Vous êtes sur la page 1sur 8

SULIT 2 3755/2

BAHAGIAN A

[ 75 markah ]

Jawab tiga soalan sahaja.

1 a) Jelaskan keperluan Rohani mengikut Teori Hierarki Keperluan Maslow.


[ 4 markah ]
b) Situasi berikut berkaitan dengan Encik Firdaus.

Encik Firdaus merupakan seorang pesara guru. Beliau mengusahakan


penternakan ikan patin dalam sangkar di tepi Sungai Pahang. Dengan bantuan
lima orang pekerja yang terdiri dari penduduk setempat, beliau dapat
menghasilkan ikan patin untuk pasaran tempatan.

Terangkan faktor-faktor pengeluaran yang terlibat dalam perniagaan Encik


Firdaus. [ 8 markah ]

c) Dialog berikut berkaitan dengan dua orang yang ingin menjalankan satu
urusniaga
Dollah : Saya ada setandan pisang dan saya mahu seekor ayam
Abu : Tapi saya ada ikan dan saya perlukan sayur.

i) Apakah sistem tersebut? [ 1 markah ]


ii) Apakah syarat yang mesti dipenuhi sebelum melaksanakan sistem
tersebut? [ 2 markah ]
iii) Nyatakan kelemahan dalam sistem tersebut. [ 4 markah ]

3755/2
[Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 3 3755/2

d) Situasi di bawah berkaitan bantuan perniagaan yang boleh membantu peniaga


melancarkan urusan perniagaannya.

JUALAN
MURAH

Berdasarkan situasi di atas, terangkan bantuan perniagaan yang terlibat.


[ 6 markah ]

2 a) Nyatakan fungsi perniagaan runcit kecil-kecilan dalam saluran agihan.


[ 6 markah ]
b) Dialog berikut berkaitan dengan sejenis bentuk lain peruncitan.

Encik Ali : Sudah banyak kedai buku di bandar Kuantan yang saya pergi untuk
membeli buku yang saya perlukan tetapi semuanya sudah kehabisan
stok. Bagaimana saya boleh mendapatkannya

Cik Siti : Tidak perlu susah payah menghabiskan tenaga dan minyak petrol ke
kedai. Dapatkan buku terkini di internet saja

i) Apakah jenis peruncitan tersebut? [ 1 markah ]


ii) Nyatakan dua kelebihan dan dua kekurangan kepada Encik Ali sekiranya
menerima cadangan tersebut. [ 4 markah ]

3755/2
[Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 4 3755/2

c) Maklumat berikut menunjukkan iklan pembelian dan pinjaman motosikal Encik


Salleh.

Harga motosikal : RM 35 000


Bayaran pendahuluan : 10 % dari harga
motosikal
Tempoh pinjaman : 5 tahun
Kadar Faedah Setahun : 5 %

Hitungkan ansuran bulanan yang


perlu dijelaskan oleh Encik Salleh.
[ 6 markah ]
d) Terangkan empat kepentingan perniagaan antarabangsa kepada pengeluar.
[ 8
markah ]

3 a) Pernyataan berikut berkaitan masalah Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

Puan Salmah merupakan pengusaha IKS yang menghasilkan barangan


pemprosesan makanan. Beliau menghadapi masalah untuk membeli bahan mentah
dan mengupah pekerja untuk meningkatkan keluaran. Keadaan ini ditambah lagi
dengan kegagalannya untuk mendapatkan pembiayaan daripada institusi
kewangan.

i) Apakah masalah yang dihadapai oleh Puan Salmah [ 1 markah]


ii) Jelaskan empat sebab institusi kewangan tidak meluluskan pembiayaan
kepada Puan Salmah. [ 4 markah]

b) Pernyataan berikut berkaitan dua orang peniaga yang mengusahakan perniagaan


secara milikan tunggal.

Encik Lukman merupakan pengusaha katering di bandar Kuantan, manakala Puan


Asmah pula pengusaha andaman pengantin di bandar Temerloh. Mereka adalah
rakan karib dan telah memulakan perniagaan masing-masing sejak 5 tahun lalu.
Oleh kerana prestasi perniagaan mereka yang semakin baik dan kedua-dua jenis

3755/2
[Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 5 3755/2

perniagaan berkaitan untuk majlis perkahwinan, jadi mereka telah bersepakat


untuk menukar bentuk milikan sedia ada kepada bentuk yang lain.

(i) Syorkan bentuk milikan perniagaan yang sesuai untuk mereka ?


[1 markah]
(ii) Nyatakan lima kebaikan bentuk perniagaan yang dipilih di (b)(i) di atas.
[5 markah]
c) Terangkan empat tujuan dasar penswastaan. [8 markah]
d) Terangkan tiga bentuk pulangan yang diperolehi jika seorang pelabur membuat
pelaburan dalam bentuk saham. [6 markah]

4. a) Gambar 1 dibawah menunjukkan logo sebuah bank.

Gambar 1
i) Nyatakan jenis bank yang mempunyai logo di atas. [ 1 markah ]
ii) Terangkan tiga fungsi bank bagi 4 ( a )( i ). [ 6 markah ]

b) Maklumat berikut berkaitan dengan pembayaran menggunakan cek.

Encik Ghani membuka akaun semasanya di ABC Bank, Kuantan. Beliau


membuat pembayaran memggunakan cek kepada syarikat Maju Jaya Sendirian
Berhad pada 20 Jun 2014 sebanyak RM 2000. Cek beliau juga dipalangkan untuk
memastikan keselamatan cek tersebut.

Lakarkan cek tersebut [6 markah ]

c) Jelaskan konsep pengumpulan risiko dalam insurans. [4 markah ]

3755/2
[Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 6 3755/2

d) Rajah di bawah menunjukkan jenis pengangkutan laut.

Pengangkutan laut

Kapal Pesisir
X Y Kapal Penumpang
Pantai

i) Nyatakan jenis kapal X dan Kapal Y [ 2 markah ]


ii) Terangkan tiga perbezaan di antara Kapal X dan Kapal Y. [ 6 markah ]

5 a) Terangkan empat ciri gudang yang baik. [8 markah]

b) Gambar 2 menunjukkan sejenis perkhidmatan komunikasi

Gambar 2
i) Apakah jenis perkhidmatan tersebut? [ 1 markah ]
ii) Mengapakah peniaga memilih perkhidmatan di 5(b)(i)? [ 4 markah ]

c) Jelaskan pelepasan cukai berikut:


i) Potongan cukai [ 3 markah ]
ii) Pengecualian cukai [ 3 markah ]

3755/2
[Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 7 3755/2

d) Dialog berikut menunjukkan perbualan antara Ahmad dengan Salmah.

Sekarang dah hujung tahun 2014. Betul tu. Membeli pada musim jualan
Banyak pasaraya yang melakukan murah lebih menjimatkan kerana
jualan murah. Sekaranglah harganya lebih murah.
masanya untuk kita membeli belah

Selain faktor masa untuk membeli , terangkan tiga prisip asas lain yang boleh
membantu pengguna membeli dengan bijak. [ 6 markah ]

3755/2
[Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 8 3755/2

BAHAGIAN B
Arahan: Jawab soalan di bawah.
Syarikat Perabot Othman adalah pengeluar perabot berasaskan buluh yang semakin
mendapat tempat di pasaran tempatan dan juga antarabangsa. Keistimewaan produk
beliau adalah tahan lama dan unik. Syarikat yang dahulunya diasaskan oleh ayahnya di
Lipis Pahang pada tahun 2000 telah dikembangkan oleh Encik Othman sehingga
mempunyai beberapa cawangan di dalam negeri Pahang. Kini modal perniagaannya
berjumlah RM 2.4 juta dan bilangan pekerja seramai 60 orang. Pengeluaran perabotnya
mendapat sambutan dari hari ke hari dan nilai jualan tahunannya mencecah RM20 juta.
Ini mendorongnya untuk membeli peralatan teknologi tinggi bagi menjamin kualiti
perabotnya setanding dengan negara pengeluar lain.

Peluang ini digunakan sepenuhnya oleh syarikat Encik Othman untuk meluaskan lagi
pasaran perabot buluhnya ke luar negara, khususnya ke negara Asia Barat. Baru-baru ini
beliau telah menerima pesanan sebanyak 500 set perabot daripada Encik Ahmed seorang
pengimport perabot dari negara Kuwait. Namun begitu beliau tidak mengetahui prosedur
mengeksport ke luar negara.

Encik Othman juga perlu mendapatkan nasihat untuk memilih pengangkutan yang sesuai
bagi menghantar perabot buluhnya ke negara Kuwait. Selain itu Encik Othman juga
perlu memikirkan jenis perkhidmatan komunikasi yang boleh digunakan untuk
mengembangkan lagi perniagaannya ke pasaran antarabangsa. Beliau juga merancang
untuk melakukan promosi tambahan untuk mempastikan perabotnya menguasai pasaran
tempatan dan dinikmati oleh pengguna sepenuhnya. Beliau yakin sekiranya masalah
tersebut dapat diatasi, maka perniagaannya akan berkembang pesat dan membawa
keuntungan yang lebih besar.

Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut :

a) Adakah Syarikat Perabot Encik Othman berstatus Industri Kecil dan Sederhana
(IKS)?
Kemukakan alasan anda. . [ 4 markah]

b) Nyatakan prosedur eksport yang perlu Encik Othman patuhi bagi memastikan
pesanan Encik Ahmed dapat dihantar. [ 6 markah ]

3755/2
[Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 9 3755/2

c) Cadang dan berikan alasan jenis pengangkutan yang sesuai digunakan oleh Encik
Othman bagi menghantar perabotnya ke negara Kuwait. [ 5 markah ]

d) Syorkan satu jenis perkhidmatan telekomunikasi yang sesuai digunakan oleh


Encik Ali untuk melicinkan urusan perniagaannya ke peringkat antarabangsa .
Berikan alasan anda. [ 4 markah ]

Terangkan dua jenis promosi yang sesuai bagi membantu Encik Ali
meningkatkan jualan perabotnya ke pasaran tempatan. [ 6 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

3755/2
[Lihat halaman sebelah
SULIT

Vous aimerez peut-être aussi