Vous êtes sur la page 1sur 21

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBIS 3203-V2
2016

NAMA
RUSENAH BINTI SALEH

NO. MATRIK
700319095062001

NO. KAD PENGENALAN


700319-09-5062

NO. TELEFON
0111-2881361

E-MEL
rusenahsaleh@gmail.com

NAMA PENSYARAH
ENCIK BADRUL

LEARNING CENTRE
ALOR SETAR, KEDAH

1
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah 4

1.2 Latar Belakang Kajian 4

1.3 Objektif Kajian 5

1.4 Fokus Kajian 5

2.0 KONSEP DAN KEDUDUKAN TATABAHASA DALAM HURAIAN

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU KSSR 6

2.1 Konsep Tatabahasa Dalam KSSR 7

2.2 Standard Kandungan Dan Standard Pembelajaran Aspek

Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4. 8

2.3 Pelaksanaan Pengajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4. 8

3.0 KONSEP DAN FUNGSI WACANA

3.1 Definisi Wacana 10

3.2 Jenis-jenis Wacana 11

3.3 Ciri-ciri Wacana 12

3.4 Wacana Berformat 13

3.5 Wacana Tidak Berformat 13

3.6 Aplikasi Tatabahasa Dalam Wacana Berformat Dan

Tidak Berformat Bagi Murid Tahun 4 Iman 14

2
4.0 APLIKASI WACANA BERFORMAT DAN TIDAK BERFORMAT

DALAM WACANA ARGUMENTATIF DAN DESKRIPTIF

4.1 Wacana Argumentatif dan Deskriptif 16

4.2 Ciri-Ciri Wacana Argumentatif Yang Diaplikasi Dalam Wacana

Berformat Dan Tidak Berformat. 16

4.3 Pengaplikasian Wacana Berformat dan Tidak Berformat Dalam

Penulisan Deskripif dan Argumentatif 17

5.0 KESIMPULAN 18

BIBLIOGRAFI 19

LAMPIRAN 20

3
1.0 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi,
rohani, dan jasmani. Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam
Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran wajib di semua sekolah rendah
dan menengah. Kecekapan berbahasa, berkomunikasi dan dapat menggunakan tatabahasa
dengan betul merupakan objektif utama Kurikulum Bahasa Melayu digubal.

Dunia pendidikan kita kini telah mengalami perkembangan yang sangat dinamik dalam arus
globalisasi. Perkembangan ini juga menuntut perubahan dalam kurikulum. Seiringan dengan
itu,Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil inisiatif menyemak dan melakukan
penambahbaikan dalam kurikulum. Selaras dengan perubahan tersebut, Kurikulum Bahasa
Malaysia turut melalui proses semakan dan penambahbaikan dalam penggubalannya hingga
terhasil Standard Kurikulum Bahasa Malaysia. Standard yang diketengahkan ini
mengandungi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Standard Kurikulum ini
merupakan pernyataan yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai murni yang
mesti dipelajari dan dikuasai oleh murid di sekolah kebangsaan.

1.2 Latar Belakang Kajian

Mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras yang wajib diajar di semua
sekolah rendah dan sekolah menengah. Sehubungan itu, murid-murid perlu menguasai
kemahiran-kemahiran bahasa seperti kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran
membaca dan kemahiran menulis dengan baik.

Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) lima elemen asas bahasa wajib diajar
oleh guru setiap minggu. Antara elemen-elemen tersebut ialah Kemahiran Membaca,
Kemahiran Menulis, Kemahiran Membaca, Aspek Seni Bahasa serta Aspek Tatabahaasa.
Aspek tatabahasa telah ditekankan sebagai satu unit penting yang perlu diajarkan seiring
dengan kemahiran membaca, menulis dan mendengar bertutur. Ini kerana aspek tatabahasa

4
merupakan satu elemen penting . Pengajaran tatabahasa yang terancang akan membantu
murid-murid bagi memahami fungsi dan unsur-unsur dalam aspek tatabahasa dengan lebih
mendalam. Bermula tahun 2011, semua guru Bahasa Melayu wajib mengajarakan tatabahasa
secara langsung kepada murid. Perkara ini kerana tatabahasa telah dikeluarkan menjadi satu
unit seiring dengan kemahiran-kemahiran asas bahasa yang lain.

Oleh itu, satu kajian lapangan telah dilakukan bagi melihat sejauh mana pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran tatabahasa dan kemahiran-kemahiran bahasa diaplikasikan di
peringkat sekolah rendah. Lokasi kajian dipilih bertempat di Sekolah Agama Al-Islahiyah
(Rendah), Simpang Empat, Perlis. Responden terdiri daripada 37 orang murid tahun 4 Iman
iaitu 20 orang murid lelaki dan 17 orang murid perempuan dan beberapa orang guru Bahasa
Melayu di sekolah tersebut. Diharap kajian ini dapat menjawab persoalan tentang
pelaksanaan pengajaran Tatabahasa dan Kemahiran-kemahiran Bahasa Melayu diaplikasikan
di peringkat sekolah rendah.

1.3 Objektif Kajian

Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk :

Melihat tahap penguasaan murid dalam tatabahasa Bahasa Melayu bagi aspek wacana.
Mengetahui sejauh mana pengaplikasian wacana berformat dan tidak berformat oleh guru
dalam kalangan murid.
Mengetahui tahap pencapaian dan kebolehan murid dalam penghasilan wacana berformat
dan tidak berformat.

1.4 Fokus Kajian

Saya memilih Tahun 4 Iman Sekolah Agama Al-Islahiyah (Rendah) kerana melihat
pencapaian mereka yang agak baik dalam Peperiksaan Bulan Mac, Peperiksaan Pertengahan
Tahun dan juga Ujian Bulan Ogos. Pencapaian mereka amat memberangsangkan bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan.Pencapaian ini dilihat
melalui analisis peperiksaan yang dilihat daripada guru mata pelajaran . Berdasarkan
pencapaian murid, pelbagai aspek yang ingin saya lihat dalam pengajaran dan pembelajaran

5
bahasa melayu terutamanya dalam aspek pengajaran elemen tatabahasa. Penguasaan murid
dalam aspek wacana berformat dan tidak berformat juga dilihat berdasarkan beberapa
semakan bahan daripada guru dan juga murid.

ANALISIS PEPERIKSAAN MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 4 IMAN


2016

MAC MEI OGOS

28 orang gred A (76 %) 10 orang (27%) 27 orang (73%)

8 orang gred B (21%) 25 orang (68 %) 10 orang ( 27 %)

Seorang gred C ( 3%) 2 orang (5 %) -

2.0 KONSEP DAN KEDUDUKAN TATABAHASA DALAM HURAIAN SUKATAN


PELAJARAN BAHASA MELAYU KSSR

Tatabahasa merupakan unsur penting yang perlu dikuasai oleh setiap murid dalam
mempelajari bahasa Melayu. Pengetahuan tatabahasa harus dikuasai untuk memahirkan murid
dalam aspek pembinaan ayat, menjawab soalan, penulisan dan juga sebagai penutur yang baik.
Oleh itu, penguasaan aspek ini amat penting ditekankan kepada murid-murid sejak dari sekolah
rendah. Jika murid tidak dapat menguasai kemahiran bahasa dengan baik, perkara ini akan
menggangu dan mempengaruhi kemampuan mereka dalam mengarang. Abdul Razak Ismail
(1977) pernah menyatakan bahawa diperingkat sekolah menengah masih terdapat sebilangan
murid yang masih lemah penguasaan mereka dalam pembinaan ayat. Perkara ini tidak wajar
berlaku memandangkan mereka telah diberi pendedahan terhadap pelbagai aspek dan kemahiran
bahasa Melayu, terutama murid yang bahasa ibundanya bahasa Melayu.

6
2.1 Konsep Tatabahasa Dalam KSSR

Dalam KSSR, panduan utama guru-guru ialah Dokumen Standard Pelajaran mengikut mata
pelajaran dan tahun yang diajar. Dokumen standard ini terdiri daripada Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran. Standard Kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang
murid patut ketahui dan bileh lakukan dalam suatu tempoh persekolah merangkumi aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala Standard Pembelajaran ialah satu indikator kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur dalam Standard Kandungan.

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia distrukturkan dengan menggunakan pendekatan


modular untuk memastikan penguasaan kecekapan berbahasa yang baik. Pendekatan modular
bermaksud memecahkan kemahiran kepada unit-unit kecil yang dikenali sebagai modul. Dalam
mata pelajaran Bahasa Malaysia terdapat lima modul iaitu Modul Mendengar dan Bertutur,
Modul Membaca, Modul Menulis, Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa. Tiga modul yang
pertama berasaskan empat kemahiran iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur,
kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa
menyokong modul-modul tersebut untuk mengukuhkan kecekapan berbahasa murid.

PENDEKATAN
MODULAR

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

KEMAHIRAN DAN ASPEK BAHASA

Modul Kemahiran Mendengar


dan Bertutur
7
Modul Kemahiran Membaca

Modul Kemahiran Menulis

Modul Didik Hibur

Modul Tatabahasa

Rajah 1 : Rumusan Kedudukan Tatabahasa Dalam KSSR.

2.2 Standard Kandungan Dan Standard Pembelajaran Aspek Tatabahasa Bahasa

Melayu Tahun 4.

Murid-murid Tahun 4 telah dipilih dalam kajian ini. Oleh itu, saya merujuk pada
Dokumen Standard Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 sebagai panduan utama dalam
melihat pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran tatabahasa di Sekolah Agama Al-
Islahiyah ( Rendah ) ini.

Penetapan standard kandungan dan standard pembelajaran juga penting bagi


melaksanakan aspek yang hendak diajar secara terancang. Berikut merupakan Standard
Kandungan Dan Standard Pembelajaran Aspek Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4
seperti yang terkandung dalam Dokumen Standard Pelajaran.

8
5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut
konteks.

5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am konkrit dan penjodoh


bilangan dengan betul mengikut konteks.

5.1.2 Memahami dan menggunakan kata nama khas tak hidup dengan
betul mengikut konteks.

5.1.3 Memahami dan menggunakan kata ganti nama tunjuk dengan betul
mengikut konteks.

5.1.4 Memahami dan menggunakan kata kerja pasif dengan betul


mengikut konteks.

5.1.5 Memahami dan menggunakan kata adjektif dan kata penguat dengan
betul mengikut konteks.

5.1.6 Memahami dan menggunakan kata hubung pancangan keterangan


dengan betul mengikut konteks.

5.1.7 Memahami dan menggunakan kata bantu, kata perintah dan kata
pemeri dengan betul mengikut konteks.

5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata yang sesuai dalam


pelbagai situasi dengan betul.

5.2.1 Memahami dan menggunakan imbuhan akhiran an, -kan, i,


imbuhan apitan pada kata kerja, kata nama dan kata adjektif serta imbuhan
pinjaman dengan betul dalam pelbagai situasi.

5.2.2 Memahami dan menggunakan kata ganda separa dengan betul dalam
pelbagai situasi.

5.2.3 Memahami dan menggunakan kata majmuk bentuk yang telah


mantap dengan betul dalam pelbagai situasi.

9
5.3 Memahami dan membina ayat yang betul dalam pelbagai situasi.

5.3.1 Memahami dan membina ayat tunggal dengan peluasan subjek dan
predikat yang betul dalam pelbagai situasi.

5.3.2 Memahami dan membina ayat aktif dan ayat pasif dengan betul
dalam pelbagai situasi.

2.3 Pelaksanaan Pengajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4.

Pelaksanaan pengajaran Tatabahasa bagi murid Tahun 4 Sekolah Agama Al-Islahiyah (


Rendah ) dijalankan mengikut seperti yang terdapat dalam Dokumen Standard Bahasa Melayu
Tahun 4. Perkara ini dilihat berdasarkan penulisan Rancangan Pengajaran Harian yang dirancang
oleh guru sebelum masuk ke kelas. Dapat dilihat di sini bahawa pengajaran tatabahasa
merupakan elemen penting yang perlu diajarkan setiap minggu dalam satu-satu masa secara
tunggal. Selain itu, dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4 juga telah disusun tajuk mengikut
kemahiran dan aspek-aspek mengikut modul membaca, mendengar bertutur, menulis, didik hibur
dan tatabahasa. Ini membantu guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan mudah
menggunakan lima modul utama mengikut kemahiran-kemahiran yang telah ditetapkan.
Berdasarkan temubual bersama beberapa orang guru Bahasa Melayu dan juga Ketua Panitia
Bahasa Melayu Sekolah Agama Al-Islahiyah (Rendah), 90 % daripada mereka menggunakan
Buku Teks sebagai medium pengajaran yang utama. Guru-guru bahasa melayu sekolah ini juga
berpendapat bahawa, apabila tatabahasa diajar secara bersendirian, penguasaan murid terhadap
aspek tatabahasa lebih baik dan memudahkan guru untuk memberi tumpuan terhadap tajuk-tajuk
yang tidak dapat dikuasai oleh murid. Perkara ini dibuktikan dengan pencapaian murid-murid
yang agak memberangsangkan dalam peperiksaan.

3.0 KONSEP DAN FUNGSI WACANA

3.1 Definisi Wacana

Dalam pengertian linguistik, wacana adalah unit bahasa yang terbesar. Semua perkara yang
melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang penting bagi wacana. Wacana

10
adalah satuan bahasa terlengkap, tertinggi, dan terbesar di atas klausa dengan kohensi tinggi,
dengan kesinambungan dan mempunyai awal dan akhir yang nyata sama ada disampaikan secara
lisan atau tulisan. Selain itu, wacana merupakan satuan bahasa yang digunakan untuk
berkomunikasi dalam konteks sosial. Satuan bahasa itu dapat dibahagikan dalam bentuk lisan
atau pun tulisan dan bersifat transaksional atau interaksional.

3.2 Jenis-jenis Wacana

Wacana terbahagi kepada dua jenis iaitu Wacana Lisan dan Wacana Tulisan. Dalam
konteks komunikasi secara lisan, dapat dilihat bahawa wacana sebagai proses komunikasi antara
penutur dan pendengar, sedangkan dalam komunikasi secara tulisan, wacana terlihat sebagai
hasil daripada penglahiran idea penulis. Wacana lisan dihasilkan atau dituturkan secara lisan dan
melibatkan komunikasi secara langsung antara penutur dengan pendengar seperti aktiviti
perbualan harian, temu ramah, ceramah, ucapan, khutbah dan sebagainya. Wacana jenis ini
melibatkan ekspresi wajah, nada suara, gerak badan dan sebagainya dalam menyampaikan
sesuatu maksud. Manakala wacana tulisan pula berkisar kepada tulisan dan melibatkan hubungan
antara penulis dengan pembaca. Komunikasi yang berlaku dalam wacana tulisan ini adalah
secara tidak langsung . Contoh wacana tulisan adalah seperti tulisan rencana, akhbar, majalah,
novel dan lain-lain lagi.

3.3 Ciri-ciri Wacana

Menurut Beaugrande dan Dressler (1981:81), terdapat tujuh ciri ketekstualan yang perlu
dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang utuh, iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan,
maklumat, keadaan dan interteks.

Namun menurut Asmah Haji Omar dalam artikel Jurnal Dewan Bahasa yang bertajuk Analisis
Wacana pula terdapat lapan unsur-unsur penting dalam wacana iaitu :

I. satuan bahasa

II. terlengkap

III. mengatasi ayat atau klausa

IV. teratur atau tersusun rapi

11
V. berkesinambungan

VI. kohesi

VII. lisan atau tulisan

VIII. awal dan akhir yang nyata.

Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan edisi Ketiga pula, terdapat dua ciri
utama dalam sebuah wacana yang utuh iaitu, kohesi (atau tautan) dan koheren (atau runtutan).
Menurut beliau lagi, terdapat juga ciri-ciri yang lain termasuklah tujuan sesuatu wacana,
penerimaan oleh pendengar atau pembaca, maklumat yang terkandung, keadaan yang
mewujudkan wacana dan interteks atau peranan wacanawacana lain yang membantu pendengar
atau pembaca memahaminapa yang didengar atau dibaca.

Tautan atau kohesi ialah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur
linguistik yang lain dalam sesebuah wacana untuk menghasilkan wacana yang mantap.
Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat melalui hubungan antara sesuatu perkataan, frasa atau
ayat dengan perkataan, frasa atau ayat lain yang terdapat dalam wacana tersebut. Tautan penting
kerana tautan dapat mewujudkan kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain
sehingga membentuk suatu kesatuan. Kohesi juga merujuk kepada idea atau esei yang dijalin
rapi hingga menjadi bersepadu.

Contoh ayat:

1. Farah, Selvi dan Susan ke perpustakaan.

2. Mereka ke sana untuk meminjam buku.

Dalam contoh di atas, terdapat tautan antara kedua-dua ayat tersebut. Perkataan mereka
dalam ayat kedua merujuk kepada Farah, Selvi dan Susan, sementara sana merujuk kepada
perpustakaan. Oleh itu, kedua-dua ayat yang mempunyai tautan ini dianggap sebagai wacana.
Tambahan pula, kedua-dua ayat ini bermakna dan difahami.

Koheren pula merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesbuah wacana
sehingga menjadikan sesebuah teks itu bermakna. Oleh itu, runtutan merupakan asas dalam

12
pembinaan wacana kerana sesuatu teks itu dianggap sebagai wacana jika teks tersebut
mempunyai makna.

Contohnya:

Wanita itu membeli baju baharu bewarna biru. Warna biru ialah warna kegemaran
muda-mudi kini. Muda-mudi kini ramai yang menghadapi masalah sosial.

Berdasarkan teks di atas, setiap ayat mempunyai tautan. Tetapi teks tersebut tidak
merupakan wacana kerana teks tersebut tidak bermakna dan tidak difahami. Malahan,
teks tersebut tidak mempunyai kesinambungan idea atau tidak koheren. Oleh itu, untuk
menghasilkan wacana, sesuatu teks itu perlulah koheren atau runtutan.

3.4 Wacana Berformat

Wacana berformat ialah penulisan berkesinambungan yang mengandungi format- tertentu


yang menggariskan penggunaan wacana tertentu secara kohesi dan koheren. Wacana Berformat
ini mengandungi peraturan atau prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi oleh murid semasa berhujah
atau menulis.Contoh wacana berformat adalah seperti berikut :

a. Laporan
b. Berita
c. Surat Kiriman Rasmi
d. Surat Kiriman Tidak Rasmi
e. Catatan
f. Dialog/perbualan
g. Syarahan
h. Ucapan
i. Perbahasan

3.5 Wacana Tidak Berformat

Wacana tidak berformat ialah satu penulisan yang bebas dan tidak terikat dangan mana-
mana format atau peraturan. Walaubagaimana pun jenis wacana ini banyak berfokus kepada
pencorakan idea yang kreatif. Antara contoh wacana tidak berformat ialah :

13
a. Penulisan rangsangan bergambar
b. Penulisan cerita, pengalaman, gambaran, situasi.
c. Penulisan fakta
d. Penulisan perbincangan
e. Penulisan Biografi dan Autobiografi
f. Penulisan Jenis Peribahasa

3.6 Aplikasi Tatabahasa Dalam Wacana Berformat Dan Tidak Berformat Bagi

Murid Tahun 4 Iman

Pelajar-pelajar sekolah rendah terutamanya, perlu didedahkan dengan cara-cara


meningkatkan kemahiran penggunaan wacana terutamanya di dalam aktiviti penulisan.
Penggunaan wacana yang lemah akan menjejaskan kualiti sesebuah karya. Menurut Kamaruddin
Hj Husin (1988) di dalam buku HBML 3203, Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu
keluaran Open University Malaysia, menjelaskan bahawa beberapa perkara perlu diberikan
perhatian oleh murid dalam usaha menghasilkan penulisan yang baik, iaitu sebelum, semasa dan
selepas menjalankan aktiviti penulisan.

Pelbagai teknik dan kaedah yang digunakan oleh guru bagi membantu murid mahir dalam
penulisan karangan . Manakala bagi pengajaran wacana lisan guru menggunakan teknik soal
jawab berkaitan perkara-perkara sekeliling yang dialami murid dalam kehidupan harian mereka.
Selain itu, menceritakan semula cerita yang pernah didengar daripada ibu bapa,guru, orang lain,
buku, majalah atau bahan bacaan lain.Selain itu, penggunaan medium seperti penulisan
bergambar iaitu latihan bercakap mengenai gambar atau carta aliran yang disediakan turut
dijalankan oleh guru. Beberapa aktiviti lain digunakan dalam pengajaran wacana berformat dan
tidak berformat.Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan bagi merangsang penghasilan
penulisan yang baik seperti menyusun perkataan atau frasa bagi membentuk ayat atau perenggan,
menukar dialog kepada karangan, menulis karangan berdasarkan gambar bersiri, menyusun ayat
sehingga membentuk sebuah karangan yang lengkap. Selain itu, proses biasa yang dilaksanakan
guru juga dengan membuat sesi perbincangan isi penting selepas mengedarkan soalan kepada
murid. Bagi murid sekolah rendah, aspek penulisan karangan ini masih perlu dibantu dan
dibimbing mengikut peringkat.

14
Oleh itu, guru memberi penerangan dari aspek cara pengolahan serta penyusunan struktur
ayat, pembahagian perenggan, penggunaan kosa kata serta penggunaan bahasa secara
keseluruhan. Selain itu sebelum murid menulis karangan beberapa langkah telah diberi perhatian
oleh guru antaranya :

a) Sebelum Penulisan

I. Murid perlu memahami format karangan dan apakah yang

diinginkan dalam soalan.

II. Mengetahui maklumat penting dalam soalan atau kata kunci .

III. Menjana idea isi penting dan seterusnya membina draf karangan

IV. Memastikan tiga aspek utama penulisan di patuhi iaitu,

pendahuluan, isi dan penutup.Kebiasaannya setiap karangan

perlu mempunyai satu perenggan pendahuluan, empat perenggan

isi dan penutup.

b) Semasa Penulisan

I. Memastikan format yang perlu di patuhi

II. Membuat huraian berdasarkan isi karangan/kerangka penulisan.

III. Menulis pendahuluan secara ringkas. Memadai dua atau tiga

baris ayat.

IV. Setiap isi seharusnya di nyatakan dengan jelas beserta huraian

dan contoh.

V. Membuat rumusan atau kesimpulan daripada karangan

15
4.0 APLIKASI WACANA BERFORMAT DAN TIDAK BERFORMAT DALAM
WACANA ARGUMENTATIF DAN DESKRIPTIF

4.1 Wacana Argumentatif

Wacana argumentatif biasanya digunakan untuk mempengaruhi penerima pesan (adressee) agar
melakukan perubahan sikap dan tindakan. Di dalam wacana ini, yang terpenting adalah fungsi
ajakan (appeal ) yang terdapat pada mana-mana model Organon Bhler , iaitu disebut sebagai
aspek signal bahasa, iaitu penerima pesan mengesan sesuatu daripada pesanan.Selanjutnya,
Renkema memaparkan empat jenis teknik yang biasa digunakan dalam membentuk argumentatif,
iaitu:

(a) Memberikan alasan, sebab atau penjelasan;

(b) Membuat perbandingan atau analogi;

(c) Memberikan contoh; dan

(d) Menyebutkan sumber yang autoritatif.

4.2 Ciri-Ciri Wacana Argumentatif Yang Diaplikasi Dalam Wacana Berformat Dan Tidak
Berformat.

Perenggan Argumentatif ialah perenggan yang mempunyai hujah dan alas an yang kukuh bagi
sesuatu perkara atau penyataan.Bagi menyokong hujah-hujah data, rajah,statistic dan sebagainya
boleh disertakan bagi menguatkan lagi isi penulisan. Ini bertujuan bagi menyakinkan pembaca
terhadap perkara yang ditulis. Perenggan yang dihasilkan samada dalam wacana berformat
ataupun tidak berformat. Dalam penghasilan penulisan argumentatif murid perlu memberi
perhatian terhadap perenggan pendahuluan, isi dan juga penutup. Setiap idea yang dilahirkan
perlulah disertakan dengan bukti dan contoh yang kukuh.Penulisan argumentatif yang diajar di
peringkat sekolah rendah seperti karangan perbahasan, pidato, syarahan dan fakta. Contoh
berikut adalah dalam pengajaran karangan jenis fakta (wacana tidak berformat).

Tajuk : Kepentingan Alam Sekitar

16
Alam sekitar adalah sumber keperluan hidup kita. Misalnya, sungai
merupakan sumber air manakala lautan adalah sumber makanan kita. Justeru,
semua pihak haruslah memelihara sumber keperluan ini agar tidak tercemar.

Di samping itu, alam sekitar yang bersih dan terpelihara akan menjadi daya
tarikan para pelancong. Kedatangan para pelancong akan memajukan sektor-sektor
perniagaan negara kerana mereka akan berbelanja di negara kita. Oleh sebab itu,
jagalah alam sekitar untuk menarik kedatangan pelancong ke negara kita.

Penulisan deskriptif lebih kepada sifat untuk menerangkan sesuatu idea dengan memberikan
penerangan secara terperinci. Tujuan murid-murid diajar karangan deskriptif adalah untuk
menerangkan urutan sesuatu peristiwa, menjelaskan konsep, prinsip dan teori serta menerangkan
objek, orang atau tempat.

4.3 Pengaplikasian Wacana Berformat dan Tidak Berformat Dalam Penulisan Deskriptif
dan Argumentatif

Aplikasi pengajaran penulisan yang dijalankan di sekolah ini dilihat mengikut seperti yang
terkandung dalam dokumen standard pelajaran. Guru bahasa melayu telah mengajarkan karangan
jenis berformat dan tidak berformat kepada para pelajar. murid dapat menulis dengan baik dan
tersusun.Bagi karangan jenis fakta, idea yang dikemukkan disusuli dengan contoh dan huraian
yang baik. Ini dilihat daripada hasil semakan buku tulis murid.

17
Penggunaan bahasa dan penanda wacana yang sesuai menunjukkan pertautan yang jelas antara
satu ayat dengan ayat yang lain.Murid akan menulis kerangka karangan dan isi penting dahulu
sebelum memulakan proses menulis karangan. Ini dapat membantu murid menulis dengan baik
tanpa melakukan pengulangan isi. Oleh itu, dapat dilihat juga pencapaian murid-murid ini dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu sangat cemerlang dan dapat menguasai kemahiran bahasa dengan
baik.

5.0 KESIMPULAN

Hasil kajian ini telah menunjukkan pengajaran dan pembelajaran tatabahasa dalam wacana
berformat dan tidak berformat telah dilaksanakan dengan baik di Sekolah Agama Al-Islahiyah
(Rendah). Penguasaan murid dalam tatabahasa Bahasa Melayu bagi aspek wacana amat baik dan
berada pada tahap cemerlang.

Aspek wacana bukan sahaja perlu dipelajari malahan perlu dikuasai oleh setiap murid bagi
memahirkan mereka dalam penulisan karangan yang kritis dan puitis. Intihanya, bagi melahirkan
murid yang cemerlang guru haruslah lebih kreatif dalam merancang pelbagai kaedah pengajaran
agar murid dapat menguasai wacana berformat dan tidak berformat setara dengan transformasi
pendidikan yang semakin melonjak ke hadapan.

(3194 patah perkataan )

BIBLIOGRAFI

Raminah Hj. Sabran. (1993). Kecekapan berkomunikasi dalam bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti.

18
Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. (1990). Pendekatan mengajar bahasa
Malaysia.Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. (2001). Sukatan pelajaran kurikulum


bersepadu sekolah menengah bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Renkema, J. (2004).Introduction to discourse studies,Amsterdam: JohnBenjamins


Publishing Company.

Modul OUM.HBML 3203 Tatabahasa dan Pengajaran Bahasa Melayu (Edisi Kedua)

http://gurubm.blogspot.com/2010/05/pengajaran-tatabahasa.html

http://psasir.upm.edu.my/3169/1/Pengajaran%20Kemahiran%20Menulis%20Karangan%20Bah
asa%20Melayu%20di%20Sekolah.pdf

LAMPIRAN :

Lampiran 1

19
ANALISIS MARKAH PEPERIKSAAN MURID TAHUN 4 IMAN BAGI BULAN
MAC,MEI DAN OGOS 2016

JENIS PEPERIKSAAN MAC MEI OGOS

BMK BMK BMK


Bil NAMA MURID M G M G M G
1 MUHAMMAD AQIL ZAFRAN BIN AHMAD ZAKI 82 A 87 A 85 A
2 MUHAMMAD SHAQIR BIN JAFRI 90 A 85 A 88 A
3 `ABID KHALIS BIN JUZAILI 82 A 75 B 80 A
4 ADAM ISKANDAR BIN MOHD ROSLAN 86 A 73 B 80 A
5 ADAM HAREEZ BIN EKHWAN NAZUHAR 84 A 77 B 82 A
MUHAMMAD SYAMIL FAIZUDDIN BIN
6 ZAHIRRUDIN 88 A 81 A 88 A
7 AHMAD FIRAS BIN MAWARDI 80 A 87 A 90 A
8 MUHAMMAD AKIF HAKIMI BIN SHAHRUDDIN 94 A 75 B 80 A
9 DHIYA IRDINA BINTI HUZAIRIE 90 A 87 A 92 A
10 NURUL QAMARINA BINTI MOHAMMAD ZAMERI 80 A 75 B 88 A
11 ADAM FAREEZ BIN EKHWAN NAZUHAR 82 A 65 B 75 B
12 MUHAMMAD AKMAL MURSHIDI BIN ARIKHUZAIR 80 A 80 A 75 B
13 MUHAMMAD FARIS DANISH BIN DAUD 72 B 80 A 80 A
14 NUR ALIYA SORAIYA BINTI NOR ZAHID 82 A 75 B 80 A
15 NUR ALIA NASUHA BINTI AZRISHAM 84 A 77 B 88 A
16 SHAZA MAISARAH BINTI ABDUL AZIM 86 A 83 A 80 A
17 NUR DHIYA WARDAH BINTI RIDZUAN 80 A 80 A 85 A
18 AINNUR ZAKIRAH BINTI AZMI 68 B 73 B 78 B
19 NUSAIBA BINTI ZULFADZLI 88 A 80 A 90 A
20 MUHAMMAD AMJAD BIN ABDUL AZIZ 68 B 63 C 72 B
21 MIRZATUL NAJWA BINTI ZANIZAM 86 A 75 B 86 A
22 NABIHA AQILAH BINTI MOHAMMAD AZIZY 82 A 75 B 84 A
23 NURFATIN NAJWA BINTI OTHMAN 84 A 73 B 80 A

24 MUHAMMAD AIRIEL ZAFRAN BIN MOHD ZAMRI 82 A 77 B 88 A


25 NUR ALIA SHAFIEKA BINTI MOHD FAIZAL 80 A 57 C 70 B
26 MUHAMMAD 'ATIFF BIN ROZAIHAN 62 C 80 A 75 B
27 AZMA ALIF BIN MALIQ RIDHUAN 86 A 81 A 86 A
28 MUHAMMAD HAZIQ BIN ASRUL HAFIZ 88 A 73 B 78 B
29 SITI KHADIJAH BINTI MOHAMAD NASIR 68 B 81 A 90 A
30 MUHAMMAD AMIRUL AMIN BIN AYOB 74 B 75 B 80 A
31 NURAZAH BINTI AZHAR 84 A 73 B 78 B

20
32 MUHAMMAD SYAHIRAN BIN SHAFRIZAL 72 B 65 B 76 B
33 AZIZ AMADI BIN SAMSUDDIN 82 A 73 B 80 A
34 NURULAIN NABILAH BINTI ABD HALIM 80 A 71 B 82 A
35 NAYLI ANIISA BINTI ISMAIL 80 A 75 B 80 A
36 NUR 'AQILAH BINTI ZAINUDDIN 70 B 73 B 80 A
37 AMMAR NASRULLAH BIN NUR YUSAIRY 80 A 60 C 75 B

ANALISIS PEPERIKSAAN MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 4 IMAN


2016

MAC MEI OGOS

28 orang gred A (76 %) 10 orang (27%) 27 orang (73%)

8 orang gred B (21%) 25 orang (68 %) 10 orang ( 27 %)

Seorang gred C ( 3%) 2 orang (5 %) -

21

Vous aimerez peut-être aussi