Vous êtes sur la page 1sur 8

Aiskrim Choki-choki

Bahan-bahan
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
4 tin air
secubit garam
2 sudu 1/2 tepung jagung

Cara cara
1. kacau semua bahan bahan dan didihkan dengan api yang kecil.
Kemudian tapis.
2. Choki-choki potong 2, Picit masuk dalam plastik aiskrim dan ratakan
adunan aiskrim dalam plastik
Ais Krim Jelly Lolipop
Bahan-bahan
air 5000ml
1 packet jelly (tak kisah flavour apa-ikut citarasa)
1tin susu cair
4 senduk gula
3 jenis pewarna
pelastik ais krim

Cara Cara
1. Masuk kan air, jelly , susu cair dan gula (kacau dulu hingga sebati dan
larut , baru hidup kan api)
2. Masak hingga larut dan sebati * kacau selalu ye
3. Rasa dulu, kalau tawar tambah lg gula.
4. Bahagi kan kepada 3 bahagian dan warna kan.
5. Isi dlm plastik. Ikat.. Siap!
Aiskrim Jeruk
Bahan-bahan
Air
Gula
Jeruk

Cara-cara
Bancuh air gula je lepas tu campur je ngn jeruk

Aiskrim Kacang Hijau


Bahan-bahan
Kacang hijau (rendam semalaman)
Santan 1 liter
Gula 2-3cawan
Gula merah
1-3cubit garam

Cara-cara
1. Kacang hijau yang dah direndam semalaman tu rebus sampai
empuk/kembang
2. Air gula merah masak berasingan dan tapis
3. Bila kacang dah empuk masukkn air gula merah+gula+garam dan
santan. masak macam buat bubur kacang.
4. lepas tu tutup api. Bila suam baru isi dalam plastik ais krim.

Aiskrim Sumi
Bahan-bahan
3 cawan air
1 cawan susu cair
1 1/4 cawan susu pekat manis
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn 1 sudu besar air
perisa dan warna yg anda suka
3 packet jelly sumi - dibelah 4 setiap satu

cara-cara
1. Masak air, susu pekat manis dan susu cair hingga mendidih.
2. Kecilkan api, masuk kan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga
nampak pekat sedikit. Tutup api.
3. Letak perasa dan pewarna, kacau rata.
4. Biarkan sejuk dahulu pada suhu bilik sebelum di isi kedalam plastik
atau bekas aiskrim yg sesuai. Jgn lupa masuk jelly sumi semasa isi airnya.

*guna esen rose & warna pink untuk perisa bandung. Orange untuk perisa
oren.
Aiskrim Nutella
Bahan-bahan
1 tin susu manis
1 tin susu cair
5 tin air masak
2 1/2 sudu tepung jagung
1 sudu kecik esen vanila
Sedikit garam

Cara-cara
1. Masak air atas api kecik sampai semua larut dan mendidih
2. Air letak lebih kalau nak kurang manis atau boleh tambah gula sikit
kalau nak lebih manis.
3. Sejukkan dulu baru tuang dlm plastik
*untuk letak nutella..lenyek2..pstu bru tuang campuran tadi
Aiskrim Gula Apong/nise (Seakan akan gula Melaka)
Bahan-bahan
3liter air
1kg kelapa (buat santan)
Gula apong ori @gula nira agak2 700g.
Daun pandan 2helai

Cara-cara
1. Masak air sampai mendidih baru msukkan gula nira, santan dan daun
pandan.
2. Tapis dulu sebelum masukkan dalam plastik aiskrim.

Semua pun sedap sedap kan. Jangan lupa cuba buat ye. Bila tengok
aiskrim malaysia kembali ni, teringat pulak aiskrim asam kecut ni ha.
Tetap legend!
Bahan:

1 Peket asam kecut / asam boi warna merah


2 kg gula pasir (ikut sukatan air)
Plastik ais krim Malaysia secukupnya

Cara buat:

Rebuskan asam tadi dalam periuk.


Masukkan gula dalam air rebusan asam tadi.
Tambah air jika perlu. Air mestilah manis dari air biasa kalau tak ais krim tu akan
jadi kasar.
Seimbang masam dan manis air rebusan tadi.
Sejukkan hingga suam kemudian tapis, asingkan asam boi daripada air.
Masukkan dalam plastik ais krim, 1 plastik 1 biji asam boi. Kalau nak letak lebih pun
boleh.
Kemudian bolehlah masukkan air dalam plastik dan ikat.
Lepas ikat cuci bersih dan simpan dalam peti ais hingga beku.
Sedia di nikmati.

Makan masa musim panas memans sedap ni. SELAMAT MENCUBA.

P/s : Kalau nak rasa masam tu lebih sikit, boleh la tambahkan ibu oren.

Vous aimerez peut-être aussi