Vous êtes sur la page 1sur 1

ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1

1) ii. Hubungan Perwakilan Data: bit, bait dan aksara.

Komputer hanya mengenali dua digit sahaja; 1 dan 0, sistem nombor ini dipanggil sistem perduaan atau
lebih dikenali sebagai sistem binary (binary system).

Setiap digit 1 dan 0 dikenali sebagai bit dan merupakan unit terkecil untuk data yang diwakilkan oleh
komputer.

Satu bit sebenarnya tidak membawa apa-apa makna, namun kombinasi 8 bit dikenali sebagai bait (byte)
dan boleh mewakilkan banyak data atau pun

2) MODUL UKURAN DATA

1 Bit = 0 dan 1 (On/Off)

1 Bait = 8 bit

8 Bit = 1 aksara ASCII dan EBCDIC

16 Bit = 1 aksara UNICODE

3) maklumat. Ini disebabkan gabungan 0 dan 1 yang berbeza di dalam 1 bait boleh mewakili sehingga
256 aksara berbeza ini termasuklah nombor, huruf besar, huruf kecil dan simbol-simbol tertentu.
Kombinasi beberapa 0 dan 1 dipanggil Skema Pengekodan.

4) Dua sistem pengekodan yang paling banyak digunakan ialah ASCII (American Standard Code for
Information Interchange), yang digunakan di dalam komputer peribadi dan minikomputer; dan EBCDIC
(Extended Binary Coded Decimal Interchange Code) yang digunakan di dalam komputer kerangka utama.

5) Kedua-dua skema ini hanya boleh digunakan untuk mewakili huruf-huruf Roman (A hingga Z) dan
nombor (1-9). Ia tidak dapat mewakili huruf-huruf bahasa lain seperti bahasa Arab, Cina, Tamil dan
Jepun.

6) Skema pengekodan untuk bahasa Arab, Cina, Tamil dan Jepun menggunakan unit UNICODE. Skema ini
merangkumi 65536 aksara di dalam perisian pemprosesan perkataan dan perisian-perisian lain.

7) Data, maklumat dan arahan yang disimpan pada peranti storan boleh diukur mengikut urutan seperti
rajah di bawah: Unit terkecil dimulai dengan Bit, berasal dari perkataan Binary Digit terdiri daripada digit
0 dan 1 sahaja.

Gabungan 8 bit menjadi 1 Bait. 1 Bait bersamaan dengan 1 aksara.

Unit Bersamaan

1 kilobait 210 bait

1 Megabait 220 bait

1 Gigabait 230 bait

1 Terabait 240 bait

Vous aimerez peut-être aussi