Vous êtes sur la page 1sur 1

Kajian ini merupakan satu kajian tindakan yang bertujuan untuk meningkatkan

kemahiran murid dalam menolak nombor secara pengumpulan semula menggunakan Jalur
Garis Nombor. Kajian ini telah dilaksanakan ke atas 2 orang murid lelaki dan 2 orang murid
perempuan dari sekolah kebangsaan kampong laut. Objektif utama kajian adalah untuk
membantu meningkatkan penguasaan kemahiran murid dalam menyelesaikan masalah
operasi tolak dengan mengumpul semula menggunakan Jalur Garis Nombor. Kajian ini
menggunakan reka bentuk moedel laidlaw (1992). Pengumpulan data dilakukan melalui ujian
pra, ujian pos, lembaran kerja murid, ujian pos, pemerhatian dan temubual. Selepas
mengambil ujian pra, murid diperkenalkan dengan jalur garis nombor dan cara
menyelesaikan masalah operasi tolak dengan mengumpul semula menggunakan jalur garis
nombor. Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran inilah lembaran kerja diedarkan
kepada murid. Selepas itu, murid dikehendaki mengambil ujian pos dan perlu menjawab
kesemua soalan yang diberikan. Peningkatan purata ujian pra dan pos meningkat sebanyak
72.5%. keputusan ini telah membuktikan bahawa kajian yang dijalankan telah memberikan
perubahan yang pofitif kepada murid dalam membantu mereka menyelesaikan masalah
operasi tolak dengan mengumpul semula. Secara keseluruhannya, penggunaan jalur garis
nombor ini mampu membantu murid dalam menyelesaikan masalah operasi tolak dengan
mengumpul semula dan mampu menarik minat murid untuk belajar. Saya berharap kajian ini
akan digunakan secara meluas bagi membantu murid dalam menyelesaikan masalah operasi
tolak dengan mengumpul semula yang dihadapi oleh kebanyakkan murid pemulihan.

Vous aimerez peut-être aussi