Vous êtes sur la page 1sur 15

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL

DTT5212 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN


SEMESTER 2 SESI 2012/2013

PENDIDIKAN ABAD KE 21

KEMAHIRAN ABAD KE 21

PELAJAR ABAD KE 21

GURU ABAD KE 21

BIL NAMA NO. MATRIK


1. MOHD AZAHARI BIN AHAMAD PT122153CT
2. ROSNITA@AMOY BT ALBARI PT122230CT
3. JAYALATCHUMIE A/P SIMADIRI PT122100CT
4. STEPHANIE JOANNE AK BANGGAU PT122271CT
5. DELINDA GRIET ANAK DAOR PT122301CT
1.0 Pendidikan Abad Ke 21

Abad ke 21 membawa masyarakat dunia ke satu lagi fasa penganjakan paradigma kehidupan.
Ini meliputi penganjakan daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat berinformasi;
penggunaan teknologi manusia kepada penciptaan teknologi tinggi; pemusatan kuasa kepada
pengagihan kuasa; konsep hierarki kepada konsep jaringan; ekonomi tempatan kepada
ekonomi antarabangsa; dan perancangan jangka pendek kepada perancangan jangka
panjang.

Malah, abad Ke 21 sering dikaitkan dengan era Teknologi Maklumat (IT) yang
memungkinkan kepantasan dan menjumudkan faktor jarak dan masa. Perkembangan terkini
dalam open sky technology membawa implikasi kepada kehidupan manusia sejagat. Seperti
yang kita lihat dan rasa, dunia yang luas pada hakikatnya telah dikecilkan dengan teknologi
komunikasi yang canggih dan pantas.

Perkembangan yang pesat dalam teknologi komunikasi dan arus globalisasi ini telah
mempengaruhi sistem komunikasi global. Jika satu ketika dahulu isu limpahan siaran melalui
Direct Broadcasting Services, aliran berita antara negara yang tidak seimbang dan order baru
maklumat dunia menjadi isu hangat dibincangkan dalam arena komunikasi, isu-isu ini kini tidak
lagi begitu diperdebatkan. Sebaliknya, isu-isu komunikasi tanpa sempadan, masyarakat
bermaklumat dan masyarakat berpengetahuan menjadi isu-isu baru yang memenuhi ruang
perbincangan di peringkat antarabangsa. Dunia abad Ke-21 adalah satu dunia baru. Dunia
sekarang ini bukan lagi terkenal kerana ideologi politiknya tetapi kepada kuasa ekonominya.
Kuasa besar ekonomi dunia dengan sistem kapitalisnya ingin mewujudkan satu dunia global
dengan pasaran global.

Kemajuan dalam bidang komunikasi ini juga telah memberikan pengaruh yang besar
kepada keadaan sosial, pentadbiran, perubatan, hubungan antarabangsa, pengangkutan dan
sebagainya. Malah, bidang pendidikan juga tidak terkecuali yang mana menjadi teras kepada
perubahan dunia abad Ke-21 ini. Kesan globalisasi terhadap sektor pendidikan yang menjadi
sangat ketara di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun,
Australia, New Zealand, Jerman dan Russia. Contohnya, di Amerika Syarikat seorang ahli
Lembaga Penasihat bagi Sekolah abad ke-21 iaitu Dr Michael Wesch, membuat impak global
pada 2 Ogos 2008 yang mana fenomena masyarakat sosial baru yang menyebabkan baru-baru
ini dibangunnya banyak Web 2.0 seperti Jott, Twitter, YouTube (terdapat juga TeacherTube,
SchoolTube, dan StudentTube), Diigo dan Google Earth untuk kegunaan bilik darjah. Beliau
juga menerangkan cara penggunaan web 2.0 dalam bilik darjah serta menekankan amalannya
di bilik darjah. Dengan ini, didapati bahawa bidang pendidikan abad Ke-21 di negara-negara
maju sangat canggih kerana hanya berfokus kepada ICT, antaranya amalan web 2.0 di bilik
darjah.

Malah, di Asia Tenggara pendidikan abad ke -21 juga berfokus kepada Teknologi
Maklumat (ICT). Yang mana ibu bapa sendiri inginkan penggunaan ICT yang meluas dalam
penyampaian pendidikan supaya anak-anak mereka celik ICT dan boleh bersaing di peringkat
antarabangsa. Oleh itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggariskan empat isu utama diberi
tumpuan bagi membolehkan pengetua di rantau Asia Tenggara menikmati keseimbangan dalam
memenuhi tuntutan persekitaran sekolah yang sentiasa berubah dan kehendak ibu bapa serta
masyarakat yang semakin mendesak dalam Mesyuarat Meja Bulat Pegawai Pendidikan ASEAN
kelima dan dalam Forum Pengetua Sekolah Asia Tenggara ketiga bertemakan `Perkongsian dan
Mengguna Pakai Dinamisme Pemimpin Sekolah Asia Tenggara Ke Arah Pembangunan Modal
Insan dan Inovasi Pendidikan Abad ke-21. Salah satu daripadanya, pengetua boleh
memanfaatkan teknologi bagi menghubungkan pelbagai disiplin kepakaran, mengekalkan
sekolah sebagai pusat pembelajaran dan memperkenalkan inovasi yang berbentuk mendidik.
Ledakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), katanya, membawa banyak cabaran baru
bagi pengetua, termasuk mencari keseimbangan dari segi capaian ke dunia luar tanpa
menjejaskan nilai moral dan memastikan guru berada di landasan sama dengan pelajar dari
segi kecekapan teknologi. Dengan ini, didapati bahawa guru-guru perlu bersedia dengan
kepakaran ICT yang tinggi supaya mereka dapat memberi tunjuk ajar kepada pelajar
berhubung ICT kerana pelajar-pelajar kini sangat mahir dalam penggunaan ICT.

Cabaran globalisasi dan liberalisasi masa kini juga membawa pelbagai perubahan gaya
hidup melalui limpahan maklumat dan ilmu pengetahuan melalui jaringan komunikasi dan
teknologi yang serba canggih. Oleh itu, kekuatan generasi muda masa kini banyak bergantung
kepada kekuatan mental dan ilmu pengetahuan. Dengan ini, bidang pendidikan di Malaysia juga
turut tercabar bagi menyediakan generasi akan datang yang mampu bersaing dipersada dunia
terutama dalam aspek intelektual atau ilmu pengetahuan. Perubahan pesat dalam pelbagai
bidang ini perlu ditangani oleh pelbagai pihak dengan sebaik mungkin. Bagi menangani cabaran
ini, sistem pendidikan di Malaysia sememangnya telah bersedia dengan misinya tersendiri.
Menyedari bahawa masa depan negara adalah bergantung kepada murid-murid sekolah pada
hari ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mempertingkatkan usaha dari pelbagai sudut bagi
menghadapi masa akan datang yang semakin mencabar. Kementerian Pelajaran Malaysia telah
semakin lama membina misi untuk membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia bagi
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.
Akta Pendidikan 1996 jelas menyatakan;

Dan bahawasanya adalah menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan
yang bertaraf dunia dari segi kualiti dan memperkembangkan potensi individu
sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia. (Malaysia, 1996:11)

Bagi memperkemaskan sistem pendidikan negara dalam menghadapi arus globalisasi ini,
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah proaktif memperkasakan sekolah-
sekolah kebangsaan melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPP) 2006-2010
(Malaysia, 2007). Antaranya, bagi mewujudkan sekolah kebangsaan yang mampu menyediakan
generasi masa hadapan yang bersaing di persada antarabangsa. Selaras dengan perkembangan
teknologi pula, KPM telah memperkenalkan ICT dalam pendidikan seperti Projek Rintas Sekolah
Bestari, SchoolNet, Projek MySchoolNet, Makmal Pengkomputeran, TV Pendidikan, Pembekalan
ICT untuk pengajaran dan pembelajaran, pengenalan mata pelajaran ICT, latihan ICT untuk
guru-guru dan Projek Pengkomputeran Pengurusan dalam Pendidikan ( Nor Asikin, 2009) .
Dengan ini, Kementerian Pelajaran Malaysia dapatlah mewujudkan suasana sekolah yang
berteknologi canggih dan membolehkan guruguru mengadakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang menarik dengan menggunakan laptop, LCD, power point, internet, emel,
video dan lain-lain. Malah, kini kaedah web 2.0 juga sedang meluas di Malaysia melalui
penggunaan you tube, Wikipedia, blog, facebook dan edmodo di IPTA dan IPTS.
1.1 Kemahiran Abad Ke 21

Perubahan diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang yang banyak


dipengaruhi oleh dunia yang dicorakkan oleh pembangunan teknologi. Pemikiran ini merujuk
pada pandangan bahawa pembelajaran patut memanfaatkan teknologi untuk pedagogi terkini
yang lebih prihatin kepada ciri-ciri pelajar sekarang. Penekanan perubahan pendidikan yang
dimaksudkan mengaitkan kemahiran abad ke 21 dengan peranan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT).

Kebanyakan kemahiran abad ke 21 adalah berdasarkan kepada pendedahan terhadap


ICT. Jika dahulu, literasi cuma merangkumi membaca, menulis, dan mengira, literasi abad ke
21 melibatkan literasi digital. Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar
untuk melayari internet, mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan
mengumpul serta mengulas maklumat. Dengan bimbingan guru juga kesedaran global pada era
digital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat.

Malah, sumber terbaik yang membina kemahiran komunikasi interaktif seperti


kemahiran sosial dan peribadi, semangat berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima
bentuk teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar, connectivity
(penyambungan) seperti WiFi, rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, enjin carian
seperti Google dan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube.

Di peringkat antarabangasa, LLC mengiktiraf keperluan kritikal untuk membangunkan


kemahiran abad ke 21 di sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun, dipercayai bahawa pendidikan
ini tidak menghadkan pembangunan profesional dan reka bentuk kurikulum sedia ada.
Kemahiran abad ke 21 yang dipelajari melalui kurikulum, ia merupakan disiplin, bersepadu,
berasaskan projek, dan banyak lagi, termasuk dalam kurikulum berasaskan projek dengan
menggunakan tujuh kemahiran hidup yang diperjuangkan oleh Tony Wagner dalam bukunya,
Jurang Pencapaian Global:
Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
Kerjasama merentasi Rangkaian dan Memimpin oleh Pengaruh
Ketangkasan dan Penyesuaian
Inisiatif dan keusahawanan
Komunikasi Berkesan Lisan dan Bertulis
Mengakses dan Menganalisis Maklumat
Rasa ingin tahu dan Imaginasi

Pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) adalah salah satu pendekatan


pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam negara Malaysia mampu memupuk
kemahiran abad ke 21. Contohnya, topik-topik tertentu dalam mata pelajaran Sejarah dan Sains
diberi sebagai tugasan projek di mana pelajar mendapatkan maklumat daripada pelbagai
sumber. Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek seperti ini, juga menggalakkan
komunikasi interaktif. Pelajar dapat berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek
bersama rakan dan guru secara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat media sosial
seperti e-mel, Facebook atau blog.

Dalam usaha untuk pelajar-pelajar kita bersedia untuk mengemudi dunia abad ke-21 ini,
mereka mesti menjadi celik dalam literasi abad ke-21 termasuk media, budaya, maklumat,
emosi, ekologi, kewangan dan siber. Bekerjasama dengan pelajar dari seluruh dunia dalam
projek bermakna, kehidupan sebenar adalah alat yang diperlukan untuk membangunkan literasi
ini. Pelajar boleh mempelajari bahawa melalui kerjasama, bukan persaingan, mereka boleh
bekerjasama untuk menjadikan dunia tempat yang lebih baik. Pelajar akan menggunakan
teknologi, termasuk Internet, dan kerjasama global untuk menyelesaikan isu-isu kritikal.

Jelas sekali, bahawa pembangunan abad ke 21 dalam kalangan pelajar


memerlukan perubahan pada pendekatan pendidikan. Perubahan ini boleh berlaku di peringkat
sekolah atau bilik darjah. Walau bagaimanapun, perubahan di peringkat sekolah atau bilik
darjah memerlukan kesedaran dan kemahiran di kalangan guru dan pentadbir. Program
pengurusan perubahan dan kajian semula program latihan guru adalah perkara-perkara asas
yang perlu disediakan ke arah pendidikan, persekolahan dan kemahiran abad ke 21.
1.2 Pelajar Abad Ke 21

Dalam abad ke 21, dunia menjadi seolah-olah semakin sempit dan pantas. Banyak aktiviti perlu
dilakukan dalam masa yang sesingkat mungkin. Banyak aktiviti perlu dilakukan dalam masa
yang singkat. Semua orang, di mana sahaja berada, boleh menghubungi antara satu sama lain
dengan kemajuan yang cukup pantas dalam teknologi maklumat. Maklumat tertabur di merata-
rata. Teknologi kawalan dan automasi menjadikan dunia ini semakin mudah untuk diurus.
Manusia menjadi semakin canggih dari masa ke semasa; pelajar juga tidak terkecuali daripada
gelombang teknologi ini.

Di kebanyakan negara-negara barat, pelajar hari ini dirujuk sebagai "digital natives", dan
pendidik hari ini sebagai "digital immigrants". Guru bekerja dengan pelajar-pelajar yang seluruh
kehidupan mereka telah ditenggelami dalam media budaya abad ke 21. Pelajar hari ini adalah
pelajar digital, mereka benar-benar mengambil di dunia melalui penapis peranti
pengkomputeran seperti telefon bimbit, peranti permainan tangan, PDA, dan komputer riba
yang dibawa ke mana-mana, ditambah dengan komputer, TV, dan permainan di rumah. Satu
kajian oleh Henry J. Kaiser Yayasan Keluarga mendapati bahawa golongan muda (umur 8-18)
secara purata menggunakan media elektronik selama lebih daripada enam jam sehari. Ramai
juga yang multi tasking seperti mendengar muzik semasa melayari web atau menghantar
pesanan ringkas (sms) sambil bermain permainan video.

Malah kanak-kanak yang menggunakan multimedia dan Internet dengan menggunakan


alat seperti permainan video pegang tangan seperti Leapster dan laman web seperti
www.PBSkids.org dan www.Nick.com. Kanak-kanak prasekolah (termasuk kana-kanak berusia 2
tahun) mudah tertarik dengan media elektronik , sumber multimedia yang menyediakan
permainan di mana mereka dapat belajar warna, nombor, huruf, ejaan, dan tugas-tugas yang
lebih kompleks seperti mencampurkan warna asas untuk mencipta warna baru, aktiviti
menyelesaikan masalah dan membaca (gambar 1.1) .
Gambar 1.1 : Kanak-kanak yang menggunakan komputer

Menurut Dr Michael Wesch beliau berpendapat bahawa walaupun pelajar dalam abad
ke 21 hari ini memahami bagaimana untuk mengakses dan menggunakan alat-alat ICT ini,
ramai daripada mereka hanya menggunakan untuk tujuan hiburan sahaja dan pelajar tidak
benar-benar celik media. Dr Wesch juga berpendapat guru mesti mengetahui bahawa
bagaimana untuk menggunakan alat-alat untuk membolehkan pelajar-pelajar kita menjadi
benar-benar celik media kerana mereka berfungsi dalam kerjasama dalam talian, berasaskan
penyelidikan persekitaran - menyelidik, menganalisis, mensintesis, mengulas, menilai dan
mewujudkan pengetahuan baru.

Dari konteks Malaysia pula, perkara yang masa juga berlaku. Dahulu, jika kita bertanya
hobi seorang pelajar maka selalunya pelajar akan menjawab membaca buku. Tetapi, kini
keadaan ini sudah berubah jika kita tanya seorang pelajar apakah hobinya maka dia akan
menjawab melayari internet. Arus teknologi maklumat ini, telah mengubah struktur dunia ini
dengan lebih pantas dan canggih (Mohd Yusof, 2005) . Pelajar Malaysia pada abad ke-21 ini
juga sangat pantas dalam semua perkara, mereka lebih suka kepada maklumat segera (fast
information) dan sumber maya.

Pelajar ingin mengetahui sesuatu maklumat dengan segera. Mereka akan menggunakan
perkhidmatan internet di sekolah dan di rumah bagi mendapatkan maklumat terkini yang
dengan cepat dan mudah. Malah, mereka juga lebih gemar dengan pengajaran dan
pembelajaran yang meliputi ICT seperti penggunaan video, audio, power point, you tube, yang
menjadikan mereka lebih seronok berbanding pengajaran dan pembelajaran yang meliputi
chalk and talk (gambar 1.2). Oleh itu, KPM sendiri menyarankan para guru supaya
memperbanyakkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mengadakan
pengajaran dan pembelajaran yang efektif.

Gambar 1.2 : Pengajaran dan pembelajaran dahulu dan sekarang

Selain iu, pelajar-pelajar kini juga celik IT. Mereka juga lebih mengetahui daripada guru-
gurunya sebab dalam zaman ini kegemaran mereka lebih kepada teknologi maklumat.
Kebanyakkan daripada mereka memperolehi laptop sendiri, ipad, iphone dan broadband yang
membolehkan mereka melayari internet di mana jua mereka berada dalam sekelip mata. Malah,
maklumat juga diperolehi dengan mudah dan pantas tanpa sebarang sekatan. Keadaan ini,
membolehkan mereka jarang pergi ke perpustakaan. Mereka lebih rela melayari internet
berbanding pergi ke perpustakaan.
1.3 Guru Abad Ke 21

Abad ke 21 adalah abad yang amat mencabar buat kita sekiranya kita bersedia dan berusaha
untuk memahami implikasi yang akan berlaku kepada kita. Abad ke 21 adalah abad yang
didominasi oleh Barat dalam agenda mereka untuk mendominasi dunia sama ada dari segi
ekonomi, politik, sosial atau budaya.

Abad ini juga menampakkan kemunculan pelbagai teknologi baru yang sewajarnya
dimanfaatkan sepenuhnya. Kita sebagai masyarakat global perlu mengoptimumkan penggunaan
teknologi ini dan perlu menguasainya dengan baik. Dalam suasana sedemikian, guru sebagai
seorang pendidik perlulah berusaha untuk membangunkan generasi yang celik teknologi,
mantap dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Setiap hari pelajar-pelajar dari seluruh dunia bekerjasama dalam projek-projek penting.
Laman web, ePals, adalah laman di mana guru dan pelajar boleh pergi untuk menyertai atau
memulakan satu projek kerjasama dengan sesiapa sahaja di dunia. Menurut ePals, Inc, "
Komuniti Global kami adalah komuniti terbesar talian K-12 pelajar, membolehkan lebih daripada
325,000 pendidik dan 126,000 bilik darjah di lebih 200 negara dan wilayah untuk selamat
menyambung, pertukaran idea, serta dapat belajar bersama-sama. Kebanyakkan sekolah-
sekolah juga memenangi Anugerah SchoolBlog dan produk SchoolMail kerana ia
digunakan secara meluas di seluruh dunia.

Selain itu, Persatuan Antarabangsa Teknologi Pendidikan telah dikeluarkan semula


Piawaian Teknologi Pendidikan untuk guru yang meliputi kemahiran abad ke 21. Piawaian ini
termasuk kemahiran abad ke 21 seperti mencari dan menguruskan sumber, penerbitan di web,
dan menghubungkan dengan rakan sekerja, pelajar, ibu bapa, dan masyarakat tempatan dan
global (rajah 1.1) . Guru mesti mahir dalam kemahiran ini dalam usaha untuk memodelkan
amalan yang baik untuk pelajar-pelajar mereka dan untuk membantu pelajar termasuk
kemahiran untuk pembelajaran. Aktiviti-aktiviti ini akan memberikan guru peluang untuk
mengambil bahagian secara aktif dalam menggunakan beberapa alat berasaskan web yang
biasa digunakan di dalam kelas dan untuk membincangkan idea-idea yang penting untuk
menggunakan alat ini.

Rajah 1.1 : Guru berangkaian yang disarankan di peringkat dunia pada abad ke 21

Dari konteks negara barat, guru- guru dianggap sebagai fasilitator dalam mengendalikan
pelajar. Mereka juga berpendapat bahawa guru merupakan pakar rujuk bagi pelajar khususnya
dalam ICT. Dengan ini, guru di negara barat sangat berkreatif dalam melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran yang lebih kepada kelas maya, yang mana penggunaan pelbagai
alat-alat ICT Schreck, M. K. (2009). Antara alat-alat ICT yang selalu digunakan ialah wikipedia,
laman sosial, blogs, chat, video condeferences dan lain-lain (rujuk rajah 1.1) Mujurlah,
kebanyakan alat ini adalah mudah untuk digunakan dan boleh menguasai dengan bantuan
sedikit atau tidak ada. Alat-alat ini juga digunakan di negara-negara barat untuk aspek-aspek
pedagogi dan untuk memulakan mewujudkan peluang bagi pelajar untuk menggunakan alat-
alat ini dalam pembelajaran mereka.

Malah pelajar juga dibenarkan untuk menggunakan alat-alat ini kerana ia dapat
memberi pelajar beberapa cara yang baru dan menarik yang mampu menunjukkan
pembelajaran mereka, dan pada masa yang sama boleh memberikan alternatif untuk aktiviti
pemadanan dengan gaya pembelajaran di samping menggalakkan kerjasama, perkongsian, dan
bangunan komuniti pembelajaran. Contohnya, terdapat beberapa alat dalam talian yang sedang
digunakan dengan jayanya oleh guru-guru di negara-negara barat khususnya dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran (rujuk rajah 1.1) .

Dari segi Malaysia juga pendidik dianggap sebagai lebih kreatif dalam usaha untuk
menyampaikan ilmu mereka kepada pelajar. Guru-guru dalam era globalisasi ini sangat celik IT
(gambar 1.3). Oleh itu,, penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran
menjadi sesuatu perkara yang lumrah di Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia
menyarankan bahawa semua guru perlu menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran harian dengan mengadakan pelbagai kursus ICT yang mampu menjadikan para
guru di Malaysia lebih mahir seperti guru-guru di negara barat.
Gambar 1.3: Penggunaan laptop dan LCD oleh guru- guru di sekolah.

Dengan ini, guru di Malaysia lebih mementingkan penggunaan teknologi yang


sepenuhnya dalam proses pengajaran. Antaranya, guru-guru dapat mempertengahkan kepada
para pelajar kajian kes melalui komputer bagi mendapatkan maklumat tertentu dalam laman
web. Pembelajaran dengan menggunakan teknologi maklumat yang dikendalikan guru-guru
dalam abad ke 21 ini sangat mudah kerana komputer dapat melakukan simulasi perkara-
perkara yang tidak dapat diterangkan dengan penggunaan papan putih, malah dengan
teknologi komputer juga guru-guru dapat membantu pelajar untuk berinovasi dan kreatif secara
peribadi.

1.4 Kesimpulan

Kaedah pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah merupakan aspek yang amat mencabar
kepada warga pendidik. Ini disebabkan tujuan pengajaran bukanlah semata-mata untuk
menghabiskan apa yang ada dalam sesuatu sukatan pelajaran, tetapi lebih dari itu ianya
bertujuan untuk menambah ilmu dan juga keterampilan diri seseorang pelajar. Banyak kaedah
pengajaran telah diajukan, sama ada yang berorientasikan peperiksaan ataupun yang
berpusatkan pelajar. Namun tujuan asas kepada proses pengajaran (yakni menyampaikan ilmu)
mestilah menjadi keutamaan kepada seorang pengajar.

Kini, pengajaran dan pembelajaran hanya berorientasikan peperiksaan. Tetapi


sebenarnya keadaan ini perlu diubah dengan pengajaran bersifat untuk mencungkil
kewibawaan pelajar untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan. Inilah realiti yang akan
dihadapi oleh pelajar apabila mereka berada di alam pekerjaan setelah mereka menamatkan
pengajian di sekolah mahupun di menara gading. Dengan, guru perlulah melatih pelajar untuk
menggunakan tugasan-tugasan yang melibatkan ICT supaya pelajar lebih mahir dalam
penggunaan ICT supaya dapat bersaing dalam peringkat antarabangsa.
Guru merupakan agen penting dalam pengendalian pengajaran dan pembelajaran yang
mampu menarik minat pelajar. Dalam era globalisasi, guru mestilah menggunakan alat-alat ICT
yang canggih dan pelbagai sumber ICT yang lain yang mampu menarik minat pelajar supaya
mereka lebih berminat untuk belajar. Contohnya, guru perlulah memperbanyakkan visual,
audio, video, grafik dan animasi. Kaedah ini membolehkan pelajar mendengar, melihat,
memahami dan dapat mengingat semula apa yang diajar oleh guru dengan cepat dan mudah.
Malah, guru boleh menunjukkan contoh-contoh bagi tajuk sesuatu pengajaran dan
pembelajaran dengan merujuk kepada laman web.

Selain itu, guru juga boleh mengadakan pembelajaran berbantukan komputer seperti
permainan pendidikan juga boleh dijalankan di bilik darjah. Antaranya, guru boleh menjalankan
permainan pendidikan seperti siapa nak jadi jutawan, deal or no deal (power point), teka
silang kata, kuiz, mix match dengan menggunakan perisian Hot Potateos. Dengan ini, p&p
yang dijalankan oleh guru sangat menarik, efektif dan mampu menarik minat pelajar.

Malah, guru juga boleh memberikan aktiviti yang melibatkan mencari maklumat bagi
sesuatu topik. Kaedah ini, dapat melahirkan kemahiran mengakses dan menganalisis maklumat
yang diperlukan dalam abad ke 21 ini. Guru boleh menggunakan kaedah ini bagi semua
matapelajaran. Dengan cara ini, pelajar dapat mengakses internet bagi mendapat maklumat
tentang topik yang diberikan oleh guru. Setelah itu, mereka perlulah menganalisis makluma
yang mereka dapat dengan aktiviti pembacaan dan pengalaman yang sedia ada.

Justeru itu, dapatlah disimpulkan bahawa pendidikan dalam abad ke 21 sangat


mementingkan penggunaan ICT yang mampu menarik perhatian pelajar dengan pengaplikasian
pelbagai sumber dan alat-alat ICT. Malah, cara ini juga dapat melahirkan generasi akan datang
yang berkualiti dan boleh bersaing dalam peringkat antarabangsa.
Rujukan

Balasandran. A (2009): Seminar Nasional Pengurusan dan kepimpinan pendidikan ke-16 : Unit
penerbitan Institut Aminuddin Baki, Pahang

Mohd Yusof Hj. Othman (2005): Mahasiswa Abad 21: Fakulti Pendidikan: Selangor

Schreck, M. K. (2009). Transformers: Guru Kreatif untuk abad ke-21. Thousand Oaks, CA:
Corwin.

http://www.bharian.com.my/articles/Nilaisemulatugaspengetua/Article/ 1.11.2012

Sumber maklumat : Utusan Malaysia, 13 Mei 2011

Vous aimerez peut-être aussi