Vous êtes sur la page 1sur 3

1.

0 Pengenalan
Bahasa Melayu merupakan sebuah Bahasa yang unik dan mempunyai nilai yang tidak

ada tolok bandingnya. Bahasa juga menunjukkan identity sesebuah kaum atau bangsa.

Malah melalui bahasa juga dapat membantu kehidupan seharian. Oleh itu, dalam tajuk ini

iaitu bincangkan jenis dan fungsi ayat dalam Bahasa Melayu, kami akan mengkaji

mengenai jenis dan fungsi serta akan membandingkan perkara-perkara tersebut dalam

ayat Bahasa Melayu. Kami juga akan menerangkan maksud ayat dan cara pembentukan

ayat tersebut. Tambahan pula kami juga akan menghuraikan mengenai maksud ciri ayat

dalam bahasa Melayu.


Definisi Ayat

Dalam memperkatakan tentang ayat,ia merupakan tahap tertinggi dalam penulisan dan

komunikasi bahasa Melayu.Setiap tokoh bahasa memberikan pendapat yang berbeza

tentang makna ayat.Antara mereka yang telah memberikan pendapat tentang makna ayat

ialah Pendeta Zaba memakai melalui bukunya Pelita Bahasa Melayu,Penggal 1 dalam

permulaan nahu Melayu.Menurut Zaba :

ayat susunan perkataan yang sekumpul-sekumpul dengan tentu hujung pangkalnya dan

tempat berhentinya serta memberi faham yang sempurna tiap-tiap sekumpul kata yang

dikatakan itu....Maka tiap-tiap sekumpul perkataan itu ialah susunan yang sempurna

maksudnya

( Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 dalam Kursus Menguasai Bahasa Melayu

Mudah,2006 hlm.148 )

Melalui maksud ayat yang diberi oleh Zaba maka boleh dibuat kesimpulan bahawa

ayat ini bermaksud susunan yang mempunyai hujung dan pangkal ayat yang boleh

difahami oleh pembaca atau pendengar kerana ia merupakan kumpulan perkataan yang
telah sempurna maksud.Mengikut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd melalui buku

mereka,ayat boleh didefinisikan sebagai :

Apabila kita bercakap,kita menggunakan perkataan-perkataan yang kita susun

menjadi ayat...Ada ayat yang terdiri daripada dua patah perkataan sahaja...Tiap-tiap

ayat mesti terdiri daripada dua bahagian 1: benda atau subjek,bahagian 2: cerita atau

predikat.

(Abdullah Hassan dan Ainon Mohd,dalam Kursus Menguasai Bahasa Melayu

Mudah,2006 hlm 149 )

Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd itu,dapat disimpulkan bahawa ayat tidak

semestinya terdiri dari ayat yang panjang tetapi ayat boleh terdiri dengan hanya dua

patah perkataan sahaja asalkan ia dapat difahami.Menurut Abdullah Hassan dan Ainon

Mohd,ayat mestilah terdiri dari dua kompenen iaitu subjek dan predikat.

Menurut Asmah Haji Omar pula sebagaimana yang disebut dalam bukunya Nahu

Bahasa Melayu Mutakhir :

Ayat adalah unit yang paling tinggi dalam skala tatatingkat nahu.Ayat terdiri dari

klausa yang disertai dengan intonasi ayat yang lengkap,yakni yang di mulai dengan

kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan dan intonasinya menyatakan bahawa ayat

itu sempurna dan selesai.

( Nahu Bahasa Melayu Mutakhir dalam Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah,2006

hlm 149 )

Menurut Asmah Haji Omar pula,aat adalah unit tertinggi dalam tatabahasa Melayu.Ia

mestilah dimulakan dengan perbuatan senyap dan juga diakhiri dengan perbuatan

senyap.Ayat juga mempunyai intonasi bagi mengambarkan maksud ayat

tersebut.Mengikut Nik Safiah Karim dalam bukunya yang berjudul Tatabahasa Edisi
Dewan Baharu yang dikarang secara bersama dengan Farid M.Onn,Hashim Musa dan

Hamid Mahmood pula mendefinisikan ayat sebagai :

Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa

dan mengandungi makna yang lengkap.Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan

atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan

kesenyapan

( Tatabahasa Dewan Edisi Baharu dalam Kursus Menguasai Bahasa Melayu

Mudah,2006 hlm 150 )

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu ini pula,ayat merupakan unit pengucapan

yang paling tinggi yang boleh terbentuk walaupun dengan hanya beberapa patah

perkataan.Sebagaimana pendapat Asmah Haji Omar,ayat ini dimulakan dan diakhiri

dengan kesenyapan.Jika kita melihat dari beberapa pendapat yang dinyatakan diatas

maka dapat kita simpulkan bahawa ayat merupakan susunan yang tertinggi dalam strata

tatabahasa Melayu yang boleh terdiri dari dua atau lebih patah perkataan yang mana ia

dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan.

2.0 Proses Pembentukan Ayat.


Menurut kamus dewan edisi kedua proses adalah perubahan, peristiwa dan lain-lain yang

berlaku berturut-turut dengan sendirinya: ~ perkembangan jiwa; ~ penghadaman

makanan. 2 cara atau kaedah tertentu yg diikut utk membuat sesuatu

Vous aimerez peut-être aussi