Vous êtes sur la page 1sur 5

Tujuan Penubuhan Pengakap

Istiadat-istiadat Rasmi Penubuhan Pengakap

Mengikut definisi Kamus Dewan, istiadat ialah peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu
yang sudah menjadi kebiasaan, adat dan telah menjadi majlis rasmi. Definisi ini sinonim
dengan pergerakan pengakap yang mempunyai peraturan yang diwarisi serta menjadi tradisi
dan digunakan di seluruh dunia. Istiadat ini mesti dilakukan dengan betul sama ada dari segi
susunannya atau peraturannya. Percubaan untuk menokok tambah atau mengurangkannya
akan hanya menimbulkan kekeliruan dikalangan ahli-ahli pengakap.

ISTIADAT-ISTIADAT DALAM PENGAKAP:

Terdapat banyak istiadat-istiadat pengakap yang bertulis dan tidak bertulis


diantaranya ialah;

1. Hormat Pengakap
2. Isyarat Pengakap
3. Istiadat Perbarisan
4. Istiadat Membaca Persetiaan Pengakap
5. Istiadat Melantik Masuk Pengakap (selepas mendapat Lencana Keahlian)
6. Istiadat Melantik Pengakap Baru
7. Istiadat Bendera
i. Cara Melipat
ii. Pengibaran Bendera
iii. Nyanyian Lagu Negaraku/Negeri
iv. Doa
v. Taklimat
8. Istiadat Laung Agung (Pengakap Kanak-Kanak)
9. Istiadat Membawa Bendera
10. Istiadat Berpindah Naik/ Istiadat Meningkat
i. Daripada Pengakap Kanak-Kanak kepada Pengakap Muda
ii. Daripada Pengakap Muda kepada Pengakap Remaja
iii. Daripada Pengakap Remaja kepada Pengakap Kelana
11. Istiadat Pengakap Kelana

i. Istiadat pembukaan
ii. Istiadat penutupan
iii. Istiadat perlantikan
iv. Istiadat penyampaian
v. Istiadat perpisahan
12. Istiadat penganugerahan lencana-lencana dan sijil (ahli pengakap)
13. Istiadat penganugerahan tauliah serta pingat-pingat (pemimpin pengakap)
14. Istiadat penyampaian Manikayu
15. Istiadat atau peraturan perkhemahan
16. Istiadat pemeriksaan pagi
17. Istiadat malam kebudayaan
18. Isyarat Tangan
19. Panggilan Wisel
20. Kawad Tongkat
21. Istiadat majlis ceramah, majlis mesyuarat, majlis perasmian dan sebagainya.

ISTIADAT HORMAT PENGAKAP

Hormat Pengakap ialah salah satu daripada tiga tradisi asas Pengakap (yang lainnya: isyarat
Pengakap dan Berjabat tangan Pengakap). Menurut Pengasas Pergerakan Pengakap, Lord
Baden-Powell berkata: "Hormat ialah menunjukkan seseorang itu dihormati, ia adalah hak
keistimewaan untuk menghormati dan ianya tidak mengabdikannya"

Rakan kita sering memberi salam antara mereka. Jika anda melihat seorang kawan
diseberang sebatang jalan raya, anda kadang-kadang memberi salam dengan melambai-
lambaikan tangan. Ini juga satu tanda hormat yang mudah. Pengakap ada cara khas hormat
kepada saudar Pengakap yang lain.

Cara Hormat Pengakap


Pertama - tunjukkan isyarat Pengakap dengan tangan kanan, kemudian angkat tangan kanan
dengan pantas sehingga ke sisi topi forage selama satu atau dua saat dengan permukaan jari
menghadap ke hadapan. Kemudian turunkan tangan ke bawah dengan pantas secepat yang
boleh. Jika anda tidak memakai topi forage, sentuh dahi anda dibahagian atas mata kanan.
Mana dan bila memberi Hormat
Memberi Hormat Pengakap pada masa berseragam penuh. Ianya bererti tanda kehormatan,
berbudi bahasa dan persahabatan. Bererti tanda kehormatan, berbudi bahasa dan
persahabatan.

Tanda hormat kepada:


* Apabila lagu Kebangsaan dinyanyikan.
* Apabila bendera Kebangsaan dinaikkan / dikibarkan.
* Apabila bendera Kebangsaan dilintaskan dalam upacara berbaris.

Sebagai salam
Bila anda melihat sesiapa memakai lencana Pengakap atau berpakaian seragam samada
anda mengenalinya atau tidak - sentiasa cuba menjadi orang pertama memberi Hormat
Pengakap.

ISYARAT PENGAKAP

Isyarat Pengakap menandakan suatu isyarat Pengakap dalam unit anda sebagai seorang
Pengakap di seluruh dunia. Ia adalah tradisi Pengakap dalam berkomunikasi pada masa
dahulu sehingga kini dan untuk ahli-ahli Pengakap mengenali antara mereka dalam sesuatu
aktiviti yang tersendiri.
ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA

a. Ahli pengakap dalam keadaan sedia dalam bentuk ladam kuda menghadap ke tiang
bendera.
b. Pemimpin bertugas akan melaporkan dan meminta kebenaran daripada Ketua
Perkhemahan / Pemimpin Kumpulan untuk memulakan Istiadat Bendera.
c. Pemimpin bertugas akan balik ke tempatnya dan memberi arahan Bendera. Semua
ahli menghadap ke arah bendera. Petugas keluar terus ke tiang bendera, berhenti satu
langkah di hadapan tiang bendera. Petugas menarik tali bendera dengan tangan kanan,
bergerak selangkah ke belakang dan memberi hormat kepada bendera semua pemimpin
dan ahli-ahli pengakap menghormati bendera. Semua menjatuhkan tangan selepas petugas
menjatuhkan tangannya. Petugas balik ke tempatnya di dalam barisan.
d. Ini akan diikuti pula dengan nyanyian lagu kebangsaan. Pemimpin bertugas akan
memberi arahan Menyanyikan Lagu Negaraku. Semua pemimpin dan ahli-ahli pengakap
menyanyikan Lagu Negaraku bersama-sama.
e. Diikuti pula dengan bacaan doa. Pemimpin bertugas akan memberi arahan Doa.
Petugas akan bergerak satu langkah ke hadapan dan memberikan arahan Ap dan doa
dibacakan. Ahli pengakap yang bukan beragama Islam berdoa mengikut cara agama masing-
masing dengan menundukkan kepala. Selepas tamat doa dibaca, petugas memberikan
arahan Ap untuk menurunkan tangan.
f. Pemimpin bertugas akan melapurkan sekali lagi bahawa istiadat selesai dan
menjemput Ketua Perkhemahan / Pemimpin Kumpulan untuk memberikan ucapan / taklimat
/ teguran dan sebagainya.
g. Setelah selesai ucapan oleh Ketua Perkhemahan / Pemimpin Kumpulan, Pemimpin
bertugas akan memberikan arahan Keluar Baris. Istiadat mengibarkan bendera tamat.

ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA

a. Dua orang pengakap dengan pakaian uniform diperlukan bagi menyempurnakan


istiadat ini.
b. Pengakap hamper ke tiang bendera. Seorang membuka tali ikatan dan seorang lagi
bersedia dengan wisel.
c. Pengakap meniup wisel panjang sekali. Semua yang hadir dikehendaki berdiri sedia.
d. Pengakap menurunkan bendera perlahan-lahan dan pastikan bendera tidak menjejak
ke bumi.
e. Bila bendera telah diturunkan, pengakap meniup wisel sekali panjang menandakan
istiadat menurunkan bendera tamat.
f. Kedua-dua pengakap bertugas hendaklah melipat bendera berkenaan dan
menyerahkannya kepada pemimpin / urusetia.

ISTIADAT PERLANTIKAN

Istiadat perlantikan itu adalh penting dalam perjalanan Pengakap Kelana dan tidak boleh
ditinggalkan kerana di situ dia melafazkan balik atau melafazkan Persetiaan Pengakap serta
menekan kepadanya tanggungannya yang tertentu serta mengingatkan balik kepada janji-
janjinya seperti :
1. Janjinya taat kepada Tuhan dan sesungguhnya mencuba mengembangkan kebaikan
rohaninya dengan beribadat.

2. Janjinya taat kepada Raja dengan bersungguh-sungguh mencuba mengetahui akan


pentadbiran kerajaan negerinya dan memainkan peranannya sebagai seorang rakyat yang
bertanggungjawab.

3. Janjinya berkhidmat dengan keluarganya, jiran-jirannya dan pergerakan pengakap. Dia


hendaklah dengan sedaya upayanya mengemaskan dirinya supay tidak menjadio bebanan
kepada masyarakat dan negara.

4. Janjinya mematuhi Undang-undang Pengakap sebagai Rukun Hidupnya yang membawa


dia kepada persaudaraan dan perpaduan, hidup dengan suci dan harmoni.

Perlantikan dalam Pengakap Kelana therbahagi kepada 2 bahagian :

1. Proses Mengenal Diri ( Vigil )

2. Istiadat perlantikan

Istiadat itu adalah berlainan daripada istiadat dalam bahagian-bahagian istiadat lain. Di sini
bakal Pengakap Kelana, squire itu mara dan berdiri di hadapan pasukannya melafazkan
Persetiaan Pengakap dan setelah selesai lafaz itu, Pemimpin Pengakap Kelana
menyampaikan apa jua yang telah ditentukan terlebih dahulu seperti lencana, kad keahlian,
epolet dan sebagainya.

Vous aimerez peut-être aussi