Vous êtes sur la page 1sur 13

ASAS PENTADBIRAN AWAM (GMGA1013)

SINOPSIS JURNAL

Jurnal yang bertajuk Pentadbiran Awam Tradisional berbanding Pentadbiran Awam Baru:

Akauntabiliti dan Kecekapan adalah jurnal yang membincangkan kelebihan dan kelemahan

Pentadbiran Awam Tradisional dan Pentadbiran Awam Baru. Jurnal ini merupakan penulisan

James P. Pfinner dari Universiti George Mason. Menurut Max Weber, Pentadbiran Awam

Tradisional banyak ketinggalan berbanding Pentadbiran Awam Baru dalam prinsip-prinsip

birokrasi. Pembangunan dalam Pentadbiran Awam Tradisional kemungkinan dapat membawa

kepada revolusi dalam industri dan perkembangan ekonomi. Walaubagaimanapun pada akhir

abad ke-20 model Pentadbiran Awam Tradisional telah disaingi oleh penubuhan model

Pentadbiran Awam Baru. Jurnal ini akan membincangkan pendekatan Pentadbiran Awam

Tradisional dibandingkan dengan Pentadbiran Awam Baru berdasarkan 3 faktor soalan asas iaitu

Apakah yang perlu dilakukan contohnya dasar dan halatuju, Siapakah yang memainkan peranan

contohnya individu, pengurus dan Bagaimanakah ingin menguatkuasakan peraturan contohnya

akauntabiliti.

Pentadbiran Awam Tradisional

Menurut Max Weber, Pentadbiran Awam Tradisional merupakan satu model yang penting

dan merangkumi sifat birokrasi. Weber juga menekankan bahawa Pentadbiran Awam Tradisional

merupakan pentadbiran yang berasaskan sistem hierarki di mana sistem ini dikawal oleh orang

atasan. Contohnya, setiap pengurus dan pekerja akan melaporkan kerja kepada seorang ketua

yang memegang bahagian tersebut. Sistem birokrasi merupakan sistem yang mempunyai aliran

undang-undang dan peraturan dan juga merupakan sistem yang rasional dan sah. Sistem ini

1
ASAS PENTADBIRAN AWAM (GMGA1013)

meletakkan kuasa mutlak pada orang atasan. Max Weber juga ada menerangkan tentang peranan

penjawat awam dan kepentingan kawalan mengikut sistem hierarki di dalam sistem birokrasi.

Sementara itu, Woodrow wilson yang merupakan presiden amerika syarikat telah

menyumbangkan banyak idea dalam Pentadbiran Awam Tradisional. Beliau telah menyarankan

supaya pentadbiran dan politik harus diasingkan. Menurut Wilson, pentadbiran terletak di luar

bidang politik. Persoalan pentadbiran bukanlah persoalan politik dan ianya tidak perlu disamakan

sebaliknya dipisahkan. Walaupun politik memainkan peranan dalam memberi tugas kepada

pentadbiran tetapi ianya tidak bermakna politik boleh memanipulasi pentadbiran. Wilson adalah

salah seorang penyokong kuat yang menyarankan supaya politik dan pentadbiran diasingkan.

Beliau sering berhujah tentang pendapatnya itu dan tidak digemari oleh sarjana-sarjana

pentadbiran awam kerana pendapatnya itu. Hakikatnya, menurut prinsip dikotomi penjawat

awam mempunyai peranan penting dalam menetapkan polisi pentadbiran berbanding ahli politik.

Pegawai atau penjawat awam yang dipilih secara langsung mahupun tidak langsung mempunyai

tanggungjawab untuk melaksanakan tugas dan menjalankan tugas dengan baik maka mereka

juga lebih layak untuk membuat sesuatu keputusan dan memberi idea dalam sistem pentadbiran.

Sementara itu, menurut Prinsip Taylor yang dihasilkan oleh Frederick Taylor, pengurus

merupakan orang utama yang perlu mengawal dan merancang proses pentadbiran. Prinsip ini

telah diaplikasikan di Amerika Syarikat. Walaupun prinsip itu seolah-olah melihatkan pengurus

mempunyai kuasa mutlak tetapi prinsip itu tidak mengeksploitasi para pekerja. Pentadbiran

Awam Tradisional telah banyak disebarkan dalam dunia industri dan secara tidak langsung

membawa kepada kejayaan dalam perkembangan ekonomi. Terdapat 6 prinsip yang telah

digariskan oleh Guy Peters dalam pentadbiran iaitu, perkhidmatan awam tidak terlibat dengan

politik, peraturan dan hierarki, kestabilan dan tempoh kekal, institusi perkhidmatan awam,

2
ASAS PENTADBIRAN AWAM (GMGA1013)

peraturan dalaman dan persamaan (luaran dan dalaman organisasi). Disebabkan Pentadbiran

Awam Tradisional banyak membantu dan meningkatkan pembangunan ekonomi Weber sangat

tidak bersetuju dengan pendapat yang menyatakan bahawa Pentadbiran Awam Tradisional ini

ketinggalan, tidak boleh diaplikasikan pada era moden dan tidak mempunyai kecekapan. Dalam

konteks sejarah dan kajian beliau, Weber telah membandingkan organisasi birokrasi kepada mod

berkarisma dan organisasi tradisional. Dalam perbandingan itu jelas sekali, organisasi birokrasi

lebih cekap daripada organisasi penguatkuasaan lain. Jika sesebuah organisasi itu mahu bertahan

lebih lama maka ianya hendaklah diuruskan dengan menggunakan sistem birokrasi.

Walaubagaimanapun, ianya tidak bermakna setiap organisasi perlu mengikut setiap elemen yang

telah dinyatakan oleh Weber, sebaliknya Weber menyatakan bahawa setiap organisasi hendaklah

mempunyai asas panduan seperti hierarki, kesinambungan dan dokumen-dokumen simpanan.

Apabila sesebuah organisasi masa kini, tidak mencapai kecekapan yang ditetapkan dalam

membuat pekerjaan maka hendaklah melihat cara pengurusan organisasi lain yang lebih cekap

dan tepat dalam melakukan kerja. Hal ini tidak bermakna, sesebuah organisasi itu meninggalkan

konsep utama birokrasi apabila melakukan pemisahan atau kontrak dalam pentadbiran

sebaliknya melakukan penambahbaikan dengan memberi pengurusan kepada pihak lain bagi

mencapai peningkatan yang lebih menggalakkan dan secara tidak langsung meningkatkan

ekonomi dan servis perkhidmatan awam.

Selain itu, menurut Klaus Koing, sesetengah aspek yang ada dalam Pentadbiran Awam

Baru tidak bersesuaian dengan Pentadbiran Awam Tradisional. Dengan itu, titik permulaan bagi

kaedah baru dalam pentadbiran awam bukanlah untuk terus dapat memajukan negara mahupun

mengembangkan ekonomi perindustrian, sebaliknya kaedah baru adalah untuk meningkatkan

pembangunan kerajaan secara menyeluruh tanpa ada jurang yang besar yang perkhidmatan

3
ASAS PENTADBIRAN AWAM (GMGA1013)

swasta. Hal ini dapat dilihat seperti yang terjadi di Rusia. Selepas kejatuhan komunis, pasaran

ekonomi dan kuasa pentadbiran sewenang-wenangnya akan jatuh di tangan swasta dan pihak lain

bila tiada penguatkuasaan dan peraturan yang kuat. Menurut president bank negara, James D.

Wolfensohn, pembangunan ekonomi memerlukan 4 asas iaitu, kerajaan yang mempunyai sistem

undang-undang yang tersusun, institusi kewangan yang kukuh dan tepat, sistem keadilan yang

dikuatkuasakan mengikut undang-undang dan juga sistem sosial. Jika dilihat, 4 asas yang

dinyatakan ini terdapat dalam Pentadbiran Awam Tradisional dan jika 4 asas ini tiada maka,

pembangunan ekonomi tidak akan berlaku.

Pentadbiran Awam Baru

Istilah Pengurusan Awam Baru merangkumi pelbagai teknik dan perspektif yang

bertujuan untuk mengatasi dan memperbaiki ketidakcekapan yang wujud dalam model

Pentadbiran Awam Tradisioanl. Menurut Robert Behn, istilah Pentadbiran Awam Baru

bermaksud salah satu strategi ataupun cara untuk membangunkan dan memperbaiki prestasi

pentadbiran awam. Hakikatnya, Pentadbiran Awam Tradisional tidak dinafikan telah banyak

menyumbang kepada ekonomi perindustrian tetapi, ianya kurang memberi pulangan ataupun

faedah kepada pentadbiran awam. Selain itu, Pentadbiran Awam Tradisional juga agak rumit

untuk digunakan pada zaman di mana komunikasi yang pantas dan ekonomi yang berasaskan

nilai dan manipulasi bukannya berdasarkan pengeluaran industri. Ini tidak bermakna pengeluaran

industri tidak penting, tetapi pengeluaran industri akan lebih meningkat jika adanya sistem

maklumat dan komunikasi yang pantas.

Model Pentadbiran Awam Tradisional yang mengawal tingkah laku dan mengatur

pekerjanya dari setiap aspek oleh seorang ketua tidak memberi jaminan sesuatu tugas itu dapat

dijalankan dengan cekap dan pantas. Oleh yang demikian, penggunaan model Pentadbiran Awam

4
ASAS PENTADBIRAN AWAM (GMGA1013)

Baru yang mana menjadikan pentadbiran tidak berpusat, pengagihan kuasa , kontrak untuk

barangan dan perkhidmatan dan penggunaan persaingan dalam perkhidmatan pelanggan adalah

untuk meningkatkan lagi prestasi dalam perkhidmatan awam. Jika dilihat, di Amerika Syarikat

model Pentadbiran Awam Baru telah termaktub dalam penilaian prestasi pentadbiran negara

Clinton. Para penyokong penilaian prestasi pentadbiran bersetuju bahawa, model yang

diaplikasikan pada masa itu oleh pentadbiran awam mendatangkan keburukan di mana

menyebabkan banyak berlakunya rasuah dan pecah amanah. Pentadbiran Awam Tradisional

ditubuhkan ketika revolusi industri dan mengikut sistem birokrasi bagi memastikan penjawat

awam mematuhi peraturan semata-mata. Disebabkan oleh berlakunya revolusi sistem maklumat

dan peningkatan teknologi maka sistem birokrasi perlu digantikan dengan sistem baru yang lebih

fleksibel atau bersesuaian di mana-mana dan pada bila-bila masa di samping boleh bersaing di

dalam dunia global. Menurut Guy Peters, Pengurusan Awam Baru merupakan satu usaha

kerajaan yang cuba membawa kepada kepelbagaian pembaharuan sejak dua dekad yang lalu bagi

meningkatkan kecekapan dalam perkhidmatan awam. Pendekatan yang diambil dalam model

Pentadbiran Awam Baru seperti melibatkan penyertaan semua pihak, fleksibiliti,

penyahkawalseliaan secara dalaman, dan penggunaan mekanisme pasaran luaran adalah satu

usaha bagi meningkatkan prestasi pentadbiran awam.

Seperti yang diringkaskan oleh Donald Kettle, matlamat pendekatan baru Pengurusan

Awam Baru bertujuan untuk "Membetulkan patologi birokrasi tradisional yang berdasarkan

hierarki yang merupakan sisteem berstruktur dan dikuasai oleh yang berkuasa di peringkat

teratas," dan "untuk membasmi sistem hierarki yang didorong oleh kuasa mutlak". Beliau

meringkaskan 6 teras ciri-ciri Pengurusan Awam Baru iaitu "pendekatan pengurusan awam baru

sebagai: produktiviti, pemasaran, perkhidmatan orientasi, pemerintahan tidak berpusat, dasar

5
ASAS PENTADBIRAN AWAM (GMGA1013)

orientasi dan keputusan untuk ketepatan. Melihatkan bahawa pendekatan Pengurusan Awam

Baru dipinjam terutamanya daripada kesusasteraan pentadbiran perniagaan, menyeru lebih

kepada kebebasan pengurusan untuk menggunakan sumber-sumber, memberi tumpuan kepada

hasil berbanding input, dan memberi tanggungjawab yang lebih besar kepada sektor swasta

untuk menjalankan perkhidmatan."

Pendekatan Berbeza Kepada Pentadbiran Awam.

Untuk lebih memahami kebaikan dan keburukan setiap model pentadbiran maka, penulis

telah meletakkan 3 soalan asas untuk dikaji di dalam jurnal ini. Setiap soalan akan menumpukan

kepada akauntabiliti dan kecekapan model Pentadbiran Awam Tradisional dan model

Pentadbiran Awam Baru terhadap pentadbiran dan perkhidmatan awam. Jika penekanan

diberikan kepada aspek akauntabiliti maka kawalan ketat terhadap sistem hierarki perlu

ditekankan. Hal ini menunjukkan di mana pentadbiran awam dikawal oleh pegawai tertinggi

setiap negeri dan setiap tindakan atau keputusan hanya disahkan oleh pegawai tertentu sahaja

dan setiap matlamat atau kejayaan diukur dengan melihat kepada bagaimana setiap proses itu

diikuti dengan tertib dan teliti.

Manakala sebaliknya pula, jika penekanan diberikan kepada aspek kecekapan, maka

kawalan tidak mengikut sistem hierarki sebaliknya mengikut budi bicara pegawai tertinggi

dengan melihat segala aspek. Orang luar atau yang berkhidmat sebagai pekerja awam turut

mengambil bahagian dalam menjalankan operasi dan penekanan akan diberikan dengan

mengukur hasil atau kejayaan yang dicapai di samping memantau setiap kerja dilakukan

mengikut prosedur dalam setiap perkara. Rajah di bawah menunjukkan perbezaan di antara

model Pentadbiran Awam Tradisional dan Model Pentadbiran Awam Baru.

6
ASAS PENTADBIRAN AWAM (GMGA1013)

PENTADBIRAN AWAM
PENTADBIRAN AWAM BARU
TRADISIONAL
APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN : POLISI ATAU UNDANG-UNDANG
Kawalan asas terletak pada undang-undang
Kawalan terletak pada pembahagian kuasa terhadap pemegang
yang digubal oleh badan perundangan dan
kontrak yang bersesuaian dan pakar dalam bidang tersebut di
hendaklah dilaksanakan oleh pihak
samping keputusan mengikut budi bicara pemegang kontrak.
eksekutif.

Mempunyai kuasa sendiri untuk mengambil pekerja mengikut


Kekuatan dari segi akauntabiliti dan kawalan
budi bicara ketua setiap kontraktor yang lebih pakar dalam
sistem hierarki yang sudah dikenali.
sesuatu hal itu.

Kelemahan dari segi masa pelaksanaan di


mana sistem ini agak lambat dan rumit di
samping boleh menjejaskan prestasi pekerja Mengurangkan masalah dalam Pentadbiran Awam Tradisional
kerana pekerja terpaksa mengikut peraturan iaitu tentang masa yang agak lambat dan proses yang rumit.
dan akan menjejaskan misi atau target
keseluruhan.

SIAPAKAH YANG BERPERANAN MENJALANKAN : INDIVIDU

Melantik dan mengambil pekerja melalui Pekerja yang dipilih bukan dari pilihan badan kerajaan tetapi
sistem merit yang sentiasa digubal oleh dipilih oleh setiap pemilik kontrak yang lebih pakar dalam
badan perundangan kerajaan yang terbabit. sesuatu bidang.

Pengambilan melalui sistem merit untuk Kawalan dibuat berdasarkan sistem pemasaran di mana
mengelakkan berlakunya ketidakadilan dari peniaga/ kontraktor bersaing mengikut harga rendah ataupun
segi politik, agama dan bangsa. tinggi bagi mendapatkan untung.

Sistem merit memastikan pekerja yang Jika sesuatu perniagaan ataupun servis tidak mendapat
diambil betul-betul berkelayakan dan sambutan maka pihak kerajaan akan memberikan kuasa
mempunyai potensi yang tinggi dalam kepada syarikat swasta yang mempunyai kepakaran dan boleh
sesuatu bidang. memberikan keuntungan untuk mengambil alih.

Syarikat swasta boleh menguruskan dengan lebih cekap


kerana mempunyai kepakaran dan tidak terikat dengan
peraturan kerajaan seperti sistem merit dan boleh mengambil
pekerja yang pakar dalam sesuatu bidang mengikut budi
bicara.

Kerajaan dapat mencapai target dan mengurangkan


perbelanjaan dengan memberikan saingan kepada kontraktor
untuk mendapatkan kontrak.

7
ASAS PENTADBIRAN AWAM (GMGA1013)

PENTADBIRAN AWAM TRADISIONAL PENTADBIRAN AWAM BARU

BAGAIMANAKAH MENGUKUR KEJAYAAN: PENGGUNAAN, PENGELUARAN, HASIL.

Model Pentadbiran Awam Tradisional memberi


penekanan terhadap akauntabiliti di mana perkara Menggunakan pendekatan untuk menilai prestasi kerja dan
utama ialah mencapai misi dengan menggunakan pengurusan.
sumber yang diberikan.

Tekanan lebih kepada retorik kecekapan yang


mana sangat sukar untuk diukur. Jika mengikut
mikro ekonomi ianya boleh diukur dengan masa
di mana lebih banyak pengeluaran dihasilkan Berpendapat bahawa akauntabiliti tidak penting berbanding
tahun ini berbanding tahun sebelumnya. menyiapkan kerja mengikut kos yang telah ditetapkan.
Walaubagaimanapun pada peringkat tertinggi
kecekapan adalah sesuatu yang tidak mungkin
dapat diukur

Prestasi dinilai mengikut pelaksanaan kerja dalam kos atau


Ukuran biasa yang digunakan kerajaan ialah bajet yang telah diberikan. Penilaian ini agak menarik
melihat pada sumber yang digunakan. selagi mana ianya sah dan boleh digunakan atas tujuan
awam.

Menggunakan ukuran sumber contohnya seperti


bilangan komputer, bilangan pekerja, bilangan
Jika kita mempunyai cara penilaian yang bagus kita dapat
kenderaan, tenaga yang digunakan dan lain-lain.
memilih diantara agensi kerajaan sedia ada dengan
Ukuran ini lebih mudah difahami dan sangat
cadangan kotraktor dengan menilai cara kerja masing-
akauntabiliti di samping dapat memastikan
masing.
penggunaan harta syarikat adalah untuk kerja
sahaja.

Cara ini sangat digemari oleh semua dan tiada


Teknik penilaian ini sangat bagus bilamana kerajaan dapat
cara yang lebih baik bagi mengukur kecekapan
memberikan khidmat yang terbaik kepada awam.
dan produktiviti.

Pada tahun 1935 dan 1960 belanjawan prestasi


Memilih pihak ataupun organisasi yang sesuai untuk
telah dibangunkan. Pendekatan ini berbeza
menjalankan sesuatu tugas dan matlamat kerajaan adalah
dengan pendekatan pengukuran sumber.
sesuatu yang agak sukar. Hal ini sangat penting
Belanjawan prestasi bertujuan untuk mengukur
dititikberatkan kerana semakin baik dan berharga servis
prestasi aktiviti kerajaan secara keseluruhan.
ataupun sesuatu barang itu diberikan maka semakin baik
Ianya memfokuskan kepada penilaian kerja
penilaian awam tentang sesuatu itu.
bukannya penilaian sumber yang digunakan.

8
ASAS PENTADBIRAN AWAM (GMGA1013)

Kesimpulannya, model Pentadbiran Awam Tradisional lebih kepada mencapai

akauntibiliti dari segi birokrasi dengan kawalan ketat mengikut sistem hierarki iaitu segalanya

diketuai dari atas. (Max Weber). Manakala pendapat Woodrow Wilsons pula, model ini

memerlukan teknik yang tepat supaya penjawat awam dapat menjalankan apa yang dikehendaki

oleh pihak politik. Lain pula dengan pendapat Frederick Taylor yang menyatakan bahawa model

ini mempunyai kawalan pengurusan yang ketat.

Manakala, model Pentadbiran Awam Baru pula, lebih kepada memperbaiki kelemahan

yang terdapat pada model Pentadbiran Awam tradisional. Model Pentadbiran Awam Baru lebih

sesuai dan fleksibel digunakan pada bila-bila masa dan di mana-mana organisasi. Selain itu,

model Pentadbiran Awam Baru juga lebih memberi kecekapan dalam sistem pentadbiran awam.

Ianya juga mengurangkan tekanan dan kerja pengurus yang mana setiap keputusan dibuat dengan

pendapat bersama bukanlah hanya mengikut pihak atasan atau dalam maksud lain meletakkan

segala tanggungan kerja atau masalah kepada pengurus. Ini akan menggalakkan pengurus supaya

lebih berani mengambil risiko dan lebih bersikap sebagai seorang usahawan.

Perdebatan antara model Pentadbiran Awam Tradisional dan Pentadbiran Awam Baru

membawa kepada perdebatan antara akauntabiliti dan kecekapan dalam pentadbiran awam.

Dalam Sistem Pentadbiran di Anglo Amerika, kecekapan dititikberatkan dalam setiap organisasi.

Walaupun telah banyak pembaharuan dan penambahbaikan sistem pentadbiran dilakukan namun

kelemahan politik utama yang melibatkan kontraktor luar di Amerika Syarikat adalah rasuah. Hal

ini disebabkan oleh sesetengah kontraktor yang tamak dan sanggup memberi rasuah kepada

penjawat awam.

9
ASAS PENTADBIRAN AWAM (GMGA1013)

Pendekatan Pentadbiran Awam Baru di Amerika Syarikat adalah satu cara bagi

mengurangkan dan menghakis secara beransur-ansur masalah rasuah dengan menggunakan

kapasiti kerajaan mengawasi kecekapan pengeluaran barangan dan perkhidmatan. Ianya adalah

sukar bagi kerajaan untuk menandingi gaji yang lebih tinggi yang boleh diperolehi dalam dunia

perniagaan, walaupun keuntungan kewangan bukanlah sesuatu insentif yang paling penting

untuk pentadbir awam tetapi usaha kerajaan untuk mengambil alih kuasa dalam pengeluaran

hasil sangat penting bagi mengelakkan kuasa politik para kontraktor melobi dan mengambil alih

sistem perundangan terhadap penghapusan sistem berkontrak.

Oleh itu pendekatan Pentadbiran Awam Baru sangat membantu kerajaan dan perlu

diambil serius oleh kerajaan. Walaubagimanapun, Pentadbiran Awam Baru bukanlah satu

pendekatan yang dapat menyelesaikan semua masalah dalam pentadbiran awam.

KELEBIHAN JURNAL

Kelebihan jurnal ini di mana penulis sering menyatakan fakta-fakta dan menggunakan

hasil kajian-kajian lepas yang telah dijalankan oleh penulis lain. Fakta-fakta yang digunakan bagi

menyokong dan mengukuhkan lagi hujah bahawa setiap model mempunyai kelemahan dan

kelebihan tersendiri. Selain itu, penulis juga memberi perbandingan diantara model Pentadbiran

Awam Tradisional dan model Pentadbiran Awam Baru. Hal ini dapat memudahkan pembaca

untuk lebih memahami dan mengenalpasti kelemahan dan kelebihan setiap model. Di samping

itu, penulis juga mengecilkan skop penulisan dengan hanya membandingkan dua sistem

pentadbiran awam dengan mengukur dari segi akauntabiliti dan kecekapan. Hal ini memudahkan

pembaca untuk lebih fokus kepada akauntabiliti dan kecekapan dan lebih nampak skop sebenar

perbandingan dua model pentadbiran awam ini. Pembaca akan lebih memahami dan

10
ASAS PENTADBIRAN AWAM (GMGA1013)

mengenalpasti kelebihan dan kekurangan model-model pentadbiran awam ini dengan melihat

kepada kecekapan dan akauntabiliti bagi setiap model.

KELEMAHAN JURNAL

Penulis tidak menerangkan dengan lebih terperinci tentang sejarah penubuhan kedua-dua

sistem pentadbiran ini. Pembaca akan tertanya-tanya tentang penubuhan model pentadbiran ini

dan tidak memahami sepenuhnya tentang model Pentadbiran Awam Tradisional dan model

Pentadbiran Awam Baru. Di samping itu, penulis juga tidak memberi definisi bagi setiap istilah

yang agak susah difahami dan diertikan oleh pembaca. Hal ini boleh menyebabkan salah faham

yang berlaku antara pembaca dan maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis.

Contohnya perkataan akauntabiliti, revolusi, hierarki, birokrasi dan sebagainya. Perkataan yang

jarang didengar ini mungkin tidak difahami oleh semua pembaca dan pembaca terpaksa mencari

maksud bagi setiap perkataan tersebut untuk lebih memahami apa yang ingin disampaikan oleh

penulis.

Selain itu, jurnal ini juga tidak mempunyai kajian sendiri dari penulis bagi membuat

perbezaan dan memastikan bahawa kajian-kajian yang dilakukan sebelum ini adalah tepat dan

benar. Penulis hanya merujuk kepada jurnal-jurnal lain yang telah dibuat kajian dan hanya

menggunakan fakta-fakta. Walaubagaimanapun penggunaan fakta menjadi kekuatan bagi penulis

untuk menyokong apa yang ditulisnya. Ini kerana penulis banyak merujuk dan membaca untuk

lebih memahami dan menyokong apa yang ditulisnya. Di dalam jurnal ini juga penulis hanya

memfokuskan perbandingan melaui 3 aspek sahaja, bukanlah dari segala aspek. Aspek yang

dibincangkan hanya kepada dasar dan hala tuju setiap model, kawalan terhadap model dan

11
ASAS PENTADBIRAN AWAM (GMGA1013)

penilaian terhadap model. Penulis membuat rumusan bahawa, dengan terjawabnya 3 soalan ini

maka dapat dibuktikan model mana lebih memberikan kebaikan dalam perkhidmatan awam.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Jurnal ini perlu mempunyai setiap definisi bagi perkataan-perkataan yang sukar difahami.

Penerangan setiap istilah yang jarang didengar lebih dapat memberi kefahaman kepada pembaca

untuk memahami makna sama dengan apa yang ingin penulis sampaikan. Sesetengah perkataan

memang tidak dapat difahami dan penulis perlu membuat andaian sebegitu dengan memberikan

makna bagi perkataan-perkataan yang jarang didengar. Selain itu, penulis juga perlu meluaskan

lagi aspek dan faktor-faktor bagi mengukur kelebihan dan kekurangan setiap model pentadbiran

awam itu. Mungkin dari segi kebaikan kepada awam, keberkesanan terhadap pengurusan dan

juga ketepatan masa terhadap kerja yang dilakukan.

Penambahbaikan lain bagi memberi daya penarikan terhadap pembaca adalah dengan

menceritakan sejarah penubuhan setiap model tersebut. Pembaca dapat mendalami keadaan dan

kemunculan setiap model pentadbiran awam itu. Pentingnya pengenalan supaya pembaca dapat

memahami tentang sesuatu itu dari awal sehingga akhir. Tidak timbul salah faham, dan

memudahkan pembaca untuk tidak merujuk di dalam jurnal lain. Dengan hanya membaca satu

jurnal pembaca dapat memahami dan mendalami tentang model Pentadbiran Awam Tradisional

dan model Pentadbiran Awam Baru.

12
ASAS PENTADBIRAN AWAM (GMGA1013)

RUJUKAN

James P.Pfinner (2004). Traditional Public Administration versus The New Public Management:

Accountability versus Efficiency, Institutionenbildung in Regierung und Verwaltung 443-454.

13

Vous aimerez peut-être aussi