Vous êtes sur la page 1sur 7

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN

_____________________________________________________________________
MPU3201
BAHASA KEBANGSAAN A
SEM 2 /2016-2017
_____________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi DUA (2) soalan sahaja.

2. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman.

3. Panjang tugasan 1 hendaklah antara 170 hingga 180 patah perkataan. Bilangan perkataan
hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan
tugasan dalam jawapan anda.

4. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 28 April 2017.


5. Anda perlu menyenaraikan satu isi utama (IU), enam isi sokongan (IS) dan satu
kesimpulan (K).
6. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain.
Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri

1
SOALAN TUGASAN 1 (5 %)

Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan
ringkas dengan tidak menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat dengan
tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 170 hingga 180 patah
perkataan. Jumlah perkataan hendaklah ditulis pada akhir jawapan. Jawapan hendaklah
ditulis dalam ruangan yang disediakan.
[Jumlah: 5 markah]

8 Jun ialah Hari Laut Sedunia yang pertama kali diisytiharkan pada 8 Jun 1992 di Puncak
Bumi, Rio de Janeiro, Brazil. Pengisytiharan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran
mengenai pentingnya laut kepada kehidupan manusia. Tahukah kita bahawa peranan laut
begitu menakjubkan sebagai penampan? Laut menampan haba, gas rumah hijau seperti
karbon dioksida dan bahan cemar untuk mengimbangkan iklim bumi seterusnya
melindungi manusia daripada perubahan mendadak kenaikan suhu bumi. Berbanding
pencemaran darat yang boleh dilihat dengan jelas dan lebih mudah diuruskan,
pencemaran di laut tidak dapat disempadankan. Kesan buruknya tidak dapat dilihat
dengan mata kasar. Malangnya, kebutaan ini menyebabkan manusia kian angkuh dengan
pelbagai aktiviti yang terus menerus memusnahkan laut.

Sampah plastik, sisa industri, dan minyak dikenal pasti sebagai angkara utama
manusia yang mengganggu dan seterusnya membunuh habitat marin. Meskipun dalam
kepekatan yang kecil, komponen beracun pencemar ini mampu membantutkan kebolehan
hidupan marin untuk membiak dan membesar. Peningkatan drastik pencemaran laut
berasaskan plastik sejak tahun 1940-an, kini merupakan isu yang begitu meruncing.
Setiap tahun, puluhan ribu hidupan marin terkorban atau cacat akibat sampah plastik.
Kajian mendapati sekurang-kurangnya 30,000 hidupan mati terperangkap atau tercekik.

Selain itu, pembuangan sisa minyak dan tumpahan dari kapal dan Perang Teluk
telah meninggalkan kesan terhadap persekitaran dan biodiversiti laut. Kesan kemusnahan
daripada tumpahan minyak amat sukar dikenal pasti. Hal ini demikian kerana kesannya
terhadap hidupan marin tidak kelihatan dengan mata kasar serta tidak menyebabkan
perubahan ekonomi serta merta. Tumpahan minyak paling buruk dalam sejarah adalah
daripada kapal tangki minyak Exxon Valdez pada tahun 1989 yang pecah dan
menumpahkan lebih 35,000 tan minyak mentah di perairan Prince William Sound di
Alaska. Minyak bukan sahaja telah meliputi 2,300 kilometer persegi permukaan laut,
malah dalam masa tiga hari, 50 peratus daripada minyak itu mendak di persisiran pantai.
Hal ini menyebabkan kematian ratusan ribu hidupan marin termasuk 13 peratus daripada
populasi anjing laut, 28 peratus daripada populasi memerang laut dan sehingga 645,000
ekor burung laut. Hakikat bahawa minyak berskala besar yang tumpah ke dalam salah
satu ekosistem marin terkaya dengan biodiversiti dunia telah menyebabkan kegemparan
di serata dunia serta menimbulkan pelbagai kontroversi.
Hal ini telah menyebabkan kesedaran mengenai pencemaran laut telah uarkan-
uarkan dan diberi perhatian di seluruh dunia. Di negara ini, langkah mewujudkan Taman
Laut Malaysia sebagai kawasan perlindungan laut sejak 1994 melalui Akta Perikanan
1985 dilihat sebagai permulaan yang baik bagi usaha pemuliharaan laut. Setakat ini
sebanyak 40 pulau yang paling kaya dengan biodiversiti laut telah diwartakan sebagai
Taman Laut dan beberapa pulau lagi masih dalam kajian.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rencana Pencemaran Laut


Kian Kritikal dalam Mingguan Malaysia, Jun 2012, hal 16-17.)

SOALAN TUGASAN 2 (5%)

Andaikan bahawa anda pengguna yang kerap membeli makanan di premis makanan di
sekitar tempat tinggal anda. Anda mendapati bahawa tahap kebersihan premis makanan
yang anda kunjungi semakin menurun. Anda ingin mengadukan hal tersebut kepada pihak
yang bertanggung jawab tentang perkara itu.

Tulis surat aduan anda selengkapnya.

[Jumlah: 5 markah]

Lihat contoh surat rasmi (aduan) di bawah.

Andaikan bahawa anda pengguna yang kerap membeli barang-barang keperluan di pasar-
pasar malam di sekitar tempat tinggal anda. Anda mendapati bahawa ada antara peniaga-
peniaga pasar malam itu yang menipu pembeli, melanggar arahan kementerian yang
berkenaan, dan sebagainya. Anda ingin mengadukan hal tersebut kepada pihak yang
bertanggungjawab tentang perkara itu. Tulis surat aduan selengkapnya.

3
21-C, Jalan Bukit Baru 17,
Taman Desa Baru,
75450 Melaka.

Bahagian Penguat Kuasa,


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
Cawangan Melaka,
No. 25 & 26,
Jalan Taming Sari,
75430 Melaka. 11 MAC 2017.

Tuan,

Aduan tentang Masalah Kebersihan Makanan Yang Menurun

Saya, sebagai pengguna yang sering membeli barang keperluan harian di beberapa pasar
malam di daerah ini ingin menarik perhatian Tuan berhubung dengan perkara di atas.
Menerusi kunjungan saya ke beberapa pasar malam di Pringgit, Bukit Baru, Semabok dan
Duyung, saya mendapati bahawa banyak peniaga yang melakukan penipuan dan
melanggar arahan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

2. Perkara yang paling kerap diabaikan oleh para peniaga di pasar-pasar malam
berkenaan ialah tidak meletakkan tanda harga pada barangan jualan mereka. Hal ini jelas
melanggar arahan pihak Kementerian yang menghendaki setiap peniaga supaya
meletakkan tanda harga pada barangan jualan mereka. Saya mendapati, tindakan yang
sengaja dilakukan ini adalah untuk memungkinkan mereka menjual barangan yang sama
dengan harga yang berbeza-beza. Tindakan ini jelas menganiaya para pengguna.

3. Selain itu, saya ingin juga mengadukan sikap tidak jujur para peniaga ayam dan
daging di keempat-empat pasar malam itu. Ada antara peniaga barang kawalan ini yang
tidak mematuhi harga yang ditetapkan oleh pihak kementerian. Dengan kata lain, harga
yang diletakkan oleh mereka lebih mahal daripada harga yang ditetapkan oleh pihak
kementerian. Malah, ada antara mereka yang enggan menjual ayam berdasarkan harga
sekilogram. Sebaliknay mereka menjualnya mengikut harga seekor ayam dengan harga
antara RM15.00 hingga RM16.00.

4. Saya mendapati bahawa kebanyakan harga sayur-sayuran yang dijual di keempat-


empat pasar malam yang saya sebut itu lebih mahal daripada yang dijual di pasar raya.
Pada bulan puasa yang lalu, misalnya harga cili merah dijual pada harga RM19 RM21
sekilogram di pasar malam jika dibandingkan dengan RM15 di pasar raya. Taktik
penjualan sayur-sayuran dengan harga RM1 selonggok pun rupa-rupanya adalah satu
taktik penipuan yang licik. Para pembeli terpaksa mengeluarkan RM3 untuk membeli tiga
longgok kacang yang beratnya sekitar 300 gram hingga 400 gram sedangkan harga
setengah kilogram sayur itu di pasar raya hanya RM2.50.

5. Selain itu, ada segelintir peniaga yang menggunakan peralatan sukatan dan
timbangan yang melakukan penipuan ketika melakukan timbangan. Beberapa orang
peniaga buah-buahan dan penjual barangan dapur yang berniaga di keempat-empat pasar
malam dikesan melakukan penipuan tersebut. Saya merasakan bahawa mereka telah
mengubahsuaikan dacing yang digunakan dalam urusan perniagaan mereka untuk
mendapat untung yang berlipat ganda.

6. Penjualan barangan cetak rompak seperti pita video, cakera padat, dan pita kaset
berleluasa juga di keempat-empat pasar malam itu. Mereka yang terlibat telah menjual
barangan yang rendah kualitinya itu secara terbuka dengan harga yang jauh lebih murah
daripada harga pita yang asli.

7. Saya berharap agar aduan saya ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada
pihak Tuan bagi melindungi para pengguna. Tindakan segera daripada pihak Tuan sangat
diperlukan agar perkhidmatan pasar malam yang telah banyak membantu golongan
pekerja sejak sekian lama tidak terjejas.

Sekian saja untuk perhatian dan tindakan pihak Tuan, terima kasih.

Yang bertanggungjawab,

Ahmad bin Ali


(Ahmad bin Ali)

5
6
7

Vous aimerez peut-être aussi