Vous êtes sur la page 1sur 2

NAMA : SHARVNI A/P ARUMUGAM

KELAS: SEM 5 TESL


AMBILAN: PISMP SEM 5 TESL AMBILAN JAN 2014

REFLEKSI KOT 2016

Sebelum menjayakannya, terdapat pelbagai perkara yang perlu dirancang dengan teliti. Bak
kata pepatah Inggeris, If you fail to plan, you are planning to fail. Selepas pensyarah memberi
taklimat, kami telah melantik sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada ketiga-tiga kelas. Kami
telah mendapatkan bimbingan dan panduan daripada para pensyarah yang ternyata sudah
berpengalaman dalam menganjrkan temasya seperti ini. Kami telah mengadakan beberapa
mesyuarat dalam memastikan kelancaran kejohanan ini.

Sepanjang perjalanan KOT ini banyak input dan ilmu yang berguna sebagai kekuatan
dalam KOT yang saya perolehi antaranya adalah mengenai ketepatan masa. Ketepatan masa
sangat penting bagi seorang insan yang bergelar guru. Melalui KOT ini ketepatan masa dititik
beratkan bermula dari saat perancangan sebelum KOT, semasa dan selepas KOT. Sebagai
pihak penganjur , kami cuba untuk tidak melengahkan masa dan disebabkan perkara inilah
segala urusan dan aktiviti berjalan dengan lancar. Bagi saya Program ini mengajar saya untuk
lebih menghargai masa.

Melalui KOT ini juga, saya dapat mengeratkan hubunga siraturrahim antara rakan
sekelas dan pelajar semester 5 yang lain. Walaupun sudah 4 tahun saya meneruskan
pengajian bersama dengan pelajar semester 5 yang lain, tetapi masih terdapat segelintir
daripada pelajar semester 5 ini yang saya kurang berkomunikasi dan kurang rapat. KOT ini juga
mewujudkan dan melahirkan suasana kerjasama dan saling bantu menbantu antara satu sama
lain. Sikap pentingkan diri sendiri tidak perlu ada dalam diri kita sebagai satu pasukan pihak
pengajur. Sikap ini dapat dilihat sebelum, semasa dan selepas KOT berlansung. Aktiviti-aktiviti
dilaksanakan dengan bersama-sama dan juga bersemangat. Aktiviti seperti ini yang diadakan
membuat saya lebih mengenali sahabat dari kelas lain yang selama ini jarang bertegur sapa
dan hubungan ini diteruskan dengan lebih rapat. Oleh itu, melalui penganjuran bersama ini saya
dapat merapatkan hubungan dengan mereka dan berkomunikasi dengan baik dengan mereka
seterusnya menambahkan lagi bilangan sahabat saya di institut pendidikan guru ini serta
memudahkan lagi pengajuran KOT berlansung.

Penganjuran KOT ini ini juga turut memberi sejuta pengalaman baru kepada saya
sebagai seorang guru pelatih. Saya dapat mengalami pengalaman dalam hal pengurusan dan
penempahan hadiah dan cenderamata. Saya telah banyak berurusan dengan pihak stor bagi
NAMA : SHARVNI A/P ARUMUGAM
KELAS: SEM 5 TESL
AMBILAN: PISMP SEM 5 TESL AMBILAN JAN 2014
menempah hadiah dan juga telah berurusan dengan pihak luar bagi penempahan medal.
Urusan dengan pihak atasan bagi mendapatkan kelulusan hadiah dan cenderamata adalah
perkara yang ditakuti pada awlnya. Ini adalah kerana ditakuti bajet yang dirancang untuk hadiah
tidak diluluskan tetapi Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan . Saya juga telah membuat
senarai hadiah yang diperlukan dan sentiasa memastikan hadiah yang ditempah adalah
mencukupi. Pengalaman inilah bagai saya sangat-sangat bermakna dalam menjayakan KOT.

Sebagai seorang guru di sekolah satu hari nanti, KOT ini memberi pengalaman yang
bermakna. saya memang akan sentiasa terlibat dengan sukan tahunan sekolah. Oleh itu,
melalui pengalaman yang sudah saya ada pada penganjuran KOT ini, saya boleh aplikasikan
semasa menguruskan sukan tahunan di sekolah. Keadaan di sekolah adalah sedikit berbeza,
tetapi dari aspek pengurusan sukan sekolah keadaannya akan hampir sama. Oleh itu, saya
boleh menggunakan kemahiran sedia ada dalam pengurusan sukan ini di samping
menambahkan ilmu untuk menjadi lebih baik dan berpengalaman lagi.

Setiap apa yang kita lakukan tidak telepas dengan kekangan yang ada. Begitulah
dengan KOT Ini yang turut terdapat kekangan antaranya ialah kekangan dari aspek peruntukan
kewangan. Walaubagaimanapun, masalah ini dapat diatasi dengan baik dengan baik hasil
kerjasama semua pihak pengajur.

Secara keseluruhannya, lebih banyak kebaikan yang diperolehi berbanding dengan


kelemahan. Kelemahan ini bolehlah diperbaiki dari semasa ke semasa. Bagi saya KOT ini
memberi banyak faedah dan input yang sangat berguna. Segala penat lelah saya telibat dalam
pengajuran KOT ini diharapkan dapat memberi perubahan dan impak yang besar kepada diri
saya. Saya bersyukur kerana telah melalui KOT ini yang banyak memberi saya pengetahuan,
menguji mental dan fizikal diri saya dan yang paling penting dapat membantu saya membina jati
diri sebagai seorang pendidik yang berkarisma tinggi. Segala ilmu yang saya perolehi akan
saya guna semasa berada di sekolah satu hari nanti. Akhir sekali saya ingin mengucapakn
ribuan terima kasih dan tahniah kepada pihak yang telbibat dalam penganjuran KOT ini kerana
telah bersusah payah untuk menjadikan KOT ini berjalan dengan lancar. Saya juga ingin
meminta maaf kepada mana-mana pihak jika ada kesilapan yang saya lakukan sepanjang KOT
berlansung.

Vous aimerez peut-être aussi