Vous êtes sur la page 1sur 31

APRESIASI KARYA KELAMBU : DZULKIFLI BUYONG

a) Menggambar
Warna Menggunakan warna gelap seperti
coklat.
Garisan Terdapat penggunaaan pelbagai
garisan iaitu garisan tebal, nipis dan
beralun.
Ruang Ruang di antara adik beradik
tersebut
Rupa Menggunakan rupa positif kerana ia
adalah rupa sebenar yang berwarna.
Rupa geometri juga wujud kerana
dapat dilihat pada kain seorang
wanita yang sedang memegang tali
kelambu.
Rupa organik wujud pada muka
wanita-wanita dalam karya tersebut.
Prinsip Rekaan Penegasan Objek kelambu yang
besar menjadi penegasan.
Warna objek kelambu yang lebih
cerah daripada objek lain memberi
penegasan.
Imbangan Komposisi - figura disusun dengan
seimbang di sebelah kiri dan kanan
serta imej kelambu yang berada
ditengah-tengah.
Kesatuan kain batik, baju kurung, pelita dan
motif sulaman pada bantal.

b) Menganalisa

Subjek Manusia
Unsur-unsur seni Garisan
Warna
Rupa
Bentuk
Prinsip Rekaan Penegasan
Keseimbangan
Bentuk
Kontra
Kesatuan
Kualiti Ekspresif Menerapkan nilai tolong-menolong
dan bekerjasama.
Mewujudkan suasana aman, harmoni
dan tenang.
Bahan/ Teknik/ Kaedah Menggunakan pastel di atas kertas.
c) Tafsiran

Makna/ Mesej Unsur-unsur seni dan prinsip seni.


Subjek Manusia
Simbol Bekerjasama
Mementingkan kesihatan.
Unsur-unsur Seni Garisan,
Warna
Rupa
Bentuk
Prinsip Rekaan Penegasan
Keseimbangan
Kontra
Kepelbagaian
Kesatuan.

Metafora/Analogi bagi menjelaskan Menggambarkan kehidupan
makna masyarakat Melayu yang
bekerjasama dan mementingkan
kesihatan kerana mereka
bekerjasama memasang kelambu
sebelum tidur pada waktu malam.
d) Penilaian

Kriteria
Keaslian Berdasarkan pengalaman beliau.
Gubahan Berdasarkan budaya masyarakat
Melayu dalam kehidupan seharian
mereka.
Teknik Hasil daripada persepsi beliau yang
mana pengalaman beliau telah
diadaptasi dalam karya tersebut
untuk mengolah dalam bentuk
suasana dan figura.
Fungsi Mewujudkan suasana aman dan
harmoni yang terdapat dalam
kehidupan masyarakat.
Menimbulkan kesedaran mengenai
penjagaan kesihatan.
Dalam karya Kelambu karya Dzulkifli Buyong ini, beliau menerapkan 6
elemen asas yang penting dalam penggubahan sesuatu karya seni visual itu.
Aplikasi berbagai-bagai jenis garisan dapat mencipta rupa, bentuk dan ton.
Garisan yang digunakan ialah garisan tebal, nipis dan beralun. Disini kita dapat
melihat garisan nipis yang terdapat pada bahagian lantai, pintu dan bahagian
tepi kelambu. Garisan tebal pula terdapat pada langsir dan tali kelambu. Garisan
beralun pula terdapat pada bahagian corak kain batik yang tersidai di sebelah
pintu.

Seterusnya, unsur rupa adalah garisan luar iaitu outline dan sempadan
yang mengelilinginya. Rupa positif telah dihasilkan di dalam karya ini kerana ia
adalah rupa sebenar yang berwarna. Rupa geometri juga dapat dilihat pada
bahagian kain figura . Rupa organic pula terdapat pada karya ini contohnya bujur
yang terdapat pada kain seorang daripada wanita dalam karya itu.

Selain itu, bentuk pula mempunyai struktur dan jisim serta isi padu.
Terdapat dua jenis bentuk , iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Karya Kelambu
ini menggunakan bentuk ilusi kerana ia bersifat rata dan dihasilkan melalui catan.
Contohnya figura manusia itu.

Di samping itu, unsur jalinan pula merujuk kepada kesan yang terdapat
pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rata dan ekspresi
sesuatu objek. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu jalinan sentuh dan jalinan
tampak. Antara jalinan yang terdapat dalam catan ini adalah corak pada pakaian
pada figura.

Seterusnya, Unsur ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh


garisan, atau kawasan kosong sekeliling objek atau jarak antara dua objek.
Kebiasaannya lukisan catan mempunyai unsur ruang kerana kewujudan ruang
itu yang akan menampakkan bentuk yang hendak dihasilkan. Karya ini
mempunyai banyak unsur ruang yang boleh dilihat.
Unsur warna adalah tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan.
Warna mempunyai fungsi dan juga nilai keindahan yang menjadikan dunia ini
lebih indah. Warna terbahagi kepada tiga jenis iaitu warna asas, warna sekunder
dan warna tertier. Dalam karya ini, Dzulkifli Buyong memilih warna tertier memilih
warna tertier sebagai warna yang utama. Warna tertier dihasilkan dengan cara
mencampurkan satu warna dan satu warna sekunder. Warna ini adalah warna
ketiga yang hebat kuasanya. Karya catan Kelambu ini digunakan oleh beliau
merupakan warna-warna yang mendapat pengaruh coklat yang melambangkan
warna tanah serta warna yang menimbulkan warna suasana kampung.

Komposisi juga dapat dilihat dalam karya ini. Komposisi yang digunakan
memperlihatkan keseimbangan simetri dimana figura disusun seimbang di
sebalah kiri dan kanan serta imej kelambu yang berada di tengah-tengah
komposisi menguatkan lagi keseimbangan dalam karya ini. Bayang pada
kelambu dan dinding bilik menjelaskan komposisi hadapan, tengah, dan
belakang melalui pencahayaan yang diterapkan. Keharmonian dapat diwujudkan
melalui penggunaan warna. Tona yang digunakan lebih kearah tona gelap untuk
menimbulkan suasana malam.

Di dalam karya ini, penegasan yang wujud adalah objek kelambu kerana
saiz objek ini telah memberi kesan kepada pemerhati untuk melihat. Selain itu,
warna kelambu itu juga telah memberi penegasan melalui warna yang digunakan
kerana warnanya yang cerah berbanding warna objek yang lain.

Kontra ialah keadaan apabila salah satu unsur seni bercanggah dengan
unsur seni yang lain. Watak figura wanita yang sedang mendamparkan ekspresi
muka yang begitu menikmati suasana telah mewujudkan unsur kontra dan
menunjukkan kontra juga dari segi bentuk. Seterusnya, pergerakan merupakan
perlakuan yang berulang-ulang dan tidak tetap . Gerak-geri kanak-kanak
dihasilkan dengan olahan bentuk. Tali kelambu dan bentuk kanak-kanak
diselang-selikan untuk mewujudkan pergerakan.
Kombinasi unsur jalinan, rupa, bentuk, warna, ruang dan sebagainya
merupakan prinsip kepelbagaian di dalam seni visual. Kombinasi yang pelbagai
membentuk gagasan dan persembahan yang membentuk satu gubahan. Di
dalam karya kelambu ini, wujudnya prinsip kepelbagaian kerana kombinasi unsur
seni dari segi, jalinan pada corak baju, pelbagai bentuk rupa pada kain sarong
yang dipakai, bentuk keadaan figura, warna yang memberi sentuhan suasana
malam dan sebagainya.

Gubahan unsur-unsur yang mempunyai satu tema atau idea yang sama
dan menyeluruh merupakan prinsip kesatuan. Apabila penyerapan unsur-unsur
seni ini berlaku secara seimbang dan harmoni akan mewujudkan kesatuan.
Karya kelambu ini mempunyai tema apabila pelukis memperlihatkan suasana di
dalam bilik dimana situasi yang dirakamkan adalah persiapan keluarga tersebut
sebelum tidur bersama.

Di dalam karya catan tersebut juga memaparkan beberapa identiti masyarakat


melayu
dengan jelas seperti pakaian yang dikenakan pada figura iaitu kain batik,baju kurung,
pelita dan
juga motif sulaman pada bantal.

Akhir Sekali, karya-karya catan Dzulkifli Buyong seperti Murid Sekolah


(1992), Kelambu (1964) dan Kapal Kertas (1966) tidak jauh bezanya dan
hampir kesemuanya menggunakan media pastel. Beliau menyampaikan tema
zaman kanak-kanak dan berbentuk seni naf yang mana membentuk identitinya
yang sendiri.
KAJIAN KARYA CATAN KELAMBU" 1964DPLI-PSV

RUJUKAN

Mohd Shukri Mat Yaacob. Dzulkifli Buyong. Diperolehi pada 28 Februari 2016
daripada http://senishukri.blogspot.my/2012/12/dzulkifli-buyong.html

Nor Azlinda Adam. Kajian Karya Catan Kelambu. Diperolehi pada 28 Februari
2016 daripada https://www.scribd.com/doc/94186717/KAJIAN-KARYA-
KELAMBU-DZULKIFLI-BUYONG

Albert. Apresiasi Kritikan Seni Visual. Diperolehi pada 28 Februari 2016 daripada
http://albert-kritikanseni.blogspot.my/
PENGENALAN
Penghargaan
Bersyukur saya kehadrat Illahi kerana akhirnya saya dapat juga menyiapkan tugasanpendidikan
jasmani ini dengan jayanya. Jutaan terima kasih kepada tutor saya iaitu Pn. NurulHuda bt
Mohamed kerana beliau telah banyak memberikan tunjur ajar dan garis panduan yangtelah
diberikan kepada saya sepanjang tempoh saya menyiapkan tugasan ini. Tanpa tunjuk ajar beliau
tidak mungkin tugasan ini dapat disiapkan dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada suami
tercinta terima kasih yang tidak terhingga di atasdorongan dan pengorbanan, ahli keluarga serta
kawan-kawan yang telah memberi sumbanganberbentuk idea kepada saya untuk menambahbaik
lagi tugasan ini. Segala pendapat dan tunjurajar kalian sememangnya amat membantu saya untuk
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.Kepada rakan sekelas, saya mengucapkan ribuan
terima kasih atas bantuan yang telah andaberikan secara langsung mahupun tidak langsung.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada kedua ibu bapa yang telahmembantu dari
segi sokongan moral. Akhir kata dari saya terima kasih kepada semua yang telahmembantu
untuk menjayakan tugasan ini.

Pendahuluan
Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandaitukang
mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja,
bagaimana mereka memilih tema dan subject matter serta gaya dan stail mereka.Semua ini
berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif. Hal inidisebabkan
oleh, ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadapsesuatu hasil
seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehanmembuat pilihan
dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif. Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini
memerlukan logical operation such asdefining, valuing and explaining Pendidikan seni harus
dilihat dalam skop yang lebih luas.Umumnya, para pendidik seni beranggapan Pendidikan Seni
di sekolah bukan sekadarmeningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya seni sahaja.
Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang. Karya seniseperti
catan, lukisan, cetakan dipandang sementara arca dan binaan disentuh.Apresiasi senisecara aktif
melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yangdifikirkan dan
dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaankata yang cukup
mengenai seni yang diperlukan. Objektif apresiasi ialah memahami dan bertindak terhadap aspek
seni. Selain itu,mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan, menghasilkan karya (produk
seni),memahami seni dan hubungannya serta membuat dan menggunakan pertimbangan estetik
dankualiti karya seni. Apresiasi sini membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika,
pengertianunsur-unsur seni dan nilai-nilai sosiobudaya yang terkandung di dalam sesebuah hasil
seni dankraf. Ianya juga dapat memberi gambaran hubungkait diri dan hasil sendiri dengan hasil-
hasilseni berdasarkan persepsi visual. Melaluinya juga kita boleh melihat perhubungan antara
kerjasendiri dengan kerja-kerja orang lain dimana ini akan dapat membentuk keyakinan
dankefahaman terhadap bidang seni.

Menggambar
Karya lukisan ini adalah bertemakan Keindahan Alam Semulajadi. Karya ini di lukis
denganmenggunakan tiga teknik menggambar iaitu lukisan, catan serta percikkan. Terdapat
sesetengahunsur di dalam karya ini di hasilkan daripada corak tidak terancang iaitu dengan
menggunakanteknik tiupan. Garisan yang digunakan berfokus kepada yang dilukis untuk
mewujudkanoutline. Objek yang dilukis memenuhi ruang. Warna-warna pada rumput yang
seakanmenampakkan persamaan dan warna boleh mewujudkan ton.Contohnya daun rumput
yang mudaadalah lebih cerah berbanding dengan warna yang terbentuk pada daun-daun rumput
yang lebihtua.Melalui contoh lukisan di atas, penggunaan ton semasa mewarna daun akan
dapatmenimbulkan kesan keselesaan, keseragaman serta kesatuan pada objek yang
dihasilkan.MenganalisaKomposisi yang digunakan jelas memperlihatkan keseimbangan simetri
dimana gambar disusundengan seimbang di sebelah kiri dan kanan serta imej lautan yang berada
ditengah-tengahkomposisi menguatkan lagi keseimbangan didalam karya ini. Selain itu,
penggunaan perspektiftelah mewujudkan komposisi yang jelas didalam karya dimana terdapat
imej yang beradadihadapan, ditengah dan juga berada dibelakang. Bayang pada air laut juga
lebih menjelaskankomposisi hadapan, tengah dan belakang melalui pencahayaan yang
diterapkan. Warna yangdigunakan oleh pelukis merupakan warna-warna yang mendapat
pengaruh warna coklat yangmelambangkan warna tanah serta warna yang menimbulkan suasana
di pinggir laut. Tona yangdigunakan pula lebih kearah tona pudar bagi menimbulkan suasana
petang . Namun tidakkesemua warna yang digunakan adalah warna yang bersifat bosan, masih
terdapat penggunaanwarna yang cerah terutamanya pada gambar dalam catan tersebut dan ini
telah memberi fokuskepada imej-imej tersebut. Penggunaan warna amat berkait rapat dengan
media yang digunakanoleh pelukis didalam karya tersebut. Media yang digunakan didalam karya
tersebut ialah cat air.

Tafsiran
Apabila melihat kepada karya pelukis, amat jelas tergambar bahawa makna yang
ingindisampaikan adalah berkaitan dengan keindahan alam semulajadi . Pemandangan seperti
inihanya dapat di lihat dikampung-kampung persisiran pantai yang masih mengekalkan ciri-
cirialam semulajadinya. Kelihatan pokok-pokok bakau yang masih utuh berdiri menantikan
ombaklaut datang mambadainya. Burung-burung camar terbang berkumpulan untuk pulang ke
sarangdan meninggalkan pantai yang kesepian. Pokok-pokok niur melentuk-lentuk di tiup sang
bayupetang menggambarkan ketenteraman pelukis sewaktu menghasilkan karyanya. Dengan
aruspembangunan moden yang sedang pesat berkembang ini tidak banyak pantai yang
dapatmempertahankan keindahan semulajadi pantainya. Oleh itu pelukis mengambil inisiatif
untukmelakarkan karya ini bagi tatapan generasi akan datang.PenilaianPelukis menghasilkan
karya ini berdasarkan kepada pengalamannya. Hasil daripada persepsinyapelukis telah
mengadaptasikan pengalaman untuk diolah dalam bentuk lukisan. Fungsi karya iniadalah untuk
menyedarkan kepada masyarakat terhadap khazanah alam semulajadi yang kitamiliki. Khazanah
ini perlu dipelihara agar tidak terhapus dek kerakusan pembangunan modendizaman ini. Ia juga
merupakan salah satu ekosistem yang terpenting dalam keseimbangan alam.Khazanah alam
semulajadi yang kita miliki hari ini amanah yang perlu di jaga untuk tatapangenerasi akan
datang. Jangan disuatu hari nanti pokok bakau juga sudah tidak dikenali manakalakeindahan
warna si camar juga telah dilupakan.
Pelukis : Dzulkifli Buyong Tajuk : Kelambu (1964) Media : PastelMenggambar Karya ini
menggambarkan lima imej gambar wanita dan juga imej kelambu yang menjaditajuk kepada
karya ini. Setiap gambar yang ditampilkan di dalam karyanya membawa watakyang tersendiri.
Seorang perempuan tua yang berbaju hijau dan bersanggul memainkan wataksebagai seorang
ibu. Manakala empat gambar didalam karya tersebut membawa watak sebagaianak gadis.
Kesemua gambar didalam karya tersebut adalah sebuah keluarga. Gambar-gambardidalam karya
tersebut menunjukkan bahawa kesemua mereka sedang melakukan aktivitimasing-masing. Karya
tersebut juga memperlihatkan suasana di dalam bilik dimana situasi yangdirakamkan adalah
persiapan keluarga tersebut sebelum tidur bersama. Gambar-gambar yangberperanan sebagai
anak gadis menunjukkan mereka sedang melakukan aktiviti, seorangdaripada mereka sedang
termenung di jendela sambil menikmati keidahan malam denganmelihat kerlipan bintang dan
hembusan bayu malam, seorang lagi sedang membaca buku didalam kelambu, terdapat seorang
anak yang sedang mengikat tali kelambu untuk digantungkannya dan seorang lagi meletakkan
badannya keatas kelambu dengan memaparkaneksperesi muka yang begitu manja sambil
menikmati suasana malam yang hening. Gambar yang berperanan sebagai ibu dilihat sedang
memasang ubat nyamuk bagi mengelakkan dari gigitannyamuk dan kemungkinan dia tidur di
luar kerana kelambu yang dipasang kelihatan kecil. Warna yang digunakan pula lebih kepada
warna-warna coklat serta mempunyai tonyang gelap. Di dalam karya catan tersebut juga
memaparkan beberapa identiti masyarakatMelayu dengan jelas seperti pakaian yang dikenakan
pada gambar iaitu kain batik, baju kurung,pelita dan juga motif seperti sulaman pada bantal.
Selain itu perwatakan serta karakter gambartersebut juga memperlihatkan nilai kemelayuan dari
apa yang dilihat pada rambut gambar ibuyang bersanggul.Menganalisa Komposisi yang
digunakan jelas memperlihatkan keseimbangan simetri dimana gambardisusun dengan seimbang
di sebelah kiri dan kanan serta imej kelambu yang berada ditengah-tengah komposisi
menguatkan lagi keseimbangan didalam karya tersebut. Bayang pada kelambudan juga dinding
bilik lebih menjelaskan komposisi hadapan, tengah dan belakang melaluipencahayaan yang
diterapkan. Warna yang digunakan oleh pelukis merupakan warna-warna yang mendapat
pengaruhwarna coklat yang melambangkan warna tanah serta warna yang menimbulkan
suasanakampung. Tona yang digunakan pula lebih kearah tona gelap bagi menimbulkan suasana
malam .Namun tidak kesemua warna yang digunakan adalah warna yang bersifat pudar, masih
terdapatpenggunaan warna yang cerah terutamanya pada gambar dalam catan tersebut dan ini
telahmemberi fokus kepada imej-imej tersebut. Penggunaan warna amat berkait rapat dengan
mediayang digunakan oleh pelukis didalam karya tersebut. Aspek-aspek formal dalam
menghasilkan karya dapat dilihat dengan jelas dan pelukisbanyak mengaplikasikan penggunaan
elemen serta prinsip seni dalam karyanya Selain itu,penggunaan perspektif telah mewujudkan
komposisi yang jelas didalam karya dimana terdapatimej yang berada dihadapan, ditengah dan
juga berada dibelakang. Media yang digunakan didalam karya tersebut dan hampir kesemua
karya beliau adalah pastel. Melalui penggunaan media itu sendiri, telah terlihat karektor yang
ingin disampaikan olehbeliau iaitu tema zaman kanak-kanak. Dengan pengaplikasian elemen dan
prinsip seni, semakinjelas bahawa perkembang pendekatan barat semakin kuat bertapak dalam
seni moden Malaysia. Seni moden Malaysia semakin berkembang dan mewujudkan gayanya
yang tersendiri.Apa yang menarik mengenai visual yang ditampilkan oleh Dzulkifli Buyung
dalam setiapkaryanya adalah pengolahan imej gambar yang lebih menjurus kearah imej lukisan
kanak-kanakdan berbentuk seni naif. Beliau telah membentuk sebuah identiti tersendiri bagi
dirinya dan jugabagi seni tampak moden.Tafsiran Karya ini jelas menggambarkan makna yang
ingin disampaikan bahawa ia adalahberkaitan dengan keindahan budaya Melayu. Walaupun
dengan hanya mengambil situasi yangmudah sebagai contoh situasi sebuah keluarga ketika
hendak tidur, namun penekanan yang amatberat terkandung disebalik karya tersebut. Apa yang
dapat dijelaskan adalah karya inimengandungi sentimen kasih sayang di dalam sesebuah
keluarga. Selain itu, dapat dijelaskan juga bahawa karya ini turut memaparkan nilai
pengorbananseorangibu demi anak-anaknya dimana, melalui visual yang diwujudkan, si ibu
berkemungkinantidur diluar sebaliknya anak-anak gadisnya pula tidur di dalam kelambu
tersebut. Si ibu sanggupmembiarkan dirinya terdedah kepada gigitan nyamuk di malam hari
demi memastikankeselesaan anak-anaknya. Didalam karya tersebut, dilihat tiada katil digunakan
dan keluargadidalam catan tersebut tidur hanya beralaskan tilam menggambarkan kesusahan
hidup mereka.Melihat dari konteks kebudayaan Melayu, kasih sayang merupakan salah satu
elemen yang amatditekankan didalam masyarakat. Kasih sayang merupakan suatu perkara yang
amat indah dan ianya seringkali diterapkandi dalam masyarakat Melayu melalui pelbagai cara
seperti didalam pepatah dan peribahasaMelayu. Orang Melayu dahulu mungkin tidak
mempunyai kekayaan dari segi harta benda danmaterial, namun mereka kaya dengan kasih
sayang yang cukup membuatkan hidup mereka gembira. Kebijaksanaan Dzulkifli Buyung
didalam menghasilkan karya jelas dimana beliaumampu untuk menggunakan metafora atau
perumpamaan yang amat mudah didalammenyampaikan ideanya yang membawa makna yang
mendalam. Karya-karya yang dihasilkan oleh beliau banyak menumpukan kepada tema zaman
kanak-kanak. Karya beliau menunjukkankegembiraan, kenakalan, keharmonian dan keriangan
zaman kanak-kanak melalui aktiviti harianmereka. Kanak-kanak digambarkan bermain dengan
riang dan berjenaka didalam pesekitarantempatan yang menggambarkan motif serantau didalam
identiti tempatan . Dzulkifli Buyung mungkin mendapat pengaruh yang amat besar daripada guru
beliau iaitu Patrick Ng Kah Onn,namun melalui pengolahan serta stailisasi yang dilakukan oleh
beliau terhadap gambarmempunyai karektor kartun dan karikatur telah membentuk identitinya
yang tersendiri dan lebihmenampakkan kebudayaan tempatan. Didalam karya tersebut juga, apa
yang dapat dilihat secaratersurat adalah identiti budaya tempatan melalui penggunaan imej
seperti kelambu, kain batik,bantal serta suasana bilik.Kelambu merupakan pelindung yang
digunakan oleh masyarakatMelayu terutamaya masyarakatkampung untuk melindungi dari
gangguan nyamuk ketika waktutidur.Penilaian Perkara yang tidak dapat disangkal apabila
melihat karya bertajuk Kelambu olehDzulkifliBuyung adalah kebijaksanaan beliau didalam
menyampaikan mesej mengenai keindahankebudayaan Melayu di dalam karyanya. Walaupun
berlainan dari sudut konteks penyampaiaan,iaitu melalui pendekatan seni tampak moden, namun
beliau masih tidak lupa mengenaikeindahan serta kecantikan kebudayaan Melayu. Mungkin
pengalaman hidup beliau telahmenyebabkan beliau terdorong untuk menghasilkan karya-karya
yang merakamkan kenanganzaman kanak-kanak didalam karyanya. Apa yang penting adalah
bagaimana beliau melihat situasi yang amat mudah, mempunyaielemen-elemen estetik untuk
dizahirkan didalamkarya. Dengan menyelitkan keindahankebudayaan Melayu, karya yang
dihasilkan oleh beliau menjadi sesuatu yang cukup kuat darisegi penceritaan serta keindahan
warisan kebudayaan.Secara peribadi, saya menyatakan bahawa karya Dzulkifli Buyung banyak
menyentuh emosi, jiwa serta kenangan sewaktu kecil. Mungkinkerana saya juga pernah
mengalami serta merasai situasi tersebut sewaktu kecil dahulu ketikaberada di kampung. Setiap
imej yang dipaparkan didalam karya beliau seperti bantal, kelambu,pakaian, suasana bilik, serta
situasi melambangkan keindahan masyarakat Melayu. Mengambilcontoh bantal dan juga
kelambu didalam karyatersebut, jelas bahawa masyarakat Melayu suatuketika dahulu memang
menggunakan peralatan tersebut didalam kehidupan seharian mereka,bantal yang mempunyai
sulaman bunga dan kelambu yang diikat pada penyangkut. Perkara tersebut merupakan identiti
yang dimiliki oleh orang Melayu walaupun ianyahanya peralatan harian namun ianya
mengandungi nilai sentimental yang amat tinggi dan jugaberkaitan dengan kehidupan
masyarakat Melayu suatu ketika dahulu. Dzulkifli Buyung melihatperkara-perkara tersebut
sebagai suatu saat yang penting untuk dizahirkan didalam karya beliau.Karya tersebut dihasilkan
pada tahun 1964 danianya masih kekal sehingga ke hari ini.Masyarakat kini mungkin tidak
mengenali dan menggunakan kelambu sebagai salah satuperalatan di dalam kehidupan mereka
walhal, ianya pernah menjadi sesuatu yang sinonimterhadap kehidupan masyarakat Melayu.
Lantas, ianya menjadikan karya tersebut sebagai catatanserta dokumentasi mengenai keindahan
budaya Melayu, sesuatu yang amat penting kepadasejarah seni moden Malaysia dan juga
masyarakat secara umumnya. Karya tersebut menjadi jaminan didalam memelihara salah satu
kebudayaan sertakeindahan masyarakat Melayu agar terus dikenali oleh generasi akan datang.
Memang sudahternyata dengan jelas bahawa fungsi sesebuah karya seni adalah sebagai sebuah
dokumentasididalam mencatat perjalanan sejarah kerana ianya wujud didalam tempoh masa
tertentu. Danapabila melihat terhadap karya Dzulkifli Buyung, dapat dibuktikan bahawa ianya
merupakancatatan sejarah yang penting terhadap masyarakat lebih-lebih lagi apabila pengkarya
begitu pekaserta menitikberatkan elemen kebudayaan didalam karyanya. Seperkara lagi yang
menjadikankarya ini sebagai sebuah karya yang sangat kuat dan berjaya adalah elemen
kasihsayang antarakeluarga yang ditonjolkan secara tersirat didalam karya ini. Seperti yang
dijelaskan sebelum ini, masyarakat Melayu amat menitikberatkan kasihsayang didalam
kehidupan seharian sehinggakan wujud peribahasa seperti air dicincang tak akanputus dan
pelbagai lagi. Kasih sayang diterapkan didalam setiap aktiviti, perlakuan danperbuatan. Jika
orang barat memerlukan televisyen untuk mereka duduk meluangkan masa bersama keluarga,
masyakat Melayu sebaliknya dapat menunjukkan aliran nilai kasih sayangmereka dengan hanya
berbekalkan sebuah kelambu dan melalui aktiviti yang begitu mudah danasas iaitu tidur .
Begitulah apa yang divisualkan oleh Dzulkifli Buyung didalam karyanya. BeliauBerjaya
membuktikan bahawa setiap detik di dalam kehidupan masyarakat Melayu biarpun
daripengalaman kanak-kanak ataupun melalui situasi yang amat mudah, mempunyai
keindahannyayang tersendiri. Secara keseluruhannya, dapat dikatakan bahawa karya tersebut
Berjayamencapai darjah yang tinggi didalam tahap nilai estetik kerana telah meliputi
kecemerlangan darisegi aspek formal serta makna yang terkandung.

14. PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE 1103 Pelukis : Abdullah Arif Tajuk :
Bumi Bahagia Lombong Bijeh Malaya (1960) Media : Cat AirMenggambar Pelukis
menghasilkan karya ketika dan waktu negara baru mencapai kemerdekaan. Karyaini
menggambarkan aktiviti ekonomi negara yang menjadi rujukan sebagai dokumentasi
sejarah.Tahun ketika karya ini dihasilkan adalah bukti sejarah. Segala yang dilalui sebelum siap
menjaditatapan umum adalah pengalaman artis dan pengakhiran seni itu ditentukan oleh
pengalamandiri. Namun tidak semua pengalaman artis dicatat atau didokumentasikan. Dokumen
ini pentingsebagai rujukan kepada artis dan masyarakat mengetahui aktiviti dan bahan dalam
karya itu. Iajuga sebagai kajian kreativiti untuk dikongsi bersama dan menjadi himpunan kajian
generasiakan datang. Gambar didalam catan tersebut memperlihatkan teknik melombong secara
tradisionaltanpa menggunakan kaedah kapal korek. Ia juga memperlihatkan keadaan rumah
melayu aslipada masa dahulu. Kedapatan pekerja lombong bijih yang sedang menjalankan
aktiviti 13
15. PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE 1103melombong. Pelukis juga
menggambarkan tentang kekayaan hasil bumi Malaya pada masatersebut iaitu bijih timah yang
merupakan sumber pendapat terbesar suatu ketika dahulu.Karya di atas adalah salah satu karya
yang banyak diberi apresiasi oleh pengkritik dan sejarawanseni sebagai aliran catan air yang
terawal di dalam sejarah perkembangan seni lukis tanah air. Kelebihannya yang menyerlah dari
segi eksplorasi teknik wash dan bersifat konsistenadalah ciri-ciri yang dekat dengan diri
pelukis dalam berkarya. Sifatnya yang begitu cermat danteliti dalam menggunakan media telah
mengangkat status diri sebagai seniman berdedikasi yangdikatakan sentuhannya mirip gaya
lukisan catan air Barat.Menganalisa Dengan aplikasi 3 latar iaitu latar depan, latar tengah dan
latar belakang, suasana aktivitimelombong itu tergambar luas. Latar tengah mendominasi
keseluruhan gambaran dengankeutamaan beberapa elemen diletakkan di situ. Contoh mainan
cahaya, eksplorasi kecairanwash yang terserlah dan prinsip penegasan diberi tumpuan pada
pancutan air yang tertumpu dilatar tengah. Warna air bercampur lumpur itu adalah fokus kepada
mainan cahaya yang datangdari atas. Kawasan cahaya itu mengambil ruang yang luas dan diletak
pada posisi tengah,dianggap pilihan posisi yang baik dan sesuai dengan mainan cahaya yang
sangat dititik beratkan.Latar depan, kurang menyerlah yang mengambil ruang kecil dengan imej
tiga figura sedangmencangkul dan mengandar bijih. Penonjolan wash atau kecairan
mempunyai daya kekuatan yang unik. Kekuatan yangtersendiri ini adalah sifat wash itu sendiri
yang aktif apabila basah di atas basah diaplikasikan.Antara sifatnya yang tidak terduga dan
terjadi secara spontan itu boleh membantu kepadakekuatan nilai catan air. Ruang yang
digunakan untuk kecairan itu sesuai dan tepat iaitu dikomposisi tengah dan di situ juga kekuatan
cahaya ditimbulkan. Apabila permukaan kertas yangbasah di aktifkan dengan pilihan warna yang
dilebihkan kandungan airnya akan hidup danberkembang menjadi kecairan itu berlaku dengan
tidak diduga. Jika dikesani elemen cahaya itusendiri sebenarnya banyak dibantu oleh teknik
kecairan yang konsisten. 14
16. PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE 1103 Asas kukuh kepada
penghasilan kecairan dalam catan air, didahului dengan asas-asaskomposisi, pilihan warna dan
teknik yang dibangunkan. Mengamalkan kecairan adalah perlu daninilah ciri-ciri istimewa catan
air. Kesan kecairan perlu ada dan ia menjadi keunggulan kepadacatan air. Kesan itu bergantung
kepada kawalan berus, campuran warna nisbah air, jenis kertas.Setiap kali berlaku kesilapan ia
dianggap satu kebetulan dan ini tidak merunsingkan artis.Tafsiran Subjek yang ingin ditonjolkan
dalam hasil seni ini ialah kawasan yang menjadiperlombongan bijih timah suatu ketika dahulu.
Simbol bekerjasama terdapat pada tiga imejfigura yang sedang mencangkul dan mengandar bijih.
Metafora ini lebih menggambarkan kepadakehidupan masyarakat cina pada zaman dahulu.
Pengaruh catan Cina digunakan dalam karya iniyang membantu satu ruang menjadi daya penarik
kepada pemerhati. Ruang itu luas, ada kesanketenangan dan mata banyak direhatkan di situ
tetapi ia bukan titik fokus. Ruang yangdimaksudkan itu, luas ditinggalkan di belakang titik fokus
dan ia menjadi daya tarikan. Contohpancutan air itu adalah titik fokus dan runtuhan tanah adalah
ruang yang diserlahkan kecairan.Ruang runtuhan tanah itu menjadi daya penarik.Penilaian Karya
catan air Abdullah Ariff ini berkeupayaan meninggalkan kesan emosi yangmendalam. Emosi kita
dimainkan melalui teknik kecairan. Kecairannya meresap rasa untuk kitabersama menikmati
keindahan alam. Karya ini juga berdasarkan kepada pengalaman yang dilaluioleh pelukis untuk
dikongsi bersama bagi tatapan generasi akan datang. 15
17. PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE 1103Penutup Penulisan sejarah serta
kritikan seni merupakan dokumen-dokumen penting bagi pengkajidan khalayak untuk mengenali
sesebuah karya itu dengan lebih berkesan dan bermakna. Hal inimemungkinkan mereka
mempertingkatkan kefahaman, persepsi dan daya apresiasi tentang senisecara umumnya.
Menerusi kritikan seni, khalayak boleh memahami dengan lebih lanjut akan sesebuahkarya itu,
misalnya dari sudut tema, teknik, gaya dan makna. Khalayak memahami aspek bentukdan makna
karya secara tersurat dan tersirat, bukan melihat secara luaran sahaja kerana kritikanseni
menampilkan diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan yang membolehkan
merekameletakkan seni pada konteks ruang dan masanya. Bagi sejarawan dan pengkaji seni,
kritikan seni boleh membantu usaha merekameletakkan kedudukan seseorang pengkarya
mahupun produk seni itu dalam peta perkembanganseni yang lebih luas. Hal ini menunjukkan
bahawa, selain daripada menjadi wadah pendidikan,kritikan seni juga boleh menjadi dokumen-
dokumen sejarah yang penting lagi berharga. Kritikan seni memerlukan daya kefahaman
individu yang baik terhadap pelbagai aspekkarya seni visual yang dibicarakan. Justeru itu, untuk
menjadi seorang pengkritik yang baik,seseorang individu itu sewajarnya mempunyai pendidikan
formal dalam bidang seni sertaberpengetahuan luas. Dia seharusnya berupaya berkomunikasi
dengan baik dan jelas, sama adasecara lisan ataupun tulisan. Dia juga sewajarnya bersifat
terbuka, bersedia untuk berkongsipengalaman dan pengetahuan dengan khalayak, serta
mempunyai kejelasan pemikiran danekspresi. Pertimbangan dari sudut formalisme adalah
pertimbangan berasaskan aspek-aspekkeindahan dan harmoni; ekspresivisme ialah pertimbangan
berdasarkan keupayaanmenyampaikan perasaan dan idea; sementara instrumentalisme
bermaksud pertimbanganberdasarkan keberkesanan karya sebagai suatu wadah atau alat,
contohnya dalam konteks sesuatuinstitusi, masyarakat dan negara. 16
18. PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE 1103RujukanRousliluddin Ambia.
Pengenalan Pendidikan Seni Visual. (2011) Selangor. Meteor Doc.. SdnBhd.Kementerian
Pendidikan Malaysia, (2000). Sukatan PelajaranPendidikan Seni Visual KBSR danKBSM, Kuala
Lumpur :Dewan Bahasa dan PustakaKathleen Chae (2008). Pendidikan Seni Visual. Pelangi
Sdn.Bhd.Siti Zainon Ismail (1986). Rekabentuk Kraftangan MelayuTradisi.Dewan Bahasa dan
PustakaKuala LumpurSalawati Hj Abdul Wahab (2008) .Modul OUM HBAE4303.Apresiasi
Dan Kritikan Seni:OpenUniversiti Malaysia 17
PRAKATA
Seni itu adalah sesuatu yang indah. Ianya berkait rapat dengan naluri keinginan manusia yang
mahukan sesuatu yang indah di pandangan mata. Daripada sekecil-kecil anak sehingga ke datuk
nenek. Semuanya mahukan yang cantik belaka. Memandang cermin mengatakan diri cantik dan
lawa usah dikata. Untuk kelihatan cantik sanggup berhabis modal ke salon kecantikan
mendandan diri. Segala yang dimiliki pastinya mahukan yang indah belaka. Pakaian mahu cantik
dan kemas. Busana sana, busana sini. Kereta mahu yang hebat. Kenderaan antik digayakan sana
sini. Rumah bagaikan mehligai. Luar dengan landskapnya, yang dalam dengan interiornya. Yang
tidak memiliki hanya mampu berangan, kalau aku ada duti banyak akan ku bina mahligai yang
lebih indah daripaa itu. Bahkan segalanya dalam kehidupan ini mahukan yang indah belaka.
Untuk memenuhi keinginan inilah, manusia sanggup berkorbann wang ringgit, tenaga, masa dan
segalanya. Untuk memenuhi segala keinginan ini juga mewujudkan banyak peluang pekerjaan
dan pendapatan kepada sesiapa yang memiliki kemahiran melaksanakan keinginan di bidang
masing-masing. Begitulah seni, kepentingannya dalam kehidupan tidak dapat disangkal lagi.
Seni merentas kehidupan.

Di sekolah, Seni merentas kurikulum. Ini kerana Setiap mata pelajaran memerlukan seni.
Sebagai satu contoh, guru meminta pelajarnya melukis peta, mengindah dan mencantikkan kelas
dengan carta-carta bergambar. Guru membuat alat bantu mengajar, dan sebagainya. Ini semua
memerlukan kemahiran seni. Tetapi ada juga di kalangan manusia yang tidak sedar akan hakikat
ini. Di sekolah, mata pelajaran pendidikan seni visual dianggap sesuatu yang remeh. Pendidikan
seni visual bagaikan mata pelajaran tempelan, kerana apa??? Kerana di peringkat awal tidak
dimasukkan di dalam peperiksaan awam. Mungkin juga sijil peperiksaan awam yang
menunjukkan calon yang mendapat A dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual masih
kurang hebat berbanding calon yang mendapat A dalam bidang sains dan matematik. Kalaulah
semua orang tahu bahawa Leonardo Da Vinci, pelukis potret Monalisa yang hebat juga adalah
seorang yang hebat dalam bidang ciptaan sains dan rekacipta. Bukankah ini menunjukkan
bahawa seorang artis dengan pemahaman dan penghayatan seninya mampu menjadi seorang
saintis dan pereka cipta. Namun, kini manusia sudah ada yang berfikiran terbuka. Mereka sudah
nampak bahawa bidang seni visual ini boleh mendatangkan dan menjana pendapatan yang
lumayan. Kini, anakanak sudah dihantar tusyen seni visual. Susah ada university khas intuk
bidang seni visual yang tentunya pengambilannya memerlukan pelajar yang sudah ada
kemahiran asas seni. Graduangraduan seni visual sudah benyak yang diperlukan seperti dalam
bidang pengiklanan, penerbitan, akhbar dan majalah, seni hiasan dalaman dan landskap dan
sebagainya. Ibu bapa sudah membuka mata kepada bidang yang dulunya dianggap terpinggir ini.
Diharap, pada masa akan datang, bidang seni visual ini menjadi semakin popular di kalangan
masyarakat.
KEPENTINGAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
PENGERTIAN SENI VISUAL Menurut kamus dewan seni membawa maksud halus iaitu kecil,
elok, tipis dan halus, enak didengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan manakala. Satu
lagi pentaksiran membawa tentang seni yang membawa maksud karya termasuklah sajak,
lukisan, muzik dan lain lagi yang dicipta dengan bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu
ciptaan. Visual pula dari segi bahasa bermaksud tampak iaitu yang boleh dilihat melalui deria
penglihatan. Terdapat juga istilah seni rupa, seni halus, seni lukis dan seni reka Dalam
Ensiklopedia Malaysiana (1996 ) ialah satu istilah yang digunakan bagi sesuatu yang indah.
Indah pada pandangan pacaindera manusia samada melalui penglihatan atau pendengaran.
Menurut buku Fine art in Islamic civilization (1981),pemikir islam iaitu imam AlGhazali
memperkatakan bahawa seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan. Oleh itu
penjelasan konsep seni visual bolehlah didasarkan kepada beberapa aspek pernyataan diri ( self
expression), pengalaman dan sensasi visual dan sentuh samada dalam bentuk 2D dan 3D. SENI
SECARA UMUMNYA Seni secara umumnya agak luas seperti seni tari, seni muzik, seni
lakonan, seni silat, seni ukir, seni lukis, seni kraft, seni penulisan dan sebagainya. Kesenian ini
sebenarnya ada kategorinya yang tersendiri umpamanya seni persembahan yang meliputi seni
lakonan, seni suara, seni tari dan sebagainya. Seni penulisan kreatif seperti penulisan cerpen ,
puisi skrip drama dan sebagainya. Manakala seni visual / tampak meliputi seni kraf, seni lukis,
seni ukir, seni bina dan sebagainya. Visual atau tampak secara termologinya bermaksud boleh
dilihat atau disentuh. Untuk itu, yang tergolong dalam sesuatu yang boleh dilihat dan disentuh
ialah catan, lukisan, arca, ukiran, binaan bangunan dan sebagainya. Ia bukan setakat dillihat
tetapi perlu difahami maknanya atau setidak-tidaknyateknik membuatnya, siapa yang
membuatnya, mengapa ia dibuat, apa fungsinya, apa rujukannya, apa ideanya dan sebagainya.
Maka ini akan menjurus kepada apresiasi poula di mana proses pemahaman dan kritikan berlaku
baik secara lisan mahupun bertulis. Proses apresiasi ini pula melibatkan penggunaan laras bahasa
tampak tertentu seperti unsure-unsur seni iaitu garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna.
Juga melibatkan prinsip rekaan yang terdiri diri daripada harmoni, kepelbagaian, kontra,
imbangan, penegasan, pergerakan /irama dan kesatuan . Juga termasuk bahan dan alat, teknik
dan gayaan, termologi tau symbol. Komunikasi ini akan menjadi lebih berkesan jika laras bahasa
ini dikuasai sepenuhnya oleh individu atau meayarakat. KONSEP SENI VISUAL Konsep seni
visual boleh difahami berdasarkan aspek seperti pernyataan diri (self-expression), pengalaman
dan sensasi visual sentuh, 2-D dan 3-D, komunikasi visual, bahasa seni visual, isi dan mesej,
imej, firm, content, benda-subjek, objek, berfungsi/kegunaan, nilai estetika, cirri-ciri kreatif,
pelukis/pandai tukang dan karya seni, asas seni reka dan pelbagai aspek lain. PENGKELASAN
SENI VISUAL Seni visual boleh dibahagikan kepada dua jenis penghasilan iaitu pengkaryaan
dan perekaan. I) Pengkaryaan Ialah penghasilan seni halus dalam bentuk 2D dan 3D.
Kebanyakan bahan-bahan yang terhasil menggunakan media dan teknik konvensional iaitu alatan
dan media asas dan kurang mengunakan bantuan teknologi. Contoh pengkaryaan ialah Lukisan,
catan, seni cetak dan arca. II) Perekaan Ialah penghasilan 2D dan 3D yang lebih banyak
menggunakan teknik dan media baru berteraskan teknologi. Contoh perekaan ialah grafik dan
multimedia ( komunikasi visual), reka bentuk teknologi seperti rekaan industeri ( automobil,
logam halus, tekstil dll ) dan reka bentuk persekitaran seperti seni hiasan dalaman & seni lanskap
KEPENTINGAN PENDIDIKAN SENI VISUAL Pendidikan berkait rapat dengan kreativiti dan
pemikiran kreatif. Pendidikan seni bermaksud seni tampak yang bertujuan melahirkan
warganegara berbudaya, khususnya individu yang kreatif, berpengetahuan dalam bidang seni,
mempunyai kemahiran mencipta dan peka terhadap ciri estetik. Kurikulum Pendidikan Seni
melibatkan perasaan estetik, daya kreatif pelajar melalui penjanaan daya intuisi, persepsi dan
konsepsi, juga boleh mewujudkan rasa kepuasan dan kesedaran terhadap bakat serta kemampuan
diri pelajar. Pelajar yang mengikuti program Pendidikan Seni akan menjadi lebih peka dan
perasa, bersikap sederhana dan mampu mengamalkan pertimbangan kesenian dan kesempurnaan
dalam mengendalikan kehidupan. Pendidikan Seni juga mampu meningkatkan kualiti berfikir .
Pengetahuan dan kemahiran Pendidikan Seni melalui penjanaan idea, penerokaan unsur, inkuiri,
integrasi maklumat serta idea, pengolahan simbol nyata atau abstrak dan melihat sesuatu dari
pelbagai perspektif, menjanjikan satu peningkatan kualiti berfikir serta bertindak secara rasional
dan fleksibel. Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang merentas kurikulum dan boleh
dikatakan sebagai asas kepada mata pelajaran lain. Pelajar yang didedahkan dengan Pendidikan
Seni berasa lebih senang dan yakin apabila berdepan dengan tugasan dalam mata pelajaran lain
terutamanya yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kefahaman menerusi
visual tentunya lebih mudah daripada penghafalan fakta menerusi catatan berjela. Peta minda
yang digrafikkan secara mudah lebih berkesan untuk menyatakan sesuatu konsep atau
penerangan yang sukar. Prinsip dalam Pendidikan Seni berupaya memenuhi tuntutan dalam
masalah ini. Pendidikan Seni juga selari dengan konsep pembelajaran seumur hidup (learning
throughout life) yang dikatakan sebagai salah satu syarat untuk menghadapi dunia abad ke-21.
Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang mengaplikasikan ilmu dengan kemahiran. Pelajar
belajar melalui tindakan membuat (learning by doing), yang kemudiannya kelak dapat
dilanjutkan kepada learning to be dan learning to live together, apabila tiba masanya untuk
berada dalam masyarakat dan pasaran kerja. Asas ini dibina dalam pengajaran Pendidikan Seni
terutamanya dalam membentuk pemikiran tinggi. Sebagai contoh awal, proses mereka bentuk
dalam Pendidikan Seni, melibatkan pelajar melalui beberapa proses berfikir dan bertindak seperti
Pengenalpastian masalah Menentukan keperluan, lakaran situasi atau masalah. Penjelasan
tentang perkara utama dan limitasi serta persolan yang sepatutnya dapat dijelaskan. Kajian dan
Penyelidikan Aspek persekitaran, ergonomik, masa, faktor keselamatan, kekuatan, bentuk,
bahan, kos dan pembuatan serta pelbagai sumber. Idea dan cara penyelesaian dilakukan secara
lakaran beberapa idea dan penyelesaiannya. Perkembangan memperincikan idea bersama
lakaran dan huraian. Bekerja dengan idea yang telah dikenal pasti bagaimana bahagian-bahagian
dipasang (kalau ia model). Mungkin carta aktiviti atau carta produksi diperlukan pada peringkat
ini. Foto atau lakaran visual yang menampakkan pelbagai persepsi juga boleh membayangkan
kegiatan seterusnya menjadi lebih jelas. Proses membuat. Proses dan teknik. Percubaan dan
Penilaian Membandingkan spesifikasi asal dengan senarai fungsi. Mencatat sebarang masalah
yang timbul sepanjang kegiatan. Mencuba. Membuat rumusan. Apabila melihat proses mereka
bentuk yang disenaraikan, nyatalah bahawa Pendidikan Seni mementingkan aplikasi ilmu dengan
kemahiran. Dalam proses tersebut juga, inovasi teknologi yang merangkumi tiga tahap
digabungkan. Gabungan tersebut ialah idea yang kreatif, aplikasi secara praktikal dan
penerimaannya terhadap masyarakat. Ini dikaitkan dengan maksud kreatif yang menekankan
sesuatu yang unik, baru dan bermakna, dalam konteks norma kita sendiri. Melalui informasi
teknologi dalam Pendidikan Seni, idea yang banyak dapat dilahirkan dan pelbagai. Ini akan
membantu pelajar menghasilkan ciptaan terbaru dengan mudah, tepat, cepat, dan menarik.
Namun, sebagai suatu disiplin yang mengutamakan daya imaginasi dan kreativiti ketika
pembentukan konsep dalam minda, yang harus dijelmakan dalam bentuk visual secara manual,
pelajar tidaklah diketepikan ilmu untuk mendapatkan kemahiran tertentu dan sebaliknya hanya
menggunakan teknologi moden seperti komputer melakukan segala-galanya. Komputer, dalam
hal ini adalah sebagai tool atau kadang-kadang sebagai tutee bagi memudahkan cara
melaksanakan kegiatan Pendidikan Seni. Banyak pakar yang berpendapat bahawa pendidikan
yang berkesan sepatutnya dilakukan secara bersepadu, sama ada dengan memenuhi tuntutan
pelajar melalui ikutan, analisis logik, kemahiran mengaplikasi ilmu seni, dan sebagainya. Kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang mengarah kepada suasana riang dan ria serta mengundang
minat pelajar akan membangkitkan semangat ingin melakukan sebarang kegiatan pembelajaran
dengan baik. Penyelesaian masalah merupakan satu kaedah yang berkesan dalam Pendidikan
Seni kerana ia bukan sahaja melibatkan tingkah laku ingin tahu pelajar tetapi juga berkait dengan
perasaan pelajar yang menjurus kepada Learning is fun Konsep pengajaran bersepadu dalam
Pendidikan Seni telah diperjelaskan dalam Sukatan Pelajaran yang dapat disimpulkan bahawa ia
merangkumi domain yang dihasrat secara bersepadu melalui pendekatan yang terancang.
Pendekatan yang terancang dan terarah ini berteraskan objektif pencapaian iaitu, ekspresi kreatif,
penggubahan, penghasilan dan persembahan, persepsi estetik, pertimbangan estetik, warisan
budaya kraf, dan seni tampak. Justeru, Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang terkandung hasrat
murni di dalamnya dapat direalisasikan melalui subjek Pendidikan Seni.
SENI SEBAGAI SATU ALAT KOMUNIKASI (Komunikasi visual) Seni sebagai satu alat
komunikasi merujuk kepada komunikasi visual. Komunikasi visual merujuk kepada
pembelajaran yang membolehkan pelajar berkomunikasi secara visual melalui hasil kerja seni.
Komunikasi visual menjurus kepada perhubungan kepada masyarakat melalui karya seni visual
itu sendiri. Komunikasi visual itu terdiri daripada dua tumpuan utama, iaitu rekabentuk grafik
dan multimedia. Reka bentuk grafik merupaka proses seni yang menggabungkan teks dan grafik
melalui reka bentuk logo, grafik, risalah, buliten, poster, papan tanda dan lain-lain komunikasi
visual. Reka bentuk grafik merupakan saluran komunikasi yang berkesan. Istilah grafik merujuk
kepada perkataan Greek iaitu Graphikos yang membawa maksud `lukisan atau catan. Grafik
boleh didefinasikan sebagai gambaran bukan fotografi dua dimensi (2-D) yang direka khas untuk
menyampaikan mesej atau idea kepada masyarakat. Grafik merujuk kepada gambar-gambar yang
dilukis dalam bentuk hitam putih atau warna warni iaitu bahan yang meringkaskan meklumat,
memaklumkan fakta atau idea dengan jelas, berkesan melalui kombinasi lukisan, perkataan,
simbol dan gambar. Kesimpulannya, grafik kepelbagaian visual bukan unjuran (non projected
visual), bahan bukan fotografi, bahan dua dimensi (2-D) yang direka bentuk khusus melalui
kombinasi lukisan , perkataan, symbol dan gambar untuk menyampaikan mesej, idea, fakta dan
maklumat. Reka bentuk grafik ini juga merupakan satu bentuk seni untuk mempamerkan idea
atau produk dalam bentuk visual dengan menggunakan pelbagai medium daripada lakaran pensel
hinggalah grafik komputer. Penggunaannya diperjelas dalam pengiklanan, percetakan,
penerbitan dan industri perkomputeran. Reka bentuk grafik terdiri daripada: poster, simbol, logo
dan mascot, kalligrafi, tipografi, pembungkusan, grafik persekitaran, ilustrasi dan komputer
grafik.
Manakala multimedia ialah penggunaan komputer untuk sesuatau persembahan. Multimedia juga
menggunakan rangkaian hubungan dan alat untuk membolehkan pengguna melayari,
berinteraksi, mencipta dan berkomunikasi. Ini merujuk kepada penggunaan internet. Multimedia
juga terdiri daripada beberapa elemen iaitu: teks, grafik, animasi, audio dan video. SENI
VISUAL SEBAGAI EKSPRESI (Luahan Perasaan) Peranan yang dimainkan oleh seni visual
boleh dilihat dari dua aspek yang utama iaitu psikologi dan sosiologi I) Peranan psikologi
Peranan psikologi dilihat dari segi perkembangan dan pembentukan diri individu berdasarkan
kepada perkembangan sensitiviti, emosi, kreativiti, dan ekspresi yang berlaku dalam diri individu
melalui aktiviti seni visual. Sensitiviti pula merupakan kepekaan dan kebolehan membuat
pertimbangan dan persepsi dari segi sosial serta estetik. Pembelajaran seni visual, aktiviti dan
apresiasinya dapat memantapkan kepekaan,sensibility ( kebolehan untuk merasa dan
menghayati) Emosi ialah keupayaan melahirkan idea, rasa hati,membuat pertimbangan dan
pernyataan diri. . Pembelajaran Seni Visual, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan
perasaan dan memantapkan sensibility, mencorak perlakuan perasaan yang semulajadi seperti
rasa cinta atau rasa takut. kreativiti, boleh dilihat dari diri individu yang mempunyai daya kreatif.
Individu ini berupaya mengubah dan mentafsir semula sesuatu benda yang ada kepada
penghasilan yang lebih menarik.Individu ini sensitif kepada masalah di sekelilingnya, yang
kemudiannya bertindak mencari jalan keluar dalam bentuk penghasilan. Penghasilannya yang
dilakukannya adalah melalui daya kreatifnya berdasarkan keupayaan dan kehendaknya untuk
mengubah sesuatu keadaan supaya lebih sempurna. Individu ini juga berupaya bertindak
berdasarkan kebolehannya menyesuaikan sesuatu keadaan kepada sesuatu keadaan yang lebih
baik. Pembelajaran seni visual, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan keupayaanmembuat
dan merekacipta, menjadikan individu lebih imaginatif dalam pengkaryaan dan perekaan.
Ekspresi ialah tindakbalas emosi hasil daripada interaksi atau komunikasi dengan persekitaran,
orang lain,masyarakat, peristiwa dan benda. Pembelajaran seni visual, aktiviti dan apresiasinya
dapat memantapkan pengucapan, curahan idea, gambaran pemikiran dan perasaan, menggambar,
memberi makna menerusi perkataan, pergerakan, arahan dan symbol. Selain itu ia dapat
memberikan kepada individu berkomunikasi idea, perasaan dan emosi. II) Peranan sosiologi
Peranan seni visual dalam membentuk dan mengembang budaya setempat dan sejagat ( seni dan
masyarakat ). Antara peranan seni visual Nasionalisme - Falsafah,pemikiran, manifestasi, idea,
individu atau kumpulan dalam menyebar dan membangkit nilai, semangat dan perasaan melalui
seni visual. Pembelajaran seni visual, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan semangat
kebangsaan dan sayangkan Negara.Contoh hasil karya yang memaparkan unsur nasionalisme
ialah Tugu Negara (arca) dan juga potret-potret pemimpin negara. Persekitaran- Kesedaran nilai
persekitaran, unsur keselesaan dan keharmonian dalam seni visual. Pembelajaran seni visual,
aktiviti dan apreasiasinya dapat mengukuhkan kepekaan dan sesitiviti terhadap kepentingan
sekeliling yang memberi kesan kepada kehidupan. Antara contohnya Rumah rakit Kuala Lipis
karya Peter Harris dan Waktu Pagi Di Kampung, karya Lai Foog Mooi, reka bentuk lanskap dan
hiasan dalaman. Rumah rakit- Kuala Lipis Propaganda- Seni visual sebagai saluran untuk
menyampaikan dan menyebar idea, hasrat atau kepercayaan, pengaruh dan kuasa. Contohnya
Poskad kepada Dunia, karya Awang Damit Ahmad.Poskad kepada dunia (1990) Ritual / upacara-
SV dalam melaksanakan ritual/upacara sesuatu budaya dan adat resam dalam aktiviti kehidupan
masyarakat. Kebanyakan hasil karya adalah berbentuk 3D atau arca. Contohnya Patung Jah Hut
dan Mah Meri, yang menjadi patung penyembahan orang-orang asli di Pahang dan Selangor.
Spiritual Seni visual untuk ketenangan, kepuasan dan keselesaan. Hasil karya yang dihasilkan
adalah untuk kepuasan pelukis dari cetusan dalaman diri pelukis itu sendiri. Contohnya,
Semangat Bumi, Air, dan Udara, karya Patrick Ng Kah Onn. Pengeluaran- Hasil seni seni visual
berasaskan kepada faktor cita rasa, gaya, fungsi dan kegunaan. Pembelajaran seni visual, aktiviti
dan apresiasinya dapat menghasilkan mutu pengkaryaan dan perekaan yang berkualiti dengan
nilai keindahan yang tinggi. Kebanyakan hasil karya berunsur pengeluaran adalah bertujuan
dikomersialkan. Contohnya penghasilan batik dan songket Pemujukan- Hasil seni visual
berkeupayaan membentuk empati dan tarikan. Contoh-contohnya yang jelas ialah papan
billboard dan poster. Perniagaan dan perdagangan- Pembelajaran seni visual, aktiviti dan
apresiasinya dapat menghasilkan barangan yang sangat berpotensi untuk perniagaan dan
perdagangan. Antara contoh yang jelas ialah bidang pembungkusan. KEMAHIRAN Setiap hasil
seni visual atau produk seni ada agen yang mewujudkannya. Agen itu dikenali sebagai
pengkarya, pelukis atau pandai tukang. Tanpa agen ini tiada produk seni. Setiap pengkarya
memerlukan kemahiran dan kepandaian. Berasaskan kepada pengetahuan dan pengalaman,
pengkarya dapat menghasilkan hasil karya yang dapat memenuhi nilai estetika dan seterusnya
dapat disampaikan kepada masyarakat. pembelajaran, pengamatan, latihan Kemahiran ini dapat
dipupuk melalui pengalaman. dan seterusnya dapat menghasilkan Berdasarkan kepada
pembelajaran, kemahiran dapat dibentuk dengan latihan dan penerokaan yang menjurus kepada
kepelbagaian penghasilan hasil seni yang dapat membawa kepada penghasilan karya yang dapat
memenuhi selera dan kehendak masyarakat. ESTETIKA Seni visual juga difahami sebagai
sesuatau yang mempunyai nilai estetika . Menurut Herbert Reed, seni adalah penghasilan rupa
bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik. Kesenangan estetik
adalah kesenangan dan keceriaan kepada pihak yang menerima mesej. Menurut Syed Ahmad
Jamal estetika berkaitan dengan deria pengamatan terhadap sesuatu perkara atau suasana yang
menekan aspek kesenian atau keindahan, bukan menekan aspek kegunaan. KREATIVITI
Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu pelajar untuk mengembangkan aspek
kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses
berbanding dengan hasilan akhir. Diperingkat awal, proses ini amat penting untuk membentuk
kemahiran pelajar. Segala proses hendaklah diperhalusi agar dapat membentuk pengkarya yang
mempunyai kreativiti yang tinggi. Pelajar dibimbing agar dapat membentuk kreativiti sendiri
dengan diberi kebebasan dalam memilih bahan yang sesuai untuk pembelajaran mengikut
keperluan minat, tahap serta gaya masing-masing dengan bimbingan tenaga pengajar agar segala
ilmu dapat diperolehi bagi menyabung kesinambungan seni vsual itu sendiri disamping dapat
mengasimilasikan dengan kaedah baru. PERTIMBANGAN DAN KESEDARAN Pertimbangan
dalam diri individu, masyarakat dan persekitaran.Terbahagi kepada Pengalaman langsung-
Melalui proses membuat atau proses penghasilan produk seni. Melalui penglibatan deria. Antara
yang terlibat ialah pelukis, pengarca, pandai tukang dan sebagainya Pengalaman intelektual-
Melalui kajian, penerokaan, eksperimen dan dapatan dari pelbagai sumber dan maklumat dalam
proses penghasilan produk seni. Melalui penguasaan maklumat daripada pelbagai sumber yang
mendalami tentang konsep, falsafah dan nilai. Kebanyakan yang terlibat ialah para pengkritik,
penggiat seni pengkaji dan individu yang sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan bidang
yang berkaitan dengan seni Daripada pengalaman langsung dan pengalaman intelektual ini
pelajar dan pengkarya dapat memperoleh kesedaran tentang perlunya seni yang dikatakan
sebagai `Seni Merentas Kehidupan PEMBANGUNAN MANUSIA MATLAMAT Matlamat
pembangunan seni visual adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan
produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu
murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran,
keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri,
keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
OBJEKTIF Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah murid
boleh: 1. Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan, 2. Melibatkan diri dalam kegiatan seni
visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan, 3. Menajamkan daya persepsi dan
imaginasi melalui pancaindera, 4. Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat
menggunakannya, 5. Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual. 6.
Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat, 7. Memupuk nilai-
nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab, 8. Mengenal dan menghargai
tokoh seni dan budaya tanah air, 9. Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan
penghasilan seni visual, dan 10. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti
kesenggangan yang berfaedah. ORGANISASI KURIKULUM Sukatan pelajaran Pendidikan
Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni.
Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah
bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan
mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk
memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi
menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan
perkembanganperingkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan
mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan
mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa
pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan
mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan
mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni
dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan
maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja
seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran
memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan
kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan
teknologi bahan dan perkakasan. Organisasi kurikulum ini merangkumi empat aspek utama yang
dipentingkan iaitu: a. pemerhatian secara aktif b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan
bahan c. apresiasi seni visual secara mudah d. menghargai nilai baik dalam semua aspek
kehidupan a. Pemerhatian secara aktif Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran
pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain
memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian
perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman
tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid
akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah
untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-
kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah
perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan
bahan Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam
mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan
memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan
manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan
bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang
dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar
secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam
penghasilan seni di masa akan datang. Apresiasi seni visual secara mudah Apresiasi seni visual
memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya
dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian
perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan
tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pendidikan seni visual sekolah rendah. Menghargai
nilai baik dalam semua aspek kehidupan Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual
secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud
dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam
sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat
pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan. KESIMPULAN Seni
visual adalah satu bidang yang sangat penting yang dianggap remeh oleh sebahagian masyarakat.
Masyarakat melihat seni sebagai satu bidang tempelan dalam pembentukan diri manusia. Ini
dapat diperhatikan pada sebilangan masyarakat yang hanya mementingkan pendidikan anak-anak
dalam mata pelajaran yang hanya terdapat di dalam peperiksaan awam sahaja. Pandangan ini
sangat dangkal sekali kerana pada dasarnya seni terutamanya seni visual sangat luas
penggunaannya bagi kehidupan kita. Sebahagian besar aspek kehidupan terbabit dalam bidang
seni. Bermula dari pembentukan lambang kanak-kanak, pra-tulisan, pembinaan tulisan cantik,
melukis peta dan gambar-gambar dalam semua mata pelajaran sehingga membawa keseluruh
kehidupan, manusia memerlukan kemahiran yang ada dalam seni. Sesuatu harus dilakukan untuk
memartabatkan seni lebih jauh lagi di mata masyarakat.
REFLEKSI Seni adalah satu bidang yang sangat penting dalam kehidupan. Banyak perkara yang
kita lakukan sehari-hari yang membabitkan bidang seni. Tentang pakaian kita, tempat tinggal
kita, kenderaan dan sebagainya. Dalam pendidikan, seni memainkan peranan yang sangat besar.
Dalam pada pelajar menimba ilmu, dalam pada guru memberi ilmu, banyak bidang yang
berkaitan dengan seni. Sebagai contoh, guru yang mahu mengajar pelajar sesuatu tajuk dalam
salah satu mata pelajaran yang memerlukan beliau melakar, melukiskan di papan tulis untuk
memberi gambaran kepada pelajar, atau murid yang diberi latihan melukis peta untuk mata
pelajaran kajian tempatan dan sebagainya, sangat memerlukan kemahiran seni untuk menyiapkan
tugas. Bukan sahaja sebahagian manusia, sedar ataupun tidak bahkan setiap manusia
memerlukan malah menggunakan elemen seni dalam kehidupan. Bertitik tolak daripada
kefahaman yang mana setiap manusia memerlukan dan menggunakan seni dalam kehidupan,
maka setiap manusia harus mempunyai ilmu tentang seni. Bermula dari zaman persekolahan lagi
pelajar didedahkan dengan ilmu seni untuk diaplikasikan dalam mata pelajaran lain. Pada mula
saya mendapat tajuk untuk tugasan ini, saya berasa agak tertanya-tanya tentang apa yang
sebenarnya dikehendaki oleh soalan untuk saya siapkan tugasan saya ini. Kami tidak diberikan
garis panduan atau modul, begitu juga dengan pensyarah kami iaitu En. Ramlan b. Abd. Manaf.
Namun berdasarkan pengalaman beliau sebagai pensyarah, maka dapatlah kami gambaran
tentang kehendak soalan. En. Ramlan banyak membantu dalam saya memahamkan kehendak
tugasan. Penerangan beserta contoh yang beliau 20 berikan beserta contoh serta gambaran
kehendak tugasan dapat membuka minda saya untuk menyelesaikan tugasan ini. Bebanan yang
begitu berat sebelum ini terasa telah dapat diringankan oleh beliau. Saya memulakan tugas
pencarian bahan dengan mencari buku-buku yang berkaitan dengan tugasan ini di perpustakaan
daerah Teluk Intan. Keahlian perpustakaan saya yang telah lama mati saya hidupkan kembali.
Beberapa buah buku saya pinjam untuk saya gunakan sebagai rujukan saya. Selain itu, saya juga
mengakses internet. Banyak juga bahan yang boleh saya dapati daripada internet untuk saya
muatkan dalam tugasan saya ini. Namun, apa yang saya dapati dalam saya menyiapkan tugasan
ini selain untuk mendapatkan bahan untuk tugasan, saya semakin mahir dalam melayari internet.
Selain itu, bantuan daripada rakan-rakan seangkatan juga banyak membantu saya dalam saya
menyiapkan tugasan ini. Terutamanya En. Saiful Nizam b. Sayuti yang menjadi tempat saya
bertanyakan tentang laman web yang boleh saya akses dalam pencarian saya. Isteri saya juga
banyak membantu saya mendapatkan bahan dengan membantu saya meminjam buku-buku
daripada rakan sejawatnya di sekolah. Sekian, terima kasih.
RUJUKAN 1. Mazlan Othman, Ruzitah Tapah, Hassan Mohd Ghazali. 2004. Teks Lengkap
Pendidikan Seni Visual. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 2. Mohamed Ali Abdul Rahman.
1991. Sejarah Seni Dunia. BIROTEKS (Biro Penyediaan Teks). Institut Teknologi MARA. Shah
Alam. 3. Mulyadi Mahamood. 1995. Seni Lukis Dalam Peristiwa. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kuala Lumpur. 4. Mulyadi Mahamood. 2000. Sejarah Seni Zaman Pertengahan hingga Abad Ke
20. Univision Press Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 5. Muliyadi Mahamood. 2001. Seni Lukis Moden
Malaysia. Utusan Publication And Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 6. Rahmat Salihon.
2008. Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Shah Alam. 7. Zailani
Yaacob, azimah A. Samah. 2006. Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM. Oxford Fajar
Sdn. Bhd. Shah Alam. 8. Zakaria Ali. 1989. Seni Dan Seniman. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kuala Lumpur. LAMAN WEB 1. http://nota senivisual.blogspot.com/ 2.
http://esenivisual.blogspot.com/2008/08/konsep seni-visual-html 3.
http://esenivisual.blogspot.com/2008_08_01_archive.html

Vous aimerez peut-être aussi