Vous êtes sur la page 1sur 14

Isi Kandungan

Pengenalan................................................................................................................................. 2

Tugasan 1 ................................................................................................................................... 3

Ringkasan isi kandungan : ...................................................................................................... 3

Ulasan kritis isu-isu serta pandangan anda tentang langkah-langkah bagi membendung
isu-isu yang dibincangkan : .................................................................................................... 5

Tugasan 2 ................................................................................................................................... 8

Bagaimana guru tersebut mencapai kejayaan sehingga menjadi contoh kepada guru-guru
lain : ........................................................................................................................................ 8

Peranan yang dimainkan oleh guru tersebut yang sesuai dengan pendidikan semasa : .... 10

Cadangkan usaha bagi meningkatkan profesionalisme keguruan seiring dengan aspirasi


murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) : .............................. 11

Rujukan .................................................................................................................................... 13

Lampiran .................................................................................................................................. 14

1
Pengenalan

Profesion perguruan adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses
pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion
paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan
masyarakat. Dalam era globalisasi kini, peranan guru menjadi semakin kompleks dan
mencabar. Oleh itu, golongan guru hendaklah memastikan bahawa martabat perguruan
sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke tahap yang lebih tinggi dengan menjalankan tugas
berdasarkan kod etika perkhidmatan dan melaksanakan tugas tersebut dengan penuh
integrity.

Sebagai seorang guru pada abad ke-21, guru perlu komited dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajarannya yang berkualiti dan berpegang teguh kepada kod etika
serta nilai akauntabiliti keguruan. Seorang guru yang bergelar profesional merupakan
individu yang terlatih dalam pengajaran dan pembelajaran, selain berpengetahuan tinggi
serta berkemahiran dan perlu patuh kepada peraturan yang termaktub dalam etika kerja.

Antara tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh seorang guru ialah tanggungjawabnya
terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat dan negara serta rakan sejawat. Maksud
akauntabiliti ini ialah tanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu. Maka,
akauntabiliti dalam bidang keguruan membawa maksud tanggungjawab guru terhadap
profesionalisme keguruannya.

Jika semua guru menghayati segala apa yang diamanahkan, maka semua warga guru dapat
menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komitmen. Akauntabiliti
atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akauntabilitinya terhadap diri sendiri, pelajar,
ibu bapa dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya seorang guru itu benar-
benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan.

2
Tugasan 1

Ringkasan isi kandungan :

Sepanjang tempoh saya mencari bahan untuk melaksanakan tugasan ini saya telah
memilih tajuk jurnal tentang Pengaruh Sikap Guru Terhadap Pembuatan Keputusan ke Atas
Komitmen Guru di Sekolah. Berdasarkan hasil jurnal yang telah saya dapati dan saya
analisis, fakta utama yang terdapat di dalam jurnal ini ialah untuk mengenal pasti pengaruh
sikap guru terhadap komitmen guru dalam membuat keputusan dan juga mengenal pasti
pengaruh galakan pengetua sebagai perantara terhadap hubungan antara sikap guru
dengan komitmen guru dalam membuat keputusan.

Bagi metodologi jurnal ini pula ialah kajian ini berbentuk deskriptif dengan
menggunakan kaedah tinjauan iaitu dengan membuat pemerhatian dalam sebuah sekolah
yang ingin dipilih. Dalam kajian ini, soal selidik telah digunakan sebagai alat ukur untuk
mengutip data para guru dalam sebuah sekolah menengah di Kedah. Instrumen kajian ini
telah menggunakan lima skala likert. Item-item dalam kajian ini telah disemak dari segi
kesahan kandungan dan kobolehpercayaan. Analisis faktor digunakan untuk menyemak
kesahan instrumen kajian. Di samping itu, instrumen kajian juga diberikan kepada pakar
bidang dan pakar Bahasa untuk disemak bagi memastikan kesahan alat ukur yang
digunakan oleh pengkaji adalah boleh digunakan. Analisis statistik deskriptif seperti min dan
sisihan piawai telah digunakan untuk menerangkan Tahap Galakan Pengetua dan
Komitmen Guru dalam sekolah di Negeri Kedah.

Seterusnya, dapatan kajian yang dikaji oleh penyelidik ini ialah dari segi latar
belakang responden, pengkaji telah membuat analisis dekriptif bagi variable umur, jantina,
kelulusan akademik dan pengalaman mengajar di sekolah. Kedua, dari segi tahap galakan
pengetua iaitu rendah atau tinggi berdasarkan nilai skor min. Ketiga pula ialah komitmen
guru dalam membuat keputusan di sekolah, diukur berdasarkan tiga tahap iaitu tahap
komitmen yang tinggi, sederhana dan juga rendah. Jika saya lihat pada jurnal yang telah
dianalisis, komitmen guru adalah berada pada tahap yang sederhana. Keempat ialah
pengaruh sikap guru terhadap komitmen guru dalam membuat keputusan. Pengkaji telah
menggunakan dapatan analisis regresi berganda untuk mengenal pasti pengaruh sikap guru
terhadap komitmen guru dalam membuat keputusan. Dapatan yang telah dianalisis oleh
pengkaji menggambarkan bahawa terdapatnya pengaruh yang positif antara sikap guru dan
juga komitmen guru di sekolah yang telah dikaji. Guru-guru yang mempunyai sikap yang
positif akan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam pembuatan keputusan di sekolah.

3
Dapatan yang terakhir ialah tentang galakan pengetua sebagai perantara terhadap
hubungan antara sikap guru dengan komitmen guru dalam membuat keputusan. Hal ini jelas
dilihat pada jumlah peningkatan varians yang terlibat dan juga galakan pengetua hanya
menjadi perantara separa antara hubungan sikap guru dengan komitmen guru dalam
membuat keputusan.

Terakhir sekali ialah dari segi perbincangan kajian yang telah dijalankan oleh
pengkaji. Pertama ialah mengenai perbincangan pada aspek galakan pengetua dan
komitmen guru. Dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa tahap galakan pengetua
dalam membuat keputusan adalah tinggi jika kita lihat pada peningkatan jumlah varians
dalam data yang telah dianalisis di atas. Keputusan ini telah menjelaskan apabila galakan
pengetua adalah tinggi maka guru-guru lebih bermotivasi untuk melaksanakan kerja-kerja
kolaboratif termasuk dalam aktiviti membuat keputusan di sekolah (Ishak Sin, 1993). Hal ini
adalah kerana pengetua telah memberi sokongan padu terhadap pelaksanaan kurikulum di
sekolah dengan cara menghadirkan diri dalam mensyuarat kurikulum atau mesyuarat panitia
serta menunjukkan sikap mengambil berat dalam program-program kurikulum yang
dijalankan di sekolah. Dapatan kajian pengkaji juga menunjukkan bahawa tahap komitmen
guru dalam membuat keputusan adalah pada tahap yang sederhana pada awal kajian. Akan
tetapi, dapatan kajian yang seterusnya telah menunjukkan bahawa sikap guru juga
mempunyai pengaruhnya yang signifikan terhadap komitmen guru secara positif. Hal ini
adalah kerana guru-guru yang mempunyai sikap yang positif akan menunjukkan
kesetiaannya untuk terus kekal di sekolah (Kreitner & Kinicki, 2007). Seterusnya, galakan
pengetua hanyalah menjadi perantara separa antara hubungan sikap guru dengan
komitmen guru di sekolah. Kajian ini telah menyokong dapatan daripada Zulkafli
Kamaruddin (2007) yang menjelaskan bahawa peningkatan penglibatan guru dalam
membuat keputusan turut meningkatkan komitmen kerja guru apabila terdapat sokongan
organisasi. Justeru, dapatan ini mencadangkan bahawa pengetua sebagai pengurus
sekolah hendaklah membina suatu persekitaran kerja yang mampu memberi persepsi positif
terhadap organisasi.

4
Ulasan kritis isu-isu serta pandangan anda tentang langkah-langkah bagi membendung
isu-isu yang dibincangkan :

Pada pandangan saya, ulasan kritis dan juga langkah-langkah bagi


membendung isu mengenai pengaruh sikap guru terhadap pembuatan keputusan ke atas
komitmen guru di sekolah dengan galakan pengetua sebagai perantara ialah pertama,
komitmen guru perlu dalam membuat keputusan. Hal ini bermaksud, jika seseorang guru itu
tiada komitmen maka tiada kata putus yang sah dalam membuat sesuatu keputusan.
Tambahan pula, jika seseorang guru itu tiada kesefahaman dan kurangnya kejelekitan
antara guru-guru, maka pembuatan keputusan tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan
telus. Hal ini selari dengan kod etika keguruan iaitu seorang guru itu perlu berusaha dengan
sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh
mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. Oleh itu, pada pandangan
penulis, kita sebagai seorang guru seharusnya perlu memahami maksud sebenar komitmen
yang dipegang oleh seorang guru itu. Contohnya, setiap guru jangan diberikan tugas yang
bukan di luar bidang dan kemahiran mereka kerana ianya akan menjejaskan komitmen yang
perlu dilakukan oleh setiap guru di sekolah. Kita juga perlu membina hubungan komunikasi
dan hidup secara bermasyarakat antara satu sama lain dalam sesebuah institusi atau
komuniti supaya kelancaran pentadbiran sesebuah organisasi itu sentiasa berada dalam
keadaan yang memberangsangkan dan ada peningkatan. Oleh itu, kesannya ialah guru-
guru akan saling menghormati dan mempunyai kesantunan yang tinggi serta kepeduliannya
terhadap profesionnya untuk menguruskan kehidupan dengan lebih baik. Hal ini selaras
dengan isu kesantunan guru-guru di sekolah dalam sesebuah organisasi sendiri di sekolah.
Oleh itu, kesantunan antara guru-guru ini akan mampu meningkatkan hubungan yang baik
antara satu sama lain supaya sesuatu pergaulan itu sentiasa berada dalam keadaan yang
harmoni, tenang, tenteram dan terlindung tanpa merugikan kepentingan mereka sendiri.
Jelaslah dilihat jika pengaruh sikap seseorang guru itu positif, maka akan memberi kesan
yang baik terhadap pembuatan keputusan ke atas komitmen guru di sekolah.

Seterusnya, galakan pengetua adalah amat tinggi supaya guru-guru lebih


bermotivasi untuk melaksanakan kerja-kerja kolaboratif termasuklah dalam aktiviti membuat
keputusan. Hal ini bermaksud, pengetua berperanan sebagai pengurus yang baik serta
perancang sistem pentadbiran yang lebih tersusun dan sistematik. Pengetua juga harus
mempunyai semangat instrinsik yang tinggi supaya dapat membina jaringan perhubungan
pekerjaan yang positif di kalangan guru-guru terutama dalam memberi idea dan membuat
keputusan yang sewajarnya. Kesannya, guru-guru akan lebih bermotivasi dalam
melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik. Hal ini selari dengan kod etika keguruan

5
yang bermaksud seorang guru itu sentiasa mengawasi diri dan guru-guru supaya tidak
mencemarkan nama baik profesion keguruan. Jadi, pengetua berperanan dalam mengawal
perlakuan dan tingkah laku guru-guru dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru
agar nama baik profesion keguruan dapat dikekalkan. Keberkesanan dalam membuat
keputusan di sekolah akan lebih berjaya jika adanya sokongan yang padu daripada
pengetua terhadap apa jua pelaksanaan kurikulum yang dirancang di sekolah. Pengaruh
pengetua sebenarnya memberi impak yang besar dalam menjayakan lagi sesuatu
perancangan kurikulum yang akan dilaksanakan kerana pengetua mampu dalam mengurus
serta membina satu persekitaran kerja yang efisen dan komitmen antara guru-guru dalam
membuat keputusan akan menjadi lebih kukuh. Pengetua juga berperanan sebagai pemberi
semangat serta motivasi untuk guru-guru supaya keputusan yang dibuat lebih tepat dan
mempunyai baik serta buruknya jika keputusan itu dilaksanakan. Pengetua haruslah
merangsang guru-guru di sekolah untuk bertindak dengan lebih cepat dalam melakukan
sesuatu kerja yang dilaksanakan agar masa keberadaan di sekolah tidak akan disiakan.
Pengetua juga perlu bersikap lebih adil dalam memberikan tugas-tugas khas kepada setiap
guru mengikut bidang dan kemahiran mereka yang lebih sesuai. Jika kita lihat pada kajian
yang telah dilaksanakan oleh pengkaji ini ialah hubungan antara guru-guru telah melibatkan
pada perlakuan yang lebih verbal berbanding nonverbal iaitu hubungan antara guru-guru
dan juga melalui pengetua sebagai perantara dalam membuat keputusan. Bagi tokoh-tokoh
bahasa, mereka berpendapat bahawa kesantunan ialah perlakuan berbahasa yang mampu
mewujudkan keharmonian sewaktu berlaku sesuatu komunikasi agar perkara yang
dibincangkan akan mendapat satu kata sepakat yang sama serta berbaloi bagi sesuatu
organisasi. Manakala Noriati (2004) berpendapat bahawa kesantunan yang bermula
daripada hati yang ikhlas dan jujur akan menzahirkan perlakuan sama ada perlakuan
berbahasa ataupun perlakuan bukan bahasa yang menyenangkan bagi semua pihak.

Selain itu, setiap guru perlu mempunyai sikap untuk bekerja dengan kuat untuk
mencapai matlamat dan kekal dalam organisasi. Contohnya, guru mempunyai sikap yang
positif seperti rajin, amanah, jujur dan bertanggungjawab serta boleh dijadikan sebagai
model yang baik dalam bidang profesion. Tambahan pula, guru-guru perlu menunjukkan
disiplin yang baik semasa melakukan tugas dan jangan sambil lewa sahaja. Sebagai contoh,
seorang pengetua perlulah bertindak sebagai fasilitator dalam memberi tunjuk ajar serta
membantu guru-guru dalam merancang dan membuat keputusan dengan tepat berdasarkan
kemahiran mereka. Hal ini akan membantu guru-guru melatih pemikirannya untuk berfikir
dengan lebih terancang serta tepat dalam membuat sesuatu keputusan. Selaras dengan
kod etika keguruan iaitu guru tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan
kecekapan sebagai guru. Kod etika ini bermaksud, guru-guru perlu mengelakkan dirinya

6
daripada melakukan pekerjaan di luar bidang profesion atau apa-apa sahaja pertubuhan
yang akan memberi kesan ke atas kecekapannya sebagai seorang guru di sekolah.
Contohnya dengan membuat kelas tambahan di luar atau sejenis perniagaan yang akan
merugikan masa, tenaga dan kewangan. Justeru, ianya akan memberi kesan yang negatif
terhadap nilai kecekapan sebagai seorang guru kerana tidak boleh memberikan sepenuh
komitmen dan tanggungjawabnya di sekolah. Oleh itu, seseorang guru itu akan dapat
menunjukkan komitmen yang tinggi melalui sikapnya untuk bekerja dengan keras dalam
mencapai matlamat dan kekal dalam organisasinya. Hasilnya, guru-guru akan menunjukkan
kesetiaannya untuk terus kekal di sekolah dan memperkembangkan kejayaannya di sekolah
kerana dapat membuat keputusan yang tepat.

Akhir sekali ialah membina suatu persekitaran kerja yang mampu memberi persepsi
positif terhadap organisasi dalam memberi ganjaran, sokongan kepimpinan serta
kesesuaian agihan tugasan supaya penglibatan guru dalam membuat keputusan dapat
ditingkatkan bagi mengukuhkan komitmen guru. Pada pandangan saya, contoh ganjaran
yang diberikan kepada guru adalah seperti satu pengiktirafan ke atas kecemerlangannya
atau sumbangan yang diberikan pada sekolah. Jadi, guru-guru ini akan berasa dihargai
serta kesan daripadanya akan dapat meningkatkan lagi komitmen antara guru-guru dalam
mewujudkan persaingan yang lebih sihat antara mereka dalam mencapai kejayaan dan
kecemerlangan.

Kesimpulan yang akan diambil terhadap isu ini sendiri ialah jika berlakunya pengaruh
sikap guru yang negatif dalam membuat sesuatu keputusan akan menyebabkan perjalanan
pelaksanaan kurikulum menjadi lemah. Hal ini kerana, sikap guru yang sambal lewa dan
tidak memberi sepenuh perhatian dalam profesionnya akan menyebabkan sesuatu
keputusan yang dibuat tidak mempunyai komitmen yang baik antara guru-guru dan juga
pengetuanya. Kesannya ialah aktiviti yang dirancang di sekolah akan gagal. Contohnya, jika
seseorang guru itu bersikap malas akan menyebabkan perjalanan pelaksanaan kurikulum
tidak berjaya dan juga tidak akan memberi kesan yang positif pada sekolah serta pelajar-
pelajar. Tambahan pula, ianya akan menyebabkan guru-guru serta pelajar menjadi pasif di
sekolah dan akan menjatuhkan reputasi pencapaian sekolah itu sendiri. Maka, pandangan
masyarakat terhadap para guru ini nanti akan bertukar menjadi negatif justeru mewujudkan
ketidakpercayaan di dalam mendidik anak-anak mereka di sekolah. Oleh itu, ianya akan
mencemarkan nama profesion keguruan dan juga mencemarkan nama baik sekolah.
Masyarakat tidak akan lagi memberikan kepercayaan sepenuhnya terhadap sekolah untuk
menghantar anak mereka menuntut ilmu di sekolah tersebut. Pencapaian sekolah juga akan
jatuh merudum jika masalah di kalangan guru-guru tidak dapat diselesaikan dengan lebih
cepat dan tangkas.

7
Tugasan 2

Bagaimana guru tersebut mencapai kejayaan sehingga menjadi contoh kepada guru-
guru lain :

Berdasarkan daripada hasil temu bual saya bersama seorang guru cemerlang di
Sekolah Kebangsaan Taman Midah 2 ialah beliau seorang guru yang mahir dalam subjek
Bahasa Melayu di sekolah tempat saya menjalankan internship. Beliau sebenarnya seorang
guru Bahasa Melayu bagi murid Tahun lima dan enam sahaja. Sememangnya, beliau
adalah seorang guru yang telah dijadikan contoh kepada guru-guru lain di sekolah tersebut
atas sumbangan serta pengalamannya mengajar dalam Bahasa Melayu sejak beliau mula
berkhidmat di sekolah. Kemahiran dan kepakarannya terserlah apabila beliau mula
mengajar murid-murid Tahun enam kerana subjek Bahasa Melayu ini adalah antara subjek
utama teras yang wajib lulus bagi semua murid yang menghadapi peperiksaan UPSR.
Pelbagai perkongsian yang telah beliau kongsi bersama saya tentang bagaimana beliau
boleh menjadi contoh kepada guru-guru lain di sekolah. Antaranya ialah dengan
mengekalkan momentum berkerja, meningkatkan ilmu dalam bidang keguruan dan sentiasa
peka dengan kehendak semasa pendidikan kini.

Pertama sekali, beliau perlulah mengekalkan momentum bekerja di sekolah. Hal ini
bermaksud beliau mestilah mempunyai minat serta motivasi kendiri yang tinggi untuk
sentiasa mengekalkan momentum kerja dengan lebih baik. Sebagai contoh, beliau sentiasa
bersiap sedia untuk menerima dan melakukan sebarang kerja yang diterima sama ada di
dalam mahupun di luar sekolah serta bersikap positif dalam membuat keputusan yang tepat
supaya tidak terbeban dengan tugasan yang diberi. Selain daripada mempunyai minat dan
motivasi kendiri yang tinggi, beliau juga perlu membina hubungan yang baik antara rakan
sejawat dan juga pihak pentadbir. Hal ini kerana, kerja sepasukan sangat penting dalam
menjayakan sesuatu pelaksanaan ataupun program kurikulum di sekolah dengan sokongan
yang padu daripada pihak pentadbir. Oleh itu, momentum kerja guru akan dapat dikekalkan
untuk menghasilkan gerak kerja yang lebih efisen dan professional semasa bekerja di
sekolah.

Kedua, beliau juga seharusnya meningkatkan ilmu dalam bidang perguruan


khususnya bagi matapelajaran Bahasa Melayu. Hal ini kerana, beliau telah dijadikan rujukan
dan panduan kepada guru-guru lain dalam matapelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Hal ini
terbukti apabila beliau menjadi Ketua Panitia Bahasa Melayu di sekolah dan juga turut
menjadi salah seorang daripada jurulatih utama KSSR bagi peringkat Wilayah Persekutuan

8
Kuala Lumpur. Kebanyakan guru-guru Bahasa Melayu tahap dua ramai yang menjadikan
beliau sebagai rujukan penting jika berlaku sebarang kekeliruan di dalam matapelajaran
Bahasa Melayu yang seringkali mengalami perubahan. Justeru, kejayaan beliau sangat
membantu guru-guru lain dalam meningkatkan prestasi kerja serta pencapaian sekolah.

Ketiga, beliau juga mengamalkan nilai-nilai yang terkandung dalam kod etika
keguruan. Hal ini kerana, guru merupakan role model yang akan diteladani bukan sahaja di
kalangan rakan sejawat, malah di kalangan para pelajar. Sebagai role model, beliau perlu
sentiasa mengekalkan ciri tingkah laku yang baik, mempunyai kesabaran yang tinggi,
bersifat empati, ikhlas dan jujur dalam melaksanakan tugasnya. Sebagai seorang guru yang
professional, beliau sentiasa menampilkan diri sebagai role model yang mempunyai
perwatakan mulia, warga negara yang patriotik dan mempunyai daya tahan yang tinggi.
Contoh perwatakan beliau yang mulia di dalam kelas ialah dengan memberikan nilai
kesamarataan dalam kalangan murid-murid terutamanya dalam memberi peluang kepada
murid untuk menonjolkan bakat dan potensi sedia ada mereka di dalam kelas. Beliau juga
turut menampilkan ciri-ciri sebagai warga negara yang patriotik apabila beliau sanggup
berkorban masa dan tenaga demi memperjuangkan ilmu untuk anak didik bangsa Malaysia.
Selain itu, beliau mempunyai daya tahan yang tinggi dalam mengawal tingkah laku murid di
dalam kelas yang datang dari pelbagai latar belakang budaya yang semakin rencam.

9
Peranan yang dimainkan oleh guru tersebut yang sesuai dengan pendidikan semasa :

Peranan yang beliau lakukan yang sesuai dengan pendidikan semasa termasuklah
memperbaharui kaedah pengajaran agar sesuai dengan pendidikan semasa kini di sekolah.
Contohnya ialah dengan mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di dalam
kelas. Beliau sentiasa membuat penyoalan mengikut aras dan tahap pemikiran murid-murid
supaya mereka sentiasa berfikir di luar kotak serta jawapan yang di luar jangkaan. Tujuan
kemahiran ini digunakan adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan dan pengetahuan
murid untuk berfikir terutama di dalam penyoalan dan jawapan selain daripada tajuk yang
diajar di dalam kelas. Hal ini adalah kerana pendidikan terbaru kini menginginkan
pengajaran abad ke-21 dengan membenarkan murid-murid untuk berfikir jauh ke hadapan
berdasarkan logik yang diterima.

Peranan seterusnya ialah beliau sentiasa melibatkan diri secara aktif dari aspek
kurikulum dan sentiasa peka dengan kehendak semasa serta segala perubahan yang telah
berlaku dalam dunia pendidikan kini. Contohnya ialah beliau telah menghadiri beberapa
kursus mengenai peta pemikiran i-Think dan juga telah terpilih sebagai jurulatih utama
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Melayu dalam peringkat Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. Tambahan pula, sistem kurikulum kini telah mengalami banyak
perubahan yang baharu iaitu beliau telah bertanggungjawab dalam menggubal JSU Bahasa
Melayu bagi KSSR yang telah dilaksanakan di sekolah. Pengorbanan serta sumbangannya
dalam dunia pendidikan kini telah dapat membantu sedikit sebanyak keberkesanan
perlaksanaan kurikulum yang baru di samping menambahkan pengetahuan serta
pengalamannya yang baru.

Selain itu, peranan lain bagi beliau ialah sentiasa mengaplikasikan kemahiran ICT
dalam pengajaran dan pembelajarannya di kelas. Tujuannya adalah supaya murid dapat
didedahkan dengan ilmu pengetahuan yang baru di samping membina pengalaman mereka
secara kendiri dan juga dapat meningkatkan tahap penguasaan pembelajaran dengan lebih
berkesan di dalam kelas. Beliau juga telah menghadiri beberapa kursus khas dan juga
bengkel tentang penggunaan ICT secara berkesan untuk diaplikasikan dalam
pengajarannya di bilik darjah. Contohnya, beliau telah menggunakan peta pemikiran i-Think
dalam membuat nota dengan menggunakan perisian-perisian yang mempunyai pelbagai
reka bentuk peta i-Think. Tambahan pula, beliau juga telah membuat satu laman web sendiri
tentang matapelajaran yang di ajar iaitu dengan memasukkan nota serta latihan-latihan yang
berkaitan dengan subjek Bahasa Melayu dan meminta murid untuk mengakses laman web
tersebut sebagai pemudah cara mereka di dalam pembelajaran.

10
Cadangkan usaha bagi meningkatkan profesionalisme keguruan seiring dengan aspirasi
murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) :

Cadangan saya ialah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu memastikan


semua guru yang mengikuti setiap latihan perguruan memenuhi syarat kelayakan
kemasukan ke profesion keguruan bagi memenuhi hasrat untuk melahirkan guru berkualiti
dan terbaik. Contohnya, bakal-bakal guru pelatih hendaklah dipilih berdasarkan pencapaian
yang cemerlang iaitu minima 6A. Oleh itu, di samping mereka berkemampuan untuk
mendidik dengan cemerlang, mereka juga akan menjadi idola kepada murid-murid untuk
cemerlang seiring dengan aspirasi murid dalam meningkatkan pengetahuan kurikulum
mereka.

Seterusnya, penyediaan prasarana dan kemudahan yang terbaik disekolah


terutamanya dari segi kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi, capaian internet dan
seumpamanya bagi membolehkan guru merialisasikan pembelajaran abad ke-21. Kesannya
akan dapat meningkatkan pengetahuan baru di samping dapat meningkatkan kemahiran
dwibahasa murid melalui ICT seiring dengan kehendak aspirasi murid.

Sejajar dengan itu juga, guru perlu berusaha mendapatkan strategi pengajaran yang
inovatif dan dapat memotivasikan pembelajaran murid seiring dengan perubahan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang menjurus kepada unsur KBAT (Kemahiran berfikir aras
tinggi). Oleh itu, guru-guru perlu cukup bersedia untuk mengajar kemahiran berfikir aras
tinggi yang akan dapat membantu dalam meningkatkan kefahaman dan juga pengetahuan
murid dengan lebih jauh. Hal ini seiring dengan aspirasi murid dalam meningkatkan
kemahiran berfikir mereka.

Selain itu, guru juga perlu diberikan pendedahan tentang kaedah serta teknik
pengajaran yang berkesan dari semasa ke semasa kerana kejayaan murid di dalam
pembelajaran serta minat murid terhadap sesuatu matapelajaran yang dipelajari mempunyai
hubungan yang rapat dengan kebolehan dan keberkesanan seseorang guru itu mengajar.
Pengetahuan ilmu pedagogi yang mantap dan kukuh bagi seseorang guru dapat membantu
peningkatan kefahaman serta pengetahuan murid dengan lebih luas. Contohnya ialah
pengajaran secara berkumpulan, akses kendiri, kajian masa depan dan lain-lain. Kesannya
pada murid ialah murid akan berasa sungguh yakin serta seronok dalam pembelajarannya di
kelas kerana guru bersungguh-sungguh menggunakan segala ilmunya yang ada untuk
mengajar dengan baik. Hal ini sejajar dengan enam aspirasi murid untuk meningkatkan
pengetahuan mereka dalam menguasai subjek teras dan juga dapat meningkatkan
kemahiran berfikir murid dalam menghubung kait pelbagai pengetahuan yang berbeza dan

11
cara untuk menjana pengetahuan baru. Selain itu, ianya juga dapat membantu murid dalam
meningkatkan kemahiran memimpin mereka melalui gerak kerja secara berkumpulan dan
memegang peranan kepimpinan itu dengan penuh tanggungjawab.

Di samping itu, guru didedahkan dengan budaya kerjasama dan cara bekerja yang
baru dengan melibatkan ibu bapa serta murid dalam proses pembelajaran mereka. Oleh itu,
guru akan dapat meningkatkan nilai etika dan kerohanian dalam kalangan murid kerana
guru telah menunjukkan nilai kerjasamanya antara murid dan ibu bapa mereka. Kesannya,
murid akan berasa lebih selesa dan berkeyakinan dalam mengharungi dunia pembelajaran
mereka. Malahan, guru dapat mengekalkan kecemerlangan professional kerana guru telah
bersikap terbuka dalam menerima satu budaya yang baru.

Kesimpulannya, Kementerian Pendidikan Malaysia perlu meneliti beberapa dimensi


yang akan mempengaruhi pengalaman serta pengajaran guru secara langsung,
ketersediaan ruang kerja yang mencukupi untuk guru, purata saiz kelas dan nisbah murid
dan guru, jumlah waktu bekerja serta jenis aktiviti yang diberi sebagai tugasan guru. Beban
pentadbiran guru juga perlu dikurangkan supaya guru boleh menumpukan sepenuh tenaga
kepada aktiviti utama seharian di sekolah iaitu melaksanakan pengajaran dan
pembelajarannya di kelas.

12
Rujukan

Abu Bakar Nordin (1991) dan Halim Hui (ed). Kurikulum: Perspektif dan Perlaksanaannya.
Kuala Lumpur: Pustaka Antara

Abdul Rahim bin Abdul Rashid. 1990. Strategi pengajaran Sejarah. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan et. al (1999), Komunikasi Untuk Guru, Utusan Publication &Distributors
Sdn Bhd, Kuala Lumpur

Abd. Rahim Abd. Rashid (1999), Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah , Utusan
Publication & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Ee Ah Meng. (1996). Psikologi Pendidikan Dalam Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti

Kamaruddin Husin. (1997). Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Utusan Publications
and Distributors.

Kaur, R. (2007). Definisi guru. Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Marimuthu, T. (1990). Pengenalan Sosilogi Pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Omardin Ashaari (1999), Pembelajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. DewanBahasa


dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Sham b. Ibrahim (2003). Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran Guru di


Daerah Jelebu. Kertas Projek Sarjana Universiti Putra Malaysia.

Sang, M. S. (2007). Warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan. Kuala Lumpur.

Sumber : http://id.shvoong.com/social-sciences/education/2246526-guru-sebagai-sumber-
belajar/#ixzz1qI5qv4Qw

13
Lampiran
BIODATA GURU

NAMA : SITI ASIAH BINTI ABDULLAH

UMUR : 48 TAHUN

TARIKH LAHIR : 20 JUN 1968

TEMPAT TINGGAL : TAMAN CHERAS INDAH, KUALA LUMPUR

BERAT : 65 Kg

TINGGI : 170 Cm

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN : UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PENCAPAIAN : ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

MATA PELAJARAN YANG DIAJAR : BAHASA MELAYU

KENANGAN MANIS : SUNGGUH BANYAK KENANGAN MANIS YANG DICIPTA


SEPANJANG MEMBERI ILMU KEPADA ANAK BANGSA. PENGAJARAN ITU
MENYERONOKKAN JIKA KITA BERASA SERONOK UNTUK MENGAJAR.

14

Vous aimerez peut-être aussi