Vous êtes sur la page 1sur 15

Pengenalan Akhbar Dan Majalah

Konsep Akhbar Dalam Darjah (ADD) perlu diteruskan untuk kebaikan pelajar Malah,
saya berpendapat wajar akhbar dan majalah digunakan di sekolah untuk kebaikan pelajar
Menggunakan akhbar dalam P&P bukan saja menyeronokkan malah mampu menanam
minat membaca di samping menggalakkan pelajar mendapat pelbagai ilmu baru menerusi
pelbagai bahan berita. Dalam masyarakat yang tidak boleh menulis dan membaca,
pelajaran disampaikan secara komunikasi lisan. Dalam masyarakat yang tinggi
tamadunnya, pelajaran disampaikan dengan berbagai-bagai corak komunikasi
termasuklah komunikasi massa untuk menyampaikan mesej mesej pelajaran,
pengetahuan dan pelbagai maklumat. Penggunaan media massa dalam pengajaran
merupakan satu alternatif kepada guruguru bahasa Melayu untuk menjadikan pengajaran
lebih berkesan.

Sehubungan itu, sarjana-sarjana Barat seperti Cheyney (1998), Michael dan


Catherine (2009) mencadangkan supaya setiap orang membaca akhbar kerana harganya
murah dan pembaca akhbar boleh menggilap berita dan informasi berguna di dalamnya.
Cadangan mereka menunjukkan bahawa akhbar telah lama dijadikan sebagai alat untuk
mendapatkan ilmu, bahkan akhbar dianggap sebagai satu institusi. Kenyataan beliau turut
dikaji oleh Lim Duan Lib (1997) yang mendapati bahawa penggunaan petikan daripada
akhbar dan majalah merupakan rangsangan yang memikat pelajar-pelajar untuk belajar
bahasa Melayu jika petikan-petikan itu dipilih dengan teliti dan cekap oleh guru bahasa
Melayu

Pandangan Keberkesanan Penggunaan Akhbar Dan Majalah Di Dalam


Bilik Darjah

Guru akui akhbar alternatif terbaik bahan P&P . Pelbagai sekolah mengakui pelaksanaan
konsep Akhbar Dalam Darjah (ADD) yang menggunakan akhbar sebagai satu daripada
bahan bantu mengajar mampu meningkatkan prestasi pelajar. Guru Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Pintu Geng, Kota Bharu, Nik Shafna Nik Daud, 36, yang
melaksanakan ADD menggunakan akhbar Berita Harian berkata, ia juga antara alternatif
terbaik meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Sejak melaksanakan konsep ADD dalam kelasnya, beliau berkata, kebanyakan


pelajarnya menunjukkan prestasi memberangsangkan berbanding sebelumnya.ADD
mempunyai kelebihan tersendiri kerana P&P dapat dijalankan dengan cukup menarik
termasuk menggunakan pelbagai bahan, contohnya grafik dan dan gambar berwarna-
warni. Lagipun untuk mendapatkan Berita Harian mahupun sisipan SKOR, Minda atau
Didik, seseorang pelajar hanya perlu membelanjakan kos cukup minimum, katanya
ketika ditemui selepas Bengkel ADD Peringkat Kelantan anjuran Berita Harian di Kota
Bharu, baru-baru ini.

Guru Bahasa Inggeris, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chong Hwa, Tan
Boon Ai, 53, berkata ramai pelajarnya menunjukkan peningkatan penguasaan dalam
bahasa berkenaan setelah melaksanakan ADD. Sehubungan itu, beliau berharap lebih
ramai guru di negara ini menggunakan konsep itu sebagai salah satu pendekatan menarik
minat pelajar meningkatkan prestasi pelajaran masing-masing. Saya menggalakkan
pelajar untuk memotong keratan akhbar sebagai kerja rumah. Dalam setahun, mereka
perlu mempunyai lebih kurang 40 potongan akhbar atau tiga keratan seminggu.

Dengan potongan akhbar ini, pelajar diminta membina dan mencari ayat sukar,
seterusnya diterjemahkan menggunakan bahasa lebih mudah, katanya. Guru Bahasa
Inggeris Sekolah Menengah Kebangsaan Kadok, Kota Bharu, Aziz Noor yang juga
sependapat berkata, pelaksanaan konsep ADD banyak membantunya tingkatkan
pengajaran dalam kelas.Mengakui penggunaan buku teks lebih penting memandangkan
soalan peperiksaan berdasarkan sumber berkenaan, namun Aziz menyifatkan penggunaan
akhbar juga tidak kurang manfaatnya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Pendidikan/20100301073400/A
rticle/index_html

Pandangan Keberkesanan Bahan Pengajaran Berasaskan ICT

Kelebihan ini tidak ada pada bahan bantu yang lain seperti buku teks atau bahan
yang lebih bersifat satu hala. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah
diasaskan oleh perkembangan dan kemajuan pesat dalam bidang microelektronik dan
menghasilkan pelbagai kemudahan teknologi seperti komputer peribadi. Telekomunikasi
multimedia dan sebagainya. Kemunculan internet juga telah meluaskan penggunaan ICT
dengan jaringan informasi bersepadu dan diaplikasikan sebagai media komunikasi yang
melibatkan teks, bunyi, grafik dan video. Antara kesan yang dilihat dalam
pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa adalah mampu menjana
idea baru, kreativiti dan inovasi dalam memantapkan lagi penggunaan bahasa contohnya
Bahasa Melayu.

Pelajar belajar mengikut kemampuan sendiri. Apabila menggunakan komputer


pelajar akan dapat mempelajari Bahasa Melayu mengikut kemampuan sendiri, dimana
pelajar boleh meneruskan sesi pembelajaran jika mampu dan mengulang semula jika
sukar untuk difahami. Tambahan pula sesuatu perkara itu boleh diulang-ulang beberapa
kali supaya dapat mengingat kembali. Bagi pelajar yang cemerlang pula boleh
meneruskan pembelajaran ke topic yang baru. Jadi sudah tentu P&P Bahasa Melayu
menjadi releven dengan tuntutan emasa. Menurut pengkaji-pengkaji terdahulu(Zamri
Mohamad 2008,76):

Meningkatkan Minat Terhadap Mata Pelajaran


Meningkatkan Keberkesanan Dalam Kefahaman Dan Penguasaan Bahasa
Meningkatkan Minat Dalam Satu-Satu Mata Pelajaran
Berkesan Jika Selari Dengan Sukatan Mata Pelajaran.

Pedagogi berbantukan ICT ini juga dapat dikalangan para pelajar. Biasanya pelajar
lebih memahami proses P&P jika terdapat bahan yang boleh member rangsangan kepada
mereka. Misalannya penggunaan Multimedia, Internet, Facebook dan sebagainya mampu
meningkatkan motivasi untuk merekea mempelajari Bahasa Melayu. Kelpagaian bahan
mampu memberi penjelasan yang lebih. Pelajar juga boleh belajar tanpa penyeliaan atau
dengan penyeliaan yang minimum. Melalui teknik ini pelajar tidak bergantung seratus
peratus dibahu guru. Mereka boleh melakukan sendiri sama ada di sekolah mahupun di
rumah. Kekangan masa, jadual waktu dan kehendak kurikulum boleh diminimunkan
kerana mereka boleh mendapatkan bahan Bahasa Melayu melalui pelbagai sumber ICT.

Memberi peluang kepada pelajar untuk menentukan haluan dan kemajuan


pembelajaran masing-masing. Peningkatan pelajaran pada zaman sekarang bergantung
kepada Pedagogi yang digunakan oleh guru. Apabila guru menggunakan Pedagogi
Berbantukan ICT akan mendorong pelajar terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran.
Apabila pelajar aktif sudah tentu mereka mampu mengemukan pendapat dan seterusnya
mampu mempelajari Bahasa Melayu dengan baik. Memberi peluang kepada pelajar
untuk menangani masalah sebenar di dalam Kelas. Tidak seperti kelas tradisonal
kekuasaan terletak ditangan guru. Guru menjadi autrokratik dan berkuasa penuh. Melalui
penggunaan ICT guru membuka seluas-luasnya proses pembelajaran dengan berbantukan
ICT. Bayangkan guru hanya mengawal proses P &P dan pelajar menggunakan peralatan
ICT untuk mempelajari Bahasa Melayu.

Penjelasan Kelebihan Penggunaan Akhbar Dan Majalah Di Dalam


Bilik Darjah.

Penggunaan Keratan Akhbar Dalam Pengajaran


Satu daripada kaedah yang digunakan dalam pengajaran bahasa adalah melalui
penggunaan bahan bantu mengajar. Penggunaaannya bertujuan menarik perhatian pelajar
supaya meminati pelajaran yang diajarkan. Hal itu dikatakan demikian kerana pengajaran
secara langsung yang berterusan akan membosankan pelajar dan mampu menghilangkan
semangat untuk belajar.

Rasional penggunaan keratan akhbar sebagai bahan bantu mengajar disandarkan kepada
pendapat seorang pakar pendidikan, Edgar Dale (1978) yang menggariskan tujuh
kepentingan penggunaan BBM:
i. Merangsang minat yang tinggi dalam kalangan pelajar.
ii. Menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman serta
corak pemikiran dan oleh itu mengurangkan pelbagai gerak lisan daripada
pelajar.
iii. Membekalkan satu dasar untuk perkembangan pemelajaran pelajar dan
oleh itu menjadikan pelajaran mereka lebih kekal.
iv. Menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperoleh dengan
mudahnya melalui cara-cara lain.
v. Menolong pelajar dalam kefahaman dan oleh itu mempercepat
perkembangan perbendaharaan kata.
vi. Menawarkan pengalaman yang sebenar dan dengan demikian
merangsangkan kegiatan seorang pelajar.
vii. Mendorong pelajar untuk menyiasat dan dengan demikian
menambahkan bacaan sukarela.

Merangsang Minat
Berdasarkan hal yang diperkatakan oleh Dale, nyatalah bahawa bahan bantu
mengajar berupaya menanam minat dan mengembangkan kreativiti pelajar. Selain
itu, bahan bantu mengajar dapat juga memberikan keseronokan kepada pelajar
kerana dengan penggunaannya, pelajar akan mengalami situasi yang terkeluar
daripada suasana pemelajaran biasa dan seterusnya dapat menghindarkan mereka
daripada berasa bosan untuk belajar.

Penggunaan keratan akhbar boleh dijalankan dengan membuat perancangan pada


awal tahun lagi. Setiap pelajar akan diberi tugas secara bergilir-gilir untuk
membuat keratan akhbar, berupa keratan rencana pengarang akhbar. Tarikh giliran
itu ditetapkan oleh guru untuk satu tahun iaitu, satu sesi pengajian. Keratan
akhbar tersebut akan ditampal pada setiap hari di dalam buku khas yang akan
disimpan oleh setiausaha kelas.

Sebagai Latihan

Keratan rencana pengarang akhbar dapat memberikan sumbangan yang besar


kepada pelajar dalam aspek pengucapan lisan, terutama pelajar tingkatan 3 untuk
ujian Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS). Aktiviti tersebut dapat
dijadikan sebagai latihan sebelum mereka diuji untuk PLBS.

Untuk aktiviti lisan, guru hendaklah memastikan setiap pelajar sentiasa


bersedia dengan keratan rencana pengarang akhbar masing-masing. Pada setiap
hari, iaitu pada sepuluh minit pertama masa pengajaran, guru akan
meminta pelajar tampil ke hadapan bagi memperkatakan topik atau fakta yang
terkandung dalam keratan rencana pengarang akhbar yang dibacanya. Fakta
tersebut hendaklah diucapkan secara lisan tanpa merujuk keratan tersebut.

Menjana Kreativiti

Dengan cara itu, pelajar dapat dilatih menggunakan kreativiti sendiri untuk
berucap di khalayak atau pengucapan awam yang juga dapat menolong pelajar
dalam ujian lisan. Selain itu, cara ini juga dapat melahirkan pelajar yang petah
bercakap.

Keratan rencana pengarang akhbar juga dapat membantu pelajar dalam penulisan
karangan. Melaluinya, guru hendaklah meminta pelajar menyenaraikan isi-isi
penting yang terdapat dalam keratan tersebut di dalam buku latihan sebelum
ditampal di dalam buku khas yang disediakan. Semasa pelajar membentangkan
keratan rencana pengarang akhbar di kelas, pelajar yang lain hendaklah membuat
catatan di dalam buku latihan. Kaedah tersebut tentunya menjimatkan masa
kerana dalam setahun, setiap pelajar hanya dikehendaki membuat tujuh hingga
lapan keratan sahaja. Hasil daripada perkongsian antara pelajar, mereka berjaya
mengumpul semua tajuk keratan rencana pengarang akhbar untuk setahun (365
buah keratan akhbar)

Membina Nilai Seronok Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Sepanjang sesi pengajian berlangsung, guru akan memilih tajuk yang tertentu
daripada keratan rencana pengarang akhbar yang dikira penting untuk
perbincangan di kelas bagi aktiviti penulisan karangan. Aktiviti tersebut akan
memberikan keseronokan kepada pelajar kerana mereka dapat berkongsi bahan
dan idea, serta dapat berbincang bersama-sama.

Bahan-bahan ini adalah bahan yang biasa digunakan sehingga kita tidak member
perhatian kepada nilai kepentingan bahan ini kepada proses pengajaran dan
pembelajaran. Bahan-bahan ini akan merangsang pelajar untuk menggunakan
pelbagai deria pelajar dalam pembelajaran mereka. Antara bahan tersebut
termasuklah bahan bercetak, graf, carta selain realia, model dan objek sebenar.
Bahan realia dan model-model merupakan bahan sebenar yang dibawa ke dalam
bilik darjah

Keratan rencana pengarang akhbar juga dapat membantu pelajar dalam penulisan
karangan. Melaluinya, guru hendaklah meminta pelajar menyenaraikan isi-isi
penting yang terdapat dalam keratan tersebut di dalam buku latihan sebelum
ditampal di dalam buku khas yang disediakan. Semasa pelajar membentangkan
keratan rencana pengarang akhbar di kelas, pelajar yang lain hendaklah membuat
catatan di dalam buku latihan. Kaedah tersebut tentunya menjimatkan masa
kerana dalam setahun, setiap pelajar hanya dikehendaki membuat tujuh hingga
lapan keratan sahaja. Hasil daripada perkongsian antara pelajar, mereka berjaya
mengumpul semua tajuk keratan rencana pengarang akhbar untuk setahun (365
buah keratan akhbar). Sepanjang sesi pengajian berlangsung, guru akan memilih
tajuk yang tertentu daripada keratan rencana pengarang akhbar yang dikira
penting untuk perbincangan di kelas bagi aktiviti penulisan karangan. Aktiviti
tersebut akan memberikan keseronokan kepada pelajar kerana mereka dapat
berkongsi bahan dan idea, serta dapat berbincang bersama-sama (Izani, 2010).

Penjelasan Kelemahan Penggunaan Akhbar Dan Majalah Di Dalam


Bilik Darjah

Bahan Terhad Kepada Isi Majalah Tiada Penjelasan Terperinci

Bahan pembelajaran yang tidak membolehkan pelajar mencapai maklumat tanpa perlu
mengikut laluan yang selaian telah ditetapkan seperti lembaran buku dan teks. Ia
memyebabkan pelajar tidak mencapai maklumat mengikut minat, keupayaan, kehendak
hati mereka sendiri dan keselesaan masing-masing. Ia membolehkan pelajar
menggunakan cara yang mereka gemari bagi memahami sesuatu topik tanpa sepenuhnya
bergantung kepada pengajaran yang disampaikan oleh guru mereka. Kadang kala terdapat
masalah dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya apabila ingin menerangkan
bahagian pelajaran yang sukar diterangkan atau difahami jika hanya menggunakan teks.
Contohnya ialah sewaktu memperkenalkan tentang makhraj huruf hijaiyyah, maka
penggunaan media sokongan seperti grafik dan video akan lebih memudahkan dan
mempercepatkan lagi proses untuk memahami tajuk tersebut

Pembelajaran dengan menggunakan multimedia dapat menyediakan pelbagai bentuk


pengukuhan dengan menggunakan pelbagai jenis media seperti teks, audio, grafik dan
animasi. Oleh yang demikian, penggunaan multimedia yang membekalkan pelbagai jenis
maklumat dalam pelbagai bentuk, media dan pendekatan dapat membantu dalam
pembentukan corak ingatan yang lebih kompleks dan seterusnya memudahkan proses
capaian maklumat tersebut pada masa hadapan.berbeza dengan pembelajaran berasaskan
ADD ia lebih terarah kepada pembelajaran sehala bukan kepelbagaian pencapahan
pemikiran.

sebagai contoh : topik kejadian siang malam. pelajar hanya mengetahui melalui kaedah
2D berbanding tayangan video 3D menjadikan pelajar lebih faham

Bahan Mudah Menjadi "Out Of Date"Ketinggalan Zaman


Penggunaan ADD dapat kurang mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
merangsang pelajar untuk terus belajar. Ini kerana ia memaparkan sesuatu yang sama
dengan buku teks dan buku latihan yang biasa digunakan. Kesamaan ini mempengaruhi
minat dan juga motivasi mereka untuk terus mendalami ilmu pengetahuan yang dibawa
bersama oleh media tersebut. Apabila minat dan motivasi para pelajar diransang, proses
pembelajaran seterusnya lebih mudah dilaksanakan. berbanding alatan ict dipengaruhi
element warna, reka bentuk menarik audio visual dan sebagainya . hasilnya pembelajaran
lebih menarik terutama bagi kumpulan pelajar lemah. interaksi antara guru dan pelajar
mendatar . Pembelajaran tidak secara aktif dipercayai tidak dapat dapat menimbulkan
suasana persaingan yang sihat sesama pelajar berbanding Interaktiviti dalam sistem
multimedia membolehkan sesuatu proses latihan atau pengajaran dijalankan mengikut
kesesuaian, keperluan dan cita rasa pelajar.

Tidak Boleh Diubah Suai Struktur Ayat Atau Perkataan Sekiranya


Berkeperluan

Responden perlu dibimbing berkaitan konsep tanda bacaan dan latihan sebagai menguji
kefahaman mereka memangdangkan strutur ayat dalam majalah lebih terarah kepada ayat
penyata bukan kepelbagaian pola ayat yang ingin dibina.. Pelajar perlu mahir bahasa
serta penguasaan pemahan yang tinggi. Stail pembelajaran yang lama tidak berupaya
menyediakan persekitaran pembelajaran yang berbentuk pelbagai pancaindera dan ia
sesuai untuk manusia yang mempunyai berbagai-bagai gaya pembelajaran dan tahap
kognitif. Ia juga membantu para pelajar menjadi fleksibel dalam proses mental mereka
dan bukan hanya membatasi diri mereka dengan gaya sendiri sahaja. ini menyebabkan
perkemnbangan minda terbatas. lantas bagaimana keperluan pembelajaran berasaskan
KBAT pasti terganggu.

Pelbagai bentuk maklumat dapat disampaikan dengan kurang berkesan dan menarik.
Penggunaan gambar rajah dan video umpamanya ketika menerangkan tentang praktikal
solat dan sebagainya sangat elok digunakan bagi meningkatkan keberkesanan dan
kefahaman pelajar terhadap apa yang diajarkan. Kajian juga menunjukkan maklumat
yang diterima dalam bentuk grafik dan gambar rajah dapat diterima dengan lebih mudah
serta dikodkan dalam minda pelajar.berbanding bentuk gambar sahaja.

Perlu Memilih Dahulu Berdasarkan Keperluan Semasa


Kesesuaian Menggunakan Akhbar Sebagai Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Menengah diselanggara sebagai bahan bantu mengajar, menimbulkan
minat kepada pelajar. .Kelemahan ADD berlaku apabila pelajar yang kurang membaca
maka pengajaran guru menjadi kurang berkesan sikap dan minat pelajar menjadikan
guru terpaksa bekerja 2 kali ganda bagi memilih keperluan pembelajaran kepada pelajar
tentang bahan-bahan bacaan yang sesuai khususnya akhbar (Lim Duan Lib, 1997).
Keadaan menjadi lebih buruk lagi apabila banyak guru yang tidak gemar membaca.
Kajian yang dibuat oleh Mahzan (2004) mendapati bahawa ramai pendidik di negara ini
tidak menunjukkan minat yang tinggi dalam kegiatan membaca. Menurut Mahzan
(2004), jumlah pendidik yang membaca kurang daripada sepuluh jam seminggu adalah
hampir 50 peratus daripada jumlah pendidik dalam kajian beliau. Dengan perkataan lain,
mereka hanya membaca lebih sedikit daripada satu jam sehari. Dengan bacaan yang
terbatas, guru tidak dapat menyampaikan isi kandungan tentang penulisan karangan yang
bernas dan meluas
Guru perlu memikirkan kemampuan pelajar, pencapaian objektif kesesuaian
pembelajaran serta teknik pengajaran yang berkesan ini menambahkan kerja. kerana buka
semua bahan akhar mampu digunakan terutama sebahagian subjek seperti kimia, fizik
tidak terdapat dalam akhbar.

Cadangan Langkah Untuk Menggiatkan Penggunaan Akhbar Dan Majalah Di


Dalam Bilik Darjah
Sebagai salah satu Aktiviti Pembelajaran
mengunakan akhbar agar ia bukan sekadar saluran menyampaikan maklumat kepada
orang ramai, tetapi boleh dimanfaatkan oleh guru dan pelajar sebagai bahan pengajaran
dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah. Keberkesanannya dalam P&P banyak
membantu guru melaksanakan proses pengajaran dan menjadikan suasana di bilik darjah
aktif dan menarik, sekali gus merangsang minat pelajar untuk memberi tumpuan kepada
pelajaran. Pada masa sama, pelajar juga dapat menambah pengetahuan dengan pelbagai
maklumat semasa yang dimuatkan akhbar, sama ada maklumat dalam atau luar negara, di
samping bertujuan memantapkan kualiti bahasa. Penggunaan akhbar melalui konsep
Akhbar Dalam Darjah (ADD) yang diperkenalkan Berita Harian boleh membantu tugas
guru melaksanakan tanggungjawab dalam pengajaran dengan lebih berkesan.Dengan cara
itu, pelajar dapat dilatih menggunakan kreativiti sendiri untuk berucap di khalayak atau
pengucapan awam yang juga dapat menolong pelajar dalam ujian lisan. Selain itu, cara
ini juga dapat melahirkan pelajar yang petah bercakap.
Keratan rencana pengarang akhbar juga dapat membantu pelajar dalam penulisan
karangan. Melaluinya, guru hendaklah meminta pelajar menyenaraikan isi-isi penting
yang terdapat dalam keratan tersebut di dalam buku latihan sebelum ditampal di dalam
buku khas yang disediakan. Semasa pelajar membentangkan keratan rencana pengarang
akhbar di kelas, pelajar yang lain hendaklah membuat catatan di dalam buku latihan.
Kaedah tersebut tentunya menjimatkan masa kerana dalam setahun, setiap pelajar hanya
dikehendaki membuat tujuh hingga lapan keratan sahaja. Hasil daripada perkongsian
antara pelajar, mereka berjaya mengumpul semua tajuk keratan rencana pengarang
akhbar untuk setahun (365 buah keratan akhbar).

Sepanjang sesi pengajian berlangsung, guru akan memilih tajuk yang tertentu
daripada keratan rencana pengarang akhbar yang dikira penting untuk perbincangan di
kelas bagi aktiviti penulisan karangan. Aktiviti tersebut akan memberikan keseronokan
kepada pelajar kerana mereka dapat berkongsi bahan dan idea, serta dapat berbincang
bersama-sama

Aktiviti Latihan
Kerja kumpulan membina soalan boleh dipraktikkan dalam pembelajaran komponan
sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS). Aktiviti ini memerlukan
kreativiti dan mencabar minda pelajar.
sebagai contoh
Untuk aktiviti ini para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan
akan dibekalkan sebuah karya sastera yang terdapat dalam teks KOMSAS. Setiap
anggota dalam kumpulan akan menyumbangkan idea untuk membina soalan dan
menyediakan jawapan bagi setiap soalan yang dibina. Rasional aktiviti ini dijalankan
adalah untuk memastikan pelajar-pelajar membaca karya berkenaan dengan teliti. Hal ini
kerana untuk membina soalan memerlukan `penggubal soalan itu benar-benar
memahami jalan cerita dan setiap aspek sastera yang terkandung di dalamnya. Soalan
yang akan dibina pula sudah tentulah aspek yang penting yang terkandung dalam karya
sastera berkenaan, yakni soalan yang mencabar minda.

Menelaah teks komsas untuk aktiviti membina soalan


Cara ini akan memberi pengalaman kepada pelajar untuk mengenal pasti bahagian-
bahagian yang penting yang terdapat dalam karya sastera berkenaan. Pengalaman di bilik
darjah mendapati pelajar mampu membina soalan hasil daripada perbincangan dalam
kumpulan.

Selepas aktiviti membina soalan dijalankan, sesi kuiz pula diadakan. Guru akan
mengumpul soalan-soalan yang dibina oleh pelajar dan memilih soalan-soalan yang
sesuai untuk dijadikan soalan kuiz dengan sedikit pengubahsuaian. Selain dapat
mencungkil kreativiti pelajar melalui aktiviti yang dijalankan, pelajar-pelajar juga akan
berasa bangga apabila soalan-soalan yang mereka bina terpilih. Manakala bagi mereka
yang soalan mereka tidak terpilih akan berusaha pada sesi pembelajaran lain supaya
soalan yang dibina akan terpilih. Suasana pembelajaran seperti ini akan mewujudkan
iklim pembelajaran yang sihat kerana masing-masing pelajar bersaing antara satu sama
lain membina soalan yang berkualiti untuk dipilih sebagai soalan kuiz.

contoh latihan
Kaedah Hafalan Sifir Bahasa
Dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu, khususnya dalam tatabahasa yang rata-ratanya pelajar lemah dalam aspek ini,
kaedah hafalan boleh diperkenalkan.
Kaedah pengajaran secara hafalan, sebagaimana hafalan sifir dalam matematik,
mempunyai kaitan dengan penggunaan kata dalam bahasa. Hal ini demikian kerana
terdapat banyak pelajar yang tidak mampu menggunakan kata dengan tepat. Dalam
penulisan, penggunaan kata sendi nama dan kata hubung banyak digunakan. Maka,
pelajar mesti cekap dalam kedua-dua penggunaan kata itu bagi menghasilkan penulisan
yang baik, terutamanya dari segi penggunaan kata dalam ayat. Kata sendi dan kata
hubung biasa sangat digunakan dalam penulisan sebagai perangkai kata atau penanda
wacana. Perangkai kata digunakan untuk menghubungkan perkataan dengan perkataan,
ayat dengan ayat dan perenggan dengan perenggan. Sekiranya pelajar tidak menguasai
perangkai-perangkai kata itu, sukar untuk mereka menggunakannya dalam penulisan.
Semua guru bahasa akan mengajarkan golongan kata yang terdapat dalam sukatan
pelajaran bahasa Melayu sekolah rendah dan menengah, tetapi kerap kali pelajar lupa
akan fungsi kata bagi setiap kata atau bertukar antara satu sama lain. Contohnya, antara
sendi nama dari dan daripada. Berdasarkan pengalaman penulis, diperhatikan bahawa
pelajar kerap bertukar antara kedua-duanyanya. Contohnya;
1) *Ahmad menerima surat dari kawannya.
2) *Dia tinggal tidak jauh daripada rumah ibunya.

Kedua-dua perkataan sendi nama di atas telah disalahgunakan. Ayat (1) sepatutnya
menggunakan kata sendi daripada manakala bagi ayat (2), kata sendi yang betul ialah
dari. Hal itu berlaku dalam kalangan pelajar kerana mereka tidak benar-benar faham akan
fungsi atau penggunaan kata sendi berkenaan. Kata sendi dari hanya boleh digunakan
untuk arah datangnya sesuatu dan untuk menyatakan permulaan masa. Kata sendi
daripada pula digunakan untuk hal-hal lain, seperti orang, perbandingan, asal kejadian,
benda abstrak dan untuk menunjukkan keanggotaan.

Kesilapan-kesilapan yang sering berlaku inilah memerlukan suatu perkaedahan dalam


pengajaran dijalankan di dalam bilik darjah, salah satunya melalui aktiviti sifir bahasa.

Operasi Aktiviti Sifir Bahasa

1) Kaedah hafalan atau Sifir Bahasa ini digunakan untuk mengajarkan kesemua jenis
golongan kata.
2) Fokus diberikan kepada kata sendi nama dan kata hubung terlebih dahulu kerana
kedua-dua kata itu kerap digunakan dalam penulisan sebagai penanda wacana atau
perangkai kata. Kemudian diikuti dengan golongan kata yang lain pula.
3) Pelajar diberikan senarai kata sendi nama dan kata hubung berserta dengan fungsi
atau cara penggunaannya untuk dihafal di rumah.
4) Semasa di bilik darjah guru akan memperuntukkan masa antara lapan hingga 10
minit pertama sebelum sesi pengajaran dimulakan untuk aktiviti sifir bahasa. Guru akan
meminta semua pelajar berdiri dan akan mengemukakan soalan terbuka menanyakan
fungsi kata sendi nama atau kata hubung.
5) Pelajar yang tidak berjaya semasa sesi soal jawab akan didenda iaitu membuat kerja
rumah. Pelajar dikehendaki merujuk kepada lima kata sendi nama atau kata hubung
dengan menyatakan fungsi setiap kata tersebut.
6) Pada hari-hari yang berikutnya guru akan meneruskan aktiviti hafalan ini di bilik
darjah hingga semua pelajar dapat menguasai fungsi kata sendi nama dan kata hubung.
7) Pada hari-hari seterusnya aktiviti golongan kata yang lain pula dijadikan sebagai
aktiviti seperti sebelumnya.
8) Aktiviti ini hendaklah dibuat sepanjang tahun. Setelah kesemua golongan kata
telah dijalankan, guru akan membuat ulangan untuk memantapkan lagi ingatan dan
kefahaman pelajar.

Aktiviti Sokongan
Aktiviti Minda Kreatif (mengcungkil kreativiti pelajar)
Kreativiti pelajar dapat dicungkil seandainya guru bijak menjalankan aktiviti yang
boleh merangsang minda pelajar. Kadang-kadang pengajaran dan pembelajaran
secara biasa tidak mampu menajamkan kreativiti pelajar.
Pelajar yang dikategorikan sebagai remaja merupakan golongan yang mempunyai
tingkat sensitiviti yang tinggi. Sensitiviti yang ada pada para remaja
membolehkan mereka mengungkapkan kata-kata yang menghasilkan pelahiran
perasaan dan membangkitkan rasa keindahan bahasa. Kalangan pelajar atau
remaja dalam lingkungan umur 14 hingga 15 tahun berupaya merumuskan kata
yang berkesan sehingga terbentuk satu rangkai kata yang boleh memberikan
maksud dan kesan mendalam berupa kata-kata hikmat. Rasional aktiviti ini
dijalankan adalah untuk penulisan karangan kerana markah bonus ada
diperuntukkan kepada pelajar-pelajar yang mampu memasukkan kata hikmat
dalam penulisan karangan.
Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam bilik darjah. Para pelajar diminta secara
spontan menghasilkan ungkapan penarik atau kata-kata hikmat secara spontan
dalam sesi pembelajaran. Pelajar-pelajar diberikan masa selama lebih kurang 25
minit untuk berfikir dan mengungkapkan kata. Pengalaman penulis mendapati
hasilnya sangat mengagumkan apabila majoriti pelajar dapat menghasilkan kata-
kata hikmat sendiri. Diperturunkan beberapa contoh kata hikmat yang dihasilkan
oleh pelajar.

i. Jadikan hari ini sebagai permulaan dan hari esok sebagai penentuan
hidup anda.
ii. Orang yang berjaya dengan cemerlang dalam hidupnya ialah orang
yang tidakpernah memikirkan tentang kegagalan.
iii. Setitis air tidak boleh menjadi selautan air, tetapi sedikit ilmu boleh
menjadi
selautan ilmu.
iv. Latihan berterusan telusnya kemahiran.
v. Setiap langkah adalah permulaan yang akan menyelesaikan
permasalahan.
vi. Menyeru manusia kepada kebaikan adalah sukar berbanding
mengajak manusia kearah keburukan.
vii. Pengalaman lalu tidak boleh dijadikanpengalaman yang abadi untuk
dicontohi.
viii. Semalam merupakan kenangan manakala hari esok merupakan
harapan dan pastikanharapan itu akan menjadi kenyataan.

Aktiviti ini menjelaskan bahawa, pelajar peringkat sekolah pun mampu berfalsafah jika
mereka diberi peluang. Pembaharuan dalam P & P dapat menggalakkan pelajar untuk
menulis kata-kata hikmatnya sendiri yang sudah tentulah akan dapat membudayakan
pemikiran kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar.

Rumusan/Kesimpulan

Kepelbagaian perkaedahan dalam mengajar adalah penting. Kaedah-kaedah yang telah


diutarakan semuanya adalah berpusat kepada pelajar dan guru sebagai fasilitator, yang
lebih menjurus kepada pembudayaan pemikiran pelajar yang kreatif dan inovatif.
Para pelajar akan seronok belajar apabila guru menggunakan pelbagai pendekatan dalam
pengajaran. Keseronokan dalam menjalankan aktiviti akan menyebabkan mereka minat
untuk belajar dan guru dapat menerapkan input-input berkaitan dengan kreativiti dan
inovasi dalam P & P, supaya nanti institusi sekolah bukan sahaja dapat melahirkan
pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik semata-mata tetapi seorang pelajar
yang kompeten, inovatif, kreatif dan berkebolehan dalam usaha membangun modal insan
minda kelas pertama sejajar dengan teras kedua yang terdapat dalam PIPP. Seterusnya,
memenuhi keperluan Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang
maju

Rujukan

Edgar Dale 1978. The Good Mind : Phi Delta Kappa Educational Foundation.

Izani Hj Daud 2010. Belajar Bahasa dengan Keratan Akhbar. dlm. Bahasa: Jld.
22, Bil. 05: 5 Mei. hlm. 24-25.
_________ 2009. Sifir Bahasa. dlm. Pelita Bahasa: Jld. 22, Bil. 04:4 April, hlm.
38-39.

Kamus Dewan 1994(Edisi Ketiga). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pellegrino,Richard & Politis,Michael 1999. Improving Your IQ..New York : A


Simon & Schuster Macmillan Company.

Sebagai seorang guru Bahasa Melayu sekolah rendah, sediakan penulisan yang
memaparkan analisis pendapat anda yang menyentuh tentang TIGA perkara
berikut:

i. Jelaskan EMPAT kelebihan penggunaan akhbar dan majalah di dalam


bilik darjah.
ii. Jelaskan EMPAT kelemahan penggunaan akhbar dan majalah di dalam
bilik darjah.
iii. Cadangkan dalam bentuk huraian tentang EMPAT langkah untuk menggiatkan
penggunaan akhbar dan majalah di dalam bilik darjah

Vous aimerez peut-être aussi