Vous êtes sur la page 1sur 2

LAMPIRAN 2 SOALAN TAKSIRAN

.1. Berikut adalah faktor tinggal di asrama KECUALI

A. Mudah berbincang dengan rakan-rakan


B. Belajar Hidup Berdikari
C. Tidak terikat dengan disiplin

2. Carikan huraian mengenai kebaikan tinggal di asrama.

A. Masa belajar fleksibel


B. Belajar mematuhi masa
C. Pengaruh rakan sebaya

3. Apakah keburukan tinggal di rumah?

i. Belajar sambil lewa iii. Dapat menolong ibubapa


ii. Masa belajar fleksibel iv. Tiada disiplin waktu

A. i & ii
B. i & iii
C. i & iv

4. Faktor manakah yang menyokong pelajar tinggal di asrama lebih baik daripada tinggal
di rumah ?

i. Perbelanjaan wang iii. Mematuhi masa


ii. Disiplin pelajar iv. Pencapaian akademik

A. i & ii
B. ii & iii
C. iii & iv

5. Pilihkan huraian yang benar mengenai faktor disiplin di asrama.

A. Pelajar peka dengan isu-isu pembelajaran seperti penukaran jadual matapelajaran


B. Pelajar sentiasa patuh kepada peraturan dan undang-undang asrama
C. Pelajar mudah berpengaruh dengan rakan sebaya
6. Pilih susunan kebaikan tinggal di rumah mengikut keutamaan pelajar.

Q Mendapat masa yang fleksibel untuk belajar


R Mendapat makanan secara percuma
S Mendapat kasih sayang yang mencukupi daripada ahli keluarga

A. R > S > Q
B. Q > R > S
C. S > Q > R

7. Pilih ayat yang mengadungi unsur perbandingan di antara tinggal di asrama dengan
tinggal di rumah.

A. Pelajar di asrama lebih berdikari daripada pelajar yang pergi ke sekolah dari rumah.
B. Pelajar di asrama sentiasa berpraktis untuk hidup berdikari.
C. Pelajar di asrama berdikari dalam menyelesaikan tugasan harian tanpa bergantung
kepada orang lain.

8. Mengapakah ibubapa pelajar menghantar anak mereka ke asrama sedangkan setiap


kemudahan terdapat di rumah?

A. Mengajar anaknya supaya patuh kepada undang-undang dan peraturan di jalanraya.


B. Menjadikan anaknya berinsan mulia dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
C. Menjadikan anaknya lebih berdisiplin serta dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan
sendiri