Vous êtes sur la page 1sur 19

STANDARD OPERATING PROSEDURES

(SOP)

PELAN TINDAKAN MENGHADAPI KEBAKARAN

BAHAGIAN DASAR SARAAN,


WANG AWAM DAN KHIDMAT PENGURUSAN
PERBENDAHARAAN MALAYSIA
Disediakan oleh:

Nama Jawatan Tarikh

En. Mazlan bin Abdul Ketua Pegawai Keselamatan 26 Feb 2009


Wahab Perbendaharaan

Disemak oleh:

Nama Jawatan Tarikh Status

En. Abd. Wahid bin Ketua Seksyen 27 Feb 2009 Penyemak (1)
Ahmad Pentadbiran Am

Dato’ Bukhari bin Timb. Setiausaha 27 Feb 2009 Penyemak (2)


Hasan Bahagian (TSBSWP(P))

Diluluskan oleh:

Nama Jawatan Tarikh

Dato’ Hj. Za’ba Hj. Setiausaha Bahagian (SBSWP) 27 Mac 2009


Che Rus

Tempat Tempoh
Tarikh
No fail simpanan masa Tarikh review
disediakan
(Bilik fail) kuatkuasa
KANDUNGAN

Seksyen Tajuk Seksyen Muka surat

A Tujuan 1
B Penggunaan dan Skop 1
C Ringkasan Prosidur 1
D Takrif 2
Kelayakan Personal dan
E 3
Tanggungjawab
Prosidur Pelan Tindakan
F 4
Menghadapi Kebakaran
G Pengurusan Rekod 9
Kawalan Kualiti dan Jaminan
H 9
Kualiti
I Rujukan 12
Carta 1: Pelan Tindakan
13
Menghadapai Kebakaran (Individu)
Carta 2: Pelan Tindakan
14
Menghadapai Kebakaran (Umum)
Jadual 1: Nombor Talian Yang
Perlu Dihubungi Jika Berlaku 15
Kebakaran
Carta 3: Carta Organisasi Fire
16
Fighting Squad
STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP)

PELAN TINDAKAN MENGHADAPI KEBAKARAN


UNTUK
PERBENDAHARAAN MALAYSIA

A. TUJUAN

Standard Operating Procedures (SOP) - Pelan Tindakan Menghadapi


Kebakaran disediakan adalah untuk menentukan:

1. Pegawai/kakitangan dapat bertindak dengan tenang dan selamat


semasa diancam bahaya kebakaran;

2. Pengawal keselamatan, Pegawai Keselamatan Kebakaran (PKK),


syarikat penyelenggara bangunan dapat melaksanakan
tanggungjawab mereka dengan selamat, teratur dan berdisiplin
semasa menghadapi kebakaran;

3. kemudahan untuk menyelamat diri yang ada dapat digunakan


mengikut perancangan awal dengan selamat; dan

4. pemindahan penghuni daripada bangunan dapat dilakukan dengan


teratur dan pantas.

B. PENGGUNAAN DAN SKOP SOP

1. Tujuan SOP ini adalah untuk digunakan oleh semua yang terlibat iaitu
pegawai dan kakitangan Perbendaharaan, pengawal keselamatan,
kakitangan unit keselamatan, pegawai keselamatan kebakaran
semasa di ancam kebakaran.

2. SOP ini digunakan bagi menentukan pelan tindakan menghadapi


kebakaran dilaksanakan secara seragam, terancang dan memenuhi
segala prosedur keselamatan jika berlaku kebakaran di bangunan
Perbendaharaan .

C. RINGKASAN PROSEDUR

Pencegahan kebakaran adalah merupakan langkah penting semasa berlaku


kebakaran dan dilaksanakan mengikut prosedur keselamatan yang telah
ditetapkan. Secara umumnya jika mengesan sesuatu kebakaran dilokasi-
lokasi tertentu, tindakan-tindakan berikut perlu diambil iaitu:

1. Membunyikan penggera kebakaran;

2. Cuba melawan kebakaran jika kebakaran kecil;

1
3. Menghubungi Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat,
Pegawai keselamatan kebakaran (PKK), pengawal keselamatan dan
pihak penyelenggara bangunan;

4. Menghentikan mesin/proses kerja dan memutuskan bekalan kuasa;

5. Memastikan semua dokumen-dokumen penting disimpan dan dikunci


di dalam kabinet besi;

6. Berkumpul di tempat yang selamat (Assembly Point [AP]) dan


mengambil kedatangan; dan

7. Mengosongkan bangunan (pengungsian).

D. TAKRIF

Takrif adalah untuk memberi penjelasan mengenai beberapa perkara yang


mempunyai makna penting yang perlu diingati dan difahami oleh pegawai dan
kakitangan serta anggota yang terlibat semasa diancam kebakaran:

1. ‘Pelan Pengungsian Bangunan’ bermakna pelan pengosongan


bangunan. Pengosongan boleh berlaku dalam keadaan berikut:
• Terdapat lokasi jalan keluar semasa kecemasan;
• Terdapat Laluan menyelamat diri;
• Tempat berkumpul; dan
• Mengambil kedatangan;

2. (Assembly Point) ialah tempat berkumpul iaitu satu lokasi yang jauh dari
lokasi kebakaran. Kawasan yang selamat dan terlindung dari bahaya
kebakaran.

3. Call point ialah penggera kebakaran

4. Notis kebakaran hendaklah mengandungi:


• Cara membunyikan penggera kebakaran;
• Cara menghubungi Perkhidmatan Bomba; dan
• Melawan Kebakaran.

5. Nada bunyi loceng penggera memberi makna berikut:

a) Bunyi loceng putus-putus :-

• Bersedia untuk mengosongkan bangunan;


• Tutup suis lampu dan peralatan elektrik; dan
• Tutup pintu dan tingkap.

2
b) Bunyi loceng berpanjangan :-

• Apabila mendengar loceng berpanjangan, ataupun arahan


melalui P.A Sistem, tindakan mengosongkan bolehlah bermula;
dan

• PKK yang diarahkan oleh Ketua Fire Fighting Squad untuk


membantu kerja-kerja pemadaman kebakaran/ Penyelamatan,
hendaklah menjalankan tugas masing-masing.

6. Jenis-jenis kelengkapan kebakaran

a) Sistem amaran awal

i) Sistem Penggera Manual


ii) Sistem Pengesanan Kebakaran Automatik:
a) Pengesan Haba
b) Pengesan Asap

b) Peralatan melawan kebakaran

i) Alat Melawan Kebakaran Manual:

• Alat Pemadam Api Mudah-alih


• Salur bantu mula
• Pili Bomba

ii) Automatik:

• Semburan (air)
• Karbon Dioksida

E. KELAYAKAN PERSONAL DAN TANGGUNGJAWAB

1. Pegawai keselamatan kebakaran perlu diberi pendedahan dan kursus


mengenai aspek-aspek kawalan keselamatan tingkat bila berlaku
sesuatu kebakaran;

2. Ketua Fire Fighting Squad yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan
perbendaharaan hendaklah diberi latihan dan pendedahan tentang
aspek melawan kebakaran dan tanggungjawab semasa kebakaran;

3. Pengawal keselamatan perlu menghadiri latihan serta kursus yang


dianjurkan oleh Bomba serta perlu mendapat sijil; dan

4. Pihak penyelenggara bangunan dipilih dari penyelenggara yang


mempunyai kakitangan yang mahir dalam aspek kebakaran.

3
F. PROSEDUR PELAN TINDAKAN MENGHADAPI KEBAKARAN

CATATAN /
BIL TINDAKAN TANGGUNGJAWAB SENARAI
SEMAK

Tindakan pada kebakaran peringkat


kecil.

1. Membunyikan penggera kebakaran (call Pegawai dan


point) dengan cara memecahkan kaca kakitangan
pada panel (glass break – red) yang terserempak atau
paling berhampiran (rujuk Pelan terlihat kebakaran.
Kedudukan Zon Kebakaran) dan menjerit
Api! Api! Api!

2. Perhatian terhadap penggera kebakaran Penghuni Bangunan


akan berbunyi sebanyak dua (2) kali. Kali Perbendaharaan.
pertama mengambil masa lebih kurang
15 saat, dan kali kedua akan berbunyi
berterusan. Bunyi kecemasan 15 saat
pertama adalah sebagai langkah berjaga-
jaga.

3. Cuba untuk memadamkan api dengan Penghuni Bangunan


menggunakan peralatan pemadam Perbendaharaan
kebakaran yang disediakan apabila api yang terlatih sahaja.
masih kecil, tetapi jangan
membahayakan diri, seperti berikut:-
i. Alat Pemadam Api Kecil (Fire
Extinguisher) atau
ii. Hose Reel.

Tindakan pada kebakaran peringkat


kecemasan.

4. Bunyikan loceng amaran kebakaran. Pegawai dan


kakitangan
terserempak atau
terlihat kebakaran.

5. Menghubungi terus Pengawal Ketua Fire Fighting


Keselamatan/kakitangan syarikat Squad
penyelenggaraan di bilik kawalan untuk
mengenal pasti zon yang terbakar.

4
CATATAN /
BIL TINDAKAN TANGGUNGJAWAB SENARAI
SEMAK

6. Memeriksa dengan teliti tempat Fire Fighting Squad


berlakunya kebakaran untuk mengetahui
besarnya api dan kedudukan yang tepat
berlakunya kebakaran.

7. Jika nampak mangsa kebakaran, - Fire Fighting


selamatkan mangsa tersebut. Squad
- Pegawai /
kakitangan
yang
berhampiran.

8. Hubungi Pusat Kawalan Kebakaran / Ketua Fire Fighting


Jabatan Bomba dan Penyelamatan Squad / Pegawai
Malaysia berserta dengan maklumat bertugas di bilik Pusat
seperti berikut:- Kawalan Kebakaran.
i. Maklumat ringkas pengadu;
ii. Tempat dan Alamat
Kebakaran;
iii. Peringkat Kebakaran;
iv. Maklumat ringkas berkaitan
tempat kebakaran; dan
v. Ikuti tindakan lanjut pihak
Bomba sehingga pasukan
Bomba tiba.

9. Mengesahkan tempat sebenar Fire Fighting Squad


berlakunya kebakaran daripada
pengawal keselamatan, dan berkumpul di
kawasan kebakaran bersama dengan
alat-alat pemadan api.

10. Membunyikan alarm kebakaran (loceng Pengawal


kecemasan) berterusan (isyarat keselamatan /
mengosongkan bangunan). kakitangan syarikat
penyelenggaraan.

11. Mengaturkan proses pengungsian Fire Fighting Squad


bangunan dari setiap aras dan blok.

5
CATATAN /
BIL TINDAKAN TANGGUNGJAWAB SENARAI
SEMAK

12. Keluar daripada bilik kerja dan Penghuni yang paling


memastikan perkara di bawah diberikan akhir meninggalkan
perhatian sebelum menyelamatkan diri ke bilik atau tempat
tempat berkumpul. Perkara tersebut kerja.
adalah:-
i. Wang tunai dan dokumen-
dokumen penting dimasukkan ke
dalam kabinet besi dan dikunci;
dan
ii. Tutup semua komputer.

13. Padamkan semua suis lampu dan - Penghuni yang


peralatan elektrik di luar bilik. paling akhir
meninggalkan
bilik atau
tempat kerja.
- Fire Fighting
Squad

14. Tutup pintu-pintu di belakang anda. - Penghuni yang


paling akhir
meninggalkan
bilik atau
tempat kerja.
- Fire Fighting
Squad

15. Jika terperangkap di dalam asap yang Penghuni Bangunan


tebal:- Perbendaharaan.
i. Bertenang, jangan panik.
ii. Rebahkan diri, merangkak di
paras lantai untuk mencari
jalan keluar. (Udara bersih
masih boleh di peroleh di paras
1 kaki dari lantai).
iii. Bernafas secara perlahan,
gunakan tuala basah,sapu
tangan atau kain yang bersih
untuk menutup mulut dan
hidung jika perlu.
iv. Hampiri tingkap, berteriak
meminta pertolongan atau
melambai-lambai untuk
mendapatkan bantuan

6
CATATAN /
BIL TINDAKAN TANGGUNGJAWAB SENARAI
SEMAK
Pasukan Penyelamat.

16. Bersedia untuk membantu pihak bomba Fire Fighting Squad


dengan Fire Hydrant.

17. Keluar meninggalkan bangunan melalui Penghuni Bangunan


tangga dan turun ke bawah (Jangan Perbendaharaan.
menggunakan lif). Jangan membawa
apa-apa barang bersama anda.

18. Laporkan diri di tempat berkumpul dan Penghuni Bangunan


jangan tinggalkan tempat berkumpul Perbendaharaan.
sehingga diarahkan berbuat demikian.

19. Semasa menuruni tangga, jangan Penghuni Bangunan


berpatah balik jangan berbuat bising, Perbendaharaan.
bertolak-tolak atau berlari.

20. Jangan gugup atau panik, tetapi Penghuni Bangunan


tinggalkan tempat itu dengan secepat Perbendaharaan.
mungkin.

21. Jangan membuat bising atau berpatah Penghuni Bangunan


balik ke dalam pejabat melainkan Perbendaharaan.
disuruh.

22. Bergerak dengan posisi membongkok, Penghuni Bangunan


jika anda terpaksa bergerak melalui Perbendaharaan.
kawasan berasap.

23. Jangan memecahkan barisan semasa Penghuni Bangunan


mengungsi, jangan berlari potong- Perbendaharaan.
memotong.

24. Pastikan berkumpul di tempat yang telah Penghuni Bangunan


dikhaskan (Assembly Point) dan Perbendaharaan.
mengambil kehadiran.

7
CATATAN /
BIL TINDAKAN TANGGUNGJAWAB SENARAI
SEMAK

25. Dengan segera mengambil kedatangan Ketua Seksyen


semua yang hadir di tempat berkumpul. Bahagian

26. Menyemak senarai kakitangan. Ketua Seksyen


Bahagian

27. Melaporkan keadaan kepada Pegawai Ketua Seksyen


Bomba dan Ketua Fire Squad. Bahagian

28. Pengawal Keselamatan mesti - Pengawal


memastikan tiada kenderaan yang keluar Keselamatan
dan masuk ke kawasan bangunan - Fire Fighting
Perbendaharaan. Squad
i. Jika syif malam, dengan
segera seorang Pengawal ke
pintu belakang;
ii. Cegah orang-orang yang tidak
berkenaan dari memasuki
kawasan bangunan tersebut.

29. Mencari kakitangan yang hilang di First Aider


kawasan Bangunan Perbendaharaan
apabila mendapat arahan dari Ketua Fire
Squad.

30. Memberikan rawatan awal kepada First Aider


mangsa yang cedera.

31. Bersedia untuk bertindak membantu Kakitangan syarikat


pihak Bomba jika diperlukan misalnya penyelenggaraan.
bantuan peralatan, maklumat tentang
tekanan air dan saluran bekalan elektrik.

32. Menghidupkan atau mematikan suis Kakitangan syarikat


elektrik bila mendapat arahan. penyelenggaraan.

Apabila berlaku kebakaran, prosedur atau peraturan mencegah dan melawan


kebakaran perlu diikuti bagi memastikan keselamatan bangunan dan manusia
terjamin.

8
G. PENGURUSAN REKOD

1. SOP akan diletakkan di dalam kotak khusus berwarna merah dan akan
diletakkan di semua tempat strategik iaitu di BCS, bilik kawalan
pengawal, bilik unit keselamatan, bilik semua pegawai keselamatan
kebakaran di setiap Bahagian, dan meja ketua kerani , Ketua Seksyen
Pentadbiran, semua SUB dan TKSP

2. Semua kakitangan yang bertanggungjawab secara aktif dalam


sebarang kebakaran dikehendaki untuk membaca SOP ini setiap dua
minggu bagi mengingati dan memahirkan diri kepada prosedur yang
ditetapkan.

H. KAWALAN KUALITI DAN JAMINAN KUALITI

1. Jika kebakaran berlaku, tindakan pencegahan dan kawalan hendaklah


diambil dengan berkesan. Di samping itu pengawalan kualiti prosedur
dan peralatan mencegah kebakaran perlu diperkemas. Pegawai dan
kakitangan perlu memahami aspek-aspek penyelenggaraan,
pengetahuan dan kesedaran mengenai pelan tindakan kebakaran.

2. Bagi tujuan memantapkan lagi aspek pencegah kebakaran dan


memastikan SOP prosedur pelan tindakan kebakaran boleh beroperasi
sepenuhnya langkah-langkah berikut perlu diberi perhatian iaitu:

a) Kursus Dan Latihan Kebakaran

i) Semua staf hendaklah menjalani latihan kebakaran secara


berkala. Latihan hendaklah merangkumi:

• Pencegahan Kebakaran Am;


• Cara membunyikan penggera kebakaran;
• Tindakan apabila mendengar bunyi penggera;
• Cara menghubungi Perkhidmatan Bomba dengan betul;
• Lokasi dan cara mengguna peralatan melawan
kebakaran;
• Laluan menyelamat diri;
• Tempat Berkumpul; dan
• Mengambil kedatangan.

ii) Latihan Kebakaran (seelok-eloknya tidak diumumkan terlebih


dahulu) hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya dua (2) kali
setahun. Latihan dianggap berjaya jika semua pekerja dapat
mengosongkan bangunan dan berada di tempat berkumpul
dalam masa 25 minit selepas penggera berbunyi.

iii) Penghuni perlu diberikan kursus dan latihan asas kebakaran


bagi membiasakan penghuni bangunan dalam keadaan

9
sentiasa bersedia jika berlakunya kebakaran. Kursus dan latihan
tersebut boleh dilakukan satu (1) tahun sekali.

b) Pengetahuan mengenai kebakaran

Pegawai dan kakitangan mempunyai pengetahuan yang jelas mengenai


alat pencegahan kebakaran dan selok-belok bangunan iaitu:

i) Kedudukan alarm point yang paling berhampiran.


ii) Kedudukan alat pemadam api yang paling berhampiran dan
tahu cara untuk menggunakannya.
iii) Jalan keluar yang berhampiran dan laluan menuju jalan keluar.
zon kebakaran
iv) Bagi keselamatan, laporkan kepada KETUA JABATAN anda
jika:

• Anda tidak mendengar isyarat amaran semasa ujian


pengungsian bangunan;
• Jika mana-mana pintu keluar atau jalan keluar di halang dengan
longgokan barang-barang;
• Jika sebarang alat pemadam api hilang, terlindung, dirosakkan
atau tidak boleh digunakan lagi;
• Jika sebarang Alarm Point terlindung dari pandangan atau
terhalang oleh barang-barang; dan
• Jika kunci “Pintu Laluan Kecemasan Terakhir” hilang.

c) Kemudahan Menyelamat Diri

Kemudahan Menyelamat Diri yang lengkap mesti disediakan di dalam


bangunan untuk memudahkan penghuni keluar dengan selamat semasa
kebakaran atau kecemasan.

Bangunan hanya akan dianggap mempunyai kemudahan menyelamat


diri yang cukup bila memenuhi keperluan berikut:-

i) Jumlah jalan keluar kecemasan dan reka bentuknya diluluskan


oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat;
ii) Jalan keluar tidak dikunci dan dihalang; dan
iii) Alat-alat melawan kebakaran berfungsi dengan baik.

d) Penyelenggaraan Peralatan Melawan Kebakaran

1. Peralatan Melawan Kebakaran hendaklah diperiksa dan diuji secara


berkala. Di bawah adalah Jadual Penyelenggaraan yang
dicadangkan:

JENIS UJIAN/PEMERIKSAAN

Sistem Penggera Manual Mingguan

10
JENIS UJIAN/PEMERIKSAAN
Sistem Semburan Air Automatik Mingguan

Sistem Karbon Dioksida Mingguan

Alat Pemadam Api Mudah alih Bulanan

Salur Bantu Mula Bulanan

Pili Bomba Bulanan

Pengesan Haba/Asap 3 Bulan

Lampu Kecemasan 3 Bulan

Tanda Jalan Keluar Kecemasan 3 Bulan

2. Selain daripada itu, audit berkaitan perlu dijalankan ke atas jenis-jenis


alat melawan kebakaran bagi memastikan alat melawan kebakaran
dalam keadaan sedia dan boleh digunakan dalam situasi kecemasan.

e) Penjagaan Kawasan Bangunan

1. Mengamalkan penjagaan kawasan yang bersih dan teratur akan


membantu mencegah kebakaran:

a) Bersihkan dan buang sampah sarap;


b) Musnahkan bahan-bahan mudah terbakar yang buruk; dan
c) Penyimpanan yang betul bahan-bahan mudah terbakar.

2. Penyimpanan khusus hendaklah dilakukan untuk bahan-bahan cecair


mudah terbakar seperti:

a) Bahan cecair mudah terbakar hendaklah disimpan berasingan


daripada agen pengoksidaan;

b) Cecair dengan takat semburan yang rendah (bawah 66 °C)


disimpan dalam kontena yang tertutup. Kontena hendaklah
disimpan sama ada dalam:
• Kawasan yang terbuka; atau
• Berasingan yang mempunyai peredaran udara yang baik dalam
bangunan setingkat.

11
I. RUJUKAN

Carta 1: Pelan Tindakan Kebakaran (Individu)

Carta 2: Pelan Tindakan Kebakaran (Umum)

Jadual 1: Nombor talian yang perlu dihubungi jika berlaku kebakaran

Carta 3: Carta Organisasi Fire Fighting Squad

12
CARTA 1: PELAN TINDAKAN KEBAKARAN
(INDIVIDU)
Mula

Alarm berbunyi (15


saat dan berterusan)

TIDAK
Berlaku Abaikan dan
kebakaran teruskan kerja

YA

BESAR
Situasi Lari
kebakaran

KECIL

TIDAK
Lawan Lari
kebakaran

Hubungi JBPM dan


YA berkumpul di
Assemly Point

TIDAK
BERFUN
Alat Lari
pemadam
api

BERFUNGSI

TIDAK
Hose BERFUN
Lari
Reel

BERFUNGSI

Padam kebakaran

Tamat

13
CARTA 2: PELAN TINDAKAN KEBAKARAN UMUM)

Mula

Kebakaran berlaku

Dikesan oleh penghuni


bangunan

KECIL
Lawan kebakaran dengan
Situasi
menggunakan alat
kebakaran
pemadam api / Hose reel
?

BESAR

Aktifkan Fire Alarm (red)

Hubungi JBPM

JBPM tiba Lari ke tempat berkumpul


(AP)

Beratur di Bahagian /
Seksyen / Unit Masing-
Opersai memadam masing dan mengambil
kebakaran nama.

HILANG
Melaporkan
Operasi menyelamat jumlah
mangsa yang terperangkap kakitangan

CUKUP

Selesai memadamkan Menunggu arahan


kebakaran dan bersurai
mengesahkan bangunan
selamat dihuni semula

Dapat arahan dan


bersurai

14
Tamat
JADUAL 1: NOMBOR TALIAN YANG PERLU DIHUBUNGI JIKA BERLAKU
KEBAKARAN

Jabatan/
Bil Nama Jawatan Bahagian/Seksyen Nombor talian
/ Unit
Jabatan Bomba dan
1. Penyelamat - Putrajaya 03-8888 0040
Malaysia
Polis DiRaja
2. - Putrajaya 03-8886 222
Malaysia
3. JPA 3 - Putrajaya
03-8312 4200 /
4. Hospital Putrajaya - Putrajaya
03-8312 4500
5. Talian Kecemasan - - 999
6. Rahajaya (Bilik ) - Perbendaharaan 03-8882 4275
Bilik Kawalan
7. - Perbendaharaan 03-8882 4278
Keselamatan
Kaunter Pengawal
8. Keselamatan - Perbendaharaan 03-8882 4277
Utama
Aras 2, Blok
Unit Keselamatan –
9. - Selatan, 03-8882 4449
Pejabat Am
Perbendaharaan
Dato’ Bukhari bin TSBSWP 03-8882 3131 /
10. BSWP
Hasan (KP) 019-225 5737
Encik Abd Wahid 03-8882 3090 /
11. KS(P) BSWP
bin Ahmad 012-2792656
Encik Mazlan bin Unit Keselamatan, 03-8882 4450 /
12. KPKP
Abdul Wahab BSWP 019-640 2023
Encik Mohd Rasyid Unit Keselamatan, 03-8882 4451 /
13. PKP 1
bin Che Abdullah BSWP 019-230 2356
Encik Jalil bin Unit Keselamatan, 03-8882 3920 /
14. PKP 2
Yahya BSWP 016-
Encik Mohd Dinul Unit Keselamatan, 03-8882 4452 /
15. PPK(P) 1
Ashar bin Punding BSWP 019-654 0080
Cik Siti Roszaida Unit Keselamatan, 03-8882 4788 /
16. PPK(P) 2
binti Mohd Ros BSWP 012-323 5460
Encik Nor Izard bin Unit Keselamatan,
17. PK(P) 1 03-8882 4044
Ismail BSWP
Encik Noorazmin Unit Keselamatan,
18. PK(P) 2 03-8882 4448
bin Md Ithnin BSWP
Encik Hamdan bin Unit Keselamatan, 03-8882 4278 /
19. KPK
Jidin BSWP 012-69402012
Encik Abu Bakar bin Unit Keselamatan, 03-8882 4278 /
20. PKK 1
Abdullah BSWP 012-315 3549

15
CARTA 3: CARTA ORGANISASI FIRE FIGHTING SQUAD

Fire leader

Advisor

Assistant Fire Leader

Communication and Welfare Emergency Respone Security Assembly Point Facilities and Maintenance

Floor Warden

16

Vous aimerez peut-être aussi