Vous êtes sur la page 1sur 14

A)

i) Sistem penghantaran tenaga elektrik.

Pembekalan tenaga elektrik kepada pengguna perlu melalui peringkat penjanaan,


penghantaran dan pengagihan. Tenaga elektrik dijana di stesen janakuasa dan ditingkatkan
voltannya sebelum dihantar ke pencawang masuk utama di destinasi tertentu. Sebelum tenaga
elektrik diagihkan kepada pengguna, voltan akan diturunkan kepada 415V/240V di
pencawang pengagihan.Jika nilai voltan ini tidak diturunkan, pengguna akan menerima
voltan yang amat tinggi dan boleh menyebabkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Ianya
juga akan menyebabkan menara pilon menjadi terlalu aktif.

Sistem penghantaran tenaga elektrik ialah Proses penyebaran tenaga elektrik yang
bermula dari janakuasa elektrik hinggalah ke punca pencawang voltan tinggi. Sesebuah
stesen janakuasa elektrik akan menghasilkan voltan janaan 11kV. Kemudian, voltan janaan
ini akan ditingkatkan dengan menggunakan penggubah peninggi ke nilai 66kV, 132kV,
275kV dan 400kV. Tujuan meninggikan voltan janaan adalah untuk mendapatkan nilai voltan
bekalan yang stabil kepada pengguna walaupun telah berlaku susut voltan yang banyak dan
juga untuk mengurangkan kos perbelanjaan disebabkan oleh saiz pengalir yang kecil.

Tenaga elektrik boleh dibekalkan dan diagihkan sama ada dalam bentuk arus ulang-
alik (A.U) atau arus terus (A.T) . Dalam praktiknya sistem 3-fasa 3-talian digunakan dalam
sistem penghantaran manakala bagi sistem 3-fasa 4-talian, arus ulang-alik (A.U) digunakan
dalam sistem pengagihan. Pertimbangan yang penting dalam operasi talian penghantaran
adalah merujuk kepada kejatuhan voltan dan kehilangan kuasa yang berlaku dalam talian dan
juga kecekapan talian penghantaran. Komponen-komponen seperti rintangan, kearuhan dan
kemuatan yang terdapat pada talian penghantaran mempengaruhi keadaan-keadaan tersebut.
Terdapat beberapa sistem penghantaran tenaga elektrik dari Stesen janakuasa iaitu:
Sistem Penghantaran Kaedah Gelang

Dengan menyambungkan semua pengubah peninggi dalam bentuk gelang.


Sambungan gelang hanya dibuat pada bahagian lilitan primer pengubah, manakala lilitan
sekunder disambungkan ke pengubah penurun.

Rajah 1: Gambar rajah Blok Sistem Gelang

Sistem Talian Atas dan Kabel Bawah Tanah

Talian atas menggunakan dawai aluminium alloi tanpa penebat. Ia murah dan ringan
berbanding tembaga yang berat dan mahal. Saiz pengalir yang digunakan adalah bermula dari
12mm ke 750mm. Disebabkan talian atas tidak berpenebat maka ciri-ciri keselamatan amat
dititikberatkan dalam pemasangannya. Tenaga elektrik juga boleh dihantar melalui kabel
bawah tanah dan juga kabel dasar laut. Lazimnya ini dilakukan di kawasan yang mempunyai
penduduk yang ramai, halangan sungai dan juga muka bentuk bumi yang perlu dikekalkan.

Rajah 2: Gambar rajah Sistem Talian Atas


Sistem Penghantaran Kaedah Jejari

Kaedah Jejari adalah kaedah menyambungkan pengubah (transformer) peninggi


secara jejari. Kaedah ini biasanya digunakan pada suatu kawasan yang memerlukan bekalan
tenaga elektrik yang rendah.

Rajah 3: Gambar rajah Blok Sistem Jejari

Kaedah Sistem Grid Nasional

Satu sistem yang digunakan untuk menyambungkan janakuasa-janakuasa elektrik


yang besar. Sistem Grid Nasional mempunyai beberapa kelebihan dan keburukan. Antaranya
ialah:
a) Kebaikan
Bekalan sentiasa mencukupi walaupun salah satu janakuasa elektrik yang lain
menghadapi masalah.
Perubahan frekuensi sentiasa stabil.
Stesen janakuasa elekrik yang kecil dapat dikurangkan.
b) Keburukan
Memerlukan kos perbelanjaan yang banyak.
Memerlukan penjagaan yang rapi.
Mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya.

Tenaga elektrik dibawa secara pukal melalui kabel-kabel bawah tanah atau melalui talian-
talian atas di sepanjang jarak yang jauh. Talian penghantaran ini mempunyai ciri-ciri
mekanikal :
Kekuatan penyokong
Lendutan
Tegangan
Keupayaan penghantaran pada masa kini adalah 66kV, 132kV dan 275kV. Stesen-stesen
yang menggunakan sistem grid kebangsaan adalah ;
Stesen diesel
Stesen Tempatan
Luar bandar

Rajah 4: Gambar rajah Blok Sistem Grid Nasional


ii) Sistem pengagihan dan pembekalan tenaga elektrik.

Sistem pengagihan dan pembekalan merupakah proses pengagihan dan pembekalan


tenaga elektrik yang bermula dari pencawang voltan tinggi hinggalah ke punca pemasangan
pengguna dan ia merupakan peringkat terakhir di dalam sistem bekalan.

Stesen Janakuasa
11 kV

11 kV/ 66kV
132kV/ 275kV

Sistem Penghantaran

132kV/ 11kV

Sistem Pengagihan

Rumah Industri kecil/ sekolah Industri berat


(240V) (415V) (11kV)

Rajah 5: Gambar Rajah Blok Proses pengagihan dan pembekalan tenaga elektrik

Berdasarkan Rajah 5 di atas, voltan dari pencawang tinggi diagihkan kepada


pengguna mengikut keperluan. Bagi industri berat voltan maksimum adalah 11kV. Industri
kecil, sekolah dan pejabat memerlukan voltan bekalan 415V dan bagi rumah kediaman pula,
kebiasaannya menggunakan voltan bekalan 240V.
B) Litar Kawalan Pengguna.

I.E.E.E adalah bermaksud The Institution of Electrical Engineers (IEEE). Ibu pejabatnya
berada di London. Sistem pendawaian Malaysia mengikut sistem daripada negara Britain. Di
Malaysia, Suruhanjaya Tenaga (ST) berkuasa penuh. Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak
berkuasa penuh, jika TNB melakukan kesalahan ST boleh mengenakan tindakan terhadap
TNB. Setiap peralatan dalam Litar Kawalan Pengguna disambung dalam urutan yang telah
ditetapkan oleh I.E.E.E. untuk memudahkan kendalian kawalan keselamatan. Litar kawalan
ialah turutan alat-alat kawalan & perlindungan yang terdapat pada litar utama pemasangan pengguna.
Litar ini termasuklah pengasingan, pensuisan, perlindungan arus lebihan dan perlindungan
kebocoran arus ke bumi. Setiap pemasangan Litar Kawalan, pengguna-pengguna haruslah
dilindungi dari:

a) Arus lebihan seperti (Litar pintas dan beban lampau)

b) Kebocoran arus ke bumi bagi mengelakkan kejutan, kebakaran & sebarang bahaya yang
mungkin terjadi.
Alat-alat kawalan dan perlindungan dalam Litar Kawalan adalah seperti berikut:-

i) Fius perkhidmatan dan penghubung Neutral.

Berfungsi sebagai perlindungan arus lebihan dan menghadkan arus penguna. Ia


merupakan peralatan pertama bekalan sampai ke pengguna. Tujuannya ialah untuk
menghadkan jumlah arus yang masuk ke pengguna contoh 30A, 60A, 80A, 100A dan
sebagainya mengikut permintaan pengguna.

Rajah: Fius perkhidmatan dan simbolnya

Rajah: Penghubung Neutral dan simbolnya

ii) Meter jangka kilowatt jam

Ia berfungsi sebagai pengukur jumlah tenaga yang digunakan oleh pengguna bagi
menetapkan kadar bayaran tarif.
Rajah: Meter Kilowatt Jam dan simbolnya

iii) Suis utama

Terdapat dua jenis suis utama iaitu:-

a)Suis fius (rumah lama banyak guna jenis ini)

b)Fius suis(banyak digunakan pada masa sekarang)

Suis utama berfungsi sebagai pengasing/ pensuisan litar & perlindungan arus lebihan. Suis
utama terbahagi kepada dua bahagian iaitu suis (bertujuan sebagai pengasing) dan fius
(bertujuan melindungi dari berlaku litar pintas dan menghadkan arus). Suis utama ini jenis 2
kutub dan 3 kutub dan saiz fius yang digunakan 30A, 60A, 80A, 100A dan lain-lain.

Rajah: Suis utama dan simbolnya


iv) Pemutus Litar Bocor ke Bumi (ELCB)

Berfungsi sebagai perlindungan kebocoran arus kebumi dan pengasing litar. Ia merupakan
alat perlindungan dari bahaya arus bocor. Terdapat berbagai bagai jenis alat perlindungan
jenis ini seperti ELCB/ RCCB/ RCD dan sebagainya. Alat pelindung ini ada dua jenis iaitu 2
pole (satu fasa) dan 4 pole (tiga fasa).

Rajah: Pemutus Litar Bocor ke Bumi (ELCB) dan simbolnya

v) Papan agihan (DB)

Berfungsi sebagai pengagih litar akhir dan perlindungan arus lebihan. Ia merupakan bahagian
yang terakhir dalam susunan litar kawalan turutan pengguna. Ia juga merupakan tempat
pembahagian litar kecil akhir. Peralatanya seperti fius/ mcb. Kadaran fius atau mcb yang
dipasang bergantung pada beban litar kecil akhirnya.

Rajah: Papan agihan (DB) dan simbolnya


Gambar rajah skema alat kawalan pengguna 1 fasa.
Bahagian C

i ) Litar skematik sistem penggera pencuri.

Petunjuk:

SW = Suis
C1 & C3 = Kapasitor
C2 = Kapasitor elektrolitik
R1, R2 & R3 = Perintang
D1 = Diod
Q1 = Transistor NPN
IC CMOS = 1 off 4001 & 14 pin soket
Bateri
Buzzer
ii) Fungsi setiap komponen dalam litar.

Kapasitor C1, C3 ( Tanpa kutub) & Kapasitor Elektrolitik C2 (Berkutub)

Ia berfungsi menyimpan dan membuang cas elektrik supaya aliran arus yang sampai
ke komponen menjadi stabil dan sekata. Ia juga digunakan sebagai penstabil voltan dalam
litar elektronik. Kapasitor elektrolitik mempunyai kutub dan ianya perlu dipasang dengan
kekutuban bateri yang betul supaya tidak rosak. Unit kapasitor ialah Farad atau mikroFarad.

Perintang R1, R2 & R3 (Perintang tetap)

Ia berfungsi mengawal pengaliran arus dan voltan serta mendapatkan susutan voltan
dalam litar. Unit sukatan perintang adalah ohm. Jalur - jalur warna pada badan perintang
merupakan kod nilai perintang.

Diod

Diod membenarkan arus mengalir satu arah sahaja. Selain itu, ia berfungsi untuk mengesan
isyarat radio, menukar arus ulang-alik (AC) kepada arus terus (DC)serta melindungi komponen
elektronik yang lain.

Transistor NPN

Transistor adalah komponen semiconductor dimana ianya berfungsi untuk


meninggikan voltan, arus dan kuasa. Ia juga berfungsi sebagai suis kawalan di dalam litar
elektronik.

Buzzer

Buzer berfungsi menghasilkan bunyi apabila ia disambungkan kepunca bekalan dan digunakan
sebagai penggera.

Ic CMOS siri 4000

Keluarga IC Logik ini diberi nombor bermula dari 4000 ke atas dan dari 4500 ke atas.
Kebanyakan daripada IC ini mempunyai huruf B di penghujung nombor bagi merujuk kepada
rekabentuk yang telah ditambah baik sejak beberapa tahun lalu. Kebanyakan IC ini
mempunyai pakej 14 pin atau 16 pin. Ia menggunakan litar CMOS yang bermaksud ia hanya
menggunakan kuasa yang sangat kecil serta boleh bertoleransi dari julat kuasa 3V hingga ke
15V. IC ini juga sangat ideal untuk projek-projek yang menggunakan kuasa bateri seperti
sistem penggera pencuri di atas. CMOS bermaksud Complementary Metal Oxide
Semiconductor. Walau bagaimanapun, litar CMOS amat sensitif kepada cas statik. Sedikit sentuhan
cas elektrik statik pada pin IC boleh merosakkannya.
Rujukan:

Abd Samad Bin Hanif, Mohd Nazi Bin Hj Mustafa, (1995). Teknologi Elektrik
Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Pustaka Sistem Pelajaran Sdn Bhd.

Abd Samad Bin Hanif dan Mohd Nazi Bin Hj Mustafa, (1995). Teknologi Elektrik
Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Pustaka Sistem Pelajaran Sdn Bhd.

J.David Irwin, (2004). Basic Engineering Circuit Analysis. Prentice Hall.

Mohd Noh b Sarip, Azman b Mohamed Dum, Md Nasir b Abd. Manan & Masnin b
Karmin. (2003). Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Williams, Al, (2003). Build your own Printed Circuit Board (ISBN: 007142783X).
Mcgraw-hill.

http://www.powerelectricalblog.com/search?q=thermal+power+plant retrieved 8th


March 2012.

http://www.kpsec.freeuk.com/components/ic.htm - retrieved 9th March 2012.

http://www.st.gov.my/images/stories/circular/Requirement_of_installation_of_residua
l_current_device_RCD_on_all_final_sub-circuits_of_electrical_wiring_systems.pdf -
downloaded 10th March 2012.

http://www.kpsec.freeuk.com/symbol.htm - retrieved 10th March 2012.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pembekalan_kuasa_elektrik - retrieved 10th March


2012.

http://www.scribd.com/doc/6229966/Teknologi-Elektrik-1-E1063-Unit-3 - retrieved
10th March 2012.

Vous aimerez peut-être aussi