Vous êtes sur la page 1sur 3

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

20:41 No comments

Ayat Aktif
Ayat aktif ialah yang menekankan atau mengutamakan si pelaku/pembuat sebagai subjek dan
ayatnya mengandungi kata kerja yang berawalan MeN- (me-, mem-, men-, menge-, dan
meny-).

Ayat Pasif
Ayat pasif ialah ayat yang menekankan/mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini
mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan di- beserta dengan kata
sendi oleh.

Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini.

Ayat Aktif Ayat Pasif

1. Saya sudah menyiapkan semua 1. Semua kerja sekolah telah saya


kerja siapkan.
sekolah.
2.Kami mesti menumpukan perhatian 2.Perhatian mesti kami tumpukan
apabila guru mengajar. apabila guru mengajar.
3. Kamu perlu mengajarnya menulis 3. Menulis jawi perlu kamu ajar
jawi. kepadanya.
4. Ayah membelah kayu api itu. 4. Kayu api itu dibelah oleh ayah.
5. Mereka sedang menganyam tikar 5. Tikar mengkuang itu sedang
mengkuang dianyam oleh
itu. mereka.

Jenis-jenis Ayat Aktif

Ayat aktif terbahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:-

1. Ayat aktif transitif


2. Ayat aktif tak transitif

a) Ayat Aktif Transitif

Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh
frasa nama sebagai objek.
b) Ayat Aktif Tak Transitif

Ayat aktif tak transitif ialah ayat aktif yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang
tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut.
Perhatikan binaan ayat aktif tak transitif di bawah ini.
1. Anak kecil itu pandai menyanyi.
2. Ibunya sedang mandi.
3. Motosikal itu terjunam ke dalam gaung.

Hanya ayat aktif transitif yang dapat dipasifkan kerana ayat aktif transitif mempunyaobjek di
dalamnya. Ayat aktif tak transitif tidak dapat dipasifkan kerana tidak mempunyai objek di
dalam ayat tersebut.

Jenis-jenis Ayat Pasif

Dalam bahasa Melayu baku ayat pasif dapat dibahagikan kepada tiga jenis seperti yang
berikut:-

1. Ayat pasif diri pertama - (aku, saya, beta, hamba, patik, daku, kami dan beta)
2. Ayat pasif diri kedua - (anda, awak, engkau, kamu, kalian dsb)
3. Ayat pasif diri ketiga - (dia, mereka, nya, beliau, Ali dsb)

Perhatikan penerangan di bawah ini.

a) Ayat Pasif Diri Pertama


Ayat pasif diri pertama ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri
pertama seperti aku, beta, saya, kami, kita, dan sebagainya.
Ayat contoh:
b) Rumah itu saya bina.
b) Kereta itu kami beli.
b) Jambatan itu aku robohkan.

b) Ayat Pasif Diri Kedua


Ayat pasif diri kedua ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri kedua
seperti awak, kamu, anda, dan sebagainya.
Ayat contoh:
1. Jam tangan itu kamu beli?
2. Kasut kulit itu awak gilap?
3. Buku novel itu anda baca?

c) Ayat Pasif Diri Ketiga


Ayat pasif diri ketiga ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri ketiga
seperti dia, beliau, mereka, dan sebagainya.
Ayat contoh:
1. Dahan rambutan itu dicantas oleh mereka.
2. Pintu bilik itu dibaiki oleh Maniam.
3. Lori panjang itu dipandu olehnya/dia.
Ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua adalah sama bentuknya tetapi ayat
pasif diri ketiga bentuknya berbeza dengan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua.

Elakkan daripada membina/membentuk ayat pasif diri ketiga sama seperti


pembentukan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua dan sebaliknya.
Contoh:
1.a) Bilik tidur itu mereka kemaskan. (X)
b) Bilik tidur itu dikemaskan oleh mereka. ()

2.a) Permaidani itu Ali hamparkan di ruang tamu. (X)


b) Permaidani itu dihamparkan oleh Ali di ruang tamu. ()

3.a) Nasi itu telah ditanak oleh saya. (X)


b) Nasi itu telah saya tanak. ()

4.a) Pasu bunga itu telah dipecahkan oleh awak? (X)


b) Pasu bunga itu telah awak pecahkan? ()

Vous aimerez peut-être aussi