Vous êtes sur la page 1sur 2

SCHOOL OF GENERAL STUDIES

HUBUNGAN ETNIK MPU 3113


TAJUK-TAJUK TUGASAN KUMPULAN

1. RUKUNEGARA merupakan kesan daripada peristiwa 13 Mei 1969. Sejauh


manakah falsafah Rukunegara dipraktikkan oleh kerajaan untuk mempererat
hubungan antara kaum di Negara ini? Buat suatu analisis kritikal berkenaan
perkara ini.

2. Analisis keadaan stereotaip, prasangka dan diskriminasi yang berlaku di Malaysia


dan kesannya ke atas hubungan etnik.

3. Sejauh manakah anda bersetuju bahawa parti-parti politik dan pertubuhan bukan
Kerajaan berasaskan kaum menjadi batu penghalang bagi kita merealisasikan
perpaduan yang erat dalam kalangan rakyat Negara ini?

4. Buat satu analisis kritikal tentang kejayaan dasar-dasar kerajaan dalam


memperkukuh ikatan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Analisis harus
melibatkan sekurang-kurangnya EMPAT dasar utama yang menyentuh bidang-
bidang yang berbeza.

5. Ada pendapat yang mengatakan bahawa sistem pendidikan yang sedia ada
menghalang kewujudan perpaduan yang erat. Berikan pandangan anda dan juga
berikan alternatif yang lebih baik jika anda bersetuju dengan pendapat tersebut.

6. Amalan beragama sememangnya menjadi sebahagian daripada kehidupan


masyarakat Malaysia. Bincangkan ajaran-ajaran utama agama Islam dan Kristian
serta kerelevanan nilai-nilainya dalam memupuk perpaduan.

7. Amalan beragama sememangnya menjadi sebahagian daripada kehidupan


masyarakat Malaysia. Bincangkan ajaran-ajaran utama agama Hindu dan Buddha
serta kerelevanan nilai-nilainya dalam memupuk perpaduan.

8. Amalan beragama sememangnya menjadi sebahagian daripada kehidupan


masyarakat Malaysia. Bincangkan ajaran-ajaran utama agama Sikh dan Tao serta
kerelevanan nilai-nilainya dalam memupuk perpaduan.

9. Perkembangan Media Sosial merupakan suatu fenomena yang amat menarik pada
abad ke-21.
Bincangkan impak media sosial terhadap masyarakat.
10. Proses pembentukan kesepaduan yang erat dalam kalangan masyarakat terletak di
tangan masyarakat.
Bincangkan peranan masyarakat dalam menentukan hala tuju proses kesepaduan
di Negara ini.

Vous aimerez peut-être aussi