Vous êtes sur la page 1sur 4

GMGM 3043 PEMBANGUNAN ORGANISASI

OD adalah perubahan terancang yang melalui tahap-tahap diagnosis. Bincangkan tahap-tahap

diagnosis tersebut. Cadangkan intervensi-intervensi yang boleh dilakukan untuk menangani

atau masalah berkaitan isu strategic, isu teknostruktural, isu proses manusia dan isu sumber

manusia.

Diagnosis adalah usaha-usaha untuk mengenalpasti masalah dalam sebuah

organisasi. Untuk melakukan diagnosis yang berjaya terdapat beberapa tahap iaitu peringkat

organisasi , peringkat kumpulan dan peringkat individu.

Diagnosis peringkat organisasi bertujuan untuk melihat keberkesanan serta kecekapan

sesebuah organisasi. Ini dapat dilihat apabila sesebuah organisasi menunjukkan pretasi yang

membanggakan seperti mencatat keuntungan yang tinggi, nilai pasaran yang tinggi,

produktiviti yang tinggi, menghasilkan kuantiti barangan atau perhidmatan yang memuaskan

pelanggan, mempunyai pekerja yang berpuashati terhadap layanan yang diterima dan

sebagainya. Namun bagi mencapai keberkesanan dan kecekapan, sebuah organisasi perlu

melakukan perubahan-perubahan seperti dari segi strategi, dari segi teknologi, dari segi

struktur, sistem sumber manusia dan budaya organisasi tersebut.

Diagnosis tahap kedua adalah diagnosis peringkat kumpulan. Dimana ia merujuk

kumpulan kecil dalam sebuah organisasi seperti jabatan, bahagian atau unit. Ia juga boleh

merujuk kepada sebuah pasukan kerja, kumpula-kumpulan pekerja atau jawatankuasa yang

dibentuk dalam organisasi. Ini bertujuan untuk melihat sejauhmanakah jabatan, bahagian,

unit atau kumpulan pekerja dalam organisasi dapat bekerjasama, mencapai kesepakatan

dalam membuat keputusan atau menyelesaikan sebarang masalah berkaitan pekerjaan mereka

sehingga akhirnya menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang. Untuk mencapai tahap

tersebut beberapa aspek perlu dinilai seperti kejelasan matlamat, struktur tugasan, komposisi

NO MATRIK 224437 HASRIZAM


GMGM 3043 PEMBANGUNAN ORGANISASI

kumpulan, fungsi kumpulan dan norma kumpuan bergantung kepada kesesuian aspek di

peringakat organisasi.

Diagnosis tahap akhir adalah diagnosis peringkat individu. Dimana individu

bermaksud kepada kakitangan atau pekerja dari pelbagai lapisan jawatan serta kedudukan

yang terdapat dalam sesebuah organisasi. Ini bertujuan untuk melihat prestasi kerja, kepuasan

kerja serta pembangunan kerjaya. Hasil diagnosis ini membantu pengurus membuat

perubahan-perubahan berkaitan dengan pengurusan sumber manusia serta pembangunan diri

pekerja berkenaan. Antara faktor yang membantu dalam diagnosis ini adalah kemahiran,

identity kerja, signifikasi kerja, maklumbalas terhadap pencapaian dan autonomi. Maklum

balas ini hanya diperolehi sekiranya di peringkat organisasi terdapat satu sistem yang ukuran

prestasi yang jelas.

Salah satu intervensi strategi yang boleh dilakukan bagi menghadapi isu strategik

adalah mengadakan persidangan dimana ia merupakan intervensi yang sesuai untuk sebarang

masalah yang dihadapi oleh sesebuah organisasi. Antara perkara yang boleh dilakukan oleh

pengamal OD untuk mengadakan persidangan adalah membentuk jawatankuasa perlaksana,

melaksanakan persidangan, perbincangan berkumpulan, perbincangan kumpulan besar,

perbincangan kedua kumpulan kecil, mengenalpasti keutamaan dan melaksanakan tindakan.

Terdapat tiga langkah dalam merancang strategic organisasi iaitu menetapkan wawasan,

menetapkan objektif dan pelan strategic. Selain itu, kerjasama dengan organisasi lain.

Dimana ia dapat dilakukan dengan langkah mengenalpasti, persidangan, organisasi dan

penilaian.

Bagi menghadapi isu teknostruktural sesebuah organisasi perlu mengenalpasti struktur

fungsional, struktur unit tersendiri, struktur matriks dan struktur rangkaian untuk disesuaikan

dengan keadaan organisasi sekarang. Antara intervensi yang boleh dilakukan untuk

NO MATRIK 224437 HASRIZAM


GMGM 3043 PEMBANGUNAN ORGANISASI

mengatasi isu ini adalah kerja berpasukan. Yang pertama adalah kesediaan kearah kerja

berpasukan, kemudian menyediakan struktur pasukan seterusnya memberi latihan dan

memantau perkembangan pasukan. Selain itu, intervensi lain yang boleh dilakukan adalah

pengecilan saiz. Langkah yang diambil dalam intervensi ini adalah memperjelaskan strategi

organisasi, menilai serta memilih tindakan yang sesuai, melaksanakan perubahan, menangani

keperluan kakitangan yang kekal dan berhenti dan mengawal perkembangan.

Bagi mengatasi isu proses manusia pula intervensi yang boleh dilakukan adalah

pembinaan pasukan. Dimana ia boleh menghasilkan peningkatan persefahaman antara

kakitangan, meningkatkan persefahaman antara kakitangan dan pengurusan, membantu

meningkatkan proses penyelesaikan masalah serta pembuatan keputusan, meningkatkan

produktiviti kumpulan dan juga organisasi serta meningkatkan kuantiti hidup bekerja. Satu

lagi intervensi yang boleh dilakukan adalah perundingan proses dimana dalam melakukan

proses ini terdapat lima perkara yang perlu di ambil perhatian iaitu komunikasi, fungsi serta

peranan ahli kumpulan, penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan, norma serta

pertubuhan kumpulan dan kepimpinan dan autoriti. Selain itu intervensi pihak ketiga boleh

dilaksanakan untuk isu ini tetapi ia bukan mudah untuk dilaksanakan. Terdapat beberapa

syarat yang perlu ada iaitu ketokohan pengamal OD, kebijaksanaan pengamal OD, kesediaan

pihak-pihak berkonflik dan sokongan pengurusan atasan.

Bagi mengatasi isu sumber manusia pula intervensi yang sesuai adalah pengurusan

prestasi dimana ia boleh dilakukan oleh agen perubahan ke arah mewujudkan pekerja yang

produktif, bersikap positif, komited serta berpuas hatiterhadap pekerjaan dan organisasi

mereka. Antara langkah yang boleh dilakukan adalah menetapkan matlamat, menilai prestasi

dan memberi ganjaran. Intervensi berikutnya adalah pengurusan kerjaya dimana setiap

pekerja akan melalui tahap-tahp kerjaya seperti pemantapan(usia 21-26) kemudian

perkembangan(usia 26-40) seterusnya pengekalan (usia 40-60) dan pengunduran (usia 60

NO MATRIK 224437 HASRIZAM


GMGM 3043 PEMBANGUNAN ORGANISASI

keatas). Intervensi lain adalah kebajikan pekerja dimana untuk membantu kesejahteraan serta

kebajikan dalam organisasi. Antara yang perlu dititik beratkan adalah dari segi jantina, usia,

dwi-kerjaya, budaya serta nilai dan kurang upaya. Ini adalah untuk memastikan keberkesanan

mengatasi isu ini.

NO MATRIK 224437 HASRIZAM

Vous aimerez peut-être aussi