Vous êtes sur la page 1sur 5

As-Syahidah Reem Soleh Ar-Riyashi

Umur : 22 tahun.
Asal : Daerah Zaitun, Bandar Ghazzah.
Kerjaya : Mahasiswi (jurusan Sains)
Tarikh Amaliyyah : 14 Januari 2004 (Rabu)
Sasaran : Pos Tentera
Tempat : Erez, yang terletak antara Israel dan Jalur Ghazzah.
Hasil : 4 tentera Yahudi terbunuh dan lebih 10 cedera.
Kata-Kata : Demi Allah, kalian boleh sahaja meremukkan tulang belulangku,
memotong-motong tubuhku serta mampu mencincang-cincangnya. Tetapi kalian tidak
akan pernah boleh mengubah agamaku dan mengubah panji perjuanganku. Ingatlah
selalu ucapanku. Aku selalu mengatakan kepada diriku, wahai diri ! jadilah kamu
sebagai penentang Zionis yang memilki rasa dengki abadi sebagai musuh agamamu.
Jadikanlah setiap titis darahmu sebagai penghantar dirimu menuju syurga yang kekal
abadi.

Reem melakukan operasi syahid melalui melalui Brigades As-Syahid Izzuddin Al-Qassam
iaitu sayap ketenteraan HAMAS.

Ikuti secebis kisah Reem Ar-Riyashi dalam kehidupannya dan detik-detik akhir
sebelum operasi:

Reem adalah seorang ibu muda yang telah mempunyai 2 orang anak. Anaknya yang pertama,
Dhuha, kurang dari 3 tahun dan Muhammad, 1 tahun setengah, hasil perkahwinan beliau
dengan Ziyad Awwad, 27. Setiap orang yang mengenali Reem, pasti akan mengatakan,
Reem adalah sosok pemberani yang sangat luar biasa. Bahkan ketika beliau diberitakan
syahid, sepupu perempuannya berkata kepada wartawan, berita aksi syahid yang dilakukan
oleh Reem merupakan sebuah kejutan besar dan tidak pernah diduga sebelumnya oleh pihak
keluarga. Padahal, seminggu sebelum itu, ia bersilaturrahmi ke tempat saya. Sepertinya
kunjungan itu sebagai tanda perpisahan dengan kami. Tetapi dalam kesempatan itu, tidak ada
tanda perubahan pada dirinya. Ia tidak membicarakan tentang aksi bom syahid yang akan
dilakukannya kepada sesiapa pun

Reem pernah bercita-cita untuk melanjutkan pengajian di bidang arkitektual saat melanjutkan
pengajian nanti. Namun, hasratnya untuk ke perguruan tinggi tidak dapat diteruskan kerana
pernikahan. Beliau adalah pelajar yang cerdik dengan prestasi yang cemerlang, padahal saat
itu beliau mengambil jurusan Sains. Memang dia dikenali sebagai wanita yang sangat tinggi
tekad, berani bagaikan prajurit, berjiwa keras dan sukakan tentangan. Reem hidup dalam
keluarga yang taat dalam beragama dan dikenali sebagai keluarga yang mudah bergaul
dengan sesiapa sahaja.

Reem : Ibu kepada 2 anak dan isteri kepada suami.

Sangat mengkagumkan ! Bagaimana seorang ibu sanggup berkorban dan meninggalkan anak-
anak? Bagimana dengan suami? Bersetujukah dia? Ya, inilah kelebihan Allah kepada Reem.
Beliau juga memikirkan anak-anak dan suami sebagaimana para akhawat lain. Namun,
kecintaan kepada agamanya diletakkan sebagai perkara yang paling aula (utama). Ummahnya
sedang derita dan memerlukan pembelaan. Tindakannya mengejutkan seluruh dunia Arab.
Jauh dari kebiasaan. Aksinya dilakukan saat dirinya adalah ibu kepada 2 anak yang masih
kecil.

Reem adalah seorang isteri yang taat pada suaminya dan memiliki komitmen yang tinggi.
Beliau memohon izin dari suaminya terlebih dahulu untuk melakukan operasi. Izin adalah
syarat yang telah ditetapkan oleh Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam sebelum seseorang
melakukan operasi. Reema tidak terlalu sulit untuk mendapatkan izin suaminya, Ziyad. Dia
menyambut baik hasrat isterinya itu. Bahkan, Ziyad turut serta dalam mengordinasikan tugas
yang akan dilakukan oleh sang isteri pada pagi Rabu tersebut.

Ziyadlah yang menghantar isterinya ke pos perbatasan militer Israel di Irez. Pos itu
merupakan pos pemeriksaan ribuan pekerja Palestin yang hendak melintasi perbatasan
menuju wilayah yang diduduki Israel sejak 1948. Ziyad sempat tinggal sejenak berhampiran
pos pemeriksaan untuk memastikan bunyi ledakan bom yang akan diledakkan oleh isterinya.
Ia merasa tenang saat mendengar suara ledakan tersebut. Jasad Reem hancur berkeping-
keping bersama ledakan bom yang diikat di tubuhnya.

Aksi Sangat Sulit

Untuk menghadapi aksi bom syahid wanita, Israel menggunakan strategi khusus iaitu salah
satunya dengan menyebar tentera perempuan Israel yang berpakaian biasa. Para tentera
perempuan itu akan memakai pakaian sebagaimana wanita Arab Palestin. Seorang anggota
pejabat Kementerian Luar Israel menegaskan, mulai sekarang, Israel tidak akan penah
bermain-main dalam memperlakukan para wanita Palestin. Mereka akan kita perlakukan
sebagaimana kita perlakukan lelaki-lelaki Palestin. Jangan harap ada lagi perlakuan khusus
terhadap wanita Palestin. Mereka semuanya sama sahaja.

Menurut seorang pemimpin HAMAS ketika diwawancara oleh akhbar Jordan, As-Sabil,
aksi ini sangat sulit untuk dilakukan bila melihat tempat yang akan menjadi sasaran
ledakannya. Kerana tempat-tempat yang menjadi sasaran itu dikelilingi oleh benteng dan
dijaga oleh ratusan tentera penjajah. Namun, para ahli strategi HAMAS berhasil mengelabui
inteligen Israel sehingga HAMAS boleh memberikan pelajaran yang tidak dapat mereka
lupakan untuk selama-lamanya. Semuanya berkat pertolongan Allah dan perancangn strategi
yang matang serta terperici.

Lebih lanjut, salah seorang pemimpin Brigade Al-Qassam mengatakn, Reema mengenakan
ikat pinggang yang telah dilengkapi bahan peledak berkekuatan tinggi yang memenuhi
pinggang hingga betisnya. Ia berjalan dengan menggunakan tongkat. Wanita ini boleh
melewati alat pengesan yang biasa digunakan oleh tentera untuk memeriksa pekerja dan
orang-orang yang akan masuk ke wilayah yang diduduki Israel. Langkah-langkah yang
digunakannya juga sangat cerdik hingga boleh mengelabui mata tentera Israel dan tidak dapat
mengesan bom yang diikatkan ke tubuhnya.

Ketika Reema sampai ke pos pemeriksaan, ia langsung memberitahu kepada tentera Israel
yang akan melakukan pemeriksaan, bahawa tulang kakinya patah sehingga harus memakai
pen platinum. Ia menjelaskan bahawa pen platinum ini akan membunyikan alarm bila dia
melewati alat pengesan nanti. Para tentera menerima alasannya sehingga mereka tidak
memasukkan Reema melalui kawasan alat pengesan yang mampu mengesan bom tersebut.
Sebagai gantinya, Reema diminta masuk ke ruang pemeriksaan utama untuk diperiksa lebih
lanjut dan memastikan bahawa tidak ada bahan lain ditubuhnya selain platinum sahaja.
Reema pun dibawa ke ruang pemeriksaan utama. Ketika team pakar bahan peledak Israel
mahu melakukan pemeriksaan kepadanya, saat itulah Reem meledakkan bom dipinggangnya
sehingga berjaya menewaskan 4 Zionis dan mencederakan lebih 10 yang lain. Ketika Ziyad
diwawancara oleh wartawan Al-Jazeerah, Saudi Arabia, beliau menjelaskan mengapa Reem
sanggup mengambil tindakan sedemikian, Reema merasa miris dengan tindakan jenayah
serta pembantaian yang terjadi selama penjajahan Israel ke atas Palestin berlangsung.
Bahkan, dia melihat sendiri dengan mata kepalanya berbagai pembunuhan, tercabik-cabik
anggota tubuh para syuhada, penghancuran rumah-rumah di kawasan Rafah dan Jenin dan
perataan dengan tanah berbagai bangunan bersejarah di Kota Nablus. Reema sangat
berdukacita akan kondisi Masjid Al-Aqsa yang semakin tidak berdaya dan ternoda. Sehingga
ia bertahan pada pendirian awalnya untuk tetap memilih aksi bom syahid sebagai jalan untuk
meraih syahid. Reema pernah mengatakan berkaitan dengan keputusan tersebut: Saya lahir
dan tumbuh ditengah-tengah keluarga yang penuh dengan nilai-nilai keimanan. Oleh kerana
itu, kita harus meraih syahid. Kerana dengan syahid itulah kita akan kembali memiliki harga
diri.

Menurut Sheikh Zulkhairi, pensyarah dari Palestin yang berkhidmat di Indonesia, Reem Ar-
Raiyashi telah berkali-kali menemui HAMAS meminta izin untuk melakukan operasi ini
sehinggalah beliau nekad untuk bertemu As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin, Amir HAMAS
ketika itu dan memohon izin darinya. Kata beliau, ya Sheikh, tolong izinkan aku melakukan
Amaliyyah Istisyhadiyyah. Kata Sheikh , setakat ini masih belum ada pengebom syahid
dikalangan Muslimat. Kami hanya meminta golongan Muslimat bertugas mendidik anak-
anak Palestin. Rim terus berkeras, Ya Sheikh, kalau kamu tidak mengizinkan aku, aku akan
pergi ke Harakah lain bagi memastikan aku boleh melakukan aksi ini. Akhirnya, atas
kesungguhannya, Sheikh Yasin membenarkan.

Sheikh Ahmad Yasin juga menyatakan, inilah kali pertama HAMAS menggunakan
wanita sebagai pelaksana aksi bom syahid untuk melawan Zionis Israel. Tentunya ini
sebuah perkembangan baru sebagai bentuk perlawanan untuk melawan musuh.
Tambah Sheikh lagi, penyertaan wanita dalam hal ini adalah pengecualian. Namun, jihad
memerintahkan keterlibatan seluruh kaum muslimin iaitu lelaki mahupun perempuan. Hal ini
akan dibuktikan dengan berlanjutnya perlawanan hingga musuh-musuh kita keluar dari
negeri dan tanah air kita ini.

Selepas kejadian, Israel terus mendakwa bahawa Sheikh Yasinlah sebagai aktor intelektual
disebalik aksi syahid wanita ini. Timbalan Menteri Pertahanan Israel, Zeef Bwemer
mengatakan, kami telah memutuskan untuk membunuhnya (Sheikh Yasin).Tempat yang
paling baik untuknya adalah bersembunyi dibalik tanah (kubur) sahaja agar ia tidak boleh
lagi membezakan mana malam dan mana siang. Sheikh Yasin akhirnya dibedil Apache tahun
2004 yang lalu.

Reem Soleh Ar-Riyashi gugur sebagai syahidah ke-7 Palestin yang melakukan Amaliyyah,
namun beliau adalah muslimah pertama yang berjaya direkrut oleh HAMAS dan saat ini
HAMAS mempunyai ratusan muslimat yang bersedia melakukan aksi syahid ini bagi
mengikuti jejak Ar-Riyashi.

Antara Kata-Katanya

Saya tetap akan akan melakukan aksi ini walaupun saya memiliki 2 orang anak yang masih
kecil. Kedua anak saya merupakan kurniaan Allah. Saya sangat mencintai keduanya dengan
kecintaan yang sangat besar. Kecintaan saya kepada keduanya tidak ada yang mengetahui
kecuali Allah semata-mata. Namun, kecintaan saya untuk bertemu Allah lebih kuat. Kini saya
harus memesan anak saya tersebut kepada Pemiliknya. Saya yakin Allah tidak akan menyia-
nyiakan amanah itu. Saya tahu, penjagaan yang selama ini saya lakukan akan digantikan
dengan penjagaan Ilahi.

Untuk kaum Muslimin, Reem berpesan, saudara-sauadaraku yang kerana Allah kita
bersaudara, jika Allah memberi kemuliaan dengan terlaksananya cita-citaku ini, maka aku
berharap kepada anda semua untuk menyerahkan anak-anakku kepada keluarga yang selalu
berzikir dan taat kepada Allah. Sehingga mereka boleh menanamkan nilai-nilai agama dan
keimanan dalam diri anak-anak saya. Daftarkan kedua-duanya ditempat menghafaz Al-
Quran dan sekolah Islam. Didik dan besarkanlah keduanya dengan pendidikan dan
bimbingan yang Islami. Ketahuilah bahawa, kedua anak itu adalah amanah yang ada pada
bahu kalian. Kalian kelak akan ditanya tentang keduanya pada saat Hari Qiamat.

Lebih lanjut, Reema turut mengakui aksinya itu sudah diusahakan sejak di bangku sekolah
lagi. Saya mulai berusaha dan mengerahkan segala usaha untuk boleh melakukan aksi bom
syahid ini sejak saya di kelas dua SLTP. Setiap hari saya terus menerus mencari orang yang
mahu memenuhi permintaan saya atau mahu membantu saya untuk apa sahaja. Demi Allah,
pencarian saya ini memakan waktu bertahun-tahun, namun saya tidak pernah jemu sesaat pun
atau harus mundur dari cita-cita pertama saya. Susah sekali bagi saya untuk menemukan
orang yang mahu menyambut keinginan saya untuk meraih kesyahidan. Sudah berapa kali
saya bermimpi dan berharap dapat melakukan aksi bom syahid di dalam wilayah pendudukan
Israel, namun masih juga belum membuahkan hasil. Sudah berapa kali saya berharap boleh
memberikan diri saya untuk Allah.

Jasadnya Hancur, Perjuangannya Diteruskan

Dr.Jumah As-Saqa, kepala urusan Hospital As-Syifa menjelaskan, pada jam enam petang,
Rabu, 14 Januari 2004, kementerian kesihatan Palestin menerima jasad syahidah Reem yang
tersimpan didalam sebuah kantung plastic hitam. Jasad tersebut sudah tidak utuh kerana
terkoyak-koyak akibat bol yang diledakkannya. Tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan
bahawa potongan daging tersebut adalah milik Reema kecuali hanya dari kulit kepala dan
rambutnya yang berhasil diidentifikasi.

Dr. As-Saqa menegaskan kembali bahawa jasad yang sudah hancur tersebut dibawa ke
Hospital As-Syifa dengan menggunakan ambulan Palestin. Pemandangan yang ada sangat
mengerikan sekali. Setiap potongan daging itu tidak lebih dari lima sehingga sepuluh
sentimeter panjangnya. Lengannya remuk dan terbahagi menjadi beberapa potongan kecil.
Tidak mungkin bagi kita untuk menyatukan kembali bahagian-bahagian tubuh Reema. Baru
kali ini rumah sakit menerima jasad orang yang melakukan aksi bom syahid dengan kondisi
sedemikian. Belum pernah saya melihat kondisi seperti itu sejak meletusnya intifadhah dan
beberapa kali pembantaian yang dilakukan penjajah.

Khamis, 15 Januari 2004, jam 3.50 petang, para pelawat menghantar jenazah Reema yang
sudah hancur ke tempat peristirehatan yang terakhir. Ribuan umat Islam mengiringi
jenazahnya bermula dari Hospital As-Syifa, Ghazzah terus ke Masjid Al-Umri. Setelah
selesai solat jenazah, rombongan langsung menuju ke komplek pemakaman Sheikh Ridhwan.
Sepanjang perjalanan, mereka meneriakkan yel-yel iaitu laungan menentang aksi ganas
Israel yang terus menerus menzalimi rakyat Palestin di Tebing Barat dan Jalur Ghazzah.
Mereka menegaskan kembali bahawa mereka tidak akan pernah berhenti untuk mengadakan
perlawanan sehinggalah Israel keluar dan pemukiman Yahudi lenyap dari bumi Palestin.
Disisi lain, seorang saksi mata mengatakan bahawa beberapa kelompok gerakan perlawanan
Palestin melepaskan 3 buah roket jarak dekat ke pemukiman Yahudi di Kafr Druom, sebelah
timur Dier Balah. Setelah aksi tersebut, tentera Israel langsung masuk ke wilayah pemukiman
Palestin dan menyerang wilayah tersebut.

Aksi bom syahid Reema yang saat itu baru berumur 22 tahun merupakan aksi yang sangat
unik dan berbeza dari sebelumnya. Antaranya adalah kerana ia seorang wanita yang telah
menikah dan mempunyai 2 orang anak yang masih kecil, aksinya sangat teratur rapi ditempat
yang sangat bahaya yang dilalui oleh pekerja-pekerja Palestin, namun seorang rakyat Palestin
pun tidak terbunuh dalam aksi itu dan HAMAS sendiri begitu sukar untuk survey kawasan
target ini. Alhamdulillah, kini Reema telah kembali menghadap Allah dengan jalan yang
paling mulia seperti yang diidamkannya, Ia membuktikan bahawa Islam meletakkan wanita
ditempat yang wajar dari sudut persamaan dengan kaum lelaki iaitu persamaan dalam
membela Aqidah, kehormatan dan memperoleh syahid.

Vous aimerez peut-être aussi