Vous êtes sur la page 1sur 4

PENDAHULUAN

ISU UTAMA

Apakah yang dimaksudkan dengan pembangunan peribadi dan sosial


pelajar?
Maksud peribadi ialah manusia sebagai diri sendiri, sifat-sifat (kelakuan, sikap) seseorang
yang sudah sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watak dirinya. Ia juga
menggambarkan sifat personaliti unik individu yang membezakan dirinya dengan
individu yang lain (Cloninger, 2008). Menurut Siti Fatimah (1993), sahsiah merujuk
kepada sistem tingkah laku individu. Ini bererti setiap individu ada cara bertindak yang
tersendiri dan cara bertindak itu adalah lebih kurang sama dari sehari ke sehari.
Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja.
Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak
adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta
Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah.
Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya
dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah
yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam
alam persekolahan.

Pembangunan hubungan rakan sebaya dan pemahaman interpersonal


Pembangunan pelajar di IPT dan pusat pengajian tinggi adalah amat penting ia
merupakan agen penyumbang dalam perkongsian bestari di antara institusi pendidikan
dan organisasi kerjaya. Pelajar yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial (JERIS) aset bagi sesebuah IPT dan idaman bagi semua organisasi . Justeru,
semua pihak perlu tenaga dan bekerjasama dalam merealisasikan impian ini dengan
merancang program-program pendidikan dan perkembangan yang dapat memenuhi
keperluan pasaran kerja kelak.
Setiap insan yang bergelar mahasiswa atau mahasiswi menginginkan
kecemerlangan dalam akademik. Pelajar yang cemerlang dalam akademiknya dianggap
cemerlang dalam pemikiran, sikap, dan tingkah laku .Namun begitu, kecemerlangan
dalam akademik yang diukur dengan PNGK semata bukanlah jaminan dalam melahirkan
graduan yang mempunyai minda kelas pertama. Pembangunan dari segi JERIS perlu
seimbang dengan pencapaian akademik pelajar. Hal inilah yang merupakan cabaran
utama bagi semua khususnya pensyarah kerana kekangan masa waktu pertemuan yang
terhad dengan pelajar tidak mampu untuk membantu pelajar dalam semua aspek
kehidupan mereka. Bahkan, melalui pembelajaran formal di dewan-dewan kuliah dan di
bilik-bilik seminar, hasrat inginkan kecemerlangan masih belum tentu dapat dikecapi
oleh semua pelajar. Justeru, kegiatan di IPT perlu dijadikan landasan sampingan bagi
memenuhi hasrat setiap pelajar.

Peranan rakan-rakan dalam pembangunan pelajar.


Mustafa Fahmi (1971) menyatakan remaja cenderung menuruti tingkah laku
kumpulan mana ia berada di dalamnya. Remaja diperingkat awalan ini akan bersungguh
mencuba bertingkah laku seperti tingkahlaku kumpulannya. Remaja ini juga akan
melakukan atau membuat apa yang dilakukan atau dibuat oleh kumpulannya. Muhd.
Mansur Abdullah dan rakan-rakan(1988) menyatakan dengan mencontohi rakan
sebayanya, belia kita akan dapat belajar satu tingkah laku baru yang cuba diserap dan
disesuaikan pula ke dalam personalitinya. Oleh itu pemilihan rakan sebaya adalah sangat
penting. Dalam hal ini, siapa yang patut menentukan jenis rakan sebaya yang menjadi
pilihan. Dalam Islam, ibu bapa sendiri mengenalpasti rakan-rakan yang berakhlak mulia
(Osman Ayub, 1990). Melalui rakan-rakanya yang positif ini akan wujudlah model-
model positif yang boleh dikembangkan di semua peringkat.

Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap perubahan karakter para
remaja. Penyataan ini dikuatkan lagi dengan sebuah hadis Rasullullah S.A.W yang
bermaksud , berkawanlah kamu dengan penjual minyak wangi supaya kamu akan
mendapat wangiannya , tetapi sekiranya kamu berkawan dengan tukang besi , nescaya ia
akan membakar bajumu. Hal ini bermaksud sekiranya remaja memilih rakan yang baik
dan berakhlak mulia, maka mereka akan bahagia tetapi sekiranya mereka berkawan
dengan kaki botol, kaki lepak dan kaki judi, maka lembah kebinasaan akan menunggu
mereka dan menghancurkan masa depan mereka. Krekeria rakan sebaya yang baik ialah
mereka yang mengaplikasikan konsep amal makruf naf mungkar yang bermaksud
menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran serta kemaksiatan. Selain itu,
rakan sebaya yang baik akan berkongsi masalah dengan para remaja. Kita sudah sedia
maklum bahawa terdapat segelintir remaja yang malu untuk berkongsi masalah dengan
ibu bapa. Kontradiksinya, mereka akan memilih rakan untuk meluahkan kesedihan dan
masalah mereka. Oleh itu, remaja tidak akan memendam masalah yang dihadapi sekali
gus menghasilkan remaja yang tenang dan berupaya menghadapi rintangan.

Keluarga berperanan menunjukkan suri teladan yang baik kepada para remaja
terutamanya ibu bapa yang merupakan mursyid dalam keluarga. Menerusi konteks
teladan dan contoh yang baik, ibu bapa mesti menjadi peran contohan atau role model
kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Selain itu, ibu bapa perlu mentarbiah
anak-anak ramaja menggunakan pendekatan Ali bin Abi Talib R.A, sahabat Rasullullah
S.A.W langkahnya ialah ibu bapa perlu berkawan dengan anak- anak remaja pada tujuh
tahun ketiga iaitu dalam lingkungan umur 14 hingga 21. Jika kita telusuri pendekatan ini,
ibu bapa sememangnya pihak yang paling dominin berkawan dengan remaja kerana para
remaja akan berasa dihargai dan tidak disisihkan oleh keluarga . Profesor Diraja Ungku
Aziz menyatakan bahawa rumah merupakan universiti pertama dan ibu bapa merupakan
professor pertama mereka. Oleh itu, melentur buluh biarlah dari rebungnya kerana anak-
anak remaja masih lagi melalui proses pencerapan nilai-nilai murni daripada ibu bapa.

Ciri-ciri daripada hubungan rakan sebaya

Populariti dan pengasingan sosial.


Teknologi dan hubungan rakan sebaya
Kepelbagaian hubungan rakan sebaya
Kajian berkait dan penemuan dalam bidang
Ringkasan atau kesimpulan
Rujukan

Vous aimerez peut-être aussi