Vous êtes sur la page 1sur 16

HBEF3503

0
HBEF3503

TAJUK

1.0 PENGENALAN

2.0 KATEGORI INDIVIDU BEKEPERLUAN KHAS

3.0 CARA MENGENALPASTI INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS

4.0 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG SESUAI


DENGAN MURID BERKEPERLUAN KHAS

5.0 KEPERLUAN YANG MESTI DISEDIAKAN UNTUK MURID


BERKEPERLUAN KHAS

6.0 PENUTUP

RUJUKAN

1.0 PENGENALAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengamalkan prinsip


Pendemokrasian Pendidikan dalam merancang pendidikan untuk semua golongan

1
HBEF3503
kanak-kanak. Semua kanak-kanak tanpa mengira kaum, latar belakang, status
ekonomi dan kecacatan mempunyai hak untuk mendapat akses kepada pendidikan
termasuk kanak-kanak kurang upaya. Mereka mempunyai hak yang sama rata untuk
belajar dan bermain dalam persekitaran pembelajaran tanpa halangan (barrier-free
learning environment)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah mencatatkan
bahawa berdasarkan amalan terbaik peringkat antarabangsa dan dasar sedia ada,
Kementerian Pendidikan Malaysia komited untuk menambah bilangan murid
berkeperluan khas dalam Program Pendidikan Inklusif. Sehubungan itu, satu piagam
di bawah aspirasi ekuiti, Peningkatan Enrolmen Murid Berkeperluan Khas dalam
Program Pendidikan Inklusif telah dijadikan sebagai salah satu daripada 25 inisiatif
utama dalam 1 agenda Bersepadu Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2013.
Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa
beriltizam dalam menyediakan pendidikan berkualiti bagi murid berkeperluan khas
agar mereka mampu mencapai potensi yang optimum. Program Pendidikan Inklusif
memberi peluang kepada murid berkeperluan khas mendapatkan akses kepada
pendidikan di kelas aliran perdana. Peluang ini membantu murid berkeperluan khas
memupuk keyakinan dan jatidiri yang tinggi.
Konsep Program pendidikan Inklusif ini adalah selaras dengan penyataan alam
peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 dimana Program pendidikan
Inklusif ertinya suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas
yang dihadiri oleh murid berkeperluan pendidikan khas bersama-sama dengan murid
lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
Berdasarkan kenyataan di atas, jelas menunjukkan bahawa setiap murid
termasuk murid berkeperluan khas adalah istimewa, mempunyai kepelbagaian
kebolehan dan mempunyai hak yang sama rata bagi mendapatkan akses pendidikan
yang berkualiti di semua sekolah. Sehubungan itu, usaha yang komited, terancang dan
berterusan perlu dilakukan di semua peringkat termasuk sekolah dan guru.

2.0 KATEGORI INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS

2
HBEF3503
Murid-murid berkeperluan khas adalah murid-murid yang mempunyai
masalah pembelajaran. Keadaan ini menyebabkan mereka memerlukan satu corak
pembelajaran yang berlainan dengan murid-murid normal bagi membolehkan mereka
dapat mengikuti pembelajaran dengan lebih efektif. Terdapat pelbagai definisi tentang
masalah pembelajaran. Menurut Hardman, Drew & Egan (2005), kepelbagaian ini
wujud disebabkan oleh bidang ini kian berkembang, unik dan mempunyai ciri-ciri
semula jadi yang menarik untuk dihalusi. Ringkasnya, kanak-kanak bermasalah
pembelajaran merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah dalam menguasai
bahasa, pertuturan, membaca, menulis, menaakul dan mengira disebabkan oleh sistem
saraf terutama otak yang tidak berfungsi. Masalah ini tidak mempunyai kaitan dengan
kanak-kanak yang menghadapi masalah kesukaran belajar akibat masalah
pendengaran, masalah motor, kerencatan, masalah penglihatan, masalah emosi,
masalah persekitaran, masalah budaya mahu pun masalah ekonomi.

Kirk et al (1993) menjelaskan difinisi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai


kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciri- ciri
mental, keupayaan-keupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam
tingkahlakusosial atau emosi dalam keupayaan komunikasai atau dalam pelbagai
kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau
perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan
yang maksimum.

Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri


mental, keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan
ciri-ciri fizikal. Oleh yang demikian kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau
perubahan dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas
bertujuan mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan
tidak terabai seperti kanak-kanak normal.

McDonnell et a (1995) mengklasifikasikannya murid berkeperluan khas


kepada rencatan akal, gangguan tingkah laku, autisme, gangguan pembelajaran,
kecacatan deria serta kecacatan fizikal dan kesihatan yang lain. Ada juga yang yang
mempunyai gangguan yang pelbagai seperti rencatan akal dan gangguan tingkah laku.

3
HBEF3503
Akta Pendidikan 1996 seksyen 312 (Farrel. 2003) pula menyatakan kanak-
kanak itu dikatakan memerlukan keperluan khas jika mereka mempunyai masalah
dalam aspek pembelajaran yang memerlukan peruntukan pendidikan khusus terhadap
mereka. Mereka dikatakan menghadapi masalah dalam aspek pembelajaran jika
mereka mempunyai masalah pembelajaran yang besar berbanding kanak-kanak
sebaya dengannya dan adalah di bawah umur wajib bersekolah dan berada di
kategori ,mempunyai kecacatan yang menghalangnya menggunakan kemudahan
pendidikan yang digunakan oleh kanak-kanak yang sebaya dengannya.

Terdapat 4 kategori kanak-kanak berkeperluan khas iaitu bermasalah


pendengaran, bermasalah penglihatan, bermasalah pembelajaran dan pelajar berbakat
atau pintar cerdas.

i) Bermasalah pendengaran

Murid yang menghadapi masalah pendengaran ialah murid yang pendengarannya


tidak jelas dan memerlukan alat bantuan mendengar. Murid yang mengalami masalah
ini perkembangan pertuturan dan bahasanya akan terganggu dan lambat. Kanak-kanak
tidak langsung dapat mendengar pula akan juga tidak dapat bercakap (bisu).

ii) Bermasalah penglihatan

Kanak-kanak bermasalah penglihatan dikategorikan kepada dua iaitu buta yang


langsung tidak dapat melihat dan separuh buta yang kabur penglihatan. Kanak-kanak
ini belajar melalui deria sentuhan, pendengaran, menghidu dan merasa. Mereka
menggunakan tulisan Braille untuk membaca dan tongkat untuk bergerak ke sesuatu
tempat.

iii) Bermasalah pembelajaran

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran ialah kanak-kanak yang telah dikenal pasti


dan disahkan oleh pakar-pakar klinikal sebagai mengalami kecacatan yang
mengganggu proses pembelajaran. Kanak-kanak ini mengalami masalah seperti
lambat untuk menguasai kemahiran berkomunikasi. Mereka lambat berkembang
persepsi pendengaran dan penglihatan dan menghadapi kesukaran untuk membaca,
mengeja, menulis dan mengira. Kanak-kanak ini memerlukan perhatian dan

4
HBEF3503
keprihatinan yang lebih daripada masyarakat terhadap masalah yang mereka hadapi
supaya dapat menjalani kehidupan seharian bersama orang lain.

iv) Pintar cerdas

Mengikut Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, kanak-


kanak pintar cerdas ialah kanak-kanak yang maju atau berbakat dalam pelajaran dan
boleh menerima pelajaran lebih awal atau lebih cepat daripada pelajar normal. Kanak-
kanak ini dianggap mempunyai kebolehan luar biasa.

5
HBEF3503
3.0 CARA MENGENALPASTI INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS
Guru perlu mengetahui tentang masalah yang dihadapi oleh muridnya. Guru juga
perlu jelas tentang kesan masalah fizikal ke atas perkembangan psikososial kanak-
kanak tersebut. Kanak-kanak ini kadang kala tidak memahami hidup mereka dan
sering menghadapi masalah penyesuaian. Guru boleh membuat cerapan tingkahlaku
terhadap permasalahan ini

3.1 Mengenal pasti kanak-kanak Bermasalah Penglihatan

Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan


berkemungkinan mempunyai penglihatan yang terbatas atau buta. Masalah
penglihatan terbatas bermaksud tahap penglihatan kanak-kanak berada di antara 20/70
dan 20/200 dengan penggunaan lensa. Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada
objek yang dekat sahaja.

Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai buta pula tidak dapat menggunakan


penglihatan untuk pembelajaran. Mereka bergantung kepada pendengaran dan
sentuhan. Kanak-kanak bermasalah penglihatan biasanya akan mengerutkan mata atau
menutup sebelah mata untuk tujuan penglihatan. Selain itu, mereka juga asyik
menggosok mata tanpa sebab dan menyebabkan mata merah dan bengkak. Kanak-
kanak juga sering mengadu pening kepala atau loya. Apabila membaca kanak-kanak
akan memegang buku terlalu dekat atau terlalu jauh untuk mengimbangkan
penglihatan mereka. Kanak-kanak ini mungkin mempunyai konsep kendiri yang
rendah dan perhatian lebih yang diberikan kepada mereka boleh menggalakkan
pergantungan kepada guru atau rakan untuk sentiasa membimbing mereka.

3.2 Mengenal pasti Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran

Terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu separa pekak dan pekak.
Separa pekak bermaksud penggunaan alat pendengaran akan membolehkan kanak-
kanak ini menerima pendidikan secara audio. Kanak-kanak yang dikategorikan
sebagai pekak perlu menerima pendidikan menggunakan teori lain seperti
penglihatan. Tahap kehilangan keupayaan mendengar diukur dengan audiometer
dalam unit decibel. Seseorang dikategorikan sebagai pekak jika tahap kehilangan
6
HBEF3503
keupayaan mendengar lebih daripada 10 decibel. Mereka yang tergolong sebagai
separa pekak mempunyai tahap kehilangan keupayaan mendengar antara 20 hingga 60
decibel.
Masalah pendengaran terdiri daripada beberapa tahap dan ada yang
dapat dikenal pasti apabila kanak-kanak tersebut telah berumur beberapa tahun.
Seseorang guru peka kepada petanda masalah ini menunjukkan simptom seperti kerap
meminta orang mengulang apa yang telah disebut. Mereka juga menghadapi
kesukaran untuk mengikut arahan dan salah faham kerap berlaku. Pertuturan kanak-
kanak ini tidak lancar kerana mereka sering salah sebutan dan mempunyai nada suara
yang lebih tinggi atau rendah dan memusingkan kepala untuk mendengar. Masalah
pendengaran menjejaskan komunikasi dan juga pembelajaran individu.
Ketidakupayaan berkomunikasi ini memberi kesan kepada perkembangan sosial,
emosi, bahasa dan kognitif individu tersebut.

3.3 Mengenal pasti Kanak-kanak Bermasalah Pertuturan

Masalah pertuturan boleh dikategorikan kepada empat iaitu masalah sebutan,


masalah gagap, masalah suara dan masalah bahasa. Masalah sebutan ialah
kecenderungan meninggalkan suku kata atau mengubah bunyi sesuatu perkataan,
misalnya perkataan saya menjadi caya. Kanak-kanak pada kebiasaannya akan
melalui fasa ini dalam tempoh perkembangan mereka. Ia biasanya tidak dipandang
serius namun jika masalah ini berlanjutan ia perlu diberi perhatian.

Gagap merupakan gangguan terhadap kelancaran percakapan. Aliran


pertuturan terganggu di mana seseorang itu mungkin mengulang, memberhentikan
seketika atau mencelah dengan suku kata atau perkataan. Gagap kerap berlaku apabila
individu tersebut teruja dan ingin menyatakan sesuatu dengan kadar yang cepat.

Masalah suara berkaitan dengan kualiti suara seseorang. Ia mungkin terlalu


lantang, lembut, garau, kasar, sengau, nada yang tinggi atau rendah atau nada yang
sama dan tidak berubah.

Masalah bahasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak mempunyai kaitan


dengan sistem saraf pusat. Menurut Myklebust (1971) masalah ini mengganggu
7
HBEF3503
kefahaman atau penggunaan perkataan. Istilah yang digunakan ialah aphasia. Ia
bermakna seseorang yang menghadapi kesukaran mentafsir bahasa dalam sesuatu
perbualan. Ia juga melibatkan kesukaran dalam menggunakan perkataan yang sesuai
semasa komunikasi.

3.4 Mengenal pasti Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

Masalah pembelajaran diandai sebagai masalah neurologi. Ia tidak berkaitan


dengan IQ seseorang kerana selalunya, IQ individu tersebut berada pada tahap
normal. Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran sering ditafsir sebagai
malas, tidak memberi perhatian atau tidak berminat. Mereka mungkin menunjukkan
sikap yang tidak matang, sukar memberi tumpuan dan mudah lupa. Oleh kerana
mereka menunjukkan ciri-ciri yang sama seperti kecacatan yang lain, masalah mereka
sukar dikenal pasti dan sering disalahtafsirkan.

Masalah pembelajaran berkaitan dengan cara otak menerima, memproses,


menganalisis dan menyimpan maklumat. Ia merupakan kecelaruan dalam satu atau
lebih daripada satu proses psikologi yang melibatkan kefahaman atau penggunaan
bahasa, sama ada lisan atau bertulis. Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan
mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja ataupun mengira.

Selain itu, masalah ini mungkin disebabkan oleh aphasia. Ia mengakibatkan


kadar pembelajaran murid tersebut berbeza dengan murid yang tidak menghadapi
masalah tersebut. Namun, masalah ini juga sering dikaitkan dengan masalah tingkah
laku dan emosi. Antara masalah yang dikaitkan dengan masalah pembelajaran
termasuk masalah pembelajaran akademik, masalah bahasa, ingatan, sosio-emosi,
kemahiran motor dan koordinasi, metakognitif, kurang memberi perhatian dan
hiperaktiviti.

8
HBEF3503
4.0 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG SESUAI
DENGAN MURID BERKEPERLUAN KHAS

Proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Inklusif perlu dirancang


dengan teliti dan bersandarkan kepada ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas.
Antara kaedah yang berkesan adalah kaedah Intervensi. Kanak-kanak berkeperluan
khas memerlukan pengesanan pada peringkat awal lagi bagi membolehkan mereka
mengikuti suatu sistem persekolahan yang terancang bagi mengembangkan potensi
diri mereka.

4.1 Kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk kanak-kanak Bermasalah


Penglihatan
Dari sudut pembelajaran yang berkesan terhadap kanak-kanak ini pula, guru
boleh menyediakan bahan pembacaan yang mempunyai saiz yang besar dan sesuai
ataupun bahan audio untuk membantu pembelajaran. Bahan bacaan yang disediakan
juga hendaklah jelas seperti hurufnya mempunyai perbezaan warna yang ketara
dengan latar belakang kertas yang terlalu banyak perkataan atau ayat dalam satu muka
surat.
Semasa menulis di papan putih pula, guru bolelah menyebut secara lisan
bahan yang tulis untuk kemudahan kanak-kanak ini. Pengalaman kanak-kanak ini
telah diperluaskan dengan memberi mereka aktiviti hands-on. Di samping itu, guru
juga perlu memberi perhatian kepada susunan bilik darjah dengan memastikan
kedudukan kanak-kanak tersebut berhampiran dengan papan. Susunan bilik darjah
seharusnya memudahkan pergerakan kanak-kanak di sekitar bilik darjah dan memberi
mereka akses yang mudah berada dalam bahan-bahan pembelajaran.

4.2 Kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk kanak-kanak bermasalah


perdengaran
Kanak-kanak bermasalah pendengaran perlu mendapat latihan awal yang baik
di sekolah-sekolah khas untuk kehidupan yang lebih baik seperti kanak-kanak normal
yang lain. Guru-guru diingatkan supaya bercakap dengan jelas dan jangan
membelakangkan kanak-kanak ini semasa memberi arahan atau mengajar. Kanak-
kanak ini boleh ditempatkan di baris hadapan kelas untuk memudahkan mereka
melihat wajah guru. Guru-guru juga perlu mengelak daripada menjerit atau

9
HBEF3503
meninggikan suara. Sebarang lisan boleh diikuti dengan ilustrasi grafik atau visual
untuk memudahkan kefahaman murid. Oleh sebab itu, amatlah penting untuk
menyediakan persekitaran pembelajaran yang tidak diganggu oleh bunyi bising atau
gangguan bunyi lain.
Penggunaan bahasa isyarat adalah satu cara efektif untuk
berkomunikasi dengan kanak-kanak ini. Oleh itu, guru perlu dilatih dan didedahkan
kepada cara menggunakan jari tangan untuk mengeja. Sungguhpun begitu, pada hari
ini komunikasi secara keseluruhan lebih digalakkan di mana ia melibatkan pertuturan,
pembacaan, bahasa isyarat dan bahasa badan.

4.3 Kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk kanak-kanak bermasalah


pertuturan
Masalah perkataan seperti masalah sebutan, gagap dan suara boleh
menimbulkan rasa malu dan menyebabkan kanak-kanak tersebut merasa tidak selesa
dalam situasi sosial. Ia mungkin tidak mengganggu pembelajaran seperti mana
masalah bahasa. Masalah bahasa memberi kesan kepada perkembangan kognitif
kanak-kanak.
Kanak-kanak ini perlu diberi masa yang mencukupi untuk memberi
respons. Mereka boleh digalakkan memberi respons secara bertulis. Selain itu, guru
boleh menggunakan pendekatan yang melibatkan penggunaan pelbagai deria. Guru
juga boleh membantu kanak-kanak dengan menjadi model yang sesuai, misalnya
mengulang perkataan secara jelas dan perlahan, atau menggunakan alat audio. Kanak-
kanak yang menghadapi masalah sebutan atau gagap ini juga boleh dibantu melalui
terapi.
Antara kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk
meningkatkan kemahiran bertutur di kalangan murid ialah mengadakan latih tubi
sebutan untuk membetulkan kesalahan penyebutan yang telah dikenal pasti. Perbualan
secara terpimpin, dialog dan soal jawab boleh dijalankan untuk memberi peluang
kepada pelajar bercakap tanpa perasaan malu, takut, dan bosan. Guru juga boleh
mempersembahkan satu daya kreatif berdasarkan skrip yang sedia ada atau yang
dicipta oleh murid sendiri. Guru dan murid boleh membincangkan berita dan
peristiwa semasa, membincang isi yang terdapat dalam satu gambar bersiri,
membincang aspek-aspek satu filem atau slaid yang telah diperlihatkan.

10
HBEF3503
4.4 Kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk kanak-kanak bermasalah
pembelajaran
Oleh kerana kanak-kanak ini sukar memberi penumpuan, guru boleh
menempatkan mereka di sudut yang senyap dan kurang aktiviti yang boleh
mengalihkan perhatian mereka. Kedudukan tempat duduk kanak-kanak ini seeloknya
berhampiran tempat duduk guru. Ini akan memberi peluang kepada guru untuk
menegur dan memberi motivasi kepada murid-murid ADHD. Guru juga boleh
menggunakan prinsip peneguran di mana kanak-kanak ini diberi peneguran positif
apabila mereka menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki.
Peraturan dan prosedur dalam bilik darjah mesti dinyatakan dan
dipaparkan dengan jelas. Guru perlu memastikan murid faham peraturan tersebut.
Selain itu, Objektif pembelajaran juga harus dinyatakan dengan eksplisit dan murid
diberi maklum balas dengan segera. Semasa mengajar, arahan perlu ringkas dan
diulang. Beri peluang kepada murid hiperaktif ini untuk mengambil bahagian dalam
aktiviti yang aktif di samping tugasan yang ringkas.

11
HBEF3503
5.0 KEPERLUAN YANG MESTI DISEDIAKAN UNTUK MURID
BERKEPERLUAN KHAS

Pendekatan Pendidikan Inklusif dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh


negara bagi memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia
ada yang diterima pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan
formal bagi kanak-kanak berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar
Pendidikan Wajib dan Pendidikan untuk Semua yang kini menjadi asas perkiraan
dalam perancangan pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Secara umumnya setiap
individu berhak mendapat hak yang sama rata termasuklah keperluan pendidikan
mengikut keupayaan masing- masing termasuklah untuk golongan kurang upaya. Ini
kerana semua kanak- kanak mempunyai hak untuk belajar dan dididik di persekitaran
yang sama dengan rakan sebaya yang lain. Oleh itu golongan berkeperluan khas juga
seharusnya diberi peluang untuk sama-sama menikmati hak kesamarataan
termasuklah dalam aspek pendidikan yang lebih berkualiti.

5.1 Keperluan Fizikal Atau Sokongan Infrastruktur

Kemudahan fizikal seperti bilik darjah, makmal, bilik khas dan kemudahan
lain serta persekitaran sekolah yang kondusif adalah keperluan paling asas bagi
menyediakan peluang pembelajaran optimum kepada semua pelajar termasuk untuk
pelajar Pendidikan Khas (PK). Melalui pendidikan yang sempurna, pelajar-pelajar
Pendidikan Khas boleh dilatih untuk berdikari di samping memperkembangkan
potensi mereka.
Seperti yang kita ketahui, sebahagian besar masa pelajar-pelajar adalah di
dalam bilik darjah. Ia merupakan satu tempat bagi pelajar-pelajar berkumpul untuk
belajar tanpa mengira latar belakang. Manakala pengurusan bilik darjah boleh
ditakrifkan sebagai kebolehan guru mengawal pelajar bagi memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Pengurusan bilik darjah yang
baik dapat mengurangkan masalah disiplin dan meningkatkan prestasi pelajar. Seiring
dengan itu, pembangunan dan iklim bilik darjah yang kondusif perlu diubah suai
mengikut keperluan pelajar biasa dan pelajar yang berkeperluan khas khususnya.
Pelajar berkeperluan khas ditempatkan di bawah pendidikan khas iaitu, perkhidmatan
dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu istimewa atau kurang

12
HBEF3503
upaya yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, masalah
pendengaran, masalah penglihatan, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas.
Pihak sekolah perlu prihatin di atas keperluan pelajar terutamanya untuk
tujuan pengajaran dan pembelajaran. Perkara inilah yang ingin dilihat dalam
pembinaan dan penyediaan infrastruktur di sekolah pendidikan khas terutama bilik
darjah yang disediakan di sekolah-sekolah. Usaha-usaha sedang dilakukan bagi
meningkatkan taraf infrastruktur dan asessibiliti bilik darjah pendidikan khas bagi
semua kategori. Satu garis panduan infrastruktur yang standard diperlukan agar semua
bilik darjah pendidikan khas yang dibina mempunyai infrastruktur yang sesuai serta
memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas.
Bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, susun atur
sesebuah bilik darjah yang diperlukan di peringkat sekolah rendah agak berbeza
berbanding dengan di peringkat yang lebih tinggi. Suasana fizikal dalam bilik darjah
khususnya susunan tempat duduk memainkan peranan penting. Saiz bilik haruslah
sesuai agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan selesa. Susunan
yang berkesan membolehkan guru mudah untuk bergerak menghampiri pelajar.
Susunan perabot seperti komputer, almari, meja besar untuk kerja kumpulan yang
selesa dan kemas akan menimbulkan suasana ceria bagi pelajar menjalani proses
pembelajaran. Secara amnya, ukuran umum bagi ruang bilik darjah yang biasa
terdapat di sekolah-sekolah ialah 72 meter persegi (9 m 8 m), tetapi ada di antara
bilik darjah di sekolah-sekolah sama ada di bandar mahupun luar bandar tidak
mengikut ukuran yang ditetapkan. Keselesaan pelajar bukan lagi menjadi keutamaan
dan ini amat membimbangkan kerana pencapaian pelajar bergantung kepada usaha
daripada mereka sendiri, guru serta pihak sekolah. Menurut Purkey dan Smith (1983),
persekitaran sesebuah sekolah memainkan peranan yang penting dalam menentukan
kejayaan seseorang pelajar.

13
HBEF3503
6.0 PENUTUP

Pembaharuan perlu dibuat bagi memastikan kejayaan pendidikan inklusif dan


di akui untuk mengubah sikap itu untuk menerima pendidikan inklusif bukannya
mudah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berpendidikan khas. Untuk kelas
inklusif yang berjaya, guru biasa dan guru Pendidikan Khas perlu memberi penekanan
terhadap komunikasi semua guru yang terlibat dalam program ini mesti bersikap jujur
dan terbuka dalam menangani segala masalah dan peranan yang timbul. Guru-guru
yang terlibat dalam kelas inklusif hendaklah bersedia untuk menghadapi sebarang
rintangan dan halangan yang mendatang. Mereka juga perlu belajar untuk
berkompromi dan juga membuat sesuatu yang berlainan sama sekali daripada yang
dirancangkan. Disamping itu juga guru kelas biasa dan guru kelas Pendidikan Khas
perlu bekerjasama dan menerima kanak-kanak berpendidikan khas yang mempunyai
berbagai-bagai perbezaan individu. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif memerlukan
kerjasama semua pihak agar keberkesanan program yang dilaksanakan dapat
dihasilkan. Pendidikan Inklusif memberi peluang ke arah pemantapan sistem
pendidikan untuk golongan bekeperluan khas di Negara kita sekaligus mengangkat
martabat pendidikan Malaysia dipersada dunia.

14
HBEF3503
RUJUKAN

Supiah Saad. 2010. Komitmen dan Peranan Guru dalam Pelaksanaan Pendekatan

Pendidikan Inklusif di Malaysia. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian

Pelajaran Malaysia.

http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Kenal/pasti/murid/khas/dan/Peranan/gu

ru.pdf

http://epic.oum.edu.my/index/coursepage/id/HBEF3503

http://www.slideshare.net/MohdNizam3/pelaksanaan-program-pendidikan-inklusif

15

Vous aimerez peut-être aussi