.3 0 17.7
0
Mengasingkan Menggunakan Mengamalkan
barangan kitar semula Pengkomposan
semula semasa bahan/peralatan
membuang (eg: reusable
sampah bag)

Rajah 5.2: Tindak Balas Responden Terhadap Pengurusan Sisa Pepejal

Sebanyak 100% daripada responden bersetuju untuk membawa beg sendiri

semasa membeli belah di pasar raya (Rajah 5.2). Selain itu, sebanyak 96.7% daripada

responden bersetuju mengamalkan kitar semula dalam kehidupan seharian. Hanya

112
sebahagian daripada responden tidak bersetuju untuk mengamalkan kompos kerana

mereka tidak mempunyai pengetahuan berkaitan amalan pengkomposan.

5.3.3 Pengangkutan

100
90
80
Peratusan (%)

70
60
50
91.7 92.5
40 76.7 Setuju
30 Tidak Setuju
20
10 23.3
8.3 7.5
0
Mengutamakan Berjalan Menggunakan
pengangkutan kaki/berbasikal kenderaan mesra
awam ke destinasi alam (hibrid)
berhampiran

Rajah 5.3: Tindak Balas Responden Terhadap Pengangkutan

Majoriti responden bersetuju untuk mengutamakan penggunaan pengangkutan

awam dan berjalan kaki ke destinasi berhampiran (Rajah 5.3). Selain itu, sebanyak

23.3% daripada responden tidak bersetuju untuk menggunakan kenderaan hibrid atau

kenderaaan mesra alam. Kenderaan hibrid memerlukan teknologi tinggi. Oleh itu,

kereta hibrid dijual dengan harga yang tinggi berbanding kereta biasa.

113
5.3.4 Penjimatan Air

120
100

Peratusan (%) 80
60
100 100 96.7
40
Setuju
20 Tidak Setuju
0 0 3.3
0
Memastikan pili Menggunakan air Menggunakan
air ditutup jika secara berhemat peralatan tandas
tidak digunakan yang mempunyai
keupayaan
curahan air
rendah

Rajah 5.4: Tindak Balas Responden Terhadap Penjimatan Air

Sebanyak 100% daripada responden bersetuju untuk memastikan pili air

ditutup jika tidak digunakan dan menggunakan air secara berhemat. Peratusan ini

menunjukkan tahap kesedaran responden terhadap penjimatan air adalah sangat

tinggi berbanding penjimatan elektrik, pengurusna sisa pepejal dan pengangkutan.

Namun terdapat sebahagian daripada respoden tidak bersetuju untuk menggunakan

peralatan tandas yang mempunyai keupayaan curahan air rendah kerana mereka

berpendapat menggunakan alatan sebegini akan menyusahkan dan tidak memberi

keselesaan.

114
5.3.5 Tahap Kesedaran Terhadap Penjagaan Alam Sekitar

Rajah 5.5: Skala Kesedaran Responden Secara Keseluruhan Terhadap Penjagaan


Alam Sekitar

Berdasarkan Rajah 5.5, tahap kesedaran responden secara keseluruhan terhadap

penjagaan alam sekitar adalah tinggi (min= 3.5, = 0.38). Tahap kesedaran terhadap

penjagaan alam sekitar diukur berdasarkan tahap kesedaran responden terhadap

penjimatan tenaga, pengurusan sisa pepejal, pengangkutan, dan penjimatan air.

Berdasarakan ujian statistik diskriptif, taburan jawapan responden terhadap

persetujuan penjagaan alam sekitar adalah sangat konsisten kerana sisihan piawai

yang diperolehi adalah kecil iaitu 0.38.

5.3.6 Hubungan Sosio-Demografi Dengan Tahap Kesedaran Terhadap

Penjagaan Alam Sekitar.

Hubungan antara sosio-demografi dengan tahap kesedaran responden terhadap

penjagaan alam sekitar diukur menerusi ujian inferensi iaitu chi-square. Hasil ujian

chi-square menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara berberapa

115
pemboleh ubah sosio-demografi iaitu umur, taraf pendidikan, status perkahwinan,

dan jenis pekerjaan dengan tahap kesedaran penjagaan alam sekitar dalam kalangan

responden.

a) Hubungan Signifikan (Umur, Tarat Pendidikan, Status Perkahwinan, dan Jenis

Pekerjaan)

Hipotesis nol yang dibentuk adalah perbezaan umur, taraf pendidikan, status

perkahwinan, dan jenis perkerjaan tidak mempengaruhi tahap kesedaran komuniti

terhadap penjagaan alam sekitar. Manakala hipotesis alternatif adalah perbezaan

umur, taraf pendidikan, status perkahwinan, dan jenis perkerjaan mempengaruhi

tahap kesedaran komuniti terhadap penjagaan alam sekitar. Berdasarkan Jadual 5.2,

nilai chi-square yang dikira adalah lebih besar daripada nilai chi-square yang

dijangkakan. Oleh itu, nilai-p untuk chi-square yang dikira adalah lebih kecil

berbanding nilai-p chi-square yang dijangkakan pada tahap keyakinan 0.05

(Lampiran 2). Situasi ini akan menyebabkan hipotesis nol akan ditolak manakala

hipotesis alternatif diterima. Sebagai rumusan, terdapat perhubungan yang penting

antara tahap kesedaran penjagaan alam sekitar mengikut perbezaan umur, taraf

pendidikan, status perkahwinan, dan jenis perkerjaan. Perbezaan sosio-demografi ini

adalah faktor yang boleh menjelaskan tahap kesedaran komuniti di Bangunan G31

terhadap penjagaan alam sekitar.

116
Jadual 5.2: Hubungan Sosio-demografi dengan Tahap Kesedaran Responden
Terhadap Penjagaan Alam Sekitar

Sosio-demografi Nilai Chi-square Nilai-P Signifikan


(X2)
Jantina 5.71 0.080 Tidak
Signifikan
Umur 96.05 0.014 Signifikan
Bangsa 47.85 0.060 Tidak
Signifikan
Taraf Pendidikan 81.23 0.005 Signifikan
Status Perkahwinan 53.37 < 0.001 Signifikan
Jenis Perkerjaan 83.18 < 0.001 Signifikan
Pusat Pengajian 20.87 0.232 Tidak
Signifikan
(Signifikan apabila nilai-p < 0.05)

b) Hubungan Tidak Signifikan (Jantina, Bangsa, dan Pusat Pengajian)

Hipotesis nol yang dibentuk untuk setiap sosio-demografi adalah perbezaan

jantina, bangsa, dan pusat pengajian tidak mempengaruhi tahap kesedaran komuniti

terhadap penjagaan alam sekitar. Manakala hipotesis alternatif adalah perbezaaan

jantina, bangsa, dan pusat pengajian mempengaruhi tahap kesedaran komuniti

terhadap penjagaan alam sekitar. Berdasarkan Jadual 5.2, nilai chi-square yang

dikira adalah lebih kecil daripada nilai chi-square yang dijangkakan. Oleh itu, nilai-p

untuk nilai chi-square yang dikira adalah lebih besar daripada nilai-p chi-square

yang dijangkakan pada tahap keyakinan 0.05 (Lampiran2). Keadaan ini akan

menyebabkan hipotesis nol akan diterima manakala hipotesis alternatif ditolak.

Sebagai rumusan, tiada perhubungan yang signifikan antara tahap kesedaran

terhadap penjagaan alam sekitar mengikut perbezaan jantina, bangsa dan pusat

pengajian. Walaupun lebih ramai responden daripada golongan wanita, bangsa

Melayu dan dari Pusat Pengajian Sains Matematik mempunyai tahap kesedaran

terhadap penjagaan alam sekitar yang lebih tinggi, namun perbezaan tersebut

117
bukannya faktor yang boleh menjelaskan tahap kesedaran komuniti di Bangunan

G31 terhadap penjagaan alam sekitar.

5.4 Kesedaran Terhadap Kepentingan Amalan Kitar Semula

Rajah 5.6: Skala kesedaran Responden Terhadap Kepentingan Amalan Kitar Semula

Berdasarkan rajah 5.6, tahap kesedaran responden terhadap kepentingan

amalan kitar semula adalah sangat tinggi (min= 3.65, =0.40). Kesedaran responden

terhadap kepentingan amalan kitar semula diukur berdasarkan kenyataan yang

berkaitan kesan kitar semula kepada alam sekitar dan potensi kitar semula

mengurangkan sisa pepejal yang dilupuskan. Taburan jawapan responden berkaitan

tahap kesedaran terhadap amalan kitar semula amat konsisten kerana sisihan piawai

yang diperolehi adalah kecil iaitu 0.40.

118
5.4.1 Hubungan Sosio-Demogarfi dengan Tahap Kesedaran Terhadap

Kepentingan Kitar Semula

Hubungan antara sosio-demografi dengan tahap kesedaran responden terhadap

kepentingan amalan kitar semula diukur menerusi ujian inferensi chi-square. Hasil

ujian chi-square menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara berberapa

pemboleh ubah sosio-demografi iaitu jantina, umur, status perkahwinan, dan jenis

pekerjaan dengan tahap kesedaran terhadap kepentingan amalan kitar semula.

a) Hubungan Signifikan (Jantina, Umur, Status Perkahwinan, Jenis Pekerjaan)

Hipotesis nol yang dibentuk adalah perbezaan jantina, umur, status

perkahwinan, dan jenis perkerjaan tidak mempengaruhi tahap kesedaran komuniti

terhadap kepentingan amalan kitar semula. Manakala hipotesis alternatif adalah

perbezaan jantina, umur, status perkahwinan, dan jenis perkerjaan mempengaruhi

tahap kesedaran komuniti terhadap kepentingan amalan kitar semula. Berdasarkan

Jadual 5.3, nilai chi-square yang dikira adalah lebih besar daripada nilai chi-square

yang dijangkakan. Oleh itu, nilai-p untuk chi-square yang dikira adalah lebih kecil

berbanding nilai-p chi-square yang dijangkakan pada tahap keyakinan 0.05

(Lampiran 2). Situasi ini akan menyebabkan hipotesis nol akan ditolak manakala

hipotesis alternatif diterima. Sebagai rumusan, terdapat perhubungan yang penting

antara tahap kesedaran penjagaan alam sekitar mengikut perbezaan jantina, umur,

status perkahwinan, dan jenis perkerjaan. Perbezaan sosio-demografi ini adalah

faktor yang boleh menjelaskan tahap kesedaran komuniti di Bangunan G31 terhadap

kepentingan amalan kitar semula.

119
Jadual 5.3: Hubungan Sosio-demografi dengan Tahap Kesedaran Responden
Terhadap Kepentingan Amalan Kitar Semula

Sosio-demografi Nilai Chi-square Nilai-P Signifikan


(X2)
Jantina 13.43 0.04 Signifikan
Umur 48.84 0.002 Signifikan
Bangsa 5.77 0.93 Tidak
Signifikan
Taraf Pendidikan 28.4 0.06 Tidak
Signifikan
Status Perkahwinan 38.70 < 0.001 Signifikan
Jenis Pekerjaan 49.87 < 0.001 Signifikan
Pusat Pengajian 6.28 0.39 Tidak
Signifikan
(Signifikan apabila nilai-p < 0.05)

b) Hubungan Tidak Signifikan (Bangsa, Taraf Pendidikan, dan Pusat Pengajian)

Hipotesis nol yang dibentuk untuk setiap sosio-demografi adalah perbezaan

bangsa, taraf pendidikan, dan pusat pengajian tidak mempengaruhi tahap kesedaran

komuniti terhadap kepentingan amalan kitar semula. Manakala hipotesis alternatif

adalah perbezaaan bangsa, taraf pendidikan, dan pusat pengajian mempengaruhi

tahap kesedaran komuniti terhadap kepentingan amalan kitar semula. Berdasarakan

Jadual 5.3, nilai chi-square yang dikira adalah lebih kecil daripada nilai chi-square

yang dijangkakan. Oleh itu, nilai-p untuk nilai chi-square yang dikira adalah lebih

besar daripada nilai-p chi-square yang dijangkakan pada tahap keyakinan 0.05

(Lampiran 2). Keadaan ini akan menyebabkan hipotesis nol akan diterima manakala

hipotesis alternatif ditolak. Sebagai rumusan, tiada perhubungan yang signifikan

antara tahap kesedaran terhadap kepentingan amalan kitar semula mengikut

perbezaan bangsa, taraf pendidikan dan pusat pengajian. Walaupun lebih ramai

responden daripada bangsa Melayu, lepasan ijazah dan dari Pusat Pengajian Sains

Matematik mempunyai tahap kesedaran terhadap kepentingan amalan kitar semula

120
yang lebih tinggi, namun perbezaan tersebut bukannya faktor yang boleh

menjelaskan tahap kesedaran komuniti di Bangunan G31 terhadap kepentingan

amalan kitar semula.

5.5 Kefahaman Terhadap Sistem Kitar Semula

Kefahaman Berkaitan Sistem kitar


Semula

48.30% 51.70%

Faham Tidak Faham

Rajah 5.7: Peratusan Responden yang Memahami Sistem Kitar Semula

Majoriti daripada responden faham berkenaan perbezaan sistem kitar semula

satu aliran dan pelbagai aliran (Rajah 5.7). Hanya 48.30% daripada responden yang

tidak memahami perbezaan sistem kitar semula satu aliran dan pelbagai aliran.

121
5.5.1 Hubungan Sosio-Demografi dengan Kefahaman Terhadap Sistem Kitar

Semula

Hubungan antara sosio-demografi dengan tahap kefahaman responden terhadap

sistem kitar semula diukur menerusi ujian inferensi chi-square. Hasil ujian chi-

square menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara berberapa pemboleh

ubah sosio-demografi iaitu jantina, umur, taraf pendidikan, status perkahwinan, dan

jenis pekerjaan dengan tahap kefahaman terhadap sistem kitar semula.

a) Hubungan Signifikan (Jantina, Umur, Taraf Pendidikan, Status Perkahwinan,

Jenis Pekerjaan)

Hipotesis nol yang dibentuk adalah perbezaan jantina, umur, taraf pendidikan,

status perkahwinan, dan jenis perkerjaan tidak mempengaruhi kefahaman komuniti

terhadap sistem kitar semula. Manakala hipotesis alternatif adalah perbezaan

jantina, umur, taraf pendidikan, status perkahwinan, dan jenis perkerjaan

mempengaruhi kefahaman komuniti terhadap sistem kitar semula. Berdasarkan

Jadual 5.4, nilai chi-square yang dikira adalah lebih besar daripada nilai chi-square

yang dijangkakan. Oleh itu, nilai-p untuk chi-square yang dikira adalah lebih kecil

berbanding nilai-p chi-square yang dijangkakan pada tahap keyakinan 0.05

(Lampiran 2). Situasi ini akan menyebabkan hipotesis nol akan ditolak manakala

hipotesis alternatif diterima. Sebagai rumusan, terdapat perhubungan yang penting

antara kefahaman komuniti terhadap sistem kitar semula mengikut perbezaan jantina,

umur, taraf pendidikan, status perkahwinan, dan jenis perkerjaan. Perbezaan sosio-

122
demografi ini adalah faktor yang boleh menjelaskan kefahaman komuniti di

Bangunan G31 terhadap sistem kitar semula.

Jadual 5.4: Hubungan Sosio-demografi dengan Kefahaman Komuniti Terhadap


Sistem Kitar Semula

Sosio-demografi Nilai Chi-square Nilai-P Signifikan


(X2)
Jantina 5.64 0.018 Signifikan
Umur 14.96 0.005 Signifikan
Bangsa 5.08 0.08 Tidak
Signifikan
Taraf Pendidikan 38.40 < 0.001 Signifikan
Status Perkahwinan 11.71 0.001 Signifikan
Jenis Perkerjaan 16.42 < 0.001 Signifikan
Pusat Pengajian 2.70 0.10 Tidak
Signifikan
(Signifikan apabila nilai-p < 0.05)

b) Hubungan Tidak Signifikan (Bangsa dan Pusat Pengajian)

Hipotesis nol yang dibentuk untuk setiap sosio-demografi adalah perbezaan

bangsa dan pusat pengajian tidak mempengaruhi kefahaman komuniti terhadap

sistem kitar semula. Manakala hipotesis alternatif adalah perbezaaan bangsa dan

pusat pengajian mempengaruhi kefahaman komuniti terhadap sistem kitar semula.

Berdasarakan Jadual 5.4, nilai chi-square yang dikira adalah lebih kecil daripada

nilai chi-square yang dijangkakan. Oleh itu, nilai-p untuk nilai chi-square yang

dikira adalah lebih besar daripada nilai-p chi-square yang dijangkakan pada tahap

keyakinan 0.05 (Lampiran 2). Keadaan ini akan menyebabkan hipotesis nol akan

diterima manakala hipotesis alternatif ditolak. Sebagai rumusan, tiada perhubungan

yang signifikan antara kefahaman komuniti terhadap sistem kitar semula mengikut

123
perbezaan bangsa dan pusat pengajian. Walaupun lebih ramai responden daripada

bangsa Melayu dan dari Pusat Pengajian Sains Matematik mempunyai tahap

kefahaman terhadap sistem kitar semula yang lebih tinggi, namun perbezaan tersebut

bukannya faktor yang boleh menjelaskan tahap kefahaman komuniti di Bangunan

G31 terhadap sistem kitar semula.

5.6 Penglibatan Responden Terhadap Sistem Kitar Semula Satu Aliran

Berdasarakan Jadual 5.5, majoriti daripada responden lebih cenderung

memasukkan kertas dan kotak berbanding memasukkan tin aluminum dan barangan

plastik ke dalam bekas dan tong kitar semula satu aliran yang disediakan. Keadaan

ini dipengaruhi oleh fungsi Bangunan G31 sebagai pejabat pengurusan dan

akademik. Oleh itu, kertas dan kadbod merupakan sisa pepejal utama yang

dilupuskan (Mason et al., 2004). Selain itu, majoriti daripada responden jarang

membawa barangan kitar semula dari rumah atau desasiswa untuk dimasukkan ke

dalam bekas dan tong kitar semula satu aliran yang disediakan.

124
Jadual 5.5: Min dan Sisihan Piawai Berkenaan Penglibatan Komuniti Terhadap
Sistem Kitar Semula Satu Aliran

Penglibatan Komuniti Min (Sisihan Piawai)


Memasukan tin aluminum ke dalam 3.1 (0.71)
bekas/tong kitar semula satu aliran yang
disediakan
Memasukan kertas ke dalam bekas/tong kitar 3.6 (0.83)
semula satu aliran yang disediakan
Memasukan barangan plastik ke dalam 3.1 (0.69)
bekas/tong kitar semula satu aliran yang
disediakan
Memasukan kotak/kadbod ke dalam 3.5 (0.83)
bekas/tong kitar semula satu aliran yang
disediakan
Membawa barangan kitar semula dari 2.6 (0.70)
rumah/desasiswa untuk di masukkan ke
dalam bekas/tong kitar semula satu aliran
yang disediakan
(Skala Likert-5 Mata, 5= Paling kerap diamalkan, 4= Kerap diamalkan, 3= Kadang-
kala diamalkan, 2= Jarang diamalkan, 1= Tidak pernah diamalkan)

5.6.1 Tahap Penglibatan Terhadap Sistem Kitar Semula Satu Aliran

Rajah 5.8: Skala Penglibatan Responden Terhadap Sistem Kitar Semula Satu Aliran

Tahap penglibatan responden terhadap sistem kitar semula satu aliran yang

disediakan adalah sederhana (min= 3.19, = 0.58). Tahap penglibatan komuniti

diukur berdasarkan penggunaan bekas dan tong kitar semula satu aliran yang

125
disediakan. Jawapan yang diberikan responden adalah konsisten kerana sisihan

piawai yang diperolehi kecil iaitu 0.58.

5.6.2 Hubungan Sosio-Demografi dengan Penglibatan Terhadap Sistem Kitar

Semula Satu Aliran

Hubungan antara sosio-demografi dengan tahap penglibatan responden terhadap

sistem kitar semula satu aliran diukur menerusi ujian inferensi chi-square. Hasil

ujian chi-square menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara berberapa

pemboleh ubah sosio-demografi iaitu umur, status perkahwinan, dan jenis pekerjaan

dengan tahap penglibatan responden terhadap sistem kitar semula satu aliran.

a) Hubungan Signifikan (Umur, Status Perkahwinan, Jenis Pekerjaan)

Hipotesis nol yang dibentuk adalah perbezaan umur, status perkahwinan, dan

jenis perkerjaan tidak mempengaruhi tahap penglibatan komuniti terhadap sistem

kitar semula satu aliran yang dijalankan. Manakala hipotesis alternatif adalah

perbezaan umur, status perkahwinan, dan jenis perkerjaan mempengaruhi tahap

penglibatan komuniti terhadap sistem kitar semula satu aliran yang dijalankan.

Berdasarkan Jadual 5.6, nilai chi-square yang dikira adalah lebih besar daripada

nilai chi-square yang dijangkakan. Oleh itu, nilai-p untuk chi-square yang dikira

adalah lebih kecil berbanding nilai-p chi-square yang dijangkakan pada tahap

keyakinan 0.05 (Lampiran 2). Situasi ini akan menyebabkan hipotesis nol akan

ditolak manakala hipotesis alternatif diterima. Sebagai rumusan, terdapat

126
perhubungan yang penting antara penglibatan komuniti terhadap sistem kitar semula

satu aliran yang dijalankan mengikut perbezaan umur, status perkahwinan, dan jenis

perkerjaan. Perbezaan sosio-demografi ini adalah faktor yang boleh menjelaskan

penglibatan komuniti di Bangunan G31 terhadap sistem kitar semula satu aliran yang

disediakan.

Jadual 5.6: Hubungan Sosio-demografi dengan Penglibatan Responden Terhadap


Sistem Kitar Semula Satu Aliran

Sosio-demografi Nilai Chi-square Nilai-P Signifikan


(X2)
Jantina 10.37 0.66 Tidak
Signifikan
Umur 77.06 0.014 Signifikan
Bangsa 27.06 0.41 Tidak
Signifikan
Taraf Pendidikan 46.25 0.19 Tidak
Signifikan
Status Perkahwinan 42.68 < 0.001 Signifikan
Jenis Perkerjaan 59.30 < 0.001 Signifikan
Pusat Pengajian 15.59 0.27 Tidak
Signifikan
(Signifikan apabila nilai-p < 0.05)

b) Hubungan Tidak Signifikan (Jantina, Bangsa, Taraf Pendidikan dan Pusat

Pengajian)

Hipotesis nol yang dibentuk untuk setiap sosio-demografi adalah perbezaan

jantina, bangsa, taraf pendidikan, dan pusat pengajian tidak mempengaruhi tahap

penglibatan komuniti terhadap sistem kitar semula satu aliran yang dijalankan.

Manakala hipotesis alternatif adalah perbezaaan jantina, bangsa, taraf pendidikan

dan pusat pengajian mempengaruhi tahap penglibatan komuniti terhadap sistem kitar

semula satu aliran yang dijalankan. Berdasarakan Jadual 5.6, nilai chi-square yang

dikira adalah lebih kecil daripada nilai chi-square yang dijangkakan. Oleh itu, nilai-p

untuk nilai chi-square yang dikira adalah lebih besar daripada nilai-p chi-square

127
yang dijangkakan pada tahap keyakinan 0.05 (Lampiran 2). Keadaan ini akan

menyebabkan hipotesis nol akan diterima manakala hipotesis alternatif ditolak.

Sebagai rumusan, tiada perhubungan yang signifikan antara penglibatan komuniti

terhadap sistem kitar semula satu aliran yang dijalankan mengikut perbezaan jantina,

bangsa, taraf pendidikan dan pusat pengajian. Walaupun lebih ramai responden

daripada golongan wanita, bangsa Melayu, lepasan ijazah dan dari Pusat Pengajian

Sains Matematik mempunyai tahap tahap penglibatan yang lebih tinggi, namun

perbezaan tersebut bukannya faktor yang boleh menjelaskan tahap penglibatan

komuniti di Bangunan G31 terhadap sistem kitar semula satu aliran yang disediakan.

5.7 Perbincangan Penemuan Kajian

Universiti Sains Malaysia merupakan salah satu insitusi pengajian tinggi yang

memberi perhatian serius terhadap isu kelestarian terutamanya isu alam sekitar

(Syarilla, 2011). Banyak aktiviti berkaitan penjagaan alam sekitar dan kitar semula

dijalankan dalam kampus. Oleh itu, tahap kesedaran responden terhadap penjagaan

alam sekitar dan kesedaran terhadap amalan kitar semula adalah tinggi. Namun

penglibatan komuniti terhadap sistem kitar semula yang dijalankan adalah sederhana.

Keadaan ini berbeza seperti yang dihujah oleh Ebreo et al., (1999), iaitu penglibatan

masyarakat terhadap program kitar semula sangat dipengaruhi tahap kesedaran

masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar. Begitu juga seperti yang dihujah oleh

Perrin dan Barton (2001), bahawa individu yang prihatin terhadap alam sekitar akan

terlibat dalam program kitar semula yang dilaksanakan.

128
Penglibatan komuniti berada hanya ditahap sederhana kerana dipengaruhi

tempoh masa mereka berada di Bangunan G31 iaitu antara pukul 8.00 pagi hingga

5.00 petang. Oleh itu, mereka mempunyai masa yang singkat untuk terlibat secara

aktif terhadap sistem kitar semula satu aliran yang disediakan kerana sibuk dengan

aktiviti kerja seharian terumatanya dalam kalangan staf. Manakala pelajar hanya

berada di Bangunan G31 pada waktu tertentu terutamya pada waktu kuliah dan

ketika berurusan dengan pensyarah dan pejabat pengurusan di pusat pengajian

masing-masing.

Tahap kesedaran komuniti terhadap kepentingan amalan kitar semula diukur

berdasarkan berberapa kriteria seperti kesedaran terhadap kesan kitar semula

terhadap alam sekitar terutamanya berkaitan tapak pelupusan sampah dan kesedaran

berkaitan potensi kitar semula mengurangkan pelupusan sisa pepejal. Tapak

pelupusan sampah yang tidak diurus dengan baik dan lestari akan menyumbang

kepada pencemaran air, pencemaran udara, dan perubahan iklim (Kathiravale dan

Yunus, 2008).

Selain itu, dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman komuniti di

Bangunan G31 berkaitan sistem kitar semula adalah tinggi. Majoriti daripada

responden menunjukkan kefahaman yang baik berkaitan perbezaan sistem kitar

semula satu aliran dan pelbagai aliran. Keadaan ini dipengaruhi penyebaran

maklumat berkaitan sistem kitar semula aliran dilakukan dengan meletakan poster di

setiap lokasi bekas dan tong serta pada papan kenyataan di dalam Bangunan G31.

129
Menurut Garces et al., (2002), sosio-demografi setiap individu akan

mempengaruhi tingkah laku mereka dalam amalan kitar semula. Untuk kajian ini,

sosio-demografi yang dicerap daripada responden adalah jantina, umur, bangsa, taraf

pendidikan, status perkahwinan, jenis perkerjaan, dan pusat pengajian. Ujian chi-

square dibuat untuk mengetahui hubungan antara setiap sosio-demografi dengan

tahap kesedaran dan respon komuniti terhadap penjagaan alam sekitar dan amalan

kitar semula. Selain itu, ujian chi-square juga dibuat untuk menilai hubungan antara

sosio-demografi dengan tahap kefahaman dan penglibatan komuniti terhadap sistem

kitar semula yang dilaksanakan di kawasan kajian. Berdasarkan Jadual 5.7, ujian chi-

square menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan untuk jantina, umur, taraf

pendidikan, status perkahwinan, dan jenis perkerjaan. Manakala bangsa dan pusat

pengajian tidak menunjukkan hubungan yang signifikan terhadap semua ujian chi-

square yang dijalankan.

Jadual 5.7: Hubungan Signifikan Antara Sosio-demografi dengan Kenyataan


Responden Berkaitan Tahap Kesedaran dan Tindak Balas Terhadap Alam
Sekitar dan Amalan Kitar Semula

Sosio-demografi Kenyataan

Jantina (signifikan untuk kenyataan 2 dan 3) 1. Tahap Kesedaran komuniti


terhadap penjagaan alam
Umur (signifikan untuk semua kenyataan sekitar
iaitu 1 hingga 4) 2. Tahap kesedaran komuniti
Bangsa (tidak signifikan untuk semua terhadap kepentingan amalan
kenyataan)
kitar semula
Taraf Pendidikan (signifikan untuk
kenyataan 1 dan 3) 3. Kefahaman komuniti terhadap
Status Perkahwinan (signifikan untuk semua sistem kitar semula
kenyataan iaitu 1 hingga 4) 4. Penglibatan komuniti terhadap
Jenis Perkerjaan (signifikan untuk semua sistem kitar semula yang
kenyataan iaitu 1 hingga 4) disediakan
Pusat Pengajian (tidak signifikan untuk
semua kenyataan)

130
Ewert dan Baker (2001) menyatakan perbezaan umur dan jantina

mempengaruhi keprihatinan individu terhadap penjagaan alam sekitar. Perempuan

dan individu yang lebih tua mempunyai keprihatinan yang lebih tinggi berbanding

golongan lelaki dan individu yang lebih muda (Bentol et al., 1994; Garces et al.,

2002). Kenyataan yang dihujah di atas adalah sama seperti hasil penemuan yang

diperolehi dalam kajian ini. Wanita mempunyai kesedaran terhadap kepentingan

alam sekitar yang tinggi dan lebih kefahaman berkaitan sistem kitar semula

berbanding lelaki. Selain itu, golongan yang berumur 30 dan ke atas mempunyai

tahap kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar dan kesedaran terhadap

kepentingan amalan kitar semula yang tinggi. Selain itu, mereka mempunyai lebih

kefahaman terhadap sistem kitar semula dan penglibatan terhadap sistem kitar

semula satu aliran yang lebih baik berbanding golongan remaja. Menurut Bratt

(1999), tingkah laku golongan remaja dipengaruhi persekitaran. Remaja yang ingin

kitar akan membatalkan niat mereka apabila terdapat orang lain di sekeliling mereka

(Gamba dan Oskamp, 1994).

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Geurin et al., (2001), sosio-

demogarfi mempengaruhi tingkah laku individu berkaitan kitar semula secara tidak

konsisten. Namun, taraf pendidikan dapat menunjukkan kesan yang sederhana

terhadap tingkah laku masyarakat berkaitan kitar semula. Vencatasawmy et al.,

(2000), juga ada menyatakan taraf pendidikan yang tinggi akan menjadikan individu

lebih prihatin kepada alam sekitar. Hasil dapatan kajian menunjukkan taraf

pendidikan yang tinggi iaitu lepasan ijazah mempunyai tahap kesedaran terhadap

penjagaan alam sekitar yang tinggi dan lebih kefahaman terhadap sistem kitar semula

berbanding mereka yang mempunyai taraf pendidikan yang rendah.

131
5.8 Rumusan

Hasil perbincangan yang meluas dalam bab ini menunjukkan komuniti di

Bangunan G31 mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap penjagaan alam

sekitar dan kepentingan amalan kitar semula. Hal ini disebabkan Universiti Sains

Malaysia telah memberi perhatian yang serius terhadap isu kelestarian terutamanya

berkaitan alam sekitar sebagai teras pembangunan universiti. Namun, tahap

penglibatan komuniti di Bangunan G31 berada dalam skala sederhana. Mereka

menggunakan sistem kitar semula satu aliran yang disediakan untuk barangan kitar

semula yang tertentu seperti kertas dan kotak sahaja. Majoriti daripada responden

tidak membawa barangan kitar semula dari rumah atau desasiswa. Walaupun

publisiti sistem kitar semula hanya dilakukan dengan penampal poster, tahap

kefahaman komuniti terhadap sistem kitar semula ini amat baik. Oleh itu, kempen

berkaitan sistem kitar semula satu aliran mampu meningkatkan tahap penglibatan

komuniti terhadap sistem kitar semula satu aliran yang disediakan.

132
BAB VI

KEBERKESANAN SISTEM KITAR SEMULA SATU ALIRAN SERTA


CABARAN PELAKSANAAN

6.1 Pengenalan

Tahap penerimaan komuniti dapat menunjukkan keberkesanan sistem kitar

semula satu aliran yang dilaksanakan di kawasan kajian (Perrin dan Barton, 2001).

Oleh itu, keberkesanan sistem kitar semula satu aliran akan dibincangkan menerusi

bab ini. Keberkesanan sistem kitar semula akan diukur berdasarkan penerimaan

responden terhadap sistem dan kekerapan responden menggunakan sistem kitar

semula satu aliran yang disediakan. Sehubungan itu, kutipan barangan kitar semula

juga akan diperincikan menerusi peratusan komposisi barangan kitar semula yang

dikutip selama sebulan. Selain itu, pola kutipan barangan kitar semula di Bangunan

G31 juga turut dibincangkan untuk melihat keberkesanan sistem kitar semula yang

dilaksanakan. Pemerhatian ikut serta semasa kajian lapangan dapat menilai proses

sistem kitar semula satu aliran dan mengenal pasti cabaran pelaksanaan sistem kitar

semula satu aliran yang dihadapi pengkaji semasa penyelidikan dijalankan.

133
6.2 Penerimaan Terhadap Sistem Kitar Semula Satu Aliran

Responden diminta membuat pemilihan sama ada mereka bersetuju atau tidak

bersetuju untuk terlibat dalam sistem kitar semula satu aliran pada masa akan datang.

Tahap penerimaan diukur dengan skala likert-4 mata (Jadual 6.1). Majoriti daripada

responden bersetuju mengasingkan barangan kitar semula semasa proses

pembuangan sampah (min=3.4, =0.57). Selain itu, majoriti daripada responden juga

bersetuju untuk menggunakan bekas dan tong kitar semula satu aliran yang

disediakan dengan sebaik mungkin disamping memberi galakan kepada rakan atau

sesiapa sahaja untuk menggunakan bekas dan tong kitar semula satu aliran dengan

baik. Sehubungan itu, majoriti daripada responden juga bersedia menegur dan

menasihati sesiapa sahaja yang menyalah guna bekas dan tong kitar semula satu

aliran yang disediakan. Ramai daripada kalangan responden tidak bersetuju untuk

membawa barangan kitar semula dari rumah atau desasiswa.

Jadual 6.1: Min dan Sisihan Piawai Berkenaan Penerimaan Responden Terhadap
Sistem Kitar Semula Satu Aliran

Kenyataan Min (Sisihan Piawai)


Bersedia menggunakan bekas/tong kitar 3.2 (0.56)
semula satu aliran dengan sebaik mungkin
Bersedia memberi galakan kepada 3.2 (0.74)
rakan/sesiapa sahaja untuk menggunakan
bekas/tong kitar semula satu aliran sebaik
mungkin
Bersedia menegur/menasihati sesiapa sahaja 3.2 (0.75)
yang menyalah guna bekas/tong kitar semula
satu aliran
Bersedia mengasingkan barangan kitar 3.4 (0.57)
semula semasa pembuangan sampah
Bersedia membawa barangan kitar semula 3.1 (0.81)
dari rumah/desasiswa untuk dimasukkan ke
dalam bekas/tong kitar semula satu aliran

134
(Skala Likert-4 Mata, 4= Sangat setuju, 3= Setuju, 2= Tidak Setuju, 1= Sangat Tidak

Setuju

6.2.1 Tahap Penerimaan Responden Terhadap Sistem Kitar Semula Satu

Aliran

Rajah 6.1: Skala Penerimaan Responden Terhadap Sistem Kitar Semula

Berdasarkan Rajah 6.1, min keseluruhan penerimaan komuniti terhadap sistem

kitar semula satu aliran adalah 3.27 dan termasuk dalam skala penerimaan yang baik

pada sisihan piawai yang konsisten (=0.57). Skala empat mata digunakan untuk

mengukur tahap penerimaan responden terhadap sistem kitar semula satu aliran iaitu

skala 1=sangat tidak baik, 2=tidak baik, 3=baik, dan 4=sangat baik. Tahap

penerimaan komuniti terhadap sistem kitar semula satu aliran diperolehi berdasarkan

berberapa kenyataan yang diajukan kepada responden seperti yang terdapat di dalam

Jadual 6.1. Penerimaan yang baik dalam kalangan responden terhadap sistem kitar

semula satu aliran yang dijalankan menunjukkan mereka bersedia untuk terlibat

menggunakan sistem kitar semula yang disediakan pada masa akan datang.

135
6.3 Keberkesanan Sistem Kitar Semula Satu Aliran

Responden diminta membuat pilihan sama ada mereka bersetuju atau tidak

bersetuju terhadap kenyataan seperti dalam Jadual 6.2. Tahap keberkesanan sistem

kitar satu aliran diukur berdasarkan soalan jenis skala likert-4 mata (Jadual 6.2).

Kebanyakan responden bersetuju bahawa sistem kitar semula satu aliran

menjimatkan masa, selesa dan mudah untuk dilaksanakan. Selain itu, ramai daripada

kalangan responden bersetuju lokasi bekas dan tong kitar semula satu aliran yang

disediakan tidak strategik.

Jadual 6.2: Min dan Sisihan Piawai Berkenaan Keberkesanan Sistem Kitar Semula
Satu Aliran

Kenyataan Min (Sisihan Piawai)


Saya pernah menggunakan bekas/tong kitar 3.33 (0.75)
semula satu aliran yang disediakan
Lokasi bekas/tong kitar semula satu aliran 2.99 (0.88)
strategik
Sistem kitar semula satu aliran menjimatkan 3.38 (0.67)
masa
Sistem kitar semula satu aliran selesa dan 3.37 (0.53)
mudah dilaksanakan
Sistem kitar semula satu aliran dapat 3.20 (0.77)
meningkatan amalan kitar semula
Sistem kitar semula satu aliran lebih cekap 3.42 (0.72)
daripada sistem kitar semula pelbagai aliran
(Skala Likert-4 Mata, 4= Sangat setuju, 3= Setuju, 2= Tidak Setuju, 1= Sangat Tidak
Setuju)

136
6.3.1 Tahap Keberkesanan Sistem Kitar Semula Satu Aliran

Rajah 6.2: Skala Tahap Keberkesanan Sistem Kitar Semula Satu Aliran

Skala keberkesanan sistem kitar semula satu aliran adalah pada tahap berkesan

dengan purata 3.28 dengan sisihan piawai 0.58. Skala empat mata digunakan yang

menunjukkan tahap keberkesanan sistem kitar semula satu aliran (1=sangat tidak

berkesan, 2=tidak berkesan, 3=berkesan, dan 4=sangat berkesan).

6.4 Kutipan Barangan Kitar Semula

Kutipan data berkaitan berat barangan kitar semula dilakukan bermula pada 10

disember 2012 sehingga 4 januari 2013 iaitu selama empat minggu di Bangunan

G31. Peletakan bekas dan tong kitar semula satu aliran telah dikenal pasti. Sebanyak

23 buah bekas kitar semula satu aliran telah diletakkan di aras G, 1, 2, 5, 6, dan 7 dan

2 tong kitar semula satu aliran diletakkan di aras G dan 5 (Jadual 6.3). Isipadu tong

kitar semula satu aliran yang digunakan adalah 120 liter, manakala isipadu bekas

kitar semula satu aliran adalah 20 liter. Kutipan data berat barangan kitar semula

dilakukan pada hari berkerja iaitu hari isnin hingga jumaat.

137
Barangan kitar semula yang dikutip dari Bangunan G31 terbahagi kepada lima

kategori utama iaitu kertas putih, kertas campuran (merujuk kepada kertas berwarna,

majalah, surat khabar), kotak dan kadbod, barangan plastik (merujuk kepada plastik

jenis Polyethylene, PET dan High Density Polyethylene, HDPE) dan tin aluminium.

Berdasarkan Jadual 6.4, kutipan berat barangan kitar semula di Pusat Pengajian Sains

Matematik iaitu di aras G, aras 1, dan aras 2 adalah lebih tinggi dengan 31.40 kg

berbanding kutipan berat barangan kitar semula di Pusat Pengajian Sains Komputer

iaitu di aras 5, aras 6, dan aras 7 dengan 17.51 kg. Kutipan berat barangan kitar

semula di Pusat Pengajian Sains Komputer menurun pada minggu ke-3 kerana

terdapat cuti perayaan krismas pada 25 Disember 2012 dan jumlah berat kutipan

barangan kitar semula kembali meningkat pada minggu ke-4. Namun, keadaan ini

tidak berlaku di Pusat Pengajian Sains Matematik kerana berat kutipan barangan

kitar semula terus meningkat hingga minggu ke-4 walaupun terdapat cuti perayaan

krismas pada 25 Disember 2012 dan cuti tahun baru pada 1 Januari 2013.

Jadual 6.3: Lokasi Peletakan Bekas dan Tong Kitar Semula Satu Aliran di Bangunan
G31.

Tingkat Bilangan Bekas Bilangan Tong


7 4 0
6 3 0
5 3 1
2 5 0
1 4 0
G 4 1
Jumlah 23 2

138
Jadual 6.4: Kutipan Barangan Kitar Semula dari Bangunan G31 dari 10 Disember
2012 hingga 4 Januari 2013

Pusat Pengajian Sains Komputer


Berat (kg)
Minggu Kertas Kertas Kotak Barangan Tin Jumlah
Putih Campuran /kadbod Plastik Aluminium
1 1.26 0.74 0.26 0.86 0 3.12
2 2.27 1.85 0.17 0.19 0.04 4.52
3 1.16 0.69 0.86 0.41 0.04 3.16
4 2.09 1.93 2.13 0 0.56 6.71
Jumlah 6.78 5.21 3.42 1.46 0.64 17.51
Pusat Pengajian Sains Matematik
Berat (kg)
Minggu Kertas Kertas Kotak Barangan Tin Jumlah
Putih Campuran /kadbod Plastik Aluminium
1 3.17 2.32 0.86 0.59 0.3 7.24
2 3.11 2.58 0.44 0.19 0.24 6.56
3 3.27 1.43 2.49 0.84 0.34 8.37
4 2.91 2.97 1.35 1.41 0.59 9.23
Jumlah 12.46 9.3 5.14 3.03 1.47 31.4

Jumlah 19.24 14.51 8.56 4.49 2.11 48.91


keseluruhan

139
Peratusan Barangan Kitar Semula
Mengikut Jenis
tin aluminium
barangan plastik 4%
9%

kertas putih
kotak/kadbod 39%
18%

kertas campuran
30%

Rajah 6.3: Peratusan Kutipan Barangan Kitar Semula Dari Bangunan G31 Mengikut
Jenis dari 10 Disember 2012 hingga 4 Januari 2013

Berdasarkan Rajah 6.3, kertas putih menunjukkan peratusan yang paling tinggi

dikutip dengan 39% di Bangunan G31 diikuti dengan kertas campuran (30%),

kotak/kadbod (18%), barangan plastik (9%) dan tin aluminium (4%). Seperti yang

telah dibincangkan di dalam bab sebelum ini, fungsi Bangunan G31 sebagai pejabat

pengurusan dan akademik menyebabkan sisa kertas banyak dilupuskan berbanding

sisa pepejal yang lain (Mason et al., 2004).

140
6.4.1 Pola Kutipan Barangan Kitar Semula di Bangunan G31

Purata berat kertas putih yang dikutip adalah lebih tinggi dengan min=1.07 kg

berbanding purata berat barangan kitar semula yang lain iaitu kertas campuran

(min=0.80 kg), kotak/kadbod (min=0.48 kg), barangan plastik (min=0.24 kg), dan tin

aluminium (min=0.12 kg). Taburan berat untuk setiap barangan kitar semula

mengikut hari tidak konsisten seperti yang dapat diperhatikan dalam Rajah 6.4. Hal

ini disebabkan sisihan piawai untuk berat harian adalah sangar besar. Merujuk Rajah

6.4, kutipan barangan kitar semula meningkat untuk kertas putih dan kertas

campuran dari minggu pertama hingga minggu ke 2. Manakala kutipan barangan

kitar semula yang lain iaitu kotak dan kadbod, plastik, dan tin aluminum mengalami

kemerosotan dari minggu pertama hingga minggu ke-2. Namun, pada minggu ke-3,

kutipan kertas putih dan kertas campuran semakin merosot manakala barangan kitar

semula yang lain seperti kotak dan kadbod, plastik, dan tin aluminum mengalami

sedikit peningkatan sehingga minggu ke-4 kecuali kotak yang mengalami

kemerosotan pada minggu ke-4.

141
Berat Barangan Kitar Semula di Bangunan
G31
6
5
4
Berat (kg)

kertas putih (kg)


3 kertas campuran (kg)
2 kotak/kadbod (kg)

1 barangan plastik (kg)


tin aluminium (kg)
0
0 1 2 3 4 5
Minggu

Rajah 6.4: Pola Berat Barangan Kitar Semula di Bangunan G31 dari 10 Disember
2012 hingga 4 Januari 2013

Pola kutipan barangan kitar semula dikedua-dua pusat pengajian adalah

berbeza (Rajah 6.5; Rajah 6.6). Merujuk Rajah 6.5, kutipan kertas putih dan kertas

campuran di Pusat Pengajian Sains Komputer meningkat, manakala kutipan kotak

dan kadbod, plastik, dan tin aluminium merosot. Pola ini juga berlaku di Pusat

Pengajian Sains Matematik (Rajah 6.6). Keadaan ini sama seperti pola kutipan

keseluruhan barangan kitar semula seperti yang dibincangkan di atas. Dapat

diperhatikan peningkatan kutipan kertas putih berlaku dengan ketara di Pusat

Pegajian Sains Komputer dari minggu pertama hingga minggu ke-2 berbanding

kutipan kertas putih yang dijalankan di Pusat Pengajian Sains Matematik (Rajah 6.5;

Rajah 6.6).

142
Pusat Pengajian Sains Komputer
2.5
Berat (kg) 2

1.5 kertas putih (kg)


kertas campuran (kg)
1 kotak/kadbod (kg)
0.5 barangan plastik (kg)
tin aluminium (kg)
0
0 1 2 3 4 5
Minggu

Rajah 6.5: Pola Kutipan Barangan Kitar Semula di Pusat Pengajian Sains Komputer
dari 10 Disember 2012 hingga 4 Januari 2013)

Pusat Pengajian Sains Matematik


3.5
3
2.5
Berat (kg)

kertas putih (kg)


2
kertas campuran (kg)
1.5
kotak/kadbod (kg)
1 barangan plastik (kg)
0.5 tin aluminium (kg)
0
0 1 2 3 4 5
Minggu

Rajah 6.6: Pola Kutipan Barangan Kitar Semula di Pusat Pengajian Sains Matematik
dari 10 Disember 2012 hingga 4 Januari 2013

143
Selain itu, pola kutipan barangan plastik di Pusat Pengajian Sains komputer

mengalami keadaan penurunan pada minggu ke-2 diikuti peningkatan pada minggu

ke-3, namun kembali merosot pada minggu ke-4 (Rajah 6.5). Manakala kutipan

barangan plastik di Pusat Pengajian Sains Matematik mengalami pola yang berbeza

iaitu penurunan pada minggu ke-2 dan terus meningkat sehingga ke minggu ke-4.

Kutipan kotak dan kadbod di Pusat Pengajian Sains Komputer mengalami penurunan

yang kecil pada minggu ke-2, tetapi kutipan kotak/kadbod terus meningkat sehingga

minggu ke-4 (Rajah 6.5). Keadaan yang berbeza berlaku di Pusat Pengajian Sains

Matematik kerana pola kutipan kotak/kadbod mengalami penurunan pada minggu

ke-2. Kemudian mengalami peningkatan yang ketara pada minggu ke-3 sebelum

mengalami penurunan pada minggu ke-4 (Rajah 6.6). Pola kutipan tin aluminium

tidak mengalami banyak perbezaan di kedua-dua pusat pengajian.

6.5 Cabaran Pelaksanaan Sistem Kitar Semula Satu Aliran

Semasa Kajian dijalankan, berberapa cabaran dan halagan telah dikenal pasti

melalui kaedah pemerhatian ikut serta. Terdapat berberapa cabaran pelaksanaan

sistem kitar semula telah dikenal pasti iaitu berkaitan harga pasaran barangan kitar

semula tidak menentu, pencemaran barangan kitar semula, dan kurang pengetahuan

terhadap barangan yang tidak boleh dikitar semula.

144
6.5.1 Harga Pasaran Barangan Kitar Semula Tidak Menentu

Harga barangan kitar semula sentiasa berubah di pasaran. Hal ini dipengaruhi

oleh permintaan bahan kitar semula yang dikawal berberapa faktor seperti jenis

bahan mentah, tarif, dan persetujuan perdagangan antara negara. Oleh itu,

pengawalan harga barangan kitar semula dapat membantu dalam menjamin kejayaan

jangka panjang untuk program kitar semula (Pichtel, 2005). Pengawalan harga

barangan kitar semula boleh dilakukan dengan menubuhkan industri pemprosesan

barangan kitar semula tempatan atau setempat. Oleh itu, harga pasaran barangan kitar

semula tidak akan dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran. Namun, harga barangan

kitar semula yang dijual di Malaysia masih rendah. Hal ini disebabkan wujudnya

rangkaian pengumpulan barangan kitar semula yang mengambil keuntungan sebelum

dijual kepada kilang yang memproses (Rajah 6.7). Menurut Idris et al., (2004),

aktiviti kitar semula di Malaysia berorientasikan keuntungan. Oleh itu, kitar semula

dilihat sebagai peluang untuk memperoleh keuntungan. kesannya, barangan kitar

semula yang mempunyai harga pasaran yang rendah tidak dikitar semula.

145
Rajah 6.7: Sistem Rangkaian Pengumpulan Barangan Kitar Semula
(Sumber: Idris et al., 2004)

6.5.2 Pencemaran Barangan Kitar Semula

Isu pencemaran barangan kitar semula dengan kekotoran seperti sisa makanan

akan menyebabkan harga barangan kitar semula tersebut menurun (Kehmeyer et al.,

2011). Pemprosesan kitar semula memerlukan bahan kitar semula yang homogenus

iaitu bebas daripada kekotoran yang dikenali sebagai bahan asing. Bahan asing ini

akan menyebabkan impak yang negatif kepada kualiti produk daripada bahan kitar

semula. Sistem kitar semula satu aliran menggunakan konsep pengumpulan semua

146
jenis barangan kitar semula. Oleh itu, pencemaran barangan kitar semula boleh

dielakkan dengan memastikan tiada bahan yang tidak boleh dikitar semula

dimasukkan ke dalam bekas dan tong yang disediakan.

Menurut Kahmeyer et al. (2011), kajian dan pelaksanaan program kitar semula

pada masa kini terlalu berfokus untuk melencongkan sisa pepejal dari sistem sisa

tanpa mengambil kira kualiti bahan kitar semula yang dikumpulkan. Oleh itu,

kebanyakan masyarakat cenderung berpendapat dengan memasukan tin aluminium

yang kotor ke dalam bekas kitar semula merupakan satu tindakan yang baik kerana

mengamalkan kitar semula. Namun, pada hakikatnya pencemaran bahan kitar semula

akan menyebabkan bahan tersebut akhirnya dihantar ke tapak pelupusan sampah

(Wang, 2006).

6.5.3 Kurang Pengetahuan Terhadap Barangan yang Tidak Boleh di Kitar

Semula

Komuniti di Bangunan G31 masih tidak mengetahui barangan yang tidak

diterima oleh vendor kitar semula terutamanya barangan yang diperbuat daripada

plastik. Menurut Testin dan Vergano (1992), plastik telah diklasifikasikan kepada

tujuh kategori mengikut kod [1=PETE, 2-HDPE, 3=Vinyl (V), 5=Polypropylene

(PP), 6=Polystrene (PS), 7=lain-lain]. Kod 1 (Polyethylene Terephthalate) dan 2

(High Density Polyethylene) merupakan kategori plastik yang paling banyak dikitar

semula oleh masyarakat dunia (Testin dan Vergano, 1992). Plastik daripada kategori

147
lain (3 hingga 7) memerlukan teknik yang berbeza untuk diproses semula (Pichtel,

2005). Semasa kajian lapangan dilakukan, terdapat beberapa beg plastik yang

dimasukkan ke dalam tong kitar semula satu aliran. Keadaan ini menunjukkan

terdapat individu di Bangunan G31 masih tidak boleh membezakan barangan yang

sepatutnya dimasukkan ke dalam bekas atau tong kitar semula satu aliran yang

disediakan. Oleh itu, kempen kesedaran dan penyebaran pengetahuan berkaitan

barangan yang boleh dikitar semula perlu dilakukan di kawasan kajian. Menurut

Hornet et al., (1995) pengetahuan boleh meningkatkan dan menggalakan masyarakat

kitar semula dengan cara yang betul.

6.6 Perbincangan Penemuan Kajian

Penemuan kajian menunjukkan jumlah berat barangan kitar semula yang

dikutip setiap minggu meningkat dari minggu yang pertama hingga minggu ke-4.

Peningkatan kutipan barangan kitar semula ini dapat membuktikan keberkesanan

sistem kitar semula satu aliran yang dilaksanakan di Bangunan G31. Walaupun

bilangan orang yang terlibat tidak dapat diketahui dengan jelas tetapi peningktan

kutipan barangan kitar semula setiap minggu dapat dijadikan parameter

keberkesanan sistem kitar semula yang disediakan. Menurut Thomas (2001),

bilangan orang yang terlibat dalam program kitar semula tidak penting tetapi tahap

keberkesanan orang yang terlibat dalam program yang dijalankan merupakan

parameter yang sangat penting.

148
Kertas yang terdiri daripada kertas putih dan kertas campuran merupakan

barangan kitar semula yang paling banyak dikutip di Bangunan G31. Aktiviti harian

di Bangunan G31 merupakan faktor utama mempengaruhi pola kutipan barangan

kitar semula. Tin aluminium merupakan barangan kitar semula yang paling sedikit

dikutip di kawasan kajian. Inisiatif kitar semula yang diambil oleh pekerja kontrak

pembersihan terhadap barangan kitar semula tertentu juga mempengaruhi pola

kutipan barangan kitar semula dalam kajian ini. Harga tin aluminium lebih tinggi

dalam pasaran menyebabkan pekerja kontrak pembersihan hanya mengumpul tin

aluminium untuk dijual kepada vendor kitar semula. Harga barangan kitar semula

yang tidak menentu menyebabkan berlaku lambakan barangan kitar semula berlaku.

Oleh itu, sistem kitar semula satu aliran dapat menangani masalah lambakan

barangan kitar semula yang berlaku ketika harga barangan kitar semula jatuh

mendadak (Wang, 2006).

Menurut Vicente dan Reis (2007), peletakan tong kitar semula mempengaruhi

penglibatan masyarakat dalm program kitar semula yang dijalankan. Hasil dapatan

kajian menunjukkan penglibatan komuniti berada ditahap sederhana. Oleh itu,

terdapat segelintir responden menyatakan lokasi stesen kitar semula satu aliran tidak

strategik. Namun, tahap kesedaran komuniti terhadap penjagaan alam sekitar yang

tinggi sepatutnya tidak mempengaruhi penglibatan mereka walaupun peletakan

stesen kitar semula tidak strategik. Menurut Gonzales-Torre dan Adenso-Diaz

(2005), penglibatan komuniti yang mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap

penjagaan alam sekitar dalam program kitar semula adalah baik walaupun stesen

kitar semula berada jauh daripada mereka. Stesen kitar semula satu aliran di

Bangunan G31 diletakkan di dalam bangunan. Oleh itu, jarak antara bekas dan tong

149
kitar semula satu aliran dengan komuniti dalam bangunan tidak melebihi 20 meter.

Menurut Bulter dan Hooper (2000), jarak stesen kitar semula dengan masyarakat

perlu dihadkan 1 kilometer kerana jarak ini boleh dicapai dengan berjalan kaki. Oleh

itu, kenyataan berkaitan peletakan bekas dan tong kitar semula satu aliran tidak

strategik merupakan satu alasan oleh segelintir responden. Tetapi secara

keseluruhannya, responden di Bangunan G31 bersetuju menyatakan sistem kitar

semula satu aliran mudah dan selesa untuk dilaksanakan.

6.7 Rumusan

Perbincangan penemuan kajian dalam bab ini menunjukkan pelaksanaan sistem

kitar semula satu aliran berkesan kepada komuniti di Bangunan G31 untuk

mengamalkan kitar semula dalam kehidupan harian. Keadaan ini dibuktikan dengan

berat kutipan barangan kitar semula semkain meningkat setiap minggu dan menerusi

soal selidik. Keberkesanan sistem kitar semula ini menunjukkan penerimaan

komuniti di kawasan kajian terhadap sistem kitar semula yang dilaksanakan adalah

baik. Oleh itu, sistem kitar semula satu aliran merupakan sistem kitar semula yang

efektif untuk menggalakkan masyarakat mengamalkan kitar semula.

150
BAB VII

KESIMPULAN DAN CADANGAN

7.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan penemuan kajian yang merangkumi potensi kitar

semula di kawasan kajian, penglibatan komuniti terhadap sistem kitar semula satu

aliran, dan keberkesanan sistem kitar semula satu aliran. Penemuan kajian

menunjukkan pencapaian ketiga-tiga objektif kajian yang telah dibentuk. Selain itu,

bab ini juga akan membincangkan kajian lanjutan, sumbangan kajian, cabaran kajian

dan seterusnya membuat kesimpulan secara keseluruhan terhadap pencapaian

matlamat kajian.

7.2 Penemuan Kajian

Untuk memudahkan kesimpulan, adalah sesuai jika objektif kajian yang

dijelaskan pada peringkat awal kajian dihujah semula. Objek kajian adalah i)

Mengenal pasti komposisi sisa pepejal yang dilupuskan di kawasan kajian, ii)

Meneliti tahap penglibatan komuniti di kawasan kajian terhadap sistem kitar semula

satu aliran, iii) Menilai proses dan mengenal pasti cabaran pelaksanaan sistem kitar

semula satu aliran di kawasan kajian. Berdasarkan objektif kajian, tiga penemuan

kajian telah diperolehi iaitu potensi kitar semula di kawasan kajian, penglibatan

151
komuniti di bangunan G31 terhadap sistem kitar semula satu aliran, dan

keberkesanan sistem kitar semula satu aliran kepada komuniti di Bangunan G31.

7.2.1 Potensi Kitar Semula di Bangunan G31

Sisa pepejal yang dilupuskan di Bangunan G31 terdiri daripada bahan yang

boleh dikitar semula, berpotensi untuk dikitar semula dan tidak boleh dikitar semula.

Penemuan kajian menunjukkan kebanyakan sisa pepejal yang dilupuskan di

Bangunan G31 boleh dikitar semula dan berpotensi untuk dikitar semula. Bahan

yang boleh dikitar semula merujuk kepada bahan yang diterima oleh vendor kitar

semula berdasarkan harga pasaran semasa. Manakala bahan yang berpotensi untuk

dikitar semula terdiri daripada sisa organik yang memerlukan kaedah kitar semula

yang berbeza iaitu pengkomposan dan tidak diterima oleh vendor kitar semula.

Peratusan barangan kitar semula seperti kertas dan plastik dijangka lebih tinggi

jika tiada pencemaran berlaku. Sistem pelupusan sisa pepejal yang bercampur

menyebabkan barangan kitar semula seperti kertas akan mudah tercemar dan sukar

untuk ditimbang. Selain itu, inisiatif kitar semula yang dijalankan oleh pekerja

kontrak pembersihan dan sebilangan komuniti di dalam Bangunan G31. Namun tiada

pelaksanaan kitar semula yang khusus dan secara formal dijalankan di bangunan ini

kerana amalan kitar semula dalam kalangan komuniti di Bangunan G31 ini dilakukan

dengan insiatif individu. Oleh itu, masih banyak barangan kitar semula yang

dilupuskan dari bagunan ini. Sebuah sistem kitar semula yang berkesan mampu

152
meningkatkan amalan kitar semula dalam kalangan komuniti sebagai inisiatif

mengurangkan pelupusan sisa pepejal.

7.2.2 Penglibatan Komunti di Bangunan G31 Terhadap Sistem Kitar Semula

Satu Aliran

Penglibatan komuniti di Bangunan G31 dilihat berdasarkan kekerapan individu

menggunakan bekas dan tong kitar semula satu aliran mengikut jenis barangan kitar

semula iaitu kertas, barangan plastik, kotak dan kadbod, dan tin aluminium. Hasil

dapatan kajian menunjukkan komuniti di kawasan kajian lebih cenderung

memasukkan kertas ke dalam bekas dan tong kitar semula satu aliran yang

disediakan berbanding barangan kitar semula yang lain. Tahap penglibatan komuniti

di Bangunan G31 berada dalam skala sederhana walaupun tahap kesedaran mereka

terhadap penjagaan alam sekitar dan kesedaran terhadap kepentingan amalan kitar

semula adalah tinggi. Mereka menggunakan sistem kitar semula satu aliran yang

disediakan untuk barangan kitar semula yang tertentu dan tidak membawa barangan

kitar semula dari rumah atau desasiswa. Walaupun publisiti sistem kitar semula

hanya dilakukan dengan penampal poster, tahap kefahaman komuniti terhadap sistem

kitar semula ini amat memberangsangkan. Oleh itu, kempen berkaitan sistem kitar

semula satu aliran dijangka dapat meningkat lagi tahap penglibatan komuniti

terhadap sistem kitar semula satu aliran kepada yang lebih tinggi.

153
7.2.3 Keberkesanan Sistem Kitar Semula Satu Aliran Kepada Komuniti di

Bangunan G31

Sistem kitar semula satu aliran dilihat berkesan kepada komuniti di Bangunan

G31 untuk mengamalkan kitar semula dalam kehidupan harian. Keadaan ini

dibuktikan dengan berat kutipan barangan kitar semula semakin meningkat setiap

minggu. Selain itu, soal selidik kepada responden turut menunjukkan sistem kitar

semula satu aliran dapat meningkatkan amalan kitar semula mereka. Oleh itu,

kebanyakan responden bersetuju untuk menggunakan sistem kitar semula satu aliran

dengan sebaik mungkin. Selain itu, majoriti daripada responden bersedia

mengasingkan barangan kitar semula semasa pembuangan sampah di kawasan

kajian. Keberkesanan sistem kitar semula ini menunjukkan tahap penerimaan

komuniti di kawasan kajian terhadap sistem kitar semula yang dilaksanakan adalah

baik. Oleh itu, sistem kitar semula satu aliran merupakan sistem kitar semula yang

efektif untuk menggalakkan masyarakat mengamalkan kitar semula dan secara tidak

langsung mampu mengurangkan kadar pelupusan sisa pepejal.

7.2.4 Rumusan Penemuan Kajian

Penemuan kajian menunjukkan Bangunan G31 mempunyai potensi untuk

pelaksanaan program kitar semula berdasarkan komposisi sisa pepejal yang

dilupuskan. Kebanyakan sisa pepejal yang dilupuskan di kawasan kajian terdiri

daripada bahan yang boleh dikitar semula dan berpotensi untuk dikitar semula. Oleh

154
itu, sistem kitar semula satu aliran telah dilaksanakan di Bangunan G31. Penemuan

kajian menunjukkan penglibatan komununiti di Banguan G31 terhadap sistem kitar

semula yang dilaksanakan adalah sederhana namun berdasarkan kutipan berat

barangan kitar semula menunjukkan sistem kitar semula sangat berkesan. Keadaan

ini menunjukkan terdapat individu yang terlibat secara aktif dan pasif terhadap

program kitar semula yang dilaksanakan.

7.3 Cadangan Kajian Lanjutan

Kajian ini dilakukan dalam skala yang kecil iaitu hanya melibatkan Bangunan

G31, Universiti Sains Malaysia. Oleh itu, kajian lanjutan dalam skala yang lebih

besar mampu memberi impak dalam usaha mengurangkan kuantiti sisa pepejal yang

dilupuskan di tapak pelupusan sampah. Kajian sistem kitar semula satu aliran perlu

dijalankan dalam ruang lingkup yang lebih besar seperti diperingkat keseluruhan

universiti, peringkat pihak berkuasa tempatan dan pada peringkat kebangsaan. Hal

ini kerana, sistem kitar semula satu aliran berpotensi untuk meningkatan penglibatan

masyarakat dalam program kitar semula yang dijalankan.

Selain itu, penemuan kajian hanya menggunakan kutipan berat barangan kitar

semula sebagai indikator keberkesanan sistem kitar semula satu aliran. Kajian

lanjutan yang berkaitan jumlah penjimatan tenaga diperolehi dan jumlah

pegurangkan jejak karbon sebagai indikator keberkesanan sistem kitar semula satu

155
aliran. Kajian seperti ini boleh dilakukan untuk menerokai keberkesanan sistem kitar

semula satu aliran dalam konteks yang lebih saintifik.

Sehubungan itu, kajian ini hanya melibatkan penyelidik sebagai pengurus

barangan kitar semula yang dikumpul di kawasan kajian. Pelaksanaan program kitar

semula yang melibatkan kontraktor dan vendor pengumpulan barangan kitar semula

mampu meningkatkan kecekapan sistem kitar semula yang digunakan. Hal ini

kerana, kontraktor dan vendor pengumpulan barangan kitar semula berfungsi sebagai

penyelenggara setiap stesen kitar semula dan mengurus barangan kitar semula yang

dikumpul. Oleh itu, kajian berkaitan penglibatan kontraktor dan vendor pengumpulan

barangan kitar semula boleh dilakukan untuk menilai kecekapan sistem kitar semula

satu aliran.

7.4 Sumbangan Kajian

Berdasarkan penemuan kajian, kajian ini dapat memberi sumbangan penting

terutamanya dalam bidang akademik dan pihak pentadbir. Dalam bidang akademik,

kajian berkenaan sistem dan teknologi kitar semula kurang dijalankan di Malaysia.

Kebanyakan kajian berkaitan kitar semula yang pernah dijalankan di negara ini

menjurus kepada kajian sistem kitar semula pelbagai aliran serta faktor-faktor yang

mempengaruhi sikap dan tingkah laku masyarakat terhadap amalan kitar semula.

Kajian ini meneroka pendekatan dan kaedah kitar semula yang baru yang dikenali

sebagai sistem kitar semula satu aliran sebagai inisiatif meningkatkan penglibatan

masyarakat dalam amalan kitar semula. Oleh itu, kajian ini berperanan membentuk

penambah baik sistem kitar semula sedia ada. Kajian ini mampu membentuk

156
pemahaman dan peningkatan keupayaan ilmu berkaitan kajian geografi yang bukan

sahaja terbatas kepada kajian fizikal, tetapi komponen sosial dan ekonomi juga

diberikan perhatian sewajarnya. Dalam kajian ini, kitar semula dilihat mampu

meningkatkan kesejahteraan alam sekitar dan kualiti hidup masyarakat setempat.

Selain itu, kajian ini juga memberi sumbangan kepada pihak pentadbir bandar

serta universiti dan organisasi kerajaan dan bukan kerajaan untuk membuat

keputusan dan menjalankan program kitar semula yang lebih berkesan pada masa

akan datang dalam skala yang lebih besar ataupun kecil. Kebanyakan pihak berkuasa

tempatan dan universiti pada masa kini menggunakan sistem kitar semula pelbagai

aliran yang memberi pelbagai masalah dan kurang berkesan. Oleh itu, pihak berkuasa

tempatan dan universiti perlu merancang strategi untuk melaksanakan sistem kitar

semula yang lebih komprehensif.

7.5 Rumusan

Institusi pengajian tinggi merupakan antara penyumbang utama kepada

peningkatan kuantiti sisa pepejal. Oleh itu, inisiatif kitar semula merupakan satu

pendekatan yang sesuai untuk mengurangkan sisa pepejal yang dilupuskan di

institusi pengajian tinggi. Namun program kitar semula yang dilaksanakan di

Institusi Pengajian Tinggi Malaysia tidak menunjukkan kesan dan hasil yang

diharapkan. Hal ini kerana dipengaruhi oleh kaedah dan sistem kitar semula yang

digunakan. Kebanyakan pengkaji bersetuju penggunaan sistem atau pendekatan kitar

157
semula yang boleh memberikan kemudahan dan keselesaan kepada masyarakat

merupakan salah satu faktor penting yang mempengaruhi kejayaan program kitar

semula.

Menerusi kajian ini, penilaian sistem kitar semula satu aliran dilakukan

terhadap komuniti di Bangunan G31 yang terdiri daripada ahli akademik, pelajar dan

staf bukan akademik. Penemuan kajian menunjukkan sistem kitar semula satu aliran

memberi impak positif dalam meningkatkan amalan kitar semula dalam kalangan

komuniti di Bangunan G31. Namun, terdapat sebilangan daripada komuniti tidak

terlibat secara aktif dalam program kitar semula yang dilaksanakan. Oleh itu, kempen

dan publisiti program kitar semula semula perlu dilakukan dengan lebih terancang.

158
BIBLIOGRAFI
BIBLIOGRAFI

Abdelnaser, O. A. (2008) Attitude of Malaysian on Recycling of Municipal Solid Waste:


Case Study in the Major Town of the East Coast and North Malaysia. Tesis PHD,
Universiti Sains Malaysia.

Abdelnaser, O. A., Mahmood, A., Aziz, H. A., Robinson, G. M. (2009) Investigating


Households Attitude Toward Recycling of Solid Waste in Malaysia: a Case Study.
International Journal of Environmental Research, 3(2): 275-288.

Agamuthu, P. (2011) Waste Stream: Municipal Waste Management. di dalam: Letcher, T.


M., Vallero D. A. (editor) Waste: a Handbook for Management. Amsterdam:
Elsevier.

Agamuthu, P., Fauziah, S. H., Khidzir, K. (2009). Evolution of solid waste management in
Malaysia: Impacts and Implications of the Solid Waste Bill 2007. Journal of Matter
Cycles Waste Management, 11: 96-103.

Ahmad, A. (2009). Gender Different and Trend in Participation of Malaysia in Education:


Implication on Employment Outcomes. The Journal of International Management
Studies. 4(2): 65-74.

Alexander, J. H. (1993) Defense of Garbage. Westport: Praeger.

American Public Works Association, APWA (1941) Refuse Collection Practice. Chicago:
APWA.

Arena, U., Mastellone, M. L., Perugini, F. (2003) Life Cycle Assessment of a Plastic
Packaging Recycling System. The International Journal of Life Cycle Assessment,
8(2): 92-98.

Armijo, C., Ojeda-Benitez, S., Ramirez-Barreto, E. (2008) Solid Waste Characterization


and Recycling Potential for University Campus. Waste Management, 28: 21-26

Ary, D., Jacobs, L. C dan Razavieh, A. (1985). Introduction to Research in Education.


Edisi ke-3. New York: Holt, Rinehart & Winston.

Azizi, Y. (2006) Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan: Teori, Analisis dan


Interpretasi Data. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Bailey, K. D. (1984). Kaedah Penyelidikan Sosial. Terjemahan Hashim Awang. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Barth, M., Timm, J. M. (2011) Higher Education for Sustainable Development: Student
Perspective on Innovative Approach to Educational Change. Journal of Social
Science, 7(1): 13-23.

Baud, I., Grafakos, S., Hordijk, M., Post, J. (2001) Quality of Life and Alliances in Solid
Waste Management: Contributions to Urban Sustainable Development. Cities,
18(1): 3-12.

Bentol, V., Crowe, D. V., Mathews, R., Scott, S. (1994) A Survey of Public Attitude to
Recycling in Glasgow (U.K). Journal of Waste Management, 12: 351-367.

Berenyi, E. B. (2001) State of Material Recovery Facilities. Resource Recycling, 1: 16-21.

Bilitewski, B. B., Hardtle, G., Marek, K. (1997) Waste Management. Berlin: Springer.

Blumberg, L., Gottlieb, J. (1989) War on Waste. Washington: Island Press.

Bratt, C. (1999) The Impact of Norms and assumed Consequences on Recycling Behavior.
Journal of Environment and Behavior, 31: 630-656.

Braungart, M., McDonough, W., Bollinger, A. (2007) Cradle-to-cradle Design: Creating


Healty Emmission a Strategy for Eco-Effective Product and System Design.
Journal of Cleaner Production, 15: 1337-1348.

Butler, J., Hooper, P. (2000) Factors Determining the Post-consumer Waste Recycling.
Journal of Environmental Planning and Management, 43(3): 407-432.

Canedo. F. M. (1980) Change Agents Perceived Credibility and Their Influence in the
InnovationDecision Process of a Development Program. Tesis Phd, University of
Philippines.

Centre for Global Sustainability Studies, CGSS (2009) USM-APEX Sustainability Fact
Sheet. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Chong, T. L., Matsufuji, Y., Nasir, H. (2005) Implementation of Semi-Aerobic Landfill


System (Fukuoka Method) in Developing Countries: a Malaysia Cost Analysis.
Journal of Waste Management, 25: 702-711.

Clarke, A. E. (2005) Situational Analysis: Grounded Theory after the Postmodern Turn.
United State: Sage Publication.

Clugston, R. M., Calder, W. (1999) Critical Dimension of Sustainability in higher


Education. di dalam: Filho, W. L. (editor) Sustainability and University Life.
Pieterlen, Switzerland: Peter Lang.

Cointreau, S. (2006) Occupational and Environmental Health Issues of Solid Waste


Management: Special Emphasis on Middle and Lower Income Countries. Laporan
untuk Unit Pengurusan Sisa, World Health Organization (WHO), Eropah.
Cole L. (2003) Assessing Sustainability on Canadian University Campus: Development of
a Campus Sustainability Assessment Framework. Victoria, Canada: Royal Road
University.

Dalian Environment and Sanitation Department, DESMB (1990) Liaoning Environment


Project: Dalian Solid Waste Management Facility. Shenyan, China: Liaoning
Urban Construction and Renewal Project Office.

Davis, G. A., Wilt, C. A., Barkenbus, J. N. (1997) Extended Product Responsibility: a Tool
for a Sustainable Economy. Environment, 39(7): 10-15 dan 36-37.

Ebreo, A., Hershey, J., Vining, J. (1999) Reducing Solid Waste. Journal of Environment
and Behavior, 31: 107-135.

Ewert, A., Baker, D. (2001) Standing for Where you Sit: an Exploratory Analysis of the
Relationship between Academic Major and Environmental Beliefs. Journal of
Environment and Behavior, 33(5): 687-707.

Eyles, J. (1992) Interpreting the Geographical World: Qualitative Approach in


Geographical Research. di dalam Eyles, J., Smith, D. M. (editor) Qualitative
Methods in Human Geography. Oxford: Blackwell Publisher.

Ferguson, L. (2001) Can Deinked Pulp Dare to Compare with Virgin Pulp? 6th Research
Forum on Recycling. Magog, Quebec.

Franklin Associates (1999) Characterization of Municipal Solid Waste in the United State.
Washington: Environmental Protection Agency, EPA.

Gamba, R. J., Oskamp, S. (1994) Factors Influences Community Residents Participation


in Commingled Curbside Recycling Program. Journal of Environment and
Behavior, 26: 587-612.

Garces, C., Lafuente, A., Pedraja, M., Rivera, P. (2002) Urban Waste Recycling Behavior:
Antecedents of Participant in a Selection Collection Program. Journal of
Environmental Management, 30(3): 378-390.

Gerlet, A. (1999) the Long View. Waste News. 03 Mei 1999. muka surat 22-25.

Geurin, D., Crete, J., Mercier, J. (2001) A multilevel Analysis of the Determinants of
Recycling Behavior in the European Countries. Journal of Social Sciences
Research, 30: 195-218.

Gonzalez-Torre, B., Adenso-Diaz, P. L. (2005) Influence of Distance on The Motivation


and Frequency of Household Recycling. Journal of Waste Management, 25: 15-23.

Grodzinska - Jurczak, M. S. (2001) Management of Industrial and Municipal Solid Waste


in Poland. Resources Conservation and Recycling, 32(2): 85-103.
Habib, M. A., Ismaila, A. B. (2008) an Integrated Approach to Achieving Campus
Sustainability. Journal of Cleaner Environment, 16: 1777-1785.

Hamidi, A. A. (2009), Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu. Pulau Pinang: Penerbit


Universiti Sains Malaysia.

Hanks, T. G. (1967) Solid Waste and Disease Relationships. New York: McGraw-Hill, Inc.

Hansen, W., Christopher, M., Verbuecheln, M. (2002) EU Waste Policy and Challenges
for Regional and Local Authorities. Berlin: Institute for International and European
Environmental Policy.

Hering, R., Greeley, S. A. (1921) Collection and Disposal of Municipal Refuse. New York:
McGraw-Hill.

Hopkins, W. G. (2008) Research Designs: Choosing and Fine-tuning a Design for Your
Study. Sportscience, 12: 12-21.

Hornik, J., Cheriau, J., Michelle, M., Narayan, C. C. (1995) Determinants of Recycling
Behavior: a Synthesis of Research Result. Journal of Socio-Economic, 4(1): 105-
127.

Idris, A., Inanc, B., Hassan, M. M. (2004) Overview of Waste Disposal and Landfill/Dump
in Asia Countries. Journal of Material Cycles and Waste Management, 6: 104-110.

Institute of Scarp Recycling Industries (2002) Guideline for Nonferrous Scarp, Ferrous
Scrap, Glass Cullet, Paper Stock, Plastic Scarp. Washington: SPECS.

Japan Waste Management Association (1996) Waste Management in Japan 1996. Tokyo:
Japan Waste Management Association.

Kampa, M., Castanas, E. (2008) Human Health Effects of Air Pollution. Environmental
Pollution, 151: 362-367.

Kathiravale, S., Muhd Yunus, M. N. (2008) Waste to Wealth. American Economy Journal,
6: 359-371.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, KPKT (2012) Siaran Media:


Kemuadahan Mendapatkan Semula Bahan Kitar Semula (Material Recovery
Facility) Pertama di Malaysia. Putrajaya: Unit Komunikasi Korporat, KPKT.

Kerlinger, F. N. (1973) Foundation of Behavioural Research. New York: Holt, Rinehart


and Winston, Inc.

Kimball, S. L., Doeksen, G. A., Rood, F., Fitzgibbon, J. (2005) Community Solid Waste
Recycling Systems. Oklahoma: Oklahoma State University.

Lau, V. L. (2004) Case Study on the Management of Waste Material in Malaysia. Forum
Geookol, 15(2).
Leeuw, S. V. (2006) Sustainability. Arizona: Earthscan.

Lim Guan Eng (2009) Development of Eco-town in Penang Will Create a Sustainable
Industrial Environment. Penang Eco-town Stakeholders Round Table Discussion,
G-Hotel, Pulau Pinang, 24 Ogos 2009.

Lund, H. F. (1993) The McGraw-hill Recycling Handbook. New York: McGraw-Hill.

Mason, I. G., Oberender, A. & Brooking, A. K. (2004) Source Separation and Potential
Re0use of Resource Residual at a University Campus. Journal of Resources,
Conservation and Recycling, 40: 155-172.

Mayfield, A. M. (2006) the First of Education and Awareness on Recycling. Department of


Psychology, Missouri Western State University.

McGee, T. G., Griffiths, C. J. (1994) Global Urbanization: Toward the Twenty-First


Century. New York: United Nations.

McRobert, D. (1994) Ontarios Blue Box System: a Case Study of Governments Role in
the Technological Change Process, 1970-1991. Osgoode Hall Law School, York
University.

Memon, M. A. (2010) Integrated Solid Waste Management Base on the 3R Approach.


Journal of Material Cycles and Waste Management, 12: 30-40.

Merriam, S. B. (1998) Qualitative Research and Case Study Application in Education, 2nd
ed. Thousand Oak, Califf: Sage.

Mohd Salleh, A., Zaidatun, T. (2001) Pengenalan Kepada Analisis Data Berkomputer
SPSS 10.0 for Windows. Kuala Lumpur: Venton Publishing.

Mohd. Majid, K. (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Norizan, M. N., Asyirah, A. R., Fera, F., Suzyrman, S., Tarmiji, M., Syarilla, S., Govin, J.,
Siti Mariam, A. K., Nur Amalina, T., Muhamad Azahar, A., Mohd Ridzlie, R.
(2011). Enhancing Urban Sustainable Living within Universiti Sains Malaysia and
Its Neighboring Communities, Penang, Malaysia. Dibentangkan di dalam 2nd
International Academic Consortium for Sustainable Cities Symposium (IACSC)
2011. Universiti Sains Malaysia.

Organisation for Economic Co-operation and Development, OECD (1991) Environmental


Labelling in OECD Countries. Paris: OECD.

Organisation for Economic CO-operation and Development, OECD (2006) Good Practices
in the National Sustainable Development Strategies of OECD Countries. Paris:
OECD.
Pandey, P. C., Sharma, L. K., Nathawat, M. S. (2012) Geospatial Strategy for Sustainable
Management of Municipal Solid Waste for Growing Urban Environment.
Environment Monitoring and Assessment, 184: 2419-2431.

Peace River Regional District (2008) Solid Waste Management Plan. Burnaby: Earth Tech
(Canada).

Perrin, D., Barton, J. (2001) Issues Associated with Transforming Household Attitude and
Opinion into Material Recovery: A Review of Two kerbside Recycling Schemes.
Journal of Resources, Conservation and Recycling, 33(1): 61-74.

Pichtel, J. (2005) Waste Management Practices: Municipal, Hazardous and Industrial.


Boca Raton, Florida: Taylor and Francis Group.

Quaddus, M. A., Siddique, M. A. B. (2001) Modelling Sustainable Development Planning:


a Multi Criteria Decision Conferencing Approach. Journal Environment
International, 27(1): 89-95.

Redman, C. L. (2007) Environment and Development: Sustainability Science. Victoria,


Canada: Royal Road University.

Rhyner, C. R., Schwartz, L. J., Wenger, R. B., Kohrell, M. G. (1995) Waste Management
and Resource Recovery. Florida: Lewis Publisher.

Robinson, G. M. (1998) Methods and Techniques in Human Geography. Chinhester:


Wiley.

Sandelowski, M. (1995) Triangle and Crystal: on Geometry of Qualitative Research.


Journal of Advanced Nursing, 18 (6): 569-574.

Shrybman, S., Lindgren, R. (1989) Canadian Institute for Environmental Law and Policy
(CIELAP): a Regulatory Agenda for Solid Waste Reduction. Toronto: SWEAP.

Shulman, V. L. (2011) Introduction to Waste Management: Trends in Waste Management.


di dalam: Letcher, T. M., Vallero D. A. (editor) Waste: a Handbook for
Management. Amsterdam: Elsevier.

Smith, A. (1997) Indigenous Research Ethics: Policy, Protocol and Practice. Australian
Journal of Indigenous Education, 25(1): 23-29.

Sohif, M., Kamaruzzaman, S., Mazlin, M., Baharuddin, A., Halimaton, S. H., Abdul
Khalim, A. R., Muhamad Fauzi, M. Z., Nurakmal, G. A. (2009) Managing
Sustainable Campus in Malaysia: Organisational Approach and Measures.
European Journal of Social Sciences, 8(2): 201-214.

Stauffer, R. F. (1989) Energy Saving from Recycling. Resource Recycling, muka surat 24-
60.
Suriati, G. (1999) Socio-Economic Change in the Peri-Urban Villages in Penang,
Malaysia. Tesis Phd, University of Leeds.

Suriati, G., Colonius, A. (2008) Pencarian dan Penafsiran Maklumat Kualitatif dalam
Penyelidikan Geografi: Pengalaman daripada Kajian Kesejahteraan Ketua Keluarga
Wanita. di dalam Manusia dan Masyarakat Siri Baru Jilid 16. Bahagian
Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya.
Kuala Lumpur: Jabatan Penerbitan Universiti Malaya.

Syarilla, M. S. (2011) Komuniti Berpagar, Enklaf dan Pendidikan untuk Pembangunan


Lestari: Kajian Kes Kampus Induk, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Tesis
Sarjana Sains, Universiti Sains Malaysia.

Syed Arabi, I. (1992). Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tanaka, M. (2007) Waste Management for a Sustainable Society. Journal Material Cycles
and Waste Management, 9: 2-6.

Tchobanoglous, G., Theisen, H., Vigil, S. A. (1993) Integrated Solid Waste Management:
Engineering Principles and Management Issues. Singapore: McGraw-Hill.

Testin, R. F., Vergano, P. J. (1992) Plastic Packaging Opportunity and Challenges.


Washington: Society of the Plastic Industry, Inc.

Thomas, C. (2001) Public Understanding and its Effect on Recycling Performance in


Hampshire and Milton Keynes. Journal of Resources, Conservation and Recycling,
32: 259-274.

Tobin, G. A., Begley, C. M. (2004) Methodological Rigour within a Qualitative


Framework. Journal of Advanced Nursing, 48(4): 388-396.

United Nation Development Programme, UNDP (2008) Malaysia Developing a Solid


Waste Management: Model for Penang. Kuala Lumpur: United Nation
Development Programme (UNDP).

United Nations (1992) Agenda 21: The United Nations Programme on Action for
Sustainable Development. Rio Declaration on Environment and Development. New
York: United Nations.

United Nations Educational Scientific and Cultural Organization, UNESCO (1990) the
Talloires Declaration. Gland: UNESCO.

United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization, UNESCO (1972) the
Stockholm Declaration. Stockholm: UNESCO.

United Nations Environment Programme, UNEP (2007) Liveable Cities: the Benefits of
Urban Environmental Planning. Washington: The City Alliance.
United Nations Environment Programme, UNEP (2012c) Waste. Division of Technology,
Industry and Economy, Sustainable Consumption and

United Nations Human Settlements Programme, UN-HABITAT (2008) State of the


Worlds Cities 2008/2009: Harmonious Cities. Nairobi: Earthscan.

United Nations, UN (1992) United Nations Programme on Action for Sustainable


Development. New York: United Nation.

Velaquez, L., Mungunia, N., Platt, A., Taddei, J. (2006) Sustainable University: What can
be Matter. Journal of Cleaner Production, 14: 810-819.

Vencatasawmy, C. P, Ohman, M., Brannstrom, T. (2000) A Survey of Recycling Behavior


in Household in Kiruna, Sweden. Journal of Waste Management Resources, 18:
545-556.

Vesilind, P. A., Worell, W., Reinhart, D. (2002) Solid Waste Engineering. Pacific Grove:
Brooks and Cole.

Vincete, P. & Reis, E. (2007) Segmenting Household According to Recycling Attitude in a


Portuguese Urban Area. Journal of Resources, Conservation and Recycling, 52: 1-
12.

Wei, J., Herbell, J., Zhang, S. (1997) Solid Waste Disposal in China: Situation, Problems
and Suggestions. Waste Management and Research, 15: 573-583.

William, I. D., Kelly, J. (2003) Green Waste Collection and The Publics Recycling
Behavior in Borough of Wyre, England. Journal of Resources, Conservation and
Recycling, 38: 139-154.

World Bank (1999) What a Waste: Solid Waste Management in Asia. Washington: The
International Bank for Reconstruction and Development/The World Bank.

World Commission on Environment and Development, WCED (1987) Our Common


Future. Oxford: Oxford University Press.

World Resources Institute, WRI (1996) World Resources: a Guide to the Global
Environment, the Urban Environment. Oxford: Oxford University Press.

Wrigley, J. A. (2006) Global Sustainability. Arizona: ASU Global Institute.

Yap Koh Hoe (2011) Achieving Sustainable Campus in Malaysia University. Tesis Sarjana
Sains, Universiti Teknologi Malaysia.

Zarmadi, M. (2006) 3R Initiative on Scheduled Waste Management in Malaysia.


Department of Environment in Management, Senior Officer Meeting on 3R
Initiative, 6-8 March 2006, Tokyo: Japan.
RUJUKAN LAMAN SESAWANG

Alam Flora Sdn. Bhd. (2012) Services: Collection and Cleansing, Waste Disposal, Waste
Minimization, Recycling, Waste Storage and Concession Area
http://www.alamflora.com.my/V3/services.html [dicapai pada 16/08/2012].

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (2012) Akta-Akta Jabatan Pengurusan Sisa
Pepejal Negara
http://www.kpkt.gov.my/jpspn/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID
=6&VertSectionID=5&CurLocation=5&IID=&Page=1 [dicapai pada 05/10/2012].

Kehmeyer, M., Miller, C., Neppel, K., Ronnebaum, C., Webber, J., Zinke, B. (2011) Waste
Characterization Study for KSU Recycling. Kansas State University, Natural
Resources and Environment Sciences Capstone Course http://www.k-
state.edu/nres/capstone/RecyclingSpring%2011.pdf [dicapai pada 04/08/2012].

Kulaiti Alam Sdn. Bhd. (2012) Services: Hazardous Waste Management, Waste Recycling
and Recovery, Integrated Logistic Services, Environmental Management Services,
Industrial Cleaning Services, Solid Waste Management, and End-of-Life Vehicle
http://www.kualitialam.com/ [dicapai pada 16/08/2012].

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (2012) Kitar Semula
http://www.sisa.my/cmssite/content.php?cat=33&pageid=284&lang=bm [dicapai
pada 07/09/2012].

Production Branch, http://www.unep.fr/scp/waste/ [dicapai pada 04/09/2012].

United Nation Environment Programme, UNEP (2012). Integrated Solid Waste


Management (ISWM): Process to develop ISWM Plan
http://www.unep.or.jp/ietc/spc/news-oct09/Guidelines_ISWM_Plan.pdf [dicapai
pada 01/08/2012].

United Nations (2010) History of the United Nations http://www.un.org/aboutun/unhistory/


[dicapai pada 05/08/2012].

United Nations Environment Programme, UNEP (2012a) Municipal Solid Waste, Topic B:
Collection and Transfer in East Asia and Pacific
http://www.unep.or.jp/ietc/ESTdir/Pub/MSW/RO/asia/topic_b.asp [dicapai pada
01/09/2012].
United Nations Environment Programme, UNEP (2012b) Municipal Solid Waste, Topic
K: Financing in East Asia and Pacific
http://www.unep.or.jp/ietc/ESTdir/Pub/MSW/RO/asia/topic_k.asp [dicapai pada
01/09/2012].

University Leaders for a Sustainable Future, ULSF (2008) Talloires Declaration


http://www.ulsf.org/talloires_declaration.html [dicapai pada 09/08/2012].

Wang, J. (2006) All in One: Do Single-Stream Curbside Recycling Programs Increase


Recycling Rate?
http://nature.berkeley.edu/classes/es196/projects/2006final/wang.pdf [dicapai pada
04/08/2012].
LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 2
LAMPIRAN 3
LAMPIRAN 4
LAMPIRAN 5
LAMPIRAN 5

Minggu 1 Berat (gram)


kertas campuran barangan plastik
Tarikh Tingkat kertas putih (g) (g) kotak/kadbod (g) (g) tin aluminium (g)
7 150 25 0 0 0
Pusat Pengajian
6 85 0 0 0 0
Sains Komputer
5 55 10 0 0 0
10/12/2012
2 65 15 0 0 0
Pusat Pengajian
1 250 0 0 0 0
Sains Matematik
G 50 45 0 0 0
7 110 100 150 0 0
Pusat Pengajian
6 85 0 0 120 0
Sains Komputer
5 130 95 0 0 0
11/12/2012
2 100 185 100 95 0
Pusat Pengajian
1 450 120 0 110 0
Sains Matematik
G 300 220 310 100 60
7 60 70 0 210 0
Pusat Pengajian
6 35 55 0 235 0
Sains Komputer
5 45 50 30 55 0
12/12/2012
2 520 545 65 0 0
Pusat Pengajian
1 200 75 0 0 0
Sains Matematik
G 80 95 0 75 75
7 100 80 0 65 0
Pusat Pengajian
6 75 95 0 55 0
Sains Komputer
5 55 60 0 0 0
13/12/2012
2 220 250 125 60 55
Pusat Pengajian
1 300 320 110 90 0
Sains Matematik
G 220 140 0 0 60
7 150 65 80 45 0
Pusat Pengajian
6 75 40 0 70 0
Sains Komputer
5 50 0 0 0 0
14/12/2012
2 155 130 0 0 0
Pusat Pengajian
1 165 125 150 0 0
Sains Matematik
G 95 55 0 55 50
Jumlah 4430 3065 1120 1440 300
LAMPIRAN 5

Minggu 2 Berat (gram)


Tarikh Tingkat kertas putih (g) kertas campuran (g) kotak/kadbod (g) barangan plastik (g) tin aluminium (g)
7 110 120 0 80 0
Pusat Pengajian
6 100 0 0 0 0
Sains Komputer
5 150 200 0 0 0
17/12/2012
2 145 150 0 0 0
Pusat Pengajian
1 220 240 0 0 0
Sains Matematik
G 570 585 80 0 120
7 50 35 0 0 0
Pusat Pengajian
6 110 85 45 30 15
Sains Komputer
5 0 0 0 0 0
18/12/2012
2 95 0 0 0 0
Pusat Pengajian
1 0 0 0 55 0
Sains Matematik
G 0 0 40 0 0
7 100 50 0 0 0
Pusat Pengajian
6 45 30 0 35 0
Sains Komputer
5 65 0 0 0 0
19/12/2012
2 56 80 0 0 0
Pusat Pengajian
1 140 0 0 0 0
Sains Matematik
G 90 150 50 0 60
7 1130 1000 0 0 20
Pusat Pengajian
6 100 90 0 0 0
Sains Komputer
5 0 0 0 0 0
20/12/2012
2 130 0 0 0 0
Pusat Pengajian
1 0 0 0 70 0
Sains Matematik
G 1000 900 120 0 0
7 140 110 0 0 0
Pusat Pengajian
6 110 90 120 40 0
Sains Komputer
5 55 40 0 0 0
21/12/2012
2 240 195 0 0 0
Pusat Pengajian
1 235 165 0 0 0
Sains Matematik
G 190 115 150 65 55
Jumlah 5376 4430 605 375 270
LAMPIRAN 5

Minggu 3 Berat (gram)


Tarikh Tingkat kertas putih (g) kertas campuran (g) kotak/kadbod (g) barangan plastik (g) tin aluminium (g)
7 140 0 120 240 0
Pusat Pengajian
6 70 140 0 0 0
Sains Komputer
5 55 0 0 40 0
24/12/2012
2 830 0 0 0 0
Pusat Pengajian
1 0 0 0 120 0
Sains Matematik
G 130 0 850 40 110
7 0 0 0 0 0
Pusat Pengajian
6 0 0 0 0 0
Sains Komputer
5 0 0 0 0 0
25/12/2012
2 0 0 0 0 0
Pusat Pengajian
1 0 0 0 0 0
Sains Matematik
G 0 0 0 0 0
7 170 60 0 0 0
Pusat Pengajian
6 120 0 0 0 0
Sains Komputer
5 0 0 0 0 0
26/12/2012
2 50 70 0 50 30
Pusat Pengajian
1 110 90 0 45 0
Sains Matematik
G 80 60 1000 440 80
7 110 70 200 0 0
Pusat Pengajian
6 90 150 0 70 0
Sains Komputer
5 0 130 0 0 0
27/12/2012
2 250 200 0 90 0
Pusat Pengajian
1 190 100 0 0 0
Sains Matematik
G 170 100 340 0 60
7 190 90 0 0 0
Pusat Pengajian
6 0 0 540 0 30
Sains Komputer
5 210 50 0 60 0
28/12/2012
2 1120 560 0 0 0
Pusat Pengajian
1 0 0 0 0 0
Sains Matematik
G 340 250 300 55 60
Jumlah 4425 2120 3350 1250 370
LAMPIRAN 5

Minggu 4 Berat (gram)


Tarikh Tingkat kertas putih (g) kertas campuran (g) kotak/kadbod (g) barangan plastik (g) tin aluminium (g)
7 220 110 430 0 0
Pusat Pengajian
6 0 90 500 0 0
Sains Komputer
5 0 0 0 0 0
31/12/2012
2 400 0 30 60 0
Pusat Pengajian
1 500 680 510 0 0
Sains Matematik
G 200 150 300 0 230
7 0 0 0 0 0
Pusat Pengajian
6 0 0 0 0 0
Sains Komputer
5 0 0 0 0 0
1/1/2013
2 0 0 0 0 0
Pusat Pengajian
1 0 0 0 0 0
Sains Matematik
G 0 0 0 0 0
7 110 130 0 0 0
Pusat Pengajian
6 130 90 0 0 0
Sains Komputer
5 100 0 90 0 0
2/1/2013
2 150 100 240 0 0
Pusat Pengajian
1 1200 500 100 150 0
Sains Matematik
G 160 400 0 500 300
7 150 110 0 0 0
Pusat Pengajian
6 180 0 0 0 0
Sains Komputer
5 0 0 0 0 0
3/1/2013
2 0 0 0 170 0
Pusat Pengajian
1 160 1000 0 0 0
Sains Matematik
G 140 70 100 190 60
7 1000 1400 1000 0 0
Pusat Pengajian
6 200 0 0 0 560
Sains Komputer
5 0 0 110 0 0
4/1/2013
2 0 0 70 130 0
Pusat Pengajian
1 0 70 0 100 0
Sains Matematik
G 0 0 0 110 0
Jumlah 5000 4900 3480 1410 1150

View publication stats

Vous aimerez peut-être aussi