Vous êtes sur la page 1sur 4

Assignment Gelagat Organisasi

Assignment paper gelagat organisasi ini berkaitan gaya


kepimpinan dalam organisasi. Assignment ini disediakan
berdasarkan hasil temu bual dengan En. Sapowan Sanusi,
seorang pengarah urusan di organisasinya..Semoga dapat
dijadikan panduan untuk student2 dan kawan2 semua....

Dalam mencapai matlamat organisasinya, En. Sapowan


menjelaskan bahawa dia perlu proaktif melalui aspek
keberkesanan gaya kepimpinannya terhadap perkerja.
Kepimpinan baginya memainkan peranan yang sangat penting
dalam menentukan kejayaan di dalam organisasi. Beliau sentiasa
menerapkan nilai-nilai positif di dalam gaya pertuturan, gaya
bahasa badan dan perbuatan di dalam memimpin perkerja-
pekerjanya dan berpendapat dengan cara in dapat memberi
rangsangan motivasi yang lebih berkesan.

Gaya kepimpinan yang diamalkan ini bersamaan dengan gaya di


dalam Teori Kepimpinan Laluan Matlamat (Path Goal Theory)
yang diperkenalkan oleh Robert House, mencadangkan bahawa
tingkah laku pemimpin seharusnya dilihat sebagai suatu tindakan
yang boleh memotivasikan pekerja. Teori ini menerangkan
bahawa seorang pemimpin perlu menguatkan hubungan di antara
gaya kepimpinannya dengan perwatakan pekerja dan agenda
tugas sesebuah organisasi. Dengan ini, pemimpin akan
memahami bahawa pekerja akan termotivasi sama ada dalam
keadaan merasa berkemampuan untuk mencapai sesuatu tugas
yang diberikan, ataupun mereka dapat menjangkakan hasil kerja
yang akan dsiapkan, ataupun kepercayaan tentang aspek
penghargaan yang akan diberikan berkaitan hasilnya.

Empat gaya kepimpinan yang dimanfaatkan oleh En. Sapowan


dalam memotivasikan pekerjanya selaras dengan Teori Laluan
Matlamat ialah:
Pertama: Kepimpinan berorientasikan arahan (Directive
Leadership)

Ia dikaitkan dengan gaya menyampaikan atau memberi


penjelasan kepada pekerja. Contoh yang dapat dilihat, di dalam
memberikan arahan mengenai sesuatu tugas, En. Sapowan akan
memberikan penerangan dan maklumat yang sempurna
mengenai bagaimana sesuatu tugas itu boleh disempurnakan dan
juga penetapan waktu yang diperuntukkan untuk
menyelesaikannya. Kemudian beliau akan menambah penjelasan
mengenai apakah harapannya dan kepentingan berkaitan tugas
tersebut dari segi mencapai matlamat jangka pendek dan jangka
panjang organisasi mereka. Kebaikan gaya kepimpinan
berorientasikan arahan ini pekerja mendapat gambaran awal dan
kefahaman yang jelas untuk memulakan sesuatu tugasan yang
diberikan kerana arahan yang disampaikan secara spesifik.

Kedua: Kepimpinan berorientasikan sokongan (Supportive


Leadership)

Sebagai seorang pemimpin, En. Sapowan sentiasa menunjukkan


sikap yang terbuka, gaya yang mesra dan prihatin terhadap para
pekerjanya. Sikap in merujuk kepada orientasi sokongan iaitu
tingkah laku yang memberi pertimbangan kepada pekerja. Gaya
ini bertujuan untuk mewujudkan suasana kerja yang
menyenangkan apabila pemimpin melayan pekerja tanpa
berdasarkan mobiliti sosial dan turut menghormati status
kedudukan mereka. Kebaikannya, gaya kepimpinan ini mampu
mewujudkan suasana mesra agar pekerja termotivasi dengan
penuh rela hati bagi melaksanakan sesuatu tugasan.

Ketiga: Kepimpinan berorientasikan penyertaan (Participative


Leadership)

Gaya kepimpinan ini memberi motivasi kepada pekerja dengan


menganggap mereka adalah aset paling penting syarikat dan
sebahagian dari nadi organisasi. Selaras dengan teknik ini En.
Sapowan mengalu-alukan penyertaan para pekerjanya untuk
mereka berkongsi pendapat dalam menetapkan sesuatu
keputusan. Selalunya beliau membuka ruang untuk rundingan
kepada pekerja agar mereka dapat menyumbang idea dan
cadangan.

Keempat: Kempimpinan berorientasikan pencapaian


(Achievement-Oriented Leadership)

Kepimpinan dengan gaya ini diaplikasikan oleh En. Sapowan


dengan memberikan cabaran kepada pekerjanya untuk
melaksanakan tugasan dengan cemerlang dan mencapai
peringkat tertinggi kemampuan mereka. Langkah pertama
dengan menyatakan keyakinan yang tinggi bahawa pekerja
mempunyai kemampuan untuk mencapai matlamat cabaran
tersebut. Kemudian, beliau akan memantau setiap mutu kerja
mereka supaya pencapaian tersebut sentiasa konsisten dan
mempunyai kesinambungan.

Teori laluan matlamat ini tidak mengongkong beliau untuk


menggunakan satu gaya kepimpinan sahaja, sebaliknya terbuka
kepada penggunaan pelbagai gaya mengikut kesesuaian situasi.
Pada pandangan saya teori ini lebih tertumpu kepada pemberian
motivasi kepada pekerja agar mereka lebih bersemangat untuk
melaksanakan tugas dengan sempurna. Sebagai pemimpin,
peranan untuk membentuk organisasi yang berkesan dari
pelbagai sudut adalah penting. Kepimpinan perlu menekankan
aspek motivasi kerana ianya amat penting dalam memastikan
kecemerlangan organisasi terhasil melalui kecemerlangan modal
insan dalam setiap organisasi. Oleh itu, En. Sapowan mesti
memastikan proses memotivasikan pekerjanya diperbaharui dari
masa ke semasa agar pencapaian tugasan dalam organisasinya
terus meningkat dan berkesinambungan.

Hasil daripada temu bual saya bersama En. Sapowan, gaya


kepimpinan beliau dalam memotivasikan pekerjanya dapat
dikongsi di sini. Dari segi pemahaman beliau, motivasi membawa
definasi satu aktiviti atau cara melalui perbuatan, pertuturan dan
tingkah laku yang memberi kesan atau dorongan dalaman
kepada seseorang atau sekumpulan individu untuk melakukan
kerja atau tugasan dengan lebih baik dan berkesan. Dorongan
dalaman bermakna secara spritual atau emosi di mana ianya
sangat kuat lagi mendorong sesorang untuk melakukan pekerjaan
atau tugasan dengan iltizam untuk mencapai kecemerlangan diri
mahupun matlamat organisasi.

Tambah beliau lagi motivasi sangat berkait rapat dengan sikap


individu atau golongan sasaran, pemimpin organisasi haruslah
bijak dengan memberi motivasi yang berkesan supaya dapat
mengubah sikap negatif pekerja kepada positif. Contohnya, sikap
malas berubah menjadi rajin, pekerja yang kurang
bertanggungjawab berubah menjadi lebih amanah dan sifat suka
berbohong berubah menjadi jujur. Teori motivasi yang berkesan
jika diaplikasikan dengan betul dapat memberikan keyakinan
yang tinggi terhadap diri pekerja.

Vous aimerez peut-être aussi