Vous êtes sur la page 1sur 1

Antara elemen-elemen yang turut terkandung dalam kemahiran teknologi maklumat dan inovasi adalah

kreativiti dan inovasi (creativity and innovation), pemikiran kritis dan penyelesaian masalah (critical
thinking and problem solving), komunikasi dan kolaborasi (communication and collaboration), literasi
maklumat (information literacy), literasi media (media literacy), literasi teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK), ICT (Information, Communications and Technology) Literacy), fleksibiliti dan
mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (flexibility and adaptability), berinisiatif dan mempunyai
haluan diri (initiative and self-direction) serta kemahiran sosial dan antara-budaya (Social and Cross-
Cultural Skills).

Sebelum kemahiran yang melibatkan ICT dikuasai, pelajar abad ke-21 perlu menguasai kemahiran 3M
yang meliputi Membaca, Mengira dan Menulis. Penguasaan kepada 3M ini adalah asas kepada
perkembangan pendidikan abad ke-21 dan bilangan masyarakat Malaysia yang buta huruf dapat
dikurangkan sekiranya penguasaan terhadap 3M dapat ditingkatkan dan seterusnya kemahiran yang
melibatkan ICT turut dapat ditingkatkan. Oleh itu, pelbagai langkah perlu dilakukan agar tidak wujud lagi
masalah penguasaan 3M. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza perlu untuk
meningkatkan penguasaan 3M di kalangan murid. Antaranya mengadakan kelas pemulihan, kelas khas
untuk kanak-kanak istimewa, latihan guru berpendidikan khas, perluasan kempen membaca dan
penempatan kaunselor di setiap sekolah.

Namun, keberkesanan pelaksanaannya tidak menyeluruh dan belum mampu memberi perubahan besar
terhadap perkembangan penguasaan kemahiran 3M di kalangan murid terbabit. Dalam sesetengah
keadaan, kurangnya komitmen pengurusan sekolah antara penyebab pendidikan murid tergolong dalam
kategori yang gagal mencapai matlamatnya. Menyisihkan murid terbabit daripada mengikuti pendidikan
seperti rakan lain hanya akan menyulitkan langkah mengatasi masalah mereka kemudian hari. Dalam
usaha menangani masalah ini, kaedah P&P haruslah lebih khusus dan perlu dipraktikkan guru yang
mahir mengenainya.

Vous aimerez peut-être aussi